Monday, 15 May 2017

Korea 2017

Assalamualaikum..

Sebulan dah I pi Korea. Apa habuk entry pun I tak up kan? Sorry tau bagi yang menanti penuh kesabaran *krik krik* 

I belum fikir lagi nak buat by day or semua hempuk dalam 1 entry. Tapi satu hari pun dalam 1-2 tempat ja kami pi. Saja santai-santai vacation kali ni. Wah macam dok pi selalu pulak. #kuatberangan.

Day 1

Flight dari KL berlepas at 1am hari Sabtu. Jumaat before tu I ambik cuti dah siap-siap sebab nak spend some time dengan Noah. I tinggal dia dengan my sister's family. Nyawa dia la depa tu. Itu yang  terjadinya kisah yang I cerita dalam entry yang sebelum ni. Mai baca kat SINI. Kita arrived Incheon Airport at 8ish am. Masa tu tak rasa lagi sejuk ka apa sebab dari dalam plane terus masuk dalam airport building. Boleh eksyen lagi. Alhamdulillah I slept the entire flight. Kul 3am lebih I tersedar jugak sebab bau makanan. But I was too sleepy to eat. Hehehe.


Muka tak mandi dan tak gosok gigi. Takpa orang Korea semua taktau. Kekeke. But sama lah satu kapal kami semua pun tak mandi lagi. Hehehe.

Oh masa nak ambik bag tu ada satu kejadian misteri terjadi. Kami dok tunggu bag I awat tak keluar-keluar. Sampai keluar kat signboard tu kata bag yang atas conveyancing belt tu was the last one. No doubt bag yang satu tu memang sebijik bag I. Tapi yang tak samanya ialah bag I takdak tag yang tulis "THIS BAG IS MINE". I ingat memang takdak because sometimes bila nak tolak, I akan tolak guna yang macam handle tu ja. I tak guna besi tu. And it wasn't there before. So I memang yakin tu bukan bag I. Tapi memang takdak bag lain dah. I dok fikir dah worst scenario apa yang akan berlaku and apa yang I perlu buat. Then macam mana ka Erwan ankat ja bag tu bawa turun and I minta nak bukak jugak tengok isi dalam. Poofff terjongos tudung I keluar dari bag. Ya Robbi memang bag I. Macam mana boleh ada tag pulak? Hahha. Later that night I tanya my sister bag tu ada tag ka? (bag ni belongs to Rifqi I pinjam). But Kak kata mana ada tag. Fuhh lega sebab depa ni dok perli-perli I kata I confident sangat kata tu bukan bag I. Well, sebab memang bukan pun 😒 Balik dari Korea pun I tanya Kamal and dia pun kata takdak tag. Hewhewhew..misteri Wan Peah sangat kan?

So I telah melambatkan lagi jadual semua orang la cerita dia. Huhuhu. Malu beb. Tapi nasib baik depa ok ja. Then we were contemplating nak ambik bus, taxi or train ke hotel. Now, nak ambik bus taktau bus apa yang nak kena naik. Nak naik taxi, mahai nak mampoih. And terang-terangan we need to take MPV or 2 taxis. Naik train murah tapi kena menapak sikit la. And the risk was memang taktau tempat. Nak stop kat mana pun taktau. I ni sabit sebelum trip ni I was so freaking busy saja. Or else, memang I dah buat research serba sikit to help. Felt so helpless 😔 But we chose to take the train anyways..mula ambik yang express train ke Seoul Station. Lepas tu tukar lane nak ke Myaendong Station pulak. I ingat-ingat lupa ja ni tau. So jangan expect I buat #travelog pulak nah. 🙏

Dah sampai Myaendong Station ni la bermulanya adventure kami. Sebab taktau tempat wei.. Dan ini lah pertama kali I pi holiday I tak beli simcard for internet. Sebab budget I memang tak banyak pun mai ni. Mahal lagipun Korea ni. Tukar berkeping-keping duit kita. Dapat balik sekeping dua ja. Wadehelll. I tak joli katak sangat kali ni. Pekin habis duit. Ok sambung cerita. Hasil tanya orang sana sini, dapat la direction serba sikit. They were helpful juga walaupun kasar sikit bab-bab himpit or beretoh kita. Sukatimakpakdepa ja. Dah naik dari station dan selepas mengangkat bag seberat 11kilo naik tangga, nampak la dunia Bandar Seoul..huhu..pastu jem taktau nak sambung jalan lagu mana. Hahaha. Terjumpa sorang mamat ni. Dia tengok kami macam lost sikit, dia mai tanya. Rupanya this chinese guy is from Batu Lanchang Penang. Dia pun taktau jugak hotel kami tu tang mana tapi dia sembang-sembang la bagi tips sikit. Lepas tu kami sambung jalan and ada sorang lagi Korean mai tegur tanya nak pi mana. We showed him our hotel dan dia pun godek-godek google maps kat handphone dia. Dia offer kami ikut dia. Don't worry guys. He looked like a nice guy. Tudia Waze dia bawak pi jalan masuk celah tu celah ni. Naik turun bukit. On foot ok?! Kesian dia muka sampai merah-merah. I rasa kalau Hubs ikut ni dia bebai dah ni. Boleh sampai tahap dia ajak balik Penang 😭😆

Setelah hampir setengah jam ada kot dok melilau naik turun bukit celah-celah bangunan, last-last jumpa jugak hotel kami tu. Baiknya Korean guy tu kami offer nak bagi duit dia takmau and dia terus pi. Wow vely good. I perasan kan kat sana depa pun susah nak cari tempat kalau you bagitau nama kedai ka nama hotel ka depa pun menggaru-garuk kepala jugak nak bagitau tempat. Sebab there are too many buildings, roads, back roads, back lanes, junctions, my gawd tak boleh imagine kalau sewa kereta macam mana. Sebab kat sana nak U-turn takdak divider tengah ya. Hang berenti la tengah jalan (yang memang untuk orang buat u-turn) pastu ushar kalau line clear, jangan malu-malu untuk u-turn. Die.

Wati took a service apartment for us. Alhamdulillah selesa sangat. Ada 2 bilik tu. Tapi gambar yang ada dan senonoh ni satu ja. Hahah. Belakang kami tu kitchen pantry. Ada dryer baju sama tapi tak guna pun sebab malas nak explore. Semua tulisan Korea. Remote pun tulisan Korea. Directory kat phone pun tulisan Korea. I nak call operator tertekan apa ntah siap keluaq alarm 😹

Terus goreng bihun tomyam kari serunding. Taktau la resipi apa yang kami buat. Tapi not bad sedap jugak. Mungkin sebab terlalu lapar. Bayangkan our last dinner (Bu & I) was at 6pm yesterday. Fuuhh. Terasa kurus di Korea. Wow boleh jadi tajuk drama pukul 7 di TV3. Habis makan ampa rasa apa kami buat? Kami membuta la of cozzzz. Sedar-sedar dah 3 lebih. The plan was nak pi naik Seoul Tower or also known as Namsan Tower. Yang ada love lock tu la..tapi tak pasti pulak love lock tu memang originally asal dari sana ka mana. Yang I tau dari Korea. 

This time we decided to just walk to the station of Namsan Tower ni. Not that far & not that near actually 😂 Sabit sebab sejuk punya pasai saja so perjalanan tu tak terasa. And one thing I perasan myself is that I punya energy & larat or tak larat banyak bergantung pada kaki I. Kalau I sakit kaki or tumit, I jadi cepat letih. Sebelum pi ni I ada beli winter socks tau. Untk pakai dalam boots & untuk tidoq. Sebab I tau kaki I kalau sejuk nanti sakit tumit which memang tak best la jadinya nanti. Damn I made the right decision biarpun masa tu summer dah kot bukan winter 😂 Sebab walaupun kami jalan average 10,000 steps per day, I tak terasa sakit badan or kaki pun. Selesa sungguh socks tu. Boots I saja macam makan kaki I sikit dekat belah atas dia. Everytime I walked and the trimming tu kena kaki rasa sakit & ada terluka jugak sebab our skin are all dehydrated due to the humidity. Oh and cuaca kat sana sama ja tiap-tiap hari. Siang dalam 13-15० and malam dropped to 9० macam tu. Malam memang kena pakai 2 lapis. Sesekali angin dia mai tu fuuhhhhh boleh keras taik hidung.

Ok in queue nak naik cable car kecik. 

Dah sampai station atas, kena beratur pulak nak beli ticket.

Dah beli ticket, kena beratur pulak untuk naik tingkat atas nak naik macam gondola cable car ke Namsan Tower. Ramai betoi macam nak naik Penang Hill. Cuma bezanya sini sejuk so tak terasa sangat kebebaian.

And bila dah sampai atas, rasa hilang semua bebai-bebai ka penat ka apa ka semua tak terasa. Rasa holiday mood merasuki. You all enjoy the pictures yang tak berapa banyak ni saja ok?








Ok dah turun bawah, decided to jalan balik jugak sebab nak singgah Myaendong night market ni. Besar banget nih night market ni. Pusing-pusing sampai tak boleh track dah masuk kot mana tadi. 70% of the stores here are all beauty cosmectics store. So sapa-sapa yang nak buat bisnes barang-barang cosmetic Korea, memang belambak kat sini. Price range jangan tanya I. Sebab to me dekat Korea ni I tak boleh shopping. Overpriced. Kebab harga lepas convert RM24. Menangis. Tapi lapar. Bedal saja lah.

Sejenis OOTD katanya. Kah.

Eh macam panjang pulak day 1 saja pun kan. Esok I sambung pulak lah day 2 & 3. In shaa Allah.

IN SHAA ALLAH.

Haha kbye.

Friday, 12 May 2017

Aunty..uncle...

Assamualaikum..

Ya ya I hutang entry Korea. Nanti I bayar ok. Haritu Anip tanya I mana entry Korea I bagi alasan nak tukar laptop baru, so I malas nak transfer gambar ke laptop yang sementara tu. Tunggu laptop baru sampai baru kononnya nak transfer gambar & update entry. Ni I bersiaran dari laptop baru dah. Ha macam mana? Sapa nak jawab?

Hari ni I rasa nak share pasal Noah. Tapi I rasa this is more about me rather than him kot. Huhuhu.

Masa I kat Korea, Noah duduk dengan Kak. Happy la dia. Depa pulak balik Raub. Memang mainnnn ja la keja dia. Sampai I buat video call pun takmau layan. Dia bawak lari fon tu pi simpan dalam bilik. 😕

Fast forward, I sampai ja Penang hari Selasa tu terus pi ambik dia kat kedai gulai ikan bawal Sungai Ara. Kak dok dinner kat sana. Masa my nephews dukung dia mai kat I, they were calling Aunty!! Unclee!! And anak bertuah ni pun sama naik keriau auntyyy unccclleeee. Where is the love sonnnnn??? 💔💔 #heartshattered 

Cepat-cepat la Hubs & I pebetoi dia and kata Umi & Daddy lahhh..baru dia ikut 😅

Daripada hari tu sampai ke hari ni I masih lagi dok teringat benda ni. Budak-budak memang senang terlupa kan.. I mean bukan macam terlupa orang tua-tua ni tak ingat kunci letak kat mana dan sebagainya 😜 maksud I kalau kita neglect depa (not that I've neglected my son ok?) & tak nurture the bond, senang ja anak-anak ni boleh rapat dengan orang lain & terlupa pasal kita. Mostly 2 years below ni. I mean I know by all means Noah tau kami ni siapa (perasan) of coz..cumanya dia masih kecil untuk faham dengan sendiri kan. I think you all know what I'm saying. 

And it makes me wonder kalau la umur I tak panjang sekarang & I pergi dulu, Noah akan ingat I tak sampai dia besar? Will he still remember me? Will he know how much I love him with all my heart? Will he know that there is no other love is greater than mine for him (mine is greater than his daddy's, I know LOL)? Dia tau tak I would do anything for him? WOULD HE STILL KNOW ME AS HIS MOTHER?

OK SEDIH.

BYE.

Thursday, 13 April 2017

Keikhlasan



Assalamualaikum..

Lama gilos tak bersiaran. 3 bulan ada? Takdak masa la sekarang ni uols. Kalau dulu busy pun, I will make time to update blog ni. Tapi sekarang even I ada masa pun, I will try to find things to do. Maybe I enjoy my work a little bit more now? LOL.

Semakin umur meningkat ni, macam-macam jenis orang I jumpa I rasa. Tapi dalam ramai-ramai orang ni, tak semua I boleh percaya and let them be in my life or to get to know me personally. Tapi takdak la I nak reject terus tak kawan. No..kawan tu tetap kawan tapi only some I will let you stay in my circle. Baik tapi tak rapat ok. Jangan dok ingat aku baik dengan hang tu maksudnya aku rapat dengan hang. No jangan salah konsep ok. Bukan apa, I memang ada trust issue. And most of the time, sangkaan I terhadap seseorang tu memang selalu tepat. Kalau I mula kenal dia and I sense yang deni something wrong, memang I will distance myself. I don’t want to get too attached to that person. Ada ja bukti-bukti depan mata bila mana I selalu pesan kat diri sendiri, dekat orang-orang yang I care, jangan baik sangat dengan sekian-sekian orang ni….BAM! Betoi-betoi orang tu buat hal.

Nak measure sejauh mana seseorang tu ikhlas dengan kita ni, susah kan? Walaupun I jenis susah nak let people in my life, tapi kalau hang baik dengan aku, walaupun aku dengar shit about you, I will still go on baik dengan hang. Aku tunggu ja kalau kena batang hidung aku, baru aku walk off. Paling frust is when you talk about sincerity but you yourself said things that go against the “sincerity” you were talking about. Funny such life is.

How people treat us is a reflection of how we treat others. Betul tak? So why whine and say people do bad to you? Look back at how you treated others. Ada perfect kah? I sendiri pun ada banyaaakkk flaws. Terkadang termaki jugak orang masa tengah driving. Terkadang terdetik jugak dalam hati bila kakak tu goreng lambat sangat nasi goreng yang di order. Terkadang terkasar jugak dengan orang lain. Allah bayar cash sekarang. Tak pelik kalau ada masa orang hon I sebab mungkin I terbawa kereta macam bodoh. Tak hairan kalau orang kedai tomyam tu return my change without saying thank you kat I. Or tak semena-mena apek guard kat rumah kakak I tu nak sound-sound tengking I jangan parking tempat orang walaupun I belum masuk pun lagi ni. Eh? KAHKAH.

Moral of the story is, lu tak kacau gua, gua tak kacau lu. Hahaha. Macam ni lah…jangan cakap pasal keikhlasan kalau kita sendiri pun tak ikhlas dengan orang. Time elok, semua indah. Bila tak elok, keluaq habis semua. Takkan baru terfikir kot? Mesti masa tengah dok elok tu pun dah terdetik kan? That’s when you have to check back your keikhlasan.

Huargghh dah la. Penat mengomel. 

Bye.

Monday, 16 January 2017

6th year juga untuk Md Noordin bin Ahmad.

Assalamualaikum..

Entry ke-3 untuk hari ni a bit emotional.

16.01.2017 genap 6 tahun pemergian abah kesayangan kami semua. Md Noordin Bin Ahmad. But he will be forever a legend in our hearts & minds. 

Walaupun orangnya bengis tapi kebengisan itu la yang menjadikan siapa diri I hari ni. 

Walaupun orangnya agak lokek tapi kelokekkannya itu untuk memastikan kami cukup pakai & makan.

Walaupun orangnya agak serious tapi ada sisi kelakarnya yang membuatkan kami anak-anak tercuit perasaan.

Walaupun kerjanya tidak sebagus bapa-bapa yang lain tapi cukup untuk bawa kami berjalan sana-sini.

Walaupun tak pernah tunjuk dia sayang secara fizikal tapi kami anak-anak tau abah orang yang paling sayang kami.

Walaupun Allah pinjamkan abah sekejap saja dengan cek, cek belajaq banyak benda dari abah. How to be street smart. Itu cek pegang sampai hari ni. 

Apa yang cek ada hari ni semua untuk buat abah bangga dengan cek. If just you are still around, I really want to see your proud face.

I love you abah.

And I miss you beyond words and beyond the galaxy.

Arwah abah on his 54th birthday; on my engagement day. My dear Father passed away a year later at 55 yo.

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem...
Al hamdu lillaahi rabbil ‘alameen
Ar-Rahman ar-Raheem Maaliki yaumid Deen
Iyyaaka na’abudu wa iyyaaka nasta’een
Ihdinas siraatal mustaqeem
Siraatal ladheena an ‘amta’ alaihim
Ghairil maghduubi’ alaihim waladaaleen
Aameen                        

6th Anniversary

Assalamualaikum..

Lagi. Kehkehkeh. 2 entries in a day? Wow. Betul punya takdak mood nak kerja.

Anyway 9 Jan yang lepas ialah anniversary yours truly & Hubs. A very quiet anniversary. Hahah. Noah tak sihat sangat hari tu. Dok batuk-batuk & tiba-tiba ada flu pulak. Tapi kami memang takdak plan apa pun nak celebrate. Ongkos tak berapa nak kejap. Saving for Lombok. So I kira hadiahkan percutian tu ja la kat Hubs. Hahaha. 

I dok heran tau seharian Hubs tak wish apa pun kat wall FB. Not that I'm all about that tapi setiap tahun memang dia akan wish punya kat wall. So I was kinda expecting the same la for this year. Tapi tiada. But I tak pi tanya apa pun. Takmau la dok buat cempera naga nak merajuk segala kalau laki tak wish kat FB kan. Hahaha. General ehh tak cakap siapa-siapa ni. Huhu itter takut. And I wasn't expecting anything juga pun from him because well I know he is saving some for Lombok too. But he caught me by surprise when.....

This gorgeous bouquet came for me!

I baru ja selesai my discussion with Olive Tree Hotel. Dok siap-siap nak turun then ternampak Ikha holding the bouquet. Omaigod I almost jumped off my feet! Tapi bila came to think about it now, confident sungguh I yang bunga ni untuk I kan? Hahahha. But yeah it was for me. This is so sweetttttt. So sweet sebab Hubs tak pernah kot buat macam ni. Never. Pernah sekali dia bagi bunga pun sebab mak dia suruh. Depan I pulak tu. Hahah.

Phew dekat 2 jam jugak la kaki tangan I sejuk & tak boleh buat kerja. Jem. Hahah. Oververver.

Alhamdulillah we passed the first 5 years test. Orang cakap masa tu la dugaan macam-macam sebab kita baru nak betul-betul kenal pasangan kita kan sejak dah duduk sebumbung ni. I won't say we passed with flying colors but hey we survived each other! Kah.

Okbye.

Sembang sikit jom

Assalamulaikum..

Buat apa tu? Sibuk ka melayan Monday blues? I rasa macam kritikal sikit Monday blues I hari ni. Sedari pagi tadi takdak mood manjang. Nak lunch pun takdak mood. Bosan. Taktau lah kenapa. I ingatkan sebab semalam plan nak beli sport shoes untuk Noah tapi tak dapat. Sedih sangat dia dok pakai yang satu tu ja. Sorry la itu memang penyakit I. Hehehe. Sekali pi kat Skechers (50% offer. Nak beli tapi kemut how?) takdak size la pulak. Frust tertonggeng dah kat situ. Pastu naik pi Mothercare dengan harapan nak beli la barang sepasang dua baju + short pants untuk si Noah jugak tapi yang ada elok semua takdak size jugak.  Ada sepasang saja tapi macam biasa-biasa ja. T shirt + short pants kain cotton ja. I nak la short pants jenis jeans or khakis tu. Hampa la dapat sepasang ja. Pastu Hubs boleh pulak nak beli Trunki & shades untuk Noah. Tak perlu sangat tau. Tapi dia dok kata nak beli shades sebab kesian nanti kat Lombok kami semua pakai shades tapi Noah tak pakai. So not relevant. Trunki tu sebab just for fun. RM259 kot. I berjaya tepis yang tu suruh dia tengok online dulu. Kot dapat lagi murah. Tapi at the same time made him think again baik beli 1 big trolley bag that can fit all of our clothes. Rather than kecik puitt tu ja RM259. So I taktau la apa keputusan dia. Tak perlu pun Trunki tu sebab Noah dah ada diaper bag Star Wars tu. Hmmm.. Then ada niat nak pi tengok kasut Noah dekat Royal Sporting House or Al-Ikhsan tapi dah tak cukup masa sebab ada janji dengan Kak Nisa nak pi makan kat Padang Kota Lama. So I sedih la sikit kan. Memang perangai I kalau dah set pi satu tempat tu nak beli apa-apa. I have to buy. Kalau tak memang membawa la mood  ke laut sampai keesokkan harinya.

Tapi agak musykil jugak sebab tu ja ka I takdak mood ni? Sampai makan pun takmau. Hubs pun pelik.Boleh jadi jugak I takdak mood ni sebab pagi-pagi I mai timbang berat and tengok berat I naik gila banyak! 😡 I memang tak control langsung makan last week. Nasi 3x sehari ko. Pastu sebelum tido boleh bantai Nescafe caramel latte 3 in 1 tu lagi. Ya ya I kata hari tu kononnya Must.Stop.Buying. kannnn... I pi beli jugak baru ni masa beli barang basah nak masak weekend baru ni. Jahat sungguh la air tu. Dah la addictive, menggemukkan pulak tu. Perut dah tahap hapa dah ni. Siap anak sedara Shidi keja kat MotherCare tu tanya I pregnant lagi satu ka ni? Kau ghaaseee?? Sentap mak. Dan-dan tarik nafas pelan-pelan tarik cardigan tutup perut & tarik tali sling bag kedepan. 😣

Selain dari itu, I rasa sebab I kekurangan kerja. Takdak apa sangat nak buat hari ni. Bos takdak kat ofis. Tapi kalau dia ada pun dia tak kacau I sangat. So I jadi rasa macam takdak motif mai ofis. Hahahha. Dari tadi dok nganga tengok laptop ja. Berlakon apa patut. Tapi berlakon pun penat tau. Sampai mati kutu dah taktau nak buat apa. Hahahaha. Harap-harap takdak orang office I baca blog I yang syok sendiri ni. Sat aku kena buang keja tak pasai. Kah. Tapi jangan kata ha...bila mai busy, memang busy tak cukup tangan. Multitasking at its best.WHATEVER IT IS, SYUKUR FOR EVERYTHING AROUND ME NOW. ALHMADULILLAH.

 Shades ni la bapak dia beli kat dia. #babiator kot nama menatang ni. Geram kan kat budak ni rasa macam nak tenyeh.

GRrrrrr.

Wednesday, 4 January 2017

Tick!Tock!Tick!Tock!



Assalamualaikum…

Wow sedar tak sedar dah 2017. Dah hari ke 4 pun. Mana pergi lagi 3 hari tu? Cepatnyerrr lah haiii. Masa Nov tahun lepas (kah tahun lepas macam jauh ja padahal baru sebulan lebih), berlalu dengan pantas gilos zaaappp zaapp dah masuk December. I thought December would slow down but lagi laju rupanya. Baru dok rilek-rilek tak fikir pasal Lombok sangat but damn must I hurry. Nak bayar itu nak bayar ini, semua kena fikir dah hoi. Garu kepala sat tengok budget & how much I have to ikat perut. Tahan segala napsu nak beli itu ini. So sad. Tapi Alhamdulillah semua payment dah settle. Tunggu hari nak pergi ja ni and all the other things in between (read: kena beli baju baru kekekeke). I will be off to Lombok from 27 Jan – 30 Jan tapi 26 Jan tu dah gerak dari Penang sebab my flight to Lombok on 27 tu early morning at 8.35am. Takkan nak gerak dari Penang pukul 2am pulak kan untuk nak mendapatkan sampai KLIA2 ngam ngam flight time. Mengantok sangat tu waktu tu. Baik diri I sendiri or Hubs. Eh dah kenapa cerita pasal Lombok pulak. Orang nak cerita-cerita pasal nuuu yahhh ni.

Masa sehari before masuk 2017, my friends in our whatsapp group ada buat list of new year’s reso for each person. Setiap orang kena tulis la apa reso dia. Believe it or not, I don’t have any! Sucker. Masa tu I rasa sia-sia jadi manusia sebab takdak reso. Hahaha. Tak boleh nak fikir langsung. Jem terus. Sebab previous years pun buat reso masa awal tahun ja ingat lepas tu dah macam “what was my reso again?!” Lupooo kisahnya… So this year I wasn’t thinking of any. Boleh macam tu? But of course, I know deep down, even not only for my but for everyone one else, of course we would want to be the best version of ourselves better than who we are before. Itu dah macam by default. Who wouldn’t want that right?

But today I came across Vivy’s blog. More to I stalked her blog everyday, guys. Hey it’s a good thing ok. She inspired me in many ways. Like now. She wrote it so well & so accurate that I curi the paragraph as my reso. HAHA. Ampun Vivy.

Here’s what she said:

“How did my life get so blessed? Sigh.
But really, guys, I’ve learned that life is what you make of it. If you’re a grateful person, the biggest or the smallest things in life will make you feel content. Don’t wait for others to love you, instead love them first without expecting anything back. Don’t compare yourself to others, instead work with what you have and build happiness in that. Don’t be jealous of others, instead be happy for that fellow sister/brother. Be at peace within you, love your family, think good of others, and life will suddenly be so beautiful.”

We humans always take things for granted. All we do is ask, ask & ask for more. We forgot to just stop and look back at what have been given and be thankful for it.
So..

 
2017 RESOLUTION:
BE MORE GRATEFUL