Tuesday 27 May 2014

Derma Darah.

Assalamualaikum...

Uols penah derma darah? I first time tadi derma darah. Nervous Ya Allah macam nak akad nikah. I bukannya apa...takut pitam ja tengok darah. Sebab ada experience masa kecik-kecik dulu pi hospital. Pastu depa tolak orang baru accident kot tepi I. Darah berlumuran atas katil semua habis. I masa tu pi tengok arwah abah kot masuk hospital sebab appendicitis. Tengah berdiri tengok arwah abah pastu mata melilau tengok sekeliling. Sedar sedar kelepok atas lantai. Pengsan daaaaaaaaaa....dah dapat merasa duduk katil sebelah arwah abah. Hahaha. Pastu ada lagi kes lain pi hospital jugak. Baru bau hospital ja dah kelepet lagi sekali pitam. Pastu lama dah tak pi hospital. Mak takut nak bawak takut I pengsan lagi. Tapi lepas dah besar-besar Alhamdulillah tak pitam dah. Masa kecik-kecik pi tindik telinga pun boleh pengsan. Pastu kalau panas sangat cuaca pun boleh pengsan. Pi check rupanya BP rendah...

Cerita pasal derma darah pulak, I memang dah lama niat nak derma darah. Dari start keja Rasa Sayang dulu depa memang aktif buat kempen derma darah. Setiap kali tu la tak lepas. Tak lepas sebab dua benda. Satu tak cukup berat badan. Dua sebab BP rendah. Redho ja lah. Sampai lah tahun ni kan berat badan I naik melampau. dari 42-43kg naik terus 48.3kg tadi last timbang. Haiyooo...hari tu pernah naik 50kg! Tanjat gegirl. Dah la naik semua tertumpu kat perut ja. Perut membengkak. Hahahha.  

Anyway, hari ni KWSP buat kempen derma darah. So I yakin la I boleh menderma sebab berat dah cukup kan. Meh sangat. Tapi I cuma risau BP rendah ja la. Tapi lepas buat pemeriksaan semua, Alhamdulillah BP berkerjasama hari ni. Dengan penuh debaran I pun duduk la atas stretcher ka apa ka benda katil tu. I tak takut jarum sangat sebab dah biasa check in hospital kan. Heheh. I tengok ja la jarum depa cucuk tu. 1st jarum kecik sebab nak bagi darah flow out. Pastu jeng jeng jeng jarum besaq untuk bagi darah tu flow masuk dalam bag tu. Hahahha. Taktau nak seram ka nak gelak. Laju gila darah I keluar. Tak sampai 10minit dah penuh 2 bag. Bagus bagus...*self pat on the back*

Kakak I tanya "awat lengan cek besaq sangat?" T____T

Tapi derma darah ni banyak kelebihan dia kan? Antara manfaatnya ialah kesihatan jantung, meningkatkan pengeluaran sel darah, membakar kalori, meningkatkan kesejahteraan warga emas, mengurangkan risiko kanser, saringan kesihatan percuma & menyelamatkan nyawa. Ya ini semua saya google sahaja. Hahahhaha.

Sapa yang eligible & mampu tu pi lah derma darah. Tak sakit pun. Sakit sikit ja masa cucuk jarum tu & masa dah lepas ni. Rasa macam lenguh-lenguh. Setengah orang memang pening la apa la. Tapi nurse akan bagi kita rehat dulu lepas buat tu. So rehat la secukupnya dulu sebelum bangun. I felt good after doing it. Macam salah satu impian dah tercapai. Alhamdulillah.

Surah al-Maidah ayat dua bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas dosa dan penindasan.” 

I rasa macam mengantuk ni. Adakah effect dari derma darah atau effect selepas makan?

Huaarrgghhh........................

Monday 26 May 2014

Rino & Faiz's baby shower & UiTMers mini gathering.

Assalamualaikum...

How was your weekend? Mine was splendid! Happy gila. Tak terasa sakit badan tak cukup rest semua. Dah balik Penang & start keja ni baru rasa sakit tang sini sakit tang situ. Besa sangat nihh!

Last weekend I was in KL. After dapat undian majority, kami bersetuju buat baby shower untuk Rino & Faiz. For their 1st baby! Excited kotttt. Majority yang kata nak mai, memang mai. Macam Kak Rose mula kata nak mai tapi ada hal sikit so kena balik kampung. Yang lain tu jarak memisahkan kita. Aaawwww. 

Memang 2 hari yang penuh dengan kekecohan. Semua jenis tak reti cakap slow-slow. Cakap ja mesti pitching nak kena tinggi. Sebab nak tarik perhatian yang lain. Kalau tak, hang nak cakap, aku pun nak cakap. Huhuhu...

Mai I cerita sikit latar belakang of our friendship ni. Mula rapat since semester 1 kat UiTM Jengka, Pahang. Majority dalam group kami adalah budak-budak dari course I, OM114. Tapi ada jugak a few yang sesat dari course lain. Taktau la camna boleh rapat. Rapat gila pulak tu. Memang sepanjang kehidupan I dekat UiTM tu, memang dengan depa ni lah. I takdak dah gang-gang lain. Memang ada baik jugak dengan budak-budak course I yang lain. Tapi baik camtu ja la. Tak serapat dengan depa ni. Yang boleh buat jahat, buat gila, buat baik, buat lah apa pun sama-sama without being judged. Cuma kena aim ja dengan HEP & HEA. Hahahaha. Takyah la kot I cerita pasal kegiatan I kat sana semua. Satgi semua terkejut beruk pulak. Hahah. Sebab memang........ermmm.......hahaha..tak payah la cerita. Cukup lah kami saja yang tau. Eh kami, HEA, HEP, mak dan pak guard, budak-budak kolej, budak-budak course, HATERS dan jugak tidak dilupakan, warden. Hahahahahahaha. Macam semua orang tau ja? Takpa lah..jadi orang jugak last-last. Tapi memang naya la sapa-sapa yang baik dengan kami waktu tu. Tak pasal-pasal kena wanted jugak. Hahahha. Haihh tapi time dulu tak rasa pun diri tu jahat. Rasa macam "ala chill la...semua remaja buat kot benda ni". Hahahah. Denial! Lepas grad, masing-masing bawa haluan masing-masing. I kerap jumpa Rino & Dewi ja dulu. Dak-dak lain ada jugak jumpa tapi jarang-jarang la. Macam Rino, memang everytime I ada hal kena pi KL, I akan tumpang rumah dia. Tapi sekarang dah tak boleh...sebab Rino dah pindah rumah mak mentua dia. Sobs :'( Kiter is sedih.

Oklah jom cerita sikit pasal weekend baru ni ok? Ala buat baby shower kat rumah Aja ja. Saving skit. And Aja masak nasi ayam! Mabelessssssssssssss!! Memang sedap gila. I malu nak tambah walaupun nak sangat-sangat. Kena ingat orang belakang sama. Miihmihmih. I sampai KLIA2 pukul 8am camtu. Haha naik 1st flight. Ketor kepale katenye. Mien & Kak Dayah datang amik. Kesian depa tak cukup tidoq. I dah kata takpa I naik ERL pi KL Sentral. Amik kat sana ja. Senang dekat. Tapi nak amik jugak ha. Takpa lah ikut suka. Hehhe.

Dari kiri cepat jalan. Eh tak. Dari kiri ialah Mien. Dia ni paling berani & garang sekali. Memang elok kalau nak bawak gi fight. Dengan kawan-kawan sendiri pun, asyik makan carutan ja. Hahah. That's what make you special, Mien. Pastu tuan tanah. Then paling kanan ialah Kak Dayah. Paling rapat gak ni. Tapi hari tu kami ada gadoh-gadoh sikit. Baru baik ja ni. Jujur. Amik gambar ni pastu hantar kat group. Bengang ja Dewi sebab dia tak bagi kami sembang sampai jumpa dia. Takut ketinggalan. Bongok. Hahah. Eh naik tapatapatebang memang muka jadi kembang camtu kan? T____T

Terus shoot ke Tesco sebab Mien nak beli barang buat cocktail which was so damn good and nak breakfast. Bapak lapor. I nak buat jugak cocktail tu nanti. Sedapnyaaa...makan sejuk-sejuk..nyummyyyyy.

Lepas dah beli barang, pegi pulak Wangsa Walk sebab terlupa tak buat deco. Rasa macam tak puas hati pulak kalau tak buat. So takpa, mai Aida pi cari balloon la crown segala bagai. Heheh so cute. Dah settle, terus pi rumah Aja. Around 11am jugak la sampai. Elok-elok tu jugak Ewi & Yazid sampai. Lawak betoi baru sampai ja dah bergegaq rumah Aja. Ni baru kat bawah tau. Belum naik lagi. Masuk ja rumah Aja, Aja terduduk kat sofa. Sebab takut & blur. Bising sangat. Hahahhaha. Eh I tak cerita kan Aja dari pukul 8am dah siap masak. Gila awat la awai sangat. Nasi ayam tu kot. Rasa bersalah pulak tak tolong. Hewhewhew. 

I nak pi lunch sat. BRB.

Burppp Alhamdulillah kenyang.

And so...dah kecoh-kecoh buat bising, buat sepah kat rumah Aja, tunggu plak si Rino sampai. Dia kena pi check up pagi tu. Check gula. Alhamdulillah semua OK. Eeee Rino comel. Jom tengok gambar?

 Hidangan utama pada hari itu.

 Mien's cocktail.

Dessert lagi. Hahah ada kisah di sebalik buah mempelam ni. Ada makna kenapa gambar ni berlatarbelakangkan Dewi. It's an inside joke. Kalau I cerita pun, I sorang ja nanti gelak guling-guling. Ampa lek ja tak paham. Hehehe.

Hahah Mien tengah berusaha nak bukak pintu ke bilik & toilet ni. Boleh pulak terkunci. Nasib baik la Maryam tak duduk dalam bilik ni. Tu tengah buat guna kad tu. Eee bahaya kan? Sedangkan kita yang takdak pengalaman pun boleh bukak guna card. Inikan pula orang-orang yang kejenye mencuri. Tapi ni Dewi yang buat sampai boleh ni (Yeke Wi takde pengalaman?)


Orang sibuk nak deco. Dia pun sibuk nak susun jugak segala gojira, raksasa collection dia. Abg long Na'il..abg long Na'il....

 Doc.

 Yeayy mummy dah sampai!! Maknanya dah boleh makan yeayy!!

Kaum-kaum ayah :)

 Mummy Rino! I miss you already :(

 Nampak practise?

 Bunga's mummy & daddy, In Shaa Allah :)

 Gosipan memanjang mereka ini. Hmmm..rindu :(

Mimien Ajis.
















Aaahhh rindu teruk ni!

Alhamdulillah masing-masing ada perangai masing-masing yang tak pernah berubah. Ok dalam semua yang datang ni, mai I list kan setiap sorang dengan perangai depa yang buat I sayang kat depa and yang tak berubah sampai hari semalam.

Aja - tetap straightforward, gelak mesti tutup mulut dengan tangan, tak cakap banyak tapi bila sekali keluar ayat buat lawak memang tahap Majalah Ujang.
Doc - suka gentel cuping telinga orang. Sekian itu sahaja.
Mien - mulut memang takdak insurance, suka kata babi, a VERY loud person.
Dewi - tetaplah ringan tulang, pandai mengurut, sewel.
Kak Dayah - BLUR.
Rino - I always feel very comfortable around her :)

Ok tu ja yang ada hari tu. Nanti ada perjumpaan lain, kita list kan lagi. Anyhoots, lepas dah makan-makan dan merepek dan bergelak dan merapu, decided to go to KLCC. Aja & Doc nak jumpa client jap. Kami ni jalan-jalan ja. Lepak Starbucks sat pastu decided to go to The Curve pulak. Nak jalan-jalan flea market & karoake :)


 Princess Elsa. Feeling.

 Aku tak faham pose Mien dengan Doc ni. 1 Malaysia ke ape?


 Kengkonon gambar-gambar candid. Ppuii satu kali.

 Bagi pendedahan awal kat budak-budak tu katanya. Tapi kemain lagi Cik Yam tu berjoget. Abg long Na'il pulak back up singer. Terlopong Izzat tengok Aja menyanyi Tamparan Wanita. Huh!

 Ececehhhhh.

Ini sebenarnya! Bought this at the flea market for RM79! Thorbaeeekk!!

All in all, this has been the best reunion. Untuk semua-semua yang tak dijemput tu, mintak maaf la ek...dengan ampa pun rapat jugak..tapi ampa paham la kot pasaipa kan?

Rodong-rodong sekalian, please stay the way you are. Please don't change anything good in you. I love everyone of you. Please let this friendship last till we are old or even until we are on the wilcha.. In shaa Allah bila masing-masing dah terbuka hati, kita gi umrah sama-sama nak? Buat masa sekarang, AMPA DAH JANJI NAK MAI PENANG KAN? TAK MAI, SIAP AMPA! Sekian ugutan....

Love. Love. Love.

Wednesday 21 May 2014

Haji Lokman, Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah

Assalamulaikum.

Formal kan tajuk kita pada hari ini? Ini semua untuk memancing traffic. Hahah bijak tak?

So  last weekend kan I bagitau nak pi jumpa Haji Lokman ni kat Masjid Bayan Baru kan? Bangun la awal-awal pagi sabtu yang indah pi ambil mak I teman. Sebab katanya dia lebih prefer kalau kita bawa orang masuk dengan kita kalau kita perempuan. Sebab nanti dalam bilik tu kita dengan dia ja. So dia segan la kot. And dia akan suruh kita bawak telekung. Jangan lupa ya bawak telekung. Mak tak payah pakai. Yang nak berubat ja.

I sampai Masjid dalam pukul 8.15am. Tengok macam OK la tak ramai sangat orang. I taktau kan the flow macammana. Tengok orang beratur, fine I pun beratur. Pastu tengok ada budak laki potong line pi kot tepi. Dok nak bara dah pagi-pagi dok buat leceh. Tapi I istighfar panjang-panjang sebab dalam mesejid kan. Huhuhu. I pun pasang la telinga dengar dia nak cakap apa. Oooo dia baru nak register..buat taktau lagi. Pastu baru teringat, eh bukan aku pun baru nak register ka? Kekeke..terus la potong line jugak. Kena isi form & appointment card. Haaa jangan main-main. Siap appointment card OK...




Masa I beratur tu panjang ni ja. So I thought ok la tu not so bad. Sekali ambil no., huuuwwaaa ape ke hey nye lame bebenorrrr. No 64 ok! No kidding! Hahaha. Mana pi semua orang yang ambik no 1 - 63 tu? And yang I tau they opens at 8am. Takkan 8.15am dah no 64? Mak being herself, dok interview la orang-orang sebelah. Rupanya ada yang dah sampai selepas subuh. He's that good huh? Teringat dulu penah pi Darul Syifa. Sampai sana lepas Isyak. Tapi pukul 12am baru dapat jumpa. Takpa la nak berubat kan. Lepas tu I tanya la orang kat counter register tu ni selalunya no 64 ni brapa lama kena tunggu? Dia kata mai balik lepas Zohor confirm takyah tunggu lama. Vvvvhhaattt?? Hahaha. Sebbaik rumah kakak I dekat ja. Beli breakfast, terus pi sana. Dah dok terbayang nak makan roti canai pastu tido. Indahnya donia. Sekali dah sampai sana, diheret tengok Frozen for the umpteenth time! Layan ja lah. Tapi I dok terlelap-lelap jugak lah. Standard lah Aida. Tak tenang nak tido. Dengan Khalif dok sat sat suruh I tengok youtube Spiderman. Yang Rifqi dok ulang tayang apa berlaku dalam Frozen tu. Haihh la anak-anak.

Pukul 11 lebih dah keluar dari rumah kak sebab nak ambil Yasmin balik sekolah, hantar dia pi tusyen pastu nak pi lunch. Then dah settle semua baru pi mesejid. Oh you tau tak kami pi makan kat Awet Muda. Pastu kan mak I bagitau lelaki meja sebelah tu punya la dok ushar I tak lepas. Hahaha. Laku lagi la kiterrrrr. Mihmihmih.

Sampai kat mesejid, ramai dah orang dok tunggu. Tapi Haji Lokman and the gang tengah dok makan. Tapi sat ja tunggu then no jalan dah. Dalam 2 orang masuk pastu ramai yang dah blah or tak mai I tak sure. So dok jump no la. 

Memang debaran memuncak la masa tu. Kot la satgi I ni ada benda menumpang ka apa jenuh pulak naik tok nenek kat situ. Dah la dengan mak ja. Tapi Alhamdulillah takdak apa-apa yang tak diingini berlaku. Treatment dengan Haji Lokman ni camni. Dia panggil you pastu dia akan tanya lah you sakit apa, medical history you and dia akan key in dalam system dia (yes depa ada system canggih uols). Pastu dia panggil I duduk depan dia mengadap kiblat. Dia kat belakang I. Pastu dia letak jari telunjuk dia kat blakang bahagian pinggang I & baca-baca lah. Naik turun naik turun. Pastu yang I dengar dia kata "In shaa Allah". Tu ja. I tak sure maksud dia apa. Tapi as long as dia tak kata ada gangguan ka apa, I'm happy dah la. Yang peliknya, I dengan mak I jadi macam blur. Lepas dia kata itu ini, then that's it. Kami tak tanya apa dah. Hmmmm....my next appointment bulan depan. 4 minggu lepas my last visit. Haji Lokman ada bagi ayat suruh baca (Printed ok? Dia key in dalam system tu, pastu boleh ambil kat counter register tu. Hebat!) Then dia ada jugak jampi air yang kita bawak. Dia bagitau la cara-cara nak ambil air penawar tu semua.

Alhamdulillah settle dah bab tu..kita amalkan saja lah apa yang disuruh. In shaa Allah kita tawakal kat Allah SWT. Lagipun yang disuruh amalkan tu ayat-ayat Al-Quran. So no doubt about that :)

I senaraikan kat bawah step-step nak jumpa Haji Lokman ni ok?

1) Tak perlu appointment.
2) Sila berada di Masjid awal pagi untuk mendapatkan no. agar tidak perlu menunggu lama. 
3) Bersiap sedia dengan plan B ie nak pi mana sementara nak tunggu. Sebab mungkin kena tunggu 4-5 jam jugak.
4) Untuk 1st timer, yuran pendaftaran adalah RM10.
5) Sila bawak air sendiri. I tak bawak air. Kat sana pulak takdak jual air mineral biasa. So beli la air zam zam yang depa jual kat situ RM20.
6) Sila bawak telekung ye.
7) Lepas treatment, perlu buat bayaran lagi. I hari tu kena RM60 lagi untuk treatment. Next visit, tak sure berapa.
8) Amalkan apa yang disuruh :)

Sama-sama kita doa apa yang kita ikhtiar ni berkesan ye. Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah SWT dan apa yang buruk itu dari kita sendiri.

Ali ‘Imran/3 ayat 159, yang berbunyi:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Fa idza ‘azamta fatawakkal ‘alallahi innallaha yuhibbul mutawakkilin)
Artinya: Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Wassalam.

Monday 19 May 2014

Dah kenapa dengan hari ni??

Assalamualaikum.

Haishh dah kenapa dengan hari ni? Aku ni nak marah ja dari pagi tadi. Ini yang terjadinya 2 entry dalam 1 hari. Marah sangat sampai rasa keluaq asap kot hidung. Pagi tadi kes lain, ni kes lain pulak. 

P/s: Entry ini mungkin akan terkandung sedikit carutan. Harap bersedia.

Kisahnya begini, tengah saja dok menyakat Kamal kata nak ambil loan sebab nak beli fon baru, tiba-tiba dia bagi 1 karangan baik punya panjang lebaq. Telling me don't be childish bla bla bla. I was like huh? Apa ni weii..pastu telling me jangan jadi macam dia hutang sampai tak mampu nak bayar. Ok..then I was like aik ada hutang lain ka aku taktau? Bila I tanya, dia bagitau la hutang dia pasal betina tu. Oooo pasal tu. So nothing new lah. But to my surprise, Hubs dok bising-bising lagi cakap itu ini. As if I triggered a bomb! Ropanya dah beberapa bulan betina tu tak bayar! Of course la bank kept on calling Hubs. Sebab nama dia. Wei takkan nak kena naik turun court lagi kot? And yang turun naik court tu laki aku. Bukan hang. Hang baik punya pi sana sini dok buat macam mana mana mai. Eeee memang bara gila. Dari dulu lagi memang pasai hang ja mesti Hubs naik hantu dengan aku sekali kena. Hang jangan dok kata hang takdak duit tak mampu bagai. Kalau hang tak mampu, then what that makes us? Pencacai ja kot. You are doing well what. Bukan hang kawen dengan laki kaya ka? Then apa yang hang tak mampu? Fak lah. Bukan ka ni masuk kategori menganaiya orang? Tak fikir ka masa depan kami? Aih aku penat nak ulang banyak kali. I pernah up entry pasal ni dulu. Ingat dah settle dah ada akai. Rupanya akai dok tang lutut lagi. Camna ek boleh buat kering camtu ja buat bodo? Berulang kali ka nak kena remind? Bila kita remind buat macam kita ni mengemis di Pantai Remis di hari yang gerimis. Yang tak best tu bila last-last kami laki bini yang jadi bertelagah. I kesian kat Hubs. And dia pulak taktau macammana nak let his frustration out without anger. I paham situasi Hubs & I tak marah dia pun (sekarang ni la. Kalau pakatan bodoh dia dulu tu I marah gak la). I mean bila dia nak rasa down tiba-tiba and tarbiah I tadi tu, I tak marah dia pun. I marah si siye ni ja.

Eh sakit pulak hati kiter.

Hati

Assalamualaikum...

Pernah kena penyakit hati? Penyakit hati ni bila you sakit hati dengan tindakan seseorang till it aches. You really can feel the ache dalam hati you tu. Takde ubat doktor yang boleh cure. Diri sendiri jugak kena bomohkan diri sendiri. Hehehe.

Sakit hati bila dipermainkan. Sakit hati bila dikhianati. Sakit hati bila dibohongi. Sakit hati bila diperlakukan tidak adil. Tapi you tau you cannot say anything sebab you nak pelihara hubungan you tu. Kalau orang luar, lantak pi lah. Memang kena la selagu dua. Tapi ni sebab orang yang very dear to you heart, you better just keep it to yourself. Last-last makan hati. 

Lagi sakit hati bila orang yang you sakit hati ni or should I say terasa hati, macam tak sedar pulak kesalahan dia. Not saying kesalah dia saja la. Maybe Wallahualam I taktau la kot I pun ada tersalah kat mana-mana. Tapi lets talk la kan. Ni macam everything looks fine tapi you know I know lah. Ha camtu. Ntah la. Sedih pun ada bila jadi camni. Orang yang memang close dengan you, memang very dear to your heart tiba-tiba jadi macam orang lain. Tiba-tiba ada big gap. Tiba-tiba jadi strangers. Tiba-tiba you felt like you never know that person before. Gone. Everything gone just like that. And worst part is you know the reason but you can never do anything about it. At least you tried, tapi things are the same like you never did.

Kecewa pun ada. Kecewa bila asyik-asyik "kesalahan" you saja yang nampak. Asyik-asyik everything was pointed to your direction. You you you.

I malas nak cakap banyak jugak pasal ni. Masing-masing dah tua. Boleh tengok yang mana betul yang mana tak. Kalau ada salah, mai minta maaf & I am more than happy to forgive you and do the same, mintak maaf. When I say I love you, means I love you. Berapa ramai dah orang yang I sayang screw me up & down, left & right? And berapa ramai tu jugak I maafkan as if I was never hurt before? 

Last but not least, BUKA MATA & HATI UNTUK MENILAI YANG MANA PERMATA YANG MANA KACA.

Sekian.

Friday 16 May 2014

Mama bosan.

Assalamualaikum.

Bosannya weihhh hari ni...pagi tadi dah pulun buat keja semua. Tiba-tiba lepas lunch terus dah takdak keja apa sangat. Tapi tak boleh jugak nak buat slow-slow nak tarik masa. Sebab ada yang sedang menanti di balik sana. Gituuu.

Kerja I sekarang ni ada masa tu memang kalut gila. Tak sempat bernafas pun rasanya. And selalunya nak kencing pun tak sempat. Sampai pundi kencing dah jerit help help baru nak lari pi toilet. Ada masa macam hari ni, memang takdak apa sangat. I think la kan pasal kami kan cover bahagian utara. Selalunya deal dengan SUK Kedah la Perlis la..depa kan cuti Jumaat. So Jumaat selalu diam ja la takdak request, letter or phone call masuk. Tu yang boring tu. Tapi kalau dah banyak sangat pun komplen jugak. Haih la manusia. Aku lettewww. Makanya mari lah kita tawaf blog-blog yang ada. Pun dah habis tawaf. Hari ni banyak kali pi toilet. Qada balik yang tak sempat tu semua. Hehehe alasan tak bermotif langsung. 

Minggu ni I macam tak sihat sangat. Berlarutan dari time period hari tu sampai la ke hari ni. Macam-macam jenis penyakit ada. Sakit perut la,sakit kepala la, sakit kaki lah. Hmmm susah jadi pompuan ni. Banyak nau dugaan. Tapi banyak juga benefit jadi pompuan ni. Kalau nak list, memang tak habis type sampai subuh. Camno tu? Pukul 6 dah nak balik ni. Hehehe.

So esok cuti ye? Apa plan ampa? I esok pagi-pagi dah nak kena keluar pi Masjid Bayan Baru. Nak pi jumpa Haji Lokman. Pak mentua Ashraf Muslim. Dia nak tengok I nak kira kat Ashraf. Kekekekeke. Puuii. Takmau lah. I masih bara kat Ashraf Muslim sebab buat bini 1st dia lagu tu. I nak pi berubat dengan Haji Lokman tu..pasai period dok sakit takmau berhenti la. En Haris yang rekemen. Sebab katanya kakak dia pun dulu penyakit macam I jugak selalu sakit. And kawen lama but takdak rezeki. So she went to see him, Alhamdulillah it cured. I ikhtiar saja lah mana nak pi tau berkesan pada I jugak. Wish me luck ok guys?

Errmm..apa lagi nak cakap ek? Takdak idea sungguh. Selalu camni lah. Malam balik rumah nanti mesti macam-macam idea nak menulis. Ada saja yang I rasa I boleh ketengahkan. Tapi bila mai ofis, bukak laptop, terus lupa. Adakah perlu I bukak laptop di rumah? Tak sesuai pulak kan sebab malam ja ada masa dengan Hubs. Takkan la nak mengadap laptop jugak. Unless ada kerja yang terpaksa buat baru lah I akan bukak laptop. Biarlah kami duduk 2 orang kat rumah tak buat apa pun. Nganga tengok TV ja. Tapi tetap quality time. It's funny kan how you don't have to even have a conversation but yet that is the best conversation you ever had? Huhuhu...

Ingat nak masaklah weekend ni. Dah lama dapur tak berasap. Bukan I malas ok? Memang waktu tak mengijinkan. Kadang-kadang tu Hubs sendiri kata tak payah masak. Tak sedap ka I masak? Huuuuwwaa. Tapi kalau I masak, memang dia makan bertambah. Terbuntang-buntang mata dok kata sedap. Ka terbuntang mata sebab rasa nak tercekik? Eh mesti sedap punya lahhh. Kompiden. Selalu Hubs kata takyah masak sebab katanya kesian I macam kerja rumah tak pernah habis. Basuh baju, lipat baju, kemas rumah. Vacuum & mop memang dia tak bagi I pegang dah. Katanya biarlah tu jadi kerja dia. Awww so sweet.

Eh melebih-lebih terpuji somi sendiri pulaks. I lebiu lah Abam Kamal.

Sekian entry tak bermotif.

Thursday 15 May 2014

Kemahuan dan keperluan


Assalamualaikum....

Hye chuoollsss.

Taktau nak sembang apa sangat. Cuma topik ni lately ni selalu buat I fikir. Nafsu membeli I macam makin kurang sekarang ni. Adakah sebab I dah puas membeli kat Bangkok? Tapi tak banyak pun beli. Adakah sebab almari dah takdak tempat nak bubuh? Tapi dalam masa terdekat ni memang I akan buat closet revamp. Nak bagi semua baju-baju yang tak pakai kat sapa-sapa. Again. Hehehe. Banyak baju merapu ja kat I tau. Yang sekali ja pakai pastu takmau pakai dah sebab macam ermmmm..ntah takdak alasan. Hahha. Atau adakah ini disebabkan oleh faktor umur? Tapi I tetap feeling sweet 18.

Nampak betapa banyak nau alasannya? I sedar yang apa yang kita mahukan tak semestinya apa yang kita perlukan. Lately ni kesedaran I tu lebih tinggi. Banyak kali dah pegang baju or kasut, mesti dekat 15 minit jugak fikir nak ambik ka tak. Do I really need this? Kalau sebelum ni, dalam masa 15 saat ja terus "Yes, I need this, this, this & those too". Sempat lagi fikir takmau guna perkataan "want". Sebab macam buat salah sangat. I tengok balik almari baju I. I ada ja lagi baju-baju yang belum pakai. Ntah bila nak pakai. I tengok balik almari kasut. I kira, ada 3 pasang lagi yang I belum pakai. Ada yang pakai sekali saja. Rasa bersalah pun ada jugak. Tapi I cepat-cepat saiko diri I yang dari I buang duit taktau pi mana tengok-tengok dah kempis ja purse, baik I habis duit cara camni. Kempis purse, penuh almari. Saikosis sangat.

Tapi tu lah as I said, lately ni memang I dah tak gila membeli. Dulu ada RM50 dalam purse pun balik mesti pegang 1 shopping bag. Lani ada la lebih pun (konon takmau habaq berapa. Padahal tak banyak mana pun), mesti fikir do I really need this? Pastu letak balik. Eh macam sedih pulak kenapa perangai jadi camni skang. Tapi sepatutnya I kena happy la kan sebab I fought the evil in me? Eh tapi sedih pulak cakap evil. Perangai suka membeli bukan evil!!! Masih T__T

Taktau lah maybe this is for the better or not. Sebab even I tak membeli pun, mana pi duit pun taktau. Sedar sedar dah kempis purse. Better off I beli apa-apa kan. At least kalau tertanya-tanya mana duit, boleh bukak almari and SMILE.

Tapi you all jangan salah anggap pulak. I tak beli barang yang mahal-mahal. Yang biasa-biasa ja. Takat FOS, market-market cina, H&M, Cotton On, Topshop camtu ja. Takdak la I pi Micheal Kors, LV, Kate Spade dan kawasan yang sewaktu dengannya. Just not yet :) I memang kedekut sikit kalau nak beli baju especially. Kasut & bag takpa :D I ni dapat beli baju RM10 pun I dah happy gila. Kembang kempis hidung balik cerita kat Hubs. Dapat baju cantik tapi murah gila. Haaaaa. Itu lah penyakit kronik orang yang suka membeli. Kadang-kadang kalau masuk Daiso tu, kena jugak beli something walaupun harga RM5 ja. Saiko sangat. Itu semua kemahuan ya adik-adik. Kalau boleh janganlah contohi ahkak ni. Not good. Kalau tak perlu tu tak payah la beli. Bila betul-betul perlu baru beli. Macam kasut dah koyak ka, henbeg dah koyak ka, baju asyik ulang yang sama ka..yang tu diwajibkan beli lah.

Tapi kan kalau 2 kasut  ja, or 2 henbeg ja...takkan nak pakai yang sama untuk semua occasion or dengan semua baju? HHhmmmmmmmmmmm.....

Monday 12 May 2014

New updated photos of Bangkok!

Assalamualaikum.

Hye uols. Hari ni I tak pi kerja. Sakit perut period. Malas nak cerita panjang-panjang pasal sakit ni dah. No point. Cakap berjela pun, next month dia nak sakit, sakit jugak. Cuma yang tak best, selalu nak sakit hari Isnin. Nampak la macam I ni malas pi keja hari Isnin. Choiii sangat.

Anyway, yeayyy! I dah jumpa balik folder gallery. Eh bukan I jumpa. Memang tiba-tiba bukak fon, tadaaa there it was. Sronox la. So I akan lambak semua gambar recent trip to Bangkok kat sini ok?

Enjoice!

 Us berlatarbelakangkan the busy city of Bangkok.

 Pi jalan kaki. Balik dah tak daya dah babe. Naik tut tut ja. Ampa nak pelekuh kami berapa pun nasib lah. Dah tak larat dah. Heheh. Oh ni time pi Platinum Mall 1st day tu. Sorry gambar blur sebab batt dah low. So takleh bukak flash.

Ha tu dia usung dah bag kosong nak pi Chatuchak. We were so excited masa ni. Serious memang excited.

 I love this part of Chatuchak. Taktau pasaipa. I just love this Soi. Soi = lorong.

Belengaih baq ang.

Breakfast hari apa tak ingat dah. Tapi tiap-tiap hari bedal nasi banyak-banyak so tengahari tak payah pening kepala nak makan mana.

 Haaaa..ini la dia ini la dia..Restoran Hayati Thai Halal Food. Ni makan untuk 2 orang yang sangat kebuluran.

Last but not least, this is why the trip to Bangkok happened. Kawan-kawan yang dihormati sekalian, tunggu apa lagi. Go check her out! IG @rugged_rack. Dah banyak items dia upload. Kualiti memang tip top. Jangan risau.Tengok la sapa yang pi beli. Hehehe.

Chiao!