Assalamualaikum.
Tajuk nak gempak aje. Hehehe. Apa habaq semuaaa?? Maaf ye lama tak bersiaran. Hahah ayat mukadimah standard sekarang ni. By default. Ha la. Rasa bersalah pulak tengok hari-hari ada orang rajin jenguk blog I. Tapi I jarang-jarang dah sekarang update. Kekangan masa uols sampai nak terkangkang.
Ok hari ni ahkak nak promote satu produk baru. Produk makanan hasil dari Bumiputera. Buatan Malaysia dijamin halal. Haaa nampak iklan. Dayah, bak komisyen! Hari tu kembang kempis jugak hidung bila si Kak Dayah ni cakap nak hantar sample kat I then I boleh letak dalam blog. Dia tak tengok ka traffic blog I ni? Ka dia salah tengok ingat 5 juta pembaca dah? Hehehe. Eh doa doa..heheh. Tak pernah dengar pasal Kak Dayah? Eh ada I sebut nama dia. Kami macam cerai dah rujuk kembali la. Hahaha.
Anyway last few days I dah dapat dah sambal tu. At first I was a bit skeptic la. I kan susah sikit nak terima makanan pelik-pelik ni. 4 tahun duduk Pahang takdak pulak diperkenalkan kepada sambal ni. First time tau ni. Tengok pulak ingredients ada belimbing buluh? Belimbing what?? Haaaa camtu mula I punya perception. Bila bukak box tu, tengok ermmm boleh ka aku telan ni? So I dok paksa-paksa kawan-kawan ofis makan jugak. I suruh depa makan dulu. Hahahah. En Haris orang first makan. And dia terus "Ya Allahhh sedapnyaaa...nak lagi boleh?" Terus I pun rebut dari dia and makan saja. Budak-budak ni (group UiTM) dok cakap makan sambal tu dengan nasi putih panas-panas. Tapi masa I dapat sambal tu, I makan nasi dalca. Nasi dalca pun nasi dalca lah. Masuk ja dalam mulut terus malatopsss. Sedapnyaaaa. Pedas kaw berdesing telinga. Berebut-rebut I dengan budak ofis. Padan la dia bagi sikit ja sebab sikit pun dah cukup terasa. I simpan sikit nak bawak balik bagi Hubs try. Semalam baru Hubs dapat try. Dalam sekelip mata, clear. Hahah dia dok kata sedap banyak kali. Rasa bersalah sebab makan sampai habis. Lucu.
Kak Dayah jual sambal ni dengan harga RM8 tak termasuk postage. Berat 110gram sahaja. So kalau ampa nak beli, I sarankan ambil banyak-banyak. Sebab kiraannya seperti di bawah:
1 bekas 110g
100g-500g = RM6
501g-1kg = RM9
Haaa nampak langkah-langkah penjimatan di situ? Hari tu I order secara pukal untuk kawan-kawan ofis I skali. So bahagi-bahagi lah duit postage tu. Kalau you nak order terus dekat Kak Dayah pun boleh. Boleh PM dia kat FB Daya Amron atau boleh directly call dia kat no dia mention dalam brochure dia ni.
Ok lah tu je nak review. Ni ada few pics kat bawah ni. Semoga terliur!
Sorry la gambar tu terbalik malas dah nak rotate. Hehhe.
Ok girlsss..iols nak keluar pi makan Nandos niii. Nyummmeehhhh.
Thank you very much ye. Tatatititutu.
No comments:
Post a Comment