Wednesday, 17 May 2017

Korea 2017 - Day 3

Assalamualaikum.

Wow berderet terus entry. Sementara semangat masih membara ni.

Kita teruskan lagi dengan hari ke 3.. Hari last di Korea. Perlu guna sebaik mungkin ni. Wah gitu. Tapi keluar dari hotel tetap tengahari jugak. Kahkah. Selama kami di sana, kami masak everyday untuk breakfast + lunch. Sebab tu terlajak juga ke tengahari baru keluar tiap-tiap hari. Lek-lek ja. Kesian nak rushing-rushing dengan mak buyung tu. So kita santai-santai ja tak kisah. Janji dapat berjalan. Hehehe. 

Hari ni, kami pi 3 tempat. Lotte World, Itaewon & Myaendong street night market untuk buah last. Memang tak beli apa pun. Saja suka jalan-jalan tengok-tengok barang.

Macam biasa, dari hotel kami akan menapak ke Myaendong station. Tapi entah apa hantu yang merasuk kami, kami decided to take another station. Sebab Google katanya boleh naik dari situ. And it says it will only be a 8 minutes walk. Ok lets. Jalan punya jalan punya jalan, dah dekat 20 min ni tak nampak rupa station pun. Erwan suruh kami duduk dulu sat and dia lari pi ke depan sikit tengok betul ka station depan lagi. And yes kena jalan lagi 10 min ada la untuk sampai ke station tu. Haih now we know that 8 minutes walk to kalau you jalan Korean style. Kalau you melenggang-lenggang kangkung Malaysian style, 40 min la jawabnya 😹

Sewaktu muka masih lagi boleh tersenyum sebab masih di 5 minit yang pertama.



I tak sedaq sebenarnya I berdiri sebelah mamat ni. Dengan posing yang sama. Sampai Erwan panggil I and snap the picture baru I tengok. Eh sama. Hahahha. Adakah ini jodoh?

Bought a shirt for Hubs. Untuk I takdak pun 😊

Lotte World ni ada shopping mall & ada juga theme park. Dalam theme park tu ada la rollercoaster, taman-taman bunga. Ni apa yang I diberitahu ja la. Nanti you all google-google ok. I malas nak google. Kah. Dok bincang la nak pi kat tak theme park tu. It was Umar Ayden's 2nd birthday hari tu. Mummy dia niat nak bawa dia la pi main-main sebagai hadiah. Tapi Pak dia kata bukannya budak tu tau apa lagi. Kita pun bukan nak boleh enjoy sangat sebab masing-masing penakut naik rollercoaster. Kekekeke. Makanya tak masuk la theme park tu. 

Happy 2nd Birthday Little Man! 😍😘


Pusing-pusing mall tak ketahuan pun boring jugak. So we headed out to the park kat luar. Kebetulan depa ada tengah buat lego exhibition ka something. Depa letak lego selonggok atas meja & the public was welcomed to do any structure you want. Kami bagi Umar main-main. Then I rasa macam tiba-tiba kena rasuk dengan roh architecture & roh engineering. I buat KLCC Tower you alllsss..hahahha.


Terer dak I uols? Terer kan? I tak sangka I ada bakat macam ni 😆


Apa yang berlaku dengan tudung I pun taktau la. Punya fokus buat KLCC. 

The LOTTE TOWER

Dah habis buat ni, kami dah mati kutu pulak taktau nak buat apa. Sambil jalan tu tengok directory trains. Rupanya Itaewon tak la berapa jauh dari sini. So we took the route & headed to Itaewon. Kata orang barang-barang kat sini much cheaper than Myaendong. 

 Apa ntah nama station ni nak ke Itaewon tu. Cantik station ni. Macam ala-ala mall pun ada. Tapi tak nampak kedai apa pun. Ntah.

So here we are in Itaewon tapi unfortunately masa kami sampai tu kedai semua dah starting to closing down. Depa tutup awal by 8pm macam tu. Kami sampai 7 lebih. So depa dok melabuhkan terai dah la masa tu. Terai tau dak ampa ni?? Ada la nampak this Halal Guys restaurant. Bila pi tengok depa serve makanan Turkish ja banyak. Kebab, etc. Takmau lah. Nak Korean food kalau boleh. Try bukak wifi tengok ada wifi free. Oh ya dekat Korea ni kan, depa memang pemurah dengan wifi. Majority tempat yang I pi semua ada free wifi. Tak gadoh nak tunggu balik bilik baru boleh update. Tapi you mai berjalan you nak mengadap fon saja ka? Memang tak la kan. Takpa update can wait sampai balik bilik. Wifi ni kita guna untuk google saja. Tapi tipu la kalau kata I tak jenguk langsung FB or IG kan 😜 We googled Korean Halal Food & found a couple. Ada 1 tu dekat jugak tengok map so kami tahan taxi to take us there. Taxi tu takmau ambik. Dia kata dekat saja belakang ni boleh jalan. Dan seperti biasa macam itik cakap dengan ayam lah. I ayam cop.

Maka dengan berpandukan google map dan juga blog-blog yang I berjaya dig out, menapak la kami mencari. Suspen jugak takut jauh ka tak jumpa ka. 3 orang mengharap kat I ni. Kena naik bukit pulak uols 😆 muka I dah biru dah menahan rasa bersalah sebab made them walk & climb. Alhamdulillah last-last jumpa jugak. Phew! Area tu memang semua kedai halal & siap ada mini market ka super market yang halal punya. Tudia macam-macam familiar product ada. If we were to stay around that area samada we will cook for all 3 meals siap dengan sambal tumis udang or kami semakin lemak turun pi makan kat kedai for all 3 meals 😅


Murree Muslim Food nama diberi. Nora kasi 🌟🌟🌟🌟

Habis makan, disebabkan rasa bersalah I tadi sebab telah membuatkan semua orang berjalan naik bukit bagai, I offer untuk belanja taxi saja balik Myaendong. Tak perlu nak naik turun train. On the way back tu nampak Namsan Tower. Aik kalau dah dekat Namsan Tower, dah dekat la dengan Myaendong. And true enough memang dekat ja pun. Durrrhhhh. *rolled eyes ke paling belakang* Tambang taxi pun tak sampai RM10. Durrrrhhhh lagi sekali. And disebabkan dah sampai awal, mari lah kita bubuh Myaendong street night market lagi seround paka paka lu.

Cantik kan? I tak beli pun. Ambik gambar ja. Ni ice cream yang depa cincang-cincang tu. Paham tak? Pernah tengok tak?

Jadi sekian saja lah hari ke 3 kami di Korea...keesokkan harinya flight kami was at ermmm 8am maybe? Hahahha. Tapi awal pagi la..Dah la kami semua teroverslept. Terjaga style lambat gila. Memang bersiap tahap sangkaribut. Tapi Alhamdulillah tiada kejadian terlepas flight. All as well & the process went smoothly.

So that's about it gais. 

Tata.









Korea 2017 - Day 2

Assalamualaikum..

Sebelum apa-apa, ni la hotel yang kami menginap sepanjang di sana. Alhamdulillah sangat selesa dan tak terasa angker atau Ju on.

Ni pulak map nak ke Namsan Tower. Kembang-kembang hidung sebab I pandai baca map. Kahkah. Oh btw, nampak tak atas belah kanan tu Chungmuro Subway Ext 4? Kami exit dari situ sebenarnya masa baru sampai from airport tu. Tapi nak cari jalan ke hotel ni Subhanallah mengucap panjang urut dada. Padahal dekat tott tett ja. 

Ok mari kita sambung ke hari yang ke 2. Hari ke 2 ni tak jalan mana sangat. Kami pi Nami Island sahaja. Sebab perjalanan pun agak memenatkan. Jauh tempat ni dari hotel kami. So better not to go to other places jugak. Kesian mak buyung tu. 

Ada juga cubaan kami tanya reception kalau naik taxi terus ke Nami Island's wharf tu berapa? Dia dok promote tour package ja tak habis. Mahal juga you all memandangkan trip kali ni ialah trip budget. Memang dia bawa pi banyak tempat tapi untuk bayar sorang RM2++ untuk sehari tu, di luar kemampuan pada waktu itu lah kot. So kami omitted the plan nak pi naik taxi. Kami pun menapak lah ke Myaendong station untuk mencari jalan. Ada juga kami Google cara nak ke Nami Island macam mana. Nampak senang tapi baca pun dah penat. Ok fine mari kita gamble saja. Hahaha. 

Nami Island here we come. Disebabkan cuaca di sana sangatlah nyaman, you mekap dari pagi pun boleh tahan sampai ke tengah malam. Patut la orang-orang Korea ni lawa-lawa kan? #mukaberkawahtaksedaqdiri

Amacam? Boleh baca map lagu ni? Incredibly we could! Terasa bangga dengan diri ini. 

Walaupun sebenarnya ada jalan yang lagi mudah. Boleh naik express train apa benda tah nama. Terus ja sampai Gapyeong station takdak berhenti-henti dah. Kami ikut sebijik-sebijik line yang ni. So lama sikit la perjalanan. And 3 kali tukaq train baq ang. Tapi Alhamdulillah sampai jugak dengan jayanya.

Masa depa dalam toilet, depa ada tanya one lady the route to Nami Island. That lady memang menggelabah gila muka sebab dia tak reti English. Adoi kesian bila dengar. Hahah. Tapi dia helpful sangat dia tolong jugak. Siap pi beli postcard lagi tulis mana kami patut tuju.

Tapi tulis cara dia la, yang atas tu 😂😂😂😂😂 Yang bawah tulisan macam budak darjah 1 tu tulisan I 😅😅😅 

Bukan I translate dari tulisan dia tau. Tak se-dashyat tu lagi. Ni kami tengok station by station from the directory board. Kami berpandukan last station kena sampai ialah Gapyeong Station. Tak kira la apa terjadi. Kahkah.

Choose line 4 to Ichon station (last station untuk line itu ialah Oido station)
↓
Then choose Munsan line to Mangu station (last station untuk line itu ialah Yongmun station)
↓
Then choose Line Gyeongchuon station to Gapyeong station (last station untuk line ini ialah Chuncheon station)
↓
Ambik cab from Gapyeong station to Nami Island's wharf. 

Disclaimer : Ini direction bodoh-bodoh saja tau. Jangan kecam I kalau you all ambik sebijik-sebijik apa I tulis ni and cari jalan kat sana tak jumpa 😁 kalau sesat sendiri tanggung ya. Kah.

Taxi will drop you off at parking area. Terus head ja ke persisiran sungai tu & you will see the ticket counter. 

Harga naik ferry & masuk Nami Island seperti yang tertera.

Ferry ride took just a while. Tak terasa pun naik ferry tu. Nami Island tu dekat ja dari tanah besar. I think dia pulau atas tasik or sungai ja ni. 

Ampa tau dak boleh pulak ada watersport kat situ. Punya sejuk gedit lagu mana la depa buat water skiing tu semua? Gila la kulit apa taktau.

Hipstur tak sistur?

Hmmm sebenarnya this is the only pokok sakura yang I jumpa. Pelik kan? 

Selepas ni I bagi you all tengok gambar-gambar saja ok? Enjoy. Tak banyak pun. Sebab malas nak ambik gambar. I nak enjoy the scenery. Mungkin tak dapat datang dah kan lepas ni. 






























Sekian gambar-gambar dari kami. I suka la Nami Island ni. Tenang and udara dia terpaling fresh sekali. Rasa nyaman ja taking a stroll in the park. Best. Tapi bak kata Bu, "ni kalau autumn ni lagi lawa ni sebab daun-daun jadi kaler oren macam mana ka pastu atas tanah banyak daun-daun & bunga jatuh". Ya Buuuuuu tapi kalau 10x ulang ayat yang sama memang mendapat la jelingan maut dari aku. 😜