Friday 29 November 2013

Sweet 17!

Plus 12 more years to it, please.

Today, on this day 29 years ago, a cute baby was born. Aku lah ttuuuuuu. Hehehe. 

Selamat Hari Jadi Yang Ke-29 untuk diri sendiri. Dah 29 tahun dah haa. Last year untuk angka 2. Next year dah masuk angka 3. Gila lah. 30. 30!! 30 kot. Dulu-dulu kalau tau orang tu umur 30, rasa macam dah kakak-kakak dah dia ni. Macam dah tua sangat dah. Tapi bila diri sendiri dah nak langkah 30 ni, rasa macam....eh takdak la tua sangat. Rasa macam mudaaaa ja. Matilah kena tikam puji diri sendiri. Hahha.

Anyway, untuk birthday this year takdak celebration apa pun. Tak keluar pi mana-mana pun. In fact, I was at home buat kerja office sampai pukul 2am semalam. Hahaha. Adakah itu ageing factor?? Noooo...itu maksudnya semakin tinggi umur I, semakin I berubah menjadi orang yang bertanggungjawab. Kalau dulu, ada I kisah esok nak kerja ka apa? We gonna party like it's my birthday laaa. 50cents kata kat I dulu. Hahah.

Semalam I was at home ja tak jadi pi rumah mak. Sebab I kena siapkan slides untuk my boss. Nak basuh & lipat baju lagi. I baru nak makan, Hubs balik. Pintu rumah I bila masuk kita akan mengadap tingkap luar. I ni berdiri mengadap pintu. Maknanya tingkap di belakang I la. Hubs bukak pintu dia kata "Sayang! Apa tu kat luar tingkap?!!" Jantung I nak teraboq dah time tu. Memang I keras kat situ. Pastu dia gelak sambil hulur bag Chanel. Hehehehhehehehe. Jantung teraboq gak tu. Melompat terus!! 

I excited tu sebab I wasn't expecting anything for this year. Sebab hari tu kan Hubs dah beli kan VS Noir Tease tu. Baru brapa bulan sudah tu. Takkan la I nak demand dia beli lagi. I kan mithali. *muntah* Sekali ehhhh dapat pulakkkk. And I remembered Ahad lepas masa tengok wayang kan ada iklan Marilyn Monroe tu. Untuk iklan Chanel No 5 ni la. I saja ja hembuih kat telinga dia kata I nak. Saja memain. Sumpah memang tak mengharap dia belikan pun. Rezeki rezeki. Alhamdulillah...Sebab tu rezeki Hubs murah. Sebab dia suka bersedekah pada anak yatim :)

Baiklah, sempena birthday I yang ke 17 + 12 ni, later kalau I free sikit, I akan tulis pasal usia I. How I evolved & grown along the way. Apa yang dulu I buat tapi kini berlainan or apa yang dulu I tak buat tapi lani Alhamdulillah I buat. 

Usia mematangkan kita :)

Chanel N° 5.

Wednesday 27 November 2013

True no?


True?

Truth About Today's Relationships

No?

Maafkan saya.

TOLONG!!

Tiba-tiba blank takdak idea nak tulis apa. Minggu ni macam banyak kerja sikit so tak dan nak layan perasaan otak semua nak merapu apa kat sini.

Ermmm...kita sembang-sembang kosong nak?

Takmau pun aku nak cerita jugak. Hahah.

Tiap-tiap minggu kan, I rasa jadual I dah memang bersusun. Dah berapa bulan sabtu ahad tak rehat. I mean sabtu ahad mesti ada program. Dulu ada jugak sabtu ja mengangkang kat rumah sorang-sorang tak buat apa. Tapi for this past few months, sabtu pun mesti ada saja la tempat nak kena pi or hal nak kena buat. Ahad dah semestinya hari percintaan. Mesti keluar dengan Hubs pi mana-mana. That's the only day.


Contoh macam minggu ni, weekdays takyah cakap la kan. Ampa tau la jadual I camna. Ahad ni kakak I buat kenduri sebab Rifqi nak sunat hari Isnin. Sekaligus buat cukur jambul & berendoi Naufal. Tapi taktau la layak ka tak nak dipanggil berendoi sebab takdak buat mini pelamin or apa-apa untuk dia. Cuma panggil orang marhaban ja and acara cukur jambul. Kenduri tu mostly orang yang sama gak nanti nak panggil if buat berasingan. Ampa paham tak ni? Tak paham? Takpa takpa baca lagi sekali. Hahahha.

Dengan itu, sabtu mesti la kena keluar kan? Sebab nak pi cari doorgift lagi, nak beli barang-barang basah lagi. Mak masak sendiri ja uols. Cuma pulut kuning ja mak suruh mama buatkan. Haihh tiba-tiba lapaq.

Tak dapat gak nak rehat-rehat bermalas-malasan kat rumah lagi. I ada minggu depan ja sabtu yang kosong lagi buat masa ni. Lepas tu minggu-minggu seterusnya, PENUH. 

Hmmmm apa lagi ampa nak tau? Ececehhh macam orang nak tau sangat. Hang yang rajin nak cerita. Eh tapi ampa jangan la salah anggap aku dok cerita-ceritu pasa life aku ni tau. Eh cakap pasal life, tu nampak tak kat sidebar ada widget tajuk L.I.F.E? Itu dari IG I. Heheh Konon nak private kan IG tapi kat sini tak boleh read pulak. Terpaksa public kan IG. Retis sangat. Anyway, I bukan nak show off or  nak selak kain sendiri tau tapi I suka nak bercerita ja saja suka duka liku liku kehidupan I. I tak berapa reti sangat nak bagi tips-tips meletops kat uols. Or nak review-review segala mak nenek. Merapu ja I reti. Tapi nak tulis jugak blog. Hahaha. Tolong lah baca ye? Ok dah merapu sikit-sikit.

Ampa korang uols anda pun kalau ada apa-apa cadangan what would you like me to write about, sila la kemukakan ye. Mostly yang baca ni dikalangan kawan-kawan I gak. Kan? Yang mana ada no I tu, whatsapp ja I. Yang takdak tu, PM kat FB pun boleh. Just let me know ok.

Ok lah...laparudin sesangat dah ni. Nak pi lunch dulu. 

Assalam.

Lepas muka I, muka I ja jugak lagi kan?

Tuesday 26 November 2013

Love made for each other......(Dewi Shamsaidar & Yazid Kamsinan / 23112013)

Pertama-tama sekali I nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Hassan Abu Bakar untuk kebaya I yang meletops ni. Walaupun makcik dari contoh gambar yang
I bagi tu agak skeri, tapi hasilnya vavavasssss. I like this kebaya very much though korset tu sangat mensenakkan. Taktau la if I've grown over the weeks or memang sengaja Hasan buat ketat sebab dengki dengan kecomelan perut I. Anyway, thank you bangsan! You guys can contact him at :

Hassan Abu Bakar Wedding Couture,
198 A Transfer Road,
10050 Georgetown,
Penang, Malaysia.
Tel : 012-4325005

And so on the same day, majlis persandingan pun berlangsung. Pengantin dijadualkan bersanding at 2pm. Kami ingat kami yang lambat sebab si Syafa ni boleh pulak tertinggal fon kat homestay. Kunci homestay pulak dah masuk dalam post box. Hahahah. Mc Guyver la sat kami. Boleh pulak jugak si Doc sebelum keluar tu pi tekan lock pintu dari dalam. Al kisahnya, pintu tu takdak kunci. Memang main tutup camtu ja. Hahahah. Sikit lagi pintu tu nak pecah kami kerjakan. Last-last kepak sikit cermin kat tepi pintu tu Syafa masukkan tangan dia bukak dari dalam. Alhamdulillah sukses! Rupa-rupanya pengantin lagi lambat dari kami. Hehehe. Blah laki tak sampai lagi. Jalan jem skit. No sweat. Dah selamat nikah pun kan. Itu yang penting.


Entry ni I rasa I lambak gambaq ja la kot ek. Not much to tell pun. I'll let the pictures do all the talking. 

Enjoice.


Kelakar Dewi masa nak sanding ni. Tak reti senyum sebab tiba-tiba rasa gigi besar sangat. Hahaha.

Lepas dari majlis ni, ke JPO kita. Sebabnya dekat dengan airport kan. So senang la nanti budak-budak ni nak hantar I. Errgghhh tempting gila kot. Ada la few things yang sangat menusuk kalbu tapi telan ayaq lioq ja la. Dok congak-congak guna sempoa dalam otak ni, terus terkubur impian.


Please pardon my jakunness. Tak pernah sampai uols.

Na'il Haq & Asadel Dhul Fiqar 
Kesian Cik Maryam Nur ni kena buli. Pasrah ja muka. Grip kuat gila tangan pegang benda tu. I love you cik yam.


Dah. Itu ja kisah dia JB. Sehingga kita ketemuk lagik. Kali ini mungkin melangkah lebih jauh. Seberang sempadan mungkin. Hihuhihu.

Dearest Yazid & Dewi,
                   
                    Aku doakan jodoh korang adalah jodoh made from heaven. Aku doakan kebahagiaan rumahtangga korang bukan saja sampai ke anak cucu. Tapi semoga kekal hingga ke Jannah, in shaa Allah. Kalau setakat selisih faham tu, itu benda biasa dalam perkahwinan. Aku harap bila korang dah buat keputusan untuk bernikah ni, korang dah mentally prepared untuk hadapi alam perkahwinan ni. Tak semuanya indah dalam perkahwinan ni. And tak semua perkahwinan itu perfect. Macam mana perkahwinan tu nak perfect sedangkan kita manusia biasa ni pun tak perfect? Just don't set your expectations too high. Cause the higher it is, when you fall (mintak simpang) you fall from a great height too. Kalau ada masalah, bincang. Hormat each other. Listen to each other. Kalau dah diberi kepercayaan tu, keep. Don't breach. Aku sayang ko Wi. Ko tau mana nak cari aku if you need me. All the best to both of you. Ingat, hormat each other.

Aida.




PEN - JHB - KUL - PEN (2)

Alamak dah terasa rindu rinduan dah kat budak-budak ni. Eh skang dah takleh panggil budak-budak. Ok tukar. 

Alamak dah terasa rindu rinduan kat makcik-makcik ni.

Ok tak? Hahahaha.

Tapi serious, rindu la. Rindu bukan takat yang minggu lepas. Rindu all the time we've been together. Rindu all the ups & downs. Rindu nak share perasaan happy, marah, takut, benci, sedih, cuak, main-main, serious, jealousy, tah hape hape & sebagainya. 3 tahun bersama-sama. Kenal since Semester 1 sampai lah grad. Setinggan pun dari Semester 1 sampai lah grad. Hahaha. Setinggan tau? Aku ni dulu dapat dok kompleks 1 semester tu. Tapi punya lah sayang kat depa ni, sanggup setinggan dok kolej. Kompleks tu macam jauh sikit dari tamadun. Tapi selesa la sana. Hostel yang cantik. Kolej ni dekat dengan segala-gala benda (read : kolej budak lelaki) tapi buruk sikit la. Buruk pun selesa ja kami duduk 8 orang 1 bilik. Degan hanya 2 katil bunker. Hahahha. Hebat kan? Ok nanti I up entry pasal me & my girls kat Jengka dulu ok? Korang jangan risau. Aku akan tapis baik punya. Eh tapi kang tapis takut takdak cita pulak nak cita. Hahahaha.

Disebabkan malam sebelum tu kami semua tido lambat dan ada jugak yang tak tido, pagi tu bangun tido kepala ada sedikit bheng. Doc, Syafa, Noni, Aja dan keluarga mereka tertewas. Tak pi pun akad nikah Dewi. Hahaha. Dewi akad at 9am. Awal gilos. Sebab lepas tu nak buat khatam Quran. Lepas tu baru sanding. I memang la ngantok tak hengat gak tapi sebab pikirin, dari Penang ni. Jauh-jauh datang, rugi la kalau tak pi kan. I was only 30mins away kot dah. Lagipun, kalau boleh I nak ada at every one of my babies solemnization. Kalau boleh la. Ada ja yang I tak dapat attend. But with strong justifications of course.

Anyways, kami sampai kat Gallery Glulam tu agak lewat sedikit sebab sesat uols. Bongok punya Waze. Dok suruh belok kiri belok sana sini pastu you have reach your destination. Mana ada apa apa pun. Rupa dewan pun tak nampak. Pusing lagi. Tetap dia bagi direction yang sama. Faiz la bagi cadangan instead of belok kiri, apa kata kita belok kanan? Ye dohhhhhhhhhhh. Belum belok lagi dah nampak signboard Gallery Glulam. Awat dari tadi takmau nak nampak? Dok lalu simpang yang sama 2-3x kot. Rupanya senang ja nak sampai ke tempat tu. Haihhh. Anyway, selamat sampai almost 10am camtu. Nikah baru selesai. Masa sampai tu diorang baru nak baca taklik. Ok sebak. Jom la kita layan picture lah.

 Terus tukar status kat FB ke kekanda?

 Ni gua respect. Pengantin pakai doc mart. Gerek seh.
 Homel angat Yazid ni potong rambut pendek. Sepanjang 8 tahun perkenalan Dewi & Yazid, ini lah pertama kali Yazid berambut pendek.
Eh baju Rino jadi kaler pepel.

OOTD Rino pada hari itu. Terima kasih abg posmen.

Lepas akad nikah, ada majlis khatam Quran. Masa ni jemputan dok makan-makan dah. I suspect kan Dewi saja buat khatam Quran tu time orang dok makan-makan. Baru la dia tak nervous sangat. Hhhhhmmmmmmmm......

Aaawww baby bump.

I akan sambung lagi majlis persandingan nanti kat entry seterusnya ok? Macam banyak sikit gambar. Pelik la kita ni cakap kan? Dah cakap banyak pastu cakap sikit pulak. Yang mana pun taktauuuuu.

Dada.