Tuesday, 10 September 2013

Khalif.

I ni rindu la kat Khalif. Rindu dendam sangat. 

I rasa dah 3 weeks kot tak jumpa dia. Asyik I pi rumah mak, asyik la dia takdak. Kakchak (sepupu) I amik lah, dia balik awal lah, kak Nor ada meeting so abah dia amik dia awal lah, dan bermacam-macam lagi halangan.

Tapi semalam I dah pesan siap-siap kat my sister hari ni jangan bagi siapa-siapa pun ambik Khalif. I nak p rumah mak hari ni. Eh tapi I nak jumpa mak jugak la kan. Amboi jangan durhaka.

I don't know la tapi I dengan anak-anak sedara I, masa diorang at this age, I memang la sayang berlipat kali ganda. Suka sangat melayan karenah masa ni. Banyak cakap ya ampun. Ada saja la benda nak tanya. Sekarang ni I rasa Khalif nampak I macam dia nampak rock star. Hahaha. Sebab I sampai ja rumah mak, mesti dia bagi guitar mainan dia tu suruh I buat konsert. Tapi dia untung sebab mak aunty dia ni memang sedikit longgar wayar. Dia seronok kalau I buat rock concert. Siap main guitar dengan gigi tu. Kau mampu? Dah habis, dia la tepuk pastu suruh nyanyi lagi. See? My no 1 fan. Hehehe.

Khalif ni agak special sebab dari masa dia kecil-kecil dia la paling banyak kena itu ini. Jatuh katil tak payah cakap la. Berkali-kali. Paling I takut masa dia jatuh katil sampai hidung keluar darah. Ya Allah ketaq masa tu sampai I tak boleh drive. My sister drove to Hope Children. Alhamdulillah doctor cakap mungkin sebab terhentak. But if bleeding did not stop sampai esok, nak buat scan or x ray. Nasib baik la stop. Then dia kena air panas kat tangan. Mak baru ja masak air tu tapi tak tutup flusk tu rapat-rapat. Khalif pulak suka menyibuk mak kat kitchen. Dia tarik flusk tu, perghhhhhhh kena tangan. Ya rabbi I tak dapat bayangkan keadaan mak masa tu. Dah la kesian dia dok nangis kok kuat, pastu apa nak jawab dengan ibu dia? Anak orang tu wehhh. Memang la bukan mak aku yang jirus dia dengan air panas tapi tetap lah rasa bersalah sebab dibawah jagaan mak kan. Tapi kak tak la marah pun. Cuma terkejut ja. Kesian nok. Tangan berbalut. Haih sayu hati tengok setiap kali nak anu antiseptic cream tu. Khalif jugak pernah jatuh tangga dengan kak. Masa tu la kak fractured her ankle. Gila ampa jatuh dalam 3-4 anak tangga kot. Bukan tergolek tapi macam terlangkah terus. Dia tengah dukung Khalif masa tu. Nasib baik la malaikat simpang baby. Alhamdulillah he was ok. Kak ja kena admitted sebab the fractured ankle.

Masa dia belum masuk 2 tahun, Khalif kurus tau. Kurus sangat. And gelap sikit. So ingat dia lain la dari kakak & abang dia. Sekali kauuu masuk ja 2 tahun lebih, badan naik mendadak. Kus semangat. Sehat waklafiat. Makin comel la budak tu. Eeee geram I. And sampai sekarang, dia gelar diri dia "baby" *matakeatastangandibahu*. Kalau orang salah panggil, dia betulkan orang tu balik "ni baby la". Comel kann?? Nama Khalif Iman Hasyiem tu, Hasyiem diambil sempena nama tokwan (datuk) kami. Tokwan Hashim. So selalu la usik dia panggil dia tokwan hashim. Selalu tu gak la dia betulkan "ni baby hasyiem la".

Khalif ni peminat motor-motor besar. Almaklum lah abahnya bawak motor apa tah yang gedabak tu sekarang. Hari tu pulak bawak Khalif pi tengok movie Bikers Kental. Amboi since then feeling-feeling dia amik full face, pakai jaket, kepala ikat bandana tu pastu naik motor (read : arm rest sofa rumah mak). Gigit kang! Dia terer tau nyanyi lagu siam yang soundtrack filem tu. Dudududu apa tah. Then me n kak nanti usik la dia buat nyanyi Dudududuuu macam kita dodoi budak tido tu kan. Dia pulak betulkan "bukan camtu lah. tu lagu baby tido". Hahahah. Mampu?

Aaaahhh banyaaakkkk nak cerita kalau pasai Khalif. I sayang semua anak-anak buah I. Tapi as I say, masa age ni memang I akan terlebih sayang. Yang dah besar-besar tu sayang jugakkkk tapi sayang macam lain. Sayang macam concern lebih on their education & attitude. I am one very fierce mak aunty! Hehehe. Yang kecik nonet Zandra tu, kecik sangat lagi. Mai besar sikit mak aunty gomoi ok? Zandra pun jauh..tak dapat nak bermesra selalu. Just don't be a stranger ok darling?

Untuk Khalif, membesar lah menjadi seorang anak yang soleh, dengar kata ibu abah, hormat orang tua-tua, belajar pandai-pandai so you can pay off ibu's  & abah's efforts. They have went through a lot for you anak-anak to grow up in a very comfortable lives. Mak aunty sayang Khalif, abang, kakak & baby Zandra a lot just like my own. 

I love you to the space and......hmmmm...I got lost there. Hehehe.

Latest of Khalif.XOXO.

No comments:

Post a Comment