Friday, 15 November 2013

Salam Jumaah dan 10 November 2013 dan 11 November 2013 (Ok tak entry lambak camni?)

Waddddduuuupppp!!

Haaa mampu tajuk muslimah sangat dah. Mukadimah langsung tak mencerminkan diri I yang ayu lagi jelita ni. Har har har.

Uolsssss....sorry tau semalam tak sambung cerita trip to Kuantan tu. Sesibuk sangat. Ececehhh baru dapat ke smalam ja busy dah kecoh. Adik Anip! Jangan kutuk iols!

Jom kita sambung cerita Kuantan sebelum I lupa the details. Biasa la bila nombot makin naik ni, makin sikit capacity otak ni. Eh lagi 2 minggu ja nak naik lagi niiii. Uols boleh start cari hadiah dah tau. Hahahah.

Sorry nasi lemak dah setengah baru teringat nak kena tangkap gambaq. And yes all that was mine!

Ahad pagi tu kita breakfast ni sudah la. Takkan nak makan pancakes 20hengget lagi. Balik Penang makan hati ja. Masa ni I tak mandi tau. Ssshh jangan bagitau orang. Sebab Hubs nak pi track dah. So I takmau dia tunggu I lama-lama. I dah boleh nampak keterujaan dimata dia tak sabaq nak masuk final. Ok tak alasan?

Lepas Hubs dah pi track, I pun apa lagi? Sambung tido laaaaa. Kahkahakah. Sementara nak tunggu lunch. Sebab dah janji dengan Aja nak sama-sama lunch. Kebetulan Aja balik Kuantan sebab adik Izzat bertunang. Ka sepupu Izzat ka tak ingat dah.

Aja cakap kena delay sikit time sebab dia nak ke rumah nenek Izzat dulu. Gua no hal. Boleh membuta lama sikit. Around 12pm I mandi manda pastu 1 lebih Aja sampai. Amik I kat lobby. Terus shoot ke ECM. Sampai taktau nak pi makan mana. Dengan hujan lebat masa tu. Kesian Hubs sebab final depa cancel due to the heavy down pour. Bukan takleh ride masa hujan tapi organiser takut pokok tumbang sebab angin kencang sangat. Track tu kat tepi laut kan so agak bahaya la.

Maryam Nur. Friendly tau dak cik ni. Suka I. Aja tak bawak Na'il sebab katanya diluar kawalan. Hahha. Biasa la budak 3 tahun. Keja nak explore la segala benda.

What I had for lunch. Dan lupa juak nama dia. I think I have to start writing down the details la. Ka I dah pernah tanam niat camtu? Tapi terlupa jugak? Hahaha.

Punyalah ghairah dapat berjumpa, sampai kami lupa nak amik pic sendiri! Dah balik tu baru Aja whatsapp tanya pasepa kita tak amik pic? Hahahah. Nyot.

Petang tu dah mata kutu taktau nak buat apa. So lepak-lepak kat pool ja la. Hujan pun dah berhenti. Tapi I tak mandi. Dengan alasan I pakai eyeliner. Padahal kan I bagitu muka I sensitive. Sat nanti jerawat tumbuh macam cendawan. Tapi takkan I nak bagitau macam tu depan kawan-kawan Hubs kan. Macam mengada pulak dah.

Camera tang mana. Laki aku tengok tang mana.

Gloomy ja kan?

Nampak tak ada orang dalam laut tu? Tu sebenarnya orang tengah tunggu nak surfing uols. Tak sangka TC ada surfing ni semua. Tapi ombak tak berapa cun sangat so susah nak dapat snap tengah surf betul-betul.

Merenung jauh memikirkan kemana arah tuju hidupku ini. Apakah kesudahan kisah hidupku. Bila akan berakhir rasa kosong didalam jiwaku ini. Yang benar, AidaPenang84 - Petikan dari majalah Pujangga.


Dinner malam tu dekat restoren nama Pak Su Restaurant. Restoren cina tapi halal. Ala-ala Bali Hai gitu. Kat Jalan Berserah. Mula cadang nak amik Iman dinner skali tapi boleh sesat pulak nak ke rumah dia. Hahah. Last-last terus ja ke tempat makan tu. Iman ke mana apa ke mana. Lepas makan, Hubs dah ting tong. Ajak balik tido ja. Tak jadi lepak Coffee Street dengan Iman.

Kami order ni ja. Please don't ask me the names. I dah tak ingat. Hehehe. Sedap jugak kedai ni. Masa kami pi tu dah takdak orang. Dah almost 9pm masa tu. Orang dah habis dinner kot.

Gila bapak besaq ikan ni. Nama apa tah ikan ni. Pun I dah tak ingat. Hahah. Ampun ampun. Kami jenuh dok pikiaq camna la ikan ni kona kan? Sebab masa kami mai, he/she was the other way round. Sekali depan kami dia kona. Dia buat wheely sikit pastu kona sikit-sikit. Hahhaha.

Kami extend satu malam lagi bermakna kami bertolak balik Penang keesokkan harinya pada hari Isnin. Nasib baik I memang dah ambil cuti siap-siap Isnin tu. It was a long journey home sebab hujan sepanjang jalan. So tak boleh nak speeding. But it was a good 8 hours drive sebab kami banyak cakap dari hati ke hati. Banyak yang Hubs luah kat I. Benda yang selama ni I memang tau he was aching but never spill it out until that day lah. Benda yang I tau he couldn't take it anymore but he still have to because at this point he have no other choice. Benda yang he have to face every single day but he just couldn't get away with. Banyak lah. Benda yang we have to keep it low because our future revolves around it. Biar lah kami laki bini ja yang tau.

Ok mari I sajikan uols dengan gambar-gambar lain during the weekend. Kat bawah ni semua pasal En Kamal dan basikal. Kalau uols boring, scroll la naik atas balik tengok muka-muka I ok? Mesti sejuk mata dada hati perut ampa. Mihmihmih.

The scenes.

Yup. That's my baby. Photo credit to FB Sheikh Ezneihan Azhar.

Walaupunnnnnn..................

You're at no. 33! I am still proud of you cause you made it there.

Tapi takleh lawan Master Yamm ni la. Nombot 1 kot. From different category.

Master Yamm's giving his champion pose.

Ni sepatutnya dalam entry sebelum ni. Hahah. Lupa pulak nak menunjuk area ni dalam bilik. Lagi tak tunjuk, lagi tu dok teringat-teirngat. Better I masukkan. Satgi malam takleh tidoq pulak. Biaq la I nak jakun.

Ada bran nak order SWEAT & sour chicken rice ni? Berhenti makan kat Tapah ni masa on the way balik.

Macam panjang pulak entry ni. Oklah. Bye.

1 comment:

  1. Ada correction...masa final improved p nombot 25.,,hahaha....

    ReplyDelete