Monday 30 September 2013

I'm back & ready to rumble.

Rumble korok mu!

Hai hai haiii..rindu I tak?? Sebenarnya hari ni I terlupa yang I ada blog. I terlupa nak tulis. Hhahaha. Almaklum lah berapa hari dah tak kerja. Kerja bertimbun. Masuk-masuk ofis tadi seperais sangat. Kesian ampa dok sat sat refresh blog kami kan? Nah, kami tulis sikit kat ampa ok. Tapi ni belum cerita ceritu ceriti pasal trip Bandung baru ni tau. Ni saja ja entry pengubat rindu.

Sudah Aida! Takdak sapa rindu kat hang. Laki hang ja pun. Tu pun sebab hang dok tanya 10x punya pasai. Hahahaha.

Semalam kan I pi tengok cerita KL Gangster 2. Terbaik wa cakap lu. Oh Jai. Rupanya yang kami tengok tu pra tonton saja. Kalau Adi dengar ni, dia mesti terharu. Iloveyou. Oh Jai. Sebab Jijah nak pi tengok hari ni sekali takdak. Khamis ni baru keluar penuh. Lolz. Memang berpuas hati sangat dengan cerita tu. Action scene, kronologi cerita semua menarik. Pelakon-pelakon pun mantap. Oh Jai. Cuma macam tak menarik yang adik Jai & Malik tu. Apa tah nama dia. Abang-abang punya hensem. Sekali adik tak cantik sangat. Mana boleh camtu. Hehehe. Apa-apa pun, it is highly recommended. Tolong pi tengok kat panggung. Jangan dok beli cetak rompak. After watching the movie, I can understand Syamsul Yusof's frustration. Dia dah buat sempoi-sempoi cerita tu, senang-senang ja orang ambil buat duit kot tepi. Janji tau pi tengok kat panggung? Abam Syamsul, bak komisyen!

I macam sibuk gila pagi tadi. Dah berapa hari tak kerja, pastu masuk hari ni kena settle boss punya claim. Sebab cut off date esok. Pastu kena check staff punya claim pulak sebelum boss approve which I did not touch on that yet. Pastu nak kena amend proposal untuk team building lagi. Event organiser baru bagi quotation hari ni & nak keputusan hari ni jugak. Kepala wotak lah. Boss dah la hari ni meeting sampai late evening. Esok pagi nak sit down buat claim dengan I. Pastu meeting lagi sampai tengahari. After that dah pecut ke KL sampai this weekend. I tulis ni pun dah penat. Over. Jangan la dia suruh I pi KL to discuss pasal team building tu. Memang la best boleh jalan-jalan tapi penat tau 1 day trip. Ok I nak sambung buat kerja dulu. Esok boss takdak, I update pasal my Bandung trip ok? Sebelum I mengundur diri, terimalah gambar pengubat rindu ampa. Muaxmuax.

Capek bangat udah dari jam 3.30am berangkat.
Tata!

Tuesday 24 September 2013

Pencerahan.

Al-fatihah.

I agak tak keruan ni sebab tadi ada orang share gambar arwah Ruly kat FB. Terus jadi macam arrgghhh...semua flashback datang menerjah. Sorry la kalau you rasa tak sesuai I nak ingat kat dia sampai tahap ni. Tapi I can't fight my feelings. I tak pernah fail lagi berdoa untuk arwah dalam setiap solat I. Untuk arwah abah, arwah Ruly, suami I and my family. I am truly still devastated.

Anyhoo, I nak bagi pencerahan ni pasal lain. "Aida pi jalan sana sini dengan kawan-kawan Kamal tak kata apa ka?". Haaa..pasal itu. 

Alhamdulillah setakat ni Kamal tak pernah tak bagi mana pun I nak pi. I nak keluar lunch ka dinner ka tengok wayang ka Hatyai ka or Bandung this coming Thursday (Lulz). Of course I akan tanya mintak permission dia dulu (walaupun I akan janji siap-siap dah dengan the girls. Confident level kena tinggi). And I tak la baghal sangat nak pi mana-mana when he is around. Selalunya I akan keluar meronggeng dengan kawan-kawan time Kamal kerja. Kamal cuti only on Sunday ya my friends. Even Public Holidays pun yang penting-penting ja. Rasanya setahun dia cuti tak sampai 10 hari kot. Well, mencari rezeki. Cakap lebih-lebih satgi boleh mengundang bala. Sebab tu lah Hubs selalu ijinkan I nak pi mana pun because he knows he can't. 
Ke Hatyai with zhe girls.
Di Lone Pine for a small gathering.
I tau ada jugak yang masih question "Dah Kamal tak boleh cuti, tak payah la pi mana-mana. Tak kesian ka dia kerja teruk-teruk tapi hang best punya henjoice?". Ermmmm..jangan la tannya soalan macam aku ni tak berapa ada akai. Haruslah after fine consideration baru I make my decision. Memang I akan tanya dia dengan penuh semangat. Tapi lepas dah dapat green light, mesti terbit juga rasa nak pi tak pi nak pi tak pi? Sebab I pun sayang nak tinggal dia. I ni yang masalah malam takleh tido takdak dia. I ni yang dok raplah macammana nak contact dia masa I kat sana. Even I tau dia nanti busy kerja & will not 24 hours available for me, I sendiri ni yang nak 24 hours available for him. Gituh cinta kuat-kuat.

Why Kamal izinkan I pi merata-rata without him? Sebab dia tau yang dia tak dapat nak spend time bawak I pi. Cuti panjang pun selalu time raya cina & raya puasa ja. Raya cina yes kami boleh la nak pi mana-mana jauh sikit. Macam early this year kami pi Bali. Arghh rindu Bali. Next year raya cina pulak dah book flights ke Bangkok. Yeahuuu!! Time tu ja la. Takkan nak pi time raya puasa pulak. Ada kena buang keluarga kot sat. Hahaha. Lagipun, nampak ja cuti macam panjang masa raya puasa. Tapi sibuk kesana sini tak rasa macam cuti pun. Penat lagi ada la. But it was worth it all la. Dapat jumpa semua adik beradik. Ada dua families yang dekat-dekat ni macamni lah. Penat tapi berbaloi. Eh nak cerita pasal lain kan? Suka kelaut tau. Anyway, I nak pi mana-mana pun I fikir jugak faktor-faktor yang ada. Berapa hari? Pi mana? Tempat yang macam mana? Do I really have to go? Senang tak I nak keep in touch dengan Kamal? Semua ni I take very serious consideration la. Orang cakap takdak anak, senang la nak pi mana pun. Habis suami tercinta saya tak payah consider ka? Hehehe. I memang berat la sangat ralat nak pi mana-mana without him tapi fikir jugak, takkan I nak lepaskan the opportunity that is knocking on my door kan?

Rindu Bali.
Tapi ada masa jugak sampai I rasa annoyed sangat dengan Kamal. Sebab dia suka paksa-paksa I pi holiday dengan kawan-kawan. Usually dia akan paksa masa tengah planning in front of everybody. I pun jadi malu alah la depan reramai tu nak say NO kan. Terpaksa la sengih-sengih & bag

i ayat baik punya. He will keep on repeating himself telling that he's ok. He don't mind & so on. Haishh. I takat pi sat saja I ok lagi. Sampai berhari-hari tu I rasa tak syok jugak. Not because kesian dia or takut orang cakap apa-apa. But because of my own self! I sendiri yang jadi tak keruan. I kan anjer-anjer. *muntah rainbow* Tapi yang nak ke Bandung ni 4 hari la jugak. Cuma yang made me feel better skit pun sebab dekat Bandung 2 ari ja. Lagi 2 ari tu kat KL. Ok lah..dekat la jugak rasa. Eh, I bukan suka-suka nak selfish bila I kata bukan sebab I kesian kat dia tu. Tapi I have to la. Kamal made me this way. Sampai I kena psycho diri I sendiri that I'm doing this for myself, i'm doing this for myself. Sebab Kamal tak suka bila I kata I did this & that because of him. Tapi sebenarnya everything I did or might do will be because of him. Jangan bagitau dia tau.Vavava cinta dalam-dalam sangat harini ni pasaipa? Hahahaha.

Ni lah I've been wanting to tell everyone yang dok soksehsokseh nak tau sangat Kamal ok ka I selalu outing dengan my girlfriends. He doesn't mind to the point that I pulak yang kesah mak esah.

Eh macam panjang pulak membebel hari ni kan? I memang suka explain. Explain la sampai ke benda-benda kecik. Tanpa dipaksa. Pastu I sendiri yang stress bila orang tak faham or don't want to understand. Huhuhu. Macam sekarang ni la. Ada tak orang tanya pasaipa I dok membebel panjang ni hence the explanation on explaining? Tak dak pun kan??

Zip it Aida!

Monday 23 September 2013

Puas.

Assalamualaikummm.

Puas! I puas sangat weekend ni. Walaupun I tak berapa sihat, tapi I puas jugak. Jepun dah serang uols. Agak sakit la bulan ni tapi jenis makan panadol pun dah enough. Lepas bangun dari tido tu kira lega la sikit perut. Tapi 2 hari gak la sakit. Alhamdulillah banyak jugak improvement. And paling best bulan ni, kena hari sabtu. So tak payah ambil MC. Even tak sakit macam dulu, tapi tetap jugak I rasa letih sangat. And kan I makan ubat pastu kena tido. Kalau tak tido, macam serupa tak makan ubat la. Lega sangat-sangat. So last Saturday I pi la mengurut dengan Kak Wati. Rasanya sebab urut tu jugak tak berapa nak sakit. Haaa patut I kena serang dengan Jepun hari ni tau. Tiba-tiba lepas urut tu ja, terus kena serang. Haihhh cita bab ni pun nak tulis dalam blog kan. Sukati ai ols laaaa. Heheheh. Sebab ada kena mengena dengan urut hari tu. Kan I dah janji nak review. Memang la tersangat sedap lah urutan hari tu. Lega rasa satu badan. I amik package sauna, urut whole body & bertunku. RM80. Murah gila kan? I jarang buat sauna sebab dok perasan diri tu takdak lemak. Tapi sejak I dah sedar diri, bahawasanya perut I ni bukan slim macm dulu lagi, I buat lah sauna jugak. And I had never sweat that much before! Gila peluh macam mandi. Tap tap tap. Keluar dari tempat sauna tu rasa pening-pening & letih gila. Tapi sedap la kan. Saiko diri sendiri kononnya banyak lemak dah cair. Kakaka. Pastu start lah sesi mengurut. Mak aih tenang jiwa raga rasa. Sorry no pics sebab 18sx. Hehehe. I ni pulak pelik sikit. Masa mengurut memang susah sangat nak keluar angin baik dari segi sendawa mahupun kentuts. Kak Wati dok pesan la 10x kalau  nak keluar angin, jangan tahan. Masalahnya takmau keluar. Lepas mengurut, start bertunku. Masa tu angin dalam perut ni macam ribut taufan. Pun tetap takmau keluar. Haihh. Masa tu I dok rasa sakit perut lain macam dah tapi ingat sebab dia urut tempat beranak kot. Eh tapi ampa jangan la bagitau kat mak kami yang kami mengurut tempat beranak. Sakgi dia marah kami. Huhuhu. Dah selesai semua treatment, tengok-tengok I dah anak dara!! Hahahah. Choii sangat. Dengan itu, maka berakhirlah kepuasan yang pertama-tama.

Kepuasan yang kedua. After my massage session, I ke rumah kak kat Sungai Ara. Dah janji dengan mak semua nak lepak sana. Sebab I rindu sangat dengan Khalif. Kak pun masak lunch untuk kitorang. Masa I on the way ke sana & sampai sana semua I ok lagi. Boleh la nak melayan budak-budak tu semua. Sekali masa tengah lunch, I telah diserang secara bertubi-tubi oleh pihak tentera Jepun. I tercedera. Sempat makan 3 suap ja. Lepas tu dah nak gelap mata. Terus korek-korek ubat my brother in law cari painkiller. Tak tahan uols. Memang tahap sakit tu dah tak macam dulu. Alhamdulillah. Lets put dulu kat tahap 13/10. Lani dah tahap 5/10 ja. Tetap kena gak makan ubat untuk mengelakkan I menggelupur atas katil. Lepas bangun dari tido tu terus hilang sakit tu. Alhamdulillah lagi. Sebab malam nanti dah plan nak pi lepak Bora-bora for Jijah's birthday get together. Lepak rumah kak jap sampai around 6ish then gerak balik. Me so happy dapat lepak camtu.
Khalif yang makin debob. Dapat paha dia ni, goreng pon sodap.
Kids nowadays. Dengan gadgets memasing. Sorry rambut agak berminyak sebab mengurut.
My darling Sara. Mak buyut ni makin nak sampai hari, makin bersewi-sewi.
 Kepuasan ketiga. Malam janji dengan Abg Yamm, Saiful, Jijah, Kak Shaz, Hassan, Kak Nissa & Abg Amy for a get together session sempena birthday Jijah. Lepak Bora-bora ja pun. Ampa rasa kalau kami 2 years back lah, kat mana kami mungkin akan berada? Hmmmmm..ageing factor sangat. Lepak bora-bora bincang benda ilmiah. Hahahha. Lama dah tak kumpul ramai-ramai semua ada. Kak Ida ja takdak. Jauh nuh di Swiss sana. Oh Ikha pun takdak sebab dia belum ageing factor lagi. So dia partayyyy kat QE11 sana. Heheheh.
Muka semua ngeri. Salahkan flash.
Kepuasan keempat. Hihihi. Husband titew kannn dia kaannn hadiahkan titew Victoria Secret's Noir Tease. Aaaawwwwwwwwwww!!!!


Okbye!


Friday 20 September 2013

Omong kosong.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Bermakna dalam setengah jam lagi (kalau takdak sapa-sapa buat seeeyyyy nak apa-apa last minute. Not my boss. Dia kat Sabah.) weekend ku akan bermulaaaa!!

Amboi happy. Macam nak pi holiday. Huahuahua. Haih..minggu ni rasa penat pulak. Tak tau la kenapa. Maybe I am about to get invaded by the Japanese kot. Huhuhu! Angin dalam perut pun bukan main kerkelodak lagi. Esok dah buat appointment dengan Kak Wati nak mengurut. Nak suruh dia concentrate lebih sikit kat perut ni. Sebab tu la perut I nampak buncit uols. Bukan I buncit pun tapi sebab angin ni rasanya *tolonglah percaya*. Ni my first treatment dengan Kak Wati. I ambik dengan sauna sekali. Tempatnya kat Taman Tun Sardon tu. Appointment at 11am. Fuhh  harap-harap best la. Wani cakap dia buat best. Tak rushing-rushing. Macam setengah tukang urut kan kira nak bagi settle ja. Dia tukang urut Wani masa dalam pantang. So I percaya la sikit. I tak berani gak nak pi buat secara semborono bila melibatkan bahagian-bahagian perut ni. Mampoih mak aku marah. Mak dah tak bagi pi mengurut-mengurut tempat beranak. Huhuhu. Nanti I review pasai the treatment ok.

Weekend kali ni I nak spend my time dengan myself & family. Sebelum ni banyak dengan kawan-kawan. Memandangkan I pun dah lama tak jumpa Khalif, so I ajak mak, dikman & Sara pi rumah kak secara berjemaah. Lepak-lepak sana. I will go straight after the mengurut session. I can foresee tomorrow will be a good good day!

Just a heads up, next week I will only be available 2 days ja tau. Monday & Tuesday. Wednesday dah nak berangkat ke KL. Sebabbbbbb.....Thursday...............jeng  jeng jeng. Nak ke Bandungggggggggggggggg!! Hehehe. A short get away with few of  my gals. I balik nanti I story about it ok. Tapi uols refresh la jugak blog I every 2 hours seperti yang kita telah persetujui. Hahahah. Ok? I mean it.

Apa lagi ek nak merepek just to kill time until 6? Hehehhe. O ya, uols....I dah di confirm kan!! Alhamdulillahhh....I memang confident masa buat appraisal tu sebab I selesa dengan En Zuhairi. Tapi I takut jugak sebenarnya. Bukan apa, I takut benda-benda yang I tak perasan I did wrongly. Tapi Alhamdulillah the review was beyond my expectation. Syukur syukur. So now I am officially a permanent employee of NCIA. Semoga I terus cemerlang & gemilang. Semoga I dapat deliver apa yang dikehendaki daripada I. Semoga segala rintangan or any stressful moment I dapat hadapi dengan tenang, matang & rasional. Boleh kan buat ucapan untuk diri sendiri? Sapa lagi la nak ucap kalau bukan diri sendiri. Tapi kalau uols nak bagi congratulatory card & bagi bunga, I terima dengan tangan & hati yang terbuka tau. Kakakaka.

Lagi 8 minit uols! Hahaha tadi delay sikit sebab I terbukak Viooz.co. Hahah. Dalam dok doa jadi pekerja cemerlang, sempat lagi bukak movie website. Bukan apa, I saja nak tengok boleh tengok ka tak thru this lappy. I baru dapat tukar Acer Slim notebook. Lappy lama tu takdak audio. Terseksa jiwa raga. Kali ni dah dapat, balas dendam laaa!!

Oklah, nak get ready to cha alip ba wau ta dah. Till then lovelies!

Happy weekend everyone & be safe! XOXO!

Thursday 19 September 2013

Hutang...

Siapa kat sini takdak hutang langsung? Tifu lah sangat kalau langsung takdak kan. Ada hutang beli rumah, kereta, PTPTN, personal loan, perabot & so on lah. Banyak ok? Hutang mak pak (aku la tu) pun kira hutang jugak. Bila dah nama pun hutang, kena la bayar kan? Or ada yang buat-buat lupa yang dia berhutang? Haaa.. hari ni mai kita cerita sikit pasal orang hutang tapi buat-buat lupa. Even worse, kita guna nama orang untuk buat loan tapi kita TERLUPA (la sangat) yang kita pernah buat deal dulu. Tak baik tau begitu.

To make things simple, kalau boleh nak buat loan tu tak payah la kita sampai nak kena mintak guna nama orang. Sedar diri sikit yang kita tak mampu guna nama kita sendiri. Or maybe kita mampu tapi bank tak lepas sebab apa? Sebab kita pernah sangkut hutang lama. So doesn't that shows yang kita ni memang not capable of keeping promises? Then now you  nak guna nama orang lain pulak & berjanji bulan dan bintang you akan bayar? Sedangkan nama you sendiri pun you tergamak nak kantoikan, ini kan pulak nama orang. Or yelah maybe nama you belum kantoi tapi sebab you dah ada komitmen lain, so bank tak allow dah you to have another loan. You kena faham rationalism behind the fact that the bank has their own calculation against the loan you're applying & your salary. Ini tak, bila bank dah cakap nama you tak boleh, you pun ligat la cari orang nak guna nama. End up, guna la nama orang yang terdekat. Fine if you memang ikhlas akan bayar hutang you tu just like how the person ikhlas tolong you. Tapi if in the end, orang yang ikhlas tolong you tadi tu yang kena bayar pulak hutang yang you initially nak tu, what the hell is that? *ececehh macam nak marah ja dah ni?hehehe*

Kalau siapa yang friend dengan I kat facebook, you would have read my status post pasal hutang tak boleh bayar tapi pi sana sini boleh. Yes i intentionally share it on my facebook bukan sebab I nak malukan the other party. But mana lah tau ada spy-spy tak berbayar dia p bagitau kat dia & dia nak mai serang I ka, I alu-alukan because i REALLY want to know WHY dia tak boleh nak bayar hutang tu. Bukan tak pernah contact to discuss about this. At early stage yes ada berbincang tapi bila dah naik turun court & payment dah kena start bayar, puuffff hilang. Bila I dapat tau overseas semua boleh pi, mula la I jadi raksasa dalam cita otromen. I know hutang tu bukan related to me pun tapi of coz it effected my life unconsciously.

Salah siapa? I must say both. Yang memberi & yang meminta. Yang meminta sebab macam hati kering sangat. Barang you simpan & guna tapi hati you kering you boleh tak bayar. Given pulak alasan-alasan yang I rasa tak munasabah. Yang memberi tu pulak I rasa ada jugak salah sebab terlalu percayakan orang. Though masa tu bercinta bagai Shah Jahan & Mumtaz, cinta boleh mati bila-bila. Hutang lu mati bila lu habis bayar. Even adik-beradik kita pun kalau boleh tak payah la bagi guna nama. Takat guarantor tu tak pa lagi tapi jangan la jadi the main loan owner. Adik-beradik pun bila mai bab-bab duit ni boleh berparang.

Moving forward, itu mungkin kisah lama lah. Kesilapan masing-masing. Damage done. So how are we going to fix the damage? Dengan baling batu sembunyi tangan? Life doesn't work that way, darling. You started it, you better finish it. Sama-sama cari jalan solution. Jangan buat naya orang. Allah tu Maha Adil. Allah tengok apa you buat. Kalau you tak boleh nak bayar banyak, bantu la sikit-sikit. Jangan lari sembunyi camtu ja. Doa orang-orang yang teraniaya ni selalunya termakbul. You tak takut ka orang doa kat you bukan-bukan? I takut. Jumpa, table talk, apologies if you must & settle sama-sama. Yang paling tak tahan, jangan la tunjuk kat satu dunia you tu ada di kelas mana sekarang tapi hutang you, you tak boleh bayar. Tak malu ka cek? Kerja hebat, jalan sana-sini, perfect life I must say tapi...........

Jangan buat main dengan nama orang. Sebab you are putting that person's future on the stake. Dah jadi sangkut ni semua, orang tu susah dah nak buat loan dia sendiri. Mampu nak beli rumah, kereta, motor besaq sendiri tapi tak boleh buat tu semua sebab of your loan yang dia terpaksa settle. Kesian la sikit. You senang, orang pun nak senang. Jangan hati kering sangat. Bila dah matang berfikir, ingat-ingatlah jugak masa depan orang. Jangan kita asyik fikir untuk kesenangan kita je. Walaupun harta tak kemana, tapi orang pun nak jugak rasa kesenangan duniawi walaupun tak banyak.

Ini hanyalah coretan rasa peribadi I. Bukan niat I nak malukan siapa-siapa. Kalau I nak, I boleh ja tulis nama & keadaan sebenarnya. Tapi I masih waras. I cuma nak jadikan cerita ni satu pedoman untuk semua. Baik berpada-pada. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah. Betoi ka peribahasa aku tu? Hahahah. Belasah.


Wednesday 18 September 2013

Mertua VS Menantu.

Takmau dah la dok janji weekend nak tulis, weekend nak tulis. Skarang ni kira kita anggap ja lah weekend tu I cuti. Kalau lah tiba-tiba ada, anggaplah itu satu bonus. Ampa kan rajin refresh blog I 2 jam sekali? Muahahaha.

Ok let us get to the point. Harini I nak share tips-tips yang boleh dikongsi dan dibawah kategori untuk tatapan umum berkenaan dengan tajuk kita hari ini iaitu mertua vs menantu (layan la I. I baru balik dari majlis perasmian oleh my boss. So ayat I tadi banyak dipengaruhi oleh speech dia. Hahaha).

Please be advised (gituh) that apa yang listed kat bawah ni semua melalui pengalaman I sendiri. Takdak kena mengena dengan orang lain. Kalau ada yang berasa hati dengan penulisan I, I mintak maaf sebab ini semua cara I. Kalau cara uols lain or bertentangan dengan I, uols boleh komen kat bawah so kita boleh share-share kan. Ok lets jom start.

#1 MENJAGA HATI
Apa yang paling penting sekali ialah menjaga hati. Senang ja kan? Haaa..memang senang. Tapi kalau kita alpa, benda senang pun jadi susah. Kita rasa kita dah did fine tapi sebenarnya kita kurang menjaga hati orang tua secara tak sadar. Sedaya upaya I cuba jaga hati family mertua I or family I sendiri. Sekarang ni dah ada 2 family, besar tanggungjawab I. Kena jaga both. Orang kata "ooohh senang la duduk dekat-dekat ja semua" padahal ampa tak tau. Yang duduk dekat ni la susah. Kalau dah jauh tu dah tentu-tentu jauh. You guys with me? Bukan la I nak kata ni semua menyusahkan I. Tak. Never I rasa family I menyusahkan I. Nasihat I, once you dah get married, anggap lah family mertua you family you jugak. Sanggup ka you nak sakiti hati family you sendiri? And once you're married, you are married to the family as well. Ok la kalau you nak berkira jugak dengan whole family, dengan parents in law you, you HAVE TO jaga hati mereka.  They are like your own mother & father. Treat them well. You pun dapat pahala. Bukan susah pun nak jaga hati orang tua ni. Just give them what they want even though it means that you have to let go of what you want. Hati orang tua-tua ni sensitive. Very delicate. You silap sikit pun mungkin depa takkan bersuara but inside? Dok sedih sorang-sorang. Well, my mum is. Mak akan tunjuk that she don't mind tapi sebenarnya dia terasa hati. So does mama. Nampak how sensitive I must be to them? Sebab tu I jalankan sistem gilir-gilir. Dengan ketiadaan arwah abah sekarang, I have to go back to visit mak every once in a while. By every once in a while I mean setiap selang sehari. Weekdays I dengan Hubs memang pack. Contoh Isnin rumah mak, Selasa rumah mama. Rabu pulak rumah mak pastu Khamis rumah mama. Maybe, just maybe sehari dalam weekdays tu kami akan rehat kat rumah tak pi rumah siapa-siapa. We need a break too you know. Memang both mums kata tak pa depa tak kisah pun kalau kami tak larat nak mai or ada hal, tapi I tau depa mesti rindu kat I & Hubs kan? Kami kan best. Hohoho. I dah duduk sendiri for 1 year now. 1 year without fail system gilir-gilir ni dah tak place. And still counting. Demi menjaga hati.

#2 RESPECT
It works both ways. Betul ni. Logically pun memang camtu. Macammana nak harmoni kalau asyik orang ja nak kena respect kita, tapi kita tak respect orang? So kena balance la. Respect pulak bukan takat balik kerja salam cium tangan laga pipi ja. Respect comes from many aspects. Privacy, air muka, percakapan, tindak tanduk, pemakaian, dsb. Privacy means contoh kalau I duduk dalam bilik diam-diam, mama (my mother in law) takkan la mai kacau I. Macam mai ketuk-ketuk pintu ka apa ka. Or masa I dalam bilik dengan Kamal pun mama takkan mai kacau-kacau kami. Because believe me, ada jenis mertua yang jenis kalau menantu duduk lama sikit dalam bilik, ada saja la hal dia nak mai ketuk pintu nak bagi keluar dari bilik. Paling koman pun mama akan ketuk pintu bilik pagi-pagi time bangun pi kerja tapi I tak bangun-bangun lagi. Hahahah. Buat malu ja. Tapi biasa la, mesti ada terlajak kan. Sama jugak macam I kalau tengok MIL & FIL dok sembang, muka ketat & cakap slow-slow, I tau lah mesti ada benda important yang agak private diorang tengah bincang kan. So i akan avoid la dari lalu-lalang kat tempat tu. Better yet I lari la tengok tv kat depan. Respect jugak dari segi jaga air muka your in laws. Contoh, jumpa jiran tetangga sebelah-sebelah rumah tu tegur-tegur la sama. Jangan la parking kereta kat garage, terus masuk rumah tak pandang kiri kanan dah. Or on the way masuk ke dalam kampung nak menuju rumah mama tu, jumpa-jumpa orang tengah jalan tu senyum-senyum la sama. Ini satu investment ya. Bila jiran-jiran puji uols depan mak mentuha uols, dia pun bangga kembang-kembang hidong kan. When they are happy, you will be promised a pleasant stay. Ahaks. Dari segi percakapan pulak, serious I cakap I dari dulu memang juah dengan in laws I. Hahahah. Tapi juah bertempat la. Perlu la nok tapis-tapis jugak nak melawak tu kan. Jangan la kita sentuh bab-bab yang sensitif atau kasar sangat. Ada masa kita kena hipokrit demi menjaga hati orang tua. Macam I, I memang hipokrit depan depa. Bab gelak & pakaian. Hahaha. Kalau dengan orang lain, I gelak macam syaitonnirojim. Tapi dengan mertuas I, penuh sopan santun. Bukan apa uols, buruk sangat I gelak kuat-kuat. And lagipun, it goes back to respect. Dari segi pakaian pun boleh dikatakan I hipokrit jugak. Enough takat tu ja ok? Yang mana tau, tau. Hahaha. I tak kisah pun ampa nak kata apa. Huhuhu. Cause all that really matters to me, is what my family would think & say. 1 lagi I nak tambah, I dulu jahil tau. Bukan jahil taktau hukum agama. I tau tapi I tak buat sangat. Solat I tunggang terbalik. Biasa la manusia, bila susah baru cari Allah Taala. Bila senang, lupa sat. No good ok? Tapi sekarang I rasa bersyukur sebab Allah letak I kat rumah mak mentua I. Sebab depa jenis solat tak tinggal. So I jadi segan. Bila I segan, otometik la I pun akan solat jugak. I ikhlas buat uols. Tak rasa terpaksa pun. Sebelum ni pun ikhlas tapi macam ingat ingat lupa ja ibadat tu. Jadinya in laws I ni kira penggerak la untuk I. Gitew. Sehinggalah hari ini. Dah jadi sebati. So yang tu you kena jaga la bagi I. Dengan cara camtu you will earn respect from them pulak.

#3 TOLERATE
Give & take. Itu ja. Jangan la benda besar sekelumit kuman pun kalau in laws uols (sebenarnya aku dok tersalah type in laws jadi lawas dari tadi dah.Hahahah. Dok gelak sorang-sorang) buat yang tak sedap dimata ampa pun ampa nak ambil kira. I know kalau sikit-sikit lama-lama jadi bukit. So, apa kata bila sikit-sikit tu kita lupakan ja. Forgive & forget. Whether you like it or not. Hehehe. Actually it's your choice pun. Kalau you nak berkira jugak then you have to prepare to bear the consequences la. You kena ingat, you duduk dengan in laws you taktau sampai bila. Some, sampai bila-bila. You nak ka benda kecik tu menganggu hubungan uols? Bila mengganggu hubungan uols, tak ka duduk rumah pun tak senang hati? I tak mau camtu. So I chose to let it go. Of coz lah ada saja benda-benda yang tak kena dengan kita. Dah tentu-tentu tu bukan your own mum whom you have been living with your entire life. You mesti dah get use to your mother's style kan then suddenly tinggal dengan orang lain, memang ada saja la yang tak kena. Tapi ingat, you mai duduk rumah orang, lower down your ego & try to adapt their style. Tak rugi pun uols bahkan I rasa menguntungkan you lagi sebab like I said, that will make them happy. When they are happy *sebutsamasama* you will be promised a pleasant stay. Hahahha. Macam I, ya Allah it was a struggle for me tau. I ni jenis bangun tido time agak-agak matahari dah panas menyengat sikit. Dah bangun, sambung atas sofa terlentang tengok tv. Dah lapar baru ingat nak mandi tu pun sebab nak makan. Pastu akan samada sambung tengok tv sampai tertido balik or siap-siap nak keluar. You tell me how?? I memang macam culture shock sikit la awal-awal tu. My in laws ni morning people tau. They are very active in the morning. Satgi tengahari baru rehat-rehat. I ni dah biasa morning rehat sampai petang. Hahahahahha. Tapi ku gagahkan juga bangun pagi. Awal-awal tu awal gila I bangun sebab I taktau depa jenis bangun pukul berapa lagi. Dah siap ushar line, ok set alarm kul 7.30am. Hahahah awal kan wei? Hari cuti bangun 7.30am. RUGI!!! Tapi I bangun tu nanti pi tunjuk muka pi toilet apa bagai pastu masuk balik dalam bilik. Heheh. Tapi tak lama la. Lepas tu bangun lah pi duduk kat dapur luar tu sembang-sembang. Seteleh panjang lebar bagi contoh, mai I bagitau pasepa I terpaksa ubah cara hidup I. You bayangkan if I bangun lambat macam selalu? Rasa-rasanya camna eh? Kalau in laws uols jenis urban tak pa lah kot. It all depends on how your in laws are jugak actually. Macam mine, I can read how they are sebab I ni observant. Sebenarnya, tak dak tulis pun kat mana-mana yang you kena bangun awal kalau you duduk dengan mertua. But it goes without saying la benda camni kan. Tapi ada ja yang takmau berubah I rasa or rasa susah sangat. Jenuh dok fikir bila bakal husband ajak duduk dengan mak dia. Sebab I pun macam tu gak dulu. Tapi lama kelamaan memang terbiasa la. So just chill ok? If I can get through it, you can too! Gituh bagi semangat.

4#  RINGAN TULANG
Kan I kata I nak bagi contoh semua daripada diri I sendiri? So ni sangat kena batang hidung I sendiri. Bukan sebab I memang dah dilahirkan dengan tulang-tulang yang ringan. Tapi I rasa 70% of berat badan I ialah air, 20% ialah tulang. Lagi 10% tu ja benda-benda lain. Hahahah. I memang pemalas sangat. Pi la tanya mak. Mak boleh cerita kat uols I punya pemalas tu camna. I dah biasa dari dulu duduk ramai-ramai kat kampung. Dengan family pakcik & makngah. So orang tua-tua semua dah ada tugas masing-masing. Yang basuh baju, masak, sapu rumah, lipat baju semua dah bahagi. Apa lagi yang tinggal untuk I? (Tetap nak kata diri tu tak bersalah). So I memang dah dibesarkan dengan senang lenang. Bukan la mak I tak pernah keriau suruh sapu rumah, eh ada ka? Keriau suruh basuh baju, eh ada ka jugak? I rasa memang mak pun tak pernah suruh I buat kerja rumah kot. Dia pun mungkin takmau suruh sebab malas nak layan I bebai kot I rasa. Hehehe. I started doing everything on my own (sweeping, mopping, laundring) semua masa kat UiTM Jengka. Haaa..sapa nak tolong hang masa tu Aida? Hahahha gelakkan diri sendiri. Tapi selalunya pun baju I hantar dobi ja. Hehehhe. Dah duduk pulak dengan mertua, padan muka hang Aida. Hahaha gelakkan diri sendiri lagi, kali ni lebih kuat. Masa yang I dok bangun awal-awal pagi tu, I dah jem taktau nak buat apa. So amik la penyapu tolong sapu rumah. Hahaha. Bila terlebih rajin, mop rumah. Buat dusting. Basuh baju, angkat baju. Apa-apa ja lah yang sempat. Sebab kan I kata my in laws kan morning person, so memang selalunya I tak sempat  buat benda-benda tu sebab depa dah buat dulu. So I tolong-tolong la kat dapur ka apa ka. Masak pun bukan I reti. Gempaq ja lebih. Hahaha. Dulu arwah abah saja test I suruh masak nasik, boleh tak I masak nasik tak bubuh ayaq. Terus on switch. HAHAHAHA. Punya la bingai. And I was 16yo masa tu. T_T  So dalam diam-diam I belajar la cara-cara memasak by observing mama masak. Nak tanya, malu uols. So I ushar-ushar ja dari jauh. Alhamdulillah today, I am able to cook walaupun simple-simple. At least now I know the differences between kacang panjang, kacang botol & kacang buncis. T___T
Bantu-bantulah your in laws buat kerja rumah. Jangan la asyik nak mengangkang ja depan tv. Kat rumah mak hang takpalah nak buat perangai lagu tu.

#5 KETERBUKAAN
Hahahah. Betoi ka keterbukaan tu? Aku nak kata openness. Kira macam open minded la. Jangan dok buat perangai macam kat mak kita, "tak boleh kata apa". Hahaha. Aku la tu. Dulu dalam family, kat aku ja yang tak boleh kata apa. Bukan sebab aku kebal ka apa tapi orang meluat sebab aku nanti bebai. Tak boleh la nak ditegur aku ni. Lagi tegur, lagi macam suruh pi buat. Tapi bila aku dah duduk dengan mentuas ni, ha amek kau. Takkan nak bebai kat depa kan? Hahahaha. Tapi depa pun takdak la dok tegur aku selalu. Yang I nak sampaikan disini ialah, kalau ditegur tu, terima la kritikan dan teguran tu. Depa orang tua, sure it is for your own good. Jangan la rebellious sangat. Tak kemana uols. Kontrak seumur hidup tu. Hahaha. I mengaku kadang-kadang ada jugak benda yang I tak setuju. Benda yang I want it my way. But I know if it is my way, it won't suit their preferences. Remember tadi? When they are happy? Haaa takyah sebut ramai-ramai. Cakap dalam hati cukup. Hehehe. So I get over it ja. I reverse psycho diri I sendiri supaya jangan ketegaq bijik sangat. Elok ja pun benda tu happen & doesn't effect any major life changes pun. Bodo tau. But I tell you, bila you dapat buka hati you untuk terima teguran & tak simpan merengkam benda tu dalam hati, I rasa you akan jadi lebih tenang & happy. Betul. I macam tu. When I let my doors open to welcome anything, I am more sincere & honest. Tak serabuk-serabuk kepala hotak nak sakit-sakit hati. But this is me.  You olang, wo bu che tao.

#6 DON'T BE SUCH A BABY
Tolonglah guys. Jangan la setiap benda ampa rasa irritating pasai in laws ampa ampa nak p mengadu kat laki ampa. Ingat weih, that is his parents. Syorga ampa kat kaki dia tapi syorga dia? Think about it. Yang you nak jarum tu lah syorga dia. Nasihat I, you simpan ja lah dalam hati. Biar you saja yang open to all critism tapi apa yang you tak berkenan kat in laws you, you HAVE to get over it. I TAK PERNAH bagitau Hubs apa-apa yang buat I sedih ka, sakit hati ka, merajuk ka pasai my in laws. Not saying that I have a lot to tell him pun la. I don't think it is necessary to let him know & put my relationship dengan my in laws on the line. Why I say that? Sebab if I tell Hubs bla bla bla, don't you think he will go talk to my in laws? And then what? Mana nak letak muka cantik ni bhai? Malu tak esok pagi nak face depa lagi? I malu. So bila I dah tau macam tu, I try to avoid the same thing to happen again. So that I won't get hurt & no one to talk to. Lagipun, bukan semua orang tua akan betulkan pulak apa yang depa dah buat kat you sampai you terasa hati kononnya. Some will get more defensive, you can watch your good relationship with them go down the drain. Not saying jugak my mentuas macamni. I taktau. Sebab I never trapped in this kind of situation. Sebab i restrain myself from mengadu domba kat Hubs. You're big enough to get married so you're big enough to get over it.

Banyak lagi sebenarnya petua-petua yang boleh membantu. Tapi cukup lah 6 ni dari I. 6 yang I rasa keys towards a good relationship with your in laws. My thousands apologies kalau ada yang tak setuju ok?

To the newly weds yang akan live with their in laws, GOOD LUCK! *grins*


Friday 13 September 2013

Kesibukan.

Tudia tudia tudia tudiaaaa....tak menyempat nak update blog haaaa...sibok gilerssss. Dari pagi terlari sana sini. Kes sebab orang yang sepatutnya buat benda tu, last minute baru bagitau tak sempat nak buat. Hangin hoih. Terpaksa la I buat sendiri. Memang la senang ja tapi makan masa hoihhh. Buat apa ampa tanya? Birthday card. Hahahah. Yes, buat birthday card. 

Every 3 months once, Corporate Service Division (CSD) ni akan buat CSD get together & birthday celebration. Kali ni untuk birthday babies in July, August & September. Birthday cards selalunya dibuat sendiri ja oleh Linda. Tapi Linda pulak dah fully occupied the whole week. Yang aku pun mangkok baru semalam tergerak hati nak tanya dia. Hamek kau, apa pun tak buat lagi. Menangis. Lain-lain I dah settle dah. Invitations, kuih-muih, cake semua dah settle. Dok la kelebet cards tu dari pagi. Nasib baik ada jugak talent dalam bidang creativity ni. Bangsan nak amik I jadi Creative Director pulak tak? Hahah dari card ke pelamin. Takdak kena mengena. Tapi Alhamdulillah semua went well. Walaupun participants tak banyak, walaupun yang dirai patutnya 8 orang tapi yang available hanya 2, but it's ok, makanan semua habis dan yang pasti, meriah. I dah berani buat lawak-lawak bodoh I kat ofis ni. Dulu diammmm ja. La ni.............Sampai Encik Haris (Senior Manager, Finance) kata kat Wani (Senior Exec, HR) dia dah pandai menjawab sebab Wani berkawan dengan I. Terus I message kat En Haris : "Biadap". Hahahah..

I ni demam sebenarnya pagi tadi. Tak la demam lagi tapi hampir-hampir. Running nose, hidung jadi panas, mata pedih & suara husky. Tapi sebab banyak berjalan sana sini & bergelak hari ni, hilang demam. Next week is my confirmation week uolls. Serammmmm. Doakan I confirm & stay as PA to the Director of CSD ok? Takut la depa hantar I pi jaga Dato'. Tapi memang in this near future, I akan kena pi jaga Dato' sebab Dato's PA dah pregnant la pulakkkk. Eh I'm happy for her but I'm sorry for myself. Hahaha boleh camtu? Sebab according to my boss, kalau ikut hierarchy, I'm the next best person to substitute her. Ecececeeehhhhh!!

Ada request ni untuk I buat entry pasal tinggal serumah dengan family mertua. Well, I kan cemerlangly tinggal dengan my in laws for 2 years! Yeah baby! I survived! Hehehe. In shaa Allah kalau weekend ni I tak busy, I share tips-tips kat sini ok? Itu pun melalui pengalaman I lah..Orang lain mungkin caranya lain. Either way, pokok pangkalnya ialah kita kena jaga keharmonian hubungan itu. I'll save the rest for the entry ok?

Ada jugak request mintak I cover on KEIKHLASAN. Bab ni I rasa I pun akan tak berapa sure jugak nak berletiak (berleter) panjang-panjang. Sebabnya I kena jaga sensitivity banyak pihak. Takut pulak apa yang I tulis akan mengecilkan hati siapa-siapa. So I will be very careful in that entry ok?

Oklah. I ni nak she-she dari tadi ni tapi tak boleh nak bangun dari tempat I sebab bos I hari ni taktau la apa kena. Kejap-kejap panggil. Ni sementara ada orang dalam ofis dia, gua nak cabut dulu sebelum gasket gua bocor!

Dadadididududdddduuuuuuuuu!!!

Thursday 12 September 2013

Mee sutun.

Assemekommmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Hahah. Saja ja  bagi panjang sikit harakat salam tu. Takdak keja. Weisss gila sejuk ofis I ni dibawah paras beku. Keras jari-jemari I nak type or tulis. Pastu perut macam ketaq-ketaq kan. Cepat lapar. Tu yang pagi tadi breakfast makan nasi lemak sebungkus & bihun goreng. Pastu nak salahkan sapa bila perut makin maju kehadapan??!  T__________T Keji lah aida.

Terimalah gambar selfie dari tuan tanah. Selfie ni harus ye kawan-kawan. Zaman sekarang semua teenagers harus amik selfie. I kategori teenagers lagi, so I kena la ikut peredaran zaman. Sapa tak ikut, ketinggalan zaman ok. Suka hati.


Tapi Alhamdulillah kan the weather today dah clear kan. Rasanya semalam masa tengah tido ada hujan gak sikit sebab pagi tadi pi kerja tengok jalan basah jugak. Good thing lah tak hujan dah. I kesian Hubs ja pi kerja naik motor dalam hujan semua. I selalu doa time dia balik kerja tak hujan sampai dia sampai rumah. Solehah kan I ni?

Ampa mesti tertanya-tanya apa kaitan hujan dan tajuk saya diatas kan? Memang takdak kena mengena pun. Hehehe. Hujan tu selingan sebab nak cerita la sejuk sangat ofis ni. Ofis aku ja sejuk, ofis orang lain tak sejuk kan sampai kena tulis dalam blog? Biar lah. *flipshair*

Kisah mee sutun (mee sotong) ni terjadi semalam. Dah plan dgn Nidar nak pi makan mee sotong dari 2 ka 3 minggu lepas. Tapi hari tu tak jadi sebab Kak Shaz buat kenduri kat rumah dia. Ingat tak yang I cerita haritu? Nih entry pasai tu. Ececehhh..dah pandai link-link bagai.

Akhirnya berlangsung juga acara memakan mee sotong bersama tetamu kehormat iaitu  Puan Aida Gojes Puan Nidar...Habis kerja terus bergegas ke Padang Kota. Yang ajaibnya, Nidar yang dari Tanjung Tokong boleh sampai dulu. Laju kot Ferrari dia. Hahaha. Aku yang dekat sekentot pun boleh lambat dari dia. Well, I kan bintang. Mana boleh sampai awal. Huahuahua. 

My loff Yusnidar. Some call her Nidar some like me call her Nidal. Been friends for 25 years & still counting. XOXO.
Order tak lama sangat dapat dah. Eh nak p lunch jap. Satgi sambung (perlu ka nak bagitau hat ni pun nya punnnnn??!) Weeii gila la aku makan nasi tambah 2x kot. Apa dia niiii?? Ok sambung mee sotong. Kena pulak dengan coconut milk shake. Tidoq lena baq ang!

Tapi dah halfway makan baru teringat aku ni blogger sekarang. Perlu ambil gambar makanan. Ececeh...time ambil gambar sendiri tak payah teringat diri tu blogger pun kan? *brusheyebrow* So, ini lah mee sotong yang didambakan. Ni dari pinggan Nidar. Sebab pinggan aku dah habis belemoih sangat.

You, mee is wonderful.
Pompangpompang sembang, kena make a move dulu sebab Hubs nak pi transfer data from Bold ke Q10 kat Prangin Mall. Tapi I dengan Nidar sambung gosipan kat tepi kereta memasing. Ada tragedi lawak gila (bagi kami lawak gila sampai boleh gelak dari semalam sambung pulak pagi tadi). Tengah dok sembang-sembang, bunyi kapal cruise tu hon KUAT gila! Automatik Nidar cakap volume up sampai 99. Padahal dia cakap level biasa pun I boleh dengar lagi sebenarnya. Haha lawak kan? Tak lawak? Lantak lah. Aku rasa laawak ja. Konfiden level kena tinggi macam volume Nidar.

Muka hopy dapat makan mee & dapat sembang panjaaaaang dengan Zaffran's mummy nih.
You all tau masa sampai Prangin Mall, I dok nampak la orang ramai-ramai dok kumpul kat entrance masuk parking 1st Avenue. Dok kata ada orang kena tembak ka? Almaklum lah, lani kan apa sikit kena tembak. Kot la sebab parking penuh ka, depa tembak guard yang tak bagi masuk ka. Hahah. Eee bodonya lawak. Sekali rupanya ada budak perempuan cina terjun dari parking level 7 Prangin Mall! Mak aihhh..serem. I ada gambar taken from FB tapi I takmau share la kat sini. Elok-elok cerita pasai mee sotong, tiba-tiba ada gambar orang terjun. 

Ai is takuit.

Wednesday 11 September 2013

Control Freak vs. Stubborn D*#k-Head

Hahahammboii. Tajuk nak macam wrestling kan. Tapi aku memang in the mood nak wrestling pun nih. Haiihhh sakkkit jiwa.

Smalam Hubs jatuh motor. Aduh dah la bagitau aku ikut whatsapp, I call tak jawab pulak. Risau gilos. But then I managed to talked to him la. Katanya jatuh sikit ja & I made him send his picture kat mana yang luka. Dia tunjuk yang ok ja. Kat siku. Actually kat lutut pun ada. Sampai koyak seluar jeans & berdarah-darah. Haih la suami.

Yang aku marah sangat tu, aku ni boleh dikategorikan sebagai control freak. Tapi I bukan nak control sesuka hati I. For his or whoever's good sake. Masa dapat tau tu I dah cakap pergi la cuci kat klinik. Dia cakap takpe dah buat dressing sendiri. Bila balik rumah semalam, I mintak nak letak minyak gamat bagi luka cepat sembuh, dia cakap tak payah sebab actually letak minyak lagi lambat baik. I cakap ok letak iodin. Pun takmau. Nak cuci dengan dettol, pun tak mau. I cakap jom la pi klinik, PUN TAK MAU. Hangin la hoih satu badan. I suruh mandi, pun berlengah-lengah. At least la mandi dengan hot shower, mati la jugak kuman-kuman tu kan. Gosh this stubborn d*#ck head!! I dah almost sampai my boiling point dah semalam. Tapi nak marah,  kesian pulak sebab dia tengah sakit. So I launch the silent war. Hehehe. I malas pun nak cakap-cakap banyak because I KNOW MY MAN SO WELL. Nanti aku dah habis cakap, dia yang tak habis sampai petang ni.

Memang semua lelaki ketegaq macam ni ka? Nak tunjuk hero ka apa ni? Awak tu sakit, cuba la dengar sat cakap isteri ni. Because a wife is sometimes like a mother, WE KNOWS BEST!! Bukan aku nak dia dengar & tunduk ja ikut cakap aku tapi kadang-kadang Hubs ni macam ambil mudah sangat dengan certain things. Boleh pulak dia bagi ayat "B tau apa B buat. B kan pengangkap dulu kat sekolah". R U dead serious???

Begitulah jugak dengan everything else. Aku ni susah payah fikir jalan yang paling senang untuk dia. Nope. He wants to do it his way. And if it isn't his way, it's no way. And when it is no way, muncung muka dia tu boleh buat senduk kuah gulai.

But apart from all the above, I still love & adores him so much. Tak kira apa saja keburukan dia, malam-malam nak tido I mesti cari dia jugak. Haih ampa ni jangan dok ingat kot lain. I mean kena ada dia sebelah baru I tido dengan aman. Macam nak menitik air mata pagi tadi I nak salam dia pi keja, I tengok dia balut tangan dia dengan tisu & ikat dengan getah. Ge-freaking-tah. Huuuwwaaa. I rasa I kejam sangat sebab I didn't do anything for him. Tapi dia yang takmau. He turned down all my offers. :( Bukan budak kecik lagi uols yang kita boleh paksa-paksa kalau tak mau letak or makan ubat kan.

Untuk lelaki-lelaki diluar sana, ewaahh macam ramai sangat laki baca blog hang, please please please let your wife take care of you & dengar la sikit cakap bini lu. Bini lu bukan nak bagi lu lagi susah. Tapi nak menyenangkan lu lagi walaupun terpaksa menyusahkan diri mereka. Menyusahkan tu bukan macam menyusahkan in a bad way. Tapi pahala tau bagi bini lu. Lu mau ka bini lu buat tak endah ja kat lu? Try basuh spender lu sendiri.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah suamiku dimana saja dia berada. Amin.

Ni untuk orang sakit. At least malam ni tak la rasa sakit sangat luka tu. Sebab dok kelebet benda ni.

Blackberry Q10. Not mine.


Tuesday 10 September 2013

Khalif.

I ni rindu la kat Khalif. Rindu dendam sangat. 

I rasa dah 3 weeks kot tak jumpa dia. Asyik I pi rumah mak, asyik la dia takdak. Kakchak (sepupu) I amik lah, dia balik awal lah, kak Nor ada meeting so abah dia amik dia awal lah, dan bermacam-macam lagi halangan.

Tapi semalam I dah pesan siap-siap kat my sister hari ni jangan bagi siapa-siapa pun ambik Khalif. I nak p rumah mak hari ni. Eh tapi I nak jumpa mak jugak la kan. Amboi jangan durhaka.

I don't know la tapi I dengan anak-anak sedara I, masa diorang at this age, I memang la sayang berlipat kali ganda. Suka sangat melayan karenah masa ni. Banyak cakap ya ampun. Ada saja la benda nak tanya. Sekarang ni I rasa Khalif nampak I macam dia nampak rock star. Hahaha. Sebab I sampai ja rumah mak, mesti dia bagi guitar mainan dia tu suruh I buat konsert. Tapi dia untung sebab mak aunty dia ni memang sedikit longgar wayar. Dia seronok kalau I buat rock concert. Siap main guitar dengan gigi tu. Kau mampu? Dah habis, dia la tepuk pastu suruh nyanyi lagi. See? My no 1 fan. Hehehe.

Khalif ni agak special sebab dari masa dia kecil-kecil dia la paling banyak kena itu ini. Jatuh katil tak payah cakap la. Berkali-kali. Paling I takut masa dia jatuh katil sampai hidung keluar darah. Ya Allah ketaq masa tu sampai I tak boleh drive. My sister drove to Hope Children. Alhamdulillah doctor cakap mungkin sebab terhentak. But if bleeding did not stop sampai esok, nak buat scan or x ray. Nasib baik la stop. Then dia kena air panas kat tangan. Mak baru ja masak air tu tapi tak tutup flusk tu rapat-rapat. Khalif pulak suka menyibuk mak kat kitchen. Dia tarik flusk tu, perghhhhhhh kena tangan. Ya rabbi I tak dapat bayangkan keadaan mak masa tu. Dah la kesian dia dok nangis kok kuat, pastu apa nak jawab dengan ibu dia? Anak orang tu wehhh. Memang la bukan mak aku yang jirus dia dengan air panas tapi tetap lah rasa bersalah sebab dibawah jagaan mak kan. Tapi kak tak la marah pun. Cuma terkejut ja. Kesian nok. Tangan berbalut. Haih sayu hati tengok setiap kali nak anu antiseptic cream tu. Khalif jugak pernah jatuh tangga dengan kak. Masa tu la kak fractured her ankle. Gila ampa jatuh dalam 3-4 anak tangga kot. Bukan tergolek tapi macam terlangkah terus. Dia tengah dukung Khalif masa tu. Nasib baik la malaikat simpang baby. Alhamdulillah he was ok. Kak ja kena admitted sebab the fractured ankle.

Masa dia belum masuk 2 tahun, Khalif kurus tau. Kurus sangat. And gelap sikit. So ingat dia lain la dari kakak & abang dia. Sekali kauuu masuk ja 2 tahun lebih, badan naik mendadak. Kus semangat. Sehat waklafiat. Makin comel la budak tu. Eeee geram I. And sampai sekarang, dia gelar diri dia "baby" *matakeatastangandibahu*. Kalau orang salah panggil, dia betulkan orang tu balik "ni baby la". Comel kann?? Nama Khalif Iman Hasyiem tu, Hasyiem diambil sempena nama tokwan (datuk) kami. Tokwan Hashim. So selalu la usik dia panggil dia tokwan hashim. Selalu tu gak la dia betulkan "ni baby hasyiem la".

Khalif ni peminat motor-motor besar. Almaklum lah abahnya bawak motor apa tah yang gedabak tu sekarang. Hari tu pulak bawak Khalif pi tengok movie Bikers Kental. Amboi since then feeling-feeling dia amik full face, pakai jaket, kepala ikat bandana tu pastu naik motor (read : arm rest sofa rumah mak). Gigit kang! Dia terer tau nyanyi lagu siam yang soundtrack filem tu. Dudududu apa tah. Then me n kak nanti usik la dia buat nyanyi Dudududuuu macam kita dodoi budak tido tu kan. Dia pulak betulkan "bukan camtu lah. tu lagu baby tido". Hahahah. Mampu?

Aaaahhh banyaaakkkk nak cerita kalau pasai Khalif. I sayang semua anak-anak buah I. Tapi as I say, masa age ni memang I akan terlebih sayang. Yang dah besar-besar tu sayang jugakkkk tapi sayang macam lain. Sayang macam concern lebih on their education & attitude. I am one very fierce mak aunty! Hehehe. Yang kecik nonet Zandra tu, kecik sangat lagi. Mai besar sikit mak aunty gomoi ok? Zandra pun jauh..tak dapat nak bermesra selalu. Just don't be a stranger ok darling?

Untuk Khalif, membesar lah menjadi seorang anak yang soleh, dengar kata ibu abah, hormat orang tua-tua, belajar pandai-pandai so you can pay off ibu's  & abah's efforts. They have went through a lot for you anak-anak to grow up in a very comfortable lives. Mak aunty sayang Khalif, abang, kakak & baby Zandra a lot just like my own. 

I love you to the space and......hmmmm...I got lost there. Hehehe.

Latest of Khalif.XOXO.

Monday 9 September 2013

Muhasabah.


Assalamualaikum!

Happy Isnin! Not sure what is so happy about Isnin. Heehehe. 

Jom hari ni kita sembang-sembang kosong. Sembang-sembang serious sikit. Tak la serious mana. Mesti aku merepek jugak sakgi sikit-sikit. Hehehe. Macam tadi tengah dok breakfast dengan budak-budak ni. Tiba-tiba aku gelak sorang-sorang. Sebab I was making a joke with myself dalam hati & lawak tu funny gila ok. Tu yang aku gelak. Hahahaha. Yeah imma freak liddat. See? Belum masuk 2nd paragraph pun aku dah merepek.

Anywoo, jom kita restore ourself & rethink of all the kindness kita buat selama ni. Harap maklum, entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Hanya sekadar berkongsi dan untuk renungan kita bersama.

Pernah tak kita terfikir dari mana datangnya rezeki kita selama ni? Memang la rezeki kita ni datang dari Allah SWT. Tapi pernah tak kita terfikir kenapa kita ada benda-benda yang kita ada sekarang tapi tak semua orang dapat enjoy apa yang kita ada sekarang? Kerja Allah SWT ni sangat adil. Kita mungkin ada everything in the world (materially) but some people hidup dalam keadaan berserdehana. Tak dapat nak makan Chilli's, TGI Friday or even McDonald's. Tapi orang-orang ni mungkin dikurniakan dengan iman dan ilmu agama yang tinggi. Itu lagi priceless.

So, apa kita sebagai orang yang bisa menikmati segala nikmat duniawi ni buat untuk tunjuk rasa rendah diri kita? Tak perlu la I nak ambik contoh jauh-jauh. Diri I sendiri ni, apa yang I buat untuk share apa yang I ada? Alhamdulillah setakat ni rezeki yang Allah Taala bagi tak pernah putus. I boleh nampak development dari start kerja Maybank langsung takdak balance duit gaji kat tangan I, dapat offer kerja Rasa Sayang, Alhamdulillah dapat beli Viva tapi tetap rasa tak cukup jugak gaji tu. Dulu kuat enjoy. Pang diri sendiri. Takdak menabungnya ya tuan-tuan dan puan-puan. Nak bersedekah lagi la rasa aku pun tak cukup duit ni. Senyum ja lah. Kan jugak satu sedekah. Memang la babe senyum tu satu sedekah tapi what are the benefits yang orang tu dapat? Brighten their day ja la mungkin. Pahala jugak tuh. Alhamdulillah. But as I was saying, I nak cakap ni dari segi harta benda dunia. Masa I nak kahwin, I kerja Rasa Sayang lagi. Memang budget cukup-cukup tu ja. Takdak la nak berangan lebih-lebih. Cukup la ada dewan, catering, pelamin, baju, mekap, doorgifts, DJ, etc. Yang necessary sahaja. I takdak pun pi lulur lulur bagai tau. Sobs. Alhamdulillah semua berjaya rolling. Tak membebankan siapa-siapa especially my parents. Syukur. Then lepas kahwin, rezeki tu lain macam. Hubs also has set his grounds stable. Ada la masa sangkut sikit-sikit tapi tak lama. And we managed to cover them all. 
Hope this brighten yours!
Sampai lah recently Jijah ada tanya we all nak beramal jariah tak? Was thinking, selama ni boleh ja aku pi buat pedi mani segala merapu tiap-tiap bulan. Takkan nak sedekah sekampit beras pun tak boleh? Malu dengan diri sendiri sikit cek. So Jijah la arrange semua dari pembelian beras sampai lah ke penghantaran ke masjid-masjid yang terpilih. Jazakallah, Jijah! Cukup ja makan tiap-tiap bulan aku? Takdak pun tak boleh nak pi lunch sebab sedekah beras sekampit? Siap sekarang, I dah boleh menabung kat ASB lagi. Cukup ja. Mak pernah cakap, Allah akan sentiasa cukupkan rezeki kita. Mula-mula rasa kedekut nak menabung, nak bersedekah. Tapi bila once kita dah buat, eh boleh ja hidup. Kalau tiba-tiba syaiton nirojim dok bisik kat aku "kalau hang bagi beras sekampit bulan ni, hang nanti tak cukup duit nak makan Nandos tau dak?" Cepat-cepat muhasabah diri. Takpa la syaiton oi tak dapat makan Nandos bulan ni. Makan food court pun mak ok jer. Kalau nak makan jugak, kita ajak la Kamal. Eh?

Bulan ni, Jijah suggest lagi buat kelainan. Instead of bagi beras dekat masjid-masjid, why not kita bagi pantry items dekat budak-budak tahfiz? Well, that's a good idea. Why not?! So Jijah detect la 1-2 tahfiz yang ada dan memerlukan bantuan. We decided to help those in tahfiz kat Tanjung Bungah. Ma'Had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum. Ramai budak-budak kat sini. Ada yang dari Penang itself & ada jugak yang dari luar macam dari Myanmar. So yang join collection kali ni ialah myself, Hubs, Jijah, Bangsan, Wan Joe & a few of Bangsan's staff. Kira punya kira sekali duit collection RM460! Alhamdulillah rezeki anak-anak ni. Tapi terlalu banyak lah untuk satu rumah saja. So we decided to split into 2. Satu portion lagi kita sedekah dekat Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah di Balik Pulau. Rumah untuk orang yang kurang bernasib baik. Ada orphanage, orang tua, yang dibuang family, etc. Sedih bila mengenangkan anak-anak yang macam ni. I ni hilang arwah abah when I was 26yo pun dah meroyan. Bayangkan those yang had lost their loved ones since there were still young. They barely get to know their mother/father. It breaks my heart :'(

Urusan pembelian dijalankan bersama-sama. Beli kat Tesco ja. Actually depa yang banyak memilih. I dok sibuk beli barang-barang nak masak ketam masak lomak cili padi. Hehehe. 

But I must say they did very well. Cukup-cukup RM457.25! Hebat matematik mereka. Balance tu, masuk dalam tabung kebajikan apa tah kat cashier counter tu. 

Dry items yang dah dibeli ready to be distributed.
Terus kami pi hantar barang-barang ke Ma'Had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum tu malam tu jugak. Sebab dekat ja pun. Alhamdulillah, rasa lapang hati. Ada yang tanya, ada pasang niat ka buat sedekah ni? Tak terfikir pun, sampai la dia tanya. Hahah. Sebelum ni, niat cuma nak membantu & macam zakat la jugak. Asyik maiii ja. Piii takkan takdak? Tapi lepas dah ditanya camtu, terus aku pasang niat nak ada baby la uols! Yes I have been married for almost 3 years now tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Dah macam-macam cara I try. Orang suruh makan itu ini, I makan. Orang suruh buat itu ini, I buat. Fertility test pun pernah buat. Tapi perlu ka I nak bagitau kat semua orang-orang ni apa permasaalahannya? Biarlah I, my family & my closest friends saja yang tau. Peluang tu ada tapi kami cuma kena perlu berusaha lebih. Tapi bila dah sampai tahap ni, I can only leave it to The Almighty. From time to time, I akan usaha la jugak. But the rest I will leave it to Him. I believe that He have better plans for us & there's reason why we haven't been blessed with any yet. So, chill! Ini jugak satu example yang tak semua orang bernasib baik dalam semua perkara. I may get things that I wanted but not this one yet. Baby, when you're ready ok?


Tunggu dalam kereta ja while Kamal did the loading. Apa lg, kemho la.
Ini pula di Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah di Balik Pulau. Bangsan & Wan Joe ja yang wakilkan hantar on Sunday.
 Ikut la masing-masing nak bersedekah or beramal jariah ikut cara macam mana. Ada yang suka buat kenduri, ada yang suka bersedekah tepi-tepi jalan, yang mintak time kita dok makan kat food court padang kota. Tapi I tak suka cara camtu sebab I tak puas hati. Memang la janji kita ikhlas. Tapi kalau dah tiap-tiap hari kita pi, muka yang sama dok mai mintak, ikhlas pun jadi tak berapa dah derr. Haha macam masa beli barang hari tu, Hubs suruh amik garam brand Tesco. I kata la awat nak amik brand Tesco ja? Pastu dia kata sebab ikhlas. I kata ikhlas takat Tesco ja ka? Hahahah. Sapa tengok lawak Jozan, depa paham. Lawak tabung surau. 

I tak kata jugak yang tak buat benda-benda ni semua tak bagus ok? Atas diri memasing. Ada BANYAK cara & medium yang boleh kita gunakan untuk buat amal jariah. I pilih jalan ni. In shaa Allah selagi mampu & berkesempatan, I akan teruskan. I tak malu dengan orang lain, I cuma malu dengan diri I sendiri & malu dengan Allah SWT yang bagi kereta Alza I tu. Heh.

Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Last but not least, mari naikkan paras gula dalam badan ampa. Such sweetness!

Di Tutti Fruti. Uncle kena ganti rugi kat Qaleeda sebab Uncle lap tak bagi warning, Qaleeda tergolek dok dalam keta. Haha.
Look at them. Ouh..
Terus jadi bestfriend.
Ok babes, sampai disini sahaja coretan untuk hari ni. Sebenarnya dari pagi aku blog ni. Asyik la dok kena interrupt. Dah nak balik ni baru siap. Dah macam kerja boss suruh buat pulak. Heheh. Apa-apa pun, IKHLAS dalam setiap perbuatan.

Wasalam.

Friday 6 September 2013

AIDA

Pssssssssstttttt!!! Ada rohsia ni!!

Kawan-kawan, I rasa kan, Adi Putra kan, dia kan, has a thing or two la dengan perempuan nama Aida. Jeng jeng jenggggg!!

Ya la, ampa tengok bini dia nama Aida. Yang tengah hot sekarang kata dia ada skandal tu pun nama Aida. Nooraida lagi. Tengok screenshot ni. Sat ampa kata aku auta pulak.

 

Tu nampak? Haaaaaa....Nama I pun Aida. Nooraida jugak. Adakah ini bermaksud? Adakah perasaan ini sebenarnya cintaaaa? Yang masiihh bersemadi untukmuuuu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sama cantik sama padan.
HAHAHAHAH! MATILAH KENA CERCA!