Tuesday, 30 September 2014

Sabturday

Assalamualaikum..

Haih pedih mata. Ngantok weih. Bosangggg.

I dok stress kan jerawat kemain lagi banyak skang. So hari jumaat tu I dok google la mana nak pi facial kat Gurney Plaza. Sebab I fikir senang lepas facial boleh pi makan. Or makan dulu pastu facial. Baru suuurrrr. Sabtu kan kitchen close kat rumah I. Memang I tetap kena keluar pi lunch la. Apa kata sekali harung kan. Google punya google, this name came up. Herbaline. I pun fikir why not lah kan. Semua depa guna pun natural ingredients. And harga pun ok la mampu lagi. Terus call buat appointment.

So 10.30am dah terpacak kat Gurney Plaza hari sabtu tu. Kata pun ketaq kan. Mula sampai, I was served dengan goji berries hot tea. Siap bagi hot towel lagi. Amboi rasa macam dekat negara beriklim sejuk pulak.


Walaupun ni tempat chinese, tapi diorang memang friendly sangat. They treat you the same macam bangsa depa. I'm saying this sebab I experience banyak kali kalau tempat chinese, memang you boleh nampak (bukan rasa ya) perbezaan cara layanan. If I were to take it positively, I would say it's because of the language barrier la kot. So..the first thing staff nama Anne tu belek-belek muka I, and she said I should go for Dead Cells Removal & Moisturizing treatment type. I tengok harga eh murah la dari what I was expecting. Nak tau harga, sila ke sana sendiri. Hahaha. I ok ja la apa pun treatment depa nak bagi. Depa should know better kan what I needed.

Yang bestnya, bukan terus-terus dia bawak I pi facial, dia explain dalam package ni ada apa. Perghh ada benda lain lagi? Ini sudah bagus. So I was pampered dengan Natural Sea Salt Foot Spa. Yang ni dalam 5 minutes camtu ja. Tapi best la sebab soothing kan. Pastu dia bawak you pi Natural Aromatherapy. Dia bagi you inhale bau herba apa tah. Ok la boleh la. Sebab dia bagi you buat tu masa you tengah berdiri. Hahah. Lawak pulak rasa. And then baru dia bawak you masuk your treatment room suruh tukar baju segala. Siap bagi sikat lagi boleh bok balik. Hehe. Bila dia start pegang muka I tu, I rasa nak nangis. It has been such a loooong time since I pi buat facial tau.

 Natural Sea Salt Foot Spa.

 I tak sempat nak ambik gambar yang siap depa boh lilin-lilin sema atas katil ni. I masuk ja terus dia angkat & letak barang-barang ni. Tu baju ala-ala tube dress. Hehe. Sikat yang boleh bawak balik. Serkup kepala. And jewelry box.

Sorry la tak banyak gambar I amik sebab kata pun nak relax kan. Memang tak bawak keluar fon sangat. Dalam ni pun depa suruh silent or switch off terus phone. Hormat orang lain punya privacy la kot. Well the facial treatment was superb. Sama ja step macam Fion buat. Fion ni punya la busy sampai I susah gila nak dapat slot. Tu yang I pi Herbaline. Boleh pulak I tengah buat facial ni dia call kata kul 6pm ada customer dia cancel appointment. Kalau I nak boleh la. Hahah sudah terlambat Fion.

Habis treatment ni, dia bawak I pi consultation pulak. Macam biasa la dia bagitau apa problem kulit I ni sebenarnya, apa steps yang betul to jaga my skin and paling penting sekali, of course la ada sesi mempromosi barang depa. Hahah. Given that keadaan I yang lemah ni, memang cepat sangat la termakan pujuk. I terbeli jugak produk depa. Harap-harap sukses. Sambil-sambil sembang tu depa served Lemongrass Tea..And then the final treatment was Relaxing Fish Spa. Ya ya I know sangat tak bagus fish spa ni sebenarnya. You're exposed to a lot of diseases. Tapi taktau la hari tu nakkkkk sangat buat. So that will be my last In Shaa Allah. Itu I tak letak gambar ok? I dah letak sebenarnya pastu I remove. Sebab sah-sah paha 2 ketoi. Sat ada yang istighfar panjang. Hahahha.

Habis ja semua treatment ni, choih Nidar dah tunggu. Heheh I ajak dia lunch sekali. Lama tak keluar dengan makcik ni. Bukak invitation kat group (gitu!), Jijah pun nak ikut jugak. Yeayyy. Elly ja terlambat sikit. Dia baru sedar bila kami dah ada bersama. Heheh.

Tudia nafsu serakah bila biar orang yang paling lapar sekali order. Chicken rice shop uols.  Tapi habis ok. Cuma ada dalam 1 set tak habis. Jijah bungkus bawak balik. Paas hati perut I. Eee nampak bayang-bayang handphone I tu tengah bukak e-mail ofis. Nak muntah rasa.

Habis makan pi jalan-jalan sat. Nak pi Daiso. Cari frames. Heheh.

Jijah's idea. Bengong betoi.

Pastu jalan lagi tengok kat bawah ada Jepun punya barang-barang from Cold Storage. Singgah la sat. Hari tu konon fefeeling Jepun sangat. Puuii.

My sayang Nidar. Known her for almost like forever now. Mak abah bagi ja main kat luar masa kecik dulu, terus kenal dia. Heheh.

Pastu sambung shopping barang rumah sikit lagi kat Cold Storage, terus balik tidoq. Hari tu memang tak masuk kedai baju langsung. Rasa melugai. Hahaha.

Ok tu ja Sabtu I.

XOXO.





No comments:

Post a Comment