Tuesday, 6 May 2014

Bangkok............again!

Assalamualaikum.

Hello ladies & gentelmen.

So last week I was at Bangkok. Yes. Again. Tapi kali ni bukan nak jalan-jalan pun. Teman my babe, Elly cari-cari barang nak menapak dalam dunia business online ni. I tell you, tiring than pi jalan-jalan. Hahaha. Kalau pi jalan-jalan you relax otak. Ni dok kena fikir, kira-kira, pilih-pilih. Fuuuhhh. Mencabar sungguh. We went on the 25 Apr and came back on 28 Apr. Arrangement dah buat sebulan sebelum tu. Masa Elly ajak tu, I dok berkira-kira. Tapi dalam sekelip mata, I dah dok check flight tickets, hotels.......haaaaaaaa...nampak tak ketaq kuasa berapa di situ? I macam biasa lah amik AA transit to KL 1 malam then the next day baru pi Bangkok. Elly pun gerak the same day tapi dia naik MAS. Time kami tak lari jauh. But my flight was earlier. So kami amik 1 taxi dropped me off first then baru hantar Elly kat KLIA. I sampai KL malam tu pun dah pukul berapa. Flight delay dekat sejam jugak la. Kalihamput betoi. Dah la I dari tempat keja. Gila letih kot. Then flight nak pi Bangkok pulak I have to be at the airport pukul 6am. 3.45am dah bangunnn! Fenin kefale. 

Awww feeling flawless terkena cahaya matahari di pagi hari. Thank you Instagram's filter. Tapi  memang sebelum sampai Bangkok, muka I takdak jerawat. Balik dari Bangkok, huuuwwaa macam kena campak. Ni dok tunggu flight pagi nak ke Bangkok tu la.

My sister & cousins tanya tak takut ka travel sorang-sorang. Of course la takut tapi kena yakin la...jangan la dok pi lorong-lorong gelap. Stay with the crowd.

Sampai Bangkok terus I ke hotel. Nasib baik dah print siap-siap nama hotel & alamat in Thai. Sebab from my previous experience, aiyooo taxi driver depa macam itik cakap dengan ayam. Kali ni, sswwooosshh dok ada depan hotel dah.

Cute hotel ni dapat welcome drink lagi. I dok kat luar sat menghilangkan penat. Bilik pun lagi 15 mins baru siap. Tapi dah terasa bahangya padahal masa tu baru pukul 9am lebih camtu.

Ok sambung.

 
Comel tak hotel tittewww? 3 malam tak sampai RM400 pun uols. Sangat affordable & comfy & senang & dekat dengan public transport station. Hotel ni 5 mins walk from Ratchaprarop city line station. Then dari situ naik la train ni berhenti kat intersection to BTS or MRT mana-mana. Tanya ja kat kaunter tu. Siap masa kami nak pi Chatuchak tu, cashier kat counter tu dah tulis siap-siap note kecik the route camna nak ke sana. Sangat helpful :) Nah alamat to hotel ni mana tau ampa boleh guna di masa hadapan.

Hotel De Bangkok Boutique City and Airport Link Hotel
133/48 Ratchaprarop Soi 12 Ratchaprarop Rd.,
Makkasan, Ratchathewi, Bangkok 10400

Tel: +66 2 642 5411 Fax: +66 2 642 5915

I dah type ni smalam dah. Tapi tiba-tiba ribut taufan melanda. Dalam masa 2 jam macam-macam benda berlaku. Mintak tunda meeting la, tukar time la, tempat la...and kalau tukar 1 meeting, lagi 4 meeting will be effected. Tough love, man!

Anyway lepas I dah dapat masuk bilik, I lepak-lepak jap reply e-mail keja apa yang patut (yes, I was still replying to e-mails & arranging stuff sepanjang kat Bangkok. Tak tau la I yang terlebih efisyen atau rasa kecut perut setiap kali dengar e-mail masuk. Hmmm...I miss the good old days when holiday means holiday! What to do....). Elly pun sampai tak lama lepas tu. Bagi dia rehat sat freshen up apa yang patut, to the Platinum Mall we goooo!! Tanya receptionist tu dia kata "It's very near. Only 15 minutes walk". Ok we bought it. Keluar la kami jalan punya jalan punya jalan cari landmark. And I said to Elly "Kalau kita jalan slow-slow ja, by 15 minutes kita boleh sampai tak? Receptionist tu tak habaq pun speed jalan berapa," Elly tengok aku kecik besaq kecik besaq ja. Hahahhaha. Alhamdulillah sampai. Ehhh cop. Belum sampai lagi pun kat luar-luar tu dah jadi gila dah sikit-sikit. I memang pantang tengok orang menjual ni. Asyik nak stop saja. Tapi disebabkan suhu darjah yang agak tinggi waktu tu, I jalan tutup mata cepat-cepat masuk Platinum Mall.

My bestfriend for 15 years, Suhaily Razlan. Bagitau ja apa yang kami tak pernah buat sama-sama?

Kalau siapa-siapa yang nak buat meniaga tapi takmau susah-susah nak cari barang (panas belengas), sila lah ke Platinum Mall. Haiyoo boleh naik sawan. Tapi a little bit pricey than Chatuchak la. Beza dalam beberapa ringgit. Sampai nak tercabut lengan angkat barang. Hahaha Gila penat gila penat gila. Jalan sampai tak rasa kaki. Tapi nak jugak jalan lagi. Sebab geram tengok baju-baju & all the accessories. Platinum Mall ada 7 floors kot tak salah. Kami managed to pusing 3 floors ja. We we there dari pukul 1pm camtu kot sampai almost 8pm. Hahahah. Tak terasa. Dekat food court tu ada Halal food. Boleh la takat nak bagi kenyang ja. Nak enjoy tu memang tak. Cuma enjoy kerabu mempelam yang maha pedas tu ja. Serious pedas rasa terbakar tekak. Ok habis cita Platinum Mall. Malam dah tak keluar sebab dua-dua dah macam flat. Order room service then buat calculation sema items yang dibeli & camna nak cover modal. Hahah Elly ketaq.

Okay...the next day dah siap-siap mental dan fizikal nak ke Chatuchak. Eh siap bag jugakkkk....

I punggah semua barang-barang I dari bag ni, kosongkan untuk Chatuchak. Pengalaman mengajar. Kat Chatuchak memang tipu la kalau you kata you nak beli sikit-sikit ja. Bag I ni muat letak barang almost 20kgs. Penuh ok balik dari Chatuchak. Penuh.

Sampai Chatuchak before 12pm. Makan kenyang-kenyang dulu free breakfast kat hotel. Hehehe. Ronda punya ronda. Beli punya beli. Tawar menawar punya tawar menawar. Peluh meleleh punya meleleh. Pukul 7pm camtu jugak baru kami gerak balik. Sampai kaki dah rasa kebas-kebas. Serious dengan kehilangan banyak air hari tu *peluh*. Otak pun dah penat dok fikir mana elok nak ambik. Which is sell able & what not. Fuuuhhh.

Eh tiba-tiba cari balik gambar-gambar from Bangkok dah takdakkkkkkkkkkkk dalam fon. Huuuwwaa. Mana pi ek? Tadi ada ja..Aduhh stresssss.

Literally merangkak lah masa balik hotel tu. Tak boleh jalan dah. Tumit I sakit kaawww punya. Terus siap-siap & went out for massage. Alahai dekat sekentot ja tempat massage. Lepas massage lapar la pulak. Pompuan kat tempat massage tu ada la bagitau tempat makan Halal kononnya. Tapi ermmm tak jumpa punnnn. So kami jalan patah balik & suruh dia tahan taxi bawak kami ke tempat seafood Halal. Taxi tu pun bawak dan kami jalan masuk lorong yang katanya ada. Cari punya cari, tak nampak jugak. Tapi ada la jumpa satu kedai seafood. Tengok menu ok takdak babi. Mari lah kita. Perut dah kenyang, jom balik titon. Malam tu Elly dah tak kacau I untuk calculation apa bagai. Dia tengok I letih sangat dah kot. Hehehe.

The next day, ahad, cadangnya takmau pi beli apa-apa dah. Nak relax-relax ja maybe pi cari spa ka apa yang patut or sight-seeing. Tapi knowing my Elly, hmmmmm....dia ajak pi Chatuchak lagi! Hahahah. I ok ja. Sebab I pun ada dok teringat-teringat baju. Hahahah. So lepas brunch yang heavy ittew, we all terus ke Chatuchak. The moment I stepped down from the BTS, peluh mengalir macam air hujan. Basah kuyup. Hahahah. Gila betoi panas kat sana. Ish ishh tak baik complain. Ok ok. Ahad tu kira hari bonus untuk kami. Balik bilik rehat sat then lapar pulak. Nak jugak pi cari Thai Food yang Halal. Google sana sini then jumpa la Restaurant Mak Yah tu. Tunjuk alamat in English kat reception & dia translate to Thai. Tunjuk pulak kat taxi driver, Alhamdulillah sampai. Cuma yang slack sikit, kedai Mak Yah tu boleh pi tutup pulak hari tu. Mak frust noks. Akan tetapi, kami jumpa yang lebih baik! Satu lorong tu penuh dengan kedai halal! Yesssss! Ting! Ting! Ting! Bonus rounddd!! Kami ke kedai nama Hayati Restaurant. Waiter kat situ boleh cakap melayu. Aaahhh puas gilaakkk. I ada ambik gambar tapi hilang la pulok. Kalau tak, boleh melayoq kat ampa. Oh ya, kalau nak cari kedai makan Thai food yang Halal, cari Soi 7, Thanom Petchaburi. Dekat dengan station BTC Petchaburi.


This was on the last day. Sending my baby off. Dia balik dulu. Nanti jumpa kat KL. Dia nak ambil barang from me. Beli sampai terlebih kilo. Terpaksa transfer barang skit kat I. Hehehe.

Overall experience? Very good of course. Sebab kali ni I pi sebagai pemborong. Hari tu sebagai tourist. Heheh. Memang a different side la. And kali ni pi, SEMUA orang cakap Siam dengan kami thinking we are Thais! Lawak..lawak. Siap orang Thai mai tanya kami direction lagi. Gelak mampoih.

Ok lah...Lama gila nak karang entry ni. Banyak sungguh iklan. Tapi lega sebab dah siap! Hehehe.

Till then peaches!

XOXO.





No comments:

Post a Comment