Thursday, 15 January 2015

The Fourth.

Assalamualaikum..

Boleh pulak lupa nak update entry pasal anniversary. Nampak tak betapa busy nya diri ku ini? Gila betoi. In fact memang on that day itself baru la terhegeh-hegeh nak buat reservation for dinner. At 6pm! Cadangnya nak makan kat Macalister Mansion. Sekali penuh daaa. Hari Jumaat kot. So decided to makan kat Revolving ja lah. Sekali buffet kau. Masakan melayu pulak tu. Baik I masak kat rumah ja. Hahahaha. Whatever lah. Janji view dia cantik and romantik. Tapi mula-mula duduk tu I pening jugak lah sementara nak adapt dengan corak pusingan dia. Lama-lama ok.

Anyway, 9 January 2015, Happy 4th Anniversary to me & Hubs. Sekejap ja pejam celik pejam celik dah 4 tahun berkahwin. 4 tahun yang sangat mencabar. Yang penuh dengan ups & downs. Yang tak pernah sunyi. Tak pernah lokek dengan laughter or quarrels. Hehehe. Mana ada rumahtangga yang tak gadoh langsung kan? Kalau betul takdak, you have to go and check man. Must be something wrong there. Hewhewhew.

Ok untuk tahun yang ke-4 ni, niat and harapan I sama ja macam the very first day I was solemnized to Kamaruzaman Bin Kassim. Semoga rumahtangga kami berkekalan hingga ke pengakhiran nyawa. Semoga rumahtangga kami lebih diberkati Allah SWT. Semoga sama-sama dapat kami menjadi manusia yang lebih tawaduk. Tapi ada satu ja difference dalam doa kami tahun ni. Dulu kami berdoa agar dimurahkan rezeki untuk dapat baby. Alhamdulillah after 3 years and 7 months waiting, Allah makbulkan doa kami. So tahun ni doa kami berlainan sikit. Semoga anak yang I kandung ni akan menjadi pengikat kasih sayang antara I dengan Hubs agar lebih erat. Semoga anak yang I kandung ni akan membuatkan kami untuk berusaha lebih agar menjadi manusia yang lebih beriman. Semoga anak yang I kandung ni akan lahir dan membesar menjadi Khalifah dan manusia yang berguna kepada parents, family dan orang-orang sekelilingnya. Memang nampak berat dan besar harapan kami untuk anak kami. But who doesn't? 

Aamiin.


Ececehh kengkonon mekap sendiri. Muka macam kena tembak. Hahaha.




Awww romantika di amor sangat nih. Sebenarnya I amik gambar ni sebab I nak cari balik gambar lamaaaaaa kami dalam FB. Masa tu dok hangat bercinta. Ambik gambar pegang tangan camni pastu caption "May this hands grip forever". Pastu ada la komen-komen orang yang agak mencabar. Saja la I nak letak gambar tu sebelah gambar ni. Bukti sampai memboyot haaa. Hehehe. Tapi takdak rezeki.

Kikiki ni la hadiah untuk tahun ni. Hubs nak jacket sebab katanya boleh bawak naik DUKE. Hmmm. Setakat ni masih angan-angan. I tak masuk campur sangat hal DUKE ni. Orang sibuk nak beranak, dia sibuk nak beli motor. Eh? Macam tak setuju ja. Hahhahaha.

Ni pulak Hubs bagi kat I. Senang masuk kedai yang sama, ha pi pilih. Yang ni memang I dok aim dari mula-mula AX bukak kat Penang. Haa punya lama. Tapi tak mampu uols. Hahha. Kalau beli sendiri memang tak la. Sebab kerukut. Eh tapi harga jacket tu sama ja dengan jam ni. Boleh pulak noh? Hahaha.

Ok tu ja cerita anniversary kami. Ayat macam makin tak romantik pulak skarang ni. Mihmihmih.




No comments:

Post a Comment