Assalamualaikum....
Dah makan belum tu? Iols belum lagi. Dok tunggu time ja la ni. Office I sekarang waktu makan pukul 1pm. Dulu kami akan keluar makan pukul 12.30pm. Sekarang ni pukul 1pm baru boleh turun jadi tahap kelaparan tu agak kebuloq la. And selalu turun pukul 1pm lauk dah kureng. Kalau order segala nasi goreng maknena, tunggu la hang sejam! Tapi apakan daya, ikut ja lah. Hmmm nak cerita lain tapi terbawak ke lunch time pulak. Biasa lah.
Memandangkan hari ni hari Rabu, mari kita kupas isu berat sikit ok? Apa kena hari Rabu dengan isu berat or ringan pun I tak pasti. Mungkin otak pun dah suam-suam kuku berat kot time ni. Ok berbalik kepada tajuk kita, I nak cakap pasal pilihan sekarang ni. I akan share 1 screenshot from my own FB. I up status tu tak sangka pulak ramai gak yang kata I sangat poetic. Haahahah. Hanya terjadi bila hati gundah dan gulana ya.
Rumahtangga mana yang tidak berkocak you tell me? Memang super la you all kalau langsung takdak selisih faham dengan suami / isteri you. I pun terjadi jugak. But nothing serious *sedapkan hati*. Yang I nak cakap ni, you ada pilihan samada untuk terus drag masalah tu atau you lenyapkan saja dari pemikiran you. To me, I lebih prefer lenyapkan saja kot. Yes you may call me bodoh or whatsoever tapi kalau you kat tempat I, you tau la pasaipa I pilih camtu. Eh bukan kat tempat I pun, mai I bagitau pasaipa. Hehehe. Buat apa you nak drag the problem? Kalau betul memang ada salah dari mana-mana pihak, sit down & talk about it. Kalau susah nak bawak bincang, contohnya dalam kes I, just let it go. Let it go & serahkan pada Allah. Sebab apa janji Allah? Doa-doa orang yang terniaya akan Dia angkat dan in shaa Allah dimakbulkan. Jangan assume ok korang? Jangan pulak assume aku ternaiya ka apa. Point I kat sini ialah, kita berdoa ja pada Allah. Kita redha & tawakal biar Allah yang tentukan. Tapi kita kena ada ikhtiar. Cuba jugak tanya apa masalah pasangan kita sampai dia buat camtu. Or tanya ja pasaipa dia amik keputusan nak buat camtu. Bila dah you agak "perbincangan" you tadi hanya akan keruhkan lagi keadaan, then you better just shut up. Trust me, pilihan untuk berdiam adalah lebih baik dari you bertojai lidah. Memang la puas dapat sumpah seranah. Tapi the consequences? Tak bercakap for few days? Tenteram ka camtu? Bagi I, biarlah I diam & pendam sendiri ja. At least kalau tak tenteram pun, hati I sorang ja. Biar lah rumahtangga I tenteram. As to apa yang dia buat, biar Allah ja yang tunjuk kat kita samada benda tu betul atau salah.
Pagi masa I update status ni, I ada pilihan samada I nak terus meroyan atau up status-status yang macam perli ka apa ka. Or I boleh up status yang sangat perempuan melayu terakhir seperti di atas. I bukan nak poyo bila up status camtu. Secara tak langsung, I berdoa. Spiritually, I dah berdoa antara I dengan Allah. Up status tu saja gatai jari. And I act normal bila dengan Hubs. Dia of course la macam biasa ja sebab dia taktau pun samada I masih simpan apa yang terjadi semalam or tak. You all pun taktau I masih simpan ka tak kan? Hanya Allah saja yang tau.
The benefits of opting this choice ialah I can see at the end of the day. Ada dua implications which both I berpuas hati. First, kalau betul memang dia buat salah, bila dia baca status I ni, dia akan "Bodohnya akuuuu. Bini aku punya sempoi adore aku camni, aku bleh buat kat dia camtu". Ni contoh la. Or second, if dia memang tak bersalah dalam hal ni, dengan doa I tu, I telah membangkitkan rasa cinta dia terhadap I dengan lebih mendalam *sila muntah*. Nampak tak permainannya di situ?
Well, yes it is not a game. Not even a try to win his heart in this cheap way. All I'm saying is, THIS DOES HELP. Daripada you nak meroyan or nak tarik muka or nak merajuk (which in my case, jangan mimpi akan dipujuk because if pujuk, means he really did something wrong) yang akan berlanjutan sampai berhari-hari & in the end kau pujuklah diri kau sendiri, better I let it slip off & pujuk diri sendiri on the spot.
Bukan saja dalam hubungan laki bini, tapi dalam setiap aspek hidup I, I buat cara camni. Berdiam lebih baik. Selagi takdak bukti kukuh. Selagi hati ni dapat terima. Gitchewww. Tapi dalam pada kita berdiam, jangan lupa berdoa kat Allah. Mintak dia tunjuk kat mata hati kita. Mintak dia bawak kita ke perkara yang sebenar. In shaa Allah, kita tak perlu jadi CSI nak pi siasat. Mahupun jadi NCIS (I typed NCIA mula-mula. Boo!). Allah akan tunjukkan kat kita. Dia akan buka sikit-sikit. Dok klip pok klip pok, chhhooiihhh bukti mai bergolek depan kaki secara sedar atau tidak. Pandai-pandai la time tu.
I tak suruh you all jadi macam I. Ikut tahap kesabaran masing-masing. Ikut tahap penerimaan masing-masing. Pilihan sentiasa ada kat tangan ampa. Maybe this is my style but not yours. Maybe you rasa cara I ni kurang bijak & cara you nak menyentan-nyentan marah tu adalah terbaik, go ahead. Nothing or no one will stop you. I'm just pointing out the choices that you have that will change the outcomes & that will form who you are to yourself and to your loved ones.
Sebelum I akhiri penulisan I, mai I share satu kisah ni. Moga-moga boleh dijadikan tauladan. In shaa Allah & Wallahualam.
“ Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf.Itu salah satu kelebihan juga ibu,” kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak.Selepas minta maaf, segala-galanya langsai,bu.” Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?. “Kalau begitu,kami ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu bersetuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini,kemudian,setelah kamu meminta maaf,kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”. “Baik ibu.”
Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu …..?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk,calar dan “berkematu”. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Copied from Google.
Bagi mengakhiri coretan saya pada hari ini, terimalah gambar feeling-feeling kalih kot lain.
Bye.
No comments:
Post a Comment