Wednesday, 30 August 2017

Oh Noah

Assalamulaikum..

Semalam kan I kata I macam nak update pasai kenduri Ayin? Tak dapek sebab I emergency balik awal semalam. Noah dok sembelit teruk. Nangis berapa jam tak boleh berak. Kesiannya la hai anak aku tu.

I decided terus balik & bawak dia pi specialist ja. Takmau bawak pi klinik-klinik lain or even Hope Children sekalipun. Sebab I nak dia checked by specialist untuk usus ka, perut ka whatever lah. 

Kami sampai Gleneagles Medical Centre (GMC) pukul 12.15pm macam tu. Registration takes a while saja. But sebab walk in, so appointment set pukul 2pm. Sebelum tu, kena bawa Noah pi x-ray. I tau dah satgi mesti gamat tempat x-ray ni Noah nanti buat ramai. Haha true enough dia takmau masuk pun bilik tu. Berdiri kat pintu mengendap ja kat dalam. Pujuk-pujuk sikit baru ok. Tu pun menangis bukan main lagi. I tak masuk semalam sebab I belum period. Takut kot-kot la pregnant ka kan......kan.....#masihberharap

Habis x-ray makan sat dekat Coffee Bean. Ingat nak makan kat lorong belakang GMC tapi hujan maha lebat. So tak boleh nak jalan keluar. Tapi elok time tu pun ada lagi 15 mins ja before 2pm.

The wait for the Doctor doesn't take that long. I rasa kalau I opted to go to Adventist, kena tunggu lama ni. Taktau la..but from my experience masa pregnant Noah, I dok pi check up dekat Doc kat Adventist tu memang berakaq umbi la jugak tunggu walaupun dah ada appointment. Yang ni, untuk walk in and tunggu tak sampai sejam tu kira ok la tu. 

Doc agak sedikit membebel pasal pemakanan Noah. Katanya dietary Noah tak betul sebab tu jadi chronic constipation ni. Dari image x-ray tu memang banyak sangat taik yang terkumpul dalam usus dia. Banyak dari yang sepatutnya. And rektum Noah dah dilute bigger than the size it is supposed to. Long story cut short, Doc hantar naik pi kat ward untuk masuk ubat punggong yang power lagi. Dan terberaklah Noah dengan belambaknya.

So now Noah is on medication. Untuk normalkan balik size rektum dia and untuk lembutkan najis dia. Doc suruh tukar susu Pediasure pulak (tukar lagi for the zillion time in his short 2 years of life!). I ikutkan saja apa yang terbaik untuk Noah. But katanya susu tu hanya boleh ambik not more than 10 scoops a day. Kalau lebih jadi apa ya? Anyone boleh answer? And boleh ka kalau buat tak ikut sukatan sebab Noah walaupun kecil molek tapi dia kerap minta susu. So untuk menjadikan ianya hanya 10 scoops a day, boleh ka I letak air lebih dari sukatan? Mommies? #echosound

I rasa I tak payah dah la kot nak tulis kat sini pulak tips-tips untuk melegakan sembelit anak. You all boleh google belambak akan keluar. Basically they are all the same. Bagi anak makan lebih sayur & buah. Sebaiknya yang tinggi serat. Bagi a lot of fluids. Not being negative or tak yakin tapi I rasa Noah is a little bit susah nak follow yang ni. Sebab tu sembelit pun. Dia makan sayur tapi yang crunchy saja. Kadang-kadang takmau langsung sayur. Buah pun ikut mood dia. Doc advise suruh bg 3x sehari. Tapi kalau fikir-fikir balik kalau nak bagi 3x sehari, asyik mengunyah ja la anak tu sepanjang hari. Hehehe. Takpa kami cuba. Now pun at least sehari mesti sekali bagi dia makan buah. Air pun bila dia nak saja baru dia minum. Kalau paksa, memang dia akan minum 1 sip saja. Tu pun cukup la buat cuci gigi saja. Lagipun I bagi mak-mak kami jaga, takkan la I nak cerewet sangat suruh buat itu ini kan. Depa orang tua. Kesian jugak I dengan depa.

But over all this, I tetap tak pernah putus doa agar Allah permudahkan semua ni untuk Noah. Kesian dia suffer dengan sembelit ni. You all tolong doakan jugak ya?

Noah dan lori berpisah tiada. Dekat hospital pun sempat lagi pau lori sampah ni 1 set.
🚛🚛🚛🚛



Monday, 28 August 2017

Hari Raya Puasa 2017 - #jangankecam #lekkkaaabaruduabulan #ketapigunaarang #lambatsampai

Assalamulaikum..

Jangan marah ha lama gilos tak update. Last bulan puasa hari tu. Raya pun tak update apa-apa. Roh menulis pi holiday lama sangat 😂

How are you guys doing? My family & I Alhamdulillah sihat semua. I can tell you start dari lepas raya hari tu sampai la ke hari ni tiap-tiap minggu memang busy sangat. Ada saja programme. Kalau takdak apa-apa, memang I chose to just laze at home takmau pi mana. Paling kuat pun ahad saja keluaq pi dinner. Tu pun dalam mall. Yes dah bertahun-tahun pun kami masih belum dapat ukuran jalan yang tepat dalam Queensbay Mall, Gurney Plaza, etc. If you know what I mean 😜 Belum bored lagi dengan pi Mall. So siapa-siapa yang tak dapat terima hakikat, it's ok..nanti bila bosan cari 
kami ok? #eh #tercarut

Jom layan gambar-gambar raya I nak tak? Nanti bila-bila I rajin I cerita benda-benda lain pulak. OK dak? Tak OK pun hampa baca ja la kalau dah takdak keja nak buat kat opis tu.

Baru keluar rumah so muka masih fresh. Noah mai nak gigit sikit.

Tahun in raya rumah mak. Bila I kata raya rumah mak, maksudnya 1st day raya keluar jalan-jalan dengan my family. Kalau raya rumah Mama, 1st day raya duduk rumah Mama receive tetamu. Paham ke idok?

Dah memang jadi tradition tiap-tiap tahun kalau baju raya last minute tu yang lawa. Yang upah macam haram. Sedih I baju I upah jadi macam hapa ja. Terus pi cari baju baru. Alhamdulillah dapat baju ni. I like it so much!

Walaupun raya rumah Mak tapi tiap-tiap pagi raya mesti rumah Mama ialah destinasi pertama.

The annual photo with the in laws.

 The annual photo with my family.

Port mesti tang situ saja. 6 tahun kahwin, 6 tahun la gambar kami family semua kat sini 😍😻💖

Ni masa kat rumah pakngah. Walaupun dinding macam tu, kita anggap itu seni ok.

#dindingberseni

Ni raya ke berapa tak ingat. Kat rumah mak jugak. Buat makan-makan untuk the closest family saja. Tak larat nak buat open house panggil ramai-ramai macam selalu. Lulz.

Tersedok elok nureda. Ini pun bukan semua. Ada yang dah balik kot time ni.

Hmmm..macam ni saja gambar raya yang ada dalam phone I 😋😋

Tengok satgi kalau I rajin I update kenduri Ayin pulak. Tatatititutu.

Wednesday, 31 May 2017

Macammana puasa?

Assalamulaikum.

Hai gais...macammana puasa so far? Ok tak? I Ok....sebab I tak boleh puasa lagi. Kekekeke..jumaat malam orang tengah terawih first tu my dear friend came to visit. Maka tak dapatlah nak puasa. Dan nak dijadikan cerita lebih tragis, ahad tu kena food poisoning pulak ha. Cirits berkali-kali ke toilet. Oh maii. Siang tu actually was still ok. Dalam 2-3 kali saja. Tapi masa tengah buka puasa kat Eastin tu, rasa tak best dah. I pi toilet lama gila. Senak perut terus balik tak coffee coffee dah pun. Start malam tu sampai ke isnin memang berulang ke toilet ja la. Alhamdulillah Selasa iaitu semalam dah ok dah la. But I makan a little only sebab still takut. I suspect berat I turun banyak. I suspect la. Tapi takmau timbang satgi hampa pulak. Huhuhu.

Hari ke 5 dah hari ni kan? Sekejap ja masa berlalu. Meriah tak sahur & berbuka korang ni? My first day berbuka was dekat rumah pakcik. Saja pay him a visit dengan my family. Then Ahad pi Eastin Hotel. Hubs dapat voucher from Datuk mana tah. I pi ja la for the food. Puas hati ok. Recommended sangat. Paling suka section cakes depa tag as "Citarasa mat salleh". So cute. 3rd day Isnin walaupun tengah sakit perut, pi juga rumah Mama sebab dah 2 hari puasa but Hubs still tak jumpa his parents. Kesian pulak. So I ajak ja dia pi. Then yesterday tak dapat buka kat rumah sebab we had a sharing session dekat Sains@USM. We ordered some pack food. Initially it was just a small group. Sampai ke pagi semalam, dah jadi 80 pax. Pffftt. Berpeluh ketiak acik tau ramai-ramai tunggu makanan. Laku keras food semalam. Balance berapa pack saja lagi. Balik rumah dah pukul 9pm. Rumah mama. Balik rumah I dah 10 lebih. "Berakkan" Noah sampai tengah malam baru dapat mandi, lipat baju and what not. I tak larat nak cerita pasal masalah sembelit Noah ni. Sedih rasa. I rasa pressured gila tahap boleh bunuh diri. Tudiaaaa kaaauuu. Bukan pressure pasal dia susah berak. Tapi pressure everything that revolves around it. Huuffft.

Acik sedih tau. Anggap dugaan Ramadhan.

Acik sayang sangat dekat budak 2 tahun yang dah tumbuh misai ni.


Friday, 26 May 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Ya Kareem

Assalamualaikum..

Wow tajuk dah macam intipati karangan 😂

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YA KAREEM dear friends! Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih pengertian kepada kita semua. Semoga kita semua  menjadi insan dan umat yang lebih berjaya dunia dan akhirat bermula Ramadhan ini. Mari lah kita bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh. Ambil yang jernih. Selamat bertarawikh, bersahur dan berbuka bersama keluarga tersayang. Semoga Ramadhan ini merapatkan lagi tali silaturrahim & kekeluargaan kita. Make time for Allah, yourself and your family in this holy month. 💖💖💖

Image result for ramadhan

Tuesday, 23 May 2017

Nervous

Assalamualaikum.

You all...I nervous la. Esok kami ada Town Hall. Benda paling I takut masa Town Hall ialah being asked during Q&A. I BENCI. BENCI. BENCI. Kadang-kadang I ada jawapan tapi bila ditanya punya time, I boleh lost terus. Blank hilang pi habih apa yang I dok fikir tu. 

Esok depa nak tanya pasal iSTAR pulak. iSTAR stands for i (Integrity) Speed, Teamwork, Accountability & Respect. Pastu ada macam huruf Q kat belakang tu ialah Quality.


Ni la depa nak tanya. Huwwaa takutttt. 

Pagi tu seronok la ada mini explorace apa bagai. Mai petang ada benda ni pulak. Stage freight I memang berada di tahap yang membimbangkan. I sebolehnya akan elak dari naik stage. I would prefer to be behind-the-scene kinda guy. Sebab tu I kuburkan saja niat I nak jadi pelakon. Sebab nanti kalau I menang juara ABPBH, nanti I naik pentas senyum bibir ketaq-ketaq. KAH!

Dulu when I was Datuk's PA takpa la terselamat. Sebab dia takkan tanya his office. I rasa sebab kalau takleh jawab, malu kat dia balik. Ni I dah terlepas dari genggaman dia, memang sooner or later I akan kena la. Huwwwaaa takut. 

Pastu lagi kan, I bet tomorrow's Town Hall gonna be a sad one. Sebab I was told that ada topic berkenaan "kenapa lepas beranak terus orang jadi bodoh?" - bahasa kasar. Not sure how they gonna do it tomorrow tapi for me yang dah tau kisah luar dalam, I am terribly sad. A good friend called tadi and pesan kat I esok jangan emo. Jangan menangis. Don't waste my tears to something not worth it. Kawan I tu ada meeting so dia tak boleh join. Or else, dia memang nak duduk sebelah I to support me. Nothing much dia boleh buat tapi he knows I takkan emo lebih-lebih kalau duduk dengan dia compare to if I duduk di antara para-para ibu yang lain. Wallahualam. Let's hope that it will not be as bad as it is suppose to be.

And I nak minta tolong jugak to all of you yang 37 orang yang rajin baca blog I ni (HAHAHAHAH), tolong sat doa banyak-banyak untuk I supaya nama I tak disebut untuk jawab soalan esok pleaseeeeeeeeee. Supaya depa terlupa bahawa ada staff nama Nooraida. Pwease pwetty pwease. 

Gracias mi amor 💖💖💖

Friday, 19 May 2017

Moment moment bangang.

Assalamualaikum..

Semalam I dok scroll FB ternampak this one posting pasal moment-moment bangan yang orang pernah lalui. I gelak macam hapa ja. Dah la kat ofis. Tak boleh nak gelak kuat-kuat sangat. Cramp pipi tahan gelak. Let me tell you the story of my ke-bangang-ness moment.

Kejadian pertama
Lama dah kisah ni. Sebelum I kahwin lagi. Masa tu rumah Mak blackout. I dok lepak dengan Kak kat balcony. Dia dok main-main fon pastu batt kong. Dia dok mengeluh mengerut panic la takdak batt. Nanti laki dia nak hantar anak-anak nak communicate semua susah. I dengan bengisnya bagitau dia "APA DIA KAK NI DOK BUAT KALUT? PI LA CHARGE FON" dan Kakak I bagi jelingan maut nampak I kecik besaq kecik besaq ja. Kan takdak karen masa tu? -____-

Kejadian kedua
Dengan Kakak I jugak. I was driving masa tu and Kak duduk sebelah. Dia dok cakap fon. Tiba-tiba I nampak polis trapik atas motor. I keriau-keriau panic dekat Kak "Wei Kak! Polis! Polis! Letak fon sat kita kena tahan". Kakak I pelik tapi dia letak fon. Dia kata "Apa masalahnya? Cek yang dok bawak keta bukan Kak". Betoi jugak kan?

Kejadian ketiga
Lepas park kereta, ada orang call. Sembang sat dalam 5 minit and decided nak cakap sambil jalan ja. Dah jalan dalam 10 tapak kelam kabut korek punggah bag cari fon. Siap cakap dengan caller tu "sat nah. I nak cari my phone sat" hanya tersedar bila caller tu tanya " u bukan dok cakap dengan I guna fon ka?" #starlitedahisendiri 

I ada lagi banyak kisah-kisah bengong ni tapi tak berapa ingat. 

Ni I share a few of apa I dapat from the internet.






Wednesday, 17 May 2017

Korea 2017 - Day 3

Assalamualaikum.

Wow berderet terus entry. Sementara semangat masih membara ni.

Kita teruskan lagi dengan hari ke 3.. Hari last di Korea. Perlu guna sebaik mungkin ni. Wah gitu. Tapi keluar dari hotel tetap tengahari jugak. Kahkah. Selama kami di sana, kami masak everyday untuk breakfast + lunch. Sebab tu terlajak juga ke tengahari baru keluar tiap-tiap hari. Lek-lek ja. Kesian nak rushing-rushing dengan mak buyung tu. So kita santai-santai ja tak kisah. Janji dapat berjalan. Hehehe. 

Hari ni, kami pi 3 tempat. Lotte World, Itaewon & Myaendong street night market untuk buah last. Memang tak beli apa pun. Saja suka jalan-jalan tengok-tengok barang.

Macam biasa, dari hotel kami akan menapak ke Myaendong station. Tapi entah apa hantu yang merasuk kami, kami decided to take another station. Sebab Google katanya boleh naik dari situ. And it says it will only be a 8 minutes walk. Ok lets. Jalan punya jalan punya jalan, dah dekat 20 min ni tak nampak rupa station pun. Erwan suruh kami duduk dulu sat and dia lari pi ke depan sikit tengok betul ka station depan lagi. And yes kena jalan lagi 10 min ada la untuk sampai ke station tu. Haih now we know that 8 minutes walk to kalau you jalan Korean style. Kalau you melenggang-lenggang kangkung Malaysian style, 40 min la jawabnya 😹

Sewaktu muka masih lagi boleh tersenyum sebab masih di 5 minit yang pertama.



I tak sedaq sebenarnya I berdiri sebelah mamat ni. Dengan posing yang sama. Sampai Erwan panggil I and snap the picture baru I tengok. Eh sama. Hahahha. Adakah ini jodoh?

Bought a shirt for Hubs. Untuk I takdak pun 😊

Lotte World ni ada shopping mall & ada juga theme park. Dalam theme park tu ada la rollercoaster, taman-taman bunga. Ni apa yang I diberitahu ja la. Nanti you all google-google ok. I malas nak google. Kah. Dok bincang la nak pi kat tak theme park tu. It was Umar Ayden's 2nd birthday hari tu. Mummy dia niat nak bawa dia la pi main-main sebagai hadiah. Tapi Pak dia kata bukannya budak tu tau apa lagi. Kita pun bukan nak boleh enjoy sangat sebab masing-masing penakut naik rollercoaster. Kekekeke. Makanya tak masuk la theme park tu. 

Happy 2nd Birthday Little Man! 😍😘


Pusing-pusing mall tak ketahuan pun boring jugak. So we headed out to the park kat luar. Kebetulan depa ada tengah buat lego exhibition ka something. Depa letak lego selonggok atas meja & the public was welcomed to do any structure you want. Kami bagi Umar main-main. Then I rasa macam tiba-tiba kena rasuk dengan roh architecture & roh engineering. I buat KLCC Tower you alllsss..hahahha.


Terer dak I uols? Terer kan? I tak sangka I ada bakat macam ni 😆


Apa yang berlaku dengan tudung I pun taktau la. Punya fokus buat KLCC. 

The LOTTE TOWER

Dah habis buat ni, kami dah mati kutu pulak taktau nak buat apa. Sambil jalan tu tengok directory trains. Rupanya Itaewon tak la berapa jauh dari sini. So we took the route & headed to Itaewon. Kata orang barang-barang kat sini much cheaper than Myaendong. 

 Apa ntah nama station ni nak ke Itaewon tu. Cantik station ni. Macam ala-ala mall pun ada. Tapi tak nampak kedai apa pun. Ntah.

So here we are in Itaewon tapi unfortunately masa kami sampai tu kedai semua dah starting to closing down. Depa tutup awal by 8pm macam tu. Kami sampai 7 lebih. So depa dok melabuhkan terai dah la masa tu. Terai tau dak ampa ni?? Ada la nampak this Halal Guys restaurant. Bila pi tengok depa serve makanan Turkish ja banyak. Kebab, etc. Takmau lah. Nak Korean food kalau boleh. Try bukak wifi tengok ada wifi free. Oh ya dekat Korea ni kan, depa memang pemurah dengan wifi. Majority tempat yang I pi semua ada free wifi. Tak gadoh nak tunggu balik bilik baru boleh update. Tapi you mai berjalan you nak mengadap fon saja ka? Memang tak la kan. Takpa update can wait sampai balik bilik. Wifi ni kita guna untuk google saja. Tapi tipu la kalau kata I tak jenguk langsung FB or IG kan 😜 We googled Korean Halal Food & found a couple. Ada 1 tu dekat jugak tengok map so kami tahan taxi to take us there. Taxi tu takmau ambik. Dia kata dekat saja belakang ni boleh jalan. Dan seperti biasa macam itik cakap dengan ayam lah. I ayam cop.

Maka dengan berpandukan google map dan juga blog-blog yang I berjaya dig out, menapak la kami mencari. Suspen jugak takut jauh ka tak jumpa ka. 3 orang mengharap kat I ni. Kena naik bukit pulak uols 😆 muka I dah biru dah menahan rasa bersalah sebab made them walk & climb. Alhamdulillah last-last jumpa jugak. Phew! Area tu memang semua kedai halal & siap ada mini market ka super market yang halal punya. Tudia macam-macam familiar product ada. If we were to stay around that area samada we will cook for all 3 meals siap dengan sambal tumis udang or kami semakin lemak turun pi makan kat kedai for all 3 meals 😅


Murree Muslim Food nama diberi. Nora kasi 🌟🌟🌟🌟

Habis makan, disebabkan rasa bersalah I tadi sebab telah membuatkan semua orang berjalan naik bukit bagai, I offer untuk belanja taxi saja balik Myaendong. Tak perlu nak naik turun train. On the way back tu nampak Namsan Tower. Aik kalau dah dekat Namsan Tower, dah dekat la dengan Myaendong. And true enough memang dekat ja pun. Durrrhhhh. *rolled eyes ke paling belakang* Tambang taxi pun tak sampai RM10. Durrrrhhhh lagi sekali. And disebabkan dah sampai awal, mari lah kita bubuh Myaendong street night market lagi seround paka paka lu.

Cantik kan? I tak beli pun. Ambik gambar ja. Ni ice cream yang depa cincang-cincang tu. Paham tak? Pernah tengok tak?

Jadi sekian saja lah hari ke 3 kami di Korea...keesokkan harinya flight kami was at ermmm 8am maybe? Hahahha. Tapi awal pagi la..Dah la kami semua teroverslept. Terjaga style lambat gila. Memang bersiap tahap sangkaribut. Tapi Alhamdulillah tiada kejadian terlepas flight. All as well & the process went smoothly.

So that's about it gais. 

Tata.