Assalamualaikum.
Salam Jumaah.
Jom membebel sikit hari jumaat ni?
Siapa yang selalu mengalami situasi begini sila angkat tangan! *ME*. Soalan ini untuk dua-dua gender ok. Baik laki mahupun ore puey (orang perempuan haha). Memang membangkitkan amarah kan? Kita dok cakap dengan dia, dia dok renung fon tu. Tapi kepala dok terhangguk-hangguk. Taktau la hangguk kat kita ka hangguk kat newsfeed FB tu ka hangguk kat game ka hangguk kat BBM ka hangguk kat Whatsapp ka atau kawasan yang sewaktu dengannya. Pastu mula la bila kita tanya balik, buat muka blur. Or worse, "eh ada bagitau eh?"..bara....bara!
I suka dengan teknologi yang ada sekarang. Semua benda dihujung jari ja. Takyah tengok berita dah sekarang. Tengok FB ja. Detail lagi dari berita. Takyah bukak PC or laptop nak main game. Unlock fon ja dah boleh dok battle dengan orang kat hujung dunia. Tapi uols, hubungan sesama manusia jangan la jeopardize. Jangan la kusyuk sangat dengan hubungan atas talian ja. Yang depan mata ni? Pasangan kita perlukan perhatian kita jugak. Nak bersembang, nak polok-polok, nak bertepuk tampar. Dah kalau duduk atas sofa sama-sama ja, mata & tangan dok kelebet fon ja memanjang. Camno? Bila nak memesrakan hubungan tu? Itu I tak suka.
Tapi ada jugak pasangan yang dua-dua pun sama naik. Hahah aku la tu. Dua-dua sibuk tengok fon. I dulu tak camni tau. Sob sob. Tapi bila balik rumah tengok Hubs sibuk dengan fon or ipad, sampai ke dalam toilet pun dengan fon or ipad. I pun bosan la jugak. End up, I pun kelebet la fon I jugak. Dulu tahap kronik siap bawak masuk dalam toilet. Sambil memerut sambil scroll newsfeed. Tapi sekarang tidak lagi. I bawak buku pula masuk toilet. Sambil memerut, sambil kerut-kerut dahi baca novel. Eh kantoi plak baca novel sambil memerut. Hahaha. Sekarang cuma waktu tengok TV baru dua-dua senyap ja dok tengok fon. I donch like. Tapi.......entah lah.
Kalau I balik rumah mak or mama pun, I akan put away my phone sat. I tumpukan perhatian kat family. Sembang-sembang sat. Lepas tu baru tengok fon in between. Bila depa nak cakap apa-apa, I will put down my phone & pay attention. Dah la jarang-jarang balik rumah depa. Sekali sekala balik tu takkan nak menghadap fon jugak kan. Respect la sikit. Tak kira la mak I sendiri atau mak mentua.
Wow panjang pulak bebelan di hari Jumaat ni. Untuk kesedaran bersama ja. I pun kadang-kadang macam celaks jugak. Terbabas jugak kadang-kadang orang dok sembang dengan I, mata I dok kat fon. Lepas tu baru macam rasa bersalah. Sekarang I try my best to letak fon bawah sat bila orang nak cakap dengan I. Tak kemana pun FB tu. Tak kemana pun games tu. Human touch tu lagi penting. Gitu. Kalau I ada bagi ampa kecik hati dengan tak tengok muka ampa masa ampa sembang dengan I tu, maafkan I yeh? Gegirl janji gegirl cuba tak buat dah. Pangggg gegirl sekali sebab gedik sangat.
Kesimpulannya, teknologi sekarang ni ada kebaikkan dan ada keburukkannya. Terpulang kepada kita camna kita make use of it. Jangan sampai orang sekeliling kita rasa terabai. Jangan sampai kita hilang the warmth of having a real person beside us. Ampa paham tak ni apa yang cuba aku sampaikan? Sebab I tak reti nak put in words benda yang I nak sampaikan tu. Pandai-pandai la yeh.
Anway, malam ni dah cukup 14 hari kehilangan MH370 kan. Sekejap ja dah 2 minggu. Namun, kita masih lagi belum ketahui apa nasib semua penumpang. Susah hati lah I. Susah hati MH370, susah hati Rabu minggu depan dah kena start. Eh start apa ni? Tungggguuuuuuuuuuuuuuu................
No comments:
Post a Comment