Friday 30 August 2013

TGIF!

Assalamualaikummmm....

Salam Jumaah!

Haaa...akhirnya I can scream out loud, TGIF! Heheh..actually been screaming for the past 2 months.
Tapi ok la tu compared to the past 6 years I've been working. Tak pernah kot dapat cuti sabtu ahad. Ini lah 1st time.
Alhamdulillah it has been 2+ lovely months I dengan Koridor Utara Malaysia ni. Nah, dah bagitau kerja kat mana. Tak payah dok pi tanya orang dah. Eh, reader hang bukan kawan-kawan hang ka Aida? Huahuahua.
Bukan senang I nak blend myself dalam dunia korporat ni. I ni kan keparat. Memang a challenge la. Mostly surat-menyurat in BM. E-mails pun mostly in BM. Tau-tau la bahasa kerajaan ni. Ya rabbi berbelit-belit berbunga-bunga. Contoh terdekat tadi. Tengah nak buat enquiry dekat big bosses kat atas nuh. I rasa sejam kot I dok type padam type padam e-mail tu. Padahal it was just a 5 lines e-mail ja pun. Dilema sangat ayat apa nak guna. Aku type, aku gelak. Aku type, baca, gelak. Pastu padaaammm balik. Macam lucu guna bahasa formal. But I guess it is part & parcel of working in such environment lah. I just have to adapt. No worries, I'm good at it. Peace yo!
Andddd for the 1st time in my working life jugak, i get to go for lunch for 2 jam koittt. Suka! Pardon my jakuness ok? Tadi ke Gurney Paragon ikut kakak-kakak ofis ni. Depa nak pi H&M. Pastu teka la sapa yang beli & sapa yang tak beli? Ahkak jugak yang membeli. Depa tak beli apa pun kat H&M. Choi sangat aku ni. Pasepa hah? Akan tetapi, aku telah membisik dan meracun Kak Juli beli kasut kat Charles&Keith. Hahaha. Bukan apa uols, aku takut aku jugak yang terbeli nanti. Bila orang lain yang beli, kepuasan aku tolong pilih tu macam aku sendiri yang beli. So selamat beg duit Hubs. Eh tetiba Hubs terlibat. Yes I'm psycho like that.
Makan tadi pun laju-laju kat Sam's Deli kat bawah tu. I had beef lasagne. And so does the 3 other kakaks! Tak variety langsung tau. Tapi I beli la 2 ketoi benda ni. Tak sempat makan. Campak dalam beg. Sekarang I dah lapar balik. So marilah dikau bersemadi di dalam perutku.
Ok nak makan sat and sambung buat keja dulu. I can't promise you I will blog during the weekends tapi refresh ja la setiap 2 jam. Uols kan dah janji kan???


Till then lovelies!

Le Familia.

Hello..hello..hello..seperti yang dijanjikan, ni nak cerita mai pasal my family. Lemme start with arwah abah.

Arwah abah, Md Noordin Bin Ahmad left us when he was 55 years old. Sedih, hiba, sedu sedan semua complete bila arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 January 2011 @ 1.20pm.  Yang membuatkan pemergian arwah abah lebih susah dihadapi ialah hari tu is my wedding day side lelaki.  Which means, 15 January 2011 ialah side kami & it was his last day with us.  With all the family.  Alhamdulillah, semua orang dapat jumpa, bergelak ketawa dengan arwah.  No one saw it was coming.  Arwah was a very healthy man.  By healthy i mean aktif bersukan & what not.  Tapi of course arwah ada his weakness.  Arwah perokok tegar.  I think tak payah la I nak cerita kronologi cerita how arwah spent his last moments.  Biar I cerita kat sini semua yang bagus-bagus pasal arwah yang kita boleh ingat. Arwah was a VERY strict man. Garang ampa tau tak.  Tapi bila tengok balik, ada hikmah arwah garang dengan aku pun. Or else, I don't know where I will end up now.  Tapi garang-garang arwah, aku sneak out memalam tu tetap jugak kennnn. Dasar sgt!  Arwah thought us to be diplomatic in every way.  Apa-apa pun boleh di bawa berbincang. Yes i shit my pants (literally) every time I want something from him. But hasil dari perbincangan tadi, yeay I got most of the things that I wanted.  Doesn't necessarily to get "things" tapi macam nak keluar berjimba ka, nak beli kereta ka, nak bok balik boifren ka (hahaha!).  Arwah line clear sebenarnya.  He just wants his kids to talk to him.  But biasa la masa muda rumaja, I was ignorant & stupid. Yes stupid. I think i fail to be a good daughter to him.  Selalu buat arwah bara.  I always wish I can see him gets really old & laugh at my mistakes. Hahaha. Suka hati hang ja Aida.  I was quite close to arwah masa kecil-kecil.  Arwah akan bawa aku pi mana-mana naik motor.  The best activity I can remember was tangkap kupu-kupu. Haaa..pastu arwah nanti guna balang-balang cekelet tu & tebuk lubang kat penutup. Hasil tangkapan, boleh dimasukkan kedalam balang itu. Boleh la pastu melanguk tengok kupu-kupu tu dok terbang sana sini. Then konon kupu-kupu tu dah jinak, aku yang bijaksana ni akan take them out to pet on my hands. Bijak sangat. Goodbye kupu-kupu! Or arwah akan bawa aku ikut dia ke klinik gigi kat Chinese Girls High School.  Arwah attendant gomen dulu.  He was stationed there. Budak-budak lain gerun masuk klinik. Aku ni suka sangat bila Doctor tu kata nak check gigi. Tapi tak elok jugak gigi sampai ke sudah.  Hewhewhew. But sadly it all started to change as I grew up.  Naik motor dengan arwah pun nak malu.  Arwah would teased me nak hantar I pi rumah Elly, rumah Shati. Tapi tak tease jugak sebenarnya. Dia betul-betul nak hantar sebab aku ni kaki senget skit. Tak straight. Takut termelencong. Aku tak mau la kan naik motor C90.  Regret. Regret. Regret. Tapi sekarang as I gets older & have lost him, tak putus-putus aku doakan arwah disana. I'm trying to fix my mistakes with Mak now.  She's all that I've got left. Cerita mak kat bawah ok? Anyway, mucho amor papito! And I miss you so much!

Md Noordin Bin Ahmad
1956 - 2011
Al-Fatihah

My mother, Fadzilah Binti Hashim.  Such a gentle mother for as long as I can remember.  I cannot remember she gets mad or angry at us.  Paling kuat pun mak suka cakap ulang-ulang ja. Seriously like ULANG.  Ntah la maybe she let arwah abah did all the "hakim & pesalah" part.  Mak never lay a finger on me, dikman & kak. NEVER. Mak penyabar orangnya. Paling kuat pun mak menangis ja.  Paling banyak aku tengok mak nangis was masa arwah abah left us. She didn't even cry when I graduate. Eh, mengungkit pulak. Mihmihmih. Mak kitew pandai masak tawwww.  Ah yess, everyone would say the same about their own mum! Hehehe. Tapi serious mak penah bukak kedai makan dengan arwah abah.  Quite successful I must say. Ingat lagi cuti semester, aku buat part time dengan mak. Dapat la sehari RM15.  Tolong kopek kerang (Nidar would remember this), tolong set-set kedai sebelum bukak, tolong bungkus, tolong kira (ni tak berapa reti. Selalu kira murah sangat. Fail!), tolong buat air dan last skali tolong basuh2 periuk, tupperware, pinggan bagai.  Solehah sangat bunyi. It was fun. Dulu, aku ni kurang bercakap dengan family.  I was the quiet one. Tapi kalau dengan kawan-kawan macam bertih jagung kan. Dasar! Dengan mak lagi la macam taktau nak cakap apa.  Paling nak cakap pun, masa bebai, masa naik angin. Sebab tak bagi pi Komtar. Sengal aku ni. Komtar ja pun nak naik angin. Of course la, saham tengah naik. Kalau tak pi Komtar, siapa nak tengok aku pakai paddle pushers (seluar takat betis) beli masa raya tu? Hehehe. Tapi sekarang, takdak bahan pun, I will try to think of something to talk to her. Cause I notice, it makes her happy. Just trying to fill the spaces in her heart.  Mak tak pernah luah apa mak rasa selepas pemergian arwah abah.  Tapi I can just feel her. It is my responsibility to fill the emptiness in her heart. Mak was very clingy dengan arwah abah. Pi mana pun berdua. Even arwah abah pi main snooker pun bawa mak. Oh, arwah abah was a champion when it comes to snooker. Nak kata mak a survivor, yes she is cuma she is still dependent. Tak berani nak buat apa-apa sendiri.  So tanggungjawab kami macam semakin besar la. Tapi mak pun tak minta banyak, just be there when she needs us ja. Mak pun tak kacau life anak-anak. Ah sedih pulokkkkkkk!! Ok, kalau nak cerita pasal mak memang tak habis la kan. So along the way, she will pops out once in a while dalam blog ni ok?

 
Puan Fadzilah Binti Hashim

Haih..penat rupanya tulis blog ni. Hahaha. Baru dua entries Aida. Jangan poyo.

Ok kita teruskan sesi suai kenal ini bersama my sistahhhh, Norfazlina Binti Md Noordin. Dia ni suka naik angin. Hahaha. But she's pretty kan?  Selalu orang kata aku ni kakak dia. Ampa ni pun, beza 6 tahun kot. Hampes sangat. Dia baru ja berhijab ni. Tak sampai sebulan. Alhamdulillah. Doakan aku pulak ye. She is the best sister I ever had (jangan mengada pi bagitau dia. Aku tak pernah mengaku depan dia. Geli tekak iols). Kak dah tolong kami adik beradik banyak sangat.  Walaupun dia a bit pushy & bossy, tapi dia tetap tolong. Setengah orang tak tahan mulut dia. Hahaha. Keji sangat. Tapi in a melawak way la. Sapa tak tahan, baik angkat pungkok buang. Kalau majlis takdak Kak, boring sangat tau. Mangsa-mangsa dia ialah usually adik-adik sepupu kami la. Aku dia tak berani kacau sangat. Sat jadi bunga taik. Haahah. She is happily married with 3 beautiful kids. The love of my life. I will get to them shortly ok?

Puan Norfazlina Binti Md Noordin. *Yang buncit sexy tu la Khalif Iman Hasyiem*

And now, my dearest little brother. Muhammad Aiman Bin Md Noordin.  Kacak. Dia ni, ermmm..macam split personality skit (matilah kata adik sendiri split personality).  Dari kecik dia macam diam-diam sikit. Baik ja. Selalunya kalau adik lelaki mesti macam ganas-ganas main tendang-tendang kan, tapi adik aku ni macam baik-baik ja. Paling ganas pun bela ayam serama. HAHAHA. Dia dari kecik memang dah menjadi kesayangan arwah abah & mak. Yelah, anak lelaki sorang, last pulak tu. Tapi bila dah besar-besar, dalam diam dia tu tiba-tiba boleh mengamok naik angin ok. Gegirl gerun sangat. Alhamdulillah dia senang dibawa berbincang jugak. Kami kakak-kakak ni la yang selalu sekolah kan dia. Tapi aku dengan dia tak boleh sikit. Aku nak nasihat dia, belum cakap suara aku dah ketar-ketar nak nangis. Apakah? Ingat ada satu masa tu dia kantoi smoking dengan arwah abah. Kemain arwah marah dia. Dia rilek ja kena marah. Aku yang menangis teresak-esak kat pintu. Sesuatu sangat kakak kau ni Dikman. Panggilan untuk dia, Dikman. Kakak aku, Kak/Along. Aku ni Kakcik. Paham? Dikman dah kawen dengan awek cun, Sarapiena namanya. Bakal menimang cahaya mata yang pertama Oktober ini. Nantikannn.....

Mr & Mrs Muhammad Aiman Bin Md Noordin *pic dicuri dari fb Sara*

My 3 angels. Nur Yasmin Qhairiesha, Khair Benyamin Rifqi & Khalif Iman Hasyiem. Sometimes they can get reaaaalllyy annoying. But most of the times they are such sweethearts. Can't imagine if they have to go to boarding school or move to other part of the world. Mak aunty yang nanti meroyan. The similarity of 3 beradik ni, mulut ya ampun. Lagi tak tido, lagi tu bercakap.

No 1, 2 & 3

Eh macam tak kawen lagi pulak kan? Mai lah aku perkenalkan mama dan abah mertuaku. Puan Asmah Binti Yahaya & Encik Kassim Bin Hussain. Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang mertua yang baik hati sangat. Lembut sangat hati diorang ni sampai aku perlu berhati-hati dalam setiap apa aku nak cakap or buat kat diorang. Mudah tersentuh. Diorang special sebab alkisahnya dulu diorang (tetiba sangat dok diorang..diorang kan) penah accident. Quite a major one.  So both are now considered as OKU. Alhamdulillah walaupun camtu, they are very independent. Masih boleh bergerak walaupun pergerakan tu agak terbatas. Hubs is the eldest & only son in the family.  And the only one out of the 3 siblings who's still in Penang. 2nd sister kerja & married in KL. 3rd sister still studying in Gombak. I will story mory about them later aite? But they were never a burden to me. Ampa jangan kata aku dok complain pulak. Pang sekali! They treated me very well. The first 2 years married aku stay dengan depa. Alhamdulillah our relationship could never been better. Semoga Allah pelihara hubungan ni. Amin. Mama pun pandai masak & abah pandai bertukang. Tell him what to do, puffff siap. Kebun orkid, rumah kucing, meja makan, sinki basuh pinggan, anything! Kat rumah ada baanyaaakkk kucing. I don't fancy cat that much but I have no problem with them either. Alhamdulillah Tok masih ada dan masih kuat. Tok lives with my in laws. Hari-hari jalan p market. Gagah perkasa tok ni.

Encik Kassim Bin Hussain, Puan Asmah Binti Yahaya & Tok gagah

I can say I was afraid at first to meet hub's sisters. Yelah uols, approval comes from them! Hehehe. Tapi sangkaan ku meleset. They were & still very friendly. Alhamdulillah I get the respect from them & am giving them the same. Kepala boleh layan dengan depa ni. We are pretty much like sisters of our own. Atleast that's what i feels. Hehehe. Nur Azzaliyana is now married, been blessed with one little adorable daughter Izz Zayani Zandra.  Mula-mula agak kerek dengan I. Yelah tak pernah tengok kan. Last tengok masa dalam pantang. But lama-lama she's ok. Boleh dibawa berbincang jugak. Hahaha. Zandra I meant. The mum takdak hal. To know how she's like, refer to mama in law's description. 1:1 mirror collection uols. Heheh. The 2nd sister, Nuur Azzreen is a rock star! Seriously nama-nama band yang aku tak pernah dengar semua dia minat. Almaklum lah, dah tuoooooo. She is one super talkative girl. Never a quiet moment. Kuat tidur. Sorry Ayin, gotta burst that out! Haha. But she's a smart ass. BIJAK sangat. IYKWIM. Heh.

Nur Azzaliyana, Alip & adorable Izz Zayani Zandra *pic diculik dari fb Nana*
Nuur Azzreen

Ok...I think I have covered semua orang kot. The key person. Ada la ipar duai, sepupu sepapat, makcik pakcik & all tapi jenuh la nak cerita pasal sorang-sorang kan.  Bila ada point, aku cerita ok?

Perghhh gila lengthy entry ni. Seminggu takyah up entry dah kot? JANGAN NAK DIVA, AIDA!

Tatatititutuuuu!


Thursday 29 August 2013

Dimulakan dengan Bismillah...

Disudahi dengan Alhamdulillah...ehhh belum, belum sudah lagi..baru nak start. Takkan dah nak sudah.  Hehehe.  Haaaa...my first post.  Just cubaan ja pun.  Taktau la nak war-warkan tak dekat kawan-kawan. Hahaha syok sendiri ja uols.  Ai is segan.

Ok let me start with introducing myself.  My name is Nooraida Binti Md Noordin.  I am now 28 soon to be 29 years old *yeap i'm living in denial.huhuhu*.  Mak orang Penang uolssss. Born in Penang, lived in Penang & most probably gonna end up in a hole somewhere in Penang too. Anyways I am a PA as we speak.  Kat mana tu you will find out along the way lah.  Kita kasik suspen skit.  Macam orang hadap nak tau Aida oi. Biar la kan? Nama pun syok sendiri. Hahaha.

Ok sambung.  I am married.  Married to a very humble & noble man.  I taktau la ada ka orang lain lagi yang macam dia ni.  He would do anything within his capability to help others in need tak kira la hang cina ka melayu ka India ka. Pendek kata (aku la tu, yes i am 156cm ja), if he saw you in the middle of the road in the rain dok tolak motor sebab takdak minyak or something, he will help you. Tak kira la masa tu dia nak terkencing sangat-sangat or really have to go back to his pretty wife *kelipkelipmata*. Since I met him, banyak jugak lah kejadian-kejadian kerja kebajikan yang dia buat depan mata I (belum decide lagi dalam blog ni nak guna I ka aku ka saya ka. Layankan ja dulu ok?).  Eh nama dia tak bagitau lagi kan?  Kamarazuman Bin Kassim @ Kamal @ Kamarul @ Kamar @ L is my one & only husband In Shaa Allah till Jannah.  Hmmm..percintaan sangat.

Nindiaaaaaaaaaaaa...

I will write more about my families & so on in my next next next post ok? In shaa Allah..tu pun kalau blog ni tak bersawang lah kannn.

Anyhoo, perasaan nak berblog ni datang secara tiba-tiba.  Reading blogs has always been my pleasure.  Some say I am only wasting my time nosing in others business.  But actually banyak kot info boleh dapat from reading.  Tak kira la baca blog ka, baca buku ka, newspapers ka.  Sometimes from people's life experience pun kita boleh dapat knowledge.  Asalkan we set our niat straight la.  So after been reading blogs for a while, a friend said to me "awat hang dok baca blog orang?dok sibuk pasai orang?baik hang tulis blog hang sendiri" then it hits me.  Betoi gak makcik ni kadang-kadang.  So i took my time to think patut ka aku tulis blog?  Serious tahap malu tu serupa you wore your shirt terbalik. And from my observation, tulis blog ni pun bukannya senang.  Bukannya senang nak puaskan hati semua orang. Ada yang boleh accept apa kita cakap, ada yang tak boleh.  Ada yang boleh accept lifestyle kita, ada yang just simply sakit mata.  Well, dari mata turun ke hati.  Tapi let me get it straight lah siap-siap.  I tak paksa siapa-siapa pun baca blog I (except for some friends, diwajibkan.haha).  If you think penulisan I ni tak mendatangkan apa-apa faedah kepada u, hanyalah hasad dengki & benda-benda tak elok, tak payah la baca. Tapi kalau nak baca jugak, go on & thank you bagi pahala free kat I. Tapi kalau you guys enjoy my kerepek yang disajikan, sila refresh blog I setiap 2 jam. Hahahah.  Naikkan traffic.  Untung-untung lepas ni boleh buat iklan. Hahahahah.

Ok lah, I think that's about it for now.  I will up more entries ok.  Bagi I plan sat nak up entry mana dulu. Eh, tadi bukan kata syok sendiri? Ni macam harap orang baca ja? Hahaha. Tatatititutuuuuu!!