Wednesday, 27 November 2013

Maafkan saya.

TOLONG!!

Tiba-tiba blank takdak idea nak tulis apa. Minggu ni macam banyak kerja sikit so tak dan nak layan perasaan otak semua nak merapu apa kat sini.

Ermmm...kita sembang-sembang kosong nak?

Takmau pun aku nak cerita jugak. Hahah.

Tiap-tiap minggu kan, I rasa jadual I dah memang bersusun. Dah berapa bulan sabtu ahad tak rehat. I mean sabtu ahad mesti ada program. Dulu ada jugak sabtu ja mengangkang kat rumah sorang-sorang tak buat apa. Tapi for this past few months, sabtu pun mesti ada saja la tempat nak kena pi or hal nak kena buat. Ahad dah semestinya hari percintaan. Mesti keluar dengan Hubs pi mana-mana. That's the only day.


Contoh macam minggu ni, weekdays takyah cakap la kan. Ampa tau la jadual I camna. Ahad ni kakak I buat kenduri sebab Rifqi nak sunat hari Isnin. Sekaligus buat cukur jambul & berendoi Naufal. Tapi taktau la layak ka tak nak dipanggil berendoi sebab takdak buat mini pelamin or apa-apa untuk dia. Cuma panggil orang marhaban ja and acara cukur jambul. Kenduri tu mostly orang yang sama gak nanti nak panggil if buat berasingan. Ampa paham tak ni? Tak paham? Takpa takpa baca lagi sekali. Hahahha.

Dengan itu, sabtu mesti la kena keluar kan? Sebab nak pi cari doorgift lagi, nak beli barang-barang basah lagi. Mak masak sendiri ja uols. Cuma pulut kuning ja mak suruh mama buatkan. Haihh tiba-tiba lapaq.

Tak dapat gak nak rehat-rehat bermalas-malasan kat rumah lagi. I ada minggu depan ja sabtu yang kosong lagi buat masa ni. Lepas tu minggu-minggu seterusnya, PENUH. 

Hmmmm apa lagi ampa nak tau? Ececehhh macam orang nak tau sangat. Hang yang rajin nak cerita. Eh tapi ampa jangan la salah anggap aku dok cerita-ceritu pasa life aku ni tau. Eh cakap pasal life, tu nampak tak kat sidebar ada widget tajuk L.I.F.E? Itu dari IG I. Heheh Konon nak private kan IG tapi kat sini tak boleh read pulak. Terpaksa public kan IG. Retis sangat. Anyway, I bukan nak show off or  nak selak kain sendiri tau tapi I suka nak bercerita ja saja suka duka liku liku kehidupan I. I tak berapa reti sangat nak bagi tips-tips meletops kat uols. Or nak review-review segala mak nenek. Merapu ja I reti. Tapi nak tulis jugak blog. Hahaha. Tolong lah baca ye? Ok dah merapu sikit-sikit.

Ampa korang uols anda pun kalau ada apa-apa cadangan what would you like me to write about, sila la kemukakan ye. Mostly yang baca ni dikalangan kawan-kawan I gak. Kan? Yang mana ada no I tu, whatsapp ja I. Yang takdak tu, PM kat FB pun boleh. Just let me know ok.

Ok lah...laparudin sesangat dah ni. Nak pi lunch dulu. 

Assalam.

Lepas muka I, muka I ja jugak lagi kan?

No comments:

Post a Comment