Assalamualaikum.
Twerk it baby. Did you know that the word "twerk" has been added in the Oxford Dictionary? Macam-macam mat salleh ni. What twerk is? Hampa pi la Google or Youtube sendiri.
Memang tajuk takdak kena mengena pun dengan isi entry ni. Satgi dok tunggu pulak kot I nak upload video I twerk ka. Hahahah. Memang tak lahhhh. Serious. Memang takdak kena mengena.
I taktau nak cita pasai apa hari ni. Tadi saja tengok-tengok balik gambar-gambar dalam fon. Banyak jugak yang baru-baru. Then "ting" dapat idea nak buat entry pasal gambar-gambar tu semua. Good idea *pats self on the back*
Sapa tak pernah lagi naik Penang 2nd Bridge? Atau nama saintifiknya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Pi la try naik. And tell me about the looooong journey. Fuhhh. Rasa senak nak sampai. I can say, I like 1st bridge better. Yang ni I tak suka sebab I rasa macam jauh sangat & the winding road macam tak best. Taktau la pendapat orang lain tapi ni la pendapat I. Just go & give it a try. Mana tau ampa suka.
The other day keluar dengan GF. I suka seluar ni. Suka sangat. Tapi senak mak aih wa cakap lu. Time makan lagi sesak weih. Sebab high waisted kan. Sampai nak makan I kena bukak butang. Eh tapi bukan kebanyakkan seluar sekarang nak makan kena bukak butang ka? Hewhewhew.
Hari tu kiter pi kenduri budak ofis kiter. Dila. Sampai ke SP nuh. Dah la masa tu 1st day period. Fuuuhhh sangat mencabar ok. Siap dah sampai, boleh lari pi stesen minyak sat cari panadol extend. Okla boleh tahan. Selalu I masa mula-mula period, tak brapa sakit sangat. Tahap boleh handle lagi. Tahniah Dila & Hafiz!
Ini acara selepas itu. Heheh. Sempat lagi salin baju. Yang laki tu En Haris. Yang ustazah tu Wani. My colleagues. Depa ni sangat masuk ayaq ok. Jenuh gelak. But they are fun. Like super fun. Susah nak jumpa VP yang gila cam En Haris.
Lepas jumpa depa, pi jumpa mak hayam ni pulak. Kami pi Big Bad Wolf. Yeayyy. I SUKA GILA BBW tau. I can spend half day kat sana. Gila you. Macam novel kalau beli kat Boarders pun sampai RM39.90, kat sini RM8 ja kot. Main capai ja. Baca tak baca, belakang kira. Eh tapi I baca. Tahun ni itself, dah habis 3 buku dah. The 4th, on the way nak habis dah :) Ingat tak azam tahun baru I apa? Macam dah nak tercapai dah ja.
Then the following week, I bawak budak-budak pulak pi. Meriah Khalif. Ambik tu, letak ni. Pastu nampak benda lain pulak, letak pulak hat ni ambik yang tu. I like :)
Ni ja hasil tangkapan tahun ni. Last year I bought 10 books kot. I suka baca yang macam bunuh-bunuh pastu kena investigate. Or detu macam saiko ka apa ka. I suka la. Suka kaji character-character tu semua. Hubs slalu cakap I yang saiko sebab suka benda-benda camtu. Ah lantak ah kan? Kali ni, banyak ni ja I beli sebab masa pi dengan Kak Shaz tu kan I tak berapa sihat. Memang otak fikir nak balik ja. Sebab macam energy tak mantap sangat. And then masa I bawak the kids pulak, memang I tak sempat nak tengok for myself. Sebab I more concentrate untuk depa kan. Nak perati depa lagi. I takut if they got out of my sight. So yeah, banyak tu ja. Tapi cukup la kot sampai end of the year. Atas rak buku tu ada yang tak baca lagi. Sukaaaaaa!
My sayang paksa snap pic ni sebab nak bagi nampak loket dia tu & baju dia. I don't know la. Lately ni me & Hubs macam ada a thing for skulls. Hehehe. Kena pulak dapat baju ni kat Zara. Memang gedik-gedik la Hubs nak jugak. Yang laki aku pulak tak boleh tengok Zara. Napsu dia membuak-buak.
Ini pulak the other day kami sekeluarga pi makan Seoul Garden. The whole complete family. I know Abah was around us :)
Selang beberapa hari lepas tu, pi makan pulak dengan family in laws...missing Nana here :(
Tadaaaaaaa. Geram tau kat menatang ni. Ni sugar glider. Boleh terbangg. Dasatttt. I nak belaaaa tapi macam seriau pulak dia terbang dari tingkat 25. Hehehe. Ni kat rumah Pak Bali kat Ipoh. Last few weeks kan I ikut Hubs pi hantar bikes kat Ipoh & KL. Sekali kat rumah Pak Bali tu ada menatang ni pulak. At first memang macam takut. Tapi lama-lama dia macam friendly pulak. Terus rasa best. Tapi risau kan dia terjun tiruk pulak. Haihh dilema. Over.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
This! I need this badly right now.
Macam best jugak lungguk-lungguk cita camni kan. Sebab 1 cita tu tak pasti nak elaborate banyak-banyak camna.
Ok semua, selamat bermalam jumaat!
LOL.
No comments:
Post a Comment