Assalamualaikum!
Matilah dah Khamis baru nak start cerita pasal Ahad. Tapi okla dari takdak bahan nak cerita langsung kan. Last Sunday, it was an early day for us. Pagi-pagi dah bangun pi breakfast kat Taman Tun Sardon (TTS). Sorry tiada pictures sebab malas. Heheh. Mengantok lagi masa tu.
So janji dengan Bangsan & Sepol around 8am keluar rumah. Tapi almaklum lah, rumah jauhhhhhhhhhhhh sangat. Sampai sana around 9.30am. Nak pi toilet pun rasa jauhhhh sangat. Paham-paham ja lah. I makan capati 2 keping. Order 3 keping ingat nak share-share. Sekali hah the boys order banyak gila makanan. Hubs ja order 2 jenis. Sepol pun 2 jenis. Bangsan 1 jenis. Last-last tu Sepol beli kuih pulak. Hamek. Nafsu apa la depa ni pagi-pagi. Tapi orang lelaki memang pagi-pagi bernafsu kan? Woopps! Hehehe. Sebenarnya I tak berapa nak ingat apa yang diorder. Haih dah tua-tua ni asek la lupa memanjang. Kadang-kadang tu jenuh la dok fikir semalam pakai baju apa ek? Camtu la punya teruk. Ni tak cukup makan kismis ka terlebih makan semut, Wallahualam.
Habis makan-makan nak pi beli barang dapur. Sebabnya dah janji dengan Sepol nak main masak-masak kat rumah. Haaa jangan tak tau, Sepol ni pandai kot masak. Sekarang ni pun dia amik tender kantin Sekolah Georgetown. Single lagi uols. Cepat sapa nak book? In Shaa Allah senang perut suka hati. Mula nak beli barang kat market TTS ja tapi haishhh..panas gila masa tu. Tak sanggup nak masuk market pulak. So decided to beli barang kat Tesco ja. Sijuk sikik. Lagipun I kena beli my shampoo. So ada lah alasan lain nak pi kena ekon. Hehehe. Nasib baik jugak lah Tesco ada perkhidmatan siang ikan siap-siap. I bukan tak reti tapi malassssssssssssss. Ececehhh..padahal nanti Sepol yang masak. I tolong-tolong memeriahkan dapur ja.
Macam terer ja rupa pilih bawang ni kan? |
Sampai rumah at around 11ish. Sepol terus start masak while I settle kan kain baju dijemuran. Tempat sidai baju I kat tepi dapur. Angkat laju-laju sebab takmau nanti baju bau asap. Eh tapi kan I ada masalah letak pi lah banyak mana pun Downy ka apa ka, tetap baju tak wangi sangat. Wangi la tapi tak wangi macam gila-gila. Paham tak? Ai is stress. Taktau nak buat camna. Hubs macam biasa, he will ask what he can help tapi mata dok melekat kat TV. So nak mintak tolong pun macam takyah lah. Sat dia dok delay-delay, aku yang sakit jiwa. Last-last ambil buat sendiri gak. Tapi Alhamdulillah, Hubs tolong jugak buat kerja rumah. Rajin vacuum & mop. And paling penting, dia selalu cuci toilet. Aku ni bab-bab nak cuci toilet memang lemah. Memang lah dari dulu sebelum kahwin, TAK SUKA cuci toilet. Eh sebelum kahwin dulu semua benda pun tak suka buat. Hahah.
Pung pang pung pang, makanan telah siap disediakan before 2pm. Oh Bangsan takdak kat rumah masa ni. Sebab after we had breakfast he has to rushed to rumah pengantin. Ada hal sikit about the wedding dress. But he came to our house around 4pm camtu. Jemput la jugak Abg Yamm & Nan (Hubs riding friends). Abg Yamm ni dah macam family. Selalu on Sunday kalau I masak, selalu Hubs call dia suruh lunch dengan kami. Abg Yamm pun single lagi uols. Terer naik beskel. Haaa walaupun umur dah menjangkau senior, tapi masih hebat diatas basikal. Atas basikal ja la................atas lain gua tak pasti. Hehehe.
Bawal goreng berselimutkan bawang goreng, sayur campur tofu & shitake mushroom, kari ikan bawal and sambal ijo. Terangkat! |
Hoihhh sedap hoihhh sambal hijau tuuuu. Masih terasa-rasa kepedasannya dihujung lidah. Kari ikan bawal dia pun terbooikk. Pass! Memang layak dah nak kahwin Sepol ni. Ingat tak I bagitau Bangsan sampai around 4pm? Haaa..nasib baik lah dah asing lauk-lauk untuk dia siap-siap. Ada gak la food untuk dia. Lepas makan tu, dah terketaq-ketaq dia nak mandi toyam (kolam). Eeee rindu Khalif. Khalif la yang sebut toyam. Aku ni malas nak pi mandi kolam sebabnya :
1) Kena pakai swimwear.
2) Air tak berapa bersih kot kolam kan. Ni tengah suffering from acne tau dakkk??
3) OMBAK RINDU WAS ON ASTRO!(ni sebab utama sebenarnya.Hahahah)
Yes, untuk kesekian kalinya tengok Ombak Rindu, untuk kesekian kalinya jugak aku menangis. Hanya Ombak Rindu & P/S I Love You ja yang berhantu & boleh bikin gua menangis over & over again. Sangat over.
Tapi layankan jugak lah p pool. Bangsan bagi buah pengeras "tak sporting la hang ni". Terus mak rasa tercabar pi salan baju. Sorry no pictures of me dekat pool jugak sebab agak x-rated. Hahah paham-paham jalah. Nama pun SWIMWEAR.
Kita tunjuk sikit-sikit cukup. |
Whole day was gloomy ja. Cuaca macam best ja tidur-tidur kat rumah. Elok-elok dalam half an hour berendam dalam toyam, hujan pun turun. Dalam hati I, yes! Boleh sambung tengok Ombak Rindu. I ada record lagipun. Kami lepak-lepak sat dekat playground & that was my Instagram been hijacked! Tak kisah pun. Jangan pelik-pelik sudah. Hohoh.
Sepol, Bangsan & Jantunghati. |
Naik rumah lepak jap mandi-mandi & freshen up, turun pi dinner. Punya la susah nak decide nak dinner mana sampai Bangsan tertidur-tidur. Cinabeng suruh orang fikir sama-sama. Tapi dia tidur pastu terjaga terus tanya "so nak makan mana?" Motif sangat. Tapi dia jugak yang bagi idea pi dinner kat Ananda Bahwan. Cadangan diterima dan ditutup.
My small little living room. |
After dinner tu, memasing dah tak larat. Yelah dari pagi kot dok hong sana hong sini. So semua balik lah ke rumah memasing & rehat. Isnin dah nak keja. I pulak kena bangun awal-awal subuh sebab have to go to Taiping for Majlis Perasmian Pembangunan Fasa 2 Koridor Utara di Negeri Perak. Will story about it later after lunch. Heheh. Eh bos ada hari ni. So tak boleh nak blog like a boss sangat la. Kita buat sengap-sengap.
THIS! |
So that was my Sunday. Jarang dapat lepak kat rumah on Sunday. Selalunya ada saja program. Program la sangat. Padahal lepak mall ja. Tiap-tiap ahad ja pi Queensbay. Cari apa tah. Tengok wayang is a must on Sunday selalunya. Tapi weekend baru ni ja tak. Maybe sebab dah banyak pelaburan keluar on Saturday. Hahah. Jimat skit aktiviti-aktiviti macam ni kan. Ok bajet untuk minggu ni lebih la skit camtu kan? Dasar!
Ok till then people!
No comments:
Post a Comment