Thursday, 5 September 2013

Majlis Pelancaran Pembangunan Fasa 2 Koridor Utara di Negeri Perak & Jamuan Hari Raya NCIA 2013

Herlowww! 

Tora datang lagi!

Janji ditepati!

Kan I dah janji nak tulis lagi petang ni. So this is it. Ni pulak I nak cerita pasal aktiviti last Monday. Ke Teypeng (Taiping. Olohhh) kita. Sebenarnya last minute my boss suruh pergi. At first macam undangan untuk seketeriat ja. I bukan seketeriat. Tapi I sekerat. Tang otak. Kahkahakah. Tak lawak eh? I rasa lawak ja. Biaq la. But tiba-tiba undangan dibuka untuk semua staff. Harus lah pergi kan. This is my 1st out of office event with NCIA. Of course I am psych to go. Memang aku tak malu. Hahaha.

Ini lah ofis baru NCIA di Taiping. Mengadap tasik. Kerlas.
Sampai saja kat Menara Kamalbina, Laman Tasik Taiping sana, I pun buat-buat la sibuk usher orang masuk la apa la. Takkan nak berdiri tak buat apa-apa. I think in this kind of event la kita nak stand out pun. Biar orang tengok, "Bagus budak ni. Bukan seketeriat pun ringan tulang. Pekerja contoh budak ni. Kita confirmkan dia terus tak payah tunggu 3 bulan". Haaaaa mampu syok sendiri camtu??Usher ja pun. Lepas tu I menghilangkan diri dah sebab berkuap kottttt.

Moiself, Jena, Wani & Kak Has
Ni antara my colleagues. Alhamdulilah boleh masuk kepala. Memang la ada jugak yang tak berapa nak dapat digest tapi anywhere pun there will be people like that. So buat tak tau ja la. We work for what we believe in bukan work for the people around us. Masa I up picture ni kat FB, Abg Yamm dengan kadar sepantas kilat komen "Eeelllooookkkk". Tapi bila I kata semua dah beranak pinak, dan-dan tarik balik statement. Hahahah. Lucu Abg Yamm ni. Eh I dah bagitau kan Abg Yamm single lagi tau. *promo*.



Ni antara food stations yang ada. Ada banyak lagi makanan tapi I tak kuasa nak round-round ambik gambar. Panas dah kot masa ni. Ada kambing golek, laksa, nasi tomato, char koay teow kerang, cendol, bubur pulut hitam, cendol, ais kacang, sate & macam-macam lagi yang I tak ambik pusing.  I tak makan pun. Cuma rasa-rasa ja apa yang Kak Has ambik. I tak boleh la makan panas-panas camtu. Eh bukan mengada tau tapi I nanti jadi nak bebai. I kedarah air ja sampai rasa kenyang.

Lama jugak duduk sana. My boss, En Zuhairi dah hilang dok entertain orang. Aduh. Mati kutu I masa ni taktau nak buat apa. Habis punya nganga then we (me, Wani & Kak Has) decided to make a move. Lepak McD makan sait before balik Penang. Tapi sebelum tu kena tangkap boss dulu. Ingat nak amik gambar dengan boss tapi ai is shy-shy. Huhuhuhu.

12pm camtu kami pun gerak lah ke McD. Event pun dah almost habis. Boss pun dah bagi green light untuk balik. Lepak McD jap sementara Wani have to settle some urgent work stuff. We headed back to Penang dalam pukul 1ish. Mula-mula dok sembang sakan dalam kereta. Konon teman Kak Has drive. Pastu I tengok Wani dah diam. Terlentok dah. I pun tiba-tiba macam pedih-pedih ja mata. Macam sedap ja ni kalau tutup mata. Terus tertido uols sampai Penang. Haahaha. Usually masa dekat bridge toll I akan terjaga tapi this time boleh tak sadar (bak kata Dewi) langsung. Kesian Kak Has. Pukul 3pm dah sampai ofis. Rajin kan kami masuk ofis balik? Tapi I memang ada kerja pun. Kena jugak balik ofis. Tu pun tak sempat nak habis. Terpaksa bawa balik rumah (note : kejadian ini jarang-jarang berlaku).

Sekian.

Not so sunny Sunday.

Assalamualaikum!

Matilah dah Khamis baru nak start cerita pasal Ahad. Tapi okla dari takdak bahan nak cerita langsung kan. Last Sunday, it was an early day for us. Pagi-pagi dah bangun pi breakfast kat Taman Tun Sardon (TTS). Sorry tiada pictures sebab malas. Heheh. Mengantok lagi masa tu.

So janji dengan Bangsan & Sepol around 8am keluar rumah. Tapi almaklum lah, rumah jauhhhhhhhhhhhh sangat. Sampai sana around 9.30am. Nak pi toilet pun rasa jauhhhh sangat. Paham-paham ja lah. I makan capati 2 keping. Order 3 keping ingat nak share-share. Sekali hah the boys order banyak gila makanan. Hubs ja order 2 jenis. Sepol pun 2 jenis. Bangsan 1 jenis. Last-last tu Sepol beli kuih pulak. Hamek. Nafsu apa la depa ni pagi-pagi. Tapi orang lelaki memang pagi-pagi bernafsu kan? Woopps! Hehehe. Sebenarnya I tak berapa nak ingat apa yang diorder. Haih dah tua-tua ni asek la lupa memanjang. Kadang-kadang tu jenuh la dok fikir semalam pakai baju apa ek? Camtu la punya teruk. Ni tak cukup makan kismis ka terlebih makan semut, Wallahualam.

Habis makan-makan nak pi beli barang dapur. Sebabnya dah janji dengan Sepol nak main masak-masak kat rumah. Haaa jangan tak tau, Sepol ni pandai kot masak. Sekarang ni pun dia amik tender kantin Sekolah Georgetown. Single lagi uols. Cepat sapa nak book? In Shaa Allah senang perut suka hati. Mula nak beli barang kat market TTS ja tapi haishhh..panas gila masa tu. Tak sanggup nak masuk market pulak. So decided to beli barang kat Tesco ja. Sijuk sikik. Lagipun I kena beli my shampoo. So ada lah alasan lain nak pi kena ekon. Hehehe. Nasib baik jugak lah Tesco ada perkhidmatan siang ikan siap-siap. I bukan tak reti tapi malassssssssssssss. Ececehhh..padahal nanti Sepol yang masak. I tolong-tolong memeriahkan dapur ja.

Macam terer ja rupa pilih bawang ni kan?
Sampai rumah at around 11ish. Sepol terus start masak while I settle kan kain baju dijemuran. Tempat sidai baju I kat tepi dapur. Angkat laju-laju sebab takmau nanti baju bau asap. Eh tapi kan I ada masalah letak pi lah banyak mana pun Downy ka apa ka, tetap baju tak wangi sangat. Wangi la tapi tak wangi macam gila-gila. Paham tak? Ai is stress. Taktau nak buat camna. Hubs macam biasa, he will ask what he can help tapi mata dok melekat kat TV. So nak mintak tolong pun macam takyah lah. Sat dia dok delay-delay, aku yang sakit jiwa. Last-last ambil buat sendiri gak. Tapi Alhamdulillah, Hubs tolong jugak buat kerja rumah. Rajin vacuum & mop. And paling penting, dia selalu cuci toilet. Aku ni bab-bab nak cuci toilet memang lemah. Memang lah dari dulu sebelum kahwin, TAK SUKA cuci toilet. Eh sebelum kahwin dulu semua benda pun tak suka buat. Hahah.

Pung pang pung pang, makanan telah siap disediakan before 2pm. Oh Bangsan takdak kat rumah masa ni. Sebab after we had breakfast he has to rushed to rumah pengantin. Ada hal sikit about the wedding dress. But he came to our house around 4pm camtu. Jemput la jugak Abg Yamm & Nan (Hubs riding friends). Abg Yamm ni dah macam family. Selalu on Sunday kalau I masak, selalu Hubs call dia suruh lunch dengan kami. Abg Yamm pun single lagi uols. Terer naik beskel. Haaa walaupun umur dah menjangkau senior, tapi masih hebat diatas basikal. Atas basikal ja la................atas lain gua tak pasti. Hehehe.

Bawal goreng berselimutkan bawang goreng, sayur campur tofu & shitake mushroom, kari ikan bawal and sambal ijo. Terangkat!
Hoihhh sedap hoihhh sambal hijau tuuuu. Masih terasa-rasa kepedasannya dihujung lidah. Kari ikan bawal dia pun terbooikk. Pass! Memang layak dah nak kahwin Sepol ni. Ingat tak I bagitau Bangsan sampai around 4pm? Haaa..nasib baik lah dah asing lauk-lauk untuk dia siap-siap. Ada gak la food untuk dia. Lepas makan tu, dah terketaq-ketaq dia nak mandi toyam (kolam). Eeee rindu Khalif. Khalif la yang sebut toyam. Aku ni malas nak pi mandi kolam sebabnya :

1) Kena pakai swimwear.
2) Air tak berapa bersih kot kolam kan. Ni tengah suffering from acne tau dakkk??
3) OMBAK RINDU WAS ON ASTRO!(ni sebab utama sebenarnya.Hahahah)

Yes, untuk kesekian kalinya tengok Ombak Rindu, untuk kesekian kalinya jugak aku menangis. Hanya Ombak Rindu & P/S I Love You ja yang berhantu & boleh bikin gua menangis over & over again. Sangat over.

Tapi layankan jugak lah p pool. Bangsan bagi buah pengeras "tak sporting la hang ni". Terus mak rasa tercabar pi salan baju. Sorry no pictures of me dekat pool jugak sebab agak x-rated. Hahah paham-paham jalah. Nama pun SWIMWEAR.

Kita tunjuk sikit-sikit cukup.
Whole day was gloomy ja. Cuaca macam best ja tidur-tidur kat rumah. Elok-elok dalam half an hour berendam dalam toyam, hujan pun turun. Dalam hati I, yes! Boleh sambung tengok Ombak Rindu. I ada record lagipun. Kami lepak-lepak sat dekat playground & that was my Instagram been hijacked! Tak kisah pun. Jangan pelik-pelik sudah. Hohoh.

Sepol, Bangsan & Jantunghati.
Naik rumah lepak jap mandi-mandi & freshen up, turun pi dinner. Punya la susah nak decide nak dinner mana sampai Bangsan tertidur-tidur. Cinabeng suruh orang fikir sama-sama. Tapi dia tidur pastu terjaga terus tanya "so nak makan mana?" Motif sangat. Tapi dia jugak yang bagi idea pi dinner kat Ananda Bahwan. Cadangan diterima dan ditutup.

My small little living room.
After dinner tu, memasing dah tak larat. Yelah dari pagi kot dok hong sana hong sini. So semua balik lah ke rumah memasing & rehat. Isnin dah nak keja. I pulak kena bangun awal-awal subuh sebab have to go to Taiping for Majlis Perasmian Pembangunan Fasa 2 Koridor Utara di Negeri Perak. Will story about it later after lunch. Heheh. Eh bos ada hari ni. So tak boleh nak blog like a boss sangat la. Kita buat sengap-sengap.

THIS!
So that was my Sunday. Jarang dapat lepak kat rumah on Sunday. Selalunya ada saja program. Program la sangat. Padahal lepak mall ja. Tiap-tiap ahad ja pi Queensbay. Cari apa tah. Tengok wayang is a must on Sunday selalunya. Tapi weekend baru ni ja tak. Maybe sebab dah banyak pelaburan keluar on Saturday. Hahah. Jimat skit aktiviti-aktiviti macam ni kan. Ok bajet untuk minggu ni lebih la skit camtu kan? Dasar!

Ok till then people!

Wednesday, 4 September 2013

Sabtuday lagi.

Cak!

Bersiaran kembali. Nak sambung setori hari sabtu yang lepas. Bergegas balik dari rumah Wani sebab Bangsan (Hassan) dah call cakap dah sampai. Punctual pakcik ni. Kata pukul 3pm dia ambil Sepol, pukul 3.20pm dah sampai rumah I. I baru on the way nak hantar Esma masa tu. Matilah. Ketaq baq ang.

Dah sampai rumah, tengok takdak pun keta dia. I ni pusing la naik lobby just in case he was waiting there. Aih, takdak pun. Bisik hati I. Awwww. Rupanya depa siap pi Chatime dulu tepi rumah I. Hehehe. Best wooo tepi rumah kami. Ada macam-macam woooo. Ada Giant Hypermarket, Celcom, Digi, Roti Bakar, The Manhattan Fish Market, Sushi King, Papparich, Chatime and so on. Hebat. Eh ni nak cerita pasal apa ni? Melalut kelaut.

Well, selfie is a must. Ececehh..buat pandang tempat lain konon-konon orang lain yang snap.puii.

Salin baju kelam kelibut. Sebab Bangsan kata dia takmau jalan dengan I kalau I pakai baju kurung. Jelita sangat la tu sampai takut. Huahuahua. Dah siap I called them to pick me up & terussss kitorang ke Gurney Plaza. Jalan-jalan sat kat Gurney Plaza then ke Gurney Paragon sebab kisahnya tak pernah lagi ke sana bersama-sama. 

Us stucked in Gurney Drive traffic.
Oh before ke Paragon, high tea sat dekat Coffee Bean. High tea feeling-feeling wanita mat salleh sangat. Puiii. Nak melampiaskan nafsu mengidam Charamel Machiatto ja pun sebenarnya. It was recommended by Bangsan & it has been my favorite since then! At least seminggu sekali MESTI kena minum. I don't take caffeine actually but Charamel Machiatto is an exception. Aci dok? Aci ja. Aci sempoi. Hmm merapu dah.

Kepingin.
Macam biasa, kalau ke Gurney Paragon tidak sah kalau tak melawat H&M. Haih biaq pi la aku nak jakun setahun. Dan seperti biasa, aku telah merasuk Bangsan membeli-belah. Dapat la dia t-shirt & short pants. Berbaloi uols. Murah kot. Tapi tetap I tak berjaya merasuk Hubs beli short pants tuh. Menyampahs. Pastu esok tu buat sedih kata takdak seluar pendek nak pakai. Hhhhmmmmmmmmm!

While waiting for Bangsan in the changing room. Perempuan mengandung sangat gambar ni.
Then at 6.50pm Hubs bagitau dia dah sampai Michelangelo's. Uikss. Awai bebenor. Kami dok bajet dia habis kerja around close to 8pm. So bergegas la jalan balik ke Gurney Plaza. We all tak dinner kat situ because dari awal dah set mind kata nak makan Sushi King. So, apa pun tak boleh dah. Nak Sushi King gak. Tapi agak lama jugak lepak situ. Sebab Hubs dok ralit sembang dengan Rafik the bartender. After a while, gerak la jugak sebabnya I dok bisik-bisik zikir-zikir kat telinga Hubs I nak handbag. And Versace tengah buat promotion kalau beli perfume, dapat handbag. Hari tu memang Hubs ada cakap dia ada niat nak belikan perfume. So apa kata kita menjadi pengguna bijak waktu itu? Beli perfume, dapat handbag. Tak payah membazir khenz. Bijak aku ni. Tapi nasib tak berapa baik, perfume yang I nak tu, tinggal sebotol ja. Dah janji dengan Bangsan nak beli sama-sama. So I dahulukan lah orang tua dia. Tapi amount tak cukup untuk dapatkan handbag tu. So sekali lagi I zikir azimat kat telinga Kamal suruh dia yang beli perfume instead. Hahaha. Korajaq tau aku ni. But it was a fair game apa. Win-win-win situation. Semua orang dapat something. Sepol ja tak dapat apa. Dia dapat maki hamun ja dari salesgirl tu sebab Bangsan dah patahkan kunci drawer salesgirl tu. Hahaha. Yang Sepol dok ketip-ketip riben yang dia dah buat. Yang Hubs pulak dok main selotep dia. Hahaha mau tak naik angin? Tapi diorang kenal salesgirl tu sebenarnya. Kalau tidak, ada minum perfume kami malam tu. 

Mr Love & Sepol.
Semua orang dah puas hati senyum sampai ke telinga, marilah kita pi makan. I order Mixed Bento hari tu. I taktau lah. Lately ni I have a thing for Sushi. Asyik nak makan Sushi ja. Padahal bukan terer pun. I tak reti makan miso miso tu semua. I dok gila makan apa tu Kiki kiki? Apa tah nama Fried Salmon Skin tu. Perghhhh ayaq lioq meleleh baq ang. Tapi too bad, hari yang kami pi makan tu, Kiki kuki tu habis stock pulak dah. Boleh? Katanya dari pukul 12pm dah habis. Bengong lah. Bila aku suka makan, dan-dan tu lah semua orang pun suka nak makan. Terkilan disitu. Tapi nasib baik my mixed bento memang ada salmon. So terubat lah sikit.

My Mixed Bento.
Habis makan, semua tersandaq. It waas already 10ish. Dah tak larat dah pun semua masa tu. Ada 2 more friends tanya kat mana nak join but we couldn't lepak anymore sebab dah macam letih. Terbukti sangat dah tua kan. Lepak berapa jam ja dah tak larat. Dah dok teringat rumah. Kalau dulu, 10ish tu baru dok plan nak kemana pulak nak habiskan sisa-sisa malamku. Gituh. Betul la orang cakap, as we age kita akan slow down banyak benda & kita akan sedar yang we already had enough. At least I had enough. Alhamdulillah.

Soooooooo...balik rumah la kita, sambung esok pulak. Eh sama macam keadaan sekarang ni. Nak balik rumah dah ni. Esok pulak kita berblog lagi hokey. Terimalah gambar bukan selfie, memang ada orang lain yang tolong snapkan.............

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Adios amigos. Aku mau berambos.

Sabtuday munya celita.

Assalamualiakum.

I think I have been procrastinating for quite some time now. Bad habit for a new comer. Hehehe. Jangan diva sangat.
Jom I cerita pasal my weekend ok? Let's start with Saturday.
Macam biasa Saturday bangun uruskan Kamal pi keja. Ewah, bukan Kamal dah siap-siap nak kuar rumah baru bangun ka? Kakakaka. Whatevs. Then mula lah basuh baju, kemas rumah & what not. Janji dengan Kamal nak mop rumah tapi tak sempat. Sebab janji dengan Esma nak ke rumah Wani at 1.15pm. Please note janji pukul 1.15pm tp 1pm dah sampai rumah Esma ok. Cemerlang sangat. Kan I dah kata kalau Kamal tak ikut, memang I awal. Lagi satu, sebab I dok plan nak isi minyak bagai dulu. Oh, ada India mengorat Iols bagi name card suruh miscall dia kat petrol pump. Motif?? Huhuhu camtu market I sekarang. Sadis. Pastu plan nak pi banks ada few transactions nak buat. Tapi masa nak keluar rumah tu rasa macam eh tak sempat ni nak pi bank bagai. So terus lah kita ke rumah Esma. Itu lah kesahnya sampai terlebih awal. Dah la tu pulak, sampai la terrrlebih awal lagi kat rumah Wani. Wani buat majlis cukur jambul & berendoi anak bongsu dia. Mohamad Zawawi Ali namanya. Baru lepas pantang few weeks back. Katanya majlis starts at 1.30pm. Haihh awal bebenor sampai. Aku ni kan pemalu *tolong percaya*, so aku ajak la Esma lepak dalam kereta ja dulu.
Memang hobi ambik gambar sendiri.
Setelah hampir sejam dok bergosip dalam kereta, baru tersedaq yang perut dah lapaq. Hehehe. Masa kami sampai tu tak berapa ramai orang sangat lagi. Makcik-makcik kat dalam tu pun baru dok baca doa selamat. Terus terkam foooodddddd. Laparuddin sangat dah tak tahan. Food was ohsem! Ka sebab lapar tu yang rasa ohsem sangat tu pun tak tau la. Hahaha. Tapi aku ikhlas puji sedap, Wani. 





Homey hangat kan candy booth ni? Bila tengok balik pics dalam fon baru macam perasan eh ni ja pics? Hahah nampak sangat got distracted by nasik. Sorry la uols. Tak disengajakan. Gambar baby pun takdakkk. Boleh? Nak mampoih dah aku ni. Tapi takpa, demi ampa pembaca-pembaca aku yang budiman dan demi kenang-kenangan aku di masa hadapan, aku akan rompak dari FB Wani. Muahahhaah.

Antara doorgifts yang tetamu dapat.

More cute doorgifts.

Onyonyonyooo baby Mohamad Zawawi Ali sebelum dibotakkan.

Dah habis makan baru la Puan Yana sampai...Dengan dua hero dia. Aqil & Wafi. Tapi takdak pics depa. Was fully occupied with both of them. Si Wafi tu baru bangun tido. Mak dia dah sua kat I. Meraung la dia. Meraung-meraung pun bila I sumbat apom polka dot tu, sengap. Hahah. Pastu dok "oo..ooo" apa taktau lah kat dia. Si Aqil pulak suka sangat melawak ganas-ganas dengan I. Dia kan kata kat umi dia I ni kawan dia. Hahah. Bila la I enroll masuk tadika dia. Gedebuk-gedebak gosip apa sikit lebih kurang halal, kami terpaksa berams dulu. I dah janji dengan the gang nak pi lepak. I will blog about it later. Yes hari ni banyak entries sebab boss I meeting the whole day. So yeah, I will blog LIKE A BOSS! 

Saya sudahi entry ini dengan gambar-gambar syok sendiri kami untuk tatapan semua...........sebanyak............2 keping ja.
Haa tu ada gambar si kenit Wafi. With Puan Yana kesayangan. A very strong women. Putih melepaks. Jelly.

Ini pula Esma kesayangan. Yang bertudung tu la Cik Puan Wani kesayangan. Selim melim dah uols kan? Tapi kat blah bumper tu mmg tak dapat nak buat apa dah kot. Asset. Hahahah.
Sayang uols ketat-ketat!!


Tuesday, 3 September 2013

100 days. Al Fatihah.

Surah Ali 'Imran, ayat 185:
Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.
Al-fatihah to Allahyarham Ahmad Ruly Fazly. Till today, I still can't believe that I have to pronounce "Allahyarham" before his name.  Him whom were once very close to my heart. Him whom have changed the person I was before. For better. Him whom have thought me the meaning of patience, sincerity, faithfulness & all the other things that I am today.
Almost 10 years knowing him had made me look at life in a different way.  Unconsciously, he had thought me MANY things. Though it was through a very negative way I must say, but it came out positively. Now I know the reason why Allah SWT sent him for me before. To test me,so I can get prepared & be ready to be with Kamal. Alhamdulillah & Syukur Ya Allah for sending me Your love through him.

I will never forget everything that he had done for me & everything that we had went through together. Basically I "grew up" with him. Spent my whole teenage phase with him. But the knot was never ours. We split. I never believe that lovers can be bestfriends after they broke up.  But we proved ourselves wrong. He was my bestfriend. Sincerely.

I think i better wrap it out now. I don't want anyone to misleads this with I'm not being truthful to Kamal.
 
Ahmad Ruly Fazly (Mar 1985 -  May 2013)

May his soul rest in eternal peace and may Allah SWT bless his soul and give whoever that have known him and his family the strength to bear this irreplaceable loss. 

Al-fatihah.

 

After Math

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh!

Amboi boi boi diaaaa...suruh orang refresh 2 jam sekali tapi haram dia yang tak up entry. Heheh. Jangan la marah uols. Kan dah cakap hari tu tak janji I will blog or not over the weekend. Heheh.

Tapi! I ada banyaakkk benda nak cerita. Dua hari punya cerita nak cer mai. Hhhmm..ketaq nak blog tau. Walaupun tak sampai hati nak tengok page view setiap hari. Hahaha.Fedulik lah kan. Nak gak feeling-feeling ribu riban orang baca blog ni. Kakakaka.

Ok kita start dengan hari jumaat ok? Last Friday after work, I telah dijemput oleh marhayam Kak Shaz ke rumahnya untuk kenduri arwah ayahnda nya & jamuan hari raya. Habis ja keja terus shoot ke Taman Free School menjemput Encik Sepol. Sepol is Hub's bestfriend who happens to be my bestfriend now. Hahaha *rampasan kuasa*. Janji dengan dia pukul 6.30. Pukul 6.25 dia dah call tanya kat mana. I kata kat Dato Keramat. Padahal baru kat Komtar. Hahah. Bukan kejam ok. Dengan Pol ni, kena janji awal. Kalau tak, dia lagi lambat dari kita. So lepas dummmm dia, redah jam pulak. Tapi I ni pulak kalau dah janji dengan orang, even I tau orang tu akan lagi lambat dari I, if I dah macam terlepas waktu yg dijanjikan, I yang nanti ketaq. Dok la tak senang duduk dalam kereta. Alhamdulillah Allah lancarkan perjalanan I (walaupun menyumpah drivers lain sepanjang perjalanan), I sampai dekat dia at 6.45pm. Dah ambil tu, terus ke rumah Kak Shaz because I'd promised the gang at 6.45-7pm to meet up at Kak Shaz's.

As usual, depa tak sampai pun lagi. Hhhhmmmmm..tapi kan, I akan jadi orang pertama yang sampai just if Hubs tak ikut. Kalau dia ikut, apapuntableh. Paling lambat lah jadiknya. Mandi ja sejam. Kesian dok pulun tonyoh. Hisshh jangan derhaka, Aida.

Sampai-sampai ja tengok ada roti jala & kari daging/ayam. Perggghhhh bagai orang lapar disumbat roti jala la. Terkam terus. Lapaq baq ang!

Would you resist this??!!





Jijah pun sampai dengan Ms Diva Qalee. Comel ja dengan boots dia tu. Tapi kekwat takmau I ambik gambar dia hokey. Dah siap makan semua around half and hour later, Hassan, Abg Joe & Ikha pun sampai.. Maka lengkap lah semua. Oh, Hubs was not around. Biasa la dia, kerja. Dah depa sampai, I pun masuk lah round ke-dua. I dummm depa I belum makan. So I bangun ambik laksa pulakkk....pastu aku komplen perut buncit. Haih, cana nak lawan nafsu ni???

Sorry laksa I memang  bogel. Al-maklum lah, I ni meatarian. Hewhewhew.
It was a fun meet up. I think the last time we gathered was 4-5 months ago. Ada sedikit ribut melanda actually at that time. 4-5 months I lived in serba salah. Haih susah bila 2 of our bestfriends were at each other's throat. Tapi Alhamdulillah sekarang semua dah baik-baik semula. Hehehe. Namau gado-gado dah tawwww!

Around 8ish kami decide to make a move. Jijah nak singgah rumah I. Ikha & Pol pun sama. Hassan & Abg Joe ja tak dapat join sebab they were from their offices. So agak belemoih dah at that time. Macam biasa, sebelum balik, harus la group photo. Mempersembahkannnnnnnn.......

They will always be close to my heart. From left Abg Joe, Hassan, Jijah (Ms Qalee Diva atas riba) & Kak Shaz. From top left Ikha, tuan tanah & Pol.
 I wish I will have more of this gathering. Just can't get enough dengan semua orang. 

Tapi kan I rasa I makan tak cukup. Punya la lapaq hawwww midnight tu. Gigihkan diri goreng hotdog. Pastu tido. Sorga sangat.

Okla nak sambung buat kerja. I will update later about my weekends ok?

Caucincaaauuu!!!

Friday, 30 August 2013

TGIF!

Assalamualaikummmm....

Salam Jumaah!

Haaa...akhirnya I can scream out loud, TGIF! Heheh..actually been screaming for the past 2 months.
Tapi ok la tu compared to the past 6 years I've been working. Tak pernah kot dapat cuti sabtu ahad. Ini lah 1st time.
Alhamdulillah it has been 2+ lovely months I dengan Koridor Utara Malaysia ni. Nah, dah bagitau kerja kat mana. Tak payah dok pi tanya orang dah. Eh, reader hang bukan kawan-kawan hang ka Aida? Huahuahua.
Bukan senang I nak blend myself dalam dunia korporat ni. I ni kan keparat. Memang a challenge la. Mostly surat-menyurat in BM. E-mails pun mostly in BM. Tau-tau la bahasa kerajaan ni. Ya rabbi berbelit-belit berbunga-bunga. Contoh terdekat tadi. Tengah nak buat enquiry dekat big bosses kat atas nuh. I rasa sejam kot I dok type padam type padam e-mail tu. Padahal it was just a 5 lines e-mail ja pun. Dilema sangat ayat apa nak guna. Aku type, aku gelak. Aku type, baca, gelak. Pastu padaaammm balik. Macam lucu guna bahasa formal. But I guess it is part & parcel of working in such environment lah. I just have to adapt. No worries, I'm good at it. Peace yo!
Andddd for the 1st time in my working life jugak, i get to go for lunch for 2 jam koittt. Suka! Pardon my jakuness ok? Tadi ke Gurney Paragon ikut kakak-kakak ofis ni. Depa nak pi H&M. Pastu teka la sapa yang beli & sapa yang tak beli? Ahkak jugak yang membeli. Depa tak beli apa pun kat H&M. Choi sangat aku ni. Pasepa hah? Akan tetapi, aku telah membisik dan meracun Kak Juli beli kasut kat Charles&Keith. Hahaha. Bukan apa uols, aku takut aku jugak yang terbeli nanti. Bila orang lain yang beli, kepuasan aku tolong pilih tu macam aku sendiri yang beli. So selamat beg duit Hubs. Eh tetiba Hubs terlibat. Yes I'm psycho like that.
Makan tadi pun laju-laju kat Sam's Deli kat bawah tu. I had beef lasagne. And so does the 3 other kakaks! Tak variety langsung tau. Tapi I beli la 2 ketoi benda ni. Tak sempat makan. Campak dalam beg. Sekarang I dah lapar balik. So marilah dikau bersemadi di dalam perutku.
Ok nak makan sat and sambung buat keja dulu. I can't promise you I will blog during the weekends tapi refresh ja la setiap 2 jam. Uols kan dah janji kan???


Till then lovelies!