Friday 27 February 2015

#aidakamalcuticuticinta #babymoon #babyNK - Day 2

Assalamualaikum..

Hye Babes. Ready for Day 2?

Wah macam best sangat day 2 hang tu Aida.

*Patut entry ni dihabiskan semalam. Tapi semalam I MC. Jangan risau, I bukan MC seronok-seronok golek-golek kat rumah. MC pun duduk melanguk depan laptop buat keja juga*

So masa hari ke 2 tu check out from Concorde untuk ke Seremban. Hubs nak sangat melawat Tokba dia kat sana. Sebenarnya antara tujuan holiday ke area-area ni ialah sebab nak ke Seremban nak melawat Tokba. Hubs dah berapa belas tahun tak balik kampung. I lagi la tak pernah kan. Heheh. So lepas check out tu ke Kampung Baru mencari Wong Solo. Hasan punya idea. Lepas dah drop Hasan kat Pavillion, I ajak Hubs singgah Times Square. Heheh. Sebab dah alang-alang ada kat jalan tu kan. Uiitt seronok pi Times Square. Siap suruh Hubs pi duduk Starbucks dulu I nak membeli dan terbelah sat. Heheh. Tapi tak jalan banyak pun sebab I sendiri pun dah berpeluh-peluh semput and Hubs pun dah call kata dia dah tak larat duduk Starbucks. Padahal tak sampai sejam pun lagi masa tu. Tapi sebenarnya I syak dia dok bebai sebab tanya jalan nak pi rumah Tokba tapi dapat jawapan yang dia tak paham. OOOoooOOpppsss!!

Ada la adegan drama apa ka sikit (as usual la drama King heheh), akhirnya decided untuk pi Seremban jugak...Mak Ok Je uols...ikut ja mana-mana. Malas nak cakap banyak. Satgi paksa jadi bunga taik. Satgi diam sangat pulak encourage dia punya bebai pulak. So kita bagi sepatah dua kata lepas tu, lu pikirlah sendiri!!

Sampai ja kat Seremban, Hubs bawak pusing-pusing pekan katanya. Heheh pekena cendol Haji Shariff. Haaa tengok macam ramai gila orang ni mesti sedap. Boleh tahan. Tapi bagi I Penang punya lagi pooowweerrrr. Nah belanja sikit gambar.

Laa awat pakai lipstik kaler kelabu? Hehhe..

Pastu kan boleh pulak terjumpa senior masa UiTM Jengka dulu. Sebab orang ramai sangat dalam kedai tu so takdak tempat. I dapat meja yang 4 orang duduk. So dia mai tanya I nak duduk boleh tak? Ish awat pulak tak boleh kan? Bukan I nak duduk lunjoq kaki atas kerusi sebelah. Heheh. Then dia dapat meja baru. Pastu nak makan tu I bukak la my shades. Takkan makan pun nak feeling-feeling. Then dia panggil I tanya I Jengka ka dulu? Lorrr senior duduk 1 dorm pulak tu. Hahah. Tak guna betul aku ni. Kak Shira namanya. Kak Shira nanti nak jalan-jalan Penang bagitau kiter ok?

Lepas makan cendol dah sejuk tekak, mari lah kita ke Tanjung Agas ke rumah Tokba. Nasib baik Nana bagi landmark apa tah nama tempat training tu. So kami ikut signboard berpandukan tempat tu ja. And then baru nampak jalan ke Tanjung Agas. Alhamdulillah tak sesat. Sampai tu ja tengok Tokba dah duduk tunggu kat depan pintu. Sampai jugak kami. Lepak-lepak sembang sat then ajak Tokba and Pakngah pi makan kat area-area tu. Makan kat tepi sungai yang memisahkan antara Melaka dan Seremban.

Tu pokok-pokok tu dah Melaka dah tu. Hai Doc.

 Ni la Pakngah depa. Pakngah dulu duduk Penang. Memang rapat dengan Hubs & the siblings. Pakngah banyak bantu around the house. Pakngah ialah adik Abah.

This is Tokbaaaaaa.

Lepas dah makan, hantar Tokba balik duduk sat pastu terus gerak nak cari tempat bermalam kat PD. Tapi Masha Allah PD jem macam kalihamsss. Semua hotel fully booked kot. From Tanjung Agas nak ke PD tu dalam 30-45 minit ja. So decided to patah balik cari bilik kat Seremban ja. Hotel biasa-biasa ja nama Diamond Inn kot. Kerlas. Hahah. Just untuk lelapkan mata. Letih hoih. Sebab dalam kereta ada drama sebabak lagi. Gggrrrr fenat lah fenat T.T

So that was the day 2 punya cerita. Day 3 nanti banyak gambar ja. Tapi memang sangat breathtaking. I miss all of the moments. Next week lah I share ok?

Tataaaa.



Tuesday 24 February 2015

#aidakamalcuticuticinta #babymoon #babyNK - Day 1

Assalamualaikum...

Gitu hashtag. Kau mampu??

Kan I ada dok pompang hari tu kata nak pi holiday kan? Ni nak cerita la ni. 

Kami bertolak dari Penang ke KL hari Rabu lepas. Masha Allah sekejapnya masa. Esok dah Rabu. Perghh seminggu dah. Kisahnya nak bertolak Khamis. Tapi sebab keterujaan yang melampau masa buat booking, telah berlaku satu insiden kebodohan sikit. I tersilap pilih date. Patut Khamis 19 Feb. Instead, I pi tekan 18 Feb tanpa perasan 18 tu ialah Rabu. Terkezut tengok harga hotel, teruja melampau terus click ja. Takut bilik habis kot. Hahah. I book Concorde Hotel. RM270 ja uols 1 malam. Mau tak tergejut. Memang plan nak duduk 1 malam ja la Concorde pastu terus gerak ke Seremban. Dah dapat confirmation voucher baru macam eh. Lain macam ja date ni. Betoi ka? Baru bukak mata luas-luas dan baru nampak laaaaaaaaaaaa Rabu kaaaa. Hahah. Terus nak cancel. Dah cancel, dapat cancellation confirmation, baru perasan lagi yang cancellation akan di charge 100% of room charges. Hoi hoi hoi. Lepas tu I keluar pi jalan-jalan Prangin Mall & 1st Avenue (menyempat ja hang ni Aida). Pastu macam dok cannot brain pulak dah cancel pastu kena charge 100%. Might as well aku stay ja sana kan? Sampai tengah malam pun fedulik lah kan. Janji I guna bilik tu. So dok la call sana sini nak reinstate balik booking. Alhamdulillah dapat....haiyooo lain kali Noreda jangan buat kerja camni dah. Terus takut kena marah punya pasal, volunteer kat Hubs I nak belanja duit hotel semua untuk trip kali ni. Hahahha. 


Alhamdulillah our room was upgraded sebab I specifically asked for a smoking room tapi bila sampai, smoking room hanya ada 2 single beds. Takpa la I kata I takmau smoking room but I nak 1 queen bed at least. Tengok-tengok dia kata takpa dia upgrade room type. Hehehhe. Masuk bilik terus jakun lagi sekali sebab bilik nampak KLCC. Ok 2 reasons kenapa I pilih Concorde Hotel kali ni ialah sebab I nak gumbirakan hati Hubs. Bawah tu ja Hard Rock Cafe. Pastu dia teringin sangat nak pi Pavillion. So jom mari. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit this time :) Selalu duduk hotel cukup-cukup makan sajiaa.

Breakfast was amazing la kat Melting Pot tu. Memang sedap dan berbaloi. 2 pagi I makan banyak. The first day tu banyak sampai menganggu perut I. Tengahari I jadi tak boleh makan banyak pastu by petang dah angin cucuk-cucuk.


This was our 1st day breakfast. Damn teroih lapaq.

Lepas tu balik bilik sambung tidoq sat. Padahal dah janji dengan Nana nak jumpa kat Pavi pukul 2pm. Hehehe. Tengok-tengok tudia pukul 12pm lebih camtu Nana dah sampai. Kelam kabut kejut Hubs suruh mandi and siap-siap. Kesian dia sebab dengan anak kecik lagi kan. Dah sampai sana pun tak jumpa jugak lagi. Dia kata tengah makan. Kami pi kat kedai makan tu dia dah habis makan and dah start jalan pun. Kami pulak lapaq nak makan. Kami makan kat Madam Kwan's. Ok ok la food dia. Nak kata kebabom tu tak la. A bit pricey. But yeah it's a holiday. So what the heck. *riakberdosa*

Kakak dok tangkap lentok nak tido.

Macam biasa lah budak-budak ni bukannya mau pun kat kami. Haha. Acah-acah main camtu ja. Nak ambik ja nangis. 

Tapi Zara lawak. Muka stim gila kena angin pastu nak makan kipas tu.

The siblings. Ayin pun baru sampai dari Penang tu. Dia bertolak pagi Khamis. Minum, jalan, lepak, sampai naik bosan. Hahah. Hish this pregnancy I nak membeli jadi takdak selera nak beli. Keinginan tu ada tapi bila dah pegang tu ja terus jadi macam ermmm tak payah la. Ha camtu.

Ada budak tu merajuk duduk camni sampai rumah sebab Aunty Ayin dia tak balik sekali dengan dia. Izz Zayani Zandra nama dia.

Then bersambung jalan ke KLCC pulak. Rupa-rupanya si Rino ni dok contact Hubs konon nak buat surprise kat I. Patut la I dok pelik kenapa la si Rino ni takdak contact pun. Kata petang nak jumpa. Tapi I takmau la pressure dia. Kot Bunga tak sihat lagi or tak fully recovered from demam campak lagi. Sekali terperanjat gegel tau. Masa kat KLCC ni Nana dah balik sebab ye lah dari tengahari dah keluar. Budak-budak mesti penat kan. Ayin ja ikut pi KLCC tapi tu pun sat ja. Dia pun nak kena gerak balik dah sebab nak ambik barang somewhere then baru boleh pi rumah Nana. Tak boleh la lewat-lewat malam kan. Ada kids.

And nak tambah lagi to my surprise, oh em gee...so sweet of Rino & Faiz boleh pulak beli kek kecik untuk birthday Hubs, bunga ros for me & teddy bear for babyNK. Kami lepak minum kt Chinoz ja sebab I dah tak larat nak jalan.

Budak Bunga ni biasa la. Mesra alam dengan kami. 

Gemokssss. GOODBYE!

Balik bilik sat mandi laju-laju pastu turun pi Hard Rock nak dinner. 

Sampai ke KL pun nak jumpa. 


 Uncle siap bawak Bunga slow dance lagi. Lepas tu dah start band, Bunga duduk dalam stroller sambil layan pastu tengok dah tertido budak ni. Rino cakap sampai ke rumah pun tido. Salin baju pun tak sadar apa-apa dah. Hahah cute ja.


Dah settle makan tu, balik lah kita. Calling the night off. Penat dah.

Goodbye. Next entry for the next day ok. I pun penat dah tulis banyak-banyak. Mengada sangat nih.

Wednesday 18 February 2015

Pakar dan Cuti

Assalamualaikum...

Tadi I pi check up lagi kat KK. Kali ni jumpa pakar. Alhamdulillah pakar tu kata "It's ok. Give your baby & the placenta a few more weeks to move around. You still have time. Not to worry." Yaaaa ok thanks Doc! After few menyusahkan hati appointments, now for the first time baru dapat good news from KK? Huhuhu. Pastu Doc check I punya BP. Dia kata "Wahh..today your pressure surprisingly is very good. Usually very low or high". Dan I pun jawab "Because today you just told me good news". Hahhahah.

Alhamdulillah Ya Rabb.

Ok ni lagi 15 minit kami dah boleh balik. Boleh balik pukul 4 sebab Chinese New Year Eve kan. Hehehe Yeayyys! And malam ni I bertolak pi Cuti-cuti Malaysia. This year dah tak boleh fly so kita dalam Malaysia saja ok? Nanti I up entry cuti-cuti ni ya. Sexcited chuuooollsss!

Oleh itu, to all my Chinese friends & kot kot la ada Chinese readers (huahuahuahua *kedengaran lagu Jay Jay Joget Angan Tak Sudah*)......

XI NIAN KUAI LE!!

Image result for goat year 2015

BE SAFE GUYS!


*teringat kalau dulu-dulu kala, malam ni dia dok pi dahhhh..malam ni dia dok pi dahhhhh. Hehehe.*

Tuesday 17 February 2015

Pabila...

Assalammualaikum...

Rasakan di hatimu secebis kasihku
Yang sentiasa merinduimu
Biar kau tiada di mataku
Asal kau bersama Penciptaku juga Penciptamu
Yang menjanjikan pertemuanku denganmu di syurga
Milik yang SATU. 

Image result for MISSING

#was written last night when I was experiencing short of breath; couldn't sleep and was thinking of all the people that I've lost.

#ALFATIHAH

Friday 13 February 2015

Braxton Hicks

Assalamualaikum.

Haaa..ampa jangan ingat I dah lupa janji manis I. Walaupun ada sedikit yang ku ungkiri. Kata nak update semalam kan? Semalam terlalu fokus buat kerja uols. So hari ni letak ja pungkok atas kerusi, terus I fokus buat kerja ofis sebab I nak habiskan dan tunaikan janji I kepada ampa nak update pasal Braxton Hicks ni. I tulis BH ja la ok?

I dok baca from Internet, almost every pregnant woman akan rasa BH. Tapi antara sakit atau tak ja. And for those who are unfortunate just like me, akan rasa la sakit yang melampau. I first experience BH ni masa 5 bulan. Masa tu mana la tau kewujudan BH ni. Tapi memang sakit sungguh siap tangkap pinggang. Pi Klinik Mutiara, dia bagitau mild contraction. Terus takut la. Pi pulak Adventist malam tu. Doc cakap mild contraction ni la. Tapi dia check semua takdak lagi pembukaan or apa. So nothing to worry. Sakit jugak for few days. Dapat MC 3 hari. Eh dah cerita kan? Ok so, lepas-lepas tu, I memang kerap sangat rasa BH. Sakitnya tak seteruk masa mula tu. But still sakit kot. Memang time rahim I mengembang and mengeras, I have to stop everything yang I buat. Sakit sangat uols. Tu yang terjadi nya tragedi pitam tu. Sebab it was too painful. 

There's nothing even a doctor can do to stop the BH. Kita just kena bear with it ja. Doctor jugak ada conclude yang because of my fibroid (ada seketoi area atas pusat) tu, so when BH berlaku, I rasa bertambah sakit sebab kedudukan fibroid tu. Walhal, fibroid tu tak mengganggu apa-apa pun. Sepatutnya I tak rasa sakit or whatsoever pun. I am just being unlucky. And latest semalam I pi Klinik Kesihatan and Doctor kat sana pulak conclude benda jadi bertambah sakit because my precious son dok duduk melintang. Maknanya kepala dia blah kanan perut I, kaki blah kiri. I am still at my 29 weeks. So nothing to be worried about transverse or what. Still got long way to go for my baby to engage to the correct position. Cuma ianya sangat menyakitkan la. Masa staff nurse tu godek-godek perut I pun dia kata padat sangat perut I. Hhmmm..

And because of my conditions ni semua (BH, palpitation, uri kat bawah, anak melintang, etc), from next week onwards, I have to visit the clinic twice a week. Helloooooo....orang-orang normal, twice a month tau. Kira 2 minggu sekali. Hahaha. Tak normal sangat la aku ni. Takpa for my own good. Depa nak monitor closely on my BP, urine & heart.

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu. 

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin. 

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini. 

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku." 

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. 

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks. 

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda. 

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu. 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang. 

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:

Ok..ni semua I cilok dari babycenter. Hehehe. 

Harap-harap informasi ni dapat digunapakai oleh semua.

Assalam.

Cop. Alfatihah untuk Allahyarham Hasbullah Awang dan jugak Tok Guru Nik Aziz atas pemergian mereka. 

Wednesday 11 February 2015

Maternity Back Support

Assalamulaikum...

Thank you Allah for creating such thing as this. Heheh. Tapi actually I pakai ni bukan untuk back support sangat. More to abdominal lifting ja. Belakang I tak berapa ada problem sangat (Alhamdulillah touch wood). Yang problem nya ialah abdomen bawah perut I ni. Berat ja rasa. So I bought yang 2 in 1. Eh Farah yang tolong belikan. 

Ada 2 jenis Maternity Back Support ni. 1 hanya untuk back support. 1 lagi with 2 functions; back support & abdominal support. I memang dari awal pregnancy ada problem dengan bawah perut ni. Rasa berat ja selalu. Kalau contoh I duduk then nak bangun berjalan, mesti sakit gilos bawah perut yang would require me to jalan terbongkok-bongkok, pegang perut and kengkang sikit. Boleh bayangkan tak? Buruk naaauuu. So I buat research & dari orang-orang berpengalaman bagitau, I kena pakai waist belt ni. Then I teringat hari tu macam pernah nampak conversation Farah & Nad pasal waist belt ni. Tanya Faray yeayy dia memang nak pi beli pun. Alah memang la ada jual benda tu kat Penang. Tapi saja la nak manja-manja dengan Farah (Read : Malas nak pi cari sendiri).

So rege benda ni kalau yang untuk back support saja, RM58 kot. Kalau yang 2 in 1 ni, RM101. Fair enough la dengan kesedapan pakai benda ni, Alhamdulillah tak la sakit sangat bila nak berdiri tu. Rasa kejap (firm) and supported ja.

And amazingly, even masa diserang "Braxton Hicks" (BH) pun seriously tak sakit sangat. I know it's happening tapi tak macam sebelum ni when I have to stop everything I was doing. Pheww. I buat experiment semalam. Masa kat ofis I pakai belt ni all the time. Selesa and BH tu wasn't bothering me that much. Tapi lepas abis kerja I pi rumah mak and bukak belt tu. Perghh masa BH tu mai, macam nak pitam woooo. Yes I pitam 2 kali because of this BH. Sakit where my body cannot take that much of pain. Sekali masa kat IKEA & sekali masa dalam toilet kat ofis.

Seorang pelanggan yang gembira.

But what is this BH I was talking about? Akan saya kupaskan dalam entry yang akan datang. In shaa Allah. Takmau percaya sudah. Namamu Bedah. Tetekmu sebelah.

Chowwww.

Tuesday 10 February 2015

#babyNK prep.

Assalamulaikum.

Mengada tak nak ada hashtag bagai? Hahah. Sukatiailahhhhh...

Alhamdulillah setakat ni I boleh kata 80% preparation dah siap. 10% tu nak kemas-kemas letak dalam bag (I kan pantang rumah mertua, semua la kena berangkut. Cuma I pening dekat nak kira berapa helai nak bawak baju I sendiri ja. Kalau bawak semua, pastu sekarang kat rumah I nak pakai baju apa? Hahaha). Lagi 10% tu ialah nak beranak. Heheheh.

Mari I list down kan barang apa yang dah ready.

SUDAH
Pakaian
- Baju lengan panjang
- Baju lengan pendek
- Baju lubang-lubang pendek
- Baju lubang-lubang panjang
- Seluar panjang dan pendek
- Rompers (lots of them coz they are too cute not to buy)
- Topi
- Mittens & Booties
- Bedung
- Barut
- Receiving blanket (lampin tak sure nak beli ka tak)

Penjagaan diri
- Tuala
- Handkerchief (gila terbeli banyak)
- Pemotong kuku (so cute ada magnifying glass)
- Wet wipes
- Waterproof bed pad

Sleeping Essentials
- Ummi (hehehe)
- Baby cot (set)
- Selimut (tapi macam nak beli comforter. tapi perlu sedar diri rumah takdak hekon. hahah)

Bag Ummi
- Pad (dapat free belambak masa baby fair)
- Selipar (mesti sarung sekali masa nak pi hospital kan. takkan nak pakai heels pulak. eh tapi boleh jadi jugak kalau tengah dok jalan-jalan kat mall tu buat hal nak beranak pulak. ok ok standby selipar dalam bag)
- Alquran (downloaded dalam phone. so not to worry)

Breastfeeding
- Nursing bra (macam nak kena beli lagi tak cukup)
- Bib (gila jugak terbeli banyak because they are supercute)

Feeding bottle
- Botol susu
- Berus botol susu
- Sterilizer & warmer (Nana bagi pinjam kot ni)
- Pembersih botol

Others
- Stroller 

BELUM
Pakaian

Penjagaan diri
- Besen mandi (ni ada dah kot kat ruma Mama)
- Set mandian (Rino, jangan lupa beli. I suruh Rino beli yang tropika tu. I suka bau masa Bunga pakai. Wangi ja)
-Minyak baby (pun Rino)
- Nasal Aspirator (takpa yang ni anytime Hubs boleh lari pi beli)
- Termometer (same. when needs arises)
- Drapolene (shoot.lupa)
- Kapas 
- Pampers

Sleeping essentials
- Bantal lubang tengah (tak jumpa lagi yang berkenan dihati. amboi sangat)
- Mosquito repellent (nak beli yang jenis macam keychain bau daun serai tu ja)
- Kelambu (perlu ka?)

 Bag Ummi
-Stokin
- Cardigan
- Baju extra
- Kain batik
- Toiletries

Breastfeeding
- Nipple cream

Feeding Bottle
- Breast pump (ni pinjam ja nanti)
- Storage bottle
- Cooler pack
- Cooler bag

Others
- Car Seat (claim from Mamu Hasan)
- Carrier (claim from Aunty Ayin)
- Bouncer (claim from Aunties Primadona)
- Playmat (ni nak mintak kat sapa belum fikir)

Set pantang
- Apa pun tak beli lagi sebab plan nak ambik from Makcik Mahfuzah yang urut I tu ja.

List ni semua I buat research kat Internet ja. Bukannya pandai pun. Tapi I tengok Kakak I beranak dulu senang ja tak payah nak list-list bagai ni. Ka I yang tak amik tau? Hehehe.

Sneak peak of #babyNK's room. Hahah ini ja pun takdak tambah apa-apa dah. Berangan ja lebih I ni.

Tatatititutu. 

Apa sudah jadi?

Assalamualaikum...

Pagi-pagi tadi dapat whatsapp berhantu. Katanya "Aidaaaa pls la update belog hg tu. Sian aku hari2 bukak tajuk ayaq gula hahaha".

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Gelak guling-guling I baca. Tapi memang weih lama gila I tak update kan? I have been VERY THE VERY busy. Tapi Alhamdulillah job yang buat I busy tak menang tangan tu telah diwariskan kepada orang lain berkuatkuasa minggu ni. I will have my time back! Hehehe. Tak payah dah jugak nak pening-pening kepala everyday. Tapi kan, sebenarnya I am getting used to it pulak. Dulu masa mula-mula dapat kerja tu macam adehh susahnya nak cope. Mana cukup masa. Rasa tak boleh sangat. Dengan follow up nya, dengan nak kena menjawab nya. Tapi setelah lebih kurang 3 bulan lebih buat benda tu, I rasa macam Ok..this is not that bad..takdak dah drama-drama air mata (yes guys, it was that stress). But now, Dato' dah bagi kerja ni dekat orang baru. Lega. Alhamdulillah. Phew.

So now, In shaa Allah I akan kerap-kerap mengupdate ok. Thank you tau pada semua yang hari-hari refresh blog page yang sedih ni. Hahah. Bagus ampa ni dengar cakap. Kan masa my 1st entry I dah pesan suruh rajin refresh. Clap clap to everyone.

Sorry I've been a very busy sexy bee. Nak jugak sexy. Hahaha.

Satgi I update lain ok. 

Tata lovelies!!

For now.