Assalamulaikum..
Alhamdulillah my baby boy dah weight at 4.5kg as of yesterday! Yippie..padan la boleh tahan muscle muscle kat tangan Umi ni dukung dia. Semalam ada appointment cranium ultrasound scan (I sounded smart kan saying that? Hahahaha) dekat GH. Then lepas dah habis scan tu nurse bagi report & suruh pi Klinik 004 Pediatrician. Kami pun pi la tok tek tok tek kat sana. Rupanya bawak report tu nanti on Noah's appointment date iaitu 25 June..hmmm...tapi takpa lah. Dapat timbang berat dia. I memang suka sangat la timbang berat dia. Kalau boleh nak beli baby punya weighing machine tu. Mihmihmih. Bukan apa uols. Bila everytime tengok berat dia naik, satu macam punya perasaan tu taktau nak habaq. That proud feeling. Sebab I kan bagi exclusive breastfeeding. Selalu juga I terima kritikan "DIA TAK PUAS MINUM SUSU TU". Sob sob. Tapi I ambik kritikan tu sebagai satu motivasi semangat untuk I terus bagi susu cap gantung (Walaupun berapi ja telinga masa orang kata tu tapi buat muka watlekwatpeace).
Bukan la I nak kata susu formula tu tak bagus. Of course ada bagusnya. Kalau tak habis la anak-anak bangsa kita. Hewhewhew. Tapi uols kena faham baby I premmie..sebolehnya bagi la susu tek kalau ada..Kalau takdak dah tu lain cerita..kita usaha cara lain pulak. I takmau la list apa beza susu tek dengan formula kat sini. Satgi ada yang terasa hati pulak. Nampak I ni defensive. Satgi mana nak pi tau rezeki Noah minum susu tek tak panjang, depa gelak pulak kat muka I. Tu la eksyen sangat. No no no Nauzubillah minta simpang. I tak riak tau. I pun tawakal kepada Allah SWT ja sampai bila I dapat menyusu badan exclusively. Kalau dah takdak rezeki, of course I akan bagi formula. Kegigihan I takdak la sampai tahap nak kena jugak-jugak bagi susu badan. Tapi selagi I boleh bagi, I akan usaha jugak. I ni dah la pantang orang kata ni boleh bagi susu banyak ni. Zaaasss terus beli. Berapa banyak supplement dok ada kat rumah tu untuk tambah susu badan. I tengok pun naik seriau. Hehehe.
Perkembangan Noah...Noah takdak la macam budak-budak lain by 3rd month dah boleh gelak-gelak bila diagah. Paling terer la ni pun dia dah boleh stare at you bila you bersembang dengan dia. Dia akan buat mulut burung. So I take it as dia paham la kita cakap apa. Hehehe typical mother. Tapi mostly bila pagi-pagi nak bagi mandi tu you bukak baju dia, dia happy la. Nanti ternganga-nganga keriau semua. He can be a little bit slow then the rest of the big boys. But I have nothing to worry because I know my little charm is getting there. Umi & Daddy just have to be patient. Hati mak pak mana tak sedih bila tengok anak-anak orang lain yang baru beranak semua besar-besar daripada dia. Latest I heard baby tu baru 42 hari tapi dah 5kg! Tapi takpa la pelan-pelan membesar la kan. Janji sihat sudah.
Alhamdulillah Noah pun tak banyak kacau. Asyik nak tido ja. Tapi kalau dia tak tido, he demands for attention ok? Like seriously dia takmau duduk sorang-sorang. Kalau duduk dengan dia, sembang please. Kalau tak dia nanti nangis manja merengek minta perhatian. Oh boy. It melts my heart. 2 hari lepas ja dia macam tak ok sangat. Tengah malam takmau tido dari 2.30am - 5am! Nangis-nangis pastu tiba-tiba senyum sorang-sorang pulak. Umi very the saspen you know. Then siang tu memang nangis ja la. Tengah tido pun boleh terjaga nangis. Kesian my poor baby. Tapi Alhamdulillah kemarin dia dah ok.
Ok I need to go pump the susu dah. I talk to you guys soon ok! Mucho love.
#dontsaybabytakpayung
No comments:
Post a Comment