Monday 21 April 2014

My kind of weekend.

Assalamualaikum...

Hmmm baru dapat update. Busy toksah kata la. Dah dapat kerja baru ni...errmm...ntah susah nak cakap happy ka tak. Lets not go there lah.

Anyway, how was your weekend? Ececehhh tanya kat sini macam la ada orang nak komen "my weekend was awesome!" pppuiii. Paling kuat pun ampa jawab dalam hati ja kan? Tu pun jawab "toksah dok sibuk boleh dak?" Aku tauuuuuuuuuu.

Mai la I cita pasal my weekend ok? Takmau tau pun nak bagitau. Ermmm tak paham pasaipa aku dok cari gadoh dengan orang hari ni. 

Sabtu lepas pagi dah keluar dengan mak. Bawak mak pi lunch kat Awet Muda. Sedap gilas makan lauk-lauk kat situ. Tapi a bit pricey la. Makan 2 orang, RM30. Tapi tak kisah sebab murah and mak teringin :) Lepas tu sepatutnya appointment dengan Ratu at 12.30pm. Oh sepupu I nak kahwin December ni. I dengan my sister dah dilantik jadi event organiser oleh my aunty, acu. So kami kena la p sana sini untuk survey. Last week acu ada bawak pi satu butik pengantin kat Bukit Gedung. Or should I say store butik pengantin? Nightmare ok? Nightmare! Then I decided nak try Butik Ratu kat Bayan Baru. So we did went to Ratu last Saturday. And as I had expected, memang package yang diberikan sangatlah memuaskan hati. And I know Ratu's work. Memang reliable. Sekarang ni, depa tengah buat promotion. Sempena 1st year anniversary. Macam package yang acu I dapat, untuk pelamin, decoration meja makan beradap, walkway, arch, meja kek, red carpet, mekap 1x, baju sepasang, hand bouquet, hanya RM3500. Gila tak? Layanan pun best ja. Tak macam butik nightmare tu. Tanya apa semua takdak. I mean gambar pelamin-pelamin baru, contoh-contoh baju. Takdak uols. Dalam butik dia tu banyak barang-barang lama ja. Tak suka. So Acu dah decided nak ambil kat Ratu ja. Senang keja iols. Hihihiihi. Habis kat Ratu, bawak mak pi Kamdar cari kain untuk raya. Sekarang ni kena pi upah awal dah uols. Kalau tak, tailor takmau ambil dah. Kegilaan apakah ini? I tahun ni tak buat dah. Dah banyak yang pakai sekali ja. Kalau tak tahan daulat sangat, beli siap ja nanti kalau ada rezeki lebih. Dah settle semua, hantar mak kat rumah kak then I balik mandi manda sebab malam tu nak ikut Hubs pi Ipoh for bike delivery :)

Hari ahad pula, we had a lunch appointment. Dengan Kak Nissa, Abg Joe, Hassan & Ikha. Ya Allah rindunya I kat orang-orang ni. Lama gila tak jumpa. Patutnya ada lagi yang lain. Kak Shaz & Jijah tak dapat join. Ohh Jijah kan, dia banyak ada jugak dalam my other circle of friends. Sebab kami jahat sama-sama dulu. Lani dia dah baik. I ja dok jahat ada belen-belen sikit lagi. Kekekeke. We had lunch di Loke Thye Kee. Chinese restaurant dekat Penang Road. Abang Kak Nissa keja situ. Tapi I macam konfius sikit sebab tu Chinese food tapi lauk dia yang terbaik adalah kari kepala ikan merah! Kami makan special skit. Ala carte. Selalunya lunch situ serve buffet. Makan-makan ni sempena Kak Nissa balik Malaysia sat. Dia berada di luar kawasan buat masa ni. Lokasi dirahsiakan. Hahah poyo.

Before makan, kami lepak kat atas bumbung which was very niccceeee. Tapi depends on your crowd jugak. My crowd was so happening yesterday. Membuatkan tempat lepak tu bertambah best. When the food were ready, turun 1 tingkat untuk makan. Which the food was oh-to-the-some! Lepas makan, naik semula sambung lepak sambil tengok orang dok "meniaga" siang-siang hari. Betoi uols...nanti ada 2-3 orang pompuan duduk kat tangga jejantas komtar tu, then dok tawar menawar. We even witnessed jual beli yang berjaya. Well, it only last for 15 mins. Tapi memang gila lahhh. In a broad day light kot!

Jom tengok gambar-gambarlah ok? I nak sambung buat keja lepas ni. Rindu blog :(

Masa kami baru sampai parking kereta kat Loke Thye Kee tu, depa baru nak lalu buat last respect untuk Mr Karpal Singh. I don't idolize him or anything but as a human being, I feel sad. It gave me goosebumps & sebak gak kot.

 Abg Joe, pertama kali memegang monopod, tuan punya tanah, pemilik tuan punya tanah, Hassan & Kak Nissa.

 Cinta tiga segi.

 My favorite abang.

 "Jom p dok kat luar buat photshoot guna monopod hang", kata Hassan kepada diriku. Maka terhasil lah gambar ini.

Ampa nampak tak makanan ni semuaaaa??? Tertelan air lior aku tengok ni pun. Apa-apa pun, wajah Hassan explains it all. LOL.
 Sesi lepak di atas bumbung. Hadek Ikha dah sampaiiii. Punya susah la nak jumpa budak kecik ni la ni semenjak berchenta ni kannnnnnnnnnnnnn.
Aaaaahhh Rinduuuuuuuuuuuuuuu.

Eh itu ja.

Best tak weekend iols? *flipshair*

Monday 14 April 2014

Rambut

Assalamualaikum.

Rambutku sudah selamat dipotong. Sekian.

Eh tak sekian lagi. Takkan la sebaris ja ayat. Baik update status kat FB ja. Heheheh. Hari tu kan I dok merongot rambut rosak la apa la. Then I managed to get a good deal kat Groupon untuk hair cut, wash & double treatment. All that for RM25 only! Hehehe. Memang I loike. Tapi macam biasa lah, kat sana mesti depa dok recommend itu ini kat you. I berjaya tepis kali ni. Selalunya I akan terpengaruh. Eleh ni pun berjaya tepis sebab memang duit kurang. Hahah.

Tapi agak menyesal jugak sikit-sikit. Satu sebab I gedik pi potong fringe pendek sikit. Pastu I sendiri ni yang rimas. Dok mai kot depan. Senget dah kepala sebelah ni. Kedua sebab I dah pi buang yang bahagian bawah yang rosak-rosak tu semua. Bahagian tu yang ada warna & perm sikit lagi. Now my hair is back to normal. Straight macam bulu penyapu. I donch like! I rasa macam Indon plak rambut straight depan & belakang. Hair stylist smalam tu recommend kat I suruh buat perm sikit rambut depan. Kalau ada budget lebih, perm jugak kat belakang. Memang idea dia tu sangat menarik. Ingat nak perm terus rambut depan tu semalam. Tapi kekangan masa I dan jugak dia. I dok rushing nak ambik Hubs kat Mount Erskine dia pi ride. Stylist tu pun ada appointment gak lepas I. So dia suruh mai lain kali. Oh ya, I pi dekat Aviation Professional dekat Jalan Kelawei. Sebelah Paragon. Ok la tempat dia not bad. Mula-mula tu depa macam agak racist kat I. Tapi biasa la, bila kita speaking berabok sikit baru depa nanti merenyeh.

Masa nak balik tu I dok heran pasaipa banyak sangat bas persiaran parking depan saloon & sepanjang jalan depan Paragon tu. Takkan la orang mai buat rombongan punya awai & punya ramai pi Paragon kot. Rupanya ada Songkran kat tokong Buddha Jalan Burma tu. Ngoi betoi. 

Pengkahiran cerita yang tak berapa nak berisi padu ni, tatapilah wajahku....Kahkahkah.




Thursday 10 April 2014

Twerk it Tuesday!

Assalamualaikum.

Twerk it baby. Did you know that the word "twerk" has been added in the Oxford Dictionary? Macam-macam mat salleh ni. What twerk is? Hampa pi la Google or Youtube sendiri.

Memang tajuk takdak kena mengena pun dengan isi entry ni. Satgi dok tunggu pulak kot I nak upload video I twerk ka. Hahahah. Memang tak lahhhh. Serious. Memang takdak kena mengena. 

I taktau nak cita pasai apa hari ni. Tadi saja tengok-tengok balik gambar-gambar dalam fon. Banyak jugak yang baru-baru. Then "ting" dapat idea nak buat entry pasal gambar-gambar tu semua. Good idea *pats self on the back*

Sapa tak pernah lagi naik Penang 2nd Bridge? Atau nama saintifiknya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Pi la try naik. And tell me about the looooong journey. Fuhhh. Rasa senak nak sampai. I can say, I like 1st bridge better. Yang ni I tak suka sebab I rasa macam jauh sangat & the winding road macam tak best. Taktau la pendapat orang lain tapi ni la pendapat I. Just go & give it a try. Mana tau ampa suka.

The other day keluar dengan GF. I suka seluar ni. Suka sangat. Tapi senak mak aih wa cakap lu. Time makan lagi sesak weih. Sebab high waisted kan. Sampai nak makan I kena bukak butang. Eh tapi bukan kebanyakkan seluar sekarang nak makan kena bukak butang ka? Hewhewhew.

Hari tu kiter pi kenduri budak ofis kiter. Dila. Sampai ke SP nuh. Dah la masa tu 1st day period. Fuuuhhh sangat mencabar ok. Siap dah sampai, boleh lari pi stesen minyak sat cari panadol extend. Okla boleh tahan. Selalu I masa mula-mula period, tak brapa sakit sangat. Tahap boleh handle lagi. Tahniah Dila & Hafiz!

Ini acara selepas itu. Heheh. Sempat lagi salin baju. Yang laki tu En Haris. Yang ustazah tu Wani. My colleagues. Depa ni sangat masuk ayaq ok. Jenuh gelak. But they are fun. Like super fun. Susah nak jumpa VP yang gila cam En Haris.

Lepas jumpa depa, pi jumpa mak hayam ni pulak. Kami pi Big Bad Wolf. Yeayyy. I SUKA GILA BBW tau. I can spend half day kat sana. Gila you. Macam novel kalau beli kat Boarders pun sampai RM39.90, kat sini RM8 ja kot. Main capai ja. Baca tak baca, belakang kira. Eh tapi I baca. Tahun ni itself, dah habis 3 buku dah. The 4th, on the way nak habis dah :) Ingat tak azam tahun baru I apa? Macam dah nak tercapai dah ja.

Then the following week, I bawak budak-budak pulak pi. Meriah Khalif. Ambik tu, letak ni. Pastu nampak benda lain pulak, letak pulak hat ni ambik yang tu. I like :)

Ni ja hasil tangkapan tahun ni. Last year I bought 10 books kot. I suka baca yang macam bunuh-bunuh pastu kena investigate. Or detu  macam saiko ka apa ka. I suka la. Suka kaji character-character tu semua. Hubs slalu cakap I yang saiko sebab suka benda-benda camtu. Ah lantak ah kan? Kali ni, banyak ni ja I beli sebab masa pi dengan Kak Shaz tu kan I tak berapa sihat. Memang otak fikir nak balik ja. Sebab macam energy tak mantap sangat. And then masa I bawak the kids pulak, memang I tak sempat nak tengok for myself. Sebab I more concentrate untuk depa kan. Nak perati depa lagi. I takut if they got out of my sight. So yeah, banyak tu ja. Tapi cukup la kot sampai end of the year. Atas rak buku tu ada yang tak baca lagi. Sukaaaaaa!

My sayang paksa snap pic ni sebab nak bagi nampak loket dia tu & baju dia. I don't know la. Lately ni me & Hubs macam ada a thing for skulls. Hehehe. Kena pulak dapat baju ni kat Zara. Memang gedik-gedik la Hubs nak jugak. Yang laki aku pulak tak boleh tengok Zara. Napsu dia membuak-buak.

Ini pulak the other day kami sekeluarga pi makan Seoul Garden. The whole complete family. I know Abah was around us :)

Selang beberapa hari lepas tu, pi makan pulak dengan family in laws...missing Nana here :(

Tadaaaaaaa. Geram tau kat menatang ni. Ni sugar glider. Boleh terbangg. Dasatttt. I nak belaaaa tapi macam seriau pulak dia terbang dari tingkat 25. Hehehe. Ni kat rumah Pak Bali kat Ipoh. Last few weeks kan I ikut Hubs pi hantar bikes kat Ipoh & KL. Sekali kat rumah Pak Bali tu ada menatang ni pulak. At first memang macam takut. Tapi lama-lama dia macam friendly pulak. Terus rasa best. Tapi risau kan dia terjun tiruk pulak. Haihh dilema. Over.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

This! I need this badly right now.

Macam best jugak lungguk-lungguk cita camni kan. Sebab 1 cita tu tak pasti nak elaborate banyak-banyak camna.

Ok semua, selamat bermalam jumaat!

LOL.

Wednesday 9 April 2014

Meroyan.

Assalamualaikum....

Dah makan belum tu? Iols belum lagi. Dok tunggu time ja la ni. Office I sekarang waktu makan pukul 1pm. Dulu kami akan keluar makan pukul 12.30pm. Sekarang ni pukul 1pm baru boleh turun jadi tahap kelaparan tu agak kebuloq la. And selalu turun pukul 1pm lauk dah kureng. Kalau order segala nasi goreng maknena, tunggu la hang sejam! Tapi apakan daya, ikut ja lah. Hmmm nak cerita lain tapi terbawak ke lunch time pulak. Biasa lah.

Memandangkan hari ni hari Rabu, mari kita kupas isu berat sikit ok? Apa kena hari Rabu dengan isu berat or ringan pun I tak pasti. Mungkin otak pun dah suam-suam kuku berat kot time ni. Ok berbalik kepada tajuk kita, I nak cakap pasal pilihan sekarang ni. I akan share 1 screenshot from my own FB. I up status tu tak sangka pulak ramai gak yang kata I sangat poetic. Haahahah. Hanya terjadi bila hati gundah dan gulana ya.


Rumahtangga mana yang tidak berkocak you tell me? Memang super la you all kalau langsung takdak selisih faham dengan suami / isteri you. I pun terjadi jugak. But nothing serious *sedapkan hati*. Yang I nak cakap ni, you ada pilihan samada untuk terus drag masalah tu atau you lenyapkan saja dari pemikiran you. To me, I lebih prefer lenyapkan saja kot. Yes you may call me bodoh or whatsoever tapi kalau you kat tempat I, you tau la pasaipa I pilih camtu. Eh bukan kat tempat I pun, mai I bagitau pasaipa. Hehehe. Buat apa you nak drag the problem? Kalau betul memang ada salah dari mana-mana pihak, sit down & talk about it. Kalau susah nak bawak bincang, contohnya dalam kes I, just let it go. Let it go & serahkan pada Allah. Sebab apa janji Allah? Doa-doa orang yang terniaya akan Dia angkat dan in shaa Allah dimakbulkan. Jangan assume ok korang? Jangan pulak assume aku ternaiya ka apa. Point I kat sini ialah, kita berdoa ja pada Allah. Kita redha & tawakal biar Allah yang tentukan. Tapi kita kena ada ikhtiar. Cuba jugak tanya apa masalah pasangan kita sampai dia buat camtu. Or tanya ja pasaipa dia amik keputusan nak buat camtu. Bila dah you agak "perbincangan" you tadi hanya akan keruhkan lagi keadaan, then you better just shut up. Trust me, pilihan untuk berdiam adalah lebih baik dari you bertojai lidah. Memang la puas dapat sumpah seranah. Tapi the consequences? Tak bercakap for few days? Tenteram ka camtu? Bagi I, biarlah I diam & pendam sendiri ja. At least kalau tak tenteram pun, hati I sorang ja. Biar lah rumahtangga I tenteram. As to apa yang dia buat, biar Allah ja yang tunjuk kat kita samada benda tu betul atau salah.

Pagi masa I update status ni, I ada pilihan samada I nak terus meroyan atau up status-status yang macam perli ka apa ka. Or I boleh up status yang sangat perempuan melayu terakhir seperti di atas. I bukan nak poyo bila up status camtu. Secara tak langsung, I berdoa. Spiritually, I dah berdoa antara I dengan Allah. Up status tu saja gatai jari. And I act normal bila dengan Hubs. Dia of course la macam biasa ja sebab dia taktau pun samada I masih simpan apa yang terjadi semalam or tak. You all pun taktau I masih simpan ka tak kan? Hanya Allah saja yang tau. 

The benefits of opting this choice ialah I can see at the end of the day. Ada dua implications which both I berpuas hati. First, kalau betul memang dia buat salah, bila dia baca status I ni, dia akan "Bodohnya akuuuu. Bini aku punya sempoi adore aku camni, aku bleh buat kat dia camtu". Ni contoh la. Or second, if dia memang tak bersalah dalam hal ni, dengan doa I tu, I telah membangkitkan rasa cinta dia terhadap I dengan lebih mendalam *sila muntah*. Nampak tak permainannya di situ?

Well, yes it is not a game. Not even a try to win his heart in this cheap way. All I'm saying is, THIS DOES HELP. Daripada you nak meroyan or nak tarik muka or nak merajuk (which in my case, jangan mimpi akan dipujuk because if pujuk, means he really did something wrong) yang akan berlanjutan sampai berhari-hari & in the end kau pujuklah diri kau sendiri, better I let it slip off & pujuk diri sendiri on the spot. 

Bukan saja dalam hubungan laki bini, tapi dalam setiap aspek hidup I, I buat cara camni. Berdiam lebih baik. Selagi takdak bukti kukuh. Selagi hati ni dapat terima. Gitchewww. Tapi dalam pada kita berdiam, jangan lupa berdoa kat Allah. Mintak dia tunjuk kat mata hati kita. Mintak dia bawak kita ke perkara yang sebenar. In shaa Allah, kita tak perlu jadi CSI nak pi siasat. Mahupun jadi NCIS (I typed NCIA mula-mula. Boo!). Allah akan tunjukkan kat kita. Dia akan buka sikit-sikit. Dok klip pok klip pok, chhhooiihhh bukti mai bergolek depan kaki secara sedar atau tidak. Pandai-pandai la time tu.

I tak suruh you all jadi macam I. Ikut tahap kesabaran masing-masing. Ikut tahap penerimaan masing-masing. Pilihan sentiasa ada kat tangan ampa. Maybe this is my style but not yours. Maybe you rasa cara I ni kurang bijak & cara you nak menyentan-nyentan marah tu adalah terbaik, go ahead. Nothing or no one will stop you. I'm just pointing out the choices that you have that will change the outcomes & that will form who you are to yourself and to your loved ones.

Sebelum I akhiri penulisan I, mai I share satu kisah ni. Moga-moga boleh dijadikan tauladan. In shaa Allah & Wallahualam.

“ Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf.Itu salah satu kelebihan juga ibu,” kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak.Selepas minta maaf, segala-galanya langsai,bu.” Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?. “Kalau begitu,kami ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu bersetuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini,kemudian,setelah kamu meminta maaf,kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”. “Baik ibu.”
Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu …..?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk,calar dan “berkematu”. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Copied from Google.

Bagi mengakhiri coretan saya pada hari ini, terimalah gambar feeling-feeling kalih kot lain.


Bye.

Tuesday 8 April 2014

Chop! Chop! Chop!

Assalamualiakum!

Chop!

Aha!

Bukan chop as in chop tempat or chop mohor!

Tapi chop yang dimaksudkan ialah chopping my hair...hehehehe. Saja ja bikin gempak. Letak tanda seru bagi dramatik sikit. Kekeke.

Uollssss... I tensi dengan rambut I ni tau. Makin menjadi-jadi pulak keguguran. Pastu macam kering ja kata hujung-hujung. Tapi dah panjang. I macam sayang pulak sebab I dah lama tak rambut panjang. Recently I ada beli shampoo La Bourse tu. Tengok dari testi macam gempak siot. Mungkin dengan orang lain berkesan. Tapi dengan I macam tak berkesan pun. Ai is sad :( Siap rambut kusut lagi blah hujung tu. Urrgghhh. I beli whole set lagi tau. Sebab mahal punya pasal, I yakinkan diri yang mungkin dengan rambut I, ambil masa skit kot. Hehehe.

Then I thought to myself jugak. Kadang-kadang rambut kita panjang sangat & dah lama tak trim pun nanti jadi tak sihat jugak. Marilah kita pi saloon potong rambut. Tapi sayangggggggggggggggg. Nak trim ja la kot. Tapi I tengok tahap kerosakkan tu macam banyak ja. Macam few inches. La ni rambut dah lepas bra line sikit. Kalau nak ikut yang dah kering macam penyapu huma, mau kena potong half of it. Huuuwwaaa.

Tengok la sendiri.




Oklah nak check out Groupon apa deal yang best nak potong & treatment rambut.

>.<

Monday 7 April 2014

Perlis Indera Kayangan Trip

Assalamualaikummm...

Jangan ditanya bilakah trip ini. I rasa lebih daripada sebulan dah kot. Ka dah 2 bulan lepas. Punya lama baru teringat nak buat entry. Takdak apa sangat pun nak cerita. Gambar ja banyak. It was just a short trip. 2 hari 1 malam ja. Kebetulan Hubs boleh cuti. So marilah kita. Bukan senang nak dapat Hubs ikut sekali family trip. NEVER. Ok? Mari bersyukur. Next trip was planning nak balik Negeri Sembilan rumah tok ba Hubs. Kali ni dengan family Hubs pulak. Tak pernah pi jalan jauh-jauh sesama. I tak kisah pun. Best apa kan?

Hari Sabtu kami gerak tak la awal sangat. Semua 4 kereta. Kerata we ols, kak, pakcik & kakchak. Depa semua ada urusan dulu kat Perlis. So takpalah ampa pi la awal. Kami sikit-sikit lagi baru gerak. Ajak dikman & Sara naik sekali. Tak payah banyak-banyak kereta. Saving skit. Hotel pun kami ajak depa duduk sekali. Duduk hotel biasa-biasa ja pun. Soo Guan Villa. Boleh la bilik besar dengan 2 katil king baru RM120. Hahahha. Tapi view cantik gilers. Sebelah sawah padi ja. Terbaik.

Family makchak, pakcik & paksu. Depa dah sampai Gurun, kami baru ekluar rumah. Hehehhe. Amboih makchak kelas percubaan nak buat peace.



Keadaan masing-masing dalam kereta masing-masing. Tapi kan, family I ni, I rasa sesua dengan tag line "walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku". Kekekeke.

Ya Ampun perlis ni panasnya melecet ketiak. Cuma kami bernasib baik hotel yang kami duduk ni tepi bendang. So ada la angin-angin syahdu gak. Sampai hotel, me & Hubs mai duduk lepak kat tepi ni sat. Sementara tunggu family yang lain sampai. Semua tak habis urusan lagi.

Anak mummy.

Anak Papa. Budak ni meniarap for the first time kat Perlis. Syabas.

Nampak ni view dari tingkap bilik? Sempoi kan?

Hubs kata, mai Perlis kena amik gambar ni sebagai bukti. Motip?
Plan asal nak ke ladang anggur. Tapi sebab dah lewat sangat semua settle kerja masing-masing, tak jadi. So decided to pi Gua Kelam ja. Rushing punya rushing, tak sempat jugak. Gua Kelam tutup pukul 6pm. Kami sampai tu dah almost 6pm. Depa tak bagi masuk jugak sebab sementara nak patah balik pulak, pukul berapa kan. Cannot cannot. Dangerous very dark inside. Ai is takuit.
So, marilah berposing ja.




 Kakchak ser.

Seha atau lebih dikenali sebagai Wa di kalangan sedara mara.

 Wani & ehem.

 Girls sepupu.


Ini belum apa-apa dah terjun sungai.

Nindia askar siam tengah bertugas. Orang bubuh celoreng kat muka. Dia pakai bedak. Kau hado?

HAHAHAHHA. Macam cita Ali Baba yang masa Aziz Sattar nak buat jalan orang kaya tu. Hahaha.

Sepanjang jalan kat sana kan, mesti ada tempat terbakar. Taktau la dibakar purposely atau terbakar. Sebab that week memang kemarau yang melampau pun. Penang Hill pun terbakar teruk. Jerat cina depan rumah I pun boleh terbakar dengan sendirinya. Lepas tu padam sendiri. 

Masa on the way balik dari Gua Kelam, singgah kat tempat ni. Tak pasti tempat ni apa. Tapi overlooking a lake & I rasa dulu ni tempat makan. Sekarang dah kosong. Kami just berhenti ja lepak-lepak sat.

Aaaawwwww.


Laa askar ni ikut sampai sini.

 Belemoihnya lah anak menakan aku sorang ni.

 Me & me sister.

Me & me mummy.

Subhanallah.

Allahuakbar. Indahnya ciptaan Tuhan.

Malam tu kami dinner pi beli makanan kat pasar malam berdekatan hotel ja. Pastu makan ramai-ramai kat kedai makan tepi bendang kat hotel tu. Suuurrr. Kami paling hingaq sekali. Tu ja pun aktiviti malam. Lepas sembang-sembang, masing-masing balik bilik mengeroh.

Keesokan harinya, dah nak check out. Plan nak pi Padang Besar then ke Gua Kelam. Pastu boleh balik dah. Tapi sebelum kita meninggalkan hotel, marilah kita berposing dahulu.

Mak kiter.

Kamarul's & Nor's family.

Panglima dok buat show.

Sisters. Adik ipaq paling tinggi. Takleh jadi! Ketidakadilan sungguh!

 Makchak, Acu, Pakcik & Mak. Tinggal 4 orang ni ja. Makngah dah pergi menghadap Ilahi 2 tahun lepas sebab kencing manis. Alfatihah.

Hahahah. Pakcik aku.

The whole clan. Ada lagi 3-4 orang ja yang tak dapat join. Kalau tak, dah complete :)

Dah puas berposing, terus ke Padang Besar. Saja jalan-jalan. Takdak niat nak shopping apa sangat pun. Hati dok teringat kat Hatyai. Sebab dah dekat sangat tu. Hehehe.


Teringat dulu kecik-kecik kalau arwah abah kata nak bawak mai Padang Besar, happy sangat. Rasa macam pi JPO. Gila lama dah tempat ni kan? Dulu kecik-kecik rasa besar sangat tempat ni. Macam seharian lah boleh jalan tak habis. Tapi sekarang ni, bawah sejam dah boleh settle. Hhhhmmmm...

Tah mana la Hubs dapat botol pepsi kecik ni. Ada lagi kat rumah :)

Dah settle Padang Besar & lunch skali kat kedai tepi-tepi tu, kami gerak ke Gua Kelam. Just to let you know, gila overpriced kedai makan kat situ ek. Kami makan rasanya tak sampai 10 kepala, RM150 kot. Gila. Makan nasi berlauk. Patutla kemain rekemen suruh order lauk-lauk. Dah la lambat gila dapat makanan. Dengan panas lit lit kat situ. Takpa Aida toksah dok merongot lebih-lebih. Dah 2 bulan. Sisa buangan pun dah siap dikumbah dan dirawat. Hahahhaha.

Tak larat dah nak type ni. Untuk Gua Kelam ni, tengok gambar ja lah ek.




















Lepas Gua Kelam ni, depa ajak p bundle pulak. Memang besar gila bundle tu. I dengan Hubs dah tak larat sangat dah. So kami lepak ja dalam kereta tunggu dikman & Sara. Depa masuk. And then, bertolak balik Penang. Yeayy.

Blissed weekend it was :)