Wednesday 21 December 2016

STIFIn



Assalamualaikum..

Semalam we ols ada meeting dengan STIFIn. STIFIn ni ialah satu consultation company untuk personality test, how you can improve your relationship with the people around you using the personality type and so on.



 Sila google :-p



Anyway, I nak cerita pasai I ja. Kekekeke.



Depa test guna my 10 fingerprints ja. Tak payah nak jawab-jawab soalan pangkah kertas bagai. Wah eksyen. Itu profiling test kan. Ini lebih kurang but katanya more accurate. Wallahualam. Kalau nak lebih accurate, boleh hantar buat DNA test. RM100k sorang. Mampoooo.



Dalam tengah dok meeting tu, result pun keluar. Siap buat acara penyampaian sijil lagi. Huhuhu. Poyo-poyo jaaa. Nanti I dapat gambar, I share di ruangan ini ya. Nantikannnn…



Dalam genetic kita, ada 5 jenis personalities. Setiap orang akan ada 1 jenis personality yang dominant. Sama ada Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling & Instinct. Dan personality ni semua terletak di 5 bahagian dalam otak kita. Sila rujuk gambarajah di bawah:




Blood type kita pun menentukan jugak personality type kita. Tapi bukan la dominant. Itu ialah our split personality sebenarnya. Dominant personality kita akan conquer yang blood type punya tu. Faham tak? Tak faham sila contact STIFIn dan mintak nak buat test & consultation sekali. Hanya bayar RM250 saja. Kahkah bara dak?



Nak tau result I apa? Jeng jeng jeng….

 


THINKING EXTROVERT (Te) 👍





Mempunyai wawasan ok? 😂





Tak setuju pulak rasa..😝



Untuk result melalui blood type ni, kan I cakap personality yang dominant akan dominate personality dari blood type ni. Contoh I sendiri my dominant personality is Thinking. And my blood type personality is Intuiting. Orang Thinking banyak guna logic. Dan orang Intuiting ni jenis kreatif. Ada saja nak mereka. So bila I kata yang dominant akan conquer the other one ialah contoh I wanted to be creative. I nak mereka or there’s something new that I want to create. But my dominant part that is Thinking (Logic) will stop me every time if benda yang I nak create tu memang pada logic I tak membawa kebaikkan or faedah. Tapi I perasan benda ni betul bila I dah matang sikit. Dulu pun ada personality yang ni tapi jenis darah muda kan. Faedah ka tak kisah pulak aku kan? Buat dulu baru fikir consequences. Tapi as I grow older, I kenal myself better. So the test result is somehow accurate with me.



Actually personality kita yang ditanam dalam genetic ni tidak akan berubah dari masa kita dilahirkan sehinggalah kita meninggal. Cuma apa yang akan membezakan sikit ialah our environment, our upbringing and what not.



“Appearances make impressions but it is the personality that makes an impact. Strengthen your personality to leave a strong impact”.

🙏🙏




Tuesday 13 December 2016

Berat Naik

Assalamualaikum.

Huwa berat naik agak membimbangkan. Hari ni timbang dah 51.5kg. Ya ya I know some people will read this dengan mata hitam naik atas sangat-sangat, tangan di bahu. Berat banyak tu pun nak kecoh katanya. Huhu..jangan la compare iols dgn uols...Berat I tak cecah 50kg pun sebelum ni. Yes lepas bersalin Noah pun I pulun nak maintain bawah 50kg. Ada ketika berat at 52-53kg. Tapi I berusaha untuk keep it uder 50kg. 

And I berjaya. 

I makan buah ja for dinner. Memang berkesan for me guys. Berat I maintain 49-49.5kg ja. But bila dah selesa dengan berat tu, mula la rasa nak makan nasi. Cheat day 1 jadi cheat day every day dah. Nak nak lagi bila Mak & Mama masak nyummylicious sangat. Mana boleh katakan tidak. Itu memang masalah. Balik kerja konon dah beli buah. Sampai ja rumah Mak/Mama bukak tudung periuk tengok gulai daging. Dayyyuumm! Makan jugak sepinggan. Fine tukar strategi. Masa on the way balik dari kerja dalam keta makan buah siap-siap dah. Kononnya balik nanti dah kenyang so tak makan nasi. Sekali tengok lauk-pauk dah terhidang elok ja depan mata. Bubuh jugak nasi sepinggan. T__T

Lagi masalah bila kerja I sekarang tak berapa sibuk macam dulu. Dulu nak kencing pun kena curi-curi. Sekarang ni ulang-alik toilet kadang-kadang sebab mengantuk ja. Blerghhh. So far memang takdak projek lagi untuk I. Ada pun special projects yang tak bertuan. Dapat ja email yang macam tu, memang I tau dah tu kerja I. Terus ja I buat. Oleh itu, banyak la masa terluang. And I isi masa tu dengan MAKAN. I DEMERIT MYSELF FOR THAT. Mesti kena mengunyah ok. Richese Cheese Wafer, maruku, mentos, roti bakaq..ini semua adalah menu-menu wajib saya di masa senggang. 

Lagi masalah sebab I am craving for sweet stuff. Mulut ni nak benda manis-manis. Kek, biscuits, teh ais, milo ais, nescafe ais. Awat I jadi lagu ni ha?

Lagi lagi lagi masalah bila tiap-tiap malam sebelum tido I kena minum Nescafe Caramel Latte 3 in 1. Dulu punya la I sekolahkan Hubs minum 3 in 1 ni jahat. Sebab dalam tu ada creamer. Creamer kan fattening. La ni? I sendiri yang addicted. Haamagaaddd. 

HELPPPPPPPPPPPPPPP.

Wednesday 7 December 2016

Topik EraFM

Assalamualaikum.

Tadi pagi on the way mai kerja dengar EraFM. Topik  hari ni buat I nak tergelak sebab very common sangat dengan dunia sekarang. 

"Apa reaksi anda apabila ada orang lain menggatal dengan pasangan anda?"

Kahkahkah.

Eh tak paham kenapa gelak 😋😋😋 

Ni semua bermula dengan cerita ada pompuan ajak Airiel Zafran (not sure if I spelled his name right) kahwin and sanggup jadi bini nombot 2. Airiel layan-layan gitu je la sebagai peminat. Last-last Wawa Zainal pulak jawab but she handled it nicely la takdak meroyan tak tentu hala. Nama pun retis kan. I rasa lagi banyak dan macam-macam yang depa pernah faced. Tu yang chill ja tu. Cuba kalau kita? Hahhaha.Kalau ampa nak tau cerita penuh, pi la cari kat facebook sana. Belambak ada.

Kalau tanya I personally, perempuan tu secondary kot. Primary yang akan kena marah ialah my own bf/tunang/husband. Sapa suruh melayan? Kalau tak layan, tak jadi. Macam Airiel tu takpa la dia tu artis. Tak layan pun orang mesti dok feeling-feeling kat dia. I tau la I sikit punya feeling ka kat Adi Putra. Hahaha. Tapi kita ni takat rakyat marhaen ni, kalau tak layan takkan nak jadi sampai macam tu kan?

Tak kira lah kawan lama ka, kawan tempat kerja ka, baru kenal ka, prospect ka, clients ka, customer ka or apa-apa ka....lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan. Lain jadinya nanti. Kita semua boleh cakap yang kita tau limit kita takat mana. Let me tell you 1 thing. BULLSHIT. Sekarang kita tau la but once benda tu jadi routine, eh rindu pulak si polan tu tak tanya harini makan apa..

Secondary baru la rasa nak marah orang ketiga tu..sebab kadang-kadang perempuan ni yang merelah even dah tau laki tu ialah bf/tunang/husband orang, tetap jugak lah nak melayan. Nak berwhatsapp, nak komen-komen kat social media. Tak perlu hoccay. Please go find someone else. Kalau laki tu pun gatai jugak, you're the one who should have stopped it. Jadi perempuan ada maruah sikit ok?

Ini pendapat I ja la. Mungkin some of you tak setuju sebab mungkin  you jenis tak kisah your partner berkawan dengan siapa-siapa pun sebab you have 100% trust. Too bad, I never trust anyone 100%. Pernah I trust orang 100% tapi I was betrayed. 

High-end cokodok. Tiba-tiba.


Thursday 1 December 2016

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum..

A big fat Alhamdulillah untuk kehidupan I sekarang. For everything revolving around me now.

Bermula dengan perkara paling I bersyukur. Noah Khilfi. Alhamdulillah untuk seorang anak yang semakin membesar dengan bijak, kuat & sihat. Alhamdulillah. Sebagai seorang ibu kepada a prem baby, I tak pernah nak expect perkembangan Noah sama dengan budak-budak normal yang lain. Kalau you all memang dok baca blog I, you all akan tau my stand on this. Been repeating it a lot. Teehee. I let Noah be Noah. Tak pernah nak stress tengok anak orang lain dah boleh berjalan tapi Noah belum (dulu la..skarang dah berlari 😁). Ada budak baya dia dah boleh bercakap now tapi Noah still baby talk. But I see a lot of improvements dekat Noah. Such a bubbly baby. Cakap banyak hoi. Tapi peel dia kalau depan orang yang dia tak kenal memang dia kurang bercakap. Only around people he is comfortable with ja dia cakap banyak. Pandai dah nak drama-drama skarang. Banyak benda kalau dia nak buat, dia akan make sure Hubs & I pun ikut dia buat. Heheh cute. Stress jugak kadang-kadang kita tengah buat benda lain or dah mengantok sangat tapi dia tetap tarik tangan suruh duduk dengan dia main trains 😑 But not complaining though. Alhamdulillah that he can show his expressions! Such a miracle baby. Oh and Noah panggil I mommy ok instead of Ummi 😏 But I will make sure he calls me Ummi jugak. Heshtekketegaq.

So much 💓💓💓 for this Apek.

Alhamdulillah untuk masa yang sentiasa cukup untuk family I sekarang. Balik rumah dari office means no more office work for me. Phewwwww. Setelah berapa tahun tak dapat rasa macam ni. Weekends pun Alhamdulillah setakat ni tak perlu la buka laptop. Kalau dulu memang siap boleh tak jadi pi kenduri. Sebab ada benda nak kena submit last minute. Dulu I balik kerja I memang tak dapat focus dekat Noah or Hubs pun. Sebab I asyik tengok handphone. Be it kerja office or apa ntah yang I dok belek kat fon tu. But now, I BANYAK dah letak fon sebelah & more focused to the things and people around me. Faktor umur mungkin 😋


Walaupun tak mewah, I tetap bersyukur makan minum pakai I cukup selama hari ni. And paling penting, I dapat bagi anak I hidup senang. Mungkin tak mewah dan tak boleh nak bagi barang-barang branded to my little boy tapi cukup la dengan dapat merasa apa yang some people tak dapat rasa. I tak kisah pun nak pakai baju RM10 (lagi sukaaa sepppp) or nak bagi Noah sendiri pakai baju RM10. Asalkan sedap mata I memandang. Mata ampa apa aku kisah? 😝😝 Makan minum pun Alhamdulillah dapat jugak merasa seminggu sekali makan kat kedai selesa sikit. Tapi bab ni, I memang bersyukur sangat sebab weekdays dah sep duit makan kat rumah Mak or Mama. So weekend memang boleh la nak spend lebih sikit on food. Cuba kalau kami jenis ambik anak terus balik masak chong cheng chong cheng, mesti la weekend pun tak dapat nak spend lebih sebab tiap-tiap hari dah berbelanja untuk food for dinner kan. Syukurrr aturan Allah tu cantik sangat.

Oh my tender juicy Tennessee Steak. Tapi I dah tak boleh makan steak I rasa. I perasan everytime I makan mesti jadi angin kat hulu hati. Pastu nanti I tak lalu nak habiskan. Rooogiiii 😫
 
And paling bersyukur jugak ialah when I got transferred to Education & Human Capital Division. I am so ever grateful for a lot of things. Dah dekat 4 bulan I kat sini & tak pernah lagi sehari I rasa stressed out. Mungkin juga sebab I belum dapat projects apa-apa lagi. So I will sit back & embrace the moment dulu la kan. Love. No more late night work phone calls, whatsapp messages, emails that need to be attended to promptly, the nerve wrecking feeling everytime the email comes in because the only thing that goes into my mind all that time was "what now?". Entah la maybe that position doesn't suits me maybe. I just doesn't have that chemistry with "the work". Ok I'm going to stop now. Taknak nanti ada yang terluka. LOL. 😜😜

During one of my working trip @ St Regis Langkawi.

ALHAMDULILLAH.
🙏🙌



Adios my LoVe

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran. Rasa macam nak share hari tu rumah I kena masuk pencuri. Tapi bukan jenis yang angkut TV, peti ais bagai. Ni jenis ambik benda-benda kecil yang I memang tak perasan langsung. Dia/depa leave no marks at all! Memang benda-benda lain langsung tak bersentuh. Sampai la pagi tu I nak pi kerja, I nak ambik my lipstick dalam bag yang I bawa hari Isnin. Masa I cari ni ialah rabu dah. Cari punya cari mana laaaa bag ni. Merata ceruk cari. Memang dari malam selasa tu lepas balik dari kerja bag tu dah takdak kat tempat I letak. But I thought Hubs has kept it dekat tempat gantung bag. I pun tak tertanya dia. 

I teruskan keluar juga hantar Noah pi rumah mak. Then Hubs called & bagitau confirm rumah kena masuk dek orang. Sebab habis jam-jam kami semua dah takdak kat tempat letak jam. Damn! Semua jam-jam tu ada sentimental value kot. :-( And bag yang kena gagau tu is my LV! Louis Vuitton guyssss. I dok ingat that was the first & last I akan berpeluang owned an LV. Sedihnya jodoh tak panjang. Sangat sedih. Bodoh punya penyamun. Jam-jam pun dia ambik semua tak koman punya. Dia tinggal kat I Ice Watch ja. Hareeyyyy betoi.

Tapi I bersyukur jugak dia tak ambik bag-bag yang lain sekali. Bayangkan dia angkut semua, the total lost would sum up to thousands! Ini pun almost RM10k kami rugi. Jam Hubs 1 & jam I 3 tau yang hilang :-(

So we figured out that dia/depa masuk masa waktu kerja sebab time tu memang kawasan rumah I sunyi sepi. Semua yang tak kerja pun pakat-pakat duduk dalam rumah diam-diam. And this people must be somebody yang tau their way around the premise. Kami tengok CCTV dalam lift (sadly hanya ada CCTV dalam lift saja) sampai nak terkehel lehaq. Memang takdak nampak la my bag or apa-apa yang suspicious. Perampok ni masuk ikut our birdcage. Gila tak gila, untuk nak kerabat masuk birdcage kami, you kena langkah dari the wall edge at the corridor. Tu kalau jatuh memang express highway terus ke level bawah sekali and to hell. My house tingkat 25 tau. Hati kau keras Roy! Awat la tak mampoih ja?

Above all that, I am also very thankful & grateful that masa penyangak ni masuk, I wasn't home. Imagine I was home dengan Noah? Gesshhh takmau imagine lah :-(

And then 2 hari lepas rumah I, rumah on 11th floor pulak kena masuk pencuri. Same MO. Owner hilang RM10k cash. Oh lupa. Masa I pi lodge police report tu, police tu bagitau pagi tu pun ada owner mai buat report keta kena pecah. We were like wadefakk.

Here we are thinking that rumah kita kalau ada security guard, it would be safe. The truth is, no where is safe anymore in the world that we are living in now. So be safe everyone, wherever you are & wherever you might be.

*Hugs*