Monday 22 June 2015

Berpuasa dan Meyusu. Phew!

Assalamualaikum..

Amboi tajuk macam pantun.

Semalam adalah pengalaman pertama I berpuasa dan menyusu. Setengah hari tu I ok lagi. Mai pukul 4pm tu dah macam jalan seret kaki. Memang terasa keletihannya. Taktau la nak cakap letih camna. Dia not so much of lapar. Lapar tu tak sangat. Ada la at times perut berkeroncong tapi lepas tu dah hilang. Dahaga pun not so much. Of course la dahaga. Saja-saja puasa pun dahaga kemain. Inikan pula dengan sekali penyusuan atau pam, anda membakar sebanyak 500 kalori. Hah.

Tapi sometimes when I think about it, Allah memang Maha Agung. Dia pinjamkan segala kudrat yang ada untuk para wanita especially. Tak payah tengok contoh jauh-jauh. Tengok diri sendiri sudah. Heheh. I pun taktau bila masa yang I tido. Hahaha. Bayangkan ek I bagitau jadual I dari pagi. Eh tu pun taktau nak start dari pukul berapa pagi. Hahah. Ok ok kita ambik dari sahur lah. I set alarm at 4.30am tapi menipu sangat bangun on time. 5am lah baru bangun. Tengah nak siap-siap makan, Noah bangun. Dia tu tak boleh I bangun. Dia pun kepo nak bangun jugak. Dah bangun, demand attention nak susu la nak dukung la. Padahal baru minum pukul 4am (well ada orang akan baca ni sambil kata "susu tak cukup tu. tak puas minum tu". yeah. whatever). Sampai almost 6am pastu dah tak tido dah siap-siap sambung pi keja pulak. Balik petang dari kerja kena layan Noah dah. Takkan dah balik kerja nak biar mak/mama tengok dia lagi kan. Biadap sangat tu. Tiap kali balik kerja berdoa dia tido. Sempat la I nak pam susu last punya pastu mandi ka. Then malam pulak memang dia dengan I ja la. Menyusu setiap 2 jam. And it goes on sampai subuh balik. Hohoho.

Ok back to susu cerita. Selalu kat ofis I pam 4 kali. I kan pam memang tak banyak. Cukup-cukup makan Noah ja. And I tak kisah pun. Tapi start puasa ni, bila mai petang tu susu dah macam kering pulak. Seriously uols. I dok raplah dah. Hari tu kan I ada tulis I risau susu makin sikit. Ada hamba Allah ni baca & told my friend to let me know cuba makan Mom's chocolate. Hai you. Thanks tau. I dah beli and now dalam proses nak tengok berkesan ka tak. Harap-harap berkesan lah. Hubs dok cakap tak payah puasa lah. Dia kata nanti pelan-pelan ganti. Tapi I rasa tak gamak la kan. Kena puasa baru feel nak raya nanti. Mihmihmih.

I cuti ni. Tadi bawak Noah Khilfi pi cucuk 3 bulan. I kat rumah memang bagi direct ja tak bagi botol. Lantak lah dia nak minum setengah jam sekali pun. It's ok.

Actually I started writing this entry last Friday. Tudia harini Monday baru boleh habiskan.

Apa-apa pun, memang terasa la letihnya berpuasa dan menyusu ni. Penat sangat. Mentally (because of something else obviously) and physically exhausted. But I am not complaining ada anak ni penat ok? It's the thing around me yang meletihkan.

Oklah mood tak berapa nak cantik hari ni sebenarnya. Esok I tulis lagi In shaa Allah ok?

Talk to you gais soon. Bye.

Thursday 18 June 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa gais. Saya ingin mengucapkan good luck kepada diri sendiri untuk berpuasa dan ber-breastfeed!!

*Bak kata Nurnajmin, bulan ni ramai yang fasih berbahasa Arab*

Monday 15 June 2015

Susah hati....

Assalamualaikum.

Umum mesti ramai yang tau I sekarang ni masih bertahan fully breastfeed. Macam I selalu kata, banyak kebaikkan breastfeeding ni. Tengok la Noah. Alhamdulillah membesar bak juara. 

Tapi I semakin susah hati la. Susu rasanya dah tak berapa banyak. Yes orang cakap mind set benda ni. Kalau kita kata kurang, kurang la susu tu. Kalau yakin kata banyak, banyak la dapat. Huuwwaa I penat dah berzikir kata banyak susu. Tapi sikit ja la sekarang ni. Kira cukup-cukup makan Noah. Sekali dia minum 3oz. I sekali pam dapat 3oz jugak. Sehari I tinggal 6 packet untuk dia. Tapi dekat office, I dapat pam 4 kali ja. Paham tak? So lagi 2 kali tu I dok ambik stok kat rumah. Kalau malam I pam jugak lagi 2 kali, memang kerja lain I tak boleh buat. Dah la I ni balik kerja ja dah terus pi rumah mak or mama. Pastu balik dah pukul berapa. Nak buat kerja rumah lagi. Penat la I. Paham tak? Noah pulak dia suka nak bergayut kadang-kadang. Mengada dia ja bukan nak minum pun. And I dah berazam takkan bagi puting dekat dia. So bila dia gonggong ja botol tu, terpaksa bubuh susu sebab kalau bagi botol kosong takut perut masuk angin pulak kan. Susu badan pulak kan tak tahan lama. I paling lama bertahan susu 2 jam ja pastu I buang. Sebab I baca kalau anak prem, tak boleh simpan susu lama-lama. Tapi kawan I baru bagitau dia dah besar, so boleh ja simpan susu tu up to 6 hours. Jadinya bila I dah kata sampai 2 jam ja, memang membazir la kadang tu banyak lagi susu tapi buang. I think I should start keeping the milk sampai 6 hours. Kan?

Semenjak dah start kerja ni, I dok pump 2 jam sekali. Dapat alahai kadang-kadang tak sampai 3 oz. So I fikirin buat 3 jam lah bagi kumpul banyak sikit susu. Hmmmm...dapat 3 oz jugak. Balik-balik salah satu tetep mesti bengkak sakit. And bengkak ni boleh surut just kalau Noah yang menyusu. Ka salah pump ek? Jenuh la nak beli pump lain pulak ha. Kipala manyak finin.

Anyway, kecekalan hati I makin menipis ni. Dalam sehari tu berapa kali dok berbalik-balik keputusan hati ni. Sat I fikir cukup ni susu jangan risau In shaa Allah cukup punya. Tapi sejam lepas tu I boleh tiba-tiba kata ok la nak campur formula ja. As soon as I kata camtu, terus nanti macam rasa eh cukup sebenarnya lagi susu badan. Huuuwwaaa.

Ada banyak tips untuk banyakkan susu. Banyak pemakanan yang boleh diamalkan untuk boost susu. Tapi kebanyakkannya I tak makan. Contoh lobak putih. Ohmyyyyyyyy!! No freaking way. The best I dok buat sekarang pun ialah power pumping bila ada masa, minum Tamara Cocoa, minum Herbalife Formula 1 apa benda ka, dulu makan Alfalfa Shaklee, minum horlicks, minum milo huuuwwaa nak minum apa lagiiii. Nanti Herbalife tu habis I macam nak try Umma Lacto pulak. Haihh tengok la. Dalam dok fikir nak campur susu formula dah, boleh pulak nak cuba jugak Umma Lacto. I want to breastfeed my baby at least...at least lah sampai 6 months. Kalau boleh nak go more.

Sedih aaaa kiterrrr...

*BANYAKNYA MERUNGUT HARI NI*

Perempuan = Lelaki

Assalamualaikum.

Hai pepagi Isnin ni saya nak ajak berleter sikit. 

Zaman sekarang ni kan lelaki dan perempuan sama saja. Sama dari segi tanggungjawab, beban yang dipikul, etc. Betul tak? Sapa setuju? Kalau tak setuju, come take a minute and please read on. Sama-sama cari rezeki for a better living. Susah nak hidup senang sikit zaman sekarang ni kalau hanya seorang saja yang bekerja. Jadi, untuk cover semua keperluan/kemahuan hidup, ramai antara kita yang suami isteri bekerja. Tapi selalunya orang nampak lelaki saja yang penat kerja. Dan seringkali statement "lelaki penat kerja untuk cari rezeki" digunakan. So perempuan penat kerja untuk apa ya? Yelahhhhhhhhhh I kerja untuk shopping jugak antaranya. Kalau tak kerja, tak dapat la nak beli barang untuk diri sendiri. Mihmihmih. So, tujuan entry kali ni ialah sebab I penat tengok orang perempuan penat. Tapi bila minta tolong orang lelaki sikit, akan dapat ayat "penat la balik kerja". So kami macam mana pulak?

Orang lelaki
Bangun tidur at 7.30am (untuk yang kerja normal hours) siap-siap pegi kerja. Spent almost 10 hours (kebanyakkannya lah) dekat tempat kerja. Berhempas pulas the whole day. Bagi yang kerja office, mentally exhausted. Bagi yang kerja bukan office, mungkin physically exhausted. Atau ada yang dua-dua sekali keletihan. Balik at 6pm, mungkin ada yang pi bersukan (which most likely susah dah nak dapat sekarang) sampai Magrib. Kalau yang tak bersukan well maybe duduk lepak Starbucks or happy hour kat mana-mana. Or balik rumah terus rehat dekat rumah. Or ada yang ambik anak-anak dekat sekolah/tadika/nursery/rumah mengasuh. At 8pm, dinner. At 9pm tengok tv/main game/main fon. Pukul 12am, tidur. But maybe yang ada anak tu in between 9pm-12am tolong tengokkan/tukar diapers/susukan anak.

The routine repeats the whole working week.

Orang perempuan.
Bangun betul-betul bangun at 6.45am susukan anak, kemas bag-bag nak bawak ke sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh anak, siap-siap nak pergi kerja, hantar anak ke sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh. Spent almost 10 hours dekat tempat kerja. Berhempas pulas the whole day. Kebanyakkan ladies ni kerja office la kan. Stress di office pulak. Yes mentally exhausted & physically jugak. Why physically? Nanti I bagitau. Balik at 6pm, yang kena ambik anak kat sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh. Yang tak payah ambik, balik rumah terus sinsing lengan baju masuk dapur. By 8pm dah kena ready untuk seisi keluarga dinner. At 9pm mula kerja membasuh baju, lipat baju, kemas-kemas rumah apa sikit (dalam masa yang sama I'm sure anak-anak akan lebih cari mak dari bapak). Pukul 12am, tidur. 2am bangun menyusu. 4am bangun menyusu. 6am bangun menyusu. 6.45am bangun (kat sini la physically tired) & get ready to face the next day.

The routine did not stop.

So guys, tell me apa beza lelaki dan perempuan sekarang? Ok maybe not all para suami begitu. Yes ada yang ringan tulang juga membantu. But you have to stop saying "PENAT KERJA" as an excuse.

Because you really don't know what "PENAT KERJA" really is.

Thursday 11 June 2015

Noah dan kereta.

Assalamulaikum.

Alhamdulillah anak I suka naik kereta. Like seriously. Letak dia dalam car seat dia, selagi tak jalan selagi tu dia bunyi ekk ekk ekk. Once jalan ja terus diam. Haaa...I nanti dok skodeng la ikut safety mirror I pasang kat depan dia. Sebab dia mengadap belakang. So I tak nampak apa jadi kat dia. Hail to the person who created the mirror! Senang sikit hati I. I selalu ushar dia nanti dok angan-angan tengok langit la..tengok luar la..pastu terus nanti tido. Ouhhh such an angel #typicalmother

Image result for baby safety mirror
Ha camni lah cermin tu. Tapi design lain sikit. Eh tu bukan I tu..awat? Nampak sama ka? #aidaberhalusinasi

Tappiiiiii bila mai kat traffic light merah ja I nanti raplah dah. Kalau lebih dari seminit, dia nanti jaga and start buat bunyi. Kalau lagi lama, dia nanti keriau terus. Pastu nanti susah dah nak buat dia duduk diam. But anyway most of the time memang senang la nak drive dengan Noah ni. Paling jauh I pernah bawak dia p Queensbay kat Pak dia. Hehe. 


Ok tu ja dan cerita. Dari pagi punya dok type satu satu perkataan. Petang dah baru habis. 

Tata.


Tuesday 9 June 2015

4.5kg

Assalamulaikum..

Alhamdulillah my baby boy dah weight at 4.5kg as of yesterday! Yippie..padan la boleh tahan muscle muscle kat tangan Umi ni dukung dia. Semalam ada appointment cranium ultrasound scan (I sounded smart kan saying that? Hahahaha) dekat GH. Then lepas dah habis scan tu nurse bagi report & suruh pi Klinik 004 Pediatrician. Kami pun pi la tok tek tok tek kat sana. Rupanya bawak report tu nanti on Noah's appointment date iaitu 25 June..hmmm...tapi takpa lah. Dapat timbang berat dia. I memang suka sangat la timbang berat dia. Kalau boleh nak beli baby punya weighing machine tu. Mihmihmih. Bukan apa uols. Bila everytime tengok berat dia naik, satu macam punya perasaan tu taktau nak habaq. That proud feeling. Sebab I kan bagi exclusive breastfeeding. Selalu juga I terima kritikan "DIA TAK PUAS MINUM SUSU TU". Sob sob. Tapi I ambik kritikan tu sebagai satu motivasi semangat untuk I terus bagi susu cap gantung (Walaupun berapi ja telinga masa orang kata tu tapi buat muka watlekwatpeace).

Bukan la I nak kata susu formula tu tak bagus. Of course ada bagusnya. Kalau tak habis la anak-anak bangsa kita. Hewhewhew. Tapi uols kena faham baby I premmie..sebolehnya bagi la susu tek kalau ada..Kalau takdak dah tu lain cerita..kita usaha cara lain pulak. I takmau la list apa beza susu tek dengan formula kat sini. Satgi ada yang terasa hati pulak. Nampak I ni defensive. Satgi mana nak pi tau rezeki Noah minum susu tek tak panjang, depa gelak pulak kat muka I. Tu la eksyen sangat. No no no Nauzubillah minta simpang. I tak riak tau. I pun tawakal kepada Allah SWT ja sampai bila I dapat menyusu badan exclusively. Kalau dah takdak rezeki, of course I akan bagi formula. Kegigihan I takdak la sampai tahap nak kena jugak-jugak bagi susu badan. Tapi selagi I boleh bagi, I akan usaha jugak. I ni dah la pantang orang kata ni boleh bagi susu banyak ni. Zaaasss terus beli. Berapa banyak supplement dok ada kat rumah tu untuk tambah susu badan. I tengok pun naik seriau. Hehehe.

Perkembangan Noah...Noah takdak la macam budak-budak lain by 3rd month dah boleh gelak-gelak bila diagah. Paling terer la ni pun dia dah boleh stare at you bila you bersembang dengan dia. Dia akan buat mulut burung. So I take it as dia paham la kita cakap apa. Hehehe typical mother. Tapi mostly bila pagi-pagi nak bagi mandi tu you bukak baju dia, dia happy la. Nanti ternganga-nganga keriau semua. He can be a little bit slow then the rest of the big boys. But I have nothing to worry because I know my little charm is getting there. Umi & Daddy just have to be patient. Hati mak pak mana tak sedih bila tengok anak-anak orang lain yang baru beranak semua besar-besar daripada dia. Latest I heard baby tu baru 42 hari tapi dah 5kg! Tapi takpa la pelan-pelan membesar la kan. Janji sihat sudah. 

Alhamdulillah Noah pun tak banyak kacau. Asyik nak tido ja. Tapi kalau dia tak tido, he demands for attention ok? Like seriously dia takmau duduk sorang-sorang. Kalau duduk dengan dia, sembang please. Kalau tak dia nanti nangis manja merengek minta perhatian. Oh boy. It melts my heart. 2 hari lepas ja dia macam tak ok sangat. Tengah malam takmau tido dari 2.30am - 5am! Nangis-nangis pastu tiba-tiba senyum sorang-sorang pulak. Umi very the saspen you know. Then siang tu memang nangis ja la. Tengah tido pun boleh terjaga nangis. Kesian my poor baby. Tapi Alhamdulillah kemarin dia dah ok.

Ok I need to go pump the susu dah. I talk to you guys soon ok! Mucho love.

#dontsaybabytakpayung

Monday 1 June 2015

Ada hantu.....

Assalamulaikum..

Tudia tudiaa...blog ni bukan takat bersawang dah lagi ni. Ni dah kena panggil bomoh mai halau penunggu dah ni sebab lama sangat tak berpenghuni. Kohkohkoh.

Sorry la uols..memang sibuk la ada anak ni. Hahaha gelakkan diri sendiri. Dulu I selalu wonder apa benda la yang busy sangat kalau ada anak. Sekarang nahhh hamek kauuuu. Memang la ada jugak waktu senggang. Tapi waktu senggang tu la nak tutup mata ka, nak tengok tv ka, shave bulu ketiak ka...lain time tak dan hoi. Hahaha.

Anyways, I am back in the office dah hari ni. Punya la takdak semangat. I teringin nak jadi macam orang yang update status kat facebook "Feeling motivated to start work after 90 days of maternity leave" gitchu. Memang tak laaaaaa. Lagi rasa takmau bukak mata pagi tadi ada la. Pastu kan pastu kan, minggu lepas I dah start hantar Noah dekat Mama tau untuk training. Masa tu tak rasa apa-apa pun. Tapi tadi pagi alahai beratnya hati nak tinggal dia..sedihhh..over kan? Padahal sedih sebab kena mai keja. Tapi betoi la. Rasa berat sangat nak tinggal Noah. Sayu tengok muka dia. Dah la dia dok berair ja sebelah mata. Pastu ada taik mata banyak belah tu. Kenapa ek? Should I worry?

I jem ni taktau nak buat kerja apa. I dok tunggu budak yang ganti I tu masuk kerja dia handover balik baru boleh start pelan-pelan from there. Dah la wrong timing JP & Council meeting ni nak ada pun. Time I balik jugak. Tapi kan I dok berangan kalau I bersalin cukup bulan baru ni, lega la tak payah face JP & Council. Memang la bukan I yang present kat KSN & PM. Tapi I nak kena cari date untuk pre-brief session meetings tu yang buat rasa nak termuntah everytime thinking of it.

Ok lah nak chow dulu for now. Nanti I janji I nak cerita pasal kenduri Aqiqah Noah & Khalif tau.

Pwomise.