Tuesday, 27 May 2014

Derma Darah.

Assalamualaikum...

Uols penah derma darah? I first time tadi derma darah. Nervous Ya Allah macam nak akad nikah. I bukannya apa...takut pitam ja tengok darah. Sebab ada experience masa kecik-kecik dulu pi hospital. Pastu depa tolak orang baru accident kot tepi I. Darah berlumuran atas katil semua habis. I masa tu pi tengok arwah abah kot masuk hospital sebab appendicitis. Tengah berdiri tengok arwah abah pastu mata melilau tengok sekeliling. Sedar sedar kelepok atas lantai. Pengsan daaaaaaaaaa....dah dapat merasa duduk katil sebelah arwah abah. Hahaha. Pastu ada lagi kes lain pi hospital jugak. Baru bau hospital ja dah kelepet lagi sekali pitam. Pastu lama dah tak pi hospital. Mak takut nak bawak takut I pengsan lagi. Tapi lepas dah besar-besar Alhamdulillah tak pitam dah. Masa kecik-kecik pi tindik telinga pun boleh pengsan. Pastu kalau panas sangat cuaca pun boleh pengsan. Pi check rupanya BP rendah...

Cerita pasal derma darah pulak, I memang dah lama niat nak derma darah. Dari start keja Rasa Sayang dulu depa memang aktif buat kempen derma darah. Setiap kali tu la tak lepas. Tak lepas sebab dua benda. Satu tak cukup berat badan. Dua sebab BP rendah. Redho ja lah. Sampai lah tahun ni kan berat badan I naik melampau. dari 42-43kg naik terus 48.3kg tadi last timbang. Haiyooo...hari tu pernah naik 50kg! Tanjat gegirl. Dah la naik semua tertumpu kat perut ja. Perut membengkak. Hahahha.  

Anyway, hari ni KWSP buat kempen derma darah. So I yakin la I boleh menderma sebab berat dah cukup kan. Meh sangat. Tapi I cuma risau BP rendah ja la. Tapi lepas buat pemeriksaan semua, Alhamdulillah BP berkerjasama hari ni. Dengan penuh debaran I pun duduk la atas stretcher ka apa ka benda katil tu. I tak takut jarum sangat sebab dah biasa check in hospital kan. Heheh. I tengok ja la jarum depa cucuk tu. 1st jarum kecik sebab nak bagi darah flow out. Pastu jeng jeng jeng jarum besaq untuk bagi darah tu flow masuk dalam bag tu. Hahahha. Taktau nak seram ka nak gelak. Laju gila darah I keluar. Tak sampai 10minit dah penuh 2 bag. Bagus bagus...*self pat on the back*

Kakak I tanya "awat lengan cek besaq sangat?" T____T

Tapi derma darah ni banyak kelebihan dia kan? Antara manfaatnya ialah kesihatan jantung, meningkatkan pengeluaran sel darah, membakar kalori, meningkatkan kesejahteraan warga emas, mengurangkan risiko kanser, saringan kesihatan percuma & menyelamatkan nyawa. Ya ini semua saya google sahaja. Hahahhaha.

Sapa yang eligible & mampu tu pi lah derma darah. Tak sakit pun. Sakit sikit ja masa cucuk jarum tu & masa dah lepas ni. Rasa macam lenguh-lenguh. Setengah orang memang pening la apa la. Tapi nurse akan bagi kita rehat dulu lepas buat tu. So rehat la secukupnya dulu sebelum bangun. I felt good after doing it. Macam salah satu impian dah tercapai. Alhamdulillah.

Surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.” 

I rasa macam mengantuk ni. Adakah effect dari derma darah atau effect selepas makan?

Huaarrgghhh........................

1 comment:

  1. Takyah tanjat la gegirl ..Abg dulu derma kulit selamba je... elok menderma utk kesihatan gegirl jugak kan ..?

    ReplyDelete