Monday, 15 June 2015

Perempuan = Lelaki

Assalamualaikum.

Hai pepagi Isnin ni saya nak ajak berleter sikit. 

Zaman sekarang ni kan lelaki dan perempuan sama saja. Sama dari segi tanggungjawab, beban yang dipikul, etc. Betul tak? Sapa setuju? Kalau tak setuju, come take a minute and please read on. Sama-sama cari rezeki for a better living. Susah nak hidup senang sikit zaman sekarang ni kalau hanya seorang saja yang bekerja. Jadi, untuk cover semua keperluan/kemahuan hidup, ramai antara kita yang suami isteri bekerja. Tapi selalunya orang nampak lelaki saja yang penat kerja. Dan seringkali statement "lelaki penat kerja untuk cari rezeki" digunakan. So perempuan penat kerja untuk apa ya? Yelahhhhhhhhhh I kerja untuk shopping jugak antaranya. Kalau tak kerja, tak dapat la nak beli barang untuk diri sendiri. Mihmihmih. So, tujuan entry kali ni ialah sebab I penat tengok orang perempuan penat. Tapi bila minta tolong orang lelaki sikit, akan dapat ayat "penat la balik kerja". So kami macam mana pulak?

Orang lelaki
Bangun tidur at 7.30am (untuk yang kerja normal hours) siap-siap pegi kerja. Spent almost 10 hours (kebanyakkannya lah) dekat tempat kerja. Berhempas pulas the whole day. Bagi yang kerja office, mentally exhausted. Bagi yang kerja bukan office, mungkin physically exhausted. Atau ada yang dua-dua sekali keletihan. Balik at 6pm, mungkin ada yang pi bersukan (which most likely susah dah nak dapat sekarang) sampai Magrib. Kalau yang tak bersukan well maybe duduk lepak Starbucks or happy hour kat mana-mana. Or balik rumah terus rehat dekat rumah. Or ada yang ambik anak-anak dekat sekolah/tadika/nursery/rumah mengasuh. At 8pm, dinner. At 9pm tengok tv/main game/main fon. Pukul 12am, tidur. But maybe yang ada anak tu in between 9pm-12am tolong tengokkan/tukar diapers/susukan anak.

The routine repeats the whole working week.

Orang perempuan.
Bangun betul-betul bangun at 6.45am susukan anak, kemas bag-bag nak bawak ke sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh anak, siap-siap nak pergi kerja, hantar anak ke sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh. Spent almost 10 hours dekat tempat kerja. Berhempas pulas the whole day. Kebanyakkan ladies ni kerja office la kan. Stress di office pulak. Yes mentally exhausted & physically jugak. Why physically? Nanti I bagitau. Balik at 6pm, yang kena ambik anak kat sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh. Yang tak payah ambik, balik rumah terus sinsing lengan baju masuk dapur. By 8pm dah kena ready untuk seisi keluarga dinner. At 9pm mula kerja membasuh baju, lipat baju, kemas-kemas rumah apa sikit (dalam masa yang sama I'm sure anak-anak akan lebih cari mak dari bapak). Pukul 12am, tidur. 2am bangun menyusu. 4am bangun menyusu. 6am bangun menyusu. 6.45am bangun (kat sini la physically tired) & get ready to face the next day.

The routine did not stop.

So guys, tell me apa beza lelaki dan perempuan sekarang? Ok maybe not all para suami begitu. Yes ada yang ringan tulang juga membantu. But you have to stop saying "PENAT KERJA" as an excuse.

Because you really don't know what "PENAT KERJA" really is.

Thursday, 11 June 2015

Noah dan kereta.

Assalamulaikum.

Alhamdulillah anak I suka naik kereta. Like seriously. Letak dia dalam car seat dia, selagi tak jalan selagi tu dia bunyi ekk ekk ekk. Once jalan ja terus diam. Haaa...I nanti dok skodeng la ikut safety mirror I pasang kat depan dia. Sebab dia mengadap belakang. So I tak nampak apa jadi kat dia. Hail to the person who created the mirror! Senang sikit hati I. I selalu ushar dia nanti dok angan-angan tengok langit la..tengok luar la..pastu terus nanti tido. Ouhhh such an angel #typicalmother

Image result for baby safety mirror
Ha camni lah cermin tu. Tapi design lain sikit. Eh tu bukan I tu..awat? Nampak sama ka? #aidaberhalusinasi

Tappiiiiii bila mai kat traffic light merah ja I nanti raplah dah. Kalau lebih dari seminit, dia nanti jaga and start buat bunyi. Kalau lagi lama, dia nanti keriau terus. Pastu nanti susah dah nak buat dia duduk diam. But anyway most of the time memang senang la nak drive dengan Noah ni. Paling jauh I pernah bawak dia p Queensbay kat Pak dia. Hehe. 


Ok tu ja dan cerita. Dari pagi punya dok type satu satu perkataan. Petang dah baru habis. 

Tata.


Tuesday, 9 June 2015

4.5kg

Assalamulaikum..

Alhamdulillah my baby boy dah weight at 4.5kg as of yesterday! Yippie..padan la boleh tahan muscle muscle kat tangan Umi ni dukung dia. Semalam ada appointment cranium ultrasound scan (I sounded smart kan saying that? Hahahaha) dekat GH. Then lepas dah habis scan tu nurse bagi report & suruh pi Klinik 004 Pediatrician. Kami pun pi la tok tek tok tek kat sana. Rupanya bawak report tu nanti on Noah's appointment date iaitu 25 June..hmmm...tapi takpa lah. Dapat timbang berat dia. I memang suka sangat la timbang berat dia. Kalau boleh nak beli baby punya weighing machine tu. Mihmihmih. Bukan apa uols. Bila everytime tengok berat dia naik, satu macam punya perasaan tu taktau nak habaq. That proud feeling. Sebab I kan bagi exclusive breastfeeding. Selalu juga I terima kritikan "DIA TAK PUAS MINUM SUSU TU". Sob sob. Tapi I ambik kritikan tu sebagai satu motivasi semangat untuk I terus bagi susu cap gantung (Walaupun berapi ja telinga masa orang kata tu tapi buat muka watlekwatpeace).

Bukan la I nak kata susu formula tu tak bagus. Of course ada bagusnya. Kalau tak habis la anak-anak bangsa kita. Hewhewhew. Tapi uols kena faham baby I premmie..sebolehnya bagi la susu tek kalau ada..Kalau takdak dah tu lain cerita..kita usaha cara lain pulak. I takmau la list apa beza susu tek dengan formula kat sini. Satgi ada yang terasa hati pulak. Nampak I ni defensive. Satgi mana nak pi tau rezeki Noah minum susu tek tak panjang, depa gelak pulak kat muka I. Tu la eksyen sangat. No no no Nauzubillah minta simpang. I tak riak tau. I pun tawakal kepada Allah SWT ja sampai bila I dapat menyusu badan exclusively. Kalau dah takdak rezeki, of course I akan bagi formula. Kegigihan I takdak la sampai tahap nak kena jugak-jugak bagi susu badan. Tapi selagi I boleh bagi, I akan usaha jugak. I ni dah la pantang orang kata ni boleh bagi susu banyak ni. Zaaasss terus beli. Berapa banyak supplement dok ada kat rumah tu untuk tambah susu badan. I tengok pun naik seriau. Hehehe.

Perkembangan Noah...Noah takdak la macam budak-budak lain by 3rd month dah boleh gelak-gelak bila diagah. Paling terer la ni pun dia dah boleh stare at you bila you bersembang dengan dia. Dia akan buat mulut burung. So I take it as dia paham la kita cakap apa. Hehehe typical mother. Tapi mostly bila pagi-pagi nak bagi mandi tu you bukak baju dia, dia happy la. Nanti ternganga-nganga keriau semua. He can be a little bit slow then the rest of the big boys. But I have nothing to worry because I know my little charm is getting there. Umi & Daddy just have to be patient. Hati mak pak mana tak sedih bila tengok anak-anak orang lain yang baru beranak semua besar-besar daripada dia. Latest I heard baby tu baru 42 hari tapi dah 5kg! Tapi takpa la pelan-pelan membesar la kan. Janji sihat sudah. 

Alhamdulillah Noah pun tak banyak kacau. Asyik nak tido ja. Tapi kalau dia tak tido, he demands for attention ok? Like seriously dia takmau duduk sorang-sorang. Kalau duduk dengan dia, sembang please. Kalau tak dia nanti nangis manja merengek minta perhatian. Oh boy. It melts my heart. 2 hari lepas ja dia macam tak ok sangat. Tengah malam takmau tido dari 2.30am - 5am! Nangis-nangis pastu tiba-tiba senyum sorang-sorang pulak. Umi very the saspen you know. Then siang tu memang nangis ja la. Tengah tido pun boleh terjaga nangis. Kesian my poor baby. Tapi Alhamdulillah kemarin dia dah ok.

Ok I need to go pump the susu dah. I talk to you guys soon ok! Mucho love.

#dontsaybabytakpayung

Monday, 1 June 2015

Ada hantu.....

Assalamulaikum..

Tudia tudiaa...blog ni bukan takat bersawang dah lagi ni. Ni dah kena panggil bomoh mai halau penunggu dah ni sebab lama sangat tak berpenghuni. Kohkohkoh.

Sorry la uols..memang sibuk la ada anak ni. Hahaha gelakkan diri sendiri. Dulu I selalu wonder apa benda la yang busy sangat kalau ada anak. Sekarang nahhh hamek kauuuu. Memang la ada jugak waktu senggang. Tapi waktu senggang tu la nak tutup mata ka, nak tengok tv ka, shave bulu ketiak ka...lain time tak dan hoi. Hahaha.

Anyways, I am back in the office dah hari ni. Punya la takdak semangat. I teringin nak jadi macam orang yang update status kat facebook "Feeling motivated to start work after 90 days of maternity leave" gitchu. Memang tak laaaaaa. Lagi rasa takmau bukak mata pagi tadi ada la. Pastu kan pastu kan, minggu lepas I dah start hantar Noah dekat Mama tau untuk training. Masa tu tak rasa apa-apa pun. Tapi tadi pagi alahai beratnya hati nak tinggal dia..sedihhh..over kan? Padahal sedih sebab kena mai keja. Tapi betoi la. Rasa berat sangat nak tinggal Noah. Sayu tengok muka dia. Dah la dia dok berair ja sebelah mata. Pastu ada taik mata banyak belah tu. Kenapa ek? Should I worry?

I jem ni taktau nak buat kerja apa. I dok tunggu budak yang ganti I tu masuk kerja dia handover balik baru boleh start pelan-pelan from there. Dah la wrong timing JP & Council meeting ni nak ada pun. Time I balik jugak. Tapi kan I dok berangan kalau I bersalin cukup bulan baru ni, lega la tak payah face JP & Council. Memang la bukan I yang present kat KSN & PM. Tapi I nak kena cari date untuk pre-brief session meetings tu yang buat rasa nak termuntah everytime thinking of it.

Ok lah nak chow dulu for now. Nanti I janji I nak cerita pasal kenduri Aqiqah Noah & Khalif tau.

Pwomise.

Tuesday, 12 May 2015

3 minggu lagi!!

Assalamualaikum...

Hye uols..busy ka kat office tu?? Iols pun busy jugak kat rumah ni. Jangan ingat cuti duduk rumah senang goyang teks sajia ya..I rasa I duduk rumah lagi penat. Ada saja benda I nak buat. Kalau I keluar ka, rasa relax sikit. Tapi once balik rumah, mula la macam lipas kudung. Macam-macam I pi korek nak buat. Tapi rumah takdak la kemas mana pun. Hehehe. 

I tak boleh nak bayangkan lagi nanti bila dah start kerja (which is only 3 weeks away my gawddd!!) how my life would be pulak. Dulu takdak anak kalau cuti, pun tak duduk diam. Ada saja benda buat. Rasa macam masa tak cukup dah. Dah ada anak pulak, memang la tak boleh nak duduk diam pun, Tapi Alhamdulillah magic boleh squeeze in the time. Sempat ja buat semua benda. Memang I jaraaaaannnggg sangat tido petang sekarang ni. Macam I kata tadi, ada saja benda nak pi korek buat. Esok ni dah start kerja, hmmmm lagu mana pulak nah. I ni kan bukan jenis orang yang ambitious. Memang susah I nak predict or plan my future. Hehehe. Sebab tu I tak suka pi interview depa tanya where & how do I see myself in 5 years. Mampoih ketaq nak jawab. Serious.

Sekejap ja masa sekarang ni. Tup tap tup tap dah nak come to the end of my maternity leave term dah. Dekat 3 bulan dah cuti tak berasa apa. Tapi bersyukur la jugak company I maternity leave 3 bulan. Bayangkan kalau 2 bulan ja? Noah kat ward ja pun dah dekat sebulan. Aiyooo ada sebulan ja to spend all day dengan dia? Memang ambik unpaid leave lah jawabnya. Kat office semua dok tanya I nak ambik unpaid leave tak lepas maternity leave? Masa mula-mula I nak la. Tapi dah lama-lama ni rasa tak payah la. I ni bahaya duduk rumah. Membeli saja. Fulus dok surut dah, Tak boleh tak boleh...kena kerja. Tapi malas. Camna ni?

Eeee kadang-kadang terfikir nak berhenti ja kerja. Tapi nak buat apa pulak? Mana boleh harap kat Hubs sorang ja kan? Komitmen I semua camna? Guess I have to drag my feet to work jugak lah. It's amazing camna some people decided to just quit their job. Dok ada lebat kot dalam account tak gadoh dah. Tapi I ni kalau dekat KL, I rasa I would quit my day job jugak. I will join Aja. Bayangkan Aja yang dulu pemalu nak keluar suara punya la susah, now is a successful wealth advisor. Dia buat investment Public Mutual. Memang boleh hidup la. Kalau nak buat kat Penang ni susah sikit I rasa. Client base tak wide,

Ok lah. I nak habaq kata lagi 3 minggu ja nak start kerja dah. Huahuahua. Ni nasik dah masak dah. I nak pi makan dulu. Satgi boss kecik ni bangun, apa pun tak boleh buat dok kena hadap dia ja. Ni pun dia dok bukak mata sikit-sikit dok reling tengok I.

Tata fellas. 
Muah ciked.

Wednesday, 6 May 2015

The journey of the little man - Noah Khilfi

Assalamualaikum...

Ampun ya Ampunnn..tau tau..lama dah tak update kan..lama gilerssss. Hahahah jangan marah haaa...sibuk la kiter...sibuk jaga anak kecik...masa kat rumah Mama tu memang la banyak masa sebab ada orang tolong tengok-tengokkan Noah. Tapi alahai malasnya nak on laptop ni..dah balik rumah sendiri yes I've got my own time tapi tak menang tangan pulak. Ececehh..padahal seminggu sehari ja ada kat rumah. Hihihi.

I nak share dengan semua orang yang rajin sangat dok view-view blog ni walaupun tak berhapdet. Terharu iols tau. 

Kebanyakkan orang tau yang Noah was warded for 28 days. Yes 28 days Ummi berpantang secara solo. Ada kebaikkan dan of coz ada keburukkan. The bright side that I always told myself was I can recover faster from the surgery. I boleh betul-betul concentrate on my pantang regime. Walaupun I tak dapat nak pantang macam orang lain which is mengurut bertungku bagai. Tapi Alhamdulillah Mama helped me a lot dengan bagi mandi air daun apa ka tu, bertanggas daun sireh, letak pilis, sapu minyak orang beranak...can't thank that lady enough! Dan untuk 28 hari itu jugak I dok berulang alik hospital to visit Noah. Masa the early days tu memang sakit sangat tempat operate tu. So Hubs akan tolak I guna wheelchair sampai kat NICU. Sampai sana nasib baik nurse semua memahami. Depa bagi kerusi suruh duduk. I can still remember the scene, the smell of NICU. I will never forget. Seeing my baby in the incubator cucuk sana cucuk sini memang had ripped every single piece of me. Tapi I know all that is for his best. He was so tiny kalau bawak balik pun we don't know what to do. So better leave it to the expert. Kita parents ni just be strong for ourself & for the baby. Betoi I cakap. Kalau kita dok buat liok lentok lemah gemalai, macammana baby nak strong. Dengan dalam pantang lagi memang jangan la dok ikut perasaan sangat. To cry kadang-kadang tu I think won't do any harm. I pun masa first time dapat tengok Noah (guys I get to see my baby only on the 3rd day) I cried. I cried of joy. I cried of happy tears. And of course I cried seeing my baby like that. Sebab tu walaupun I sakit, walaupun I dalam pantang, I gagahkan jugak diri pi hospital. Biarlah apa orang nak kata, orang nak tegur ka mulut bisa ka whatever, I went to visit my son jugak. For me & for him. Selagi I dok duduk kat rumah, I dok teringat kat dia, emosi I terganggu. Tell me what good was that for me? Kata dalam pantang tak boleh stress kan? So I decided to langgar pantang a while. Alhamdulillah nothing bad happened. That was when Noah dekat NICU. I duduk dengan dia sehari dalam 1-2 jam. Takleh dukung pun sebab banyak wires.  The reason why I nak pi jugak-jugak sebab I nak buat skin to skin contact. I nak pegang & belai anak I so that he knows he is not alone. Dia ada Ummi & Daddy yang will always be there for him.

Ni dah bukak oxygen tube kat hidung tu. I takmau share masa ada tube tu. Menyayat hati sangat.

 Tube hidung tu samar-samar.

My first touch. Waktu ni tak dapat nak gambarkan perasaan tu. Tuhan saja yang tau.

Less than a week, Noah dah di transfer ke wad Neonatal. Wad biasa tapi bukan wad kanak-kanak biasa. Intensive care jugak cuma lebih relaxing. Dekat sini ada rooming in service untuk mummies yang nak tido sana. I tak tido sana lagi waktu ni sebab Noah still ada 1-2 wires lagi. I tak boleh nak suka-suka hati dukung dia because he was still incubated. Tapi yang best sebab time ni I dah boleh dukung dia. Cuma tak boleh direct breastfeed lagi because Noah still tak pandai nak menyusu. And doc takut terlebih minum nanti overflow paru-paru dia. Tiap-tiap hari Hubs akan bawa I mai. Sampai the 2nd week tu I rasa tak puas duduk sat sangat dengan Noah. I nak buat kangaroo hug teknik pun sat sangat dapat. So I mintak permission from both my mothers untuk drive sendiri jumpa Noah. Alhamdulillah permission granted. Hehehe. I akan pi pagi-pagi then balik just in time for lunch. Then petang pun I akan drive pi balik and balik rumah before Magrib. Alhamdulillah waktu ni berat Noah dah bertambah walaupun according to the Doctor very slow. So Doc suruh kami pi beli Human Fortifier Milk tu as a boost to supplement my breast milk. Berat Noah naik turun tapi tak banyak cuma tak secepat yang Doctor expected. Takpa la pelan-pelan I dok bagitau Noah. Asalkan dia sihat cukup.

Ini masa Noa dah tak duduk dalam incubator. Dah duduk dalam cot biasa.

He was so tiny isi pun sikit-sikit ja.

The very first time Ummi gets to hold you in my arms. The feeling is beyond any word can describe whether in this world or in the galaxy.

And then came the 3rd week, Doc dah mintak I rooming in to breastfeed him on demand. Sebelum ni pun dah boleh breastfeed tapi bila-bila I mai ja. And Doc nak tengok if Noah can tolerate with direct breastfeed. Alhamdulillah anak Ummi is a very smart boy. Be it direct breastfeed or from the training cup, Noah boleh minum. Lebih kurang seminggu jugak I rooming in dengan Noah. I tolak cot dia mai tido dengan I. Memang la I tak dapat nak pantang betul-betul uols. Tapi takpa lah demi anak sorang ni. I jaga dari segi makan, pakai socks, mandi air panas & sentiasa pakai sweater. Sebab hospital sekarang pun semua air cond ok jangan main-main. Masa tu best sangat sebab setiap masa I dengan Noah. Tiap-tiap hair berdoa agar Noah boleh balik to everyone. Tiap-tiap hari I akan bisik kat dia suruh dia be strong, be good so we can go home together. Alhamdulillah that very weekend, on the 27th day, Doc pakar kata Noah dah boleh balik keesokkan harinya sebab he has met all the criteria. Criteria untuk boleh balik ialah berat met 1.8kg, oxygen level at its best, dah boleh tolerate direct breastfeed, free from apnea & Alhamdulillah semua tu Noah dah ok.

 Ini masa rooming in.

Ini yeayy dah boleh balik. Kesian masa ni topi pun kena bubuh selotep bagi kecik. Hehehe.

Allah seronoknya dia dah balik rumah tu taktau nak habaq. Tak payah dah dok ulang alik pi hospital. I pun boleh pantang betul-betul dah. Tapi senyap ja Noah ni kat rumah. Tak dengar suara macam budak-budak lain pun. Tapi memang I dah dok diberitahu yang premmies ni memang akan kurang menangis tapi lebih tido ja. Alhamdulillah senang jaga Noah. Sampai nak suruh dia minum susu kena gerak. Hehehe.

Inilah sedikit cerita perjalanan hidup Noah. Noah baru mencecah 2 bulan. Many more great story to come. Thank you pada semua yang mendoakan kesihatan Noah dan kesejahteraan Ummi & Daddy. We are so grateful & thankful for all the doas. Hanya Allah SWT dapat membalas budi kalian.

Noah, our little hero is a strong boy. Not only he had survived such a bumpy ride but also he had made us survived each & everyday just for him.. 

Till next time...

Muah ciked.



Wednesday, 11 March 2015

BIGGEST SURPRISE!!

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan!! Did you missed me? Sorry lama blog ni tersadai. Entry on my holiday pun dok tergantung camtu la. Bukan saja suka-suka uols. Maybe most of you dah tau pun. I..................dah....................bersalin! Yes awal 2 bulan...sepatutnya due I kan 1st May 2015. Tapi baby Noah dah tak sabar nak keluar. Maka lahirlah dia ke muka bumi ini pada tanggal 03.03.2015.

03.03.2015 @ 1.32am, Maternity Hospital, Penang.

I nak janji akan cerita panjang pun tak berani. Ini pun sebab I nak check balik kerja-kerja ofis yang I tinggai seketoi tu saja I bukak laptop. Kalau tak, I ussshhhaarrr ja laptop ni dari kejauhan.

*Iklan sat. Yeays dah dapat my #sofina3 from Sometimes By Asian Designer. Hari tu masa keluar 1st batch tu I hampir berjaya beli. Tapi Cimbclicks buat hal pulak masa tu. Last Monday dapat tau depa restock. I ingat tak dan dah sebab I tiap-tiap pagi pi tengok Noah. Balik dari hospital tu saja nak try tengok ada lagi ka tak. Tengok ehhhh ada lagi kaler purple. Terus tanpa membuang masa....I tak peduli kaler apa pun. Sebab semua kaler pun santekkk. U got taste, Vivy. A very good one. Eh panjang pulak. Terexcited dapat sopping.*

Anyways, masa hari Isnin 2hb tu, I dok rasa BH. I thought it was just the normal BH. Dari 4am lagi dah tak boleh tido. Rasa menggelisah semacam. Dok ulang alik pi toilet. Pagi tu I bangun terus bagitau Kak Baah I nak amik EL. Rasa tak sihat ntah la lain macam. Lepas tu nak dekat tengahari tu, I rasa sakit macam makin melampau pulak. Tak macam BH selalu. The contraction came once every 10minutes camtu but the pain stays. I call Kak & she advised me to just visit the doctor. Tak rugi pun. I made the decision pi GH ja. Sebab I dok fikir. Kalau pi adventist kena warded tak beranak lagi, insurance tak cover. Mana nak cekau duit bhai. Ataupun Dr Soon ni rilex sikit. Sat dia suruh I balik rest kat rumah ja pulak. Hahah. GH kan they all very particular. They will monitor you sampai puas hati. Cuma either you boleh sabar ka tak menunggu ja. 

Dalam pukul 1 lebih camtu I call mak suruh siap-siap teman I pi. I nak berteman sebab nak drive ja. Memang la mak tak reti drive tapi at least ada orang dengan I. Takut jugak tengah jalan jadi apa-apa kan. I takmau bagitau Mama lagi at that time. Takmau dia risau and mana la tau takdak apa-apa, tak ka buat dia kalut ja kan. Takpa biar I pi dulu and cekidauuutt. Memang takdak sapa-sapa pun tau lagi. I, Mak, Kak & Hubs ja tau.  Sampai hospital terus depa kata nak monitor I sebab memang nurse tu check dia kata contraction I kerap. Tak sampai sejam camtu konfem depa nak tahan I. Kesian dekat mak kena tunggu kat luar ja masa tu. Dah konfem semua baru la I suruh Hubs bagitau Mama. Apa lagi, terus panik la Mama. Hahah. Kan dah kata.

At around 7pm, Doc try bagi I ubat untuk redakan contraction. And also ubat tahan sakit. I pun dengan eksyen nya lepas tu dah tak rasa sakit la kan. Tapi too bad masa Doc check, the contraction was still there & it is getting nearer. 3 times in 10 minutes. So tengah malam tu Doc decided to tolak I masuk OT sebab I pun dah bukak 2cm. Doc mintak maaf sebab terpaksa walaupun baby still in his 31 weeks. Paru-paru pun tak matang lagi. But Doc lebih concern kan air ketuban takut pecah & uri keluar dulu. Gheessh masa tu I memang blur gila. Nurse tanya apa terus takleh jawab. Takut pun ada.

Alhamdulillah at 1.32am Doc tarik anak I keluar. Noah Khilfi has arrived! At 2am camtu I was already dekat ward all smiling. Hubs, Mak & Mama pelik awat I tak nangis. Entah la..I rasa lega kot. Lega sebab I am finally a mom. Of course I risaukan anak I and Ibu mana nak lahir a prem baby kan...but I terima ja ketentuan Allah.

And hari ni, I bersyukur sangat ke hadrat Illahi sebab after 9 days, I dapat dukung & cium anak I. Noah has been transferred to normal ward. Sebelum ni dekat ICU. But I tak boleh nak duduk sana lama-lama. Selalu pi pagi ja kat dia. Bagi stok EBM & pegang-pegang dia skit. But today was so emotional that I will never forget. Dapat dukung dia terus air mata tap tap jatuh. Was so thankful. Thank you Allah. Thank you for making me strong, thank you for making my baby boy a strong boy. Allah lindungilah kami. Kuatkan kami lagi. Aamiin.

My lil' fighter, Noah Khilfi.

*Gambar ni exclusive hanya di blog. Tiada di social media yang lain lagi kecuali beberapa whatsapp group. Rugi la sapa tak baca blog ni kan...hihihi*

Ok time to pump. Tata & big hug!!