Friday 31 October 2014

Jumaat dah.

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan. Sorry tau. I memang berniat suci murni semalam nak update 2nd day kat Penang tu. Tapi mood macam kelaut sikit. Hari ni pulak boss ada kat ofis. Mood pun masih lagi kelaut. Esok dah cuti. Takmau dah nak hadap laptop ni semua yang boleh mengingatkan I pada kerja.

Sorry ek. Next week In Shaa Allah kalau ada masa, I update rajin-rajin ok.

Tata.

Wednesday 29 October 2014

Penang - Day 1

Assalamualaikum.

Haha macam pi holiday jauh kebenor. Padahal dalam Penang ja. Itupun melayan budak-budak ni. Pack gila I dari hari Rabu sampai ke Ahad. Letih toksah cakap la. Tapi pelik I tak rasa pulak macam letih takleh nak jalan ka jalan pakai lutut ka (Hahaha. This is an inside joke. Kami ja paham.)..Cuma rasa letih normal la kalau dah berjalan seharian kan. Dengan keadaan I sekarang ni camni kan. Tapi best la uols. Meriah Penang weekend baru ni. Hahah mampus lah perasan. I cerita by day ok. Kalau I tak start camni, memang sampai bila-bila la terkubur cerita ni.

1st day tu iaitu Rabu, Kak Dayah sampai dulu. Pukul 8am dah terpacak I tunggu kat airport. Cun-cun la sampai. 

Amoi belakang tu sexy gilos. Baju see thru abis.

Lepas ambik Kak Dayah, bawak dia makan dekat Taman Tun Sardon. Tengok-tengok eh Aunty (mak Kak Dayah) pun makan tempat sama. So duduk sekali lah. Boleh borak-borak. Lama kot tak jumpa mak dia. Last was masa kenduri Rino. Tu pun tak borak banyak. Salam-salam ja. Sebab masa tu tak kawan dengan Kak Dayah.

Penuh meja kami membeli. Tapi tak habis pun.

Pastu balik rumah tidoq la sat. Kak Dayah pun bangun awal. I pun ambik kesempatan la kata pun Public Holiday kan. Then petang tu siap-siap ajak Kak Dayah pi buat pedi mani. I dah buat reservation pun. 


Lepas that session, kami pi Gurney Plaza sat I beli maternity pants yang size XS pun besar gedabak buruk gila I pakai nak nangis tengok. Lepak tak lama pun sebab malam tu Aunty jemput kami pi rumah Aunty Kak Dayah ada buat makan-makan birthday Uncle dia. We alls balik mandi-mandi and tunggu Kamal sekali. Ada sedikit kekeliruan masa ni. Kak Dayah ni dok ingat rumah Aunty dia dekat Bertam. I nni dok fikir la aduh jauhnya nak driveeeee. Sekali mintak alamat, looorrrr dekat Pangkor Apartment ja depan GMC tu. Hishhh. Nasib baik tak drive sampai ke Bertam. Kalau tak, sia-sia ja.

Haa itu la Aunty. Sebak mula-mula tengok Aunty. Macam-macam kerenah kami Aunty kena hadap dulu. Dah la bagi kami datang lepak rumah dia tiap-tiap minggu. Tersadai macam rumah sendiri. Keluar masuk. Masakkan makanan. Thank you Aunty, for everything. Tapi takut sebab Aunty suka siasat pasal Kak Dayah dengan kami. Kadang-kadang I ada jugak lari-lari dari duduk berduaan dengan Aunty. Heheheh.

Lepas dah habis makan semua, nak balik tapi macam awal lagi. Hubs dengan Kak Dayah meronta-ronta (aku buat cita ja tu) nak pi Karaoke. OKLAHHHH saya menurut perintah. Ke Redbox la kami. Tapi mana boleh I duduk diam ja kan. Nyanyi la jugak sikit-sikit. Eh makin lama makin rock pulak lagu-lagu I ambik. Hahahha. Lepas tu ok dah surrender tersedaq diri. Hehehe. Baby mesti tidoq lena dengar suara lunak Ummi kan? Kekekeke.

Ok tu ja 1st day. Satgi kalau rajin, I sambung 2nd day ok?

Tata.

Monday 20 October 2014

TAK SABAR!

Assalamualaikum..

Haa kalau dah caps lock tajuk tu, maknanya sungguh-sungguh tak sabar niiii. Tak sabar sebab 2 benda.

Satu sebab esok saya kerja last. Lepas tu minggu depan baru masuk kerja balik. Seronoknya....I ambik cuti khamis dan jumaat. Pergghh gila tak payah mai kerja. I kan memang malas meyampah meluat sekarang ni nak mai kerja. Taktau la pasaipa. Pembawakan kot. Huhuhu. Lantak ler..janji I ambik cuti bukan ponteng ok. Alah tapi I tau..I cuti pun fon tetap akan berbunyi. Email tetap akan masuk like nobody business. Huhuhu. Tapi lambat skek arrr nak reply. I have other better things to do. Amboi kemain melaser. Tapi nak go through esok seharian. Aduhhhh. Meluatttsssss. Kalau ada sapa-sapa yang kenal I, tau I kerja camna ni semua, sorry la perangai I hamsat sikit skrang. I memang akan sebut I meluat nak mai kerja. Hahahah. Sebab memang I rasa camtu. Tak reti nak explain kat ampa camna. Tiap-tiap pagi it's a struggle for me to get up to get to work. Like seriously. Kata la apa pun. I taktau nak justify & defend diri I camna. Sebab tu kalau ada sapa-sapa cari pasai kat ofis, memang I rasa mengundang sangat. Asal pun memang meluat nak mai keja, kena hadap pulak all the unnecessary tension. Memang mengundang sang-gat. Whatever it is, tak sabar nak esok sebab last day. Tak sabar nak cuti rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad. TAK SABAR.

Satu lagi tak sabar sebab kawan-kawan I dari UiTM dulu nak mai Penang minggu ni!! Yeayy. Sebab tu la I ambik cuti uols. Sebab dari rabu dah ada yang sampai. I kan tuan rumah, so I kena berbesar hati la sambut setiap orang. Tak kisah la kena ulang alik hari-hari airport dari rabu sampai jumaat pun. Tak kisah la kena bangun subuh-subuh sebab Kak Dayah first flight (terima kasih banyak-banyak ggggrrrrr!!). Tak kisah la memang takkan cukup rest pun cuti kali ni. Tak kisah. Malah I perlu berterima kasih dekat depa sebab depa bagi I a reason for a short "getaway" walaupun dalam Penang sendiri. Hahah. Dalam kepala otak ni dah dok siap-siap itinerary dah kat depa. Sat I nak buat jadual. Tapi kira roughly saja la ni. Sebab ada yang bawak anak kecik. So perjalanan akan jadi unpredictable skit la. Ya la main dengan budak kecik ni mana boleh nak fix fix sangat kat. Kena banyak ikut depa ja. Eeeee sexcited sangat ni. The last time kawan UiTM mai seingat I Rino la. Tak ingat tahun bila. Tapi masa tu dia sorang ja UiTM. Dia mai dengan their friend, Aus. Tapi kali ni agak ramai la. Ni yang the very closest tau. Kalau nak kira kawan-kawan UiTM tu memang la ramai gila. Tapi ni yang memang close memang selalu I sebut-sebut. Yang mai nanti ialah Kak Dayah, Aja, Mien, Doc, Farah & Dewi. Yang bawak husband ialah Farah & Dewi. Farah ada extra luggage iaitu anak Jepun mana tah dia nak bawak. Hahah. Anak dia macam Jepun weih. Taktau la ikut sapa. Terang-terang bukan Farah. Aja bawak Cik Yam. Izzat jaga Abg long kt KL. TAK SABAR.

Itu ja lah ketaksabaran I. Nanti I naik dari cuti, I update aktiviti depa kat sini ok. Konon-konon macam I pun pi holiday sekali la. Hehehe.

Ok lah. Mengantuk gila ni. Jam baru 2.15pm. Adehhh lambatnya time jalan. I just want to get over tomorrow cepat-cepat. Bosan!


Thursday 16 October 2014

3 months :)

Assalamualaikum...

Seriously taktau nak start dari mana. Tapi kali ni a good one. Dok senyum ja. All I can say for a start is, Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa kami. Allah dengar doa kami. Allah beri apa yang kami minta walaupun terasa lamanya perlu menunggu. I memang percaya Allah  Maha Mengetahui samada kami ni benar-benar sudah bersedia untuk menjadi ibu bapa yang baik. Dan Allah juga tunjuk pada kami bila masa yang sesuai dan perancanganNya yang sebaik-baik perancang. Yes Alhamdulillah I dah pun mengandung 3 bulan sekarang. Memang setiap kali bila teringat, I rasa macam Ya Allah what miracle is this? I never thought this could REALLY happen. Bukan lah dah patah semangat atau hilang kepercayaan, tapi you know when you have been waiting for too long, you just accept that there's something wrong with you & only miracles will change the situation. And miracles really does! Masa mula I dapat tau, 2-3 hari jugak I asyik menangis ja. Happy tears uols. Tak sangka yang I can finally be a mom, Hubs will be a father & most importantly, kami dapat melahirkan zuriat kami sendiri. Aren't we lucky? 3 tahun 7 bulan kami tunggu. Tunggu, berusaha, ikhtiar sana sini sampai lah recently I decided to just slow it down & relax. I tak larat dah nak fikir. Dengan sakit period I tiap-tiap bulan yang never getting better, cukup lah takmau dah makan apa segala ubat subur, segala supplements. Yang I continue pun Gulsan pati delima tu ja. Sebab tu cover untuk penyakit-penyakit lain jugak. And my last effort was Haji Lokman. Tapi I pi kat dia tu pun kan I cerita dia nak cure my cyst problem dulu. Katanya untuk pregnancy tu nanti baru buat. Alhamdulillah I think my cyst really cured & it allows this miracle to happen.

Let me take you down the memory lane. How I found out. How it changed everything.

I tak pernah miss my period. Never ever. Tak pernah jugak lambat. Makin awal ada la. Awal 2 hari, 3 hari, ikut suka dia. Eh pernah sekali lambat. Lambat 5 hari. Masa tu pun dok syok dah ingat pregnant. Sekali merembes jugak. Ok gagal. But this time, I lewat seminggu. Usually 5 days before my period begins, I akan rasa dah sakit-sakit perut tak selesa. Warning yang I akan period lettew. I memang rasa symptom-symptom tu semua. Even dalam masa seminggu dok menanti tak period dengan penuh debaran tu pun I dok rasa sakit jugak kat ari-ari. Tapi I found out a tactic. Kalau rasa sakit camtu, makan ja. Lepas makan mesti tak sakit. And so I tricked my mind & my stomach liddat. And then, cukup seminggu kaki sudah ketaq, pi jugak klinik. Memang sengaja takmau buat test sendiri sebab ada jugak a part of us (me & Hubs) dok rasa tak period ni sebab ada problem kot bukan pregnant. I think because both of us were not hoping but yet still were. Paham tak? Pi klinik, tak habaq pun kata nak buat pregnancy test. Bagitau kat Doc yang I risau tak mai period takut ada problem apa-apa. You know considering I ni macam-macam kes sangat kan. Tapi Doc tetap la the first thing dia suruh pi buat test air kencing. I pun pi la buat. Dia suruh duduk luar dulu then dia panggil kami masuk. Then terus dia bagitau, "Puan Nooraida you pregnant ya". TERNGANGA. Yes me & Hubs literally dropped our jaws on the floor. That's it? I tengok muka Hubs, Hubs tengok muka I then dua-dua tengok muka Doc & tanya "apa dia dokter?" Doc muka cuak teruih. I rasa dia mesti kata dalam hati "depa ni tak kawen lagi apaaaaa". Terus dia suruh kami pi klinik kesihatan kerajaan. HAHAHAHA. I pulak dok sedu sedan nangis masa tu. Whatever la Doc. Esok tu I buat appointment dengan Dr. Soon from Adventist. I just cannot tahan I want to know moreeeeee. Tudia tunggu Dr. Soon dari pukul 2pm sampai 6.30pm baru dapat jumpa. Tapi takpa I sanggup tunggu. Hehehe. Dia scan semua Alhamdulillah I was confirmed 5 weeks 3 days pregnant then. Allah saja yang tau kegumbiraan hati I masa tu. I cannot explain la wei. Everything changed. I cannot explain jugak apa yang changed but every damn thing changed. We really did it. We are going to be a parent soon. Masa tu I rasa nak suruh sapa-sapa mai penampaq I sat. Tapi tak suruh pun la. Aku boleh fait balik punya. Hormon tak betoi ni jangan buat main. Hehehe.

And so everyone in our family was extremely happy! Rifqi sampai menangis merambu-rambu air mata. Ooouuhhh :) Tapi I tak bagitau orang luar lagi masa tu. Yelah uols, I tunggu lama ni. I takmau la terlebih excited sangat or nampak macam eksyen ka apa. I kept it low dulu. Biarlah cukup 3 bulan macam sekarang ni baru la I dare to let everyone know :) Tapi of course family, kawan-kawan yang terpaling close skali dah tau dulu. I pun tak boleh nak simpan rahsia sangat dengan depa. Ketaq. Hahaha. Hari ni juga baru I upload & announce kat FB & IG pasal berita gumbira ni. Ececehh budget retis sangattttt. I dok reply sorang-sorang punya komen. Aiyooo sickness teruihhh. Hahaha. Tapi terima kasih sangat. Sebab ramai jugak orang yang I tak sangka tu semua are really happy dengan berita ni. Bergenang ja air mata baca each comments. I appreciate sangat-sangat tau. Terharuuuuu :')

And I couldn't thank enough jugak to everyone yang always pray for this miracle. To Mak, Mama, Abah, Tok, Kak, Abg Karl, Dikman, Sarah, Nana, Ayin, semua pakcik makcik tok nenek sepupu sepapat yang jauh ataupun dekat, close friends, not so close friends yang terlebih concern selalu tanya tak try tu ka tak try ni ka and to semuaaaa lahhh. Sorry kalau ada yang I tak mention. Too many to mention. Oh and thank you jugak to sesetengah orang yang pernah kata "ampa ni tak terer lah", "ampa tak cuba betoi-betoi kot", "laki hang tak reti shoot kot", "ampa dok tunggu apa lagi?"..thank you untuk ayat-ayat 'motivasi' tu semua. Kami pun tak sangka kami boleh. Ampa pun mesti lagi tak sangka kan? *wink*

Fuhh lepas ni uols mesti nak termuntah pulak sebab I nanti asyik nak cerita pasal pregnancyyyy ja. Lepas tu pasal anak pulak. Heheh typical la kan. 

Nah I belanja gambar I & baby :)

3 months bump :)

Assalamualaikum semua...cuba teka saya baby apa? Hehehe.

XOXO.

Wednesday 15 October 2014

I know.

Assalamualaikum..

Ye ye I tau lama bebenorrrr tak tulis blog ni. Macam takdak apa-apa nak update selain rungutan. Hahaha. Dekat wechat ka Facebook ka pun I dok tahan tahan ja diri I dari update apa-apa sebab takdak benda lain selain rungutan ja. Hahah. Happy tu adaaaaaa. Tapi I tunggu masa yang sesuai ja I nak update pasal happy tu. Sabar ye. I akan buat lintas lansung nanti. Hahahah. Budget top bak kata Farah. Farah is a long lost UiTM friend. Nanti minggu depan dia dengan all the other girls akan mai. Yeayy.

Ni pun taktau nak update apa..so I decided to letak gambar-gambar segala activity I then cerita from there ja lah. Aci ja kan?

Ok start dari minggu lepas lepas. Hahahha. 

Ececehhh..kengkonon OOTD hari tu la.

Raya kedua Haji hari tu sepupu I bertunang dekat Bagan Ajam. Mak takdak. Ikut Kak balik kampung kan. So kami adik beradik ni kena la wakil. Huhu. I malas gila nak pi kenduri sekarang ni. Hmmm. tapi pi ja la jugak kan..adik beradik pun..bukan orang lain. Hehehe.


Cousins for life!








Ni la dia yang bertunang tu. Nama dia Atikah. I rapat dengan Kakak dia, Siti Hajar. Tapi dulu masa kecik-kecik la rapat gila. La ni dah besar ni macam terpisah sikit. Tapi tetap close to my heart ok? Ni Atikah dengan Seha my cousin jugak. Dah pakai tudung ni makin comei.

Of course bersama gojes harus ada. Heheh. Sibuk ja Naufal ni orang tunjuk dia pun nak tunjuk.

Atikah with my another cousin Wani. Depa ni semua muda gila daripada I dengan Kak tau. Tapi kepala sama masuk ayaq. Memang best la kalau dapat berkumpul dengan depa. Pecah panggung!

Eh tiba-tiba gambar Abah Omar dok makan terlepas mai sini pulak. Malas dah nak susun. Ampa ok ja kan? Ampa best.

With Sara the only adik ipar pompuan. I mean my side la. Hubs punya side sampai dua haaa. Heheh.


Lepas balik dari kenduri tu saja bawak depa jalan-jalan. Dikman, Sara & Naufal memang naik dengan kami. So alang-alang tu memang dok bosan pun, jom la jalan pi Sunway Carnival. Bawak dia masuk toys r us saja bagi seronok. 


Weiii geram tak dengan budak ni??

Dia ni dah penat sangat sebenarnya. Tak tido langsung dari kami bertolak sampai petang. Dok tahan mata sebab nak main. Ni kalau tempat tertutup sikit, I dodoi memang dia tido ni. Sebab open sangat & cerah kan. Memang dia takmau tido la. Masuk keta ja terus padam. Hari tersebut pecah rekod sebab Hubs dapat cuti raya. Sekian.

Ok ada sikit ja lagi gambar. Malas nak buat entry asing. Kita lambak kat sini ja. Ingat Fynn Jamal ja boleh buat pasolambak? Haku pun boleh lah. Gagagaga. Ampun Kok Ping.

Gambar-gambar ni sebenarnya bukan I ambik pun. Ni Yana hantar kat group. Hahah aci la please? I memang malas gila nak ambik-ambik gambar buat masa ni ok. Ampa mesti faham nanti :)

Ya Allah tengok ni balik sedapnyaaaa. Lauk pauk kenduri Yana hari tu memang terbaikkk. Sedap gila lauk.

Yana buat kenduri akikah budak dua orang ni. Aqil & Wafi. Big boys :)

Look at the spread! Kecoq ayaq lioq.

Mihun sup pun ada. I amik jugak semangkuk pastu takleh blah dah. I takleh la sup-sup ni semua la ni. Nak nak sup daging. By just thinking of it pun I rasa melugai. Pastu bayangkan bau dia eeeeeeeeeee. Dulu feberet kotttttt. Ok takmau ulas dah pasai tu. Kembang tekak.

Haaa habis dah gambar semua. Hahaha.

Tapi rasa puas hati berjaya jugak tulis something. Bangga jugak dengan diri sendiri.

Thank you tau sebab sudi baca benda tak berfaedah ni semua. Hahha. Mesti ada yang menyesal bila mai hujung-hujung ni dah. Nanti I fikir apa benda berfaedah sikit nak tulis. Ampa kalau ada idea, bagi la kat I. Eh boleh ka camtu? 

Thursday 9 October 2014

Welcome back!

Assalamualaikum...

Lamanya blog ni tutup. Ececeh...macam kan sebelum ni tiap-tiap hari ada entry. Mihmihmih. I baru masuk kerja ni. Nope bukan cuti raya. I masuk dah hari selasa tu. Tapi bertahan sampai pukul 11am ja. Lepas tu I cabut balik. Tak sihat la uols. Then semalam sehari lagi MC. Tak payah tanya la sakit apa. Nanti I share :)

I tengok kat newsfeed amboi berderet udpate pasal Raya Haji ye. Semangat sangat semua orang. Ha time-time ni baru best bukak Facebook. Kalau tak cerita semua bikin mengumpat dalam hati ja. Hari 
Raya I was so simple. Memang dari dulu tak sambut sangat pun Raya Haji ni. Tahun ni ja pecah rekod I beli jubah. Tu pun sebab raya kat rumah Mama. So I need something yang veggghhyyy comfy. Raya Haji I memang tak semeriah di Kelantan or should I say Pantai Timo. The whole day tu duduk golek-golek baring ja tengok TV. Or baring dalam bilik. Bukan baring pun. Memang I tidooooo ja memanjang. Macam orang mabuk. Takleh bukak mata. Cuaca pulak memang hujan ja sepanjang hari. Memang suuurrr la tido. Pukul 11am dah dok teringat nak makan nasik. Lapaq baq ang. Kaw punya. Tapi control la kan. Pastu 11.30am Mama nampak kot muka kebuloq I, terus dia offer jom lunch. Memang I tak toleh kiri kanan dah. Terus masuk dapur buat kerabu timun. Mama suruh buat :) Tapi I tak makan. Are you crazy? It's sayur-sayuran ok? Lepas makan, tido balik. Hahahah. Bertuah punya menantu.

Petang tu keluar pi tengok wayang. Hehehe. 

Tu ja Raya Haji saya.

The only gambar on Hari Raya. Hahah.

Friday 3 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Assalamualaikum..

Amboi ada yang dah sampai kampung dah. I ni kat ofis lagi ni. Esok kot baru bertolak balik kampung. Takut jalan jam la kalau balik awal-awal ni pun. Ngahahahaha. Raya mana uols? I kat rumah mak mentuas la mana lagi...Alhamdulillah Mak ikut Kak balik raya kat kampung. Kalau tak, pening jugak rasa serba salah nak raya mana. Ikutkan hati I, senang tak payah raya mana-mana. Duduk rumah sendiri ja. Derhaka dop? Aci dop? Demi nak jaga hati semua pihak. Sini anak-anak lain tak dapat balik. Takdak sapa-sapa. Sana pulak takdak suami. So kesunyian dia tu lain macam. Harap anak-anak ja. Hadoyaiii. Hehe tapi takpa lah. Dah terbiasa dengan tanggungjawab begini. Take one raya at a time kekdahnya!

Rindu kan nak tengok sembelih lembu? Last I tengok rasanya masa sekolah menengah. Duduk kampung lagi waktu tu. Terasa la kemeriahannya. Dah duduk flat ni memang susah la nak dapat tengok. Alih-alih melepak ja la kat rumah. Ntah la. I takdak that feeling raya macam raya puasa. Eh berdosa tak cakap camtu?

Ok lah..untuk sesiapa yang malam nanti ka esok pagi ka esok malam ka baru nak bertolak balik kampung, saya nak ucapkan berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat sampai. Lambat-lambat pun sampai jugak. Bagi yang takdak kampung nak balik jauh-jauh macam saya ni, selamat beristirehat and have fun during your long weekend!

Terimalah selfie abad ini...........


Thursday 2 October 2014

Apo nak dikato?

Assalamualaikum..

10 minute I renung screen ni taktau nak mula camna. Pernah tak ampa rasa kecik hati sangat, rasa tidak diadili, rasa left behind tapi takleh nak kata apa sebab tau benda ni akan melarat? Susah kan bila kita ada perasaan tu? Berat kan nak tanggung perasaan tu? To make it worse, kita tak boleh nak cakap apa pun sebab malas nak drama-drama nanti. Walaupun sebenarnya kita perlu komunikasi dengan orang yang kita terasa tu. Baru dia tau perasaan kita. Tapi knowing that person, kita rasa tak payah la kot. Mesti nanti jadi drama sebabak. Last-last yang makan hati siapa? Mereka dan keluarga mereka. Tak tak. Keluarga pun taktau ekor kepala. So yang makan hati adalah diri sendiri. Dan being me, memang susah sebab seboleh-boleh I akan elak confrontation. I like communication. Tapi communication yang boleh terjerumus ke confrontation, I memang takmau. I prefer to diam ja. I think diam is better. Lama-lama you akan heal on your own. Dari you nak bermasam muka dengan orang tu berhari-hari. Pun sakit hati jugak. Memang la puas hati tapi I rasa I tak kuat nak face keadaan camtu. Hmmm..if only you would understand better........

Satu lagi kecoh seantero Malaya pasal issue naik harga minyak. Nak gelak pun ada dekat orang-orang yang pulun la pi isi minyak penuh-penuh semalam. Adoi la ampa ni..macam la next week or bila minyak tu habis tak payah pi isi minyak dah. Sooner or later you still have to face it. Yang keyboard warrior pun tak ketahanan. Kemain lagi up status maki-maki bising-bising kata gomen naik harga segala. Najib rajin pulak kan nak bukak facebook ampa nak baca? Hehehe. Aku pun merongot jugak tapi 5 minute pertama masa dapat tau ja la kot. Nak buat camna lagi kawan-kawan oi...Decision has been made. I'm sure it is made after fine consideration & looking at every angle. Bukan nak jadi pro-govt plak ni tau. Cuma kita fikir logik la. Eh tapi taktau la kot nanti ada cerdik pandai bab-bab ni yang akan keluarkan fakta-fakta sebenarnya tak perlu nak naik harga minyak ni walaupun harga minyak dunia tu naik. Or ada yang tau ka harta kerajaan banyak mana. Cukup aihhh nak bagi subsidi minyak kat kita sorang dua kupang. Apa lah sangat. Wallahualam. 

Jom layan parody minyak naik pun best. Cerdik & kreatip orang Malaysia ni. Pantas pulak tu.






Yang Awie tu tak tahan tu. I dok bayangkan cara dia cakap "Inilah tragedi Oktober" HAHAHA.

Bye semua.

Wednesday 1 October 2014

Ahaday

Assalamualaikum...

Ya Allah tiap-tiap hari berzikir bosan tau. Sebut bosan pun dah bosan. Acaner nihhhh..! Tanya Hubs memang jawapan dia "amik unpaid leave ja.."..amboi kalau dalam account dok ada bertingkek-tingkek takpo la janggg..Nanti awak yang meranaaa...Hehehhe..Takpa lah...take one day at a time lah...*ayat penyedap hati*

Siapa kat sini minat memancing? I tak minat langsung. Kalau pi pun sebab kena paksa ja. Baru ni Kak and the family pi fishing kat Jalan Abbas. Hari Ahad tu pulak I dengan Hubs jem taktau nak pi mana. Nak pi mall lagi I rasa macam tak kosser sangat. So marilah kita join depa. Saja I bagi ayat kononnya cerita ja kat Hubs. Pastu kita selit ayat mengajak. Hakhahkah. Nasib baik dia cakap jom. Kalau tak, al-sentap lah kau di situ sorang-sorang.

Dulu arwah Abah memang selalu sangat paksa bawak kami pi fishing. Most of the time pi dekat belakang Green Hall. Tengah-tengah malam nuh baru pi. Nganga la kami anak beranak. Tapi walaupun I secara paksaan, tapi I tetap ada joran I sendiri. Of course mana boleh kalah. Tak pernah dapat ikan lain selain ikan gelama, semilang dan kembong. Hahahaha. Ka memang belah-belah perairan sini semua memang ikan tu ja yang ada? Boleh la kan...

Baru ni tempat pertama dimenangi oleh Rifqi. Dia letak ja umpan, mengena. Tak sampai 5 minute pun. Hebat sungguh. Dikman, dapat jugakkkk tapi ikan sema besar jari kelingking ja. Hahaha. Abang Karl 3-4 kali ubah tempat baru dapat. Depa ja mancing. I, Mak, Kak & Sara duduk lepak sembang-sembang ja. Hubs pulak dok sun tanning atas batu. Hewhewhew.

Tengok lah gambar. Taktau nak cita apa dah. Hahah bengang tak?

Enjoice!









Sesungguhnya takdak satu pun gambar ni dari phone I. I curi semua dari Whatsapp ja. Hehehe. Taktau la pasaipa tak kuasa sangat sekarang ni. 

Ok tu ja kita nak share-share sembang-sembang kosong.

Thank you tau kat ampa yang tetap juga nak baca blog ni walaupun isi takdak la padat mana, tak ilmiah pun, takdak motif pun sebenarnya & tak memberi apa-apa informasi yang berguna pun kat ampa. Tapi tetap la ada jugak yang hari-hari rajin refresh blog ni (walaupun dulu I yang paksa). Terima kasih bebanyak sangat. Walaupun 20-30 views saja sehari tak macam orang lain yang berbelas-belas ratus sehari, I dah cukup happy dah.

Tau. Thank you tau.

Daaaaa.....