Wednesday, 21 May 2014

Haji Lokman, Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah

Assalamulaikum.

Formal kan tajuk kita pada hari ini? Ini semua untuk memancing traffic. Hahah bijak tak?

So  last weekend kan I bagitau nak pi jumpa Haji Lokman ni kat Masjid Bayan Baru kan? Bangun la awal-awal pagi sabtu yang indah pi ambil mak I teman. Sebab katanya dia lebih prefer kalau kita bawa orang masuk dengan kita kalau kita perempuan. Sebab nanti dalam bilik tu kita dengan dia ja. So dia segan la kot. And dia akan suruh kita bawak telekung. Jangan lupa ya bawak telekung. Mak tak payah pakai. Yang nak berubat ja.

I sampai Masjid dalam pukul 8.15am. Tengok macam OK la tak ramai sangat orang. I taktau kan the flow macammana. Tengok orang beratur, fine I pun beratur. Pastu tengok ada budak laki potong line pi kot tepi. Dok nak bara dah pagi-pagi dok buat leceh. Tapi I istighfar panjang-panjang sebab dalam mesejid kan. Huhuhu. I pun pasang la telinga dengar dia nak cakap apa. Oooo dia baru nak register..buat taktau lagi. Pastu baru teringat, eh bukan aku pun baru nak register ka? Kekeke..terus la potong line jugak. Kena isi form & appointment card. Haaa jangan main-main. Siap appointment card OK...




Masa I beratur tu panjang ni ja. So I thought ok la tu not so bad. Sekali ambil no., huuuwwaaa ape ke hey nye lame bebenorrrr. No 64 ok! No kidding! Hahaha. Mana pi semua orang yang ambik no 1 - 63 tu? And yang I tau they opens at 8am. Takkan 8.15am dah no 64? Mak being herself, dok interview la orang-orang sebelah. Rupanya ada yang dah sampai selepas subuh. He's that good huh? Teringat dulu penah pi Darul Syifa. Sampai sana lepas Isyak. Tapi pukul 12am baru dapat jumpa. Takpa la nak berubat kan. Lepas tu I tanya la orang kat counter register tu ni selalunya no 64 ni brapa lama kena tunggu? Dia kata mai balik lepas Zohor confirm takyah tunggu lama. Vvvvhhaattt?? Hahaha. Sebbaik rumah kakak I dekat ja. Beli breakfast, terus pi sana. Dah dok terbayang nak makan roti canai pastu tido. Indahnya donia. Sekali dah sampai sana, diheret tengok Frozen for the umpteenth time! Layan ja lah. Tapi I dok terlelap-lelap jugak lah. Standard lah Aida. Tak tenang nak tido. Dengan Khalif dok sat sat suruh I tengok youtube Spiderman. Yang Rifqi dok ulang tayang apa berlaku dalam Frozen tu. Haihh la anak-anak.

Pukul 11 lebih dah keluar dari rumah kak sebab nak ambil Yasmin balik sekolah, hantar dia pi tusyen pastu nak pi lunch. Then dah settle semua baru pi mesejid. Oh you tau tak kami pi makan kat Awet Muda. Pastu kan mak I bagitau lelaki meja sebelah tu punya la dok ushar I tak lepas. Hahaha. Laku lagi la kiterrrrr. Mihmihmih.

Sampai kat mesejid, ramai dah orang dok tunggu. Tapi Haji Lokman and the gang tengah dok makan. Tapi sat ja tunggu then no jalan dah. Dalam 2 orang masuk pastu ramai yang dah blah or tak mai I tak sure. So dok jump no la. 

Memang debaran memuncak la masa tu. Kot la satgi I ni ada benda menumpang ka apa jenuh pulak naik tok nenek kat situ. Dah la dengan mak ja. Tapi Alhamdulillah takdak apa-apa yang tak diingini berlaku. Treatment dengan Haji Lokman ni camni. Dia panggil you pastu dia akan tanya lah you sakit apa, medical history you and dia akan key in dalam system dia (yes depa ada system canggih uols). Pastu dia panggil I duduk depan dia mengadap kiblat. Dia kat belakang I. Pastu dia letak jari telunjuk dia kat blakang bahagian pinggang I & baca-baca lah. Naik turun naik turun. Pastu yang I dengar dia kata "In shaa Allah". Tu ja. I tak sure maksud dia apa. Tapi as long as dia tak kata ada gangguan ka apa, I'm happy dah la. Yang peliknya, I dengan mak I jadi macam blur. Lepas dia kata itu ini, then that's it. Kami tak tanya apa dah. Hmmmm....my next appointment bulan depan. 4 minggu lepas my last visit. Haji Lokman ada bagi ayat suruh baca (Printed ok? Dia key in dalam system tu, pastu boleh ambil kat counter register tu. Hebat!) Then dia ada jugak jampi air yang kita bawak. Dia bagitau la cara-cara nak ambil air penawar tu semua.

Alhamdulillah settle dah bab tu..kita amalkan saja lah apa yang disuruh. In shaa Allah kita tawakal kat Allah SWT. Lagipun yang disuruh amalkan tu ayat-ayat Al-Quran. So no doubt about that :)

I senaraikan kat bawah step-step nak jumpa Haji Lokman ni ok?

1) Tak perlu appointment.
2) Sila berada di Masjid awal pagi untuk mendapatkan no. agar tidak perlu menunggu lama. 
3) Bersiap sedia dengan plan B ie nak pi mana sementara nak tunggu. Sebab mungkin kena tunggu 4-5 jam jugak.
4) Untuk 1st timer, yuran pendaftaran adalah RM10.
5) Sila bawak air sendiri. I tak bawak air. Kat sana pulak takdak jual air mineral biasa. So beli la air zam zam yang depa jual kat situ RM20.
6) Sila bawak telekung ye.
7) Lepas treatment, perlu buat bayaran lagi. I hari tu kena RM60 lagi untuk treatment. Next visit, tak sure berapa.
8) Amalkan apa yang disuruh :)

Sama-sama kita doa apa yang kita ikhtiar ni berkesan ye. Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah SWT dan apa yang buruk itu dari kita sendiri.

Ali ‘Imran/3 ayat 159, yang berbunyi:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Fa idza ‘azamta fatawakkal ‘alallahi innallaha yuhibbul mutawakkilin)
Artinya: Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Wassalam.

5 comments:

  1. 2) Sila berada di Masjid awal pagi untuk mendapatkan no. agar tidak perlu menunggu lama.
    masjid apa ye?

    ReplyDelete
  2. Skrg masih ada ka rawatan di masjid bayan baru tu

    ReplyDelete
  3. Tah pape tah cerita.. Syok sendiri ke ape.. Dgn x intro jumpa sakit ape semua..poyo

    ReplyDelete