Friday, 25 July 2014

Selamat Bercuti Raya!

Assalamualaikum..

Yeahhhuuu...last day kerja hari ni. Lepas tu cuti 9 hari. Sila jeles. And lagi best satgi 12.15pm dah boleh balikkkk. Dia memang last-last ni mood nak keja dah ke laut. Padahal bukan nak balik kampung apa pun. Semua rumah dalam Air Itam ja jugak. Hehehe. Tapi tu lah, bila raya ni, mula la yang dekat pun rasa jauh kalau bukan depan  mata. Tsk tsk tsk. Ok takmau sedih-sedih.

So blog ni pun akan ditutup jugak lah seminggu camtu. Tunggu naik keja balik baru kita update. Tapi mana la nak pi tau kan, I bosan ka apa ka cuti lama sangat, I rasa macam nak poyo-poyo up entry Raya Part 1, Part 2 & Part 3 ka..In shaa Allah ada la tu nanti. Kengkonon busy sangat raya ni. Padahal taktau pun nak pi mana lagi.

Dengan itu, I ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuaaaa pembaca-pembaca blog I yang I sayang sangat sebab ampa ja those few yang bagi kepercayaan kat I, everyday my jengah & baca apa I merepek. Walaupun blog ni nan hadooo. Eh macam ucapan ambil anugerah pulak. Hewhewhew. I jugak ingin menyusun 10 jari runcing I memohon ampun dan maaf banyak-banyak kalau sepanjang penulisan I yang setahun jagung rebus bubuh susu sedap ini, ada yang terkecil hati, terasa hati atau I ada terkasar bahasa. Maklum lah manusia ni kan. Mungkin bagi I, I rasa OK ja apa I cakap. Mungkin ada antara you all yang takleh terima. So sama-sama kita give & take ok? Kosong-kosong ye kawan-kawan? Be safe on the road!

XOXO.

Thursday, 24 July 2014

Shopping Raya.

Assalamualaikum.

Hari ni mengantok over sangat. Rasa nak tahan mata ni dengan gorapi. Gorapi tu mancis. Pelik-pelik kan orang Penang ni? Sebenarnya perkataan "gorapi" tu daripada perkataan "gores api". Kan kita nak light kan mancis tu kena gores-gores kata tepi kotak mancis. Orang Penang pulak memang terkenal dengan kemalasan nak sebut perkataan seketoi-seketoi. Hence, jadilah "gorapi" daripada "gores api". Sama jugak macam "kontehol". Padahal "Council Hall". Ataupun "jomorah". Padahal "jual murah". Comel kan? And yang dua I sebut tu ialah nama tempat tau. Lagi pelik kan? 

Eh dah pasaipa tiba-tiba cerita sejarah Pulau Pinang pulakkk...Senang sangat distracted aku ni. Siaran tergendala tadi. En. Haris mai bersembang. Hilang la sikit mengantok. Tapi ni dia dah blah, I sudah mengantok kembali. Ggggrrr camna nak buat ni...lambat lagi nak break time. I dah malas keja dah jugak ni. Sebab next week cuti raya seminggu!! Yaaahooo. Cuti paksaan 3 hari. Rabu - Jumaat. Sebab tempat I ni mostly melayu. And for audit purposes, kami kena ada back up everytime nak amik cuti. So sapa nak back up sapa? Baiklah HR suruh semua ja pi cuti. Heheheh. Gembira saya.

Nak tanya ni. You all dah tua-tua ni, still lagi ka beli baju raya? Baju traditional tu lain la. Itu  memang dah jadi kewajipan. I mean baju pi jalan-jalan? Seingat I, I sampai umur 25 ja kot beli baju jalan-jalan raya. Lepas tu takdak dah. Bukan nak berlagak tapi macam baju-baju biasa, selalu pun dah dok beli. So taktau nak "special" kan lagi baju raya tu camna. Macam dulu kecik-kecik lain tau. Arwah Abah mesti bawak kami shopping. Rindu pulak saat-saat tu. Tapi Abah bawak kami pi shopping kat Jomorah ja. Haaa ingat tak Jomorah seperti yang tertera di atas? Hehehe. Murah-murah ja baju kat Jomorah tu. So I takdak la baju brand-brand Kiki Lala ka..Koko ka..Disney ka..or apa-apa yang ada dalam shopping mall tu. Memang baju-baju I masa kecik semua takdak brand. Beli kat kedai-kedai apek ja. Kasut ja la kot nak ada brand sikit. Brand Bata. Keles. Alhamdulillah walaupun tak mahal, takdak brand, tapi Abah tetap akan adakan jugak tiap-tiap tahun untuk kami adik-beradik. Minimum kalau memang Abah takdak duit sangat, 2 pasang sorang. Lengkap lah kiranya ni dari atas sampai bawah. Tapi tak pernah pulak I dengar Abah takdak duit nak beli baju raya kami. Dah dapat baju raya, duit raya pun dapat jugak? Haihh bila fikir balik, besar pengorbanan parents kita kan? Mak tak keja. Arwah Abah keja double. Siang keja gomen. Malam keja part time. Huhuhu.. Tapi bila dah besar sikit tu dah pandai demand. Dah pandai mintak kat Abah nak beli baju kat Parkson. Eh masa tu Super Komtar. Ampa ingat lagi dak? Hehehe. Pastu bukak puasa Abah bawak pi makan kat Tambuah Mas. Kat tingkat 4. Terus rasa anak orang kaya. Haahaha. Bila semakin meningkat dewasa pulak, kawan-kawan semua pi beli baju raya sendiri. I pun mengamuk la kat Abah nak pi beli baju sendiri. Tak dapek ye. Hahaha. Teman kawan ja penyudahnya. Selalunya Nidar lah.

Tapi parents nowadays, sebelum puasa lagi dah pi beli baju raya. Alasannya tak larat nanti bulan puasa dengan orang ramai, dengan anak buat hal nanti. Baik beli siap-siap. No, bukan la I kata it's not right. Itu pendapat masing-masing la kan. Betul jugak dengan kita punya lifestyle, working environment, dengan hyper active nya budak-budak sekarang, memang I setuju jugak parents nowadays buat camtu. Cuma itu lah..kalau nak compare dengan dulu, memang tak rasa la kemeriahan hari raya tu kan...tiap-tiap minggu dok atur shopping complex nak pi cari baju. 

Rasa next year takmau beli baju lah. Tunggu bulan puasa baru pi beli baju raya. Just like old days. 

Yeah right.

Wednesday, 23 July 2014

BFF's 2014 Iftar

Assalamualaikum..

Hari sebelum kemarin kami pi bukak puasa ramai-ramai. Yang mana ada kat Penang ni semua la. Tapi yang duduk Penang tapi tak dapat pi hanyalah Yana seorang. Ada sedikit kesulitan. At the same time, kami buat baby shower jugak untuk Esma/Nirda/Bu. Itu adalah orang yang sama. Panggilan saja berlainan. Hehehe. Tapi baby shower yang tak jadi. Shati dah nak berak baru nak korek lubang. Haaaa..kebetulan kedai belon tu pulak boleh tutup. Tapi ni baru I teringat. Belon jenis tu boleh dapat kat florist ja kot. Hehehe. Tapi takpa lah Shati ada bawak mai hamper jugak. I jadi macam malas gila nak fikir apa-apa. Rupanya nak demam...true enough semalam memang demam & tak pi kerja la jawabnya.

I suruh Elly ambik I sebab I memang rasa tak larat sangat nak drive. Badan jadi penat camna ntah. Kebetulan pulak, tempat makan kami tu ada a few of us yang dok terkena shot shot. Macam shot karen. Macam bila you pi jalan-jalan supermarket, pastu you terselisih tangan dengan kawan you kan, you nanti rasa shot shot karen sikit. Ni all the time tau dak. Letak tangan kat kerusi punya arm rest pun kena. Letak atas meja pun kena jugak. Menambahkan lagi nak demam I tu la. Camna la depa main Betul ke Bohong tu kan? Balik mesti demam jugak tu aku rasa.

Eh lupa pulak nak bagitau pi makan kat mana. Kami booked at Deluxcious Hotel, Spa & Restaurant. Book sebab tempat dia tu comel sangat. Hehehe. I mintak susun meja kat garden luar tu. Eeee memang comel sangat. Tapi bila sampai tu I agak terkejut tengok spagethi yang dihidangkan. Sebab Jah kata kena order. I sampai lewat sikit dari Jah. Rupanya depa tak buat macam hidang makan siap-siap kat buffet counter tau. Kira if you nak dish apa-apa, you order baru depa masak dan-dan tu. Yang dah siap-siap kat situ pun only appetizer & desert. Mula rasa nak tergelak bila depa dok bok mai satu...satu pinggan kecik-kecik molek. Penuh the whole stretch of our table. Pastu dapat pulak tau air kosong saja yang dihidangkan. Hahaha. I taktau nak gelak ka nak nangis sebab rasa bersalah sangat. I yang suggest tempat ni. Mana la I nak pi tau air kosong ja depa nak hidang. Kalau nak juices or air-air lain, kena order berasingan ye. Ok la..sorang jadi dalam RM87 camtu (plus taxes & juice). Kalau tak ambik juice, murah banyak lagi la. Juice dia besar gila. Memang boleh share 2 orang jangan risau. Food OK nyummy sesuai dengan tekak masterchef I. Hahaha.

Disebabkan I memang macam tak sihat dah, so I tak kuasa nak ambik gambar. Serious dari kamera I memang takdak gambar. Ni semua dari fon camera depa. Ok la dari takdak kan..

Haa ini macam la kalau nak order. Dia nanti bok mai dalam piring kecik-kecik tu. Macam setengah daripada normal portion.

Malas nak rotate boleh? Tapi you jangan tamak sangat. Nanti kena denda baru cek tauuu.

 Nyummsss oyster.

Tudia dok sumbat oyster dah.

Eh sepatutnya gambar ni dulu. Antara food yang diorder 1st batch. Hehehe. Ok I perkenalkan sorang-sorang bermula dari I ok. Aida Gojes, Shafawati, Wani, Esma, Sue, Nidar, Jijah & Elly. Semuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaa ni I sayang. Semuaaa jahat masa sekolah. Alhamdulillah dah besar, jadi orang jugak akhirnya. And I'm proud of each & every one of your achievements :')

Amboi berkilatnya muka saya. Tembun pulak tu.

 Mata macam tengah tarik sawan!

Ok dah nak balik dah time ni. Sue, awat hang macam baru lepas pi spray gold tanning?

Lepas kat Deluxcious ni, pi sambung kopi-kopi kat Oldtown pulak. Depa takmau pi Starbucks sebab ada yang boikot. Hehheh. Elly & Sue balik terus ja. Masing-masing ada hal. I pun ikut sat ja. Lepas tu I suruh Hubs mai ambik dah. I tak tahan. Duduk kat Oldtown pun I dok kena shot shot karen tu. :\

Of course lah seperti biasa mana ada perjumpaan dengan depa ni yang tak meriah? Macam jugak kat group, macam-macam topik dibincangkan. Seronok tengok masing-masing dah besar & ada knowledge sendiri. Banyak benda boleh learn from each other.

AKAN TETAPI, spiritually semalam I was somewhere else on the other part of Malaysia because of this....!!

Depa ni pulak buka puasa sama-sama kat KL. Jeles tau dak. Ni pun masuk air jugak. Semua pakat nak bercakap dalam 1 masa. Grrrrr. Geram kat sorang-sorang.

Ok tu ja dengan kawan-kawan. Kawan-kawan lain? Ada kot. Takdak ka. Pun entah la. Sibuk kot. 

Monday, 21 July 2014

#MH17

Assalamualaikum..

Sekali lagi kita diuji. Sekali lagi negara kita berada di mata dunia. Sekali lagi MAS dihentam & dikritik walaupun segala apa yang terjadi ini adalah ketentuan Allah SWT. Bagi I, kejadian MH17 ni adalah diluar kawalan kita. I tak pasti la dengan suara-suara yang kata ni semua ada kaitan dengan MH370, dengan government, konspirasi sana sini. No I just can't put myself there. You people go ahead with your conspiracies, ideologies & all the crap. I'll just watch from afar. Memang la I pun nak tau apa yang jadi sebenarnya. Who's the real culprit behind the shooting? Tapi as I said, benda ni diluar kawalan kita. And deep inside, I know kita takkan dapat jawapan terus. 

My thoughts are with the family, friends, colleagues & acquaintances of the victims of MH17. May all the power & strength be bestowed to you to go through this hard times. May Allah SWT show us & led us to a better closure. May whoever is responsible for this tragedy be brought to justice. 

Aamiin.

 

Buka Puasa 2014

Assalamualaikum..

Amboi puasa-puasa ni tulis tajuk pun malas. Pendek-pendek ja. Hehehe. Takdak idea sebenarnya. Semalam (Ahad) pakcik buat buka puasa kat rumah dia. Jemput la semua family pi makan ramai-ramai. Tapi kan family I memang camni tau. Walaupun rumah kami semua kecik-kecik ja, tapi tiap-tiap tahun Alhamdulillah setakat ni without fail mesti jemput semua sekali makan-makan. Tak pernah la ada istilah, "Rumah kecik. Tak muat nak panggil ramai-ramai mai makan". Rasanya depa tak pernah terfikir pun kot macam tu. Main jemput ja. Cukup tempat ka tak, belakang kira. Macam semalam, Pakcik buat macam buffet. Letak lauk atas meja kat luar, then ampa pi lah ambik makan. Duduk lah kat mana-mana yang ada space. Seronok kot camtu kan. Lepas tu gotong-royong angkat pinggan, basuh pinggan (I lettew), sapu-sapu rumah....meriah sangat.

Pakcik boleh buat hari sabtu. Tapi sengaja Pakcik buat hari Ahad supaya Hubs dapat hadir. Hahhaha. Tapi Hubs seperti biasa, sakit sana sakit sini. Selsema la sakit kepala la. Hewhewhew. Memang penyakit ni pun jahat tau. Bila ada function belah side family I ja, dia pun nak hinggap kat Hubs. *jeling dalam-dalam*

Semalam Makcik masak lauk gulai udang, ayam goreng, pungkok ayam (Ya Allah sedapnyaaaa. Yes I eat pungkok ayam. So vhat?!), ikan cencaru goreng, hotdog masak sambal manis, sambal ikan bilis petai & sayur campur. I ambil semuaaaa lauk tersebut. Kecuali sayur. Of course. Pastu ada koay teow goreng, bihun goreng & fettuccine goreng. Hah kauuuu. Cuma yang mee tu semua ja tak habis. Lauk lain, LICIN. Tapi kira-kira balik orang, dalam 30 orang ada la kot smalam. Hahaha. Macam buat makan-makan kat dewan.  

I belanja gambar-gambar semalam ok?

Dari kiri : Wani, Kakchak, Seha & Kak Nor. I takdak sebab I tak sampai lagi waktu ni.

Wani & Seha. Tahniah Seha. Comei pakai tudung.

Lauk pauk yang disediakan. Yang dok tersenyum tu paling lazat sekali.

 Half of them. Time ni semua dah kenyang. Dok bersembang kat luar. I takdak jugak time ni sebab dok basuh pinggan. T.T

Oh lupa pulak. Baru ni on the 17th ialah Happy Birthday Rifqi. So Kak plan buat birthday dia skali. Tak pernah buat untuk dia. Kesian dia. So ni alang-alang Pakcik buat makan, kita tumpang sekali beli kek bagi kat dia. And Alhamdulillah jugak Pakcik tak berkira, tak mintak pun setengah dari kos dia buat makan. Hehehe. Tapi Rifqi ni lawak tau. Dia taktau kata nak buat birthday dia sekali. Masa pi amik kek, Kak kata tu kek Pakcik. Buat birthday Tokcik. Masa sampai pun dia tengok belon-belon semua, Kak kata kat dia belon tu pun untuk Tokcik. Hahahha. Pastu masa time nak potong kek, dia nak bukak dah cepat-cepat kotak tu. Kak marah la. Rifqi dah mengamok-mengamok nak menangis hentak-hentak meja & kaki "Semua Tokcik. Semua Tokcik. Birthday Abang semua tak dapat apa. Ibu tak pernah buat apa pun" Hahahah. Sekali dia bukak kotak, dia pelik kenapa kek padang bola Brazil? Pastu dia baca nama betul-betul baru la dia senyum sampai ke telinga. Hehehe. Comel Abang ni.


Happy 10th Birthday Khair Benyamin Rifqi. Mak Aunty harap Abang lebih dengar cakap ibu, abah & semua orang. Jangan dok melawan, naik angin tak tentu hala dah. Kurang-kurang sikit perangai ketegaq tu. Dan jugak kurang-kurang sikit makan. Heheheh. Happy Birthday Abang. Mak Aunty sayang Abang!

Walaupun gambar blur, tetap jugak letak. Sebab ada muka aku maaaaa...

Ini lah Pakcik I. Tuan rumah. Sorry la..memang ada wire short sikit Pakcik I ni. Hahahah.

Mamu Faiz. Gemok dah dia. I duduk serumah dengan family dia sampai I umur 20 tahun kot tak salah I.

Nampak Atok bela dua dua orang sampai jadi camna??

Maksu Sara & birhtday booiiii...

Dok renung apa Noeda?

 Ateh Bei, Mak Aunty Gojes & Maksu Sara.

Ni la Abah depa. Kamaroi @ Karl @ Abang Karl @ Kamarul.

Kasih Ibu. Walaupun Ibu selalu naik hantu. Heheh.

Mak Aunty, birthday booiiii & Uncle Kamal.

Rifqi dan hadiah-hadiahnya. Topi tu I dengan kamal beli. Ada hari tu dia dok bagitau I topi dia dah lama. Dah buruk dah. Kesian pulak. Bei bagi cekelet tu. Yang lain banyak bagi duit ja.

Can't wait for raya gathering pulak!


Thursday, 17 July 2014

Respect - 2

Ok enough about Kiki. Memang dia lose control la kot masa tu sampai hilang semua rasa respect kat orang tua. Tak nampak dah yang mana patut & yang mana tak patut *dok terngiang-ngiang cara dia keriau tu lagi*.

Tapi kan, bukan dengan orang tua saja kita kena respect. Kita sesama kita pun kita kena respect. Bukan lah I suruh lalu depan I kena bongkok sikit or jumpa I kena salam cium tangan ka apa. Tapi cukup lah kita ada mutual respect. In the simplest things & ways. Dalam cara yang mungkin bagi kita tak effect siapa-siapa tapi bagi orang lain, terasa baq hang. Benda simple-simple ja babe. Contoh. I bagi contoh ya. Contoh reply message. Susah ka nak reply message kawan-kawan? No matter how "busy" you are. Nak-nak pulak kawan tu baru ja ajak keluar. Bila tiba hari itu, you diam membisu. Bukan kawan tu tak follow up, dia tanya tapi sadly, no respond! Not until later that day, you up pulak gambar kt IG what were you "busy" with. That explains a lot of things, babe. Things like so you have an internet connection but you can't let your friend know that you can't make it? Things like out of all the days you had, your friend was only asking for one blady day to get together. If you really can't, just let her know. Stop letting her down. Kalau sekali dua, boleh dimaafkan. Tapi bila dah BANYAK kali sangat, hati mana tak sakit? Hati mana tak terasa? To me, it's like you takdak respect la kat dia. You boleh komen to her FB status, reply in the whatsapp group, the same group the invitation has been sent out (at last! tapi takdak mention about what happened yesterday) like nothing ever happened, but you cannot at least have the courtesy to let her know that you will not be able to make it because your life priority has changed now? Tapi kalau tak ajak, sentap pulok dop?

Memang la to some people "tak payah nak emo sangat". Benda biasa ja. Dia tak rasa apa-apa pun. Yes sebab bukan you yang ajak & being dumped. Bukan you yang being rejected over & over again without notice. Or simply because you're a man. You will never understand this. Never.

Banyak kali I fikir nak tulis ka tak benda ni kat blog. I just have to get this off my chest. Tulis kat FB kias-kias yang mana tau, tau lah. Takkan nak tulis berjela camni. Well, my blog is my journal. I can & I will write anything I want. Takut orang terasa? Well, penat dah kot jaga hati orang. Kenapa tak confront ja orang tu? Don't you think it will be a waste of time? Bukan budak umur 17 tahun. I don't know what type of person you are if  you think your action doesn't leave a mark. A bad one. Sorry lah kalau this sounded harsh ka apa. Tapi tetap tak boleh nak measure dengan what you did kot. 

Yes the "friend" is ME. And the "you" is YOU. 

Respect - 1

Assalamualaikum.

Kecoh seantero Malaya pasal pompuan Kiki (nama nak manjer ajer) yang tiba-tiba meroyan kat apek tu sebab langgar keta dia kan. Macam lah apek tu langgar dengan bas & keta dia total lost. Punya keriau at the top of her lungs. Serrr. Padahal terberetuh sikit ja pun. 

Mari kita tengok alasan si Kiki tu meroyan :

1) Itu kereta dia beli cash
2) Itu kereta ada sentiMENTAL value sebab dia beli dengan hasil titik peluh dia sendiri
3) Sebab dia manusia biasa terlebih emosi waktu itu
4) Sebab tengok la no plate dia?

Ok mari kita tengok pulak sebab kenapa dia kena chillax :

1) Apek tu orang tua rambut putih
2) There's no way you can talk to an elderly like that
3) Kereta hang tu calar sikit ja
4) Benda boleh bawak berbincang
5) Bulan puasa, malu la sikit kat orang keliling
6) If betul-betul la memang dah meroyan, please refer to point no 1 & 2

Taktau nak kata apa dengan kes Kiki ni. Pihak media memang I rasa nak set things straight. Depa panggil dia to justify herself & panggil apek tu jugak. I memang suspek gila lah dengan uncle tu. Dia tak marah pun weih. I tengok berita semalam & I was like "Ya Allah..he is such a noble man. Malunya kita ni Islam takdak that value in us". Tapi lain cerita pulak kat media social. Hahha. Aku gelak dulu. Dalam sat saja depa boleh dok edit-edit gambar dia. Boleh buat parodoy semua. Ini membuktikan bahawa, orang Malaysia ni semua kreatif-kreatif belaka. Dan jugak orang Malaysia ni, bab-bab ni depa laju. Depa ada masa. Awat la tak channel ke-kreatif-an ampa tu to a proper channel? Kan boleh membantu diri sendiri? Hmmm...tepuk dada tanya selera. Tepuk perut, bunyi angin daaaaaaa...!


Wednesday, 16 July 2014

Kuih Raya 2014

Assalamualaikum.

Gitu tajuk. Macam nak jual kuih raya ja gayanya. Hehehe. Mana ada nak jual. Buat untuk letak kat rumah mak ja. Tak layak nak jual. Sebab presentation kami fail! Rasa ja sedap. Eh terpuji diri sendiri. Memang tetiap tahun, I dengan Kak akan buat kuih raya. Oh ya. Penang sebut kuih raya tau. Ampa orang luar sebut biskut raya. Jangan confuse ok. Takkan la kami serve kuih seri muka di pagi raya. Heheh. Since pindah rumah duduk Farlim, memang lagi 2 minggu nak raya tu kami start buat kuih dah. Tak boleh buat awal-awal satgi kucing kepala hitam nanti dok selongkaq almari. Bahayassss.

Kuih-kuih yang biasa buat ialah semperit, makmur, kacang mazola, cornflakes madu, biskut cornflakes, nestum. Ini ja I mampu ingat setakat ni. Lagi ingat, lagi kriuk kriuk pulak perut. Tapi memang cabaran hebat la buat kuih raya time posa. Dengan baunya yang nikmat itu. Dengan letih dok gelinter adunan. Every year pun, I dengan Kak akan gilir-gilir sapa buat adunan. Tapi tahun ni I malas gilaakkk. So I biar ja dia buat adunan. I tolong buat bentuk & bakar ja. Mak bahagian masuk-masuk dalam balang. Tapi tahun ni macam ringan sikit sebab Sara ada, Yasmin ada..semua boleh bantu membantu. 

I ingat lagi dulu masa kecik-kecik masa duduk kampung, Arwah Makngah yang buat kuih. I mesti akan tolong-tolong kalau dia buat di luar waktu sekolah. Ya Rabbi..memang setiap kali tu la mengamok kat Mak nak bukak posa. Mak malas nak layan kadang-kadang tu, dia turutkan ja I takmau posa. Takmau posa sebab apa tau? Sebab nak ratah butter pukul dengan gula tu. Uisshhh sedaplazohhhh. Lepas tu I suka makan time kuih raya tu dok tengah panas-panas lagi. Especially semperit. Selalu berdoa mintak la dari tray nak transfer ke atas paper nak bagi sejuk tu, dia pecah. Boleh makan yang tu. Hahahahha.

Semalam kan cuti Nuzul Al-Quran. So dapatlah 3 jenis kuih. Penat takyah cakap lah. Tapi buat relax sudah. Satgi kena buat weekend lagi haru. Hehehe. Jumaat ni nak buat lagi 3 jenis in Shaa Allah. Lepas buka puasa. In Shaa Allah. Mihmihmih. At least kena ada 6 kuih, sebab bekas kuih kan ada 6 dalam 1 set tu selalunya. Takpa I nak bagi cadangan tahun ni, kalau dapat 4 jenis kuih saja pun ok apa..lagi 2 bekas tu letak la kerepek/maruku & kacang yang pedas-pedas tu. Mak I nanti buat kacang tu. Ok cun tak idea orang pemalas ni?

Tengok la gambar-gambar kuih yang dibuat semalam. Tak la semengah mana. Hhahah. Boleh la kan...masa nak masuk mulut tu, tutup la mata. Biar bila masuk mulut tu meletup letup kesedapannya sampai tak terbayang rupa sebenar camna. Hahahha.

 Semperit.

Cornflakes madu.

Makmur.

Jumaat ni rasanya nak buat nestum, choc chip cookies & kacang mazola. Tapi I rasa I nak propose buat 1 or 2 ja lagi paling banyak. Penat kot wei lepas buka posa pulak tu.

Pengsan.

Monday, 14 July 2014

Semalam cuti. Hari ni kerja. Esok cuti.

Assalamualaikum..

Gggrr rasa nak marah ja pagi tadi sebab hari ni kena mai keja. Hehehe. Dah la Isnin kan. Menyampah betoi keja hari isnin. Lepas tu esok cuti pulak Nuzul Al-Quran. Kenapa la tak boleh ambil cuti ja hari ni. Kan dah dapat 4 hari cuti? Oo tak boleh..sebab Dato' ada kat ofis hari ni. Nanti leceh macam-macam permintaan dia. Aku dok rumah pun tak senang. Memang Kak Baah (Dato' punya PA sorang lagi. Lebih kurang macam Special Officer dia) ada. Tapi tetap lah kebanyakkan ground work, paperwork ka apa-apa yang lebih kepada administrative, iols yang buat. Huhuhu..Eh termerongot pulak pagi-pagi. 

Ishh ngantok kan puasa-puasa ni? Bawak kereta pagi nak mai keja berapa kali terlelap. Eh tipu. Almost terlelap. Bahayassss.

Sabtu baru ni I buat nasi ayam. Hebat sangat rasa mejadi nasi ayam I. Lazat pulak tu. Sambal hitam gila mabeles. Wow. Ingat nasi ayam ja hebat. Puji diri sendiri pun punya hebat. Heheheh. Nah belanja tengok sekali.


Ok lah I nak p buat keja-keja sikit. Bosan ni. Badan dan otak ja ada kat sini. Hati ada kat rumah. 

Sabtu ni nak masak apa pulak ek? Hehehe. Sronox pulak.

Dadadididudu...

Thursday, 10 July 2014

Bertudung atau tidak?

Assalamualaikum..

What do you think? Fair tak statement di atas??

Terima kasih banyak-banyak untuk teguran di atas. Terima kasih sebab cuba nak bawak orang-orang yang sesat macam I ni ke jalan yang lebih diredhai. Terima kasih lah remind me of yang I may be BUKAN ISLAM, GILA or BELUM AKIL BALIGH.

I Alhamdulillah adalah seorang ISLAM. Confirm memang dah akil baligh sebab minggu lepas baru sakit period macam nak mati. Gila?? Yaaaa..riteeee I gila mungkinnnnn. Sebab tak pernah pi buat test saying otherwise.

Well well well, ada orang share this picture dekat group whatsapp. Tak payah la tau sapa. Tak penting pun sapa yang share ni. Tak penting sebab tak kira la sapa pun, tak mengurangkan rasa kecik hati I. Mungkin kat poster ni kena tambah satu lagi kotak that says "PILIHAN ANDA". Memang konfem la I gila kalau I taktau yang menutup aurat adalah tuntutan agama. Tuntutan Allah. Tapi pernahkah anda terfikir ini pilihan I? Takkan la I takmau berubah langsung. Ok la not just me. Tapi semua-semua yang tak pakai tudung ni takkan la takmau berubah kan? So don't just be too quick to judge yet.

Kaji balik. Kadang-kadang nampak manis ja bertudung comei ja kan..sekali bukak mulut..hah kaau lahaarrrrrr. Ataupun in most cases sekarang ni, pakai tudung tapi baju? Seluar? Hmmm...fikir lah sendiri. Kalau tak ready nak berubah betul-betul lagi, don't make yourself look like a fool. I bukan nak cakap besar or nak go against tuntutan Allah or fitrah manusia. Tapi personally to me lah, kadang-kadang orang yang tak bertudung ni hati dia lebih mulia, lebih bersih dari orang yang pakai tudung ni. Sebab orang yang tak bertudung ni lebih direct. Tu lah sebab we don't need to hide under that beautiful scarves. I paham yang dah bertudung ni nak jaga pertuturan. Yala, baru sejajar dengan penampilan. Tapi what that leaves them? Perasaan merengkam dalam hati yang lama-lama jadi busuk tu? Itu la I cakap kalau nak menutup aurat, bukan setakat pakai tudung saja. Hati pun kena cantik sama la kan.

I tak reti nak cakap banyak-banyak without sounding very ignorant. Even baru berapa perenggan ni pun I dah rasa macam jahil gila. Nauzubillah. Tapi ini cuma apa yang terbuku dalam hati I lah. I malas nak jawab balik dalam group whatsapp tu. I kan BENCI dengan drama. Nanti nak drama-drama ni semua lecey semua. Buat raplah jingga. Baik aku telan & habis kat sini saja.

Anyway, please read this good article from Diana Ishak ni. Click sini. I setuju 200% dengan apa yang Kak Di tulis. Memang apa yang I rasa.

And to orang yang share poster tu, I tak marah you pun. I paham niat baik you nak share. I cuma rasa tak fair ja for me. I takmau jadi hipokrit pakai tudung sebab terpaksa. Terpaksa sebab takmau tergolong dalam 3 kategori tu. Walaupun I tau, I memang dah dihakimi dalam 3 kategori tu. Biarlah...Allah tau perasaan, hati dan diri I pun dah cukup. Tak perlu la orang lain nak pandang I tinggi-tinggi. Maybe you pun patut buat checklist untuk diri you sendiri kan? Cukup ka amalan you?

#prayforgaza

Assalamualaikum.

Emosi pagi ni terganggu sikit. Dari semalam dah orang dok kecoh-kecoh pasal Gaza, Palestine, Israel semua kan. Tapi ntah la hari ni baru terkesan kat hati I. Semalam lagi I dah tengok gambar-gambar yang orang share. I diam ja perati. Taktau nak cakap apa. Tapi pagi ni bila bukak FB, sekali lalu ja kat news feed, sebak pulak dada. Berair pulak mata. Baru la up status dekat FB. Macam sebelum ni, I ignorance sikit bab-bab ni. Eh bukan la kata I tak ambik tau tak peduli langsung what happened to my fellow Muslim brothers & sisters. No bukan camtu. Tapi I macam bimbo sikit. Tau & sedih of what's happening tapi tak terkesan di hati. This recent event baru la terasa. Ageing factor kot. Huhuhu. And maybe even sekarang pun nampak I tak ambil peduli jugak sebab I tak share-share gambar kat whatsapp or FB or IG. I just simply tak suka. Makes me sad. Walaupun yes tujuan untuk sama-sama kita ambil iktibar dan beringat, but...I tak boleh la. Taktau nak justify myself macam mana. I hope everyone can understand.

Lets us all pray for Gaza. Agar Allah kembalikan ketenangan dan setiap hak milik mereka. Lets pray that Allah menguji mereka setakat kemampuan mereka. Lets pray agar Allah selamatkan anak-anak kecil Palestin agar mereka dapat terus memperjuangkan Islam pada masa depan. Lets pray that Allah tunjukkan pembalasan yang jauh lebih dasyat kepada Israel. Aamiin.


*Sorry I takkan letak gambar-gambar yang taktau nak describe camna tu semua kat sini. You all pun tau kot I tak suka letak or share gambar-gambar menyayat hati ni. Sorry*

#prayforgaza
#savegaza
#gazaisunderattack
#peacenowar

Tuesday, 8 July 2014

How's your Puasa?

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan...so how was your Puasa so far? Harap-harap takdak lagi yang ponteng. Hehehe. Tapi kalau tak boleh tu nak buat camna kan? Ececeh...I lettew. Dah 7 hari tak boleh. Esok boleh dah kot. Tapi I tak puasa pun I tak makan tau. Dok langgah air ja. Pastu petang I will suffer from gastric. Huhuhu. Nak buat camna. Memang jadi tak heran nak makan. Dulu kan (time senang dapat makanan even tak boleh puasa), I selalu fikir camna la you all boleh tak makan kalau tak puasa. Tapi bila dah kertu ni, baru la tau sendiri yang automatic jadi tak makan pun takpa. Napsu makan tu tak meluap-luap. Heheheh. Even weekend pun I tak makan. Sebab kesian la kat Hubs kalau I masak sempoi-sempoi tapi dia kena ambik bau saja. Kesian lah. So I opt for not to eat anything jugak lah. Tapi kan hari ni I ada gang tak puasa. Rasa macam nak ajak keluar ja pi cari drive thru. Hehehe. Mesti ampa dok kata dalam hati tak puasa pun nak bagitau dalam blog. Tatau malu punya olang. Eh biaq pi la. Bukannya aku berdosa pun takleh puasa. Bukan aku ajak ampa tak puasa sekali pun kan. Mihmihmih.

Taktau nak sembang apa sangat ni. I tunjuk gambar-gambar apa yang terjadi ja la sepanjang bulan puasa ni ok? I tak masak pun hari-hari. Ye la..kan I sistem gilir-gilir. Rumah mak, rumah mama, mak, mama dan begitu lah seterusnya. Hari Sabtu baru ni ja I dapat masak. Weekend kan. Ahad takyah masak sebab keluar jalan-jalan dengan Hubs. Makan luar ja. I kalau boleh nak amalkan setiap Sabtu I masak untuk berbuka. Baru la Hubs tak rindu air tangan isteri dia ni. Puuiii.

Haaa nampak tu? Noeda masak gulai daging cincang ok? Hebat sangat rasa nih. I tak pernah masak lagi gulai daging. Kembang kempis hidung bila makan rasa sedaplazoh sangat. 

Inilah juadah hidangan sabtu lepas. Paling hebat sekali bila buat sambal belacan. *tepuk-tepuk tangan*. I buat daging banyak kot. Sekali kau, licin. Hehehe.

Ini pula Ahad lepas. Ajak semua yang lain buka puasa sekali. Tapi semua tak dapat join. Alih-alih muka ni ja la. Kami buka puasa kat Redbox. Haaaiippp jangan berfikiran negative ok. P karoke bukan satu kesalahan. Tak terawikh ka? Terawikh boleh buat anytime malam tu sendiri-sendiri ok. Kami tak kacau orang. Amboih. Marah nampak gaya? Hehehe. Taklah. I marah-marah manja jewwww.

Eh banyak tu ja gambar? Hahahah. Ok la tu.. Janji ampa bukak blog ni, takdak la hampa sangat takdak entry kan..

Tata loves.


Tuesday, 1 July 2014

Bunga Nur Awuliya Binti Mohd Faiz

Assalamualaikum.

Hah kauuu. Mampu sehari 3 entries? Ketiga-tiganya sebelum lunch pulak tu. Nampak sangat takdak kerja. Kekeke. Itu satu. Itu satu. Tapi sebenarnya nak lambak siap-siap semua hari ni pun ada jugak. Sebab belum tentu esok lusa free. Hari ni terlebih free. Maka dengan itu, mari lah kita menulis apa yang mampu.

So, I was so thrilled last week sebab Rino dah bersalin!! Remember hari tu I ada pi KL untuk baby shower Rino kan? CLICK SINI. Alhamdulillah Rino dah selamat bersalin to a healthy 3.27kg baby girl on last Friday, 27 June 2014 at 4.30pm camtu (I tak sure sangat the exact time). Masa dapat tau tu rasa nak menjerit ja. Taktau pasaipa. Dalam hati dah dok histeria. Excited gila. I think because sebab masa kenal Rino, she was carrying a Converse bag pack. Now, trying to imagine her carrying a maternity bag, macam.....macam nak menjerit lah! Haha. Over gila tahap excited aku ni.

Last weekend kan I was in KL ada hal sikit. So alang-alang tu, ajak Hubs pi melawat Rino sat. And luckily she was still at the hospital. Senang jugak la nak Waze. Kalau dah balik rumah nanti, susah jugak nak mencari. Dekat Subang pulak tu. Tapi kan, I pelik la orang KL ni. Selalu kata "Hah? Dari Damansara nak ke Shah Alam/Subang/Kepong/Puchong/Klang/KL? Jauh tuuuu". But for me lah, sebagai orang Penang, tak jauh kot derrrr. Macam contoh dari Damansara nak ke Shah Alam tu, 20 minit ja. Apa yang jauh? Dari rumah I nak pi rumah Mak or Mama pun 10-15mins. Cuma yang beza kalau KL tu dengan highway. Penang ni dengan simpang siur, traffic light bagai. Tapi tempoh tu tetap sama. Macam kami from Setia City Mall terus nak ke rumah Nana kat Batu Caves. Pun tak sampai sejam. Pelik...pelik....Eh, terbeleter pulak.

Nak tengok gambar baby banyak-banyak takkk? Tapi seperti biasa, gambar Aunty-aunty dia pun mesti kena sama banyak ok? Ini memang perjanjian dari sebelum lahir pun. Applies to all my friends' children jugak. Please take note.

Memperkenalkan.....Bunga Nur Awuliya Binti Mohd Faiz, permata hati pertama Rino & Faiz. They struggled jugak to conceive Bunga ni. It took them some time jugak. But apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya dah selesai. 

Semoga baby Bunga membesar dengan sihat, be a good girl to mummy & daddy (or mama & papa I tak sure lupa nak tanya tak guna punya kawan), jadi anak yang solehah bila besar nanti, dengar kata, hormat orang tua-tua & jaga your parents like how they takes care of you, nurture you & protect you with their endless love.

The smell of heaven, Bunga Nur Awuliya. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Tak terlambat lagi rasanya I nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan! Baru 3 hari uols. Kalau dah seminggu baru nak ucap, memang biadap ler. Heheh. Macammana 1st & 2nd day puasa ampa? Mine Alhamdulillah was ok. 1st day puasa dekat KL. Ada hal sikit kena turun KL. Tapi kiter tetap puaser okeh...no musafir musafir *flipshair*.

Ok ok back to serious business.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang baca blog saya ni, yang sentiasa support blog saya walaupun pengisian blog saya ni kadang-kadang takdak maklamat dan kepada semua umat Islam lah! Semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam Bulan Ramadhan yang memang penuh dengan keberkatan ini. Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Allah SWT. 

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa"

Al-Baqarah - 183

Rumah kena pecah masuk?!

Assalamualaikum.

Ya Allahhhh...Sorry ya semua. Entry ni I dah draft dari hari Rabu lepas. Ingat lepas lunch nak sambung. Sekali sampai ke Jumaat busy. Hamek kau. Semalam I cuti. Hehehe. Ampa baca ja lah ok. Konon-konon I cerita ni masa hari kejadian la. Hehehe.

Jeng jeng jeng...tajuk nak kena gempaq ja lebih tu. Alhamdulillah bukan rumah I mahupun rumah Mak mahupun rumah Mama mahupun rumah Kakak I mahupun rumah Nana or rumah sapa-sapa la adik badik I yang kena pecah masuk ni. Tapi kejadian ni terjadi dekat depan rumah Mak ja uols! Seram lahhh.

Alkisah, Mak kan duduk flat 5 tingkat. Tingkat atas sekali. Betul-betul depan tangga. Rumah yang kena pecah masuk ni opposite rumah Mak tapi tepi tangga. Paham tak? Ok paham bagus. Kisah fresh pagi tadi baru terjadi ni. Pukul 10am camtu Mak dengar kecoh-kecoh. Rupanya tuan rumah balik dan mendapati rumah dia pintu terbukak. Siang hari tu uols. Jiran Mak ni India. Depa anak beranak meniaga jual capati kat bawah. So pagi-pagi dah keluar la. Kebetulan hari ni depa ada orang meninggal. So depa tutup kedai awal and naik rumah awal. Masa tu la balik tengok pintu dah terbukak. Lari masuk dalam bilik, habis licin menjilat jari barang kemas SEMUA hilang. Nasib baik cash dalam rumah ada berapa ratus ja. Itu pun of choz la licin. Menangisi la depa.

I rasa penyangak ni dah memang dok mark dah. Depa dah dok ushar rutin timing family ni. And depa tau takdak orang kat rumah. Ya Allah risaunya lah I...sebab...eh dah tulis sebenarnya sebab apa. Tapi fikir pulak. Kot-kot la yang baca blog aku ni penyangak, sat dia tau pulak rutin rumah mak aku tu. Padam balik. Heheheh. Tapi I tau, semua pembaca-pembaca I semuanya baik-baik belaka..*kipas kuat-kuat*.

Anyway, nasib baik lah jiran mak tu takdak kat rumah kan. Kalau ada, taktau la nak jadi apa. Seriau bila memikirkannya. I lebih rela takdak orang kat rumah and depa nak ambik apa pun ambik lah. I lebih risau kalau ada orang kat dalam rumah. Well, dengan kegilaan manusia akhir zaman ni. Nyawa orang lain macam takdak harga. Senang ja. Masuk rumah orang, rodok perut, ambik barang and lari. Kalau nasib baik, memang polis tak jumpa terus la siapa orangnya. But I always wonder how they sleep at night?

Pesanan I kat sini, always, always lock the door behind you. Kalau you duduk dalam rumah pun, please please kunci pintu. Walaupun rumah I tu ada security guard and setiap pintu nak masuk kena guna card, tetaplah I kunci pintu setiap masa. Paling berani pun tak kunci pintu kayu ja. Tapi I rasa selamat jugak lagi. Sebab distance antara pintu kayu & grill ada la dalam a few feet away. Tapi Wallahualam la kalau benda nak jadi kan.

Mintak simpang.