Assemekommmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Hahah. Saja ja bagi panjang sikit harakat salam tu. Takdak keja. Weisss gila sejuk ofis I ni dibawah paras beku. Keras jari-jemari I nak type or tulis. Pastu perut macam ketaq-ketaq kan. Cepat lapar. Tu yang pagi tadi breakfast makan nasi lemak sebungkus & bihun goreng. Pastu nak salahkan sapa bila perut makin maju kehadapan??! T__________T Keji lah aida.
Terimalah gambar selfie dari tuan tanah. Selfie ni harus ye kawan-kawan. Zaman sekarang semua teenagers harus amik selfie. I kategori teenagers lagi, so I kena la ikut peredaran zaman. Sapa tak ikut, ketinggalan zaman ok. Suka hati.
Tapi Alhamdulillah kan the weather today dah clear kan. Rasanya semalam masa tengah tido ada hujan gak sikit sebab pagi tadi pi kerja tengok jalan basah jugak. Good thing lah tak hujan dah. I kesian Hubs ja pi kerja naik motor dalam hujan semua. I selalu doa time dia balik kerja tak hujan sampai dia sampai rumah. Solehah kan I ni?
Ampa mesti tertanya-tanya apa kaitan hujan dan tajuk saya diatas kan? Memang takdak kena mengena pun. Hehehe. Hujan tu selingan sebab nak cerita la sejuk sangat ofis ni. Ofis aku ja sejuk, ofis orang lain tak sejuk kan sampai kena tulis dalam blog? Biar lah. *flipshair*
Kisah mee sutun (mee sotong) ni terjadi semalam. Dah plan dgn Nidar nak pi makan mee sotong dari 2 ka 3 minggu lepas. Tapi hari tu tak jadi sebab Kak Shaz buat kenduri kat rumah dia. Ingat tak yang I cerita haritu? Nih entry pasai tu. Ececehhh..dah pandai link-link bagai.
Akhirnya berlangsung juga acara memakan mee sotong bersama tetamu kehormat iaitu Puan Aida Gojes Puan Nidar...Habis kerja terus bergegas ke Padang Kota. Yang ajaibnya, Nidar yang dari Tanjung Tokong boleh sampai dulu. Laju kot Ferrari dia. Hahaha. Aku yang dekat sekentot pun boleh lambat dari dia. Well, I kan bintang. Mana boleh sampai awal. Huahuahua.
My loff Yusnidar. Some call her Nidar some like me call her Nidal. Been friends for 25 years & still counting. XOXO. |
Order tak lama sangat dapat dah. Eh nak p lunch jap. Satgi sambung (perlu ka nak bagitau hat ni pun nya punnnnn??!) Weeii gila la aku makan nasi tambah 2x kot. Apa dia niiii?? Ok sambung mee sotong. Kena pulak dengan coconut milk shake. Tidoq lena baq ang!
Tapi dah halfway makan baru teringat aku ni blogger sekarang. Perlu ambil gambar makanan. Ececeh...time ambil gambar sendiri tak payah teringat diri tu blogger pun kan? *brusheyebrow* So, ini lah mee sotong yang didambakan. Ni dari pinggan Nidar. Sebab pinggan aku dah habis belemoih sangat.
You, mee is wonderful. |
Pompangpompang sembang, kena make a move dulu sebab Hubs nak pi transfer data from Bold ke Q10 kat Prangin Mall. Tapi I dengan Nidar sambung gosipan kat tepi kereta memasing. Ada tragedi lawak gila (bagi kami lawak gila sampai boleh gelak dari semalam sambung pulak pagi tadi). Tengah dok sembang-sembang, bunyi kapal cruise tu hon KUAT gila! Automatik Nidar cakap volume up sampai 99. Padahal dia cakap level biasa pun I boleh dengar lagi sebenarnya. Haha lawak kan? Tak lawak? Lantak lah. Aku rasa laawak ja. Konfiden level kena tinggi macam volume Nidar.
Muka hopy dapat makan mee & dapat sembang panjaaaaang dengan Zaffran's mummy nih. |
You all tau masa sampai Prangin Mall, I dok nampak la orang ramai-ramai dok kumpul kat entrance masuk parking 1st Avenue. Dok kata ada orang kena tembak ka? Almaklum lah, lani kan apa sikit kena tembak. Kot la sebab parking penuh ka, depa tembak guard yang tak bagi masuk ka. Hahah. Eee bodonya lawak. Sekali rupanya ada budak perempuan cina terjun dari parking level 7 Prangin Mall! Mak aihhh..serem. I ada gambar taken from FB tapi I takmau share la kat sini. Elok-elok cerita pasai mee sotong, tiba-tiba ada gambar orang terjun.
Ai is takuit.
No comments:
Post a Comment