Tuesday 30 September 2014

Sabturday

Assalamualaikum..

Haih pedih mata. Ngantok weih. Bosangggg.

I dok stress kan jerawat kemain lagi banyak skang. So hari jumaat tu I dok google la mana nak pi facial kat Gurney Plaza. Sebab I fikir senang lepas facial boleh pi makan. Or makan dulu pastu facial. Baru suuurrrr. Sabtu kan kitchen close kat rumah I. Memang I tetap kena keluar pi lunch la. Apa kata sekali harung kan. Google punya google, this name came up. Herbaline. I pun fikir why not lah kan. Semua depa guna pun natural ingredients. And harga pun ok la mampu lagi. Terus call buat appointment.

So 10.30am dah terpacak kat Gurney Plaza hari sabtu tu. Kata pun ketaq kan. Mula sampai, I was served dengan goji berries hot tea. Siap bagi hot towel lagi. Amboi rasa macam dekat negara beriklim sejuk pulak.


Walaupun ni tempat chinese, tapi diorang memang friendly sangat. They treat you the same macam bangsa depa. I'm saying this sebab I experience banyak kali kalau tempat chinese, memang you boleh nampak (bukan rasa ya) perbezaan cara layanan. If I were to take it positively, I would say it's because of the language barrier la kot. So..the first thing staff nama Anne tu belek-belek muka I, and she said I should go for Dead Cells Removal & Moisturizing treatment type. I tengok harga eh murah la dari what I was expecting. Nak tau harga, sila ke sana sendiri. Hahaha. I ok ja la apa pun treatment depa nak bagi. Depa should know better kan what I needed.

Yang bestnya, bukan terus-terus dia bawak I pi facial, dia explain dalam package ni ada apa. Perghh ada benda lain lagi? Ini sudah bagus. So I was pampered dengan Natural Sea Salt Foot Spa. Yang ni dalam 5 minutes camtu ja. Tapi best la sebab soothing kan. Pastu dia bawak you pi Natural Aromatherapy. Dia bagi you inhale bau herba apa tah. Ok la boleh la. Sebab dia bagi you buat tu masa you tengah berdiri. Hahah. Lawak pulak rasa. And then baru dia bawak you masuk your treatment room suruh tukar baju segala. Siap bagi sikat lagi boleh bok balik. Hehe. Bila dia start pegang muka I tu, I rasa nak nangis. It has been such a loooong time since I pi buat facial tau.

 Natural Sea Salt Foot Spa.

 I tak sempat nak ambik gambar yang siap depa boh lilin-lilin sema atas katil ni. I masuk ja terus dia angkat & letak barang-barang ni. Tu baju ala-ala tube dress. Hehe. Sikat yang boleh bawak balik. Serkup kepala. And jewelry box.

Sorry la tak banyak gambar I amik sebab kata pun nak relax kan. Memang tak bawak keluar fon sangat. Dalam ni pun depa suruh silent or switch off terus phone. Hormat orang lain punya privacy la kot. Well the facial treatment was superb. Sama ja step macam Fion buat. Fion ni punya la busy sampai I susah gila nak dapat slot. Tu yang I pi Herbaline. Boleh pulak I tengah buat facial ni dia call kata kul 6pm ada customer dia cancel appointment. Kalau I nak boleh la. Hahah sudah terlambat Fion.

Habis treatment ni, dia bawak I pi consultation pulak. Macam biasa la dia bagitau apa problem kulit I ni sebenarnya, apa steps yang betul to jaga my skin and paling penting sekali, of course la ada sesi mempromosi barang depa. Hahah. Given that keadaan I yang lemah ni, memang cepat sangat la termakan pujuk. I terbeli jugak produk depa. Harap-harap sukses. Sambil-sambil sembang tu depa served Lemongrass Tea..And then the final treatment was Relaxing Fish Spa. Ya ya I know sangat tak bagus fish spa ni sebenarnya. You're exposed to a lot of diseases. Tapi taktau la hari tu nakkkkk sangat buat. So that will be my last In Shaa Allah. Itu I tak letak gambar ok? I dah letak sebenarnya pastu I remove. Sebab sah-sah paha 2 ketoi. Sat ada yang istighfar panjang. Hahahha.

Habis ja semua treatment ni, choih Nidar dah tunggu. Heheh I ajak dia lunch sekali. Lama tak keluar dengan makcik ni. Bukak invitation kat group (gitu!), Jijah pun nak ikut jugak. Yeayyy. Elly ja terlambat sikit. Dia baru sedar bila kami dah ada bersama. Heheh.

Tudia nafsu serakah bila biar orang yang paling lapar sekali order. Chicken rice shop uols.  Tapi habis ok. Cuma ada dalam 1 set tak habis. Jijah bungkus bawak balik. Paas hati perut I. Eee nampak bayang-bayang handphone I tu tengah bukak e-mail ofis. Nak muntah rasa.

Habis makan pi jalan-jalan sat. Nak pi Daiso. Cari frames. Heheh.

Jijah's idea. Bengong betoi.

Pastu jalan lagi tengok kat bawah ada Jepun punya barang-barang from Cold Storage. Singgah la sat. Hari tu konon fefeeling Jepun sangat. Puuii.

My sayang Nidar. Known her for almost like forever now. Mak abah bagi ja main kat luar masa kecik dulu, terus kenal dia. Heheh.

Pastu sambung shopping barang rumah sikit lagi kat Cold Storage, terus balik tidoq. Hari tu memang tak masuk kedai baju langsung. Rasa melugai. Hahaha.

Ok tu ja Sabtu I.

XOXO.





Monday 29 September 2014

Esok la ok?

Assalamualaikum..

I ada benda nak cerita dengan ampa tapi tah apa I buat dari pagi, tak sempat nak tulis apa pun. Ni dah macam rilek-rilek skit tengok time dah 5.30pm. Dah tak sempat ni nak tulis elok-elok. Alasan sangat tak? So esok saja lah I tulis ok? Kalau rajin, 2 entries trus. Haaaa amacam??? 


Nah untuk tatapan semua. Abaikan jari-jari gebus ite tew.

Friday 26 September 2014

Aib

Assalamualaikum..

Salam Zulhijjah!

Sempena hari Jumaat ni, I nak bagi tazkirah sikit. Walaupunnnn...bila nak pakai tudung? Eh tapi Ustazah I pernah kata "kita tengok pada apa yang orang tu nak sampaikan. Bukan pada sapa yang sampaikan" Pahe dok?

Semalam masa keluar lunch dengan sorang akak ofis ni, dalam kereta kita ada bincang satu topik ni. Akak tu cakap "Kalau Allah dah tutup aib kita, kita ni pulak jangan la buka balik aib kita tu..." and I was like "Wow. Deep."

Paham tak maksudnya tu? Maksudnya begini...dulu mungkin kita ni antara golongan orang yang jahil. Sekarang mungkin Allah dah buka jalan dan hati kita ke jalan yang lebih Dia redhai. Maknanya kat situ, Allah dah tutup aib kita. Jangan lah kita ni pulak  pi bukak balik dengan cara proudly cerita kat orang about our past. Boleh ja kita nak cerita sebagai pedoman, kalau kita ada nak relate apa kesan dari perbuatan kita dulu..tapi kalau boleh tu kita jangan la cerita hoohh aku dulu takat 3 botol tu kira macam minum air kosong ja la. Elok-elok dari orang taktau kita ni dulu camna, kan dah tertanam dalam hati dan otak orang tu sebenarnya kita ni dulu camna. Tak semua orang boleh terima keadaan begitu ya. Cukup lah kalau orang tau ooo dia ni dulu tak la baik macam sekarang. Tak payah lah orang nak tau segala kekhilafan kita dulu. Itu membuka aib kita sendiri. 

Macam semua orang pun tau I dulu (not even now but Alhamdulillah getting better) bukan lah orang yang baik. Tapi tak pulak I cerita dengan bangganya apa yang I buat dulu. Maybe among friends who were with me during those time tu, boleh la kami nak kenang-kenangkan perangai monyet kami dulu. But to orang-orang yang kenal diri I yang baru, memang agak susah I nak cerita I dulu camna. Takat bagi hint-hint ja. Bukan sebab I hipokrit tapi sebab I am trying to be a better person. Who I was back then, will not help you to know who I am today.

To me personally, buat apa you bertudung litup bagitau 1 dunia yang you baca quran tiap-tiap malam, you dengar ceramah agama bila you ada kesempatan, you buat lah macam-macam yang mencerminkan you're a good muslimah/muslimin tapi at the same time, you tetap bermegah-megah dengan masa lampau you. Tapi bagus jugak di situ sebab instead of cakap tentang orang, baik cakap tentang diri sendiri kan? Hehe. Cuma beragaklah ok. Ingat, jangan buka aib sendiri bila Allah dah bagi peluang tutup aib kita.

Mesej sampai kot noh ni? Hehehe. Pendek kata, segala benda biarlah bermula dengan hati. Kalau nak jadi seorang Islam yang baik, bersihkan hati dulu. You pulun buat "action" keagamaan gila-gila pun buat apa kalau hati you busuk. Ubatlah hati tu dulu.

Wallahualam.

Bila nak pakai tudung, Aida?

Semalam dapat makan ni. I is happy sangat. *Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk*

Thursday 25 September 2014

Teringat arwah Abah...

Assalamualaikum...

Tiba-tiba hari ni teringat sangat kat arwah Abah. Gara-gara baca entry Peej pasal parents dia celik IT tu. Tiba-tiba teringat few weeks sebelum arwah Abah meninggal, tiba-tiba suruh I bukak laptop. Suruh I ajar nak bukak laptop camna, nak guna microsoft words..sedihnya...padahal arwah masa tu kerja security guard kat Gurney Plaza ja. Taktau la maybe nak buat surat resign ka apa..but he can just ask for our help..takmau menyusahkan anak-anak kot.. :(

But I did la ajar dia nak switch on laptop..tu arwah dah berjaya..cuma bab nak buat surat mana nak tekan, apa nak pilih tu dia slow sikit...banyak hari jugak ajar..jarang dapat duduk sekali...sebab arwah kerja shift..so jarang jumpa dia..kalau dia tak kerja pulak, mesti dia keluar dating dengan Mak..by the time depa balik, samada I dah tidur or I dalam bilik tengok TV or I sendiri pun tak balik lagi. Heheh. Yes my parents tak la pandai sangat bab-bab komputer ni. Memang tak pandai pun. Arwah abah ok lagi la kalau gadgets macam henfon tu semua dia tau la mana nak kelebet. Tapi mak memang tak langsung. Bab-bab ni memang she's very depending. Henfon tu tau jawab & buat calls ja. Message pun tak reti baca. Macam parents in law I, memang terlebih cerdik IT pulak. Hahha FB, IG semua ada. 

I think arwah Abah, he took things very simple kot. Macam kami ni memang langsung la tak pernah ada komputer kat rumah. Not as fortunate as most of you guys. I start pegang komputer bila I masuk UiTM. Can you believe that? I mean pegang switch on sendiri semua. Ada la masa sekolah pi main komputer rumah Maisarah jiran I. Main games ja la pun. Ataupun pi Cyber Cafe main mirc. Gelenyar chatting. Tu ja pandai pun. Nama nak tau guna words, excel bagai memang tak la. Arwah Abah tau kami akan belajar sendiri benda-benda ni. Alhamdulillah jadik manusia jugak anak-anak Abah. Kak agak bernasib baik sebab dia ada masuk kursus belajar komputer kat Pulau Tikus. So dia cerdik sikit pada I. Macam dikman, kerja dia sekarang pun Alhamdulillah tak memerlukan dia guna komputer bagai. More on skills. I? Pandai-pandai I lah. Alhamdulillah nak kata terer tu tak la lagi. Tapi sebab I rajin explore sendiri. I tak takut nak tekan itu ini dan cuba. Kadang-kadang "terer" sangat sampai HOW DID I DO THAT?? Haa camtu. Hahah.

Gelak gelak jugak..tapi alahai sedihnya terkenangkan effort arwah tu. Comel pun ada jugak. Apa la agaknya arwah nak buat sebenarnya. Just to steal a little bit of my "busy" time to bond dengan I kot. He must have felt something. But I was too stupid to realized. Kalau lah kita tau apa bakal terjadi......

I would have spent more time with him..I would have brushed up my acts (arwah selalu cakap camtu kat I) towards him...I would have soften my attitude more..I would have done a lot of things that I wouldn't be regretting now.

Allahu.......

Workstation

Assalamualaikum..

Semalam I ponteng kerja. Kapla ada pusing. Tu pun non-stop phone calls masuk, e-mail masuk. Bila dengar ja bunyi "kring" (my e-mail's notification tone) terus rasa nak nangis. Macam sudah laaaaaaaaaaa. Tapi tak boleh pulak kalau buat silent or takmau baca. Sebab selalunya urgent. Aishh kerja I sekarang ni tak kira lah hang cuti ka, hang sakit ka, hang apa ka, yang hang mampu lagi nak bukak baca e-mail, maknanya hang kena bukak dan baca dan respon. Ni I dok bengang. Semalam I tak keja, by this time beribu lemon e-mail masuk. Hari ni kat ofis, sunyi sepi macam semua orang pulak cuti. Dari pagi tadi, 1 e-mail ja masuk. 

Eh panjang pulak intro. Padahal nak cakap pasal workstation. You all semua mesti hias-hias workstation cantik-cantik kan? I ni macam-macam idea ada. Memang nak yang comel-comel la..letak frames..letak bunga..letak hiasan-hiasan...

Konon-kononnya camni ka...

Oohh begini ka...

Aaaaaa camni kaaaa seronotnyaaa...

Oooiitt kalau camni OT sampai pukul 3 pagi pun tarak halll...

Tapi realitinya workstation ambo guane?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

BEGINI. HAHAHA.

Keep on dreaming, Dear Aida...

Tuesday 23 September 2014

Kak jers ohhh kak jersss

Assalamualaikum..

Alahai semacam stress pulak dengan kak jers ni. Kak jers tu sapa? Jerawat la gang...makin rancak pulak dia dok muncul. Hari tu seketika memang clear dah muka iols dari jerawat tau. Thanks to Tabitha. Tapi apakan daya. Terpaksa stop Tabitha. Kemain lagi kak jers ni I stop ja pakai Tabitha terus dia buat pesta keramaian ataih muka I.

Howwwwwwwwww?? 

Ngeri tengok muka sendiri. Sabar ja lah.

Sapa-sapa boleh tolong rekemen produk yang mild, berkesan, takdak retinol, takdak strong vit A dan affordable? 

Help me pwiissshhh.......



Kalau muka ada jerawat tapi dok hot lagu ni jugak takpa la khannnzzzz...!

Monday 22 September 2014

Terjawab sudah............

Assalamualaikum...

Ha baru puas hati perut saya.


OK.BYE.

Isnin Biru

Assalamualaikum.

Laaa I baru perasan yang my last entry tu konon bubuh video Aisy Naufal Mikhail kan? Tak keluar pun rupanya. Hahaha. Kelako kelako. Kelako macam Datuk Ramli MS. I punya lah konfiden ingat semua orang dok syok tengok video Naufal. Sekali I syok sendiri saja rupanya. Jesteru, I dah taktau camna nak upload video. Anyone care to help?

Hari ni kita sembang-sembang kosong ja lah. Takdak apa sangat nak cerita pun. Weekend pun macam hapa ja baru ni. Sebab I is neves. Everytime dengar bunyi e-mail masuk ja rasa nak muntah. I kan kena buat Senior Management Meeting punya minutes. Paling la I menyampah kena buat minutes ni. Kena pulak buat dalam BM wei. Bahasa BM gomen ni tau la berbunga-bunga. Biar English lagi takpa boleh la nak kencing lebih kurang ayat dia standard ja. Walaupun English pun nan-hado sebenarnya. So this minutes is my first time la dalam BM. Memang banyak la pembetulan kena buat. Hantar kat HODs untuk review ja, kena tendang balik itu ini salah. Hehehe. Tu yang every time dengar bunyi e-mail masuk rasa nak muntah. Tapi bagus la depa bagitau kat mana nak pebetoi. Sebab yang ni nak kena hantar to Dato'. Kalau main hantar ja, ada salah memang goodbye Noreda. So Sabtu lepas I memang tak keluar. Satu sebab memang malas sangat tapi lapar. So I suruh dikman mai hantar makanan. Then baru Elly call ajak keluar. Memang tak dapat la sebab dia dah nak keluar time tu. I mandi pun tak lagi. Dikman pun taktau pukul berapa nak sampai. Dua sebab I dok tunggu la e-mail dari boss boss tu semua. Last-last hampes betoi sorang ja yang respon. So I assume hat lain tu rasa I betoi dah la tu. Hahahah. Pagi tadi I dah hantar final draft dah. I dah mintak kalau ada apa-apa lagi to raise to me by noon. Ni dah almost noon, takdak apa bunyi pun. I kira ok ja la tu. Lantak lah nak kena marah dengan Dato' ka apa ka I'm ready. 

I dah berapa hari dah dok terbayang nasi lemak cilibilis. Sabtu lepas I ajak Hubs pi makan. Dah tak tahan dah. Tapi tau-tau ja la malam minggu kat Gurney tu. Parking Nauzubillah punya la payah. 2x pusing tak dapat parking. Last-last Hubs park kat VIP parking Gurney Plaza. Kena la RM10. Padahal nak pi makan sejam ja pun. Janji terlampias napsu makan I. Hewhewhew.

How could you not siang terbayang malam merindu??

Deepavali 22 ka 23hb ni? Susah la takdak confirmation. I nak arrange calendar jadi payah. I takmau bagi date 22 tu sebab I tau dah tukar pi 22. Tapi orang takmau percaya. Depa dok kata 23 jugak cuti tu. Gggggrrrr. 

Ok lah kiter nak sambung buat kejer. Kiter borak-borak lagi nanti yer. Taters.




Thursday 18 September 2014

Geram.

Assalamualaikummmm

Selamat pagi...
(Ok selamat pagi sebab mengarang ni daripada pagi. Tapi tersangkut dengan kerja maka dengan itu, petang baru siap)

Rindu takkkkk....??

I kan dah seminggu kot tak pi rumah Mak. Last week macam sibuk apa pun taktau. Then this week Mak pi duduk rumah Kak seminggu. Budak-budak cuti sekolah kan. So I memang tak pi la rumah Mak walaupun Sara ada. Boleh rehat-rehat kat rumah ja. 

Jadi dengan itu, dah seminggu jugak I tak jumpa Aisy Naufal Mikhail. Sara keep posting his videos dalam group whatsapp kami. Eeee geram tau kat dia. Takkan seminggu tak jumpa dah cerdik camtu? Budak-budak cepat sangat besar tau skang. Naughty sangat muka. Tapi he's a good boy up until today. Senang jaga. Alhamdulillah. Senang sampai Mummy dia nak tambah lagi sorang. Sarapinaaaa hang bawak bersabaq saaaattttt. Hehehe.

I tepek video-video tu kat sini ok? Kita layan sama-sama.

Zaaaasssssss!







Ciummmm dia lajuuuu lajjjuuuu.

Friday 12 September 2014

Whatsapp Group.

Assalamualaikum..

Panas!! Panass!!

Hehehe takdak la panas mana pun..suam-suam kuku ja..you all ada berapa banyak group dekat whatsapp? I ada lebih kurang 4-5. Tapi 1 kot tak berapa aktif sangat. Yang lain semua aktif. Aktif sampai kadang-kadang trauma dengar bunyi group notification. Hahah. Tapi ada jugak yang lagi champion. Doc tu ada berapa belas ka puluh group. Fengsan. I yang baru 4-5 ni pun sekarang dah buat notification "silent". Hahha. Sebab Hubs pernah tanya kawan-kawan I tak tido ka malam? Dok dengar lagi notification masuk. I dulu jenis takleh dengar bunyi masuk mesti nak kena baca. Walaupun nak tido. Kalau tak baca rasa macam berdebar-debar sangat. Hahah. Tapi sekarang tidak lagi. Macam dah aaahh nanti lah baca. ZZzzzZZzz tidoq balik macam takdak apa-apa. Kekeke. Jangan marah haaaaa..

Apa tujuan group ni sebenarnya? Haaa ada macam-macam kategori. 

1. Untuk kerja - 1 department tu semua masuk dalam group. Senang apa-apa directive from Boss ka apa nak plan ka semua ada dalam tu. Nak kutuk department lain pun senang.

2. Untuk gang-gang di tempat kerja - Haa macam kawan-kawan yang agak rapat kat tempat kerja. Senang nak plan nak keluar lunch ka, nak gossip ka, nak share apa-apa ka..sebab kadang-kadang kita rapat dengan staff yang bukan department kita kan..

3. Untuk satu-satu occasion - Contoh ada futsal tournament ka nanti kat tempat kerja, boleh buat group untuk ahli-ahli group tu. Senang nak bincang pasal tshirt ka pasal strategy ka..gituu.

4. Untuk ex-schoolmates - Haaaa...bagusnya FB & Whatsapp ni ialah...FB kita boleh track down kawan-kawan lama..bila dah jumpa, boleh add dia dalam group sekolah ampa. Pastu plan reunion ka apa. Sekali boleh mengimbas kembali kenangan-kenangan dulu-dulu. Sronox. I ada group ni. Memang berkawan ada yang dari sekolah rendah. Tapi kan group I ni more to macam gang. Gang yang hanya kami saja yang paham perangai kami. Ada macam-macam jenis. Hahah. Rojak. Takdak pulak official CPTarian punya group. Ka ada tapi I yang tidak di add??!! Al-maklumlah..Noeda sombong katanyaaa...

5. Untuk ex-coursemate / dorm mate / IPTs mate - Haha taktau nak bubuh kategori apa. Sama jugak macam sekolah. Ni masa you pi belajaq U dulu. Group ni pun I ada. Tapi bukan OM114 la. Macam-macam course ada. Ni just kami kawan-kawan yang dok setinggan satu bilik 8 orang walaupun bilik tu dibenarkan 4 orang saja. Bila dah dapat duduk dorm, dorm usually for 16 orang, tapi cuba kali 2 tengok. Hahah. Kena duduk dorm tu sebab jahat sangat. Senang HEP longgok kami ramai-ramai duduk sekali. Senang nak monitor katanya. Padahall....kau ghaseeee?? Sronox gak kat group tu. Merapu no 1. Dulu kami selalu gadoh. Tapi skang hang kata la apa pun, aku dah kebal. Takdak dah nak sentap-sentap. Lain tau berkawan dengan orang yang even kita kenal 18 tahun dengan kawan dengan orang yang dalam masa 4 tahun perkenalan, kita duduk sekali 24 jam dengan orang tu. Lain. And group ni pulak dari merata Malaysia. Best la macam-macam loghat ada. Tapi paling WIN is Pantai Timur la. 

6. Untuk beli hadiah - Hahaha. Hat ni selalu. Contoh dalam group tu ada kawan nak kawen or beranak ka. Gigih buat group 1 lagi tak add kawan tu. Ni nak bincang nak beli hadiah apa ja. Lepas dah selamat beli & bagi, ok bye bye semua pakat left.

Apa lagi ek? I boleh fikir takat ni ja. Apa-apa pun group ni semua ada kebaikkan dan ada keburukkan. Kebaikkan yang macam I list kat atas tu la. Keburukkan pulak, bila dah ramai-ramai sangat dalam tu, nanti mesti ada yang terasa hati, ada yang rasa left out...faham tak? Masing-masing dok pulun nak cakap. Kadang-kadang topik pasal lain. Tiba-tiba you masuk pasal lain. Orang tak perasan la kot. Nanti you sentap. Hahah. Dah besar, pujuk lah diri sendiri ok. I pun ada jugak terasa hati kadang-kadang. Tapi buat taktau ja la sat. Nanti ok la tu sendiri. Kalau rasa tak tahan sangat, just leave the group for your own feeling's sake. Tapi at least bitau la dulu kawan-kawan kenapa keluar dari group. Jangan pulak sebab you nak jaga hati you sorang, lagi 20 hati you lukakan. I tak cakap siapa-siapa ok? Sebab bukan sorang dua atau sekali dua I hadapi orang leave group without notice. Kita anggap it's their choice. Tak payah nak serabut-serabut. I've learnt. 

Satu lagi kan, kalau you nak share something dalam group tu, maknanya you have to be open for debate. Bayangkan lah ada 20 kepala dalam group tu. Of course you akan dapat 20 jenis opinions & thoughts. Ada yang with you, ada yang against you. You kena ready la to accept orang punya pandangan. Takleh la you expect orang semua akan terima apa you share. Kalau jenis takleh terima, kenal diri sendiri & please stop sharing. You tak sakit hati bila orang tak setuju. Orang pun tak sakit hati bila opinion depa you takmau terima pastu dok bagi statement-statement pedas pulak. Hahah.. The world is round. Sama jugak macam kita nak bagi nasihat konon dalam group tu tapi bila orang takmau dengar, kita hangat hati. Hahah. Lawak pulak rasa. Chill ok? Kita dah bagi nasihat tu lantak lah orang nak dengar ka tak. Pilihan depa. Kita tak rugi apa pun. Our opinion might be the best to us, tapi kita takdak kat tempat orang tu so kita taktau opinion kita tu applicable ka tidak to that person & their situation.

I nak share jugak benda-benda yang orang share pasal whatsapp group ni. I terhibur baca. Harap you all pun sama.



Alaa I terjumpa ni ja..ada lagi yang lain taktau dah mana pi..tapi ni pun I dok senyum sorang-sorang. Hehe.

Harap-harap takdak yang sentap dengan entry ni ok? Sebelum nak sentap, tengok balik diri kita ok? Betul tak apa yang I tulis ni. Sebab ni semua dari pengalaman. Bukan dari ideologi I sendiri. 

Babai eberibadehhh..Have a good weekend!

Thursday 11 September 2014

Jangan biar diri diperbodohkan.

Assalamualaikum...

Adoii stress pulak mouse takdak battery. Asyik dok terpegang mouse ja pastu macam bangang tak bergerak. Eh memang battery mouse akan habis dalam masa setahun ka? Gggrrr..

Rungutan di atas tiada kena mengena dengan tajuk. Hewhewhew.

I tulis ni banyak iklan ni. Dah start dari pukul 9.30pagi lagi. Tapi ni dah 12.37pm baru dok ada takat ni. 

Kadang-kadang kan nampak I ni macam selfish gila. Macam susah sangat I nak baik dengan orang sampai masuk dalam kain. Macam I am more to myself & family ja. Baik masuk dalam kain tu macam masakkan untuk orang tu, panggil orang tu mai makan kat rumah, buat lah apa-apa yang extra miles untuk orang tu. You know things that usually only we do to families. Even to my very best friends pun I susah nak buat lebih-lebih camtu. Kata lah I ni kera sumbang or apa ka. Tapi sebab I learnt from my past experience. Tak payah nak baik sangat dengan orang. Ok ok sudah. Buat untuk family lebih berbaloi. Orang kata beragak. Tak payah nak beriya sangat.

My past had thought me not to be too "nice" to people. Bukan la maksud I jangan buat baik langsung. No, satu tuntutan agama untuk kita berbaik-baik dengan semua orang. Tapi maksud I you beragak-agak. Jangan sampai ada ruang untuk orang pijak kepala kita. Daripada kita nak sakit hati benda dah jadi, baik kita avoid kan? Dulu memang I besarkan kawan-kawan. I letak family no 2. Tapi at the end, who stood up & stayed with us? Families. Taktau la sebab nak buat macam mama dah memang family. Hahahha. Tapi we can see bila kawan-kawan starts to move on, left us, changed, macam-macam lagi lah. Family jugak dok macam tu ja tak berubah. Kita ni punya lah pulun dengan orang luar. Buat itu ini, sanggup berkorban apa saja untuk orang. Tapi bila orang dah senang sikit or dah ada reason to move on, bye bye "besties". Ishh tapi I tetap la sayang kawan-kawan I cuma I serik nak buat terlebih baik dengan orang. 

Nak nasihat jugak dekat semua orang yang baca ni...walaupun 10 orang ja. Hahaha. It is good sometimes if we resort some part of our life only to our self. Jangan nak londeh sangat semua kat orang. Sebab kita takkan tau niat orang. Kita takkan tau agenda orang. Memang kita bersangka baik. Bukan semua orang niat jahat dengan kita. Tapi kita takkan tau. Tak payah la jugak kita nak ber negative perception kat semua orang. Better be neutral. 50-50 on both thoughts. Biasa-biasa sudah. 

Ingat lagi Mak dulu selalu pesan : "Jangan dok baik sangat sampai masuk dalam kain. Nanti jadi bunga taik".

Ya Mak, cek dah paham maksud Mak sekarang. Dulu marah sungguh kalau Mak cakap camtu sebab kita tak nampak lagi kan. Sekarang ni dengan what happened to us, what happened to people around us, yes apa yang Mak cakap adalah benar. Mak best.

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. 

Wednesday 10 September 2014

My new geeky look

Assalamualaikum...

Maaflah lama tak bersiaran. Kurang mood dan kurang masa jugak. Entry ni pun dah terperam lama dalam draft sebenarnya. Not so "new" look pun dahhh...

Anywayssss....

Hye hye...



Ya rabbi hidung....



Sebab lama tak muncul, kasik chance sikit lah bubuh gambar banyak-banyak. Hewhewhew.

Baabaaaaiiii..

Tuesday 2 September 2014

Berdoalah.

Assalamulaikum...

Percayalah bahawa Allah berikan kita ribut untuk kita pelajari tentang kesusahan hidup. Percayalah bahawa di setiap pengakhiran ribut itu, pasti ada pelangi. 


Dan percayalah pada kuasa BERDOA.

ALLAH MAHA MENDENGAR.

:-)