Friday 28 March 2014

Laaaa takdak tajuk rupanya entry ni. Hehehe - terperasan on 02.04.2014 (Pun boleh jadi tajuk. Janji adaaaa)

Assalamualaikum...


Iols ada cerita nak cerita pasal semalam punya Futsal Tournament. Tapi line tak berapa clear sangat. Al maklum lah dah mai duduk Negeri Kayangan ni. Hewhewhew. Nanti I cita ok?

Salam Jumaat & have a great weekend ahead semua!

Wednesday 26 March 2014

A new beginning.

Assalamualaikum.


Ai is seram sejuk dari pagi tadi. Semalam pun agak susah nak lelap. Sebab apa? Sebab hari ni I dah start jadi PA Dato' Redza Rafiq, CE of NCIA. Ingat tak yang I kata Rabu nak start jeng jeng jeng tu? Ini lah dia. Kisahnya, PA dia yang sekarang ni sorang nak pi beranak. Ya Dato' ada 2 orang PAs and seorang Special Officer. So I kena la ganti. Huhu. Sementara ja punnnn. Tapi tahap keseramannya tu tetap sama. To tell you the truth, I bukan ambitious punya orang. Janji I dah selesa kat satu tempat tu, I'm ok dah. So bila kena mai naik atas ke negara kayangan ni and jaga Dato', of course la I terculture shock sikit. Bos I tak sayang I kan? Sanggup dia lepaskan I. Hukhukhuk. Ok dah jangan nak gedik. Dia pun terpaksa sebenarnya. Dato' mintak orang gantikan Orked (PA yang nak bersalin tu). And dia dok zikir nama I boss I kata. Taktau nak bangga ka nak "oh crap!". Kerja I kat sini agak "mudah". Jaga calendar Dato', correspondences & phone calls ja. Tapi dalam tu semua uols? Hahaha sendiri mau tau. Sorang lagi PA tu jaga Dato' punya personal necessities, ikut Dato' travel sana sini. So far takdak lagi la bunyi-bunyi I pun nak kena ikut pi sana sini jugak. But I'm not gonna speak too soon. Gulp.

Bak kata Kak Baah "Dato' tau tak En Zuhairi ni macam Hang Jebat la. Dia terpaksa bagi Tun Teja kat Sultan Melaka sebab itu titah baginda"
Hang Jebat = En Zuhairi
Tun Teja = Iols
Sultan Melaka = Dato'

Hewhewhew.

Anyways, tolong doakan kesejahteraan saya disini ya. So far sehingga pukul 11.26am ni, takdak apa-apa yang berlaku lagi la. Hahaha. Baru dua steng jam.

Whatever it is, I will try to do my best & take this positively. An experience for me. Never had been given an opportunity this BIG. Huhuhu.

Sabau ja laaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh..!!

Tuesday 25 March 2014

Berat.

Assalamualaikum.

Al-fatihah.

Ya Allah...kurniakanlah kekuatan dan ketenangan kepada ahli keluarga kesemua penumpang-penumpang MH370. Tiada kata-kata dalam dunia ni yang mampu kita ungkapkan untuk tenangkan hati mereka. Hanya doa dapat kita sampaikan. Hanya simpati dan belas kasihan dapat kita tunjukkan. Aku taktau kalau aku kat tempat depa, aku nak jadi camna. Sekalipun aku dapat terima perkhabaran ni, aku tetap mahukan jasad untuk aku semadikan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seluruh dunia kini sudah mengetahui apakah nasib MH370. We have to face our worst fear. Tapi bak kata Hubs "But afraid that the worst fear has yet to come". Yes kita semua dah tau MH370 berakhir di tengah lautan Hindi. Tapi berakhir dengan cara macammana kita semua tak tahu. Dari situ la bermacam-macam lagi spekulasi akan timbul. And I berani dalam ketakutan untuk cakap, this might or can create war. Wallahualam dan mintak simpang. 

I rasa cukup lah kita berspekulasi itu dan ini. Terima berita ini dahulu. Let the family grief & mourn. Let the whole world grief & mourn. Sekalipun ampa nak buat spekulasi, do it quietly. No point of voicing it out on FB. You broke many hearts. Bila government tak bagi apa news, you kecoh-kecoh government hiding something and what not. When depa bagi a slight of news to you, you tak boleh terima and blame them for what had happened. Like, come on lah. Takkan la benda camni pun nak salahkan government. I bukan nak cakap I pro-govt ka apa ek. Just rasa in this hard time, please be rational. Be grateful.

I tak paham kadang-kadang apa yang orang nak? Nak dengar apa sebenarnya. Sabar. Sod ba ro. Allah tu Maha Kaya. Dia akan tunjuk kat kita. Kita ni jangan stop berdoa. Jangan stop merayu pada yang Esa. Mintak diperkenankan doa-doa kita. Apa benefit yang kita dapat dengan dok kata macam-macam? Tak boleh ka berterima kasih ja atas usaha semua pihak? Bukan depa duduk goyang kaki tunggu air craft tu timbul. Ya Allah sedih rasa hati bila bukak FB and baca orang dok marah-marah. What do you really want?? I know semua orang pun nak tau apa sebenarnya yang terjadi. Buat masa ni, cukup la kita tau yang MH370 ended in the Indian Ocean. Sabar. More news to come. I think sebab ni la jugak government tak mau londeh semua lagi. Sebab bila londeh sikit, kiri kanan depa kena bash. Do you think they really can play with people's emotion? Can play with lives? Sabar uols sabar............!!

Ahli keluarga mangsa yang beragama Islam tengah bersiap sedia nak buat solat jenazah ghaib. Sama-sama kita jugak hadiahkan Alfatihah dan doa kita untuk depa. 

MH370, wherever you are.......you will always be close to our hearts, in our prayers. Lets not lose hope & lets pray for a miracle. Tak kira la miracle camna pun baik semua masih selamat atau tak, moga Allah ketemukan jalan yang terbaik untuk kita. 

Amin.




Friday 21 March 2014

Talipon.

Assalamualaikum.

Salam Jumaah.

Jom membebel sikit hari jumaat ni?


Siapa yang selalu mengalami situasi begini sila angkat tangan! *ME*. Soalan ini untuk dua-dua gender ok. Baik laki mahupun ore puey (orang perempuan haha). Memang membangkitkan amarah kan? Kita dok cakap dengan dia, dia dok renung fon tu. Tapi kepala dok terhangguk-hangguk. Taktau la hangguk kat kita ka hangguk kat newsfeed FB tu ka hangguk kat game ka hangguk kat BBM ka hangguk kat Whatsapp ka atau kawasan yang sewaktu dengannya. Pastu mula la bila kita tanya balik, buat muka blur. Or worse, "eh ada bagitau eh?"..bara....bara!

I suka dengan teknologi yang ada sekarang. Semua benda dihujung jari ja. Takyah tengok berita dah sekarang. Tengok FB ja. Detail lagi dari berita. Takyah bukak PC or laptop nak main game. Unlock fon ja dah boleh dok battle dengan orang kat hujung dunia. Tapi uols, hubungan sesama manusia jangan la jeopardize. Jangan la kusyuk sangat dengan hubungan atas talian ja. Yang depan mata ni? Pasangan kita perlukan perhatian kita jugak. Nak bersembang, nak polok-polok, nak bertepuk tampar. Dah kalau duduk atas sofa sama-sama ja, mata & tangan dok kelebet fon ja memanjang. Camno? Bila nak memesrakan hubungan tu? Itu I tak suka.

Tapi ada jugak pasangan yang dua-dua pun sama naik. Hahah aku la tu. Dua-dua sibuk tengok fon. I dulu tak camni tau. Sob sob. Tapi bila balik rumah tengok Hubs sibuk dengan fon or ipad, sampai ke dalam toilet pun dengan fon or ipad. I pun bosan la jugak. End up, I pun kelebet la fon I jugak. Dulu tahap kronik siap bawak masuk dalam toilet. Sambil memerut sambil scroll newsfeed. Tapi sekarang tidak lagi. I bawak buku pula masuk toilet. Sambil memerut, sambil kerut-kerut dahi baca novel. Eh kantoi plak baca novel sambil memerut. Hahaha. Sekarang cuma waktu tengok TV baru dua-dua senyap ja dok tengok fon. I donch like. Tapi.......entah lah.

Kalau I balik rumah mak or mama pun, I akan put away my phone sat. I tumpukan perhatian kat family. Sembang-sembang sat. Lepas tu baru tengok fon in between. Bila depa nak cakap apa-apa, I will put down my phone & pay attention. Dah la jarang-jarang balik rumah depa. Sekali sekala balik tu takkan nak menghadap fon jugak kan. Respect la sikit. Tak kira la mak I sendiri atau mak mentua.

Wow panjang pulak bebelan di hari Jumaat ni. Untuk kesedaran bersama ja. I pun kadang-kadang macam celaks jugak. Terbabas jugak kadang-kadang orang dok sembang dengan I, mata I dok kat fon. Lepas tu baru macam rasa bersalah. Sekarang I try my best to letak fon bawah sat bila orang nak cakap dengan I. Tak kemana pun FB tu. Tak kemana pun games tu. Human touch tu lagi penting. Gitu. Kalau I ada bagi ampa kecik hati dengan tak tengok muka ampa masa ampa sembang dengan I tu, maafkan I yeh? Gegirl janji gegirl cuba tak buat dah. Pangggg gegirl sekali sebab gedik sangat.

Kesimpulannya, teknologi sekarang ni ada kebaikkan dan ada keburukkannya. Terpulang kepada kita camna kita make use of it. Jangan sampai orang sekeliling kita rasa terabai. Jangan sampai kita hilang the warmth of having a real person beside us. Ampa paham tak ni apa yang cuba aku sampaikan? Sebab I tak reti nak put in words benda yang I nak sampaikan tu. Pandai-pandai la yeh.

Anway, malam ni dah cukup 14 hari kehilangan MH370 kan. Sekejap ja dah 2 minggu. Namun, kita masih lagi belum ketahui apa nasib semua penumpang. Susah hati lah I. Susah hati MH370, susah hati Rabu minggu depan dah kena start. Eh start apa ni? Tungggguuuuuuuuuuuuuuu................

Thursday 20 March 2014

Street smart or book smart?

Assalamualaikum.

Hari ni tajuk agak berat sedikit. Benda ni terdetik lama dah dalam benak fikiran I. Ampa rasa street smart ka book smart ka lebih relevan dengan arus dunia sekarang? Would you be a street smart kinda person or a book smart kinda person?

Street Smart
"A person who has alot of common sense and knows what's going on in the world. This person knows what every type of person has to deal with daily and understands all groups of people and how to act around them. This person also knows all the current shit going on in the streets and the ghetto and everywhere else and knows how to make his own right decisions, knows how to deal with different situations and has his own independent state of mind. A street smart person isn't stubborn and actually listens to shit and understands shit."
Book Smart
"Being able to succeed scholastically, and not necessarily in the real world."

Petikan-petikan diatas I dapat daripada En Google. 

Harap ampa semua dapat differentiate between this two. To me personally I akan kata I jenis street smart. Smart ka tak tu wallahualam. Hehehe. Dulu I ingat lagi zaman sekolah ka zaman belajar, buku tu macam musuh. I tak suka baca buku. I cuma baca buku bila nak exam. Itu sahaja. I will memorize the points. Sometimes ja I understand the whole text. Ini pengakuan ikhlas. I lebih belajar daripada kehidupan seharian. Daripada pengalaman-pengalaman. Daripada TV. Like seriously. Tapi what happened to me now? Alhamdulilah I'm doing quite well. Yes I did finished my diploma. Just for the papers. Sebab nowadays you need papers to climb up. But. Jangan lupa. You need experience too. Kalau you tengok balik semua job requirement posts, apa yang takkan hilang dari requirements? EXPERIENCE. So to me, how high you study pun it all goes back to experience. Without experience, you will need to start from below jugak. Sebab tu banyak graduates kita semua masih menganggur sebab semua expecting to starts very high selaras dengan their papers. Tak salah depa jugak. Of course la depa nak apa yang depa dah usahakan tu to be worth while. Bayar yuran mahal-mahal, cost of living masa study semua tu yes kena jugak ada pulangan. But to strive in this kind of world, you need to be street smart jugak.

I'm not saying book smart wouldn't do well in this world. No, ada ramai ja orang-orang yang jenis book smart ni berjaya. And I sokong setiap orang yang nak further study. Kalau you mampu dari segi financially, dari segi mentally please sila further study to the highest level that you can. But please be street smart as well. Trust me it will save you in a lot of situation.

Kenapa tiba-tiba entry ni? Sebab budak-budak amik result SPM kan hari ni? Saja terdetik. Ada orang yang tak mampu nak teruskan pengajian. Tapi Alhamdulillah after struggling for years, kedudukan depa sama ja dengan budak-budak baru grad. Eh ni bukan I kata jangan pi sambung study pulak tau. YOU NEED PAPERS. Cuma kalau tak dapat sambung belajar tu jangan la pulak sedih your life is over ka apa. Jangan risau...you can start anywhere from bottom. Climb up from there. Nanti dah keja pun boleh lagi sambung study. It all depends on your will power.

Even dulu lepas grad I keja apa? I keja kerani cabok ja tau kat Maybank. Tak guna pun diploma I. For 2 years jadi clerk. Tak boleh naik officer sebab officer need degree. Kalau nak guna diploma, tunggu lah 5 years. Tapi I fikir masa tu, takpa...start dari bawah. Rezeki ada kat mana-mana. Gaji masa tu RM800 ja. Tolak pi tolak mai, nak beli kasut pun tak lepas. Tapi I sabar. After that 2 years tu dapat offer jadi secretary kat Rasa Sayang. Dengan berbekalkan diploma I, Alhamdulillah I terima that job offer & bertahan selama 4 tahun. Since I started working with Maybank, when I know at that time that my diploma wasn't really helping, I became street smart. I mingle around. I socialite around. I tengok dunia. I bercampur dengan macam-macam jenis orang. I belajar dari situ. Belajar handle orang, belajar baca orang, belajar melalui kesilapan-kesilapan I, belajar melalui kesilapan-kesilapan orang. My "social" life has thought me a lot. If you're street smart enough, you will find a way to get involve in the social life but not too involve. Alhamdulillah I tak terus hanyut.

You all rasa mana I belajar guna computer? Ada computer kat rumah? No. Ada masuk kelas computer? No. Internet cafe? Yes.

Street smart bebeh.


Wednesday 19 March 2014

MenaruhHarapan370

Assalamualaikum.

Eeeee tolong la. Jam baru menunjukkan pukul 2.34pm. Awal lagiii. Benak dah otak aku ni nak buat keja apa. Bos meeting memanjang. So tak banyak keja yang diamanahkan. Yang mana dia bagi pagi tadi, I dah siap buat pagi tadi jugak. Bbbrrffftttt *bunyi buat mulut tu*

Dok selak-selak phone gallery tadi & terjumpa gambar-gambar ni. Elok lah jugak kalau di share, kan?

Kejadian hari sabtu.

Seoul Garden date.

Pada saat ini, seluruh dunia masih lagi berteka-teki dengan misteri kehilangan MH370. Apa yang sebenarnya yang terjadi. Kalau memang dah ditch into the sea, mana bangkai pesawat? Or even apa-apa benda yang terapung? I can't quite accept kalau orang kata the aircraft jatuh sebijik terus dalam the Hindi Ocean ka mana. Sebab macam couldn't be la takdak satu benda pun yang pecah or got separated from the whole body. But yeah I don't know. Not an expert here. Kalau memang kena hijack and has already landed somewhere on earth, I am quite happy. At least we all know that everyone, In shaa Allah, is safe somewhere. And I really hope the negotiation has already begun & in the process now. Walaupun gomen takmau sentuh bab ni, but I really hope this is the situation right now. Tapi kalau hijack & purposely pi menjunam kat mana-mana tempat, as I said before, mana bangkai? Mustahil tak jumpa langsung walau secebis. As Tun M said, "sekecik-kecik manusia tepi jalan depa boleh nampak melalui satellite, takkan pesawat yang panjangnya 63meter tu tak boleh nampak?". Well ada jugak argument pasal statement Tun M ni. But I kinda understand & believe in what he said. Setiap orang ada their own opinion & theories about this.

I dah mula malas nak baca link-link yang orang dok copy paste & what not. Biar lah I sendiri terjumpa article tu, and kalau I rasa reliable, I will read & try to understand. Sorry to say but from most of the blogs yang tiba-tiba muncul sekarang ni pun, I tak baca dah kot. I tunggu ja lah PC kat TV nanti. Walaupun I tau tak semua info diberikan dalam PC tu. And I believe that the government has a strong reason as to why they are not revealing the complete report, if there's any.

Kita yang bukan family members, kawan-kawan or orang yang kenal anyone on board selalu tertanya-tanya, apa kita boleh buat? Ermm..some mungkin buat dengan cara create speculation. Kononnya menolong kerajaan atau rakyat membuka mata. Bagi umat Islam, kita diseru untuk sentiasa berdoa. Untuk benda se-simple mungkin macam untuk kesihatan kita pun kita akan berdoa. Inikan pulak for times like this, lagi-lagi lah kita diseru untuk berdoa. Berilah puji-pujian pada Allah SWT. Semoga diperkenankan doa nanti. Or kita boleh bagi moral support macam kita tengok kat TV, dengar kat radio, orang bagi speeches, buat puisi or even kena interview and all. Budak-budak tulis surat, lukis gambar flight. You know all the little things yang can give moral support to everyone because I believe everyone is feeling rather conscious about the missing of MH370. Inikan kita, camna pulak dengan family members depa? Don't you think they will be much more stronger if diorang tau kita sehati sejiwa memberi sokongan kat depa? 

Weekend baru ni, went out with my girlfriend to Gurney Plaza nak makan Seoul Garden. Hey, even both of us yang takdak kena mengena pun rasa macam we need each other's support (yeah call us emo). Lepas makan-makan, we headed to Gurney Paragon sebab Cotton On was on crazy deals for shoes (and yeah, shopping does help!). And MashaAllah kat G Hotel ja kami dah terkasima. Nampak the Prayers For MH370 message board. Belum tulis, rengkong (tekak) I dah sakit sebab dok tahan sebak. So we did not missed our chances. Terus nak jugak selit tulis something walaupun board tu dah agak penuh! 

Jijah, the salvation army doing her part.

 Duduk bersila pun takpa. I tak kisah.

 Mine :(

 Jijah's. Nope kapai terbang tu bukan dia yang lukis. Hehehe.

Sesampai ja kat Paragon, Ya Allah ada lagi depa buat jugak kat sana. But this time it's different. They provide you with origami papers and bagi langkah-langkah nak buat burung ka, kapai terbang ka. Dengan angin masa tu bertiup lembut, lagu slow number plak depa pasang. Memang feeling sangat.





Burung kami. Macam tak berapa nak jadi sebenarnya. Boleh la tuuuu.

It felt good! It felt really good when you did all this. As if the messages really travels & heard by them! The whole time I was holding back my tears. Tapi lepas tu pi shopping, ada lega skit la. Kekeke.

Entry ni bukan niat nak mensekolahkan ampa ka apa. Masing-masing ada cara masing-masing untuk mengekspresikan perasaan masing-masing. Tak kata jugak if you just sit there & do nothing tu, ampa not a good person or berdosa. NO. Mana nak pi tau, deep down ampa memang dah berdoa. Mungkin doa ampa sampai dulu dari kami. Wallahualam.

Let us just keep on praying for MH370. 

No matter how they are. 

No matter who they are.

No matter where they are.

Amin.

Pilihan.



Pernah tak uols diberi pilihan yang uols tak boleh nak pilih? Haaa camna tu? Actually you have no other options than to accept it.

I taktau nak kategori diri I ni dalam dilema ka apa. Sebab kalau dalam dilema, maknanya you ada pilihan samada A atau B. Tapi ni macam kalau dah A tu, A lah you kena pilih. Dok la mikior pasal A tu sampai subuh. Selalunya I am quite good in handling problems, Alhamdulillah. But this one I found hard to let go. Mungkin sebab ni dah macam terpaksa rela. And I really don't know how it is going to be. Kalau I dah accept nanti, how far it will effect my life. You know things laidaatttt.

Dari semalam dah bila boss bagitau I dah start serabut. Tapi kan, as I am writing this, tiba-tiba terdetik malas nak fikir. The best is for me not to think about it now. Tunggu ja sampai masa tu tiba. Kita tengok ja from there.

You with me?


Tuesday 18 March 2014

IC

Assalamualaikum.

Hai semuaaaa.

Semalam iols cuti. Cuti pi amik IC. Kekekeke. Padahal I taktau pun bila IC tu nak siap. Memang dah ambil cuti dari last week lagi. Alasan : MALAS! Boleh tara tu?

Kisah pasai IC ni, I saja pi tukar IC baru yang ada 2 gambar tu. Latest IC. Saja garik. I pi hari sabtu. Ingatkan nanti lambat ka apa kan. Sebab semua orang pun ada mentality anything that got to do with government, memang lambat. Sorry para-para pekerja gomen. Tapi sangkaan saya meleset. Gila cepat tak sempat hangat pungkok. Baru tekan no, tak sampai 5 minit dah dipanggil. Uiksss efisyennya. Tapi yang tak berapa nak efisyen ialah diri mangkok saya sendiri. Boleh tak nak pi buat IC tapi lupa bawak IC lama?Hahahahah. Ngoi gila. Hmmm...apo nak dikato? Terpaksa lepas Jijah siap settle IC dia, dia teman I patah balik pi rumah ambil IC I. Bukan I terlupa apa uols (masih mau menegakkan benang yang basah), malam sebelum tu I keluar bawak beg kecik. So I transfer IC semua dalam beg tu. Dah nak pi buat IC ni bawak beg lain. Terlupa terus. Terlupa la jugak tapi different kind of terlupa. Gigih balik jugak ambik IC lama sebab mak dah mekap cun cun dah. Rugi la kalau balik ngoi camtu ja. Boleh?

Anyway, IC kalau buat kat Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, siap dalam masa 3 hari. Kalau you pi branches, lambat sikit la. Contoh my friend dekat SP, dia buat kat branch so 2 minggu baru siap. Kalau dia pi kat HQ, sama la macam I, 3 hari saja. Bayaran dikenakan hanya RM10. Gambar ambik kat situ jugak takleh bawak sendiri. Sila pakai warna baju selain biru atau putih. Kalau boleh yang tak bertudung tu, pakai la yang berkolar. Takut nanti depa suruh pakai coat. Coat yang besaq gedabak (macam gambar passport I...huwwaaa).

Hari isini yakni semalam, I pi ambik dah IC I. Seperti biasa, ingat lama mana ka. Tekan no ja, baru nak labuh pungkok, 2033 dah naik. Pergghhhh cepat gilossss. Kiranya urusan I semua sekali untuk buat IC ni, setengah jam saja kalau combine hari sabtu & isnin. Amah-zing! Dengar kata kalau you buat kat Putrajaya, less than 3 hours ja siap. Lagi hebat.

Andddddddd...gambar IC kali ni sangat memuaskan hati beta. Hahahaha. Ampa tau sebelum masuk tempat ambik gambar tu, ada cermin. I pebetoi-pebetoi apa patut sambil tengok cermin & terus senyum. Hold senyum tu sampai duduk depan camera. Hahahhahaha. Sebab I rasa itu senyuman paling gojes. Puuuiii.


Somelll kan? Tapi kakak I kata muka macam orang gemuk. Hmmm tu takleh nak buat apa lah. Pipi I ni ada pau 2 bijik kiri & kanan. Dok simpan untuk waktu-waktu darurat. Huhuhuhu.

Ok itu ja nak disajikan hari selasa ni. Well, iols kan baru masuk keja hari ni. So bagi I, masih isnin. Takleh cerita berat-berat sangat.

Bye.


Friday 14 March 2014

I'm Only Human.....

"HUMAN"

I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one

I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am

I can do it
I can do it
I can do it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If that's what you need
Be your everything

I can do it
I can do it
I'll get through it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I'm only human
I'm only human
Just a little human

I can take so much
'Til I've had enough

Cause I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

By Christina Perri

Wednesday 12 March 2014

Masih....

Assalamualaikum...

Rata-rata semua penduduk dunia sekarang tengah masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi kepada MH370. Jangan kata orang lain, I sendiri pun tertanya-tanya. And I antara orang-orang yang ikut perkembangan tragedi ni very closely. Kalau kat rumah tu memang tengok Awani saja. Tapi ada juga time I bukak channel lain sebab Awani pun suka sangat ulang 50x benda yang sama. And kat group whatsapp pun banyak berita yang dapat.

Tapi tu lah, kejadian ni sangat misteri. Banyak teori yang diperkatakan. Kena hijack, tenggelam, vanish in between lapisan langit, disembunyikan, KUASA ALLAH dan macam-macam lagi lah. Banyak spekulasi juga yang dibuat. Apa-apa pun, semua teori ni kita kena ambil kira. Kita pun taktau dari mana sumber teori tersebut. Mungkin boleh jadi bohong semata atau mana la nak pi tau memang betul. Yes, kerajaan kata depa akan update kita dari masa ke semasa. Tapi tu lah, needless for me to say, you all faham lah kot.

Tapi kan, ada jugak kan mangkuk-mangkuk ayon yang masih boleh nak manipulate keadaan sekarang. Hari ni saja I tengok ada 2 kebodohan kat FB. I taktau la orang-orang ni bodoh level mana. I guess paling terulung kot. First was gambar yang dekat taxi ground then ada kapal terbang & what looked like "pengganas" pointing guns dekat civilian. You all tengok tak gambar tu? Siap tukar nama airlines tu jadi Malaysia Airlines kot. I mean like apa faedahnya ampa buat ni semua? I just don't understand apa yang ada dalam otak depa masa depa super-impose gambar tu. Self-satisfaction much? Apa yang ampa gain from it? Tak fikir ka sensitivity of the family members & friends of those on board? Apa  first impression of the family once depa tengok? I sendiri pun macam terkejut tapi bila belek-belek balik, kita tau la benda tu tak betoi. Haihhh apa la buat benda camni tak guna otak. I tengok jugak gambar before edited & after. Memang nampak la airlines name lain. Itu sebenarnya gambar that airlines buat emergency drill. Depa kena buat stimulation yang really reflect actual situation.

The second thing was ada depa buat macam komik. Conversation nya berbunyi begini :

A : Diorang nak pinjam kapal selam kau.
B : Kapal selam aku? Kenapa tak guna kapal selam diorang?
A : Diorang cakap kapal selam diorang bukan kapal selam untuk Search & Rescue. Hanya Search & Destroy.
B : Habis nelayan-nelayan yang diorang mintak tolong tu, sampan equipped with Search & Rescue features ke?
Najib & Hishammudin : Aku terkena lagi.

Lebih kurang camtu la conversation tu. Orang yang buat komik ni bodo ka apa? Geessshhh straighten up your facts dulu lah sebelum nak buat "lawak-lawak antarabangsa" camni. Kaji dulu apa sebenarnya yang diterangkan & apa yang diminta? Ingat kerajaan bodoh sangat ka nak mintak tolong nelayan tengok-tengok sama sebab kapal selam kita tak boleh? Ya Allah...I taktau la nak cakap apa dengan orang-orang camni. Bukan kerajaan suruh nelayan ni semua pi selam 3 feet under cari MH370. Suruh tolong tengok-tengok saja. Paham ka tak ni? Tak paham mai aku nak duku kepala sekoq-sekoq.

I JUST CAN'T BRAIN THIS.

Masih.... #PrayForMH370

Tuesday 11 March 2014

Teambuilding - Day 2

Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Walaupun kita semua masih bersedih tentang kehilangan MH370, tapi hidup tetap perlu diteruskan. 2 minutes of silence. Al Fatehah.

OK.

So teambuilding dah sampai ke the 2nd & last day. Fuhhh. I happy & rasa best gila teambuilding ni sebenarnya. Tapi excited nak balik pun ye jugak. I took it as a win-win situation. Nak balik pun happy, dekat sana pun happy :)

Subuh 2nd day tu I migraine agak teruk. Sebab malam tu kan tak boleh tido. Few hours ja tido. Lepas dah subuh, balik mandi sebab kena breakfast and berkumpul untuk last activity. Last activity was White Water Rafting. Quite looking forward for this. Sebab macam best best ja air laju-laju. Lupa diri sekejap bahawasanya diri ini tak pandai berenang. Mihmihmih. Jom.

Walaupun migraine, daku tetap ceria. Eh tifuuuu. Waktu ni tak mandi pun. Kata pun nak mandi sungai dah japgi. Hahahahahaha.

 Seperti biasa, safety precaution steps di terangkan oleh Soleh, Nomad team.

Ermmm..gegirl dah ngantok sangat waktu ni. *_____*

From our camp site ni nak ke tempat water rafting tu kena naik lori lagi. Agak jauh gak perjalanan nak pi. And jalan sangat tak diturap dengan cantik. Bumpy gila. I dah la memang dok pening-pening. Almost nak termuntah. Tapi ku telan. Tak macho la.

Labi-labi happy naik lorry nak pi main air.

Last Activity - White Water Rafting
*************************

It was so chilly pagi tu. Kena masuk pulak dalam sungai yang arusnya deras. Hamagadddd. Kencing pun tak terasa sebab macam kebas-kebas. Hahah. 

Banyakkkk gambar dapat untuk rafting ni. Tapi I ambil yang mana ada I ja lah ek. Heheheh.


 Eh ada gak orang lain. 


 Labi-labi memberikan isyarat "thumbs up".

Hahaah huduh muka. Tapi tak kisah la sebab memang enjoy gilak. Hilang migraine.

All of us. The team were great! Memory yang I takkan lupakan. Comel tak bos titew yang pakai baju biru tu??

So that was the morning activity & the last extreme activity. Balik dari sini pun naik lorry gak. Semua orang dah gila letih flat. Diam ja semua dalam lorry. Hahah. Semalam bukan main lagi punya bising naik lorry. Eksyen.

Balik ni semua orang boleh pilih nak mandi terus or nak lunch. Sebab lepas lunch & solat, ada wrap up session. I chose to mandi dulu. Fresh baru best makan. And lagi satu, semua orang pakat dok pi makan, baik I pi guna toilet dulu. Takdak la satgi kena beratur panjang. Bijak tak? Oh Wani tak ikut main rafting ni. Dia tak sihat. So dia dah kemas-kemas bilik & my bag too! Ouh you're a candy!

Lepas makan, solat & rehat-rehat kejap, Nomad team dah siap-siap untuk wrap up session. Another good thing pasal Nomad team, depa ni very punctual ok. Kalau kata 2.30pm, 2.20pm depa akan terjerit-jerit dah panggil orang berkumpul. Which was very good.

 Abg Pin.
 Kak Juli, Puan Natra & Mastora.

 Abg Boboy, Kakak Baby & I la Adik Gegerl. HAHAHAHAHAHAHAHAH.


Ada a few activities masa wrap up tu. Kena jerit to each other & tengok sapa bertahan paling lama. Ni katanya untuk hilangkan stress. I salah step. Pi jerit pastu partner I diam, I diam. I thought it was a teamwork. Rupanya I had to held my yell longer than my partner! Al-blur.



Then buat endless knot ka apa ka nama game tu. Depa bagi satu tali with 1 knot. Then kena pass around tali tu dalam satu circle (group of people). Pastu sapa-sapa ada apa-apa nak cakap, masa knot tu lalu kat dia, hold on to the knot. Then semua orang tau la dia nak cakap. 


I ada gak la bagi sepatah dua kata sebagai committee. Nervous gila. Macam nak bagi ucapan hari penyampaian hadiah pulak. Hahah.

Eh last sekali memang ada sesi penyampaian hadiah. Hehehe. Kami suruh Nomad team pilih sorang lelaki & sorang pompuan sebagai peserta paling sporting. Ermmm committee tak layak bertanding. Kalau layak, kau rasa? Hewhewhew. Mati lah perasan.

 En Zuhairi menyampaikan hadiah kepada pemenang lelaki, Mamu Zul. He was chosen because dia banyak kali almost gave up be he did not. Dia teruskan jugak walaupun muka dah bertukar hijau, biru, kuning.

En Zuhairi menyampaikan hadiah kepada pemenang wanita, Kak Juli Deri. Dia memang sporting & sangat team player. Good job guys!

 Soleh, Mastura, Linda, Fadhilah, Gojes, Kak Juli, Puan Natra & Khallid.

Group photo!!

Kesimpulan dari pengembaran ini, ewah, saya sangat enjoy. Taktau nak cakap camna tapi memang beyond my expectation. Memang sangkaan saya semuanya meleset. I thought it would be a horrible experience for me but it turned out the the awsomestttt (haahha memang takdak perkataan ni) extreme experience I've had. Bayangkan seumur hidup I tak pernah pi camping. Ini lah first time. Ya ya I tau ni bukan camping betul sebab I didn't really sleep in a camp. Tapi it's good enough what for a beginner. Hehehe.

Thank you CSD & CE's Office for believing in us. For making this happened. For the support & corporations. Thank you Nomad Earth Camp for such an experience. We were honored to have dealt with you in such professionalism.

Looking forward to the next teambuilding!


Monday 10 March 2014

#PrayForMH370


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang & Maha Mengetahui. Engkau yang mengetahui apa yang dibumi dan apa yang dilangit. Engkau selamatkanlah semua umat manusia Mu yang berada didalam pesawat MH370 tersebut. Jika semua telah terkorban, Engkau berikanlah petunjuk dimana mereka berada. Engkau berikanlah kekuatan dan ketenangan kepada ahli keluarga mangsa. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Berkuasa."


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami memohon bantuanMu. Kami memohon pertolonganMu"

Kepada semua keyboard warriors, hentikanlah spekulasi-spekulasi mengarut kamu kat FB, Twitter mahupun IG. Bayangkan kamu ditempat ahli keluarga mangsa, apa kamu rasa setiap kali bukak media social dan baca semua fakta-fakta palsu kamu? Bayangkan jadi kepada ahli keluarga kamu pun cukup lah. Kebanyakkan orang yang tiada kena mengena pun terasa kesedihan dan kemurungan mereka, inikan pula bila terkena pada diri sendiri. Cukuplah kita hanya mendoakan keselamatan mereka. Cukuplah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan keluarga mereka.

I akui, I pun ada jugak perbincangan dalam Whatsapp group. Tapi setakat itu saja. Tak lebih. Alhamdulillah tak singkat pemikiran I untuk post benda-benda tu semua on media social. Hanya untuk mengurangkan gunda dihati dan sama-sama mengupas tragedi ini.

But I am very proud of my fellow Muslim brothers & sisters. Tak putus-putus sembahyang hajat dilakukan. Tak putus doa-doa disampaikan. Alhamdulillah.

Tapi hati ni tetap tak tenang selagi takdak berita muktamad. Hidup ka tak? Makan ka tak? Sejuk ka tak? And thinking of the babies dalam plane tu.... :'(


Teambuilding - Day 1

Assalamualaikum..

Entry kali ni dan selepas ni akan belambak gambar jugak ok? Bulan lepas, division I ada buat teambuilding. Tapi join venture dengan CE's Office. Tak kisah la tu. The more the merrier. Walaupun pada mulanya we the committee were quite skeptical about the idea tapi in the end, memang terbaik lah. 

After numerous numbers of meetings, boss boss semua pun dah setuju nak buat teambuilding dekat Nomad Earthcamp, Gopeng, Perak. Mula-mula I pun agak ter culture shock jugak nak buat kat situ. I was like whatt?? Buat dalam hutan? Tidoq atas pokok? Mandi dalam tong? Hamagaddd how will I survive? You will get the answer by end of the next entry. Hohoho.

So pada hari yang dah dijanjikan, I gerak dari rumah around 7am ish camtu lah. Janji dengan depa lepas subuh. Mak telanjur noks. Tidoq tak sedaq diri. Hahaha. Semua akan berkumpul dengan R&R Sg Perak. We need to reach the camp site at 10am. Berhenti jap makan nasi lemak pa ka dulu then teruskan perjalanan. Berdesup I drive masa on the way tu. Hahaha malu la kalau lambat kan.


The girls. Thank you ampa semua sebab terima kami seadanya. 

Half of the boys. Ada lagi half taktau la ke mana.

Alhamdulillah semua selamat sampai. Masa sampai tu muka semua sangat puzzled. Hahaha. Macam adoiyaiii biaq betoi duduk dalam hutan yang memang betul-betul hutan ni?!

1st thing sampai pi ushar bilik. Tudia our crib. Hahaha. Will be spending the night on the tree house! Exciting!

 Baru sampai semua taktau nak berperasaan macam mana.

 En Mus was all like "wadafak did I signed up for ni?"

"Haaaaaaa nak balikkkkkkkkkkkk", i guess.

Mari mari ikut ketua rombongan.

Kat belakang budak-budak ni tempat tu ialah the lounge. Boleh lepak-lepak kat situ. Surr.

 Tengah nak settle down untuk briefing. 

Briefing and safety forms distribution oleh Nomad Team. Nomad team ni very professional I can assure you that. Your safety is their priority. And they are friendly too! *grins*

Iklan rambut.

Activity untuk hari pertama adalah Mountain Schooling, Gua Kandu Exploration & Prawn Fishing. I was quite nervous sebab bunyi macam menakutkan ja tajuk pun. Lepas tu macam extreme ja. Adehhh. I tak kisah buat sukan extreme, kadang-kadang suka ja. Tapi nak start tu yang jadi masalah selalunya. Hahaha. Dah buat nanti ok dah. Tapi gua rilex ja la kan. Tak macho la kalau menggelabah.

For our first activity, we were required to hop on a lorry to get to the mountain school base! Gila wa cakap lu. The last time I naik lorry masa UMNO kampung I buat picnic kat Batu Feringgi. Siap masa nak balik tu, jerit ramai-ramai "Hip hip horrey!". Lucu. Memang jakun habis lah semua orang naik lorry ni. Kelakar.

 Nampak Aida dok buat gila dah.

 Lagi jakun dari orang asli. Orang asli naik lori pun rilek ja.

Hahahaha. Gambaq ni lawak. Yang most right tudung hitam tu namanya Kak Norma. Bersungguh mintak doa.


Peserta-peserta lelaki.

1st Activity - Mountain School
********************
Sesampainya kat mountain school tu terus kecut perut. Tapi buat cool lagi. Pujuk diri sendiri kata takdak la tinggi mana pun. Padahallllllllllll.

 Iklan rambut lagi. Time ni tengah kena briefing pasal safety precautions & stuff.

Apa yang penting? KERJASAMA.

Kami terbahagia kepada dua kumpulan. And ada 2 sets of courses. Rock 1 & 2. Rock 1 lebih mencabar. Rock 2 macam santai-santai sikit tak gayat tara mana. So we opted for Rock 1 dulu. Biaq kita gayat teruih satgi Rock 2 kita boleh pis pis kacang pis ja. Beza Rock 1 & 2 ialah Rock 1 dia tempat terbuka. So you memang akan gayat macam celaka nak terkencing ketaq kaki menari lagu macarena.


Confidence test.

Mari kita panjat serupa pi serah tengkok. Time ni kaki dah ketaq ketaq dah.

Nampak muka gayat iols? Hadehhh. Macam nak berdarah hidung. Lagi gayat dari Escape. Escape I tak buat semua benda alah ni. Sebab was too tired and panas dah masa tu.

 Ececehhh jangan dok peace sangat Aida.

 Buruk nau muka gayat + excited.

 Jyeahhh. Dalam banyak-banyak I paling suka ialah flying fox. Reason being remains unknown.

 Ni tak gayat sangat. So i is happy boleh pose.


 I respect this 60 years old man so much. Even at his age, he did completed ALL the activities. Bukan takat mountain school ni, caving, water rafting semua dia buat wei. Salute, Mr Reaz.

Berehat sebentar ala ala Planet Of The Apes.


 Pic ni sebelum naik. Boleh la semua muka excited. Hahaha. Satgi kat atas masing-masing muka nak nangis.


Kanak-kanak ribena sungguh aku ni.


Hye. My name is Aida.


And that is my boss.

2nd Acitivity - Gua Kandu Exploration
***************************
Dah habis episod gayat, kita sambung episod gelap pulak. Next activity was caving at Gua Kandu. Dimanakah Gua Kandu? Katanya 500m ja dari tempat mountain school ni. Tapi? Setiap 10minit I tanya jauh lagi ka, pasti jawapan lagi 500m. Chaiiittt.


  Nampak kepala ronda dok suruh standby?

For this.



Fuhhhh at last!

Sampai kat kaki gua ni, kami lunch dulu. Dah tak ingat nak amik picture dah time ni. Semua lapar & rushing nak solat.

Kesian En Mus ni. Dia macam anxiety disorder camtu la. Sepanjang kat sana memang dia jadi camni lah. Banyak lagi kejadian-kejadian lain. Takyah I cerita la kot. Hehehe.

 Briefing lagi. Memang bagus lah Nomad team ni. Dia bagi tips nanti sebelum masuk, kira berapa orang dengan masing-masing sebut no masing-masing. Sebab taknak nanti terkurang atau terlebih bila keluar nanti.



Gedik kura apa ka sikit sebelum daki bukit nak masuk cave tu.

Nak masuk cave tu kena daki bukit sikit. Don't ask me the height. I tak ukur. Heheh.





 Pintu masuk gua. Bukan. Itu bukan Jin ataupun Ahmad Albab.


 Selfie ye? Ha lepas dah selfie semua baru guide tu bagitau tempat yang ada star tu ialah tempat askar Jepun pancung kapala. Terussss semua muka ada pucat. Hahah.








Inside the cave was pitch black! Memang gelap gila kalau tak bawak torch light, memang meraba la. Even kawan depa you dah terlepas 5-6 langkah pun and you were without torch light, memang you tak nampak jalan la. Serrreeemmm. Tapi the view was magnifico lah. Terbaik. Benda yang you takkan nampak or jumpa kat luar dari gua tu. 

Dah keluar tu memang terbaik lah tengok pintu keluar gua tu. Rasa macam takmau masuk dah. HAHAHAHAHHA.


 Jalan keluar. Hehehe.

Poyo mempoyo.

The whole team. Jyeahh!


Balik naik lorry lagiikkkk.


 Balik dari gua tu...........mandi sungai YOOOO!! Sejuk gils air sungai ni. Arus deras pulak tu. Sat ja la mandi pun. Tak tahan kecut semua habih. Kekekeke.

And this is one of my colleague punya capture. Subhanallah indahnya ciptaan Tuhan.

3rd Activity- Prawn Fishing
*******************
Lepas mandi manda sungai, balik mandi solat & siap-siap untuk BBQ. Alaa picture BBQ dah terlepas jauh dalam gallery. Macam tak kuasa pulak nak cari. Hehehe. Tapi saja nak habaq kambing & ayam merinate adalah yang terbaik so far. Gitewww.

Lepas makan-makan, kami ada activity memancing udang. Yes you read it right. Pancing udang. I was so skeptical. Tangkap udang? Guna jala macam boleh gak la fikir. Tapi guna pancing? Camna tu?


2 jam duduk camtu weiihhh. Tengok orang lain ada gak dapat sekoq dua. Tapi haiyooo 2 jam camtu baru 3-4 ekoq. Hahaha. Lawak betoi. Sampai mengantok gila babas. 

Tetapi! The unthinkable happened. Hahaha. Jeng jeng jeng....

 Iols dapat sekoq!!! Happy gilaaa. Lepas tu semua ajak balik. Cissss. 2 jam lebih, 20 pemancing, 9 ekor udang sahaja. Lucu.

Balik rumah pokok kami, siap-siap kelambu, oh bilik I & Wani ada kelambu. Tapi macam tak membantu sebab dia macam hanging lebih kurang 1 inch from the floor. Hahah. Tapi Alhamdulillah malam tu takdak nyamuk. Heheh. I macam biasalah, susah gila nak tido. Dapat tido 2-3 jam pastu terus bangun solat subuh & ada sikit tazkirah. I sambung esok punya aktiviti in the next entry ok?

Bye. 

#PrayForMH370