Monday, 7 April 2014

Perlis Indera Kayangan Trip

Assalamualaikummm...

Jangan ditanya bilakah trip ini. I rasa lebih daripada sebulan dah kot. Ka dah 2 bulan lepas. Punya lama baru teringat nak buat entry. Takdak apa sangat pun nak cerita. Gambar ja banyak. It was just a short trip. 2 hari 1 malam ja. Kebetulan Hubs boleh cuti. So marilah kita. Bukan senang nak dapat Hubs ikut sekali family trip. NEVER. Ok? Mari bersyukur. Next trip was planning nak balik Negeri Sembilan rumah tok ba Hubs. Kali ni dengan family Hubs pulak. Tak pernah pi jalan jauh-jauh sesama. I tak kisah pun. Best apa kan?

Hari Sabtu kami gerak tak la awal sangat. Semua 4 kereta. Kerata we ols, kak, pakcik & kakchak. Depa semua ada urusan dulu kat Perlis. So takpalah ampa pi la awal. Kami sikit-sikit lagi baru gerak. Ajak dikman & Sara naik sekali. Tak payah banyak-banyak kereta. Saving skit. Hotel pun kami ajak depa duduk sekali. Duduk hotel biasa-biasa ja pun. Soo Guan Villa. Boleh la bilik besar dengan 2 katil king baru RM120. Hahahha. Tapi view cantik gilers. Sebelah sawah padi ja. Terbaik.

Family makchak, pakcik & paksu. Depa dah sampai Gurun, kami baru ekluar rumah. Hehehhe. Amboih makchak kelas percubaan nak buat peace.



Keadaan masing-masing dalam kereta masing-masing. Tapi kan, family I ni, I rasa sesua dengan tag line "walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku". Kekekeke.

Ya Ampun perlis ni panasnya melecet ketiak. Cuma kami bernasib baik hotel yang kami duduk ni tepi bendang. So ada la angin-angin syahdu gak. Sampai hotel, me & Hubs mai duduk lepak kat tepi ni sat. Sementara tunggu family yang lain sampai. Semua tak habis urusan lagi.

Anak mummy.

Anak Papa. Budak ni meniarap for the first time kat Perlis. Syabas.

Nampak ni view dari tingkap bilik? Sempoi kan?

Hubs kata, mai Perlis kena amik gambar ni sebagai bukti. Motip?
Plan asal nak ke ladang anggur. Tapi sebab dah lewat sangat semua settle kerja masing-masing, tak jadi. So decided to pi Gua Kelam ja. Rushing punya rushing, tak sempat jugak. Gua Kelam tutup pukul 6pm. Kami sampai tu dah almost 6pm. Depa tak bagi masuk jugak sebab sementara nak patah balik pulak, pukul berapa kan. Cannot cannot. Dangerous very dark inside. Ai is takuit.
So, marilah berposing ja.




 Kakchak ser.

Seha atau lebih dikenali sebagai Wa di kalangan sedara mara.

 Wani & ehem.

 Girls sepupu.


Ini belum apa-apa dah terjun sungai.

Nindia askar siam tengah bertugas. Orang bubuh celoreng kat muka. Dia pakai bedak. Kau hado?

HAHAHAHHA. Macam cita Ali Baba yang masa Aziz Sattar nak buat jalan orang kaya tu. Hahaha.

Sepanjang jalan kat sana kan, mesti ada tempat terbakar. Taktau la dibakar purposely atau terbakar. Sebab that week memang kemarau yang melampau pun. Penang Hill pun terbakar teruk. Jerat cina depan rumah I pun boleh terbakar dengan sendirinya. Lepas tu padam sendiri. 

Masa on the way balik dari Gua Kelam, singgah kat tempat ni. Tak pasti tempat ni apa. Tapi overlooking a lake & I rasa dulu ni tempat makan. Sekarang dah kosong. Kami just berhenti ja lepak-lepak sat.

Aaaawwwww.


Laa askar ni ikut sampai sini.

 Belemoihnya lah anak menakan aku sorang ni.

 Me & me sister.

Me & me mummy.

Subhanallah.

Allahuakbar. Indahnya ciptaan Tuhan.

Malam tu kami dinner pi beli makanan kat pasar malam berdekatan hotel ja. Pastu makan ramai-ramai kat kedai makan tepi bendang kat hotel tu. Suuurrr. Kami paling hingaq sekali. Tu ja pun aktiviti malam. Lepas sembang-sembang, masing-masing balik bilik mengeroh.

Keesokan harinya, dah nak check out. Plan nak pi Padang Besar then ke Gua Kelam. Pastu boleh balik dah. Tapi sebelum kita meninggalkan hotel, marilah kita berposing dahulu.

Mak kiter.

Kamarul's & Nor's family.

Panglima dok buat show.

Sisters. Adik ipaq paling tinggi. Takleh jadi! Ketidakadilan sungguh!

 Makchak, Acu, Pakcik & Mak. Tinggal 4 orang ni ja. Makngah dah pergi menghadap Ilahi 2 tahun lepas sebab kencing manis. Alfatihah.

Hahahah. Pakcik aku.

The whole clan. Ada lagi 3-4 orang ja yang tak dapat join. Kalau tak, dah complete :)

Dah puas berposing, terus ke Padang Besar. Saja jalan-jalan. Takdak niat nak shopping apa sangat pun. Hati dok teringat kat Hatyai. Sebab dah dekat sangat tu. Hehehe.


Teringat dulu kecik-kecik kalau arwah abah kata nak bawak mai Padang Besar, happy sangat. Rasa macam pi JPO. Gila lama dah tempat ni kan? Dulu kecik-kecik rasa besar sangat tempat ni. Macam seharian lah boleh jalan tak habis. Tapi sekarang ni, bawah sejam dah boleh settle. Hhhhmmmm...

Tah mana la Hubs dapat botol pepsi kecik ni. Ada lagi kat rumah :)

Dah settle Padang Besar & lunch skali kat kedai tepi-tepi tu, kami gerak ke Gua Kelam. Just to let you know, gila overpriced kedai makan kat situ ek. Kami makan rasanya tak sampai 10 kepala, RM150 kot. Gila. Makan nasi berlauk. Patutla kemain rekemen suruh order lauk-lauk. Dah la lambat gila dapat makanan. Dengan panas lit lit kat situ. Takpa Aida toksah dok merongot lebih-lebih. Dah 2 bulan. Sisa buangan pun dah siap dikumbah dan dirawat. Hahahhaha.

Tak larat dah nak type ni. Untuk Gua Kelam ni, tengok gambar ja lah ek.




















Lepas Gua Kelam ni, depa ajak p bundle pulak. Memang besar gila bundle tu. I dengan Hubs dah tak larat sangat dah. So kami lepak ja dalam kereta tunggu dikman & Sara. Depa masuk. And then, bertolak balik Penang. Yeayy.

Blissed weekend it was :)

No comments:

Post a Comment