Monday, 26 May 2014

Rino & Faiz's baby shower & UiTMers mini gathering.

Assalamualaikum...

How was your weekend? Mine was splendid! Happy gila. Tak terasa sakit badan tak cukup rest semua. Dah balik Penang & start keja ni baru rasa sakit tang sini sakit tang situ. Besa sangat nihh!

Last weekend I was in KL. After dapat undian majority, kami bersetuju buat baby shower untuk Rino & Faiz. For their 1st baby! Excited kotttt. Majority yang kata nak mai, memang mai. Macam Kak Rose mula kata nak mai tapi ada hal sikit so kena balik kampung. Yang lain tu jarak memisahkan kita. Aaawwww. 

Memang 2 hari yang penuh dengan kekecohan. Semua jenis tak reti cakap slow-slow. Cakap ja mesti pitching nak kena tinggi. Sebab nak tarik perhatian yang lain. Kalau tak, hang nak cakap, aku pun nak cakap. Huhuhu...

Mai I cerita sikit latar belakang of our friendship ni. Mula rapat since semester 1 kat UiTM Jengka, Pahang. Majority dalam group kami adalah budak-budak dari course I, OM114. Tapi ada jugak a few yang sesat dari course lain. Taktau la camna boleh rapat. Rapat gila pulak tu. Memang sepanjang kehidupan I dekat UiTM tu, memang dengan depa ni lah. I takdak dah gang-gang lain. Memang ada baik jugak dengan budak-budak course I yang lain. Tapi baik camtu ja la. Tak serapat dengan depa ni. Yang boleh buat jahat, buat gila, buat baik, buat lah apa pun sama-sama without being judged. Cuma kena aim ja dengan HEP & HEA. Hahahaha. Takyah la kot I cerita pasal kegiatan I kat sana semua. Satgi semua terkejut beruk pulak. Hahah. Sebab memang........ermmm.......hahaha..tak payah la cerita. Cukup lah kami saja yang tau. Eh kami, HEA, HEP, mak dan pak guard, budak-budak kolej, budak-budak course, HATERS dan jugak tidak dilupakan, warden. Hahahahahahaha. Macam semua orang tau ja? Takpa lah..jadi orang jugak last-last. Tapi memang naya la sapa-sapa yang baik dengan kami waktu tu. Tak pasal-pasal kena wanted jugak. Hahahha. Haihh tapi time dulu tak rasa pun diri tu jahat. Rasa macam "ala chill la...semua remaja buat kot benda ni". Hahahah. Denial! Lepas grad, masing-masing bawa haluan masing-masing. I kerap jumpa Rino & Dewi ja dulu. Dak-dak lain ada jugak jumpa tapi jarang-jarang la. Macam Rino, memang everytime I ada hal kena pi KL, I akan tumpang rumah dia. Tapi sekarang dah tak boleh...sebab Rino dah pindah rumah mak mentua dia. Sobs :'( Kiter is sedih.

Oklah jom cerita sikit pasal weekend baru ni ok? Ala buat baby shower kat rumah Aja ja. Saving skit. And Aja masak nasi ayam! Mabelessssssssssssss!! Memang sedap gila. I malu nak tambah walaupun nak sangat-sangat. Kena ingat orang belakang sama. Miihmihmih. I sampai KLIA2 pukul 8am camtu. Haha naik 1st flight. Ketor kepale katenye. Mien & Kak Dayah datang amik. Kesian depa tak cukup tidoq. I dah kata takpa I naik ERL pi KL Sentral. Amik kat sana ja. Senang dekat. Tapi nak amik jugak ha. Takpa lah ikut suka. Hehhe.

Dari kiri cepat jalan. Eh tak. Dari kiri ialah Mien. Dia ni paling berani & garang sekali. Memang elok kalau nak bawak gi fight. Dengan kawan-kawan sendiri pun, asyik makan carutan ja. Hahah. That's what make you special, Mien. Pastu tuan tanah. Then paling kanan ialah Kak Dayah. Paling rapat gak ni. Tapi hari tu kami ada gadoh-gadoh sikit. Baru baik ja ni. Jujur. Amik gambar ni pastu hantar kat group. Bengang ja Dewi sebab dia tak bagi kami sembang sampai jumpa dia. Takut ketinggalan. Bongok. Hahah. Eh naik tapatapatebang memang muka jadi kembang camtu kan? T____T

Terus shoot ke Tesco sebab Mien nak beli barang buat cocktail which was so damn good and nak breakfast. Bapak lapor. I nak buat jugak cocktail tu nanti. Sedapnyaaa...makan sejuk-sejuk..nyummyyyyy.

Lepas dah beli barang, pegi pulak Wangsa Walk sebab terlupa tak buat deco. Rasa macam tak puas hati pulak kalau tak buat. So takpa, mai Aida pi cari balloon la crown segala bagai. Heheh so cute. Dah settle, terus pi rumah Aja. Around 11am jugak la sampai. Elok-elok tu jugak Ewi & Yazid sampai. Lawak betoi baru sampai ja dah bergegaq rumah Aja. Ni baru kat bawah tau. Belum naik lagi. Masuk ja rumah Aja, Aja terduduk kat sofa. Sebab takut & blur. Bising sangat. Hahahhaha. Eh I tak cerita kan Aja dari pukul 8am dah siap masak. Gila awat la awai sangat. Nasi ayam tu kot. Rasa bersalah pulak tak tolong. Hewhewhew. 

I nak pi lunch sat. BRB.

Burppp Alhamdulillah kenyang.

And so...dah kecoh-kecoh buat bising, buat sepah kat rumah Aja, tunggu plak si Rino sampai. Dia kena pi check up pagi tu. Check gula. Alhamdulillah semua OK. Eeee Rino comel. Jom tengok gambar?

 Hidangan utama pada hari itu.

 Mien's cocktail.

Dessert lagi. Hahah ada kisah di sebalik buah mempelam ni. Ada makna kenapa gambar ni berlatarbelakangkan Dewi. It's an inside joke. Kalau I cerita pun, I sorang ja nanti gelak guling-guling. Ampa lek ja tak paham. Hehehe.

Hahah Mien tengah berusaha nak bukak pintu ke bilik & toilet ni. Boleh pulak terkunci. Nasib baik la Maryam tak duduk dalam bilik ni. Tu tengah buat guna kad tu. Eee bahaya kan? Sedangkan kita yang takdak pengalaman pun boleh bukak guna card. Inikan pula orang-orang yang kejenye mencuri. Tapi ni Dewi yang buat sampai boleh ni (Yeke Wi takde pengalaman?)


Orang sibuk nak deco. Dia pun sibuk nak susun jugak segala gojira, raksasa collection dia. Abg long Na'il..abg long Na'il....

 Doc.

 Yeayy mummy dah sampai!! Maknanya dah boleh makan yeayy!!

Kaum-kaum ayah :)

 Mummy Rino! I miss you already :(

 Nampak practise?

 Bunga's mummy & daddy, In Shaa Allah :)

 Gosipan memanjang mereka ini. Hmmm..rindu :(

Mimien Ajis.
















Aaahhh rindu teruk ni!

Alhamdulillah masing-masing ada perangai masing-masing yang tak pernah berubah. Ok dalam semua yang datang ni, mai I list kan setiap sorang dengan perangai depa yang buat I sayang kat depa and yang tak berubah sampai hari semalam.

Aja - tetap straightforward, gelak mesti tutup mulut dengan tangan, tak cakap banyak tapi bila sekali keluar ayat buat lawak memang tahap Majalah Ujang.
Doc - suka gentel cuping telinga orang. Sekian itu sahaja.
Mien - mulut memang takdak insurance, suka kata babi, a VERY loud person.
Dewi - tetaplah ringan tulang, pandai mengurut, sewel.
Kak Dayah - BLUR.
Rino - I always feel very comfortable around her :)

Ok tu ja yang ada hari tu. Nanti ada perjumpaan lain, kita list kan lagi. Anyhoots, lepas dah makan-makan dan merepek dan bergelak dan merapu, decided to go to KLCC. Aja & Doc nak jumpa client jap. Kami ni jalan-jalan ja. Lepak Starbucks sat pastu decided to go to The Curve pulak. Nak jalan-jalan flea market & karoake :)


 Princess Elsa. Feeling.

 Aku tak faham pose Mien dengan Doc ni. 1 Malaysia ke ape?


 Kengkonon gambar-gambar candid. Ppuii satu kali.

 Bagi pendedahan awal kat budak-budak tu katanya. Tapi kemain lagi Cik Yam tu berjoget. Abg long Na'il pulak back up singer. Terlopong Izzat tengok Aja menyanyi Tamparan Wanita. Huh!

 Ececehhhhh.

Ini sebenarnya! Bought this at the flea market for RM79! Thorbaeeekk!!

All in all, this has been the best reunion. Untuk semua-semua yang tak dijemput tu, mintak maaf la ek...dengan ampa pun rapat jugak..tapi ampa paham la kot pasaipa kan?

Rodong-rodong sekalian, please stay the way you are. Please don't change anything good in you. I love everyone of you. Please let this friendship last till we are old or even until we are on the wilcha.. In shaa Allah bila masing-masing dah terbuka hati, kita gi umrah sama-sama nak? Buat masa sekarang, AMPA DAH JANJI NAK MAI PENANG KAN? TAK MAI, SIAP AMPA! Sekian ugutan....

Love. Love. Love.

No comments:

Post a Comment