Wednesday, 11 October 2017

Sharing & Noah

Assalamualaikum..

I ni baru ja masuk ofis balik tak sampai 2 minit. Terus update ni sebab tengah drive tadi teringat pasal benda ni. I memang time drive la macam-macam idea mai nak menulis. Lepass tu lupaaaa. Sebab apa? Sebab I melayuuuu. Geddit geddit??

I pi KWSP, TREK & Pos Office. All under 1 hour. Hebat tak? I suka la Bayan Lepas ni sebab kalau bukan peak hours, nak pi mana pun dekat. Jalan dia straight-straight ja less kona-kona. Tapi kalau peak hours, memang meluat sangat. Sebab straight, dia banyak traffic light. Kadang-kadang sampai taktau pasepa yang jem sangat. M E L U A T. Tadi I pi KWSP for the 3rd time. Isnin, selasa & hari ni. Alhamdulillah settle jugak. Isnin sebab lawyer buat salah calculation. Selasa sebab lawyer bagi document tak cukup. Aiyoo. Sampai I takmau dah nak pi kat lawyer tu balik. I buat sendiri ja semua and hari ni pi submit & syukur approved. Woohoo. Pastu pi TREK yakni tempat keja Hubs. Pi bagi barang dia beli untuk staff dia. Pastu pi Post Office sebab pos laju dokumen-dokumen yang lengkap untuk Hubs pulak bawak pi KWSP in JB. Ha ok tak explanation yang tak perlu pun sebab I nak cerita pasai sharing & Noah. Sebelum terlupa initpati, baik I balik kepada tujuan asal.

SHARING + NOAH = IMPOSSIBLE

I taktau la ek. Adakah semua budak at his age memang berperangai begitu? Tak reti nak share barang. I kadang-kadang malu sebab Noah akan claim barang tu dia punya tapi hakikatnya tidak. Lepas tu bila budak lain tu nak ambik balik, dia akan rebut-rebut macam memang yang tu dia punya. Malu mak nak oi. Hahah. Jangan kata dengan orang luar, dengan sepupu-sepupu dia sendiri pun. Memang tak boleh share. Nasib baik sepupu semua dah besar daripada dia. So depa memang beralah. Kecuali Naufal la. Dia pun baru 3 tahun lebih. Kadang-kadang fait jugak bila tak puas hati.

Nak-nak pulak sebulan setengah sebelum ni dia memang full time dekat rumah Mama. Lemak banyak la. Toys memang dia sorang saja punya. Attention pun dekat dia sorang saja. Since now Sarah dah lepas pantang, I akan hantar dia gilir-gilir macam biasa. Minggu ni turn Mak. Dekat rumah Mak, Mak catu toys. Sebab dah banyak kali budak-budak ni (sebelum Noah) main and baling from balcony terkena kereta orang.  And Noah really have to share Mak's attention dengan Khalif, Rifqi, Naufal & Nadim. And all boys. Hampa rasa macam mana keadaan rumah Mak tiap-tiap hari? 😆😅

And you know what happened this morning masa nak keluar rumah? Noah nak bawa toys dia and I said to him boleh bawa tapi kena share dengan abgchik Naufal ok? Noah said takmau Ummi and letak balik toys tu. And then looked at me and say "Noah mamau pi rumah atok. Pi rumah tok mama bawak toys" - in his language of course.

😓😓😓

WHAT SHARING??





Thursday, 28 September 2017

Singapura 2 hari 1 malam

Assalamualaikum..

Taklah I tak jual package 😆

Semalam konon janji nak update pasal Singapore. Tapi I terlupa yang cut off date baru untuk weekly report kami ialah tetiap rabu pulak sekarang ni. I bukan saja kena update report, tapi kena compile jugak. Update tu tak banyak mana since my projects are all closing now. Nak compile tu la. Nak make sure everyone hantar by semalam jugak. Depa ni nama ja dah tua bangka. Tapi kena pegang tangan macam budak kecik. Tak ketuk, tak masuk. I guna tracking & reminder system baru skarang - thru whatsapp group. Padan muhuker sapa yang tak hantar lagi tu. I update tiap-tiap kali ada orang hantar report depa, I akan tick nama and send. Pastu I copy lagi sampai la the last person hantar. Bagus. Semalam (1st time buat system ni) semua orang hantar on time. Kalau compile saja takpa tapi sikit-sikit you kena tengok jugak alignment la, tajuk la, date la..tak banyak pun, ENAM PULUH MUKA SURAT JA 😑 Itupun kadang-kadang ada jugak mulut-mulut celaka suka kata "bukan buat apa pun, compile report JA". 

Eh ter-emos pulak pasal weekly report. Kah. Padahal nak cita kiter pegi dolan-dolan.

Hari ahad, macam biasa Hubs balik keja 5.30pm, bukan 7.30pm. Dia sampai bilik around 6pm. Laju-laju dia mandi & by 6.20pm kami dah ready to head out. Jalan anak beranak ke Giant Bukit Indah. Dalam 1km from hotel. Macam tak logik pulak nak amik Grab or Uber kan. Kami akan naik bas masuk Singapore! Tiket harga RM5 ja untuk masuk sahaja. Tapi bukan beli tiket & dapat seat ya. Masa nak naik tu baru bayar and cari tempat duduk. Kalau takdak, selamat berdiri! Tunggu bas pun kena beratur siap dah. Fuhh. Was planning to catch the 6.30pm bus. Tapi lambat juga dia jalan dalam 6.50pm. Ada jugak orang yang masih ada sivik bagi I duduk sebab tengah dukung Noah. Hubs tak dapat duduk. Dan nasib baik jugak dari situ nak ke immigration Malaysia tak jauh mana. Dalam 15mins macam tu. Dah sampai situ, turun untuk dapat cop. Dapat cop, lari pulak kejar bas yang tadi tu and untuk dapat tempat duduk. Orang lari, kami pun lari. Hahah. Padahal jalan pelan-pelan pun takpa. Sebab bas tu punya frequency ialah 20mins sekali. Terlepas yang ni, yang lain ada lagi. 

Perjalanan nak masuk Singapore tu tak lama pun. Dari Malaysian immigration tu ke Tuas checkpoint sekejap mak enon. Tapi! Yang nak tunggu bas nak drop off kita untuk Singapore Immigration clearance tu yang Nauzubillah urut dada. Lama hoi terkedek-kedek. Depa kata tu belum jem lagi tu. Pernah ja jem sampai ke sebelum naik jambatan Selat Tebrau tu. Gila babs. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk kami jugak. Habis clearance, lari lagi tunggu bas CW6 tu jugak untuk ke Boon Lay/Jurong East. Ha ni last stop la. Dari situ pandai-pandai ampa la nak pi mana pun. Kami mulanya nak ke Boon Lay. Tapi taktau macam mana ka terlepas Jurong East. Hahah. Tapi takpa sebab sama ja distance nak pi Hard Rock Cafe. Took Uber to Hard Rock Cafe. Sekian kena SGD20. 

Sampai HRC dah 9.45pm macam tu. Ordered grilled salmon. Kecewa tak sedap. Hubs kata sebab ni Atlantic salmon. Yang I dok makan kat HRC Penang is Norwegian salmon. Could be it. We had a good time. Noah pun sporting malam tu. OK la.





Lepas sat then we ventured our way to the hotel. Hubs kata dekat saja we can walk along Orchard Road it would be fun. Yeah tell that to my aching body-sore feet-pre-pms-self.

SEJAM KOT BERJALAN.

Tapi I layankan saja sebab Hubs was so excited to show me Orchard Road, telling me his days visiting Singapore dulu, watching Noah run & main hambat-hambat with us. Sejam tu tak la terasa sangat. Hahah. Betul tak tipu.

Ni ja gambar yang ada malam tu 😋

BTS
And finally kami sampai hotel I tak cakap banyak dah terus mandi and ready to sleep. Hubs ajak pi Mustaffa pun I tak kuasa dah. Mana pi la all that energy I used to have 5 years ago? Hmmmm.

Rise and shine baby love!

Bangun tido terus siap-siap and got ready to take Singapore. Gitu. Padahal jalan 2-3 jam saja. Haha.

Ronda-ronda naik kereta. Eye on Singapore. Tempat kami jalan ni ialah F1 racing track ya. So cool.

The Fullerton Hotel. Dulu ini ialah sebuah pejabat pos. Yang pertama dan terbesar di Singapura. Sekarang dh converted jadi pejabat pos. Opposite the building is the Merlion Park. Kami stop sat for a quick snap.

Awhhh perfect.



BTS 😒

Thank you Mummy & Uncle Hasan bawak kami jalan-jalan. Uncle Hasan was not in the picture sebab tengah tunggu dalam kereta mihmihmih. They are a family friend of Hubs.

Pastu kami pi Geylang Serai for lunch. Makan kat food court dalam tu. Dia ada jual baju-baju jugak tu. Ala-ala Chowrasta gitu. Tingkat bawah sekali ialah pasar basah. The only market in Singapore yang tak jual babi. Kawasan melayu ni. But too bad Geylang was known for its "red district".

BTS

Actually kami plan nak naik bas jugak balik ke JB. Tapi Mummy & Uncle Hasan memang nak masuk JB for groceries shopping. So rejeki la ni tak payah nak berkejar-kejaran balik JB naik bas. In less than an hour dah sampai hotel uols. Kalau naik bas tu mau 2-3 jam jugak. Sekali dah sampai hotel dapat pulak message dari AirAsia flight retime to 11pm. Pundek betul.

Itulah percutian ke Singapura kami. Boleh la. Janji dah pernah masuk Singapore. Kahkah. Nanti boleh plan mai lagi. Nak pi USS tapi takut maskot-maskot tu semua. Acaner?


Wednesday, 27 September 2017

Cuti 5 hari

Assalamualaikumm..

How aree yahhhhhh??

Me Alhamdulillah sihat-sihat saja. Baru sihat ja pun. 2 hari tak berapa sihat sebab period. Well, what's new.

But........I still have the best weekend evahhhh. Went down to JB with Noah to see his daddy! Dadddy dadddyyyy dadddyyy dadddyyyyy ja sepanjang 5 hari tu. Awwwhhh. Umi tak jeles pun. Haha boleh rest.

Kisahnya yang boleh jadi sampai 5 hari ni ialah sebab I salah tengok calendar. I ingatkan cuti raya haji was on 21 Sept. Dengan konfidennya I beli flight ticket 21 Sept and of course la kena ambik cuti Jumaat tu kan. Then Monday pun ambik cuti sebab Hubs off day hari Isnin. Kalau I balik ahad, rugi la pulak hari Isnin tu tak dapat spend time together. Sepanjang I kat sana pun pagi & malam ja jumpa Hubs. Dia tetap kerja. But it's ok. At least we are there 😍. Hey look on the bright side, I dapat 5 days dengan Hubs ok. And ticket balik hari Isnin is much cheaper 🙇

I cerita sambil kita tengok-tengok gambar ok? Sorry la gambar tak dasyat uols. Walaupun S8 Edge tapi sebab dah banyak kali jatuh agaknya, gambar dah tak power.

On our way to the airport. I drive pi amik Yana kat Bosch pastu dia bawak balik keta I. Rumah dia dekat mak enon ja dengan airport. Senang naik kereta sendiri. I can take my time to load my stuff & son in the car. Tak terkejar-kejar orang tunggu, takdak drama Noah takmau masuk stranger's car and whatnot. So far so good.


Awal-awal dah kena pau. Ambik lah nak. I kurang sikit nak berpantang bagi dia makan. I know kadang-kadang I dapat jelingan maut bila orang tengok I bagi Noah makan jajan ni semua, but yeah whatever.

Sedikit drama dalam flight bila dia kena pakai seatbelt & off handphone. Huhuhu. Tapi after 10mins terus gone tido. Hehehe. Nasib baik steward tu memahami and ignore ja dia duduk macam ni. Noah takmau tido duduk masa ni. Nak baring. Boleh la nak.

I sampai airport Dewi, Yazid & Faliq dah siap tunggu. Thank you korang. Ada kejadian tiket hilang sekejap. Drama sebabak laki bini. Tapi jumpa balik tiket tu 😂

First stop bawak Noah (and Ummi ehem) jumpa daddy sat. One way juga from airport to tempat keja Hubs. Noah shy-shy cat pulak mula-mula masa nampak daddy. So sweet.

Aaaawwwhhh 💗💗 
#heartshatteredintomillionpieces #anditgrewlarger

Noah dan cars berpisah tiada. Dekat kedai daddy pun boleh jadi keja main cars. Macam besar dah tengok kasut tu. Hmmm..

Kesayangan ni. Ini la definasi "Jauh di mata, dekat di hati", "It's not the time spent that matters, but the memories created".

Malam tu lepak makan kat kilang bateri ni. OK la food selection not bad. I makan cheese nan & kima. Hek eleh kat Penang pun ada kan. Tapi ni lain uols. Roti dia lembut gila. Sorry no picture. I dok kencing tak puas masa ni. Sat-sat rasa nak kencing. Memang takdak mood la nak makan pun. Padahal ada ja kat situ mee rebus ala Johor. Tapi tak rasa nak makan. Rugi hoi. Habis makan terus balik bilik. Letih chuols. Kesian Dewi jugak menahan muntah. Alahan boleh tahan poms tu.

2nd day tu Dewi bawa pi JPO. Sampai pun dah petang. Sebab tengahari tu pi hospital sat. Ada hal sikit. Hal yang bertukar menjadi cerita lawak. Takmau la cita. Kesian Yazid. Sampai JPO terus mentakedarah. Lapaq hoi dah almost 5pm baru nak dapat makan nasi. Lamaaaa dah I teringin makan Absolute Thai ni. Akhirnya dapat jugak. We ordered ikan terbang tapi ada siakap saja. Garupa yillekk. Tomyam & ayam goreng thai. Ok la not bad. Tapi rasanya I takkan terkenang-kenang kot. Hehehe. Ataupun masa makan tu haba panas sikit restaurant tu. Tu yang makan pun macam nak tendang orang ja rasa 😝

💕

Jalan-jalan cuci mata sikit-sikit ja sebab panas & tak banyak sales pun. Dekat-dekat maghrib tu Hubs pun sampai. Kesian dia pun lapar. So off we go keluar mencari makan untuk Hubs pulak. Kami kekenyangan lagi. Dewi bawak pi Pasar Borong Pandan. Hubs tekak mengada nak satay pulak. Satay sedap ya. Sila cuba yang dekat luar tu. Bukan yang kat dalam food court tu tau. Yang kat belah luar punya. Tak reti nak describe.

Kahwinkan pulak dengan air mangga ni. Merecik hawaaauu!

Hari ke 3 Dewi dah balik..Oh 1st & 2nd day tu Dewi duduk dekat hotel kami jugak. Senang nak gerak kan. So Sabtu tu dia balik dah sebab both depa kena keja. So siang sabtu tu I bawa Noah pi kedai daddy. Saja to kill our time & makan lunch dekat-dekat situ. Makan nasi campur kat tepi Mydin Anjung tu. Bagi Noah layan playground sikit dan masuk Mydin sat beli flusk air. Boleh pulak I lupa nak bawak flusk sebab dok fikir naik flight nanti tak boleh bawak air. Bodo kan tak bubuh dalam checked in bag. Mulanya Dewi dah beli dekat Tesco semalam tu. Tapi boleh rosak pulak getah yang kat penutup tu so air jadi sejuk tak tahan panas. Then I beli pulak flusk superhero Chuppa dekat Cotton On. Pun hampes jugak tak boleh tahan air panas. Penyudahnya 3 kali la beli flusk air. 💆

Malam tu Helmi kawan tempat keja Hubs bawak pusing-pusing bandar & Pasar Karat.

I taktau apa nama tempat ni. Tapi kat sini la Tun Aminah kahwin baru-baru ni dengan suami dia yang heloks sangat tu.

Baru masuk Pasar Karat tak sampai 15minit dah lapar kaw wehh. Tak boleh nak fikir apa-apa dah. The first kedai makan yang kami nampak, terus zass masuk. Syukuurrr tempat makan hipstur sangat nih. And I suka konsep dia. Nice ambiance. 

Noah slept the whole time we were there in Pasar Karat. Dia mesti taktau dia pernah mai sini 😂

Hari ke 4 golek-golek baring-baring membosankan diri dalam bilik ja siang tu. Sebab petang nanti nak masuk Singapura yahhooo. Yang tu nanti I cerita dalam entry lain sementara ingatan masih kukuh. Kalau esok ka lusa ka tahun depan baru nak update, memang I dah tak ingat dah. OK?

Ok fast forward sehari lepas tu, tibalah masa untuk berpisah dengan Hubs...Noah tido sepanjang dinner and dekat airport. Masa dah nak masuk departure hall, Hubs pass Noah kat I, terus dia terjaga maka terjadilah drama perpisahan anak bapak. Punya keriau menangis nak daddy sepanjang jalan. Haiyoo. Dah la my first day on period. Dengan Noah mengamok macam tu. Rasa macam nak terjun KB Mall. I nak duduk dia tak bagi langsung. Berdirilah I menanti flight yang asyik delay 80ribu kali tu.

1.45am selamat tiba di rumah 
😭
3.30am baru Noah mau tido
😭
Dan I kerja the next day
😭
-----------------------------------------------------------------------------------











Tuesday, 12 September 2017

I am more worried of him

Assalamulaikum..

After 7 years of marriage, hari ni kami start berjauhan. PJJ for 6 weeks in shaa Allah. Hubs have been assigned to help the company to setup another branch in JB. Layout dah siap cuma nak bawa barang masuk & nak train staff di sana saja sebelum dia boleh balik Penang. 

But it doesn't ends there. Balik Penang for a month lepas tu PJJ balik for 6 freaking months yall. Tapi Hubs dekat KL saja lah. Dekat KL tu sebab nak kena straighten up a few things kat sana. Actually they offered him a permanent position in KL. Hubs has put a price on it but unfortunately they couldn't accord to it. So they counter-offered Hubs tugasan ini. I hope there's nothing behind it lah. Paham tak?

Well..apa perasaan I? Nangis bucu katil tak? Hmmm yeap I teared a bit subuh tadi tapi mengantok tu lebih so Alhamdulillah la takdak drama yang lebih-lebih. I ni jenis malas nak fikir apa akan jadi. I suka settle masalah I there & then. Tak suka nak down awal-awal thinking what will happen esok-esok ni. All I can say is Alhamdulillah I dah train myself to do everything sendiri pun selama ni. Hubs ada tolong jugak tapi mostly on technical stuff, angkat barang berat-berat or pasal isi angin tayar keta ka for example. Yang lain dalam pengurusan hantar Noah pi sana sini, arrange for his clinic visits, bla bla bla I buat sendiri ja mostly. Bila Hubs available baru dia ikut. Or else, I tak pernah paksa pun dia ikut or turut serta I buat benda-benda ni. U know, just getting myself ready for days like this. Alhamdulillah. 

Tapi tipu lah sangat kalau I kata tak sedih. Gila tak sedih. Of course I terasa dia takdak. I will miss the sense of his presence tu terpaling major. I will miss having him at home, leaving his coffee everywhere, his snoring and everything else in between. I ni memang luaran nampak kental. Orang nampak macam I tak heran pun. Tapi dalaman sapa tau? I takmau tunjuk sangat sebab I takmau bagi dia susah hati. Biar dia pi dengan senang hati. Noah tu in shaa Allah I boleh handle. Kalau kat luar Noah susah dikawal dengan I sorang saja, then tak payah la keluar. Nak makan ka apa, masak ja sendiri. Wow. Aida sembang bikin diri sendiri bimbang. LOL.

Hubs dok kata dia risaukan I nanti bila dia takdak. But to me, I am more worried about him. Hubs tak pernah hidup sendiri sepanjang hidup dia. And he is 35 years old now. What makes he think he should be worrying about me rather than himself? Tak pernah guna washing machine, tak pernah guna iron, tak pernah siap makan sendiri (other than pi amik lauk yang dah siap terhidang), tak pernah beli toiletries sendiri unless dah memang habis sangat & he really need it. He is really a anak manja. Being the first and only son in the family. The first cucu that live with the grandmother since birth. What do you expect? I pulak on the other hand dah memang di train oleh my mom (by observation I mean) to siapkan everything for the husband. Contoh kalau travelling, tiap-tiap hari masa Hubs mandi I akan sediakan dah dari spenda ke seluaq ke baju apa dia nak pakai. Sebab kalau tak, tetap dia akan tanya spenda kat mana, baju apa nak pakai, seluar apa nak pakai.

Baru 1st day ni. Harap-harap Allah kekalkan kekuatan yang ada pada I hari ni sampai Hubs balik ke pangkuan kami. Gittewww.




Wednesday, 6 September 2017

SepertiOrangMengantokDisorongkanBantal

Assalamualaikum.

Ya Allah mengantoknya uols. Padahal lunch tadi takdak la makan banyak mana pun. I makan laksa saja. Pastu order juga chee chong fun (hanya orang Penang saja yang selera makan ni 😅). Tapi ni kaw punya mengantok macam makan nasik kandaq kuah banjir. Kerja pun tak banyak ada ni. Almaklum lah...boss pi outstation. Maka saya pun tiada kerja la. Tapi dia ada pun tak banyak kacau. Senang bela.

Weih serious mata tak boleh nak bukak. Hari tu I ada janji nak cerita pasai kenduri Ayin kan? I rasa tak jadi la nak cerita. I nak tunggu official photos from her photog. Tapi kalau by the time dapat dan I terlupa, maafkan saja la pompuan tua ni ok. Hahah. Tapi dah 2 bulan kenduri dia tak siap lagi ka album nah? Satgi balik tanya.

So nak sembang apa? Hari tu I cerita ada Noah pi GMC pasal sembelit dia kan? Pi hospital tu hari Isnin. Hari Rabu dia ada membuang. Lepas tu tak membuang pulak sampai la ke pagi tadi 4.30am baru membuang pulak. Runsing la I hari-hari fikir macam mana nak buat dengan Noah ni. Bagi makan buah dia mau takat sebijik ja sehari. Bagi makan sayur kalau dia perasan, dia ludah buang. Bagi minum air jenuh sua nak suruh dia minum. I've tried. Tapi I tak menyerah kalah la uols. Masih lagi mencari-cari solusi. 

Then teringat pernah baca Mealshake Shaklee bagus untuk anak-anak sembelit. Kebetulan I ada kawan yang jual Shaklee. Dah order dengan dia. Insha Allah esok sampai la kot. Harap-harap dia tak lupa la nak order tu. Heheh. Doa-doakan la menjadi ikhtiar I ni ya. Selagi Noah tak membuang semalam tu, I punya la takut nak pi jumpa balik Dr GMC tu. Takut I yang kena marah. Dari hari tu dia dok serious-serious dengan I kata pemakanan salah la apa la. Takut termenangih lagi depan dia nanti. Tapi syukur berak dah jugak. But it is still not satisfactory though sebab seminggu sekali saja. Patutnya dua hari sekali tu should be ok. Takpa-takpa mungkin it takes time jugak kot.

Oh nampaknya mengantuk ni masih ada. OK lah I nak makan chee cheong fun belen lunch tadi sat. Macam lapar pulak. 

Bye.

#NoahTheTroublesomeTwo

@AidaNoordin



Wednesday, 30 August 2017

Oh Noah

Assalamulaikum..

Semalam kan I kata I macam nak update pasai kenduri Ayin? Tak dapek sebab I emergency balik awal semalam. Noah dok sembelit teruk. Nangis berapa jam tak boleh berak. Kesiannya la hai anak aku tu.

I decided terus balik & bawak dia pi specialist ja. Takmau bawak pi klinik-klinik lain or even Hope Children sekalipun. Sebab I nak dia checked by specialist untuk usus ka, perut ka whatever lah. 

Kami sampai Gleneagles Medical Centre (GMC) pukul 12.15pm macam tu. Registration takes a while saja. But sebab walk in, so appointment set pukul 2pm. Sebelum tu, kena bawa Noah pi x-ray. I tau dah satgi mesti gamat tempat x-ray ni Noah nanti buat ramai. Haha true enough dia takmau masuk pun bilik tu. Berdiri kat pintu mengendap ja kat dalam. Pujuk-pujuk sikit baru ok. Tu pun menangis bukan main lagi. I tak masuk semalam sebab I belum period. Takut kot-kot la pregnant ka kan......kan.....#masihberharap

Habis x-ray makan sat dekat Coffee Bean. Ingat nak makan kat lorong belakang GMC tapi hujan maha lebat. So tak boleh nak jalan keluar. Tapi elok time tu pun ada lagi 15 mins ja before 2pm.

The wait for the Doctor doesn't take that long. I rasa kalau I opted to go to Adventist, kena tunggu lama ni. Taktau la..but from my experience masa pregnant Noah, I dok pi check up dekat Doc kat Adventist tu memang berakaq umbi la jugak tunggu walaupun dah ada appointment. Yang ni, untuk walk in and tunggu tak sampai sejam tu kira ok la tu. 

Doc agak sedikit membebel pasal pemakanan Noah. Katanya dietary Noah tak betul sebab tu jadi chronic constipation ni. Dari image x-ray tu memang banyak sangat taik yang terkumpul dalam usus dia. Banyak dari yang sepatutnya. And rektum Noah dah dilute bigger than the size it is supposed to. Long story cut short, Doc hantar naik pi kat ward untuk masuk ubat punggong yang power lagi. Dan terberaklah Noah dengan belambaknya.

So now Noah is on medication. Untuk normalkan balik size rektum dia and untuk lembutkan najis dia. Doc suruh tukar susu Pediasure pulak (tukar lagi for the zillion time in his short 2 years of life!). I ikutkan saja apa yang terbaik untuk Noah. But katanya susu tu hanya boleh ambik not more than 10 scoops a day. Kalau lebih jadi apa ya? Anyone boleh answer? And boleh ka kalau buat tak ikut sukatan sebab Noah walaupun kecil molek tapi dia kerap minta susu. So untuk menjadikan ianya hanya 10 scoops a day, boleh ka I letak air lebih dari sukatan? Mommies? #echosound

I rasa I tak payah dah la kot nak tulis kat sini pulak tips-tips untuk melegakan sembelit anak. You all boleh google belambak akan keluar. Basically they are all the same. Bagi anak makan lebih sayur & buah. Sebaiknya yang tinggi serat. Bagi a lot of fluids. Not being negative or tak yakin tapi I rasa Noah is a little bit susah nak follow yang ni. Sebab tu sembelit pun. Dia makan sayur tapi yang crunchy saja. Kadang-kadang takmau langsung sayur. Buah pun ikut mood dia. Doc advise suruh bg 3x sehari. Tapi kalau fikir-fikir balik kalau nak bagi 3x sehari, asyik mengunyah ja la anak tu sepanjang hari. Hehehe. Takpa kami cuba. Now pun at least sehari mesti sekali bagi dia makan buah. Air pun bila dia nak saja baru dia minum. Kalau paksa, memang dia akan minum 1 sip saja. Tu pun cukup la buat cuci gigi saja. Lagipun I bagi mak-mak kami jaga, takkan la I nak cerewet sangat suruh buat itu ini kan. Depa orang tua. Kesian jugak I dengan depa.

But over all this, I tetap tak pernah putus doa agar Allah permudahkan semua ni untuk Noah. Kesian dia suffer dengan sembelit ni. You all tolong doakan jugak ya?

Noah dan lori berpisah tiada. Dekat hospital pun sempat lagi pau lori sampah ni 1 set.
🚛🚛🚛🚛



Monday, 28 August 2017

Hari Raya Puasa 2017 - #jangankecam #lekkkaaabaruduabulan #ketapigunaarang #lambatsampai

Assalamulaikum..

Jangan marah ha lama gilos tak update. Last bulan puasa hari tu. Raya pun tak update apa-apa. Roh menulis pi holiday lama sangat 😂

How are you guys doing? My family & I Alhamdulillah sihat semua. I can tell you start dari lepas raya hari tu sampai la ke hari ni tiap-tiap minggu memang busy sangat. Ada saja programme. Kalau takdak apa-apa, memang I chose to just laze at home takmau pi mana. Paling kuat pun ahad saja keluaq pi dinner. Tu pun dalam mall. Yes dah bertahun-tahun pun kami masih belum dapat ukuran jalan yang tepat dalam Queensbay Mall, Gurney Plaza, etc. If you know what I mean 😜 Belum bored lagi dengan pi Mall. So siapa-siapa yang tak dapat terima hakikat, it's ok..nanti bila bosan cari 
kami ok? #eh #tercarut

Jom layan gambar-gambar raya I nak tak? Nanti bila-bila I rajin I cerita benda-benda lain pulak. OK dak? Tak OK pun hampa baca ja la kalau dah takdak keja nak buat kat opis tu.

Baru keluar rumah so muka masih fresh. Noah mai nak gigit sikit.

Tahun in raya rumah mak. Bila I kata raya rumah mak, maksudnya 1st day raya keluar jalan-jalan dengan my family. Kalau raya rumah Mama, 1st day raya duduk rumah Mama receive tetamu. Paham ke idok?

Dah memang jadi tradition tiap-tiap tahun kalau baju raya last minute tu yang lawa. Yang upah macam haram. Sedih I baju I upah jadi macam hapa ja. Terus pi cari baju baru. Alhamdulillah dapat baju ni. I like it so much!

Walaupun raya rumah Mak tapi tiap-tiap pagi raya mesti rumah Mama ialah destinasi pertama.

The annual photo with the in laws.

 The annual photo with my family.

Port mesti tang situ saja. 6 tahun kahwin, 6 tahun la gambar kami family semua kat sini 😍😻💖

Ni masa kat rumah pakngah. Walaupun dinding macam tu, kita anggap itu seni ok.

#dindingberseni

Ni raya ke berapa tak ingat. Kat rumah mak jugak. Buat makan-makan untuk the closest family saja. Tak larat nak buat open house panggil ramai-ramai macam selalu. Lulz.

Tersedok elok nureda. Ini pun bukan semua. Ada yang dah balik kot time ni.

Hmmm..macam ni saja gambar raya yang ada dalam phone I 😋😋

Tengok satgi kalau I rajin I update kenduri Ayin pulak. Tatatititutu.