Wednesday 30 December 2015

FIRST -- (READ : LAST)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah my first post dalam tahun 2015! Woohooo. Sat saja kita dah masuk tahun baru kan? I rasa macam baru ja I buat 2014's resolution. Takdak la resolution sangat pun...sebab I don't believe in resolution sangat. Takat boleh buat ja la pun. Nak execute tu macam ingat-ingat lupa. Eh apa azam aku? Tu pun ingat balik bila dah nak menerjah 31 December. Huahuahuahua. Takdak maknanya okeh.

I bukan ada idea sangat ni nak menulis. Haih BabyNK ni lain macam. Buat Ummi takmau tulis sangat pun. Serious I taktau nak tulis apa. Apa kata ampa komen sat kat I, tanya la I apa-apa. I akan jawab. Ok tak?

____________________________________________________________

Oh My LV!!

Actually post yang atas ni was drafted 2.01.2015!! Hahahaha punya sekian lama dok ada dalam draft. I nak buat wrap up untuk tahun 2015 tadi. Saja tengok-tengok balik apa yang I dah tulis in 2015. My God yang ni tak ter-post. Ketuk kepala sendiri lajiu-lajiu.

-__________________-

Wednesday 23 December 2015

HAPPY HOLIDAYS!

Assalamualaikum..

Mesti ramai ampa dah cuti kan? Rating blog ni merudum. Ececehhh konon sebelum ni mencanak naik. Hahah. Kita kena confident.

Ada yang ambik block leave terus sederet minggu ni kan? Ya la. Ambik 3 hari ja Annual Leave, dapat 9 hari cuti. I dulu masa hujung tahun 2014 kan dah dapat senarai cuti-cuti tahunan Malaysia. Konon dah plan la. Yakpur kirim salam lah kan. Memang tak la I boleh sabar tanpa guna. Hehehe..Kagum sangat dengan orang yang siap carry forward dan siap jual cuti pulak. I ni kalau boleh nak mintak lebih. 

So end up aku stress sorang-sorang kat ofis tengok ramai sangat orang cuti. But the good part is, bila orang cuti, kerja pun jadi macam terstop sat. Maknanya you pun cuti cuma you kena ada kat ofis. Gitu. Tapi not all the time lah...ada jugak buat-buat kerja bila necessary. Eh cover line pulak kiter nampak gayanya.

Oklah satgi dah nak balik dah pun. Esok dah start cuti for 4 days. Apa plan? I takdak apa plan. Mereput kat Penang. Ni soalan sensitive ya sekarang. Huhuhu.

Dengan itu, I ucapkan happy holidays to everyone tak kira la yang menyambut Maulidur Rasul ataupun tak. Tak kira la kepada yang menyambut Christmas ataupun tak. Takut pulak nak ucap Selamat Hari Natal tu. Satgi dikatanya kita ni mengiyakan/meraikan kelahiran Jesus pulak...hmmmm..bagi I nawaitu tu penting kot. Apa yang keluar dari mulut tu kalau disertakan dengan niat baru la jadi lain. But kita go with the flow ja la. Demi kesejahteraan bersama. Ok semua....take care & be safe. Peace yo!

Image result for happy holiday

Tuesday 22 December 2015

Star Wars Madness

Assalamulaikum.

Dunia dilanda demam Star Wars what I can say. Tapi I Alhamdulillah sihat. Tak demam pun. Sebab I tak follow cerita ni. Hahahha. Eh tak faham lah I cerita-cerita macam ni. Tapi I takdak la ignorance sangat. I tau la juga nama-nama character dia. Tapi I taktau apa character depa. I tau nama ja. Ok la tu kan? Right? Right? Contoh character-character yang I kenal ialah, Jedi, Anarkin Skywalker, Yoda, R2D2, Darth Vader, Storm Troopers, Princess Leia, Luke, Sith, Chewbacca, aaaaa aaaaa itu ja yang I can think of at the moment.

I mewakili that 20% of the world population yang goes "Star Wars? Ooo ok". Lame me. Semua orang dok berebut-rebut nak tengok wayang (ehem I'm talking about Hubs, Ayin & Abg Yamm. No not because I tak boleh ikut sebab jaga anak. Hahah). Semua berebut-rebut nak kumpul the collectibles items. 

Contoh macam Hubs. Aiyo tak boleh tengok benda ada Star Wars terus mata bersinar-sinar. Hari tu kat H&M ada sweater for kids. Beli jugak. Tapi Noah tak boleh pakai lagi sebab too big. Untuk budak 1 1/2 years. Takpa la simpan. I try kat dia jadi macam gown. Hahah. Pastu hari tu dekat GSC ada buat promo beli combo pop corn + drinks for RM30 dapat t-shirt Star Wars lelaki sehelai. Beli jugak.

Nampak bag dia tu? Tu was before lagi. Beli kat Toys R Us. Buat bag letak barang-barang Noah kalau keluar pi jalan.

Tu t-shirt yang dia pakai tu tulis "The lord is on vacation". I beli kat Chatuchak t-shirt tu. Kesayangan tu. So everytime kalau pi jalan-jalan holiday, baju tu macam wajib bawak. Whatever lah B oi. Eh I bukan nak enterprem tu tau. Tu ja the best picture yang ada boleh nampak pun. Hehehe.

HAHAHAH. Apa la depa ni buli awak eh sayang...sabor je lah...

Ini lah antara kegilaan Hubs. Dia dah siap record episod 4,5,6,1,2,3 & 7. Ha yes the episodes are like that. Yang ni I tau sebab Hubs selalu la dok cerita sampai bernanah telinga dengar. Tapi bila mai part dia nak cerita setiap episod tu what happen, I can only see the lips moving but I can't hear a word. Kahkahkah. Hubs kata he will make me watch all the episodes. Ya good luck with that.

Hubs dok meratip la kat I nak beli light saber tu yang keluaq bunyi lah titanium lah boleh pendek boleh panjang lah bla bla bla. Keep on dreaming. Mahai kot wei. Memang boleh buat gadoh la kalau beli. Nak lawan pedang dengan sapa lagipun? HAHAHAH. YMTT.

So what is your Star Wars Madness story?

Friday 18 December 2015

.....Food for thoughts.....

Assalamualaikum..


If you cheat on someone who is willing to do anything for you, 
You actually cheated yourself...
OUT OF TRUE LOYALTY.

Salam Jumaat Barakah.

Thursday 17 December 2015

Tudia tudia 2016.

Assalamulaikum.

Bila I start buat budgetting untuk tahun 2016, terbeliak bijik mata. First half of the year memang fulus nanti keluaq macam ayaq. Haiyooo..tiap-tiap bulan kena spend sampai bulan 7. Seramnya. Kena buat proper planning ni. Almaklum lah ekonomi sekarang ni dah tak macam dulu. Hewhewhew.

Mai la I share sikit apa yang I nak kena buat next year. Next year tak la jauh mana. Just few days away ja ni. Standbyyyyy.

FEBRUARY - Hat Yai trip with the family, In shaa Allah

MARCH - Mien's Wedding (Kuantan)
MARCH - Noah's Birthday
MARCH - Kakchak's Wedding

APRIL - Kak Dayah's Wedding (Kuantan)

MAY - Roadtax & Insurance kereta

JULY - Hari Raya Puasa

Nampak takkkkkk?

Events ni terjadi dalam bulan tu. Means that sebulan awal I dah kena prepare duit. Maknanya Bulan depan dah start hoi. *lap peluh*

Sedihnya tak dapat pi wedding Mien :( Ini lah yang akan terjadi kalau bestfriends anda bersepah di serata Malaysia. But unfortunately time is not your bestfriend and duit pulak tak bersepah. Seriously guys, you grew up with these people. Dari zaman anak dara. Zaman kaniaq lagi. Zaman dengar lagu-lagu Ada Apa Dengan Cinta from Walkman. Zaman ikut suka hati aku nak cakap apa. Zaman frust bercinta, hanyut bercinta, ponteng kelas, jalan pi kelas kat ladang berpeluh bersama-sama and a lot more that you've done together, of course you want to be with them on their happiest day. Kalau dulu bujang, memang boleh lompat sana sini. Tapi sekarang dah ber-triple. Transportation to Kuantan pulak macam hampeh gila kan. Nak drive, we need more off days which Hubs will not be able to do so. Nak naik flight, certain days saja MAS fly to Kuantan directly from Penang. Tak salah I Khamis & Selasa saja kot. And vice versa. Nak change flight PEN-KUL-KUA pun macam flights timing are ridiculous. Nak naik bas, 9 jam dengan a 9 months old baby? Kelakar seram tu. Nak tinggal Noah pun if I tak tido sana, I have to leave him at least for 2 nights. Sebab bas ke Kuantan jalan malam only. Contoh I pi hari Jumaat at 10pm. I akan sampai Kuantan subuh sabtu. Then sabtu majlis. Then I naik pulak bas balik Penang at 10pm on sabtu. I sampai Penang subuh ahad. I don't see the convenience of it. So we have to choose salah satu majlis lah. Kita decided nak pi wedding Kak Dayah sebab dia dah bagitau awal lagi. Kita dah work out on the plans and all. Mien baru bagitau dia nak langsung majlis baru ni. So memang tak lepas la. I felt terribly sorry for my dear Mien. But I love you loads babe donchu forget.

Fuhh penat menaip nak explain. Hahaha.

Kalau kira semua cost ni, memang rasa nak buat bungee jumping. This is when I will sit down and brainstorm and buat list. I'm pretty good at it :)

Sama macam I buat list masa nak kahwin dulu. Alhamdulillah I tak rasa terbeban sangat sebab dah nampak clearly apa perlu buat dan bila :)

Ok guys gotta go now. Talk to you alls soon.

Muahciked.


Wednesday 16 December 2015

Berlambak

Assalamualaikum.

Tadi saja dok tengok-tengok album kat fon. Tudia album camera saja combined dok ada 6000+ gambar. Whatsapp punya album ada 8000+. Gila ka happaaaaa. Jenuh dok pilih satu satu gambar nak delete. Akhirnya berjaya jugak delete yang mana tak elok & doubled ka. Tapi yang whatsapp punya memang sorry la I delete semua terus. Tak sanggup dah nak tengok satu per satu after went through 6000+ gambar. Juling bijik mata.

Tapi I heran sejak I delete gambar-gambar ni I punya battery macam laju gila turun. Tadi ada 16%, tak sampai 5 minutes dah jadi 0%. I thought releasing the memory space will reduce the battery usage? Pelik la. I cuba jugak dok godek-godek tang mana yang dok makan battery sangat. Tapi sebab mata dok kuyu makan kenyang sangat & dah juling sebab tengok banyak sangat gambar (obviously an excuse here guys), I tak jumpa kat mana yang banyak sangat makan battery tu. Ececehhh (padahal tak reti nak tengok kat mana hahaha).

But I have make sure that I deleted gambar-gambar merepek ja. Yang mana fond memories I tak delete eventhough sengek bengek ka apa ka. Even gambar-gambar my nephews & nieces pun I tak delete. Nanti dah lupa depa kecik-kecik macam mana :-)

Tapi I baru terperasan yang I takdak banyak gambar masa I pregnant. Masa I pregnant I kurang sangat amik gambar. Pembawakan kot :p

And I rasa gambar Noah pun tak cukup banyak I ambik. I have to start now. I have to start capturing every moment of Noah growing up I guess. Kita ni dah la kerja seharian. Balik rumah main dengan anak sejam ja pastu dia nak tido dah. Esok pagi dia bangun tak sampai sejam kita dah hantar mengasuh. Bila kita nak tengok anak? I baru sedar it is vital to record the journey. You will not get back 5 minutes ago, for example. Bye bye. Gone.

Tapi I kagum dengan sesetengah orang yang rajin nak delete gambar all the time. Sebab I jenis setahun sekali baru delete kot I rasa. Memang gambar-gambar yang I've deleted tadi mostly from my old phones. Patut la masa beli fon ni orang kedai fon tu took 2 days to transfer my pictures. Dia kata gila banyak. I was so in denial masa tu. Sebab malas nak delete. Lulz.

Ok la tu ja nak membebel. Sebab bangga pun ada jugak berjaya dah delete gambar yang dah lama overdue tu.

Till then muchachas. 


Monday 14 December 2015

Cameron Highlands 2015

Assalamualaikum.

Masa I kat Cameron Highlands (CH) hari tu, I dok kata masuk ja ofis terus kena update ni. Takut lupa details. Itu yang masuk ofis ni terus update. Cuma I pi CH ni minggu lepas la tapi. HAHAHAHA.

#lawakhambar

I pi 5 Dec lepas..2 bijik kereta..kereta Kakak I & Paksu. I tumpang Kak ja sebab Hubs tak pi. I malas nak drive nanti dengan Noah lagi. Memang la mesti ada orang pegang dia tapi penat la kan dengan anak kecik. Takpa la tak larat nak explain. Hahaha.

Pukul 6am lebih kami bertolak. Malam sebelum tu I dengan Hubs dah pi tido rumah Kak. Sebab kalau nak keluar dari rumah I, pukul berapa yang I nak bangun kan. Tu pun tak bagi Noah mandi. Hehehe dengan baju tido chuk cham dia ja. Sampai dekat hentian Gunung Semanggul baru bagi dia mandi. Kami berhenti breakfast sekali. Masa tu pun dah almost 9am. Best la dia mandi air sejuk. Terjerit-jerit. Lepas breakfast terus gerak. Nak ke Simpang Pulai tu dekat. Tapi dari Simpang Pulai nak naik CH tu yang Subhanallah. Jalan lengkok-lengkok tu tak la seteruk Balik Pulau. Tapi lama tu yang tak tahan. Huuhu.

Anyway, ada banyak gambar ni. I cerita ikut gambar ja Ok?




Ok lets go!

Saya dah mandi. Dah wangi. Comei pulak tu. Mihmihmih.

1st Destination : Cameron Lavender
















2nd Destination : MAKAN


Kalau nak pergi makan dekat CH, disarankan pi la makan kat dalam Strawberry farm ni. Highly recommended. Kebanyakkan tempat-tempat makan kat CH ni tak berjenis sikit tapi yang ni memang ok. Mee kari dia perghhhh makan time sejuk-sejuk tu. Fuhhhh terangkat. Tapi jangan ditanya kat mana tempat ni ya. Mak hincik taktau. Kikikiki. Masa ni dah hujan lebat so kami tak boleh nak pi jalan mana-mana dah.

Terus check in hotel. Apartment yang kami duduk tu ok sangat. Luas dan bersih. Nora kasi 5 bintang!














3rd Destination : Pasar malam

 Sorry ni ja ada gambar. Tengah jalan-jalan kat pasar malam tu boleh pulak hujan lebat. Dengan Noah lagi. Haduii memang potong stim lah.

Aaaaa sayang comei sangat nihhhh.

4th Destination : Boh Heritage Tea Centre and Factory



















5th Destination : Bala's Farm













Perut dah kenyang, apa lagi. Moh la kita berambos.