Thursday 27 August 2015

Paper cup story.

Assalamulaikum..

Let me tell you a story that have been told to me by my boss; of a man with a paper cup. There was once a very successful man. Very successful that bila dia pi mana pun, orang akan layan dia 1st class. He went to an event one fine evening and he was served with the best cutleries including drinking from a crystal wine glass. 

Tapi nak dijadikan cerita, his success was not for long. Dia pun masa tu dah tua. Dah nak dekat pencen. And so dia pun pencen lepas beberapa ketika selepas tu. Tapi even lepas dia pencen pun, dia still lagi pi conferences la apa la. And in one of the conferences that he attended, he joined their dinner. But things are totallly different now. Not only he ate his dinner while standing up tapi now his drinks were only served from a paper cup.

Moral of the story is, janganlah berlagak dan selesa dengan pangkat yang kita ada sekarang. And janganlah eksyen dengan layanan yang kita dapat sekarang. Mungkin layanan yang kita dapat ni hanyalah atas pangkat yang kita pegang. Esok dah takdak pangkat, jadilah macam pakcik kat atas tu. Minum dalam paper cup ja.

And for that, kita kena sedar kita nak dilayan sekarang atas pangkat kita atau atas siapa diri kita yang sebenar. You want people to respect you only because you are a somebody or you want people to respect you because you are nobody, but there's something about you?

Choose wisely :-)


Buai dan Puting...

Assalamualaikum..

Sesungguhnya dua benda ini adalah against my principal. Hahahahalamakkk. Tapi dua benda ni jugak yang banyak membantu sekarang. Hahah. Tapi I tak la eksyen terus kata takkan and never will bagi puting or letak Noah dalam buai. Paling kuat pun I kata, "selagi boleh, selagi tu la nak elak". Heheh tapi macam mana aku nak elakkk? (dalam nada cita P Ramlee).

Dengan itu, Noah sudah melanggar kedua-dua ini. Hahah. Siang memang dia tido buai. Malam boleh dikatakan separa buai. Hahah. Takyah dok buai sangat Aida. Ndoi sudah. Malam yang I kata separa tu sebab cradle Noah sebelah katil kami tu boleh hayun jugak sikit. Angkat roda dia bagi naik atas, terus kaki cradle tu macam membengkok naik atas. So kita boleh la hayun ke ke ke kiri ke ke ke kanan. Dia nanti layan-layan pastu mata suurrr. Heheh so cute. Tapi la ni tido ndoi pun dok nak menerap. Geram pukoi pungkok dia. Tido ndoi ni ada baik dia ada buruk dia. Baiknya kalau baby tido buai, lama sikit tido dia. Dia jarang terkejut-terkejut. Kita pun senang hati boleh buat kerja. I ambik contoh Noah la tak payah anak orang lain. Noah kalau tido atas tilam ka katil ka mana ja lah yang selain dari ndoi, memang tido sat sat ja. Kalau tido ndoi, 3-4 jam boleh tido selagi tak lapar. Yang buruknya ndoi ni ialah dekat luar, memang payah sikit la dia nak tido. Hayun guna tangan pun tak jalan. Sebab dah bambammm T___T so what we did is as per the next paragraph. Hahaha.

Puting. Haih dengan puting ni. Tak sangka Noah dah 5 bulan kami tewas juga dengan puting. I saja la kalau boleh takmau bagi puting. Takmau sampai besar dia dok nyotnyot. Tapi I ok ja juga with the idea of puting ni. Sebab I tau membantu juga sebenarnya. Furthermore, la ni punya zaman dah canggih. Macam-macam jenis puting ada di pasaran yang jenis Orthodentics proven to prevent dari gusi ke depan la dari jongang la dari tak reti cakap and so on. Sabar punya sabar, sampai tak boleh sabar. Noah ni ada sejenis perangai kalau dekat luar, dia memang nak mengempeng ja dengan I. Atau dalam bahasa kasaqnya ialah nak menggonggong ja. Dia bukan nak minum pun. Dia nak gonggong ja. Bila gonggong tu lena la. Pastu tarik, terjaga dah. Pastu letak dalam stroller tak sampai 10min keriau suruh kita angkat. Sia-sia bawa stroller. Heheh. Maka dengan itu, I pun mengambil keputusan pi beli puting. Dan dan tu jugak I pi beli kat Mothercare. Terus sumbat. Mula muka dia  macam heran. Sebab mesti dia pikiaq "aik. mak aku dok ada depan aku. Habih yang aku dok hisap ni apa benda?". Lepas tuuuuuuu...hmmm punya syok dok srrrooottt ssrrooottt. Alhamdulillah sampai tertidur sendiri la dalam stroller tu. Haaaaa.

Memang I rasa a bit selfish sebab I nak senang lenang pi jalan-jalan, terus bagi puting kat anak. Tapi I saiko diri I balik, tak salah aihhh bagi puting. (Walaupun Doc tak bagi of course there's reason why kan). And so that's it lah. Noah Khilfi hisap puting dah la la ni. Tapi puting ni kira weekend promo ja untuk dia. Weekend time nak pi bersuka ria ja. Dekat rumah memang tak bagi (for now). Malam pun kalau baru minum dia terlelap pastu tiba-tiba menangis tak tentu hala hayun ndoi separa tu pun takmau, I sumbat jugak lah puting. And it work wonders! Jangan la kata dia lapar lagi please. Sebab Noah ni selalu sampai termuak muak terlebih susu. Oh and paling pedih, jangan la kata sebab dia tak puas minum susu I. Well, minum susu formula memang la puas sebab gula banyak. OOOooopsss terlaserrrrrrr pulaksssss. Hahaha. Alah chill lah. I pun dah campur formula dah la ni. Sebab stok susu I cukup dalam 3-4x minum ja. Noah selalu minum round 5 times kalau I tak balik kerja lambat la. So yang extra tak cukup tu, baru add on formula. I am giving him susu kambing Karihome now. Tapi dah order Suffy Goat. In shaa Allah esok sampai. Next week dah 6 months. Nak try bagi Suffy Goat pulak :-)

Whatever your choices are, remember, there is no wrong way. There is just your way. Sometimes it's a choice, sometimes it's a circumstance. We all parent differently. But we are all the same in that we are doing our best.

Love.

Eh bukan nak tayang muka iols tau. Tapi jummpa gambar ni ja yang Noah baik punya dok nyot nyot. HAHAHAH. OK BYE.

Wednesday 19 August 2015

Noah dah meniarap!

Assalamulaikum..

Alhamdulillah yeay Noah dah boleh meniarap. Masuk 5 bulan dah meniarap. Masa dia baru 4 bulan, orang dah dok tanya-tanya dia tak boleh meniarap lagi ka? I dah macam sedih sebab I rasa macam lambat ka perkembangan anak aku. Pastu I marah diri I balik sebab dari awal lagi I dah tau I tak boleh nak expect Noah akan sama macam budak-budak normal yang lain. Ada sesetengah benda dia akan lambat dari budak normal yang lain. Pastu  nak sedih-sedih pulak. Debik sekali baru tau. Tapi syukur sangat at the age of 5 months old, dia dah boleh meniarap. Ni baru 2 hari so tangan ada sikit sangkut la. Kena tolong tangan dia. But it's a good improvement right? Best!

Kalau dia baring saja pun, memang 360deg kot berpusing. Sebab dia dok menggila nak meniarap. So badan tu asyik melentik ja. I bubuh dalam ndoi dia pun, dia dok melentik tak habis. Hehehe. Orang baru dapat skill kan. Semalam lepas dah boleh meniarap tu, sampai takmau tido. Bagi dia baring terlentang ja pun dia dah happy. Dengan mulut bising dia tu. Eeeee Ummi so geram!

And I am missing him a lot!!

Wednesday 12 August 2015

...of Noah Khilfi

Assalamualaikum..

Ha bukan senang 2 entries dalam 1 hari Aida nak belanja. So baik uols baca dan buka lagi esok mana tau ada lagi entry. Hahah tetap nak pancing traffic walaupun blog nan hado.

Noah Alhamdulillah dah masuk 5 bulan. Berat dia sekarang 5.7kg. I know tak la berat macam budak-budak normal kan. Kalau ikut buku biru tu pun, berat dia still dalam yellow zone. Tapi macam nurse tu kata, it's ok considering that he's a prem baby :-)

Production dari my milk factory pulak dah macam berkurang ni. Not sure if it's my mindset or memang dah susut. But from some of the articles I read, susu akan ada selagi kita bagi anak minum or pam. So I assume in my case, susu ada tapi tak banyak la kot. Dengan itu, I dah campur dengan Karihome. Dalam sehari tu maybe 1-2x Noah akan minum susu formula. Hmmm. Mula-mula tu agak sedih. Tapi I dah try to accept lah. Cuma I harap susu I takkan stop lagi. Biarlah campur dulu, jangan full formula lagi. I tetap akan kena bengkak susu kalau tak pam lebih dari 3 jam. So from there I tau la yang susu tu masih ada. You can still do it Aida :-)

Setakat ni Noah hanya sekali ja meniarap. Lepas tu dia dah tak meniarap dah. Baring mengiring pun jarang-jarang. Dia suka baring atau kita bagi dia duduk elevated skit. Paham tak? Hahah. Macam kita letak bantal kepala size adult tu bagi selanting sikit pastu letak dia. Ha dia suka la. Or kalau dia dah bosan, dia suruh kita angkat duduk atas riba ja sebab Noah tu dia ingat dia dah besar, dah boleh duduk lama-lama. Dia taktau pinggang dia lembut lagi tak boleh duduk lama-lama. Even sekarang tengah baring pun, dia akan usaha untuk angkat kepala dia nak duduk. Itu yang selalu naik angin dalam car seat. Car seat dia jenis macam baring 45degree. Dia dok berusaha nak angkat kepala nak duduk. Bila tak boleh, itu yang menaikkan amarah dia. Pastu nangis keluar air mata semua. Shian dia.

Noah pun dah pandai respon bila diagah. Prem baby kan lambat sikit. Some kids lepas pantang tu dah pandai senyum-senyum main. Noah masa hujung 4 bulan nak masuk 5 baru la gelak mengekek bila diagah. Baru lah fokus kat kita. Pandai tengok tv -_____-

Baju yang I beli masa dia dalam perut lagi pun Alhamdulillah dah boleh pakai semua. Kan kononnya beli size besar sikit sebab budak-budak sekarang kan cepat besar. Sekali hamek kau. Hahhaha. Tapi Alhamdulillah now dah muat dah. Banyak jugak baju dia yang I dah kena ambik simpan. Dah tak celuih masuk kepala. Hahah so cute. Ahh rindu abam sado.

Bangun tengah malam masih lagi. Tapi hanya untuk minum susu. But of course dia akan buka mata juga cuma kita ni jangan la dok pi sembang dengan dia. I selalu bagi susu pastu letak dia terus bagi dia terlelap sendiri. Takdak la I nak agah-agah dia. Siang enough ok baby? Ummi keja siang. I love you.

Nanti I share lagi pasal Noah ok?

Nah belanja sikit gambar budak main ayaq lioq bersemboq botak kepala mak hang oiiii.


Chiao bella!

Rungutan di petang hari.

Assalamualaikum..

Haih orang ada blog hang pun nak ada blog. Lepas tu sunyi sepi. Suka hati ja nak tulis ka tak. Heheh. Tapi memang buat blog ni untuk suka-suka ja pun. Takdak motif. Jadi...sukati kiter lah kannn..

I ni dok sakit belakang dah berapa hari ni. I think it's because of my sitting position masa menyusu Noah & masa pam susu. Kalau meyusu kat rumah, memang I sendal satu lagi bantal dekat belakang. Ni kalau duduk atas sofa la. Kalau malam tu atas katil, memang duduk loi camtu ja la. Berapa kali dah I cuba duduk bersandar dekat kepala katil. Tapi I rasa macam Noah tak selesa. Ka perasaan ja? Masa pam susu pulak dekat ofis. Pam pun dalam stor. So what do you expect? Your boss sediakan sofa for you? Hahha. Dulu I duduk atas kerusi ofis tu tau. Pastu now macam selesa duduk bersila kat bawah ja. Tapi padahnya sakit belakang la. Sebab masa pam I kena duduk straight. Kalau bersandar rasa macam susu tak keluar. Atau adakah itu perasaan jugak? Hehhe. Anyway, benda ni tak boleh biar lama. Ingat nak pi kat Kak Wati. Tapi I teringat I ada beli Groupon Voucher dekat True Harmony untuk Post-Natal Package. Bayar RM48 untuk 2 visits. Harga asal RM960. Katanya lah. Takpa kita try ja. Tapi I kena siapkan mental ni untuk mengelak hidden agenda depa :-) I dah fix appointment Sabtu ni. Nak minta tolong Mama jaga Noah. Heheheh. Tapi belum tanya lagi. Heheheh. Harap-harap boleh. Heeheheh.

Agak stress jugak sekarang ni bila tengok cermin sebab jerawat Nauzubillah berpesta muda-mudi. Masa pregnant lepas 1st trimester tu punya lah licin kulit. Start masa dalam pantang, hmmmm dia menggila balik. Tapi I banyak naik dekat area keliling mulut ja. Katanya hormon kan? Ntah..maybe la kot. Nak pi facial pun takdak masa ni. Fion tu pulak calendar dia lagi pack dari kalendar Datuk I. Hahaha. Yang ada kosong pun time waktu kerja. Mana boleh bhai. Dia pun macam dah lupa kat I sebab lama tak pi. Kalau tak, dia nanti peringat and tanya kalau tiba-tiba ada customer dia cancel appointment. Ni senyap 2 bulan dah. Lupa kiter lettew. Takpa nanti I runtun dia.

And 1 lagi benda yang I nak buat tak dapat-dapat lagi ialah....NAK PI MANI & PEDI!! Lamaaa gila dah tak buat. I remembered the last time was lepas pantang, before masuk kerja. Itu saja. Lepas tu, ha gigit kuku, potong sendiri ja la. Dah la tak reti potong. Memang senget benget lepas tu mesti kuku patah. And now cuticle tahap menggerunkan. Sendiri tengok pun geli. Gggrr bila ada masa nii. I pernah tanya Hubs kalau macam kami pi jalan-jalan mall, boleh tak I lari pi buat sat tapi dia kena jaga Noah la. Dia bagi kat I jelingan maut. Hhuuwwaa.

Eh dari takdak apa nak cakap terus panjang ja merongot. Well, makcik-makcik dah kan sekarang. 

I nak update pasal Noah in the next entry. Ok bye for now. Muax.