Wednesday 11 March 2015

BIGGEST SURPRISE!!

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan!! Did you missed me? Sorry lama blog ni tersadai. Entry on my holiday pun dok tergantung camtu la. Bukan saja suka-suka uols. Maybe most of you dah tau pun. I..................dah....................bersalin! Yes awal 2 bulan...sepatutnya due I kan 1st May 2015. Tapi baby Noah dah tak sabar nak keluar. Maka lahirlah dia ke muka bumi ini pada tanggal 03.03.2015.

03.03.2015 @ 1.32am, Maternity Hospital, Penang.

I nak janji akan cerita panjang pun tak berani. Ini pun sebab I nak check balik kerja-kerja ofis yang I tinggai seketoi tu saja I bukak laptop. Kalau tak, I ussshhhaarrr ja laptop ni dari kejauhan.

*Iklan sat. Yeays dah dapat my #sofina3 from Sometimes By Asian Designer. Hari tu masa keluar 1st batch tu I hampir berjaya beli. Tapi Cimbclicks buat hal pulak masa tu. Last Monday dapat tau depa restock. I ingat tak dan dah sebab I tiap-tiap pagi pi tengok Noah. Balik dari hospital tu saja nak try tengok ada lagi ka tak. Tengok ehhhh ada lagi kaler purple. Terus tanpa membuang masa....I tak peduli kaler apa pun. Sebab semua kaler pun santekkk. U got taste, Vivy. A very good one. Eh panjang pulak. Terexcited dapat sopping.*

Anyways, masa hari Isnin 2hb tu, I dok rasa BH. I thought it was just the normal BH. Dari 4am lagi dah tak boleh tido. Rasa menggelisah semacam. Dok ulang alik pi toilet. Pagi tu I bangun terus bagitau Kak Baah I nak amik EL. Rasa tak sihat ntah la lain macam. Lepas tu nak dekat tengahari tu, I rasa sakit macam makin melampau pulak. Tak macam BH selalu. The contraction came once every 10minutes camtu but the pain stays. I call Kak & she advised me to just visit the doctor. Tak rugi pun. I made the decision pi GH ja. Sebab I dok fikir. Kalau pi adventist kena warded tak beranak lagi, insurance tak cover. Mana nak cekau duit bhai. Ataupun Dr Soon ni rilex sikit. Sat dia suruh I balik rest kat rumah ja pulak. Hahah. GH kan they all very particular. They will monitor you sampai puas hati. Cuma either you boleh sabar ka tak menunggu ja. 

Dalam pukul 1 lebih camtu I call mak suruh siap-siap teman I pi. I nak berteman sebab nak drive ja. Memang la mak tak reti drive tapi at least ada orang dengan I. Takut jugak tengah jalan jadi apa-apa kan. I takmau bagitau Mama lagi at that time. Takmau dia risau and mana la tau takdak apa-apa, tak ka buat dia kalut ja kan. Takpa biar I pi dulu and cekidauuutt. Memang takdak sapa-sapa pun tau lagi. I, Mak, Kak & Hubs ja tau.  Sampai hospital terus depa kata nak monitor I sebab memang nurse tu check dia kata contraction I kerap. Tak sampai sejam camtu konfem depa nak tahan I. Kesian dekat mak kena tunggu kat luar ja masa tu. Dah konfem semua baru la I suruh Hubs bagitau Mama. Apa lagi, terus panik la Mama. Hahah. Kan dah kata.

At around 7pm, Doc try bagi I ubat untuk redakan contraction. And also ubat tahan sakit. I pun dengan eksyen nya lepas tu dah tak rasa sakit la kan. Tapi too bad masa Doc check, the contraction was still there & it is getting nearer. 3 times in 10 minutes. So tengah malam tu Doc decided to tolak I masuk OT sebab I pun dah bukak 2cm. Doc mintak maaf sebab terpaksa walaupun baby still in his 31 weeks. Paru-paru pun tak matang lagi. But Doc lebih concern kan air ketuban takut pecah & uri keluar dulu. Gheessh masa tu I memang blur gila. Nurse tanya apa terus takleh jawab. Takut pun ada.

Alhamdulillah at 1.32am Doc tarik anak I keluar. Noah Khilfi has arrived! At 2am camtu I was already dekat ward all smiling. Hubs, Mak & Mama pelik awat I tak nangis. Entah la..I rasa lega kot. Lega sebab I am finally a mom. Of course I risaukan anak I and Ibu mana nak lahir a prem baby kan...but I terima ja ketentuan Allah.

And hari ni, I bersyukur sangat ke hadrat Illahi sebab after 9 days, I dapat dukung & cium anak I. Noah has been transferred to normal ward. Sebelum ni dekat ICU. But I tak boleh nak duduk sana lama-lama. Selalu pi pagi ja kat dia. Bagi stok EBM & pegang-pegang dia skit. But today was so emotional that I will never forget. Dapat dukung dia terus air mata tap tap jatuh. Was so thankful. Thank you Allah. Thank you for making me strong, thank you for making my baby boy a strong boy. Allah lindungilah kami. Kuatkan kami lagi. Aamiin.

My lil' fighter, Noah Khilfi.

*Gambar ni exclusive hanya di blog. Tiada di social media yang lain lagi kecuali beberapa whatsapp group. Rugi la sapa tak baca blog ni kan...hihihi*

Ok time to pump. Tata & big hug!!