Monday, 20 January 2014

Janji.

Janji esok sambung menulis. Janji!

Ini untuk semua yang merindui diriku ini.


Chiao, bella!

Wednesday, 15 January 2014

Wordless Wednesday.






Just saying "Hye".................................Bye!

Friday, 10 January 2014

Tips : Atasi Senggugut

Assalamualaikum.

Anda mengalami masalah senggugut? Penat dengan senggugut setiap bulan? Anda tidak dapat bekerja dengan sempurna kerana senggugut? *yaaaaaaaaaaaa (jawab ramai-ramai)*. Cubalah tips-tips dibawah ini.

Ececece....macam la kan aku pun dok praktikkan benda-benda bawah ni. Well, I did tried some. Ada yang works for me & ada yang meh. Hari ni tadi I baca Yahoo! News. Ada cover pasal senggugut ni. So I thought it was a good reading & worth to share lah. Sebenarnya senggugut &  how your treatment really take effects on you, depends on how your body react. Setengah orang berkesan, setengah (macam I)...*tiup kuku* Anyway, jom kita kupas satu per satu. And I selitkan jugak pengalaman I ok.

Minum banyak air
Dipetik : Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan. 

Well, ini I kena setuju jugak lah. Nak-nak kalau minum air suam-suam panas. Lega ja rasa. Kadang-kadang I sampai tuam gelas panas tu kata perut. Lega la jugak sat. And bila tulis kat situ membantu proses penghadaman, for some people bila on menstrual, akan sembelit. So bila you minum air banyak-banyak sangat helps untuk you ke toilet. And lepas keluar toilet tu, memang la rasa lega skit perut. But just for a while :(

Melakukan senaman ringan

Dipetik : Amalkan melakukan senaman ringan kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agarrr tidak berada dalam keadaan tertekan. Anda boleh membuat senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau berjoging.

Seriously? I nak bangun pun tak boleh. Nak jalan pi toilet pun terbongkok-bongkok. And you want me to  lompat bintang? Itu senama ringan? Boleh tak jalan pi dapur ambil air tu pun considered as senaman ringan?

Ambil makanan berkalsium
Dipetik : Anda juga perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, kobis dan yogurt kerana ia dapat mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda ketika awal kedatangan haid. Anda memerlukan kalsium sekurang-kurangnya 1, 200 mg setiap hari.

Ini yes I've read a lot about this. You need calcium to prevent from cramps. Tapi tu lah, I pernah pi farmasi nak beli supplement for calcium tapi kena tarbiah pulak dengan pharmacist tu. Terus tak jadi beli. Tapi not to worry, I sekarang breakfast ambil nestum & oat biscuit. Baru ja la pun. Hahahah. Dulu masa I kerja Rasa Sayang memang I buat hari-hari. Then sambung masa kerja Hotel Penaga. Cuma bila masuk Koridor Utara ni, breakfast hari-hari dapat free. Lupa diri la sat. Tapi sekarang I macam mendapat kesedaran sivik. Usia bukan semakin muda. Tapi I tau tak cukup. Kena minum Anlene dah ni.

Kurangkan makanan segera dan kafein
Dipetik : Kurangkan memakan makanan segera atau minum minuman berkafein kerana ia akan menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa, manakala kandungan kafein pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan ini akan menyebabkan ana berasa sakit di bahagian abdomen yang boleh  menyebabkan kekejangan otot.

Alhamdulillah sekarang I jarang sangat dah makan makanan segera ni. Maggi mee pun jarannnggg sangat (Yana, jangan dok kutuk aku. Hari tu aku terpaksa sebab lapaq kawww & I was so sick to go out beli food). McDonald's ka segala mak nenek pun I dah jarang sangat dah. I memang niat nak cut off 100%. Tapi apakan daya, kadang-kadang makanan camtu yang paling pantas dan senang. Haih la. Kafein? I bukan pencinta kopi. Tapi I pencinta Caramel Machiato CB & Caramel Frapucino SB. Camno tu? Hahah. Tapi I minum seminggu sekali ja. Takdak la macam some people yang memang everyday obliged must have perlu harus minum kopi. No no no no. Takut I dengar. Nanti lagi cepat nampak kertu. Hahahah. Tapi ada jugak orang bagi tips kat I time period pain, minum kopi O. Pelik. Taktau la tahap keberkesanannya sebab I tak pernah try.

Ok tak entry kali ni? Berguna tak kepada uols? Cuba-cuba lah mana nak pi tau kan. Sebenarnya ada banyaaakkkk lagi tips-tips untuk kurangkan senggugut ni. Tapi I macam ketaq takleh pikiaq dah. Sebab jam sudah menunjukkan pukul 5.36pm. Sudah mau pulanggg. Hahah otak terus jem. So I amik dari Yahoo!News ni saja. Yang lain tu lain kali ok? I tak janji tapi I cuba. Demi cintaku padamu. Tetiba.



Thursday, 9 January 2014

Happy 3rd Anniversary Sayang!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah untuk 3 tahun pertama yang penuh cabaran. 

Untuk 3 tahun pertama yang banyak mengajar erti kesabaran dan toleransi.

Untuk 3 tahun pertama yang membuka mata dan hati.

Untuk 3 tahun pertama yang membuktikan kekuatan hati dan nurani kami.

Untuk 3 tahun pertama yang diberi pinjam kasih sayang seorang suami.

Untuk 3 tahun pertama diberi pelindung yang dihormati.

Untuk 3 tahun pertama yang banyak dipelajari tentang diri masing-masing.

Untuk 3 tahun pertama yang indah dalam mendalami diri seorang lelaki yang hatinya sangat suci.

Biarlah diri kita tidak sempurna, biarlah perkahwinan kita bukan seperti Shah Jahan dan Mumtaz, biarlah diri dan hati terluka dek merempuh onak dan duri, sesungguhnya pengalaman itu semua mematangkan hubungan yang kita bina diatas nama cinta.

********************************

Aaawwww romantika d'amor sangat. Berbulu tak tiak korang? Kahakhakah. Anywoots, HAPPY ANNIVERSARY TO MY DEAR HUSBAND, KAMARUZAMAN BIN KASSIM.


Counting the blessings :)

Tuesday, 7 January 2014

Goody good news!

Assalamualaikum!

Lama tak bersiaran. Alih-alih itu ja lah intro. Hahah. Lain kali I ubah skek k. Ehem. 

How was your weekend? Mine was jam packed. Macam biasa lah. Ada ka weekend yang tak penuh? Kalau ada pun, mesti la bangun-bangun tidoq dok congak dah mana nak pi apa nak buat. Pastu sendiri komplen tak dapat rehat. Sapa suruh sendiri cari pasai? Sendiri jawab.

Oh sebelum mempoyokan diri dengan lebih lanjut, I ada good news!! My baby Che Puteh is back! Alhamdulillah dah dapat semula kereta. After 2 effin months! Gila punya lama repair. Tapi takpa lah as long as dapat balik dengan sempurna. Lega jugak tak payah dah I nak kena tebal-tebal muka mintak pinjam kereta orang. Kalau ada antara you all yang taktau lagi, I ni susah sangat nak mintak tolong orang. Biar lah I buat semua benda sendiri selagi I mampu. I segan nak menyusahkan orang. Tanya lah my sister ka my brother ka, berapa kali sangat I mintak tolong depa (financially aside. loan FAMA tidak diambil kira. hahaha)? Bila kena macam ni takdak kereta, perghhh wa cakap lu. Rasa tak lengkap anggota badan. Orang pun nak guna kereta, kita pun sibuk nak pinjam kereta. Ya la uols, I ni hari-hari guna kereta pi mai pi mai. Rasa ralat sangat bila kita kena menyusahkan orang nak mai ambil la, nak kena hantar la. Walaupun I tau orang-orang sekeliling I semuanya ikhlas sebab depa best! Huhuhu. Tapi diri I sendiri la yang tak best. Rasa macam ada emas dalam mulut ni everytime nak mintak pinjam kereta dari orang. I pernah dulu-dulu accident gak few times masa dengan Viva. Tapi at that time, arwah abah was still around. Kereta arwah pun elok lagi. So no problem for me. Ambil ja kereta arwah. Time tu pun tak kahwin lagi. So nak keluar pi mana-mana memang bofren ambil. Kekekeke. But now, since arwah pun dah takdak, memang kereta dia pun takdak orang maintain. So memang tak berstart la kereta tu kat situ. Ah sedih pulok!

Rindunya. Rindunya. Rindunya.

Anyways, dah dapat balik kereta ni, kaki pun menjadi lebih panjangggg. Sabtu tu ada kenduri. I bawak mak. Sebab I kena bawak mak pi cuci luka jahitan dulu. Dah settle kat klinik, baru bertolak ke Tanjung Tokong. Kenduri tunang. Sepupu mak punya anak yang bertunang tu. So that makes us dua pupu la kan? Alhamdulillah majlis went smoothly. Masa time kenduri tu, orang workshop datang ambik kereta sebab Hubs nak tukar rim. Yang dalam gambar ni rim lama lagi. Sebab kan I accident tu kena sebelah. So rim blakang tu rosak. Takkan nak tukar 1 saja rim. Hahah. Kena la tukar all four. Hubs ambil yang macam ni jugak tapi full chrome. Sebelum ni kat blade tu ada hitam sikit. Ada cerita sedih sikit. Kan baru tukar skirting, boleh pulak orang workshop tu pi sagat apa ka sikit kat bawah skirting. Tapi Hubs malas nak bising-bising so dia suruh diamkan ja. Nanti we all buat sendiri. Hhhhmmmm...

Selamat bertunang Awin!

Not bad jugak camera dari Note 2 ni kan. Time ni I duduk kat meja makan I ja ambil gambar. Main zoom ja. Berat nau pungkok nak bangun masa ni. Al-maklumlah dah nak dekat sampai waktunyaaaa.

Habis kenduri, I bawak mak balik rumah sat sementara nak tunggu jam 7. I ada facial appointment. Pun bawak mak jugak. Kesian pulak nak tinggal mak sorang-sorang kat rumah. Mak pun bukan sihat betul-betul lagi. 

Acara golek beregu. Sama bulat kan? Me in 15 years? T.T Eh bukan I takmau jadi macam mak. I want to have all her goodness but I don't want to "grow"! Hahahah. Tolong jangan cemuh I lagi.

Nanti cerita ahad in the next entry.

Adios.

Friday, 3 January 2014

Happiest day!

Assalamualaikum dan salam jumaat ya sahabat!

Semalam tak update apa-apa ye? Keterlupaan la. Ampunkan saya. Ampunkan saya. Busy check claim smalam tu. Huhuhu.

Kenapa happiest day? Sebab hari ini hari jumaat. Bermakna esok dah coti. Seronotla... Tapi esok ada kenduri. Sepupu jauh sikit bertunang. Happy gak sebab dapat jumpa family. Dapat jumpa my kids. Lama gila tak jumpa Khalif. Sekarang ni untuk masa sebulan ni, Kak hantar Khalif kat Makchak. Sebab nak bagi mak rest. So I memang tak dapat jumpa dia la. Rindu sangat. Walaupun jumpa tu 10minit ja dia duduk dengan I. Lebih main ja nanti. I don't care! I love it! (lagu Kamal kata tak bermotif).

So uols dah dapat azam tahun baru ka? Memang I ada cakap azam tahun baru I nak lebih ke arah positive. Dari segi percakapan, pemikiran & In Shaa Allah rohaniah. Tapi bagi I sebenarnya kita takyah berangan lebih-lebih nak berazam sangat pun takpa. Sebab resolution can be made everyday as & when something pops out of your mind. Itu bagi pendapat I la. Sebab I rasa out of 100 people yang pasang azam ni, 40 ja kot yang betul-betul achieve dia punya azam. And I am one of the 40s. Kahakhakahahah. So entry ini adalah bagai satu penyepak untuk diri sendiri.

Tapi! Untuk 2 tahun berturut-turut ada 1 azam I ni I berjaya realisasikan. I nak habiskan membaca at least 3 buah buku every year. Tu the very least la. And I did. For the past 2 years, I rasa every year more than 3 books I habiskan. Macam last year itself (macam lama ja sebut last year, padahal baru minggu lepas), I habiskan 4 buah buku. The Manhattan, False Impression, Lovers & Players and Did You Miss Me?. Genre I? Mesti la yang bunuh-bunuh & crime investigation. Hahaha. Hubs kata I psycho sebab suka baca buku jenis ni. Psycho kah I (sambil mata terbeliak)? Tak la..I suka the thrill. The urge of wanting to know more of what had happened. Wanting to put the puzzle together. Gitu. Bila masa I baca buku-buku ni? Kata sibuk sokmo? Time memerut. Okbye.

Oklah. I hope today will be a good day for me & for all of you yang sudi baca blog I yang sendu ni. See you guys next Monday!


Mana picture I? Takyah letak kat sini lah kot. 

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!

Lotsa lwerff!