Thursday, 1 December 2016

Adios my LoVe

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran. Rasa macam nak share hari tu rumah I kena masuk pencuri. Tapi bukan jenis yang angkut TV, peti ais bagai. Ni jenis ambik benda-benda kecil yang I memang tak perasan langsung. Dia/depa leave no marks at all! Memang benda-benda lain langsung tak bersentuh. Sampai la pagi tu I nak pi kerja, I nak ambik my lipstick dalam bag yang I bawa hari Isnin. Masa I cari ni ialah rabu dah. Cari punya cari mana laaaa bag ni. Merata ceruk cari. Memang dari malam selasa tu lepas balik dari kerja bag tu dah takdak kat tempat I letak. But I thought Hubs has kept it dekat tempat gantung bag. I pun tak tertanya dia. 

I teruskan keluar juga hantar Noah pi rumah mak. Then Hubs called & bagitau confirm rumah kena masuk dek orang. Sebab habis jam-jam kami semua dah takdak kat tempat letak jam. Damn! Semua jam-jam tu ada sentimental value kot. :-( And bag yang kena gagau tu is my LV! Louis Vuitton guyssss. I dok ingat that was the first & last I akan berpeluang owned an LV. Sedihnya jodoh tak panjang. Sangat sedih. Bodoh punya penyamun. Jam-jam pun dia ambik semua tak koman punya. Dia tinggal kat I Ice Watch ja. Hareeyyyy betoi.

Tapi I bersyukur jugak dia tak ambik bag-bag yang lain sekali. Bayangkan dia angkut semua, the total lost would sum up to thousands! Ini pun almost RM10k kami rugi. Jam Hubs 1 & jam I 3 tau yang hilang :-(

So we figured out that dia/depa masuk masa waktu kerja sebab time tu memang kawasan rumah I sunyi sepi. Semua yang tak kerja pun pakat-pakat duduk dalam rumah diam-diam. And this people must be somebody yang tau their way around the premise. Kami tengok CCTV dalam lift (sadly hanya ada CCTV dalam lift saja) sampai nak terkehel lehaq. Memang takdak nampak la my bag or apa-apa yang suspicious. Perampok ni masuk ikut our birdcage. Gila tak gila, untuk nak kerabat masuk birdcage kami, you kena langkah dari the wall edge at the corridor. Tu kalau jatuh memang express highway terus ke level bawah sekali and to hell. My house tingkat 25 tau. Hati kau keras Roy! Awat la tak mampoih ja?

Above all that, I am also very thankful & grateful that masa penyangak ni masuk, I wasn't home. Imagine I was home dengan Noah? Gesshhh takmau imagine lah :-(

And then 2 hari lepas rumah I, rumah on 11th floor pulak kena masuk pencuri. Same MO. Owner hilang RM10k cash. Oh lupa. Masa I pi lodge police report tu, police tu bagitau pagi tu pun ada owner mai buat report keta kena pecah. We were like wadefakk.

Here we are thinking that rumah kita kalau ada security guard, it would be safe. The truth is, no where is safe anymore in the world that we are living in now. So be safe everyone, wherever you are & wherever you might be.

*Hugs*

No comments:

Post a Comment