Tuesday 31 December 2013

Nasihat terakhir di 2013.

Assalamualaikum.

Before we bid goodbye to 2013 & usher in 2014, I nak jadi makcik-makcik sat hari ni boleh? Nak bagi sedikit nasihat melalui pengalaman I.. Untuk kegunaan adik-adik yang bakal mendirikan rumahtangga atau yang baru mendirikan rumahtangga. Almaklumlah..baru baru ni kan musim mengawan. Busy tok kadi tak dapat pi holiday.

Berani I katakan bahawa perkahwinan adalah satu pertaruhan. Tapi pertaruhan kat sini bukan bermaksud gambling / berjudi. Pertaruhan dari pandangan I membawa maksud yang kita mempertaruhkan hari-hari esok kita once kita sign depan tok kadi. Kita taktau will this work? Memang setiap pengantin akan katakan yang dia dah memang 100% sure his/her is made for him/her. Yang tak sure 100% tu lah dok tak duduk sat ja  bercerai berai. Wallahualam & mintak simpang. Tapi yang membuatkan semuanya seems ok ialah pertaruhan ini adalah melalui kepercayaan. Faith. Kepercayaan yang we will make this work. Kata pun we are made for each other. Tapi........tak semuanya indah dalam perkahwinan. There is always a bumpy road. I'm sure semua pasangan yang dah berkahwin mesti setuju. Walaupun masalah tu bukan antara pasangan tu, boleh jadi jugak dari pihak ketiga. Pihak ketiga pulak bukanlah bererti pompuan lain saja. Boleh jadi jugak dari family or kawan-kawan. Akan I kupaskan dibawah nanti. To have a strong foundation in a relationship, everything has to start from the beginning. Sama juga masa laki ampa nak mengorat ampa dulu kan. Takkan teruih-teruih dia pi janji bulan dan bintang.

I tak kata I am a marriage guru or what not. I cuma cakap melalui pengalaman I. Pastinya yang elok-elok sajiaa. Tapi, untuk dapat pengalaman elok ni, somehow or rather ianya mesti bermula dengan benda tak elok. From there, we learn & improve. Tak kata jugak perkahwinan I ni perfect. Flaws merata jugak. Macam muka I, walaupun cantik dan comel (stop rolling your eyes), tetap ada jugak jerawat seketoi dua. Ada jugak jerawat yang I know it's there but it's not showing yet. So I treat the jerawats first. Gitu.

TERIMALAH KEKURANGAN PASANGAN MASING-MASING
SEMUA orang pasti mengharapkan pasangan yang perfect. Mula-mula buang ego & tanya diri sendiri. Aku ni perfect ka? A couple should compliment each other. In order to compliment each other, you must have gaps in between your life. Macam tangan kita jugak. Ada gap kan diantara jari-jari kita. So we can hold on to each other tighter. Kalau semua jari melekat, macammana nak hold the other? So instead of kita dok mengharapkan yang perfect & bila dapat tau yang pasangan kita tu tak perfect mula la kita nak salahkan each other, apa kata kita terima ja kelemahan pasangan kita itu dengan seadanya. Trust me, you will be much more content. Tak usah la kita nak mengubah seseorang tu ikut preferences kita. Susah nok. Susah sangat nak ubah manusia ni. So apa kata kita learn to accept & figure something out from there. Kalau dia suka lagu rock, you suka lagu ballada. Jangan pening. Campoq ja dua-dua jadi rock ballada. Settle.
Neither of us are perfect.

BINCANG PERIHAL KEWANGAN
Ini adalah benda yang selalluuuu menjadi punca pergaduhan. Setuju tak? Kadang-kadang lepas kenduri kahwin pun dah gadoh-gadoh sebab duit. Sebab apa tau? Sebab orang kita ni tend to perabih duit kat kenduri. Aku pun sama dulu. Pastu lepas kenduri mula la gigit kuku. Kenyang pun tak dapat, buat usus luka ja. So apa kata, sebelum atau betul-betul lepas menikah, sit down together & discuss how to manage your financial TOGETHER. SAMA-SAMA. Bukan lepas kat laki sorang ja. Pahala tau kalau bini dapat mengurangkan beban suami. Sama-sama bincang lani nak berbedak expenses macam mana. Who should pay what & how much? Be open & ready for suggestions. Contoh I, I am not a good financial planner. Whatever I plan sebelum gaji musnah lagu tu ja bila dah dapat gaji. I pun heran. Hahah. Tapi memang without fail, every month I akan asingkan siap-siap dah our monthly commitment yang memang kena bayar. I have a list which I obey setiap masa. I takmau dok buat tarak pa tarap pa, nanti sendiri raplah. So keja Hubs, dapat gaji hempuk ja kat I & will do all the banking transactions mana yang I belum bayar. I dapat gaji awal dari dia. So half of the expenses, I dah lunaskan.
Nampak tu first-first skali.

BAHAGI TANGGUNGJAWAB DIRUMAH
Kebanyakkan pasangan sekarang ni semuanya kerja kan? I mean dua-dua kerja. So masa memang banyak dihabiskan kat tempat kerja. Sekarang ni memang tak relevant sangat lah bila ampa nak kata kerja rumah tu kerja orang pompuan. Habih yang kat ofis pun kerja dia jugak? Tak fair la cik abam. So untuk memudahkan kehidupan masing-masing, dah balik rumah tu, bahagi lah kerja rumah. Contoh I dengan Hubs on weekdays 2 jam ja kami ada kat rumah. Lagi 6-7hours tidoq la. So weekdays memang tak banyak yang boleh buat. Selalunya laundry & a bit of dusting. So I will do the laundry & Hubs akan tolong angkat baju ke tempat sidai saja. I will sidai. Sometimes bila dia tengok I dah tertidoq sambil tunggu baju siap tu dia akan tolong sidai. Tapi sakit la dimata I. Sebab cara sidai tu tak mencapai tahap piawaian I. Pfftt. Kalau weekend pulak, I will do the cooking & he will do the washing. Dia cuci toilet (which I won't)  & I vacuum / dusting rumah. Apa yang penting? KERJASAMA!
The housework goddess.


SELESAIKAN MASALAH BUKAN TAMBAHKAN
Benda yang I paling meluat sekali ialah bila ada masalah berdua. I GILA MALAS NAK BERDRAMA. Sesiapa yang kenal I pun tau memang dari zaman bercouple dengan Hubs lagi I memang benci gila nak drama-drama ni. Usually I will avoid by not involving myself. I dok diam ja. Sampai benda reda sindri. Tapi cara macam
tu pun tak elok jugak. Sebab banyak benda nanti bersarang dalam hati you. Hehehe. Tapi Alhamdulillah I jenis yang cepat recover. So I lupa dengan sendiri. Bila-bila teringat balik tu, the feeling won't be the same anymore :)
Back to my point, bila ada masalah tu cuba duduk berbincang. Benda kahwin ni bukan benda main-main. Kita nak start kehidupan baru dengan orang baru. Mesti lah banyak disagreement. Saban hari kita akan belajar benda baru dari pasangan baru. Bila ada benda kita tak suka, suarakan. Berbincang. Kalau dia memang takleh nak ubah pun, at least dia akan kurangkan buat. Refer my no 1 point. Apa-apa pun, bawak lah berbicang sebelum benda tu menjadi perbalahan. Kalalu takleh nak bincang gak or ada rasa macam "eee malasnya aku nak layan benda lagu ni", buat lah macam I. Just keep calm & act like nothing ever hurt you :)

 LUANGKAN SEDIKIT MASA
Masa kita semua memang terhad. 2/3 hari kita dihabiskan kat ofis ja. Tengok muka bos lagi banyak dari muka laki sendiri. Sebab tu malam pun mimpi bos. Eh aku la tu. Hahahah. Tapi how busy we are, please always find that little time to spend with each other. 15min pun jadi lah. Macam contoh I jugak, kan I bagitu sehari 2 jam ja pun kami kat rumah. 2 jam tu tolak pulak sejam. Sebab sejam tu Hubs mandi. So I will make use of that sejam. Sejam ja sehari dapat spend time. Sadis. Dalam masa sejam ni la kita boleh learn about our partner. Kalau tengok TV saja tak sembang pun takpa lah. Sebab dalam tengok TV tu pun kita boleh tau partner kita ni jenis macam mana dari komen-komen dia on the thing you guys are watching.
It doesn't matter if halfway through the movie you had fallen asleep. Snored.

CAMPURTANGAN DARI PIHAK LUAR
 I tau dalam masyarakat melayu kita ni susah nak avoid dari campurtangan dari pihak lain. For instant from our family. Baru lepas kahwin ni mesti ada yang tak kena. Setiap ahli kelorga tu mesti ada pendapat masing-masing on how you should manage your marriage. Ada nasihat yang kita boleh pakai. Tapi kalau dok mai sampai nak arrange pulak how we should do this and do that, masuk telinga kiri keluar telinga kanan dah la. Angguk angguk geleng geleng sudah la. Kalau melawan satgi kata tak hormat pulak. So yang mana elok, benda tu kita ambil. Yang mana kita rasa tak relevant tu, senyum udah dong. Campurtangan dari kawan-kawan pun banyaaaakk jugak kadang-kadang. Sebenarnya, kawan-kawan niat depa bagus. Depa nak tengok kita happy. Eh family pun camtu gak. Tapi kadang-kadang depa tak sedar yang siapa ada kat tempat tu saja yang akan tau how it really is & how it really felt like. Pandangan dari orang luar memang kadang-kadang sangat berguna sebab ini adalah pandangan from people outside of the circle. Kita ni bila duduk dalam circle tu, we won't realize things that is sebenarnya sudah terang lagi bersuluh. Kalau bab tu kita memang patut take note & reconsider. Tapi bila pandangan berubah menjadi campurtangan tu la yang kita takmau. But. Haaa ada but pulak. Sebab dok tapi ja dari tadi. But, bila things had already jadi out of control, it is best to have some interference. Kalau boleh biarlah dari orang tua...

So guys...itulah sahaja point-point yang I rasa asas untuk kehidupan rumahtangga yang lebih harmoni. Kita memang tak boleh nak avoid dari masalah, perasaan marah, tak puas hati, sedih, kecil hati atau semua the bad aura lah. Tapi seboleh-boleh kita tackle benda-benda tu dengan lebih berhemat.

In shaa Allah azam I untuk tahun 2014 adalah untuk menjadi lebih positive. Nak buang all the negative thoughts & start living dengan lebih bersangka baik. Tapi I tak boleh janji all the time I can stay on my positive grounds but I will strive for it. Cause if it doesn't come from me then all of the above are bullshit.

:)

Happy New Year!



Monday 30 December 2013

Jom pi pesta!

Ofis saya kosong hari ni. Semua pakat cuti, EL, MC, masuk lambat. Amboi ampaaaa...mentang-mentang la memang dok holiday season skang ni. Ececeh...I ni sebab cuti dah habis dah. Kalau ada lagi cuti, kau rasa??

Bayangkanlah, division I ada 5 departments. Semua kosong! Hahaha. Tinggal I, bos & Kak Ros ja. Kak Ros under HR tapi stationed kat tingkat 21 sebab dia receptionist. Bos pulak jenis 5x tanya soalan yang sama. Mana depa? Mana depa? Jenuh I jadi Biro siasatan tadi. Nasib baik la semua senang dapat jawapan. Jangan kata jadi Biro siasatan ja, I jugak kaunter pertanyaan hari ni. Mana orang ni? Mana orang tu? Hahaha sabau ja la. Siap hal ehwal drivers pun I kena jawab. Takpa takpa. Bekerja ni takleh calculative sangat. Ni time orang. Esok-esok ni time kita?

You allls semua dah pi Pesta Pulau Pinang ka? Jom la pakat-pakat ramai-ramai pi. Best wooooo. Last-last ni macam-macam retis mai. Shempoiii baq anggg. Tak percaya? Tengok jadual bawah ni.


Sebenarnya I takdak la fanatik sangat sampai nak amik gambar jadual ni. Hahaha. Tak baik tuduh-tuduh I tau. Hahaha. Kisah disebalik gambar ni, hari tu dok melawak dengan Ayin pasal nak pi pesta tengok kongset ni semua. Sekali masa I pi dengan Hubs, ada terpampang jadual ni dekat pintu masuk. Terus la snap. Kebetulan pulak, Ayin memang ada sebut nak pi tengok kumpulan Kristal. Kena bahan la :D

Tahun ni I pi Pesta sekali ja. Dapat la carpet & comforter set. Carpet I beli tu RM20 ja size meja makan 6 orang tu. Semalam dulu Sara beli RM10. Dengar cita selasa ni, RM5. Gila apa. RM20 pun orang dok berebut macam baiya tu bagi free. Inikan pulak kalau RM5. Mesti havoc..havoc..kan gua dah cakap gua...havoc..havoc! Comforter set pun RM40 ja. Material ok. Kain sejuk. Tapi bila pakai sejuk ka tak tu I tak pasti plak sebab tak pasang lagi. Tunggu masuk tahun baru nanti baru tukar. Amboi semangat.

Tapi dalam orang dok kalut beli itu ini kat Pesta tu, jangan la dok abaikan anak-anak. Nak nak yang kecik-kecik lagi yang suka wander around. Ni mak pak dok sibuk pilih carpet nak pakai raya tahun depan, anak kecik dok ada kat depan mainan ulat bulu dah. I cakap pandai la sebab I tak pernah la ada situation bawak anak pi Pesta lagi kan. Cuma kalau I, I rasa I akan prioritize. Kalau I nak pi beli barang, I takkan bawak anak-anak I. Kalau I nak jalan-jalan ja or nak bawak anak-anak main game semua baru la I bawak. Ya Allah, kurniakan lah aku anak-anak yang soleh mahupun solehah. Amin. Tetiba.

Cakap pasal main game pulak, gempar semalam Kakchak bagitau ada budak jatuh dari ndoi pusing (ferris wheel). Budak tu koma skarang. And pagi tadi Sara bagitau some organs dalaman budak tu hancur. Ya Allah kesiannya...Kisahnya wayar electric that connects the gate door untuk kereta-kereta kat ferris wheel tu tercabut. So automatically pintu semua terbukak. And being a 6 years old boy, mesti la dok tak diam. So he fell. Mintak simpang la Ya Allah. Anak-anak sedara I semua kecik-kecik lagi. They are too precious for me. Please not this way Ya Allah. Nak cakap camni pun takut. Takut taboo. I tak pasti sejauh  mana kebenaran cerita ni. Tapi according to Kakchak, masuk berita semalam. I ada gambar tempat yang katanya budak tu jatuh & somewhat looks like a spat of blood. Tapi I tak sampai hati nak tunjuk kat sini. Apa-apa pun, mari kita doakan agar budak tu sembuh dari kecederaan yang dialami agar beliau boleh berlari seperti dahulu semula. Dan juga agar malapetaka begini dijauhkan dari orang-orang yang kita sayangi. Amin. 

Oh ha, satu lagi kalau ampa pi pesta, boleh beli seluaq macam Hubs ni. Kalau depa ada restock lagi la. Sebab masa kami pi tu dah tinggal sikit ja. Very limited. RM75. Depa buka booth betul-betul depan entrance yang belah terminal bus tu. 

Punya nak tunjuk rupa seluar tu. Seluar pelikat Boboi.

Ok lah, I have to end my nagging now. Lega la ampa? Hehehe. 

 Ni saja ja nak menunjuk. Bye.

Friday 27 December 2013

Cubaan.

Harini takdak update apa sangat. Cuma nak tunjuk cubaan-cubaan saya dalam mentiruskan muka.


Cepat cakap jadi!

Thursday 26 December 2013

Boleh ke idok?

Kecoh semalam kat newsfeed pasal perdebatan antara boleh ka tak kita ni sebagai orang Islam nak ucap Merry Christmas (eh tersebut pulak) kepada orang-orang yang menyambutnya.

Boleh ke idok?

Itu lah persoalannya..Susah nak cakap benda-benda yang sensitif ni kan. Ada yang cakap boleh, ada yang cakap tak boleh. Yang cakap boleh tu mesti lah kata itu hanya lah sebagai satu ucapan. Janji niat kita tu betul. Bukan kita mengaku bahawa adanya tuhan lain. And the list goes on.... Dan orang yang cakap tak boleh tu, mesti lah kata yang kalau kita wish tu maknanya kita setuju dan mengaku bahawa event tu really took place & there is another God other than yang Maha Esa. Banyak lagi explanation yang panjang lebar. Tapi I forward kat whatsapp ja explanation tu semua. Heheh. Tak kan nak copy (read : type balik) kat sini nyahhh?? Tapi kalau ampa betul nak tau, scroll ja newsfeed ampa, belambak ustajah dan ustak kat fb boleh bagi explanation.

Walau apa pun pendirian ampa, dari pandangan peribadi I, kalau kita tetapkan niat kita, In shaa Allah tak terpesong akidah kita. Ada yang siap cakap kalau wish camtu, boleh jatuh syirik. Nauzubillah dan wallahualam.... I tak berani cakap apa-apa sebab ilmu I sangat cetek. Kalau betul lah jatuh syirik tu semua, for the past 27 years of my life I have been wishing my non-muslim friends, syirik kah I? Wallahualam lagi. Tapi this year I mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mengucapkan apa-apa. Takut kena bash uols. Awww feelin retis sangat.

Semalam cuti takdak buat apa sangat pun. Keluar lunch dengan Ikha & did some shopping ja. Biasa lah I skarang ni apa sikit tengok baju kerja. Bengang pulak dengan diri sendiri. Pastu bila nak keluar weekend tu, mula la stengah jam duduk depan lemari garu kepala taktau nak pakai baju apa. Over kan? Of chozz. Kata feeling retis, harus lah.

Best gilak semalam dapat makan Nandos. Sebab weekend baru ni Hubs & Hassan ja dapat makan Nandos. I ni kengkonon eksyen la awal lagi takmau makan. Plan nak tapau ja malam tu makan kat rumah. Sekali lupa. Amek kau kempunan.

Sekejap ja dah nak masuk tahun baru kan? 2014.  In 7 years time kita akan mencapai Wawasan 2020. Satttt jiiiaaa.  Dulu kalau Tun M kata Wawasan 2020 tu rasa macam lamaaaa ja lagi. I selalu dok bayangkan masa 2020 tu kita akan hidup macam kat atas space. Macam kereta kita semua terapung-terapung. Ala-ala movie omputih dimasa hadapan tu. Feeling kan I? Walhal, 2020? Maybe ramai yang akan hanya berbasikal sahaja sebab tol & minyak semua naik. Oooopppsss!!

So apa pencapaian uols pada tahun 2013 ni? Azam tercapai ka? Me? I berazam takmau potong rambut. Tinggi kan azam I? Very self motivating. Kahkhakhakahak. Tu ja yang I mampu berazam sebab I tau tu ja yang mampu tercapai. Heheheh. 

Dok kena pikiaq dah apa azam tahun 2014 pulak ni. We only have less than 5 days!

Terimalah, kembang semanggggkkoookkk!

Benci tau amik gambar dengan orang muka tirus ni. Membuatkan muka I nampak boooolat sangat.

WALAUPUN!!


Tuesday 24 December 2013

Aida is feeling blessed.

Gitu tajuk macam status fesbuk. Hehehe.

Harini nak buat announcement! Nak kobarkan yang adik ipar saya, Azzaliyana telah selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan yang sihat pada pukul 1.11am pagi tadi. Bayi yang dinamakan Izz Zara Adellia ini telah selamat dilahirkan di KL dan bakal berpantang disana . Tapi hanya sehingga Nana sihat dan kuat sikit, depa akan balik berpantang di Penang pulak. Nana, sila minum Milo banyak-banyak. Baru la minum milo anda jadi sihat dan kuat!

Zandra dah dapat adik! I rasa mesti lagi cranky budak tu. Sebab dia baru 2 tahun.. Mesti jeles gak tu nanti. Mummy plak takleh nak dukung dia. Heheh. 


Tudia tudiaaa...anak dara Nana sorang lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... Nanti mak aunty pi tengok ya ok...

Sekian pengumuman.

Monday 23 December 2013

Syana's 21122013.

Ok.

Sebenarnya tak berapa nak ada inspirasi sangat nak menulis ni. Eh bila masa yang ada? Hahah. Mula-mula dulu ja kot. Bersemangat nak tulis. Sekarang ni suka tu suka menulis cuma banyak sangat benda yang berlaku supsapsupsap, hilang haluan sekejap. But fret not, demi pembaca-pembaca I yang setiaaaa sangat dok baca jugak blog yang nan hado ni, I tulis jugak jangan risau ok. I pun memang minat menulis. I'll keep myself on track ok?

Minggu lepas, hari sabtu kenduri Syana. Sepupu Kamal. Kamal cuti, so I la wakil. Seharian jugak kat sana. Beronok-ronok dengan sepupu-sepupu side Hubs. Semua otak masuk air. Majlis telah selamat dianjurkan di atas market Bayan Baru (mula I nak tulis nama market tu betoi-betoi. Tapi I taktau nama dia. Hahaha). Orang Penang tau la dewan ni. Memang femes orang buat kenduri kahwin.

Dulu I diam ja & gelak pun control-control. Lani, dah all out sikit. Dengan makcik-makcik dia pun I bantai juah jugak. Hohoho. Tapi berbatas la jugak you alls. Mana boleh main hentam sajo.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun dekat 6 jam jugak I duduk nganga tak buat apa, tapi tak terasa time tu berjalan sebab filled with laughter & blessings :)

Jom layan gambar nak? Taknak pun I nak tunjuk jugak. 

Ketibaan pengantin. Pengantin & pengapit comei.

Orang dah start mai meneru-neru. 

Ni half of the family. Mama tak naik atas pentas sebab tak boleh :(

More.

Me & makchak. Kesian kan laki takdak? Ok la amik ja la gambaq dengan sapa-sapa pun yang tarik. Heheh.

Fatin (adik pengantin), pengantin, makchak & me. Amboih menonggek. Hahaha.

Again. Tak boleh belah muka besaq talam.

And again.

Okok tau ampa dah bosan. Mehehehe.

Sepupu-sepupu anak teruna. Semua masih single. Jika berminat, sila tinggalkan no telefon anda didalam ruangan komen.

Ma familia. Datang jugak walaupun tak semua. Muax.

Nuryasmin, Kak & Makchak.

Khalif Iman Hasyiem.

Wahh dah boleh feluk-feluk yer. Suke lah tuhhh.

Baby Naufal's first kenduri! Tidoq ja dia. Ampa bising pi la macam nak meletup speaker pun. Dia apadahal, tidoq lagi best.

The Fatsie Boys! Heheh. Hakim, Khalif & Rifqi.

Maksu, Makngah (mak pengantin), pengantin & Makchak.

Photo-bombed. Hampes.

Ze family again. Mak pun mai jugak :) Anak mana tak sedih tengok mak dalam keadaan camni? Tapi buat apa I nak menangis bila tengok mak dalam keadaan camni? I sepatutnya happy. Sebab mak mampu nak jalani hidup macam biasa. Takkan nak buat muka sedih depan mak. Sebab tu la orang ingat I tak heran pun apa yang jadi kat mak. Takdak sedih-sedih. Ampa tau ka belakang I macam mana? How I dealt with my feelings? Hubs saja yang tau. Sebab he was there most of the time when I'm down. So, I memang sedih bila orang kata I tak peduli kat mak or yang lebih kurang macam tu. I have my own way. Maybe orang tu pun ada cara dia sendiri. I can never be you & you can never be me :)

Nopaina & Sara

Pelamin yang simple but cute :)

The Azzreen.

Gambar tak bermotif.

Mohd Eman & Family. Wow. Can't believe I just said that.

Good day it has been. Tak sabar nak tunggu next sapa pulak. Bei nanti hujung tahun depan. Kecoh lagi laaaaa. Best best best.

I got to go. Ada meeting urgent.

Tatas.

Friday 20 December 2013

Sedikit kenangan.

*Catatan ini ditulis semalam. Tapi tak sempat habiskan.*

Rindu I tak? I rindu nak update kisah kehidupan I. Ayat tak boleh novel lagi? Bila tah last I update. Tak ingat. Almaklum lah mak hincik dah tuooo. Tapi yang pasti semalam I sampai 11am ja ada kat ofis. Lepas tu terus ke Perlis. Ada kerja sikit. Then masuk hari ni pulak dari pagi memang takdak mood langsung. Nak makan, minum, buat kerja semua takdak mood. Tapi memikiorkan yang I ni memang dok sakit tekak sebab tonsil membengkak, satgi tak minum lagi teruk pulak, I minum la jugak seteguk dua. Satgi demam pulak jenuh. Segan dah I nak amik cuti or MC. Takdak mood sebab banyak la kot benda yang jadi tiba-tiba. Bila takdak masalah, takdak langsung. Bila ada satu masalah, berangkai-rangkai muncul. Dah la. Malas fikir.

Anyway, remember I pernah bagitau cucu-cucu tok Timah ada group whatsapp? Kan kami dok exchange pictures masa kecik-kecik..mostly pictures tu semua dari rumah pakcik. I nak tunjuk kat uols ni kecomelan I waktu kecik dulu. Sampai la ni dok maintain lagi lah. Hahahahahha. Matilah kena carut. Enjoy!

Me & arwah abah. Elly emosi whatsapp I sebab tengok pic ni. Rindu arwah katanya :')

Me, like a bawssss!

Arwah abah & mak. Mak pakai baju Chanel ok. Kau mampu?

Me, Kakchak, Aben, Dikman & Nopaina.

Arwah tok & arwah tokwan.

Kakchak & Aben.

Mak, Seha, arwah Abah, Nabeela & Makcik.

Sapa tah hujung tu tak nampak, arwah tok riba Bei, Myself, Dikman, Aben & Kakchak.

Sapa lagi kalau dari kecik comey camni??

Cutsie Seha.

Ala budak kecik blakang tu I cannot tell who. Tak ingat. Seha, Wani & Nabeela kat depan.

Arwah tok & Bei.

Dikman.

Cutsie Sara.

Dikman, myself, Aben & Kakchak.

Awwww. Aku la tu kalau comel.

Comel lagi.

Eeeeee...overloaded dah ni dengan kecomelan diri sendiri.

Norfazlina.

Myself & Kak.

Aiyooo...macam obses plak dengan diri sendiri. Muahahahha.

With arwah tokwan.

Errrrmmm..Nabeela, Makcik, Yasmin, arwah Ruly (Allah blesses you, brother!) & sedara side makcik.

All dressed up. Nak pi mana la ni...Kakchak, myself, Aben & Dikman.

Ouuhhh..budak-budak ni gedik ja. Hahah. Syafiq, Seha, Wani & Nabeela.

Ada berlaaaaaammmbaaakkk lagi pics kat rumah pakcik. Banyak gila album. Tapi of coz la I amik pic yang nampak I terpaling comel. Hhahah. Eh tapi yang terpaling comel pun ada banyak lagi. Tak larat nak sambil tengok sambil senyum sampai telinga sebab kagum dengan kecomelan diri sendiri. Kahakahakhakahakhakah.

Ok lah..gelak, gelak jugak. Kerja nak kena buat. Masalah roplah jingga lagi nak kena pikiaq. Eh malas pikiaq lah. Nak buat taktau ja macam takdak perasaan boleh tak? Tapi heartache ni sapa nak heal? Oh sedih.

Tata peaches.