Wednesday, 19 February 2014

Bangkok - Day 2

Assalamualaikum!

Hehehe. Tau tau. Lama sangat nak sambung part 2 pun.

Sepanjang kami kat Bangkok ni, kami tak rushing bangun awal-awal pagi pun. We really took our time. Kata pun nak berehat. Bercuti to some people kena whole day spend outside of the room exploring the places. But kali ni for us, lepak-lepak ja. Sebab berdua ja kan, so senang nak bawak kaki ke mana pun. Hari-hari bangun pukul 10 11. Heheh. Tapi kan I jetlag kat sana. Hahah. Sana baru pukul 10, I rasa macam dah pukul 11. Macam dah lambat gila bangun and kalut-kalut. Hubs ushar ja I. Heheh. Our plan that day pagi-pagi nak p massage. Area kami duduk ni ada la satu dua tempat massage. Prices ada difference jugak. So kami pilih yang average dan ambiance yang cozy. Average pun murah lagiiii. Untuk full body massage dengan massage leher kepala apa bagai tu semua baru RM35! We went back 2 consecutive days! The masseurs pun tersangatlah friendly. Of course I mintak satu bilik dengan Hubs. Terlebih friendly pun susah gak. Kena pulak Hubs pun terlebih ramah tamah. Bahayassss. Ok not that I don't trust my husband tapi....gaaahh perlukah aku explain?!

Because of the exceptional massage & service, we tipped them all!

Dah habis massage, balik bilik jap. Jalan kaki ja because it was so near. Balik untuk salin baju jap. I masa ni memang tak ok sangat perut. 2nd day kot. Makan pun tak lalu. I makan waffle ja kat apa tah nama tempat tu. Station MRT yang kat Chatuchak. 

Oh ya one good thing pasal MRT ka SkyTrain kat Bangkok ni, you all kena beratur sebelum naik. Kalau kat KL, main terjah ja kan. But kat sana, they really form a line. Macam wow disiplinnya ampa ni.

Ini lah tempat stop makan sat. Hubs order nasi goreng apa tah. Siap tanya ada pork ka tak. Nasib baik orang yang masak ni pun dia sendiri tak makan babi. Tapi I takdak selera kan. So I tengok ja. Hmmm ketaq nak pi Chatuchak sama. Hahhaha. Picture ni gemok kan?

Akhirnyaaaa. Sampai jugak Chatuchak. My main purpose of visiting Bangkok! Heheh. I was expecting it would be very hot there, hence the sleeveless & skirt. Tolong jangan kecam I. Tapi it was not that hot lah. Ka I was too busy helping myself with semua baju-baju omaigod sampai tak perasan peluh menitik. I can't tell. Seriously babes, semua orang kena pi Chatuchak. Memang gila punya banyak choices, kedai & harga sangat gila. Sampai ada kedai & lorong kami tak masuk. Actually I nak pi la buat lawatan 1 round lengkap tapi tengok muka Hubs dah macam kucing tersepit ekoq, takpa lah. Next time mai lagi. Sendiri. Heh.

I bought few shirts & what not jugak tapi tak banyak. Sebab kan I was not feeling very good. Hishh. Sangat mengganggu emosi dan kosentrasi tau. Gambar pun ambil skit-skit ja. Sebab macam tak kuasa. Ppffttt!


Setelah penat berjalan, mentengok dan bok kuar duit dari purse, Hubs found this little cafe kat dalam Chatuchak tu. My jaw dropped instantly. Omaigod cantiknyaaaaa. Tak sangka ada cafe cute macam ni kat dalam hiruk pikuk Chatuchak tu. Bayangkan you jalan-jalan dalam Jomorah (also known as Jual murah/Chowrasta market/Penang road bazaar) tiba-tiba ada China House dalam tu. Oh cakap pasal China House, I ada hutang uols satu entry pasal Shati's so called bridal shower hari tu. Dah nak menikah dah pun dia Jumaat ni. Bad Aida, bad! Moving on, sempat lah membasahkan tekak jap kat sini sebelum sambung lagi jalan. Tapi macam dah agak pancit. I nak ajak Hubs masuk kedai lepas tu pun dah tak berani. Hehehe.

VIVA AVIV.

Not sure why gambar abg boya ni jugak yang aku snap.

Mai pekena ice cream coconut pa ka lu.

Fuhhh. Dah penat-penat jalan, layan Hubs smoke sat kat one area. Kat sini takleh sesuka hati smoke. Boleh kena saman uols. Tengah lepak-lepak ada satu couple mat salleh ni dok lepak situ jugak. Hubs being him, broke the ice. Sembang punya lama sampai naik kematu jubur. Orang tu dok explore Thailand, dia dok sibuk promote Penang. Hahah. Abam Guan Eng kena bagi deni komisyen. Lepas tu terus balik hotel. Rehat jap sebelum keluar malam satgi. Oh for dinner, kami tapau kebab from Chatuchak tu. The only place kat situ yang jual halal food. Phew. Roti lagi. Mampoih aku kalau duduk seminggu.

Ini pun antara main purposes pi Bangkok. Tiba-tiba kami jadi collector pulak. Ececehhh padahal baru ada beberapa helai ja. Beginner beginner. Dalam ni pun I tak amik picture jugak sebab macam lemau ja rasa. Lagipun band sampai pukul 11pm ja. Because of their election keesokkan harinya. No alcohol served jugak. So kami lepak jap dengan drummer band tu then gerak. Band tu kenal kami sebab depa pernah perform kat Hard Rock Penang. Tanjat gegel tiba-tiba depa announce nama Hubs. Masa tu kami kat dalam Rock Shop. Drummer tu customer Hubs. Suka suka suka dapat beli baju Hard Rock Bangkok plak. I dah ada satu hadiah dari Abg Yamm. Tapi ni beli sendiri, mak suka laaa.

Just some random graffiti along the road masa nak balik.

Lepas taxi driver hantar balik, kami sambung berjalan lagi. Sebab kat main road yang tempat depa tutup jalan tu macam tak habis menjual lagi. Maknanya kita tak boleh stop membeli la kan? Ayuh kita. Jalan punya jalan terjumpa satu lorong yang sangat happening. Haaa suka la boleh lepak-lepak dengar music kan. Tak puas kat Hard Rock tadi.

  Can you spot any women there? Yes, there was none! (Except for me of course). Rupa-rupanyaaaaaaaaa.........yes, anda tepat. This is a gay alley! Kahakhakahakhakah. It was so awkward that kami lepak sat saja pastu terus blah.

Okay that's the end of day 2.

Fuhhh lega.

Tata peaches.

Thursday, 13 February 2014

Bangkok - Day 1

Siapa dah bosan asyik bukak blog ni ja dengar bunyi cengkerik? *sendiriangkattangan*

Kan I bagitau I busy minggu lepas. It doesn't stop there. Sambung pulak busy dengan team building. Hadoih.  Jadi committee of four ni memenatkan rupanya. Takpa nanti I cerita pasal team building pulak ok. Bila I free. Tolong jangan kecam I.

Ok hari ni I dah ready nak cerita my Bangkok Trip. Part 1. Banyak part ni uols. I divide kan mengikut hari. Senang sikit nak cari gambar. Tapi sebenarnya pun, I dah lupa sikit-sikit pasal apa jadi kat Bangkok. Hahahha. Faktor umur.

Kami bertolak hari Khamis lepas Hubs balik kerja. Dalam pukul 8.30pm camtu gerak keluar dari Penang. Kan we all drive ke Hat Yai. Dari Hat Yai nanti baru fly ke Bangkok. Sangat saving ya kawan-kawan. Kalau you beli direct PEN - BKK, RM6++. Kalau HDY - BKK, RM3++ ja. And drive dari Penang ke Hat Yai pun around RM100 tak sampai. Mula plan nak lepak ja kat Hat Yai sampai esok pagi time nak fly tu. Tapi lepas fikir punya fikir, tak boleh jadi ni. Kang orang ingat Hubs bapak ayam dan tentu-tentu aku ni ayam. Hahah. So kami buat decision untuk ambil ja bilik kat mana-mana hotel just to sleep. Hotel cikai ja uols. So takdak gambar. Aku pun seram tengok. Kakakaka.

Lepas dah pi ushar airport kat mana, terus masuk pekan Hat Yai. Nak bawak Hubs try all the food yang I pernah try. Kat situ ja I tau pun. Hahah. Kat depan Lee Gardens. Thank you to Suraya & Ati sebab bawak hari tu. Thank you to Waze jugak sebab kami dengan eksyen nya sampai.

 Orang makan mangga ni dengan pulut. I masa ni nak period. Perut bloated sangat. So tak berani nak makan pulut. Makan dia saja pun dah sodapppp.

 Namanya char koay. Ini ok-ok ja la. Pak tongko kita sedap lagi.

 Ini ayam goreng manyak terbaik. Buktinya? Dah tinggal tulang baru teringat nak amik gambar.

 Koay teow sup. I tak rasa yang ini. Tengok pada keadaannya, memang sedap la kalau sampai kuah tinggal banyak tu ja. Oh ya, ini Hubs punya jugak.

 Ini I punya. Sedap. Hahahah.

Jangan risau semua makanan ni halal. Kedai yang kami makan ni orang yang jual ni ala-ala tabligh sikit. Konfiden.

 The legendary tut tut.

Oh ini 2 orang polis airport sangat friendly. Kami kan pi usha airport. Pastu tanya depa kat mana ada hotel & kat mana nak makan semua. Siap escort naik motor lagi ok.

Flight kami hari tu dari Hat Yai dalam pukul 7am lebih. I tak ingat dah details. Hahahah. Kami park kat airport Hat Yai sehari RM10 ja. 3 hari RM30. Murah kan? Kalau Penang? Sehari dah RM30 kot. Sampai ja Bangkok kami ambil taxi. Taxi kat airport memang dah sedia ada. Macam kat KLIA la. Uols tak boleh ambil taxi dari luar. Kena beratur kat kaunter taxi pastu depa akan guide you to your taxi & driver. Perjalanan dari Don Mueang Airport ke hotel kami iaitu The Inn, Saladaeng mengambil masa dalam 25 mins. Harga taxi pun tak mahal. Around 250 baht. RM25 la. Kalau nak dibandingkan dengan harga taxi kat Penang ni, memang murah la tu.

Ala pictures banyak dalam iPad Hubs. Sebab fon I boleh pulak takdak battery. Kisah battery ni I nak pesan kat semua orang, sila la bawak international adapter. Tak kira la ampa pi Indon ka Thailand ka Singapore ka yang most likely still guna plug point macam kita. Nan hado. Kat Hat Yai pun dah guna international adapter. I pun dah lupa hari tu pi Hat Yai charge fon camna. Hubs dengan konfiden nya kata takyah bawak. Last-last, menangisi lah kau disitu. Huhuhu. But we bought a new one lah. I pun dengan bangangnya tanya dalam flight boleh charge fon tak? Hahaha naik AirAsia ja tapi dok feeling naik MAS. Hahaha.


Akhirnya sampai jugak ke hotel setelah mengharungi language barrier yang agak mencabar dengan taxi driver tu. Lepak-lepak sat kat hotel. Kami ambil hotel ni hotel yang sederhana ja. Bukan lah 5 star. Boleh la untuk tidur & rehat. Tapi hotel ni cute interior dia. Siap dekat bawah ada coffee & tea facilities dengan bermacam-macam jenis biskut. Kami kat sana kan, makanan memang susah sangat rasa. Pi kedai mana pun ada ba alip ba ya. Dok hadap roti & tuna sandwich ja sepanjang kat sana. Ada la sekali dua ja dapat nasi. Terseksa mak. So biskut-biskut ni la jadi penyelamat. Bawak naik banyak-banyak pastu cicah dengan hot chocolate. Sodap ja *ayat sedapkan hati*

1st day sampai boleh pulak "kawan baik" pun nak ikut jugak. Haih laaaa. Nasib baik la tak sakit sangat. Kami plan 1st day tu nak jalan-jalan visit kedai-kedai beskel yang ada. Bagi Hubs happy sikit baru senang esok tu aku nak berjimba kat Chatuchak. Hehhehe. Hubs study punya study map, dia kata kedai tu tak jauh sangat dari hotel. Jom kita jalan saja. I was like "Hooiii. Aku 1st day period ni. Agak-agak la". Tapi ku turutkan jua sebab isteri solehah kan. Huhuhu. Setelah berjalan hampir 1.5km, baru sadar bahawasanya macam dah salah jalan. Huuuuwwwwwwwaaaaaaaaaaaaa T______T

In the end, tahan taxi pastu tengok taxi tu buat U-turn. Syabas beteh. Salah jalan rupanya all those while. T____T

Nampak tak all the buildings? Kitorang macam "Whoooaa. Hebat jugak Bangkok ni". Ok I tau Bangkok is a city but I never imagined the buildings hebat-hebat lagu tu.
Walaupun sesat, sakit perut dan kehausan, aku tetap memberikan pose yang teristimewa.

Ada 2 kedai beskel yang kami pi. Semua on foot ok? Hebat terasa diri ini. Tapi ni ja yang mampu I snap. Gua tak larat dah babe.

Lepas dia dah happy-happy tengok beskel, JALAN KAKI lagi sampai Siam Paragon. Sabau je lah. Kalau kat Penang, hang suruh aku jalan dari Gurney Plaza pi Gurney Paragon pun aku bebai kecil-kecilan dalam hati.

Ni semua kat Siam Ocean World, Siam Paragon. Terletak di tingkat yang paling bawah.Ticket dalam 1+++ baht saja kot. Kami macam tak cukup masa hari tu. Sebab nak pi cari barang-barang Oakley Hubs. Ingat strategi kita? Biar Hubs happy siap-siap. Senang dikemudian hari. Heheh. Plan nak mai balik sini hari ahad. Macam tu lah ahad sambung lagi shopping kat MBK Mall & Asiatique. Yang ni I cerita dalam next next entry ya.

I memang totally out hari tu. Perut pun dah start membuat hal. Balik hotel, I bantai tido sampai malam. Hahaha. I taktau la Hubs dok dalam bilik ka dia keluar merayap. I tak peduli lah. Tawakal ja. Hahahha. Lepas bangun tu ada rasa ok sikit la. So ajak Hubs pi makan. Cerita pasal makan ni pulak. Mulanya plan nak pi makan kat Asiatique. Naik river cruise uols. Tapi taxi driver takmau pi that area sebab jam teruk katanya. Normal for friday. So kami mintak suggestion dia nak makan kedai yang halal. Dia pun bawak la pi kedai seafood ni. Ok fine, seafood confirm la takdak babi kan. Sampai ja kat situ I dah rasa lain macam. Sebab kedai tu macam kosong. Dalam aquarium pun kosong. Ikan semua terdampar atas ais di luar aquarium. Sekali bukak menu, mak datok mahal nak mams. Tapi dah duduk takkan nak chow kan. Lagipun we're not familiar with that area. Ececehh macam area lain familiar ja. Kahakahahah. Teruskan la jugak order. Habis makan mintak bil, nah sila bayar 1380baht untuk makan dua orang. RM138! Tensi iols tau. Takpalah, perut pun dah kenyang. So lain kali beringat saja lah.

Taxi driver tu pun ada bagitau atas skit dari seafood tu ada macam tempat jual-jual barang. I dengar ni, terus bersemangat la. Walaupun tak berapa sihat, ku gagahkan jua berjalan. Tapi too bad kedai banyak yang dah nak tutup. Walaupun begitu, tetap lah dapat jugak sambaq beberapa barang. Kalau balik tangan kosong, tak Nooraida la.


That night was quiet. Yeah I was still not feeling very comfortable dengan perut ni. So we decided to just head home. Tapi poyo-poyo jap kat bawah baca novel & minum hot chocolate katanya. Lepas tu??? Tumpah secawan hot chocolate atas I. Syabas mere bete. I kalau period memang tangan ni cemerkap. Kesian Hubs kena bersihkan tempat tu. Well, takdak orang suruh pun. Tapi dia kan terlebih baik hati. I naik atas basuh baju & of course mandi lagi skali.

That's the end of day 1. Fuhhh lega. Nak habiskan day 1 ni punya la susah. I rasa kat seminggu kot dok tertangguh. I busy yang teramat busy since last week. Uols bayangkan 27 Jan I ke KL untuk Council meeting preparation. 28 Jan Council meeting day. 29 Jan I dah start cuti. 30 Jan bertolak ke Hat Yai - Bangkok - Malaysia. Cuti lagi sampai 4 Feb. 5 Feb start keja dah kalut prepare untuk team building pulak. 6 Feb tokcik I meninggal. 7 Feb half day saja kat ofis pastu keluar beli barang untuk team building. 8-9 Feb team building weekend. 10 Feb masuk keja dah masuk meeting untuk event on 17 Feb pulak. 11 Feb mak MC terus. Hahaha. 12 Feb semalam meeting after meeting untuk event next week tu. Haaaa sampai la hari ni, curi masa jugak-jugak untuk habiskan entry ni. 

Ok tak explanation yang panjang lebar expecting everyone to understand which actually no one really cares.

Ngeeeeeee.



Wednesday, 5 February 2014

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum!!

Tudia...punya lama tak menulis kan? Been very busy. Last week I seminggu tak masuk office. 2 hari kat KL, the rest of the week, holiday yalllll.

As most of you all are aware, kami pi jugak Bangok stail ketegaq-ketegaq baq ang. Kekeke. Rasa ralat sangat kalau tak pi. So dari dok siang terbayang, malam merindu, moh la kita pi jugak. Tapi of course la we did some research. Embassy pun ada reply e-mail with list of places yang we should avoid. Then from there baru kami cari hotel. Cari hotel yang jauh dari these places & yang dekat dengan Embassy.

Alhamdulillah kami pulang in one piece. Hehehe. Nanti I elaborate lagi ok dalam next entry. Entry ni hanyalah teaser. Biasa baru masuk keja memang ada kelam kabut sikit. Ini pun nasib baik bos takdak. Dia ada meeting kat office Bukit Minyak.

I will be back tomorrow ok? 

Hugs.

Sawadekaa *sebut selembut mungkin*

Thursday, 23 January 2014

Adoihhhh

Adoihhh...Penink aaa penink aaaaa.

As most of you pun dah tau, I kan nak pi Bangkok raya cinos ni. Tapi tengok la keadaan kat sana. Stress la hoi. Tapi Hubs cakap ada certain-certain tempat ja yang effected. So kami still lagi boleh avoid dari tempat tu. So beberapa minggu lepas, we decided not to make any decisions yet sebab nak tengok dulu keadaan kata sana. Pastu tiba-tiba buat plan nak ke Krabi instead.

And now semalam pulak, tak jadi pulak nak pi Krabi. Kalau ikut Hubs, dia nak terjah ja pi Bangkok. Dia kata worse case scenario, duduk merendek dalam bilik hotel ja. I like that idea too. Sebab kalau nak ke Krabi berdua macam tak best pulak. Oh tinggal berdua ja. Yang lain tak jadi for some own personal reason which I think best not to discuss.

Hubs tambah pulak lagi kepeningan kepala ni dengan bagi I choices nak pi Bangkok, Krabi or Singapore. Adoyainyepun. Next week ja kot. Jangan la pressure camni kan. I ni pressure apa sama, sebab I suka yang well planned. Tak suka gamble dah sampai sana baru nak cari hotel bagai. Kalau takat dalam Malaysia I tak kisah sebab tempat kita. Ni tempat orang. Dengan nama-nama jalan yang kita tak paham. Tak suka tak suka. Kalau dah last minute decision camni, memang semua benda last minute la. La ni, ticket ke Bangkok dah ada. Cuma kena drive ke Hatyai ja. Tak tau jalan. Kalau nak ke Krabi, nak drive dari Penang terus ke Krabi. Tak tau jalan. Kalau nak ke Singapore, Hubs ajak naik bas ja. I paham kami bukan orang ada-ada nak naik flight sokmo (walaupun flight sekarang RM254 ja ke Singapore). Tapi kalau naik bas, nanti badan penat sebab naik bas ja. 

Urgghhh what should i do niii?

Tapi tadi I dah gatai pi e-mail Malaysian Embassy in Bangkok. Ececehhh konon macam depa nak layan la e-mail I. I tanya la tempat kami nak duduk tu ok ka, tempat-tempat yang kami plan nak pi tu ok ka & so on. I hope they will get back to me asap. Eh bukan bagi asap kat I. Bagi la information skit kheenn... Pastu kan I tanya jugak dalam enquiry page depa. Heheh. Saja bagi pressure sikit. Sebab I pun dok rasa pressure ni. Orang dok kata macam-macam ni. Keadaan kat sana semakin runcing lah, libatkan askar la apa la. Tapi I takmau percaya tu semua lagi, I nak dengar sendiri dari embassy. Rasa ketaq sangat sampai rasa nak call depa teruih. Tapi mahal kan uols nak call?

Selagi benda ni tak settle, selagi tu I akan roplah jingga camni. Gedik pun gedik jugak nak pi Krabi. Tapi tu la macam I cakap, nak drive ke Krabi kami berdua ja. Dengan taktau jalan. And kat sana nanti Hubs ni suka buat jora nanti pi amik tour yang bukan-bukan. Pastu ajak tour guide tu lepak sekali malam tu. Oooppss. I takmau dah keadaan camtu. I ni penakut. Paranoid. 

Acaner ni? Acaner ni? Ampa tunggu ja lah pengumuman dari I nanti mana nak pi. Iols dah la baru beli VS's passport holder. Lagi la stress! Hikhokhikhok.

Yang mana satu...idaman kalbu...saja sabotaj diri sendiri cari gambar paling cantik. Stress hoi.

Yang dalam kebingungan,
-Adik Manja 84-

Tuesday, 21 January 2014

3 tahun. Al-fatihah.

Al-fatihah.

Last week on 16 January 2013, genap 3 tahun pemergian Allahyarham Md Noordin Bin Ahmad, ayahanda tercinta kami sekeluarga. Pemergian mengejut arwah masih terasa dan tidak mungkin akan dilupakan.

Hati mana tidak dirobek, hati mana tidak tersentap apabila dengan tiba-tiba arwah pergi menghadap Illahi meninggalkan kami. Tanpa sebarang petanda, tanpa sebarang perubahan. Arwah was a very healthy man aside from his smoking habit. Tak pernah hinggap dek akal kami arwah akan pergi pada usia 55 tahun. Tapi ajal dan maut ditangan Allah SWT. Telah tertulis pada hari malang tersebut arwah akan kembali kepadaNYA.

Cek takkan pernah lupakan your warmth love, my strict upbringing, your laugh, the way you walk, you talk, your own way of caring & everything about you. I finally now understand why you have been so strict to me, why you have always put a stop to everything that my stupid & ignorance mind wanted to do. I know now that it was all to prep me up for today, the future that you have seen beyond those days. I'm sorry abah for not being a good daughter to you. I'm sorry for all the tantrums I've thrown to you. Thank you for taking care of us, the whole family. Thank you for looking out at us making sure we got we need. I truly understand now that what I wanted wasn't necessarily what I needed. I hope you are proud of me now. I love you abah, beyond eternity.

I MIGHT HAVE FOUND MY PRINCE CHARMING BUT YOU WILL ALWAYS BE MY  KING.
Md Noordin bin Ahmad
1956 - 2011

Monday, 20 January 2014

Janji.

Janji esok sambung menulis. Janji!

Ini untuk semua yang merindui diriku ini.


Chiao, bella!

Wednesday, 15 January 2014

Wordless Wednesday.






Just saying "Hye".................................Bye!