Thursday, 1 December 2016

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum..

A big fat Alhamdulillah untuk kehidupan I sekarang. For everything revolving around me now.

Bermula dengan perkara paling I bersyukur. Noah Khilfi. Alhamdulillah untuk seorang anak yang semakin membesar dengan bijak, kuat & sihat. Alhamdulillah. Sebagai seorang ibu kepada a prem baby, I tak pernah nak expect perkembangan Noah sama dengan budak-budak normal yang lain. Kalau you all memang dok baca blog I, you all akan tau my stand on this. Been repeating it a lot. Teehee. I let Noah be Noah. Tak pernah nak stress tengok anak orang lain dah boleh berjalan tapi Noah belum (dulu la..skarang dah berlari 😁). Ada budak baya dia dah boleh bercakap now tapi Noah still baby talk. But I see a lot of improvements dekat Noah. Such a bubbly baby. Cakap banyak hoi. Tapi peel dia kalau depan orang yang dia tak kenal memang dia kurang bercakap. Only around people he is comfortable with ja dia cakap banyak. Pandai dah nak drama-drama skarang. Banyak benda kalau dia nak buat, dia akan make sure Hubs & I pun ikut dia buat. Heheh cute. Stress jugak kadang-kadang kita tengah buat benda lain or dah mengantok sangat tapi dia tetap tarik tangan suruh duduk dengan dia main trains 😑 But not complaining though. Alhamdulillah that he can show his expressions! Such a miracle baby. Oh and Noah panggil I mommy ok instead of Ummi 😏 But I will make sure he calls me Ummi jugak. Heshtekketegaq.

So much 💓💓💓 for this Apek.

Alhamdulillah untuk masa yang sentiasa cukup untuk family I sekarang. Balik rumah dari office means no more office work for me. Phewwwww. Setelah berapa tahun tak dapat rasa macam ni. Weekends pun Alhamdulillah setakat ni tak perlu la buka laptop. Kalau dulu memang siap boleh tak jadi pi kenduri. Sebab ada benda nak kena submit last minute. Dulu I balik kerja I memang tak dapat focus dekat Noah or Hubs pun. Sebab I asyik tengok handphone. Be it kerja office or apa ntah yang I dok belek kat fon tu. But now, I BANYAK dah letak fon sebelah & more focused to the things and people around me. Faktor umur mungkin 😋


Walaupun tak mewah, I tetap bersyukur makan minum pakai I cukup selama hari ni. And paling penting, I dapat bagi anak I hidup senang. Mungkin tak mewah dan tak boleh nak bagi barang-barang branded to my little boy tapi cukup la dengan dapat merasa apa yang some people tak dapat rasa. I tak kisah pun nak pakai baju RM10 (lagi sukaaa sepppp) or nak bagi Noah sendiri pakai baju RM10. Asalkan sedap mata I memandang. Mata ampa apa aku kisah? 😝😝 Makan minum pun Alhamdulillah dapat jugak merasa seminggu sekali makan kat kedai selesa sikit. Tapi bab ni, I memang bersyukur sangat sebab weekdays dah sep duit makan kat rumah Mak or Mama. So weekend memang boleh la nak spend lebih sikit on food. Cuba kalau kami jenis ambik anak terus balik masak chong cheng chong cheng, mesti la weekend pun tak dapat nak spend lebih sebab tiap-tiap hari dah berbelanja untuk food for dinner kan. Syukurrr aturan Allah tu cantik sangat.

Oh my tender juicy Tennessee Steak. Tapi I dah tak boleh makan steak I rasa. I perasan everytime I makan mesti jadi angin kat hulu hati. Pastu nanti I tak lalu nak habiskan. Rooogiiii 😫
 
And paling bersyukur jugak ialah when I got transferred to Education & Human Capital Division. I am so ever grateful for a lot of things. Dah dekat 4 bulan I kat sini & tak pernah lagi sehari I rasa stressed out. Mungkin juga sebab I belum dapat projects apa-apa lagi. So I will sit back & embrace the moment dulu la kan. Love. No more late night work phone calls, whatsapp messages, emails that need to be attended to promptly, the nerve wrecking feeling everytime the email comes in because the only thing that goes into my mind all that time was "what now?". Entah la maybe that position doesn't suits me maybe. I just doesn't have that chemistry with "the work". Ok I'm going to stop now. Taknak nanti ada yang terluka. LOL. 😜😜

During one of my working trip @ St Regis Langkawi.

ALHAMDULILLAH.
🙏🙌



Adios my LoVe

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran. Rasa macam nak share hari tu rumah I kena masuk pencuri. Tapi bukan jenis yang angkut TV, peti ais bagai. Ni jenis ambik benda-benda kecil yang I memang tak perasan langsung. Dia/depa leave no marks at all! Memang benda-benda lain langsung tak bersentuh. Sampai la pagi tu I nak pi kerja, I nak ambik my lipstick dalam bag yang I bawa hari Isnin. Masa I cari ni ialah rabu dah. Cari punya cari mana laaaa bag ni. Merata ceruk cari. Memang dari malam selasa tu lepas balik dari kerja bag tu dah takdak kat tempat I letak. But I thought Hubs has kept it dekat tempat gantung bag. I pun tak tertanya dia. 

I teruskan keluar juga hantar Noah pi rumah mak. Then Hubs called & bagitau confirm rumah kena masuk dek orang. Sebab habis jam-jam kami semua dah takdak kat tempat letak jam. Damn! Semua jam-jam tu ada sentimental value kot. :-( And bag yang kena gagau tu is my LV! Louis Vuitton guyssss. I dok ingat that was the first & last I akan berpeluang owned an LV. Sedihnya jodoh tak panjang. Sangat sedih. Bodoh punya penyamun. Jam-jam pun dia ambik semua tak koman punya. Dia tinggal kat I Ice Watch ja. Hareeyyyy betoi.

Tapi I bersyukur jugak dia tak ambik bag-bag yang lain sekali. Bayangkan dia angkut semua, the total lost would sum up to thousands! Ini pun almost RM10k kami rugi. Jam Hubs 1 & jam I 3 tau yang hilang :-(

So we figured out that dia/depa masuk masa waktu kerja sebab time tu memang kawasan rumah I sunyi sepi. Semua yang tak kerja pun pakat-pakat duduk dalam rumah diam-diam. And this people must be somebody yang tau their way around the premise. Kami tengok CCTV dalam lift (sadly hanya ada CCTV dalam lift saja) sampai nak terkehel lehaq. Memang takdak nampak la my bag or apa-apa yang suspicious. Perampok ni masuk ikut our birdcage. Gila tak gila, untuk nak kerabat masuk birdcage kami, you kena langkah dari the wall edge at the corridor. Tu kalau jatuh memang express highway terus ke level bawah sekali and to hell. My house tingkat 25 tau. Hati kau keras Roy! Awat la tak mampoih ja?

Above all that, I am also very thankful & grateful that masa penyangak ni masuk, I wasn't home. Imagine I was home dengan Noah? Gesshhh takmau imagine lah :-(

And then 2 hari lepas rumah I, rumah on 11th floor pulak kena masuk pencuri. Same MO. Owner hilang RM10k cash. Oh lupa. Masa I pi lodge police report tu, police tu bagitau pagi tu pun ada owner mai buat report keta kena pecah. We were like wadefakk.

Here we are thinking that rumah kita kalau ada security guard, it would be safe. The truth is, no where is safe anymore in the world that we are living in now. So be safe everyone, wherever you are & wherever you might be.

*Hugs*

Wednesday, 7 September 2016

It's been a while

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis kan? Memang tiap-tiap hari teringat nak tulis tapi bila buka ja idea semua hilang.

Well, a lot of changes happened in my life. Alhamdulillah Noah is getting bigger & more active from day to day sampai Ummi tak larat hambat. But it was good though. I jenis biar ja dia nak rabat ka nak panjat tangga ka. But of course under my supervision. Sebab I rasa it's an achievement kalau dia berjaya panjat kerusi ka contohnya. Well, being a prem baby, I memang risau kalau he doesn't improve like every other kids. Tapi wow I am proud of him! Mulut pun banyak sangat budak tu. Walaupun tak la dia sebut seketul-seketul tapi he makes sounds a lot! Berat wise, tak berapa berat. Hahah. Walaupun dia tu makan banyak, tapi sebab dia active sangat so berat dia maintain ja. But nothing to worry about. He's in the safe zone. 

He is progressing a lot now. Dah faham kita cakap apa. Bila kita minta tolong dia ambik apa-apa dia faham ja. Kalau kita suruh dia ambik barang from us and pi bagi kat sapa-sapa pun dia dah tau dah. I rasa amazing sangat. Maybe semua mak pun rasa amazing jugak bila anak yang dari sekecil-kecil tapak tangan ni now dah jadi besar, bijak & kuat. Alhamdulillah I bersyukur sangat.

Noah skarang ada satu peel suka gelintey puting. Hahah. Paham tak gelintey tu. Main-main puting botol ka paci dia ka dengan jari. Masa nak tido, tengah tido or bangun tido mesti kena dok gelintey. Kalau kita ambik from dia, memang boleh meraung-raung.  Nak pegang ja pooonnn -_-"

I don't know lah kan..maybe ni symptom mak-mak la kot. But I akan sentiasa terkenang-kenang Noah's giggle, they way he snuggled to me, how sometimes he doesn't want to sleep until I myself put him to sleep, how he always tease me tengok I pastu bila I tengok dia balik dia akan pusing and lari macam I konon-konon nak hambat dia hehehe...macam-macam la lagi la ni akai dia. My precious.

Being a mother memang sometimes you get VERY tired. You dah spent the whole day duduk kat ofis digging your brains out. Ingat duduk buat keja ofis tak sakit badan ka? Mentally & physically tired tau. Lepas tu you balik rumah, in my case, I balik tu terus ke rumah Mak/Mama. Duduk jap tunggu Hubs balik keja then dinner dekat sana. By the time habis makan & Hubs dah turunkan makanan dia semua dah 10pm. You balik rumah memang pungkok tak dan nak cecah kerusi la. Load baju masuk machine, angkat baju yang dah kering, mandi, lipat baju (kat sini ja la nak duduk pun) then if you're lucky dapat la me time sat kalau anak dah selamat ditidurkan by your husband. Kalau anak takmau tidoq melainkan you yang tidurkan (that was Noah last night, guys -_-") you jugak kena pi bagi dia tidoq. You're lucky jugak kalau you tak tertidoq masa tidokan dia. Pastu bangun bangun pagi teringat ada baju dalam machine. Punggaaahhhh.. Ok kalau tak tertidoq pulak, pastu sidai pulak baju yang dah siap basuh tu. Itu pun I tutup mata saja buat dusting, vacuum & mop. Kalau terlebih rajin baru buat. Kalau tak tunggu weekend lah. Weekend pun dulu boleh golek-golek sampai taktau nak buat apa. Sekarang ni buat kerja macam pencuri bila anak tido. Eh termerungut pulak. Kahkah. Takkkk..kiter saaazzeee zzeeerrrr

Kalau nak cerita bab motherhood dan anak-anak, sampai esok tak habis kan? So esok saja kita sambung cerita Noah Khilfi. Hehehe.

Nak cerita jugak ni I kerja I dah tukar portfolio. I bukan lagi PA to the CE. I dah ditukarkan ke Education & Human Capital Division. Kat sini my roles are a PA to the Director dan juga Project Manager. Nervous uolsss. I mana la pernah pegang project-project ni semua. Buat project pandai la. Sepanjang experience kerja memang I hanya la secretary, admin or PA saja. Mengadap boss & paperworks saja. Sekali nah amik kau kena jaga project. But as for now takdak project was assigned to me yet la. Cuma what was planned ialah I akan lead most of the events yang akan take place sampai hujung tahun ni. So yeah, wish me luck!

Dan untuk penghijrahan ni, memang nampak macam I turun ke division tapi Lillahi this what makes me happy. I bersyukur sangat masa dapat tau pasal transfer ni. Senyum saja. Takdak nak teriak meraung like some people. Kehkehkeh. Sebab reason apa? Biar yang mana tau saja yang tau. Huhuhu.

Seharian dah dok draft entry ni. I nak cari gambar-gambar ja ni then kita sembang di lain hari ok? 

Tata lavsssss.

Adui stress pulak dok nak bluetooth gambar tak boleh. EEeeerrgghhhhhh!!



Tuesday, 14 June 2016

New layout

Assalamualaikum.

Untuk kali kedua harini. Cemerlang tak? You lerf me more now?

Saja nak tanya ok tak layout baru ni. Simple ja kan? Macam pening pulak background hitam segala sebelum ni. Nampak tak faktor penuaan bercakap?

Nah kiter lanjer satu gambar kiter dengan Zorro.




HFMD

Assalamualaikum.

Minggu lepas Noah kena HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease). Selalunya budak akan berjangkit HFMD masa dekat nursery but unfortunately for Noah walaupun dia tak duduk nursery, dia tetap kena. So we suspected kena dekat public. Jaga-jaga ha..HFMD ni is highly contagious; through air bourne, saliva, skin contact, liquid from the blisters. I will share my own experience with Noah untuk pengetahuan bersama. Ececehhh...tapi I takdak la jaga dia gempak kebabom like some parents. I biasa-biasa ja. Hewhewhew.

Hari Ahad sehari sebelum puasa tu, Mak hantar Noah kat I - the night before, Noah tido rumah Mak. Masa tu I dah rasa badan dia a bit warm. Naik atas rumah terus I check his temp and dia demam 37.9deg. Taktau macam mana ka I tergerak hati nak check tapak tangan & tapak kaki dia. Tengok-tengok ada red rashes and blisters. I dah tak sedap hati memang I suspected HFMD. Not sure why tapi the first thing yang I remembered was HFMD. A mother's instinct kot. I amik gambar and sent them to Kak.







Kak kata confirm HFMD ni...and kebetulan dia baru keluar dari 1st Avenue. Dia volunteered nak bawa Noah pi klinik. So, off we go to Hope. Dr Chew pun mengesahkan it's HFMD. Doc check dalam mulut dia pun ada. Tapi Alhamdulillah Noah tetap lalu  makan & minum. Bila baby sakit ni, benda kita paling takut ialah diorang get dehydrated. Sebab dalam mulut ada ulcer memang sakit la nak telan makan & minum. Nanti tak cukup liquid dalam badan. And they will get on & off fever which akan menambahkan the dehydration. So mummies, keep your babies hydrated all the time. 

Dr Chew bagi cream sapu kat tempat rashes & blisters, oral aid titik dalam mulut to sooth the throat & mouth so that your babies will feel better to eat or drink & dia bagi antibiotics for 5 days. Temperature Noah naik turun tak tentu jugak. The 1st night saja dia demam agak tinggi. Gerak dia & paksa jugak dia makan ubat demam. The next morning he was OK..then petang ada sikit demam and Alhamdulillah lepas tu dah takdak demam. After 3 days, pegi balik jumpa Dr Chew for follow up. Noah was much better already by then. Cuma Dr Chew mintak to isolate him  for 1-2 days lagi just to be safe. Sedih I sebab tak dapat jaga dia dah for another 1-2 days. I have to work. Cuti dah tak meriah. Memang sadis sangat belen cuti tahun ni. Huuwwaa. 

And now Alhamdulillah Noah dh fully recovered. I bersyukur sangat Noah kena tak tahap yang teruk. Few days lepas Noah dah ok, Aydeen anak Farah pulak kena. Dia tu confirm kena dari nursery sebab a week plus before that, nursery dia kena tutup sebab HFMD outbreak. Kesian Aydeen kena memang teruk I rasa. Blisters dia semua ada macam air. Huwwaa kesian...

Kalau dari segi penjagaan, I memang relax-relax ja. Sebab Noah aktif semacam ja I tengok. Hahah. I quarantined dia ja la tak keluar rumah. Then hygiene kat  rumah kena jaga sama. Not that I ni pembersih gila tapi sebab fikir anak ni, terus tiap-tiap hari dusting. Hahah.

Ada parents yang memang tiptop cara penjagaan anak HFMD. Segala bagai ubat, cream and so on yang tak pernah dengar. Tapi kalau Noah hari tu kena teruk pun maybe I jadi macam tu jugak. Tak kena batang hidung sendiri memang la cakap banyak. Hihihi. Paling dasyat I rasa I buat pun ialah bagi mandi dengan slices of lemon. Ha habis urban dah tu rasanya. Huhuhu. 

Dah kembali busy di Toys "R" Us seperti biasa.

Allah berikan kita dugaan dalam pelbagai cara. Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan. Kalau kita rasa dugaan kita susah, maknanya Allah tau kita kuat. Tapi kita kena ingat, ada orang dugaan depa lagi hebat. Bersyukur lah walau anak kita sakit sebab Alhamdulillah kita dikurniakan jugak dengan anak. Ada orang yang belum lagi dapat merasa ada anak. Jadi, jangan merungut. 

La Tahzan.
 
 


Friday, 10 June 2016

Hatyai 2016 - Day 2 & 3 & 4 #walaupundahlapanratusbulan

Assalamualaikum.

Lama kan tak update? Memang malas pun. Takdak mood & macam takdak inspirasi pulak nak tulis. Wah cakap macam karyawan perlu nak inspirasi bagai. Kehkehkeh. Tapi memang taktau nak tulis apa pun.

Sampai la last last sekali semua gambaq dalam fon hilang. Padan muka. Maka dengan itu, berakhir lah cerita Hatyai. Bara dak? Hahahhaha.

I pi update apa ka konon nak clean viruses dalam fon sekali habis dari berapa puluh ribu keping gambar tinggai takdak apa teruih. Menangis. Hare betoi. Hubs transfer pulak semua gambar-gambar Noah apa yang ada kat dia. But of course I had more pictures of Noah and also tak sama sebab it was not from my point of view. Mengada dak? Tapi tak lah. I bersyukur sebab Hubs ada lagi gambar-gambar Noah dari masa kat NICU semua.

Nanti dalam entry lain I cerita pasal Noah ok. Entry ni tak boleh la sebab dah tajuk lain. Tak aci la kan memainkan perasaan ampa. Mih mih mih.

I pi buat kerja sat ok. Takmau janji bila nak update. Ampa stay tune ja ok to all my ghost readers ;-p