Thursday 30 July 2015

Powow!

Assalamualaikum.

A'ah memang tajuk takdak kena mengena dengan entry pun. Saja ja taktau nak letak apa. Actually taktau nak tulis apa pun. I nak lari dari buat kerja sat ja. Nak muntah dah hadap kerja dari pagi ni. Dah la pagi tadi dah kena peng peng dengan bos. Hadap ja lah kan..kita kerja dengan orang..makan gaji..orang nak kata kita dungu pun dungu lahhhh. Eh tapi bos I takdak la tahap kata I dungu. Hahah. Janji cukup bulan cucuk bank, keluar duit, beli la handbag ka kasut ka sepasang untuk hiburkan hati dan pujuk diri sendiri sebab kena marah hari tu. Hahahha.

Tadi memang rasa macam nak angkat bag pastu keriau kuat-kuat OK BYE! Hahaha. Tapi gue masih waras. Nak mampoih? Esok dah siap cantik-cantik nak pi mana? Sebab dah kena buang kerja. Hahahha. Aik gelak ja dari tadi? Memang orang yang banyak masalah, memang gelak paling banyak kan? Hahahha. Hmmm gelak lagi.

I nak update pasal raya kedua pun tunggu esok ja lah ok. Eh esok tak boleh. Bos dok ada. Taktau nak kena tembak guna pistol apa pulak esok. Pagi tadi guna machine gun. Hahaha. Harap-harap esok peluru habis la. Atau esok takdak target. Huhuhu.

Ok lah I is chow dulu. Nak sambung buat keja. Pam susu hari ni pun production berkurang. Jenuh la Noah esok. Dok nampak lunch time kena balik hantar susu lerrrr.

Ok ok ni betul-betul nak pi berkhidmat untuk negara balik dah. Negara pun taktau dah apa nak jadi. Sakit otak tengok. 

Bye.

Wednesday 29 July 2015

Komik Adiwira NoahKhilfi

Assalamualaikummm

Nah sedikit hiburan di petang hari.

Semoga terhibur :)


Hari Raya Pertama

Assalamualaikummmm

Ha hari ni dah raya keberapa?  Ke 13 ye anak-anak...Ye...baru hari ni nak up cerita hari raya pertama. HAHAHA.

Terimalah...

Raya pertama tahun ni ialah turn mak. Tapi I macam bersyukur juga raya pertama kali ni dengan mak. Memandangkan segala kejadian yang berlaku dalam family I recently, I rasa I perlu ada dengan family belah mak. Yelah dulu pakcik akan ikut kami ronda sana sini masa raya pertama. Tapi sekarang dah tak boleh. Selalu raya pertama kami nanti pi makan tengahari kat rumah pakngah. Tapi tahun ni pakngah dah tak mampu nak prepare apa-apa untuk orang mai beraya. Tapi tradisi tetap diteruskan. Kami tetap pi raya sana sini walaupun skipped a few houses. Side belah arwah abah memang tak dapat nak pi dah. Sebab rumah pakcik & pakngah pun kami dah duduk lama.

Raya kali ni pagi-pagi sebelum sembahyang raya I dah pi rumah mak. Siap-siap semua kat sana.  Dapatlah bergambar kat rumah mak :-)  Dari tudung purple : Mak, Nur Yasmin Qhairiesha, Nor Paina, Khair Benyamin Riqfi, Khalif Iman Hasyiem, Kamaroi Asri & Kamaruzaman. Dihadapan sekali, yours truly.

Ni dah sampai rumah mentua. Sorry lah Mama..sampai ke dalam blog pun guna gambar Mama tutup mata ni. Sebab gambar ni ja yang elok. Hahaha. Ok dari depan : Pakcik Kassim, Mama. Atas kiri : Kamaruzaman, Noah Khilfi, Cameron Diaz, Nuur Azzreen, Izz Zara Adelia, Nur Azzaliyana, Mat Alip & Izz Zayani Zandra. 

And this is my dearest family. Need no introduction dah kot. Pasal background ni kan, memang tiap-tiap tahun lah bergambar dekat tempat yang sama. Haha mesit dah chop nak ambik gambar kat rumah mama berlatarbelakangkan tempat ni. Confirm! Sebab ada kerusi panjang ni lepas tu tempat luas kot. Cantik kan filter ni?

Lepas rumah Mama, kami ke rumah pakngah. Sorry la memang terlupa sungguh nak ambik gambar kat rumah pakngah. Sampai ja anak kecik dah nangis. Lepas tu sibuk mak semua memasak pulak. Hmmm sedihnya bila teringat. Pakngah memang tunggu kami mai sebab nak suruh masak gulai sardin ;(

Dah habis menyusu, I dipaksa makan pulak (memang hang lapaq pun time tu Aida jangan nak drama). Lepas habis makan, anak nak susu lagi. Hmmm merasa la mai beraya rumah orang duduk dalam bilik ja.

Dah selesai rumah pakngah, terus shoot ke rumah pakcik. Haa kat rumah pakcik memang ada gambar. Sebab ramai dok ada berkumpul sana.


With me cousins. Tapi ni bukan semua. Huhuhu.

I tak pernah tunjuk gambar pakcik lepas accident tu kan, ini lah dia. Tapi ni sebelum letak balik tempurung. Sekarang Alhamdulillah dah pasang balik tempurung.

My beautiful Nur Yasmin & her mother...ok la beautiful jugak *matakeatastangandibahu*

Cok Ani & Nur Yasmin (again)

Handsome boy.

 Paparazzi di mana-mana walaupun tengah menyusu.


With Ummi's kesayangan.

Ok lepas dah buat ramai kat rumah pakcik, kami ke rumah terakhir iaitu rumah acu. Tu pun haiyakkkk takdak gambar jugak. Kenapa lah jadi begitu. Eh ada gambar tapi memang buah last punya.

Letih sangat dah rupa dua beranak ni.

Okbye!

Monday 27 July 2015

Hijrah.

Assalamualaikum.

Helloooo.

Cak!

Yes. It's official now. Alhamdulillah I dah ambik keputusan untuk fully berhijab.  I dah simpan niat ni dah lama dah. Eh tak lama sangat. Dalam 2-3 bulan sudah lepas I bersalin Noah. Tapi tak pernah tercapai. Banyak benda I fikir. Kiri kanan. Life I camna kan..Betul bersedia kah I untuk buat 360deg changes? I tetap lagi Aida yang dulu. Aida yang masuk ayaq. Tapi changes yang I maksudkan dari segi pemakaian I, dari segi tempat lepak I and macam-macam lagi lah. Sampai la 2 hari sebelum raya, tiba-tiba terus terdetik ok fine nak pakai tudung start hari raya ni. Terus ajak Kakak I pi beli tudung. Dia pun macam terkejut jugak tiba-tiba adik dia buang tebiat ka apa ajak pi beli tudung. Tapi masa tu Kakak I ja tau. Orang lain sapa pun taktau lagi. Sebab ni baru 2 hari sebelum raya. Taktau nanti sehari sebelum raya Aida boleh dok buat lecey pulak takmau pakai pulak kan. Hahaha.

Ramai yang ingat I hanya pakai masa raya ja. Sebab tu I upload kt IG, FB ampa buat taktau ja kan? Hahahha. Iyaaa ini bukan cobaan...ini betul-betul....

Takdak benda lain yang lebih I perlukan sekarang ni daripada sokongan dari semua orang especially dari orang sekeliling yang rapat dengan I. Bukan la I harap setiap orang puji cantik manjang (eh tapi kalau nak puji, I terima ja seadanya wakakaka). Tapi dari segi sokongan contohnya kalau betul takmau puji cantik, janganla dok carut muka I kata tak elok. Hahahah. Aik macam tak dapat terima kenyataan pulak. Hahaha.

I doakan perubahan I ni dapat memberi impak dalam hidup I, suami I, anak I dan orang-orang sekeliling I. I juga doakan agar perubahan I bukan sekadar hanya menutup kepala tapi secara zahiriah dan batiniah menyeluruh. Kalau I ada tersalah perbuatan atau terover doing it, tolong tegur I. I manusia biasa. Tak sedar akan perbuatan sendiri kadang-kadang. Tambah-tambah dah bertudung ni, banyak lagi I kena betulkan.

Pelan-pelan kayuh.

Wednesday 15 July 2015

Mai la bersembang.

Assalamualaikum.

Hai chuollsss.

Wah lagi 3 hari ja kita dah raya kan? Bulan Ramadhan tahun ni rasa sekejap gilaaaa. Memang tak terasa dah hampir sebulan pun kan. Semua orang dok kalut la tu buat preparation. As for me, preparation biasa-biasa ja tak macam tahun-tahun lepas. Yelah sekarang ni balik kerja samada balik terus sebab Noah, atau pi kat pakcik ja. And now pakngah pulak, tambah satu lagi tempat kena pi. Tapi dalam dok preparation biasa-biasa pun, sadar tak sadar 5 pasang baju raya. Errk. Hewhewhew.

Anyway, the good news is, pakcik dah boleh balik Alhamdulillah. Tapi banyak la precaution steps kena ikut. Doc yang suruh balik. Katanya duduk lama-lama pun buat apa. Tempurung kepala tak boleh bubuh lagi. And dekat ward pakcik tu pulak banyak penyakit berjangkit. Satgi berjangkit benda lain pulak. Better balik dulu nanti baru masuk ward balik bila nak bubuh tempurung tu semula. Alhamdulillah boleh raya kat rumah. Nampak gaya 1st day raya kami berkampung kat rumah pakcik la ni.

Pakngah pulak Alhamdulillah dah nampak ceria balik dah muka. Patah rusuk & retak bahu tu tak boleh buat apa. Kena tunggu heal sendiri. So pakngah dok nak try mintak kat Doc nak balik esok kot. Kalau Doc bagi la. Pakngah pulak pandai berubat sendiri, memang dia nak berubat sendiri la. Kita tengok macam mana. Kalau pakngah pun boleh balik, Alhamdulillah lega juga untuk dia and anak-anak dia.

Untuk I pulak, hmmm seperti tahun-tahun sebelum ni, tetap rasa dalam dilema walaupun kampung dekat sekentut ja. Rasa serba salah nak pi rumah yang mana and bila. Hadoi la. Tengok la lagu mana. Memang dah ada plan dengan Hubs tapi tengok juga pada keadaan kot. Satgi kita dah plan-plan tengok-tengok rumah sana ada orang mai ka apa ka, terganggu dah plan.

Apa-apa pun, esok I dah start cuti dah. Rabu depan pulak baru naik balik kerja. Dikesempatan ini, saya, Nooraida Binti Md Noordin dan suami, Kamaruzaman Bin Kassim, dan juga si anak bujang kami, Noah Khilfi Bin Kamaruzaman, menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika disepanjang perkenalan kita, kami ada mengguris hati siapa-siapa. Kadang-kadang kita tak sedar kita berkasar dengan orang sebab kita anggap penerimaan semua orang sama macam kita. Personally, saya juga ingin memohon maaf jika disepanjang penulisan saya ini, saya ada terkurang atau terlebih bahasa. To those who will be on the road during this festive season, please be safe & I pray that you will reach your destination sound & safe.

Image result for aidilfitri khat design 2015

oknaktrymintakbalikawalbye

Monday 13 July 2015

Hebat sungguh dugaan Ramadhan tahun ni

Assalamualaikum.

Sekali lagi family I dikejutkan oleh berita yang kurang menyenangkan tengah malam semalam. Pakngah pulak accident semalam. Nak elak dari orang Vietnam mabuk jalan kaki, Pakngah yang had to suffer from 3 broken ribs & 2 broken fingers. Ya Allah..hebatnya dugaan kami.

Lagi berapa hari ja nak raya ni. Macam-macam pulak jadi. Lepas satu, satu. Dua orang lelaki yang rapat dengan kami pula tu. Lepas arwah Abah meninggal, Pakcik & Pakngah la yang banyak jaga kami. Pak menakan yang lain pun of course jaga kami tapi terpaling terasa ialah dua orang ni sebab kami duduk serumah dulu kat kampung Tanjung Tokong. Sampai I umur 23 kot baru pindah masing-masing duduk rumah sendiri. Bayangkan la you had lived with the person for almost all of your life, how close you are. Adeh.

Taktau dah nak tulis apa. Because I hari ni macam weng sikit. Tak boleh nak fikir straight sangat. Tapi bab kerja of course I kena up to the notch kan. Susah hoi nak balance.

Apa-apa pun, I nak minta jasa baik semua orang untuk tolong doakan Pakngah I, Wais, semoga Pakngah cepat sembuh. Doakan juga Pakcik I, Hazalee, agar segala urusan Pakcik untuk kembali seperti normal berjalan lancar. Dan juga doakan juga kesejahteraan kami sekeluarga, semoga tiada lagi apa-apa berlaku. Aammiin.

Thursday 9 July 2015

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum..

Tinggal 8 hari saja lagi sebelum kita semua menyambut Syawal. Camna puasa ampa semua? Semoga Barokah. Gitu.

Lama kan I tak update apa-apa? I taktau where to start. Banyak nak cerita tapi by the time buka laptop, start nak menulis, terus blank otak ni. Entahlah..mungkin ini Ramadhan yang paling menguji.

Ramai mungkin yang hanya nampak kegembiraan yang I tunjuk. Ramai mungkin tak tahu apa keluarga I sedang hadapi. Ramai mungkin yang tahu tapi ingat I especially rasa biasa-biasa saja. Ramai mungkin tak tahu apa yang I sembunyikan.

  Pada Ramadhan ke 12, 29 June 2015 yang lalu, satu tragedi telah mengejutkan keluarga kami. Petang tu my sister call nak tumpang balik. Sebab kami semua buka puasa rumah mak itu hari. Supposedly lah. And then lagi sekali my sister call cakap pakcik I accident. Kami ingat biasa-biasa ja. I terkejut juga tapi macam OK..takdak apa-apa kot. Masa tu I dah tau pakcik dekat Pantai Hospital. Sekali lagi I rasa takdak apa-apa kot. Maybe luka-luka saja and sebab masih dalam waktu kerja, so depa bawa pi Hospital terdekat lah. Maybe I was in denial kot. And then sekali lagi kakak I call ajak pi hospital sebab katanya makcik I dok nangis-nangis dah. Terus I was like duhhh serious ka ni? 

Sepanjang hidup pakcik I, dia memang dengan motor saja. Rasanya dia start ada kereta pun dalam 10 tahun yang lepas. Even then, dia lebih prefer to travel dengan motor. Pi mai pi mai dengan motor. Ada la sekali dua pakcik jatuh motor tapi takdak apa pun. Pakcik keja messenger STAR Newspaper. His work pun demands him to be on the road a lot. Siapa tau benda dah  nak jadi this time....

My sister dengan myself pun gerak ke Pantai. Masa dalam kereta, we got to know from Abg Karl (he was already dekat hospital) yang pakcik kena scan kepala. Ok...maybe nak check gegaran ka apa ka. And then dapat lagi news pakcik dah dimasukkan ke ICU. ICU. Apa your first impression bila dengar ICU? Of course la kritikal ka? I terus lemah lutut tapi I have no choice but to keep driving. Air mata ni tak boleh control dah. My sister dok kental lagi masa tu. I ni ja dok srett srettt dah lap hingus. Ya Allah Kau hindari lah pakcik aku dari perkara-perkara yang tak elok. Aku berkhatib di dalam hati. 

Bila memikirkan wajah makcik & Nabeela, sekali lagi aku lemah. Ya Allah..betapa depa bergantung harap pada pakcik. Nabeela is the only child. Manja in her own way. Depa tak punya sapa-sapa selain seorang mak, seorang abah & seorang anak. Walaupun kami pernah hadapi kehilangan yang maha dasyat dalam hidup, tapi sekurang-kurangnya I ada mak, ada kakak, ada adik, ada suami, ada anak-anak sedara masa tu. Again, literally, I tersungkur ke tanah. Ya Allah...jangan la ada apa-apa serious. 

Sampai ja kat hospital, ramai dah ada. Kami pinjam bahu yang lain untuk menumpang kesedihan. Kami pinjamkan bahu kami untuk yang lain mengadu perasaan. Abg Karl mula bercerita rupanya kepala pakcik terhantuk kuat di konkrit menyebabkan keretakan di tempurung kepala pada 2 tempat. Kat atas kepala and somewhere bawah telinga. Melalui x tray, ada nampak 2 darah beku. Ya Allah betapa sayunya keadaan waktu tu. Tapi I cekalkan hati nak juga masuk tengok keadaan pakcik sendiri. Pakcik tak sedarkan diri masa I masuk tu. Mungkin kesan ubat. Doc bagi ubat tahan sakit I rasa. Pakcik sedar juga sikit-sikit bila I pegang tangan dia and panggil-panggil dia. I tanya "sakit ka pakcik?" dan pakcik hanya mampu angguk dan jawab "hmmmm". Makcik & Nabeela belum sampai lagi masa tu. Nabeela balik kerja pukul 6pm. Traffic pulak gila jem hari tu. Sesampai nya depa kat hospital, kakak I dah tak boleh tahan dah. She burst into tears hugging makcik. Tapi apa yang I nampak, makcik is the strongest lady masa tu. Dia nangis tapi tak meraung or even weeping. Ya Allah terima kasih kerana pinjamkan kekuatan sedemikian untuk makcik. Nabeela on the other hand....Allah sedihnya to even cerita about it.

Allah Taala saja yang tau perasaan hati ni bila tengok keadaan pakcik terlantar macam tu. Tak pernah I tengok pakcik dalam keadaan terpaling sakit macam tu. Pakcik was a strong healthy man Alhamdulillah. Ada la sakit-sakit pening kepala dia sikit-sikit tapi nothing like this before. Pakcik la orang yang boleh diharap kalau kita ditimpa kesusahan or kesulitan. Pakcik jugak lah yang ada diwaktu senang, bergelak tawa, buat orang gembira dengan telatah loklaq dia. Ya Allah aku pohon padaMu, Kau pulihkan lah pakcik seperti sediakala. Aamiin.

Malam tu jugak Doc decided to buat MRI. Nak tengok the status of darah beku tu. Unfortunately, darah beku makin merebak. And that Doc terpaksa buat surgery to remove sikit tempurung kepala to let the brain breathe and bagi ada ruang untuk pembengkakkan tu. Allah susah hati I Tuhan saja tau. I dah balik rumah lewat malam tu. Sebab mak I bawa Noah pi hospital. Tak elok la for him to stay dekat hospital lama-lama kan. Alhamdulillah the surgery went well so now just waiting for pakcik to recover so boleh letak balik tempurung kepala tu.

Doc kata  pakcik must have felt so hard on the concrete causing retak jenis macam ni which bukan boleh happen saja-saja. Actually semua orang taktau what had actually happened. Based on the assumptions, tayar depan motor pakcik pecah. So pakcik lose control and terbabas ke divider tepi jalan tu. Helmet pulak unfortunately pakcik pakai helmet yang kura-kura tu. Dah berpuluh tahun dia pakai helmet yang sama. Pakcik memang ada dah dok cerita kat kawan-kawan dekat rumah dia recently yang tayar depan dia tu bocor. Instead of tukar the whole tayar, pakcik cuma pi tukar tiub dalam ja. I think he was just out of luck that day. But no. I cannot say that actually. He was left with a little bit of luck that day that he managed to still survive till this day. Alhamdulillah. 

Hari ni, after 11 days, pakcik in Shaa Allah akan ditukarkan ke wad biasa. His condition is improving from day to day. Doc kata pakcik mungkin akan tak ingat or lambat sikit untuk ingat benda-benda yang baru terjadi. Hanya memori lama yang dah memang ada dalam ingatan dia saja dia akan ingat. Alhamdulillah he remembered us all. Pakcik juga boleh sembang macam orang biasa cuma lambat sikit la for him to process & response. Tapi yang lebih miracle nya, banyak juga benda yang just happened, pakcik ingat. Contohnya dia tau dia dah mandi, kat mana toilet, kat mana nak amik tisu..Nurse dah pelan-pelan bawa pakcik jalan-jalan. At least jalan ke toilet untuk mandi. Oh we are so grateful! And pakcik juga still lagi dok sebut tagline-tagline dia such as "ermm mampoih aku" & "takdak aku ampa susah". Well, not quite something positive but at least we know pakcik is still pakcik :-)

Besarnya dugaan yang Allah turunkan pada pakcik, makcik, Nabeela dan kami semua pada bulan Ramadhan ini. Terbukti juga Allah Maha Mendengar especially doa dalam bulan Ramadhan. I'm sure ramai orang berdoa untuk pakcik & Allah has proved that He listens. Allah bangkitkan pakcik, Allah kuatkan semangat dia to fight for survival, Allah kuatkan anak beranak dia, Allah permudahkan urusan kami semua. Ya Allah kalau nak list segala benda yang kami patut bersyukur, memang tak habis kat sini. Aamiin Aamiin Alhamdulillah terima kasih Allah.

Cuma apa yang kami adik beradik ni dok fikir & takut ialah, takut nak hadapi hari raya nanti. Kami dah terbiasa pakcik yang sediakan everything untuk persiapan menziarah kubur. Dari membeli bunga, asingkan bunga, sediakan air mawar berbotol-botol, bersihkan kubur sebelum raya, call setiap orang setiap masa malam sebelum raya and on the pagi raya itself just to remind everyone jangan lambat pi kubur nanti nak sembahyang raya, segala-galanya lah. Siapa nak buat benda tu this year? Allahhhh lemahnya hati I bila fikir. Bukan sebab kami tak boleh buat benda-benda tu tapi tidak kah akan terasa kelainannya apabila pakcik takdak? Pakcik juga orang pertama akan sampai samada kat rumah mak or kat rumah mama hari pertama hari raya tu. Sebab dah jadi tradition kami semua akan menziarah rumah ke rumah first day raya bermula dengan rumah mama or mak, depending on kat mana I ada pagi tu. Kadang-kadang pakcik akan terus pi rumah mak konvoi dari sana. Would it be the same this year? Sure it wouldn't be the same.

Mak  :  Lee, ingat Allah...
Pakcik  :  Ingat..aku pun nak balik kat Allah....