Friday, 5 February 2016

8% or 11%?

Assalamulaikum..

I have so much to talk about this topic. 

Cewaahh gerun tak dengan ayat penyata di atas? Especially coming from a dumb blond minus the blond hair like me? Hahahahha.

Yes I have a lot to talk on this tapi dapat ka tak I zahirkan dalam penulisan tu we are about to find out. Kalau dalam group whatsapp tu I la jora dalam bab ni. Asyik muka I ja cakap pasal ni. I pun heran pasaipa. Macam la gaji ribu riban yang it will make so much difference now. 

#jangankecamaida

I migraine ni sebenarnya. Taktau la sempat ka tak habiskan entry ni. Belum start lagi dah bagi macam-macam excuse kan? Dah la takdak sapa pun paksa tulis pasal benda ni. Kekekeke.

Sat nak pi toilet.

Sebenarnya kita ada pilihan nak 8% ka 11% ka. Kalau kita fikir short term, pilih lah 8%. Sebab kita get to enjoy extra cash in hand every month. Tapi kalau kita fikir for long term, pilih lah 11%...sebab beza 3% tu kalau dalam jangka masa yang panjang, is a huge amount for savings. Tapi, ada calculation jugak dari segi gaji bulanan kita. Kalau yang lebih dari RM6k a month tu, to choose 8% is better. Tapi untuk rakyat marhaen macam I ni, pilih la yang 11%. Sebab apa? Satgi I bagitau sebab apa. For now, ampa refer to the calculation below kalau nak tengok dari segi gaji.


Ok sebab apa I kata kalau rakyat marhaen macam I ni patut pilih 11%? Sebab for both long & short term benefit. Bagi pendapat I yang berpendapatan tak seberapa ni, kalau nanti you all kurangkan epf (simpanan),  memang nampak cash in hand ada lebih. Tapi jangan lupa, PCB pulak akan meningkat. So you rather your money to go into your savings or straight to government's pocket? I rela selesa dengan gaji bersih sekarang at 11% deduction of epf dari sikit daripada duit I pi kat orang lain. As for long term pulak, do you know that our value of money is decreasing? Myself for an example, contohnya 22 tahun lagi I nak retire dan contohnya epf (simpanan) I masa tu ada dalam RM150k. 22 tahun akan datang, apakah nilainya RM150k? Maybe dalam RM70k sekarang ja. Cukup ka you nak sustain your life dengan lesser savings amount? Yes of course I agree yang takkan epf savings saja kita ada kan? Kita pun ada buat investment tu investment ni, ASB apa bagai. But just reconsider PCB punya justification tadi tu balik. And think about it.

Ini pendapat peribadi I lah..tak payah la nak kurangkan ke 8% tu. Ampa rasa 3% extra ampa dapat tu ampa nak buat apa? Nanti habis spend kat benda-benda mengarut lain pulak. Sekaligus the power of spending pun meningkat. Bayar lagi GST pulak kat depa. Lagi depa makan kot ataih. Nak kata anak bini tak cukup makan pakai,  Alhamdulillah rasanya cukup ja even takdak 3% tu.

Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, 2 February 2016

Mainan Si Noah

Assalamualaikum.

I tak ingat since when it started Hubs akan beli 1 toys untuk Noah every weekend outing. So makin bertambah la mainan dia tu walaupun.....walaupun dia bukan main sangat pun. Beli la apa pun, semua pun masuk mulut. Dah boring, dia buang and pi ambik remote control ka, fon I ka, my books ka untuk masuk mulut pulak. Dia dah pandai sekarang kalau dia dah bosan dengan toys tu, dia akan baling tak mau. Geram tau dah pandai sekarang. Pastu kalau dia dok main fon la contoh, of course la I tak bagi kan. Bila kita rampas tu nanti pandai dah nak bebai. Tapi sat ja Noah tu. So I tau la tak payah nak diturutkan sangat. Biar ja dia melalak sat. Satgi dia ok la tu sendiri. Sebab dia dah distracted dengan benda lain pulak. 

  Dia paling suka la kalau I pi kat dapur. Sebab selalunya kalau dia pi dapur without I, I memang nanti jadi tarzan and pi angkat dia. Tapi kalau I memang tengah buat kerja kat dapur, I terpaksa la biar dia main-main kat dapur. Bahaya and kotor la kan uols. But what to do. Noah ni pulak jenis you lambak lah mainan atas carpet banyak mana pun. Dia akan ambik satu toys and tolak-tolak toys tu sampai ke dapur, toilet, almari kasut, bawah meja makan, tepi celah rak buku. Tempat-tempat terlarang. Penat tau nak pi angkat dia and letak balik atas carpet. =_="

I dah runsing macammana nak buat. Hari tu I penat sangat, I letak dia dalam baby cot with all his toys and I pulak baring kat atas katil. Dia punya menangis nak keluar...gggrrrrr. Ingat nak beli macam baby gate ka orang panggil benda tu? Tapi taktau mana nak dapat. Ni macam pic bawah ni.

Help? Anyone?

Sebenarnya I nak cerita pasal toys Noah. Dak aihh...bukan nak bagitau Pak dia dok beli banyak. Hahaha. Ingat aku gila? Sebenarnya nak bagitau peel si Noah........

NOAH'S TOYS

WHAT NOAH PLAYS WITH

-____________________________-"



Friday, 29 January 2016

Independent or not?

Assalamualaikum.


Someone shared this on FB few days ago. Hari ni baru I rasa macam nak tulis pasal ni. I'm not going to name who the person was. Sebab orang ni memang rapat dengan I. Cuma kali ni, I minta maaf I tak dapat nak setuju dengan dia pasal ni.

I ambik I sebagai contoh ya. I takmau cakap pasal orang lain. And please bear in mind, I bukan nak riak apa lagi nak membangga diri. Ini hanya perkongsian untuk renungan kita bersama.

Anak demam nak pergi klinik suruh suami teman?

I pernah ada dalam situasi ini. Ini bukan cerita tak boleh berdikari. To me this is gender equality. Kenapa tugas penjagaan anak hanya pada ibu seorang? Tak cukup ibu yang bertarung nyawa melahirkan? Tak cukup ibu jugak pi kerja untuk sama-sama memperbaiki kehidupan family tu? Kenapa nak persoal kalau bapak teman pi klinik bawa anak? And I tak rasa penggunaan ayat "teman" tu betul. Bapak tak teman ya. Itu tanggungjawab. Kalau pi benda seronok-seronok macam tengok wayang, dipanggil "teman" jugak tak? I rasa dipanggil "pergi sekali" kot. Sebab dua-dua pun enjoy benda tu. But dalam case nak bawak anak demam pi klinik ni you call it as "teman"? Itu bapak ya, bukan jiran sebelah rumah. I pernah Noah batuk-batuk and I bawa Noah pi sendiri. It's quite a struggle considering that Noah was still breastfeeding at that time & was crying all the way to the clinic. I have to park the car & feed him. By the time he was full, hujan pulak turun. I cannot redah masuk klinik jugak and risking my son's health. Payah ok? But I tak complain. Sebab I faham masa tu I was available. Hubs kerja. No problem, I can do it myself. Then lagi Noah demam. Masa tu kat rumah Mak. And mak teman I. Ha ni baru betul teman. Sebab Mak takmau pi pun boleh. Tapi sebab Mak kesian I kena handle Noah sorang-sorang. I tak ajak pun Mak pi sekali. Again, Hubs kerja. I pun kerja hari tu but I took some off time balik awal sebab Noah's temp was sky high. Kalau tak independent, I dah minta Hubs balik awal jugak. Then again Noah had a fever. Masa ni, Hubs pun pi klinik sekali because he took some time off jugak balik awal. Which I tak suruh pun. Dia sendiri yang ambik. Sebab atas dasar tanggungjawab dia. Bukan sebab dia nak teman I. I still tak boleh terima perkataan teman tu. Hellloooo we are living in the 21st century. Kalau anda pasangan yang bekerja, automatic tanggungjawab dalam family tu terbahagi dua. But of course kita masih berlandaskan agama.  Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam, bukannya dari atas kepala kerana tempat dia bukan di atas kepala suami dan juga bukan dari bawah kaki kerana bukan tempat dia untuk dipijak. Tapi dari tulang rusuk untuk dilindungi. There. Simple. So para suami, think about it. Nak jaga anak ni tugas bini hangpa saja ka? Time buat anak sama-sama, time jaga anak bini sorang? Pardon my bluntness.

Check up pregnant pun nak suami teman?

Woww...Bukan I tak boleh pi sendiri. Boleh haih. I ada kereta, I ada kemampuan untuk pergi sendiri. Tapi Hubs ikut jugak I pi sekali because "we are pregnant" bukan I saja. Faham tak ayat tu? Kalau omputih, depa tak announce kat orang "ooo my wife is pregnant". Tapi depa akan kata "ooo we are pregnant now". Sebab mengandung adalah hasil daripada dua individu. Tapi kenapa bila nak pi check up contohnya, hanya satu individu saja yang kena pi buat? Because she is the one carrying the nausea, the dizziness, the giddiness, the bloating, the hurt burn, the water retention, the back ache, the everything about pregnancy and your baby? Fair ka macam tu? And untuk case yang macam I ni, almost 4 tahun tunggu yang satu ni. Apa salahnya Hubs tunjuk his moral support? Ok kali ni I setuju dengan penggunaan perkataan teman tu. Teman as a moral support. The least your husband can do for you when you are pregnant ialah pi check up dengan you. Dia memang tak bawak perut 9 bulan, dia  memang tak rasa loya yang you rasa, dia memang tak rasa sakit ulu hati yang you rasa, dia tak rasa the hormones rollercoaster macam you rasa, dia tak rasa tak cukup nafas bila jalan lebih sikit macam you rasa, so apa salahnya dia rasa tunggu sejam lebih dekat clinic dengan you? Ok kalau dia memang kerja and tak boleh pi check up dengan you then tak pa aih...no one will judge. Tapi kalau ada kesempatan tu, ikut la sekali. Dalam semua-semua yang tak syok pasal pregnancy tu, bagi la ada sikit manis dia rasa. Alhamdulillah I happy sangat sepanjang I prengant, Hubs memang TEMAN I pi check up. At least dia pun tau what's going on with the pregnancy. So para suami, dalam hal pregnancy ni nothing much you can help actually, but the least you can do is you can make your wife happy & ease her burden going through the pregnancy and not let her feel all alone. 

I akui ada orang yang tak kisah pun pi sendiri untuk kedua-dua senario di atas. Yes I pun tak kisah pergi sendiri. Memang boleh sangat buat benda semua sendiri. Tapi kalau kita boleh dapat kedua-dua orang punya involvement, ada kesempatan untuk kedua-dua orang pi, pi lah. 

Tapi jangan pernah kita nak menilai baik wanita yang semua benda pun buat sorang-sorang atau wanita yang kalau boleh nak suami pun sama terlibat. Siapa kita untuk menilai kehidupan orang lain? Tidak ada yang salah dan tidak ada yang sentiasa betul.

Sekian leteran di petang Jemahat.

Image result for family hands heart

Thursday, 28 January 2016

Alhamdulillah settle.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hal-hal group passport semua dah settle. Insurance Thai untuk kereta pun dah settle. Tingal nak tukar duit ja. I tengok rate rendah lagi. So tunggu dulu sat. Minggu depan baru tukar. Amboi macam nak pi memana. Padahal Hatyai & Songkla ja. Hahaha.

Masa nak buat group passport tu timing memang cun. Takdak orang pun. Kami ja. And ada bahagian lain untuk buat group passport. So tak payah nak serabut-serabut dengan orang-orang lain. Akan tetapi, dah dia serabut pasai nak isi borang pulak. Punggaaahhh. Hahahha. I dah isi siap-siap dah semua kat rumah. Borang ori yang Imigresen Seberang Jaya bagi tu & borang A1/B1 kebenaran penjaga untuk yang berumur 18 tahun ke bawah tu. Tapi well, mesti ada salah jugak punya lah. Hahah. Abg Karl was admitted masa tu. Food poisoning. So dia tak dapat la pi. Dalam borang tu ialah nama Abg Karl. So we thought takpalah bapak dah sign kira ok la. Sekali pegawai tu kata takpa boh nama mak ja. Hahaha. Tulis pulak lagi sekali. Lepas tu nak pulak birth cert Yasmin walaupun dah ada Mykid. Nasib baik Kakak I bawa. Tapi nak kena pi photostat. Kira hari tu Dikman ukur jalan la antara imigresen dengan tempat photostat. Pi mai pi mai. Ada saja yang tak cukup. I pun tidak kurang kelakarnya. Boleh pulak bawa sekeping ja gambar untuk lekat dalam borang. Padahal kena bawa extra sekeping lagi. Hubs balik pulak rumah pi ambik. Memang charlie chaplin betoi la hari tu. Dah photostat IC, depa mau pulak photostat style depan belakang like the original IC. Potong & lekat pulak dah depan belakang and kena lekat kat borang tu. Macam-macam. Macam lawak pulak bila ingat balik. Nasib baik memang takdak orang nak buat group passport masa tu. So kami saja bermaharajalela disitu.

Dah siap pastu pegawai tu kata satgi pukul 2pm kena mai buat bayaran and passport akan siap dalam masa 6 hari bekerja. Dan ketua kumpulan saja boleh mai ambik. Ketua kumpulan tau sapa? Haku laaa. Hahahaha. I dok pikiaq takkan nak kena ambik cuti lagi ni. Sebab kita kan dok dengar lambat kalau proses-proses imigresen ni. Tapi takpa. I fikir mai awal-awal pagi pastu kalau memang akan terlambat, bagitau ja la kat Kak Baah. So pagi tadi 7.30am dah hantar Noah and 8am dah sampai imigresen. 8.05am amik number. 8.11am dah settle. HAHAHA Tadika Nur Cemerlang sangat. 


Daaahhhh awal la pulak habis. Lepak sat dalam kereta, 8.35am baru gerak pi office. Dekat ja pun. 

Ok bye.

Wednesday, 20 January 2016

Group Passport

Assalamualaikum.

Al kisah nak buat group passport untuk family I termasuk la I sekali. Kami nak masuk Siam raya cina ni. I takmau renew passport lagi. Nanti bulan 3 baru renew. Ada la sebabnya. Rahsiaaaa..So kami nak buat group passport ramai-ramai ja. Ada 13 orang. Ok la tu kan. Saving banyak. 

So Ahad lepas pakat-pakat plan la nak pi buat kat Seberang Jaya sebab branch tu hari-hari bukak. Pukul 6am dah bangun siap-siap nih. Hubs keluar pederas dulu naik motor. Sebab nak ambik no. Hubs kata dia sampai pukul 7.30pm pun dah ramai gila orang tunggu kat luar main gate. Bukak ja main gate semua pakat lari macam masuk Amazing Race. Haha. Punya la nak beratoq dulu.

Begini line kat luar. Ntah yang dapat no 1 tu tunggu dari pukul berapa ntah.

Ini pulak line kat dalam. Depannn sekali tu ialah counter ambik no. 

Haa nak menyampai ke counter ambik no tu ada la sampai pukul 8am lebih. I masa ni dok sibuk lekat-lekat gambar kat borang. Pastu dengar kata borang kena siap isi sebelum dapat no. Kelam kabut jugak lekat gambar & isi ketinggian orang-orang yang tak sempat lagi.

Flawless kan muka Iols? Aunty tu edit sampai terbuang sekali dengan tahi lalat I tu. Hahah. Nasib baik I perasan. Kalau tak, tak legit gambar I. Kang kena amik kat office immigration taknakkkk. Sebab tak edit-edit. Mesti la nak yang meletops kan. Tapi kalau ampa jumpa depan-depan ni memang muka agak ngeri sekarang ni. Jerawat kat area mulut ni banyak gilers. Orang cakap hormon. Ada gak orang cakap jangkitan dari yang sedia ada. Stress kiter tau. Masa edit pic Hubs tu sat ja dia buat. Time pic I, memang lama. Hahahah. Almaklumlah, macam kena draw balik muka sebijik-sebijik. Kah kah.

Haa zoom in sikit. EEeeeeee gerammmmmmmmm. Such an angel masa ambik gambar ni dok bergelak tawa. Sampai ni satu ja gambar yang serious sikit muka. Yang lain dok jelen la dok nganga gelak la. Iloveyouforeverlah.

Ok back to pejabat immigration Seberang Jaya. So, akhirnya Hubs sampai dah kat counter ambik no tu. I pun berjaya siapkan borang just in time. I lari pi counter and I heard Hubs was saying "oooo hari kerja saja ka?" AND MATA I TERUS TERBELIAK LIKE WHAT THE FFFFFFFFFF??

=_="

Seriously guys I taktau nak cakap apa masa tu. I terkebil-kebil tengok kakak counter tu and tengok Hubs. Tengok kakak counter, tengok Hubs. It turns out that PERMOHONAN PASSPORT BERKUMPULAN HANYA BOLEH DIBUAT PADA HARI ISNIN - JUMAAT SAHAJA. Marvellous!

And then depa tanya I mana dapat borang ni? Photostat ka? And I told them I printed out from their website. And yes they told me kena isi borang ORIGINAL SAHAJA. Ohh bestnya surprises! Can't wait to find out more!

Lepas tu there's another borang A1/B1 yang kena isi untuk children under the age of 18 years old. Ohh best sangat. Dalam borang group passport tu cuma tulis kalau the father/guardian of the children atas sesuatu sebab tak dapat hadir, then only to fill in the said form. Ok fine. Memang tak boleh buat apa pun hari tu. So kami tanya habis-habis lah pasal gambar la apa semua. Alhamdulillah gambar semua diterima except for Dikman, Sara & Naufal. Gambaq depa besaq. Kedai gambaq atas Komtar tu menipu. Kata boleh boleh. Nasib baik Dikman pi balik kat dia, dia bagi balik duit. Kalau tak, I nak pi terbalikkan meja dia ja. Gagaga. Oh and please jangan ikut syarat dalam borang tu. Depa tulis situ nak background biru. Tapi la ni punya law kena background PUTIH tau.

Pening la kami nak strategise macammana nak buat. Mau takmau kena ambik cuti jugak dalam minggu ni pi settle. Biasala..family I ni sarang ketaq. Tak boleh dah nak tunggu minggu depan. Kekekeke. So decided Khamis iaitu esok nak pi buat. Dan rupanya kena bawa birthcert budak-budak ni. Original and photocopy. And also IC kita orang tua ni and mykid depa. Semua pun kena copy. Haree la takdak bagitau mana-mana. Ka I yang overlooked dalam website tu taktau la. Dapat tau ni pun sebab semalam I dah siap-siap isi borang semua and pagi tadi Hubs bawak pi immigration kat Padang Kota ni pi tanya ok ka semua? Sebab nak elakkan dapat minor heart attack esok. Moga-moga esok semuanya ok dan habis before 10.30am. At least penyerahan borang habis at that time. Sebab orang nak mai pasang aircond pulak kat rumah I pukul 10.30am. Bongok betoi tak boleh dah nak tukar time.

Pastu nak masuk Siam dengan keta, kena buat insurance Thai. I dah tanya Suraya kena bawa apa nak pi buat insurance. Sue kata bawa grant ja. Tapi ada pulak orang bagitau Kakak I kot kena bawak grant & passport. Punggahhh. Dah tak buat lagi passport nak pi bawak celah mana? Lepas tu yang menjadi tanda tanya lagi, group passport valid ka? Hahahah. Kelakar sangat kalau ingat-ingat balik. Lagi sekali I tanya Sue and dia confirm lagi sekali memang tak payah bawak passport. Tapi knowing my sister, dia memang tak puas hati la. Dia ajak jugak pi Bukit Kayu Hitam pi tanya tempat buat insurance tu sendiri. Hah begitu menggila. I memang protes habis-habisan la. Tak kuasa la haih nak pi sampai sana semata-mata nak tanya saja. Pastu I teringat yang this coming Saturday kami ada kenduri kat Pendang. Why not pi masa tu ja kan. 

Nak dijadikan cerita, I was texting Suraya pasai benda apa ka. Pastu Sue kata dia ada contact untuk buat insurance Thai tak payah pi sana depa boleh courier mai ja terus kat kita. Eh eh eh. Ini sudah lebih baguzzz. Sepantas kilat I call contact tu, sup sap sup sap tudia hari ni siap dah. Dia courier hari ni jugak. In shaa Allah esok sampai. Ampa kalau mau, ampa tanya I for the contact ok? 

Hope this helps jugak kot-kot ada you guys nak pi buat kan. Jangan jadi sangkaribut macam kami ok.
Muahciked :-*

Friday, 15 January 2016

Demam Dilwale

Assalamualaikum.

Hari tu kita update pasal demam Star Wars kan. Kali ni pasal demam Dilwale pulak. Ha kali ni I pun terjangkit dengan demam ni. Been wanting to watch it for a very long time. Tapi takdak kesempatan. Hubs dah habaq awai-awai dia takmau tengok. Tapi dia boleh jaga Noah. Masalahnya dia balik keja dah pukul berapa. Kalau tengok show 9 lebih confirm-confirm I nanti mimpi I yang berlakon. Tidoq la jawabnya. Kalau hari Ahad, ala sayang la weekends tu la nak spend time dengan Hubs. Takkan Hubs nak berpeleseran dengan Noah for 3 hours kot. I pi buat nails treatment tinggal sejam pun dah mati kutu depa taktau nak buat apa. Tak boleh nak tinggal kat Mak. Sebab Mak pun nak pi tengok jugak. Nak tinggal kat Mama..ermmm...cek maluuuu!! Kahkahkah. Tapi Alhamdulillah tiba-tiba hari tu Mama offer nak tolong tengokkan Noah. Yahooooodotcom!! I pi la tengok hari Sabtu tu dengan Kak, Mak & Yasmin. 

Homaiii kenapa Kajol tu makin cantik?? Orang makin tua makin sedih, ni makin tua makinn cantik. Di mana keadilan di dunia ini?! Betul-betul late bloomer la Kajol ni. Dulu punya mendung. Lani tudia putih, gebu, dengan bentuk muka pun cantik. Ish taktau la nak kata cantik macam mana. Setiap kali scene Kajol keluar, memang "cantiknyaaa" tu saja keluar dari mulut I. How can that be possible? Tak mungkin juga camera trick. How did they keep the consistency kan. Geram cantik sangat sampai rasa nak bakaq panggung. Ha dia dok buat perangai Par dah. Hihihi.

Image result for kajol in dilwale
Hang pakai susuk ka nyah?

Shah Rukh Khan (SRK) pulak. Yang ni pun umur dah 51 tahun. Can you please be like normal 51 years old man? Hang tak normal tau tak? Dengan badan dok elok lagi, dengan muka tak redot. Dulu dan kini tak berubah muka tu. Nak-nak time dia ada jambang tu. Hoihhh tahap-tahap George Clooney dah ni. Memang sesuai sangat depa ni bergabung tau. Awat depa tak kahwin ja dulu eh? Tapi ya la, maybe they only fit on screen. In real life tak kot kan? Tapi to have that kind of chemistry.....well, it takes two to tango.

Apa dia punya elok lagu ni pun taktau. 

I terpaling-paling suka ialah masa scene 1st time depa nak reveal Kajol tu ialah anak mafia yang tak gang dengan SRK tu. Masa Kajol turun dari keta kuning tu. Fuuhhh masa tu turun dengan spek hitam dia, dengan baju dia dengan kasut dia, dengan efek angin lagi. Hergghhhh awat aku turun keta takdak efek angin lagu tu? *flips tudung* Sat try cari ada tak gambar tu.

Argghhh tak jumpa pulak dah. Ampa pi la tengok Ok. Tengok Kajol masa tu. Menikam jiwa.

Okbye.

5th Anniversary.

Assalamualaikum.

So last week on the 9th of January, marks our 5th anniversary. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah kahwin. Lama tu. Hubs siap argue lagi dengan I. Dia cakap mana ada 5 tahun. Baru 3 tahun ja kot. Samada dia perasan muda atau perkahwinan kami sentiasa terasa seperti malam pertama. Eh? Kah kah kah.

Takdak apa sambutan sangat. Malam eve of anniversary tu tunggu ja pukul 12am. Lepas dah wish terus tak tahan dah ngantuk nak tido. Hehehe. Kami cuma pi dinner hari ahad tu ja. Untuk tahun ni kami pi The Ship yang dekat Batu Feringgi. Konon fefeeling nak makan dalam kapal. Ingatkan besar tempat tu. Kecik ja rupanya dalam dia. Ni ada la a few gambar yang sempat ambik. I bubuh semua tau. Ampa nilai la sendiri how "romantic" the dinner was. Hewhewhew.















Kong.

Akhir kata, untuk tahun yang ke-5 ni, ucapan dan harapan I sama ja macam tahun-tahun lepas. I sentiasa berdoa agar kami menjadi insan yang lebih baik agar secara tak langsung hubungan ini pun akan bertambah baik. Alhamdulillah di tahun yang ke-5 ini kami dapat sambut ulangtahun perkahwinan dengan adanya Noah Khilfi si pengerang jantung. Ada yang tanya kenapa tak tinggal ja Noah kat siapa-siapa tolong jaga masa kami pi dinner. The answer is simple. I want to celebrate the very special day with special people in my life. Biarlah sekali pun jadi lah. Mana tau next year kami nak pi berdua ja. Then dah boleh tinggal. At least kita bukan saja celebrate the marriage, but also the life that we have. I minta uols semua pun tolong doakan keharmonian rumahtangga I ni semoga berkekalan. Sikit-sikit punya hal tu kita pejam mata ja lah tak payah nak kecoh-kecoh sangat ya. Semoga Allah merahmati hubungan kami dan membuka hati kami agar hubungan kami lebih ke jalan-Nya. Aamiin.