Wednesday 21 January 2015

Air gula. DUKE200.

Assalamualaikum.

Semalam kan first time I minum air gula. Dapat jugak experience minum air gula masa pregnant. Hahah serr kan? Orang takmau minum, hang dok nak experience. I nak rasa jugak apa la yang orang dok kata nak termuntah la melugai la apa la. Tapi Alhamdulillah semalam minum I tak muntah pun. And actually to me takdak la that bad. Elok ja glup glup I minum. Memang la last-last tu rasa dah pekat satu macam. Tapi rilek ja ku telan. Haaa lepas minum tu pastu kena p test air kencing pula. Masa nak kencing tu ja I rasa nak muntah. Sebab campur dengan bau toilet apa semua. Haiyoo. Tapi tahan ja la. Takmau muntah satgi kena minum lagi sekali pulak. Dah la tu, kalau main tipu, nanti result tak accurate la kan. 

Ok I nak cakap pasal benda ni. Memang mostly private hospitals tak peduli pun hang nak naik berat banyak mana pun. They are not too concern pasal takut ada diabetes atau tak. Klinik Kerajaan ni saja yang selalu terlebih concern. Well, I look at it like this, both pun pakar. Both pun ada experience yang begitu meluas. So I'm sure both ada their own good and valid reason why nak buat or takmau buat diabetes test ni. I opt to ikut cara dua-dua sekali for my own good. Bukan I nak kata you tak mau ikut either one means that you're not thinking of your own good. Tapi I'm sure jugak you have your own good and valid reason. As for me, this is my 1st pregnancy and I've been waiting and wanting to experience all this for so long now. So to me, apa salahnya tunggu 2-3 jam untuk check up, apa salahnya nak minum air gula satu gelas, apa salahnya tiba-tiba depa nak kata you ada tu you ada ni. Biaq pi depa nak buat test. Klinik Kerajaan pulak you takyah bok kuar duit sekupang pun. Kalau pi private, sebulan 100 lebih you kena spend tapi jumpa Doc tak sampai 15 minit. Hahah. Sebab tu dua-dua pun I pi. Pi private syok sebab tiap-tiap bulan boleh tengok baby. Pi Klinik Kerajaan, detail punya depa check hang. I rasa balance and fair enough for me. Memang it seems ridiculous & sangat hassle kena tunggu lama, kena berleter over kuku panjang (aku la tu) and banyak lah benda kecik-kecik. Tapi I suka and rela ja buat masa ni. Macam I kata, for my own good :)

 Perempuan gemok memang suka benda manis-manis.

Lepas tu kan I nak cerita jugak, Hubs dah dapat bini baru. Hehehe. Takpa lah bagi chance kat dia nak happy-happy sikit. Bukan senang bila Hubs want something and he really go and get it. Prinsip hidup dia tak sama macam I. Kalau tak dapat, boleh rilek-rilek lagi. Kalau I, kalau malam tu teringat dah, esok jugak I pi cari. Tak boleh tunggu-tunggu dah. Nindiaaa bini diaaaa....

First day pi ambik motor.

Semalam I naik jugak. I dok fikir kalau I tak naik, nanti lepas pantang baru dapat naik. Kaki boleh tahan ketaq jugak nak try naik. Kami pi rumah Mama ja. Pelan-pelan ja bawak. Heheh. Tapi agak gayat masa dok kerabat (panjat) nak naik tu. Sebab foot rest dia agak tinggi. Alhamdulillah Ok ja..pungkok ja sakit sikit sebab seat keraih. Hehhehe.

Elehhhh..Hubs kata pi keja dia nak naik motor Honda dia tu ja. Motor ni jarang-jarang bawak. Sekali pagi tadi dah hantar gambar nak pi keja naik motor. Heheh. Excited la tu. Takpa I paham. Pi lah naik. Jangan tiba-tiba Ahad tak bawak aku pi jalan sebab nak pi round island naik motor sudah. 

Itu boleh mendatangkan amarah.

Sekian.

Friday 16 January 2015

Taik penyakit.

*Entry ini dikarang semalam. Harap maklum*

Assalamualaikum.

Uolsss...ahkak kena serang dengan gastric ka heartburn ka..I pun tak sure. Tapi sakitnya menyucuk-nyucuk sanubari. Adoi..dari hari Selasa dah I dok rasa tak sedap badan ni. Minta balik halfday. Pastu Rabu gigih jugak masuk ofis sebab katanya surat belambak. Rabu iaitu semalam la sakit sangat. Buat taktau lagi. Tahan. Tak boleh nak makan. Tak rasa lapar pun. In fact kalau makan, lagi rasa sakit. I makan jugak la sikit-sikit for the baby. Cukup bagi rasa tak kosong ja.

And then hari ni tadi keluar lunch. Order smoked salmon carbornara (salmon bakaq bak kata Masrinda). Makan 3 suap saja ada la kot. Sakitnya la atas perut I ni. Tak boleh nak go dah. Terus lepas hantar budak-budak ni balik ofis, I pi klinik. Doc pun bagi ubat gastric& charcoal. Katanya gastric. So she advised me to stay away from diary & soy based products, no oily & spicy food, no masam-masam (blergghh). Dia suruh minum milo & dry crackers (roti pat segi tak payah dok dry crackers sangat) dalam 2-3 keping every 3 hours sebab takmau bagi perut kosong. Dengar kena makan pun I dah seriau. But Alhamdulillah I can feel my baby is kicking & moving still :)

Ok lah nak sambung buat kerja. Dengan kerja belambak ni pening kepala I. Nah tengok lah gambar tadi pi lunch kat Safe Room Campbell Street. #sempatlagi



MashaAllah bulatnya.


Thursday 15 January 2015

The Fourth.

Assalamualaikum..

Boleh pulak lupa nak update entry pasal anniversary. Nampak tak betapa busy nya diri ku ini? Gila betoi. In fact memang on that day itself baru la terhegeh-hegeh nak buat reservation for dinner. At 6pm! Cadangnya nak makan kat Macalister Mansion. Sekali penuh daaa. Hari Jumaat kot. So decided to makan kat Revolving ja lah. Sekali buffet kau. Masakan melayu pulak tu. Baik I masak kat rumah ja. Hahahaha. Whatever lah. Janji view dia cantik and romantik. Tapi mula-mula duduk tu I pening jugak lah sementara nak adapt dengan corak pusingan dia. Lama-lama ok.

Anyway, 9 January 2015, Happy 4th Anniversary to me & Hubs. Sekejap ja pejam celik pejam celik dah 4 tahun berkahwin. 4 tahun yang sangat mencabar. Yang penuh dengan ups & downs. Yang tak pernah sunyi. Tak pernah lokek dengan laughter or quarrels. Hehehe. Mana ada rumahtangga yang tak gadoh langsung kan? Kalau betul takdak, you have to go and check man. Must be something wrong there. Hewhewhew.

Ok untuk tahun yang ke-4 ni, niat and harapan I sama ja macam the very first day I was solemnized to Kamaruzaman Bin Kassim. Semoga rumahtangga kami berkekalan hingga ke pengakhiran nyawa. Semoga rumahtangga kami lebih diberkati Allah SWT. Semoga sama-sama dapat kami menjadi manusia yang lebih tawaduk. Tapi ada satu ja difference dalam doa kami tahun ni. Dulu kami berdoa agar dimurahkan rezeki untuk dapat baby. Alhamdulillah after 3 years and 7 months waiting, Allah makbulkan doa kami. So tahun ni doa kami berlainan sikit. Semoga anak yang I kandung ni akan menjadi pengikat kasih sayang antara I dengan Hubs agar lebih erat. Semoga anak yang I kandung ni akan membuatkan kami untuk berusaha lebih agar menjadi manusia yang lebih beriman. Semoga anak yang I kandung ni akan lahir dan membesar menjadi Khalifah dan manusia yang berguna kepada parents, family dan orang-orang sekelilingnya. Memang nampak berat dan besar harapan kami untuk anak kami. But who doesn't? 

Aamiin.


Ececehh kengkonon mekap sendiri. Muka macam kena tembak. Hahaha.




Awww romantika di amor sangat nih. Sebenarnya I amik gambar ni sebab I nak cari balik gambar lamaaaaaa kami dalam FB. Masa tu dok hangat bercinta. Ambik gambar pegang tangan camni pastu caption "May this hands grip forever". Pastu ada la komen-komen orang yang agak mencabar. Saja la I nak letak gambar tu sebelah gambar ni. Bukti sampai memboyot haaa. Hehehe. Tapi takdak rezeki.

Kikiki ni la hadiah untuk tahun ni. Hubs nak jacket sebab katanya boleh bawak naik DUKE. Hmmm. Setakat ni masih angan-angan. I tak masuk campur sangat hal DUKE ni. Orang sibuk nak beranak, dia sibuk nak beli motor. Eh? Macam tak setuju ja. Hahhahaha.

Ni pulak Hubs bagi kat I. Senang masuk kedai yang sama, ha pi pilih. Yang ni memang I dok aim dari mula-mula AX bukak kat Penang. Haa punya lama. Tapi tak mampu uols. Hahha. Kalau beli sendiri memang tak la. Sebab kerukut. Eh tapi harga jacket tu sama ja dengan jam ni. Boleh pulak noh? Hahaha.

Ok tu ja cerita anniversary kami. Ayat macam makin tak romantik pulak skarang ni. Mihmihmih.




Monday 12 January 2015

Sundate

Assalamualaikum..

Amboi macam kan tak pernah keluar dating hari Ahad siap nak buat entry. Hehehe. Bukan apa uols..dah lama tak keluar Ahad camni. Haaa this time keluar dengan Hubs of course, Hasan, Ikha & Kak Shaz. Dulu kan memang tiap-tiap Ahad ada ja muka kami kat Queensbay, kat Gurney Plaza dok berpeleseran. Then you know as time passed, semua pun ada komitmen masing-masing. Ada hal masing-masing. Sekian lama tak keluar bersama. So yesterday Ikha ajak keluar. Janji lah jugak dengan Kak Shaz and Hassan...Bestnya. Gelak sampai cramp jaw Hassan. Pi duduk kat mana pun mengganggu ketenteraman awam. 

Tapi before we met up dekat Queensbay smalam, I was at Esma's house. Adik dia bertunang. Dapat jumpa Wati & Wani. Kat situ pun dok gelak-gelak dah. Mangkaq la kawan-kawan I semua. Nayang nayang depa.

Congrats Haniey. Comei Haniey...Wati tu is 6 1/2 months pregnant. Tak nampak wei perut dalam ni. Aku pulak yang over. Hehehe.

Dah settle kat sana, baru la ke Queensbay pulak untuk next agenda. Sampai tu I terus pi beli barang apa yang I nak. Satgi dah ramai-ramai, susah nak fokus pilih barang. Hahah.  

Lepak Plan B dulu for minum petang katanya.  Ok la not bad Plan B ni. Orang kata menu sama macam Ben's. Tapi macam tak sangat pun. Hehehe. Kami minum-minum and makan cakes ja. Mak buyung dah tak larat jalan banyak-banyak.

Lepas tu baru makan Nandos. Bestnya mempunyai kawan-kawan yang sama tekak. Hahaha. Hubs tak layan sangat Nandos. Dia makan tapi kalau diberi pilihan, dia takmau Nandos. Hahah. 

Mana ada gemok pun kan? Stress baju kat Brands Outlet kena ambik size XL!! Siap kena bahan denagn Hassan lagi sebab dok perasan diri ku ini size M. Gila ka apa?

HAB

Mak hayam Shazniza

I suruh depa senyum nampak gigi tapi dua-dua buat duck face. Sebab apa senyum nampak gigi? Sebab dua-dua orang takdak gigi depan satu. HAHAHAHAH.

Lepas makan kita tengok wayang cerita Taken 3. Best jugak la. Tapi I ada masalah sikit tengok action movies. Time depa dok fight-fight ka car chasing scenes ka I nanti mengantuk. I rasa sebab visual gambar tu la. Kan macam pi sana pi sana macam tak still kan. Mata I jadi kiri kanan kiri kanan terus mengantuk. Tapi I berjaya tak tidur. Hahaha.

Balik quite late jugak semalam. Eh masa tengah makan tu, Hubs keluar sat pi amik Ayin kat airport. Secara otometik Ayin dapat tengok wayang free semalam. Hahah. 

Ok tata taktau nak pi makan lunch dengan sapa sedih rasa hati ini.


Thursday 8 January 2015

Selamat ka nak pakai Tabita ni?

Assalamualaikum.

Tajuk tu macam kalau I update status kt FB, mesti dah dapat jawapan. Tapi malasnya la haih nak update kat FB nuh. Heehhe. Nak tanya, selamat ka nak pakai Tabita at my stage ni? I dah masuk 3rd trimester ni. Takkan tak boleh kot? Ramai orang cakap boleh...tapi kurangkan toner & cream malam. Lorr kalau camtu, bila nak elok muka? Keji sangat perangai tak reti sabaq. 

I geram la muka I ni. Alhamdulillah syukur kepada Allah (amboi) jerawat dah memang takdak muka I ni. Tinggal parut ja. Nauzubillah parutttttt. Geram tau. Dalam gambar tu, nampak parut I ja lebih. Macam kan muka yang memang bermasalah teruk lah. Geram sangat rasa. Kan entry sebelum ni I update gambar I dengan Esma tu? Tu I filter tu sebab nala parut kat hidung. Walhal depan-depan tak nampak pun. Mencik lah. Cuba suggest sat apa benda yang I boleh pakai dan berkesan? 

Tu yang dok ingat nak pakai Tabita balik tu. Tapi nak pakai now. Hahah. Ketaq. I dok google pun macam tak dapat juga jawapan yang definite. How la?

Nampak tu? Geram la iolssss. Dah la gemok. Hahah.

HELP!

Makanan Kegemaran - Samb....

Assalamualaikum..

Sorry lama tergendala. Biasa la..asal buka nak update blog ja ada iklan. Menyampahs.

Ok I sambung bab makan ni ok? Right now i LOVE sweet stuff. I pun takut jugak sat kencing manis ka apa. I control-control jugak la. Tapi paling kegemaran ialah Nutella. Siapa tak minat Nutella kan? Tapi I ni tahap kritikal kot. Hehehe.Hari tu I makan almost 1 buku roti. Sebab nak makan dengan Nuttella. Sampai ke kepala roti tu pun I makan. Tak pernah seumur hidup I makan. Hahah. Pastu baru ni dok teringat Nutella Go ka apa nama benda tu tu. Cari cari kat Penang takdak. I pi beli Nutella ja and cari biskut jari. Tapi takdak la kat Giant. I beli biskut pat segi pastu cicah. Habis satu bungkus. Lazattttt.

Buah pun I suka sekarang. Cuma susah nak dapat ja. Eh bukan susah. Camna ek nak cakap. Kalau beli sendiri, kena beli banyak. Kat rumah tu I sorang ja makan buah. Buah mana boleh simpan lama-lama kan. Tapi yang sebenarnya I yang malas nak potong. Kekekeke. Nak beli yang dah potong siap, macam malas pulak balik kerja nak pi mencari. Ada ja kat Padang Kota tu kan. Tapi tu lah, lani dengan MPPP dok buat jelat lebih, silap parking ja depa nanti angkut terus kereta. Hahaha padan muka, masa dia dok saman, ampa takmau bayar kan? Haaa la ni dia angkat terus kereta, ampa nak ambik, sila bayar RM150. Hahah tu yang I takut. Sebab I la yang kena saman MPPP takmau bayar tu. Buat best. Hahahha. Okla nanti I cuba gagahkan diri pi Padang Kota beli buah tiap-tiap petang lepas balik kerja. You have to Aida. Hang tu tak makan sayur. Tolong sedar diri.

Bab makan sayur pulak I memang tak boleh belah lagi la. I ingatkan dulu sebelum pregnant, nanti bila pregnant boleh la saiko diri sendiri to makan sayur demi baby. Nan hadoooo ye. Tak makan jugak. Semalam lunch time I pi Mizi's Bistro dengan Esma & Wati. I order fish & chip tapi makan  tak habis. So I bawak balik & reheat kat rumah. I tak pulak angkat sayur-sayur dalam tu. Sekali bila nak makan hamagadddddddddddd bau sayur tu punya kuaaatttt terkena dekat fish & chips I. I makan jugak tapi tak tahan beb bau punya kuat sampai I muntah. Pastu camno ouols?

Zara Izz Zayani.


Jangan percaya muka I flawless camtu. Nanti I cerita kat next entry.

Apa lagi I suka makan ek? Ermm nasi kandar. Nyummy. Suka la nasi kandar. Ish susah hati pulak suka semua benda yang tak sihat ni. Tapi dah yang tu ja yang dok teringat-teringat. Harap-harap takdak apa la kot noh.

Ok la kalau ikut a pregnant lady's craving, sampai esok tak habis kan. Setakat ni, itu saja yang I mampu ingat sebab itu saja yang I betoi-betoi gila nak makan. Hehehe.

Ok sementara tengah ada semangat waja nak type ni, I nak sambung next entry. Harap-harap takdak gangguan sampai habis mengarang. Aamiin.

Tata sayang.

Monday 5 January 2015

Makanan Kegemaran.

Assalamualaikum.

I semenjak pregnant ni ada fasa-fasa makanan kegemaran. Boleh ulang makan hari-hari benda yang sama. Lepas tu I nanti dok terbayang benda lain dah. Habis I akan takmau dah makanan ni and I akan angau kat makanan baru ni pulak. Hahah. Haih BabyNK ni making Umi disloyal tau. Kononnnnnn.

I ingat lagi masa my 1st trimester tu I tak teringin sangat benda masam-masam. I suka apa tau? I suka ikan bilis. Yes you read it right. Ikan bilis. Rasa masin dia tu. Keras-keras ranggup tu. Pergghhhh. Lawan pulak makan dengan bubur nasi. I sanggup jalan sepanjang jalan tepi Hospital Besar Penang tu sebab cari bubur nasi. Ala kedai-kedai makan kat situ. Tapi tutup ka apa ka masa tu I pun tak sure.Yang pasti takdak la. Tapi I pi Farsal pulak. Sebab I remembered beli kat Mak masa Mak admitted dulu. Tapi sayangnya tak mencapai tahap piawaian.

I draft ni dari pagi baru dok ada takat ni. Ni dah pukul 6pm. Phew. Esok lah sambung. Tata.