Friday 28 February 2014

Bridal shower ala ala.

Heheheh. Pic ni dah lama terkubur dalam fon. Gila punya lama sampai Wati pun dah selamat kahwin seminggu. Hebat tak I kumpul barang antik?

Anyway, I have some pictures nak show off kat hampa. Hari tu buat mini gathering ala ala sebab Wati nak pass her wedding invitation cards. Tiba-tiba event tu jadi bridal shower pulak. Tak plan apa pun. Kebetulan kawan Kamal ada kerja kat China House tu. So we requested for a dining room. Senang nak buat ghamai. And sebelum pi jugak I ada request budak-budak ni sapa ada crown tolong bawak. Konon-konon nak bagi Wati pakai. Sekali betoi daaa Wani bawak hat anak dia punya. Hahah. Menjadi sangat.

Activity malam tu hanya makan, minum, lepak-lepak, gelak-gelak, bagi invitation cards, selfie, group photo, short drama shooting (I will explain later) pastu blah.

Pasal short drama shooting tu hahaha uols boleh pi tengok dekat my IG. Dekat sidebar ni punya IG tak sure boleh tengok video ka tak. Rasanya tak boleh. Tiba-tiba saya selaku puan direktor mengarah depa buat konon-konon terperanjat la dapat card tu. Puuuuiiii. 

Sila lah tengok gambar-gambar yang nan hado dibawah ini. Jangan kutuk-kutuk ye. Tak baik. Berdonsa. Kekekekke.

*Sorry gambar tak ikut chronology ye*

Ze card. Mak enon tu kat blakang ha.

Semua terpaksa digomakkan sebab picture ni gelap sangat. I terpaksa cerahkan semua orang. Hahah.

 Ze kids. Senang tempat ni ada bagi blank A3 size papers and crayons. Senang bawak budak-budak. Depa boleh buat hal depa tak kacau mak-mak depa nak meronggeng.

Antara food yang kami order. Sorry terbalik. Dah tak kuasa pulak nak rotate. Hahah. Dasarrrr.

Selection of cakes. Ohhh yummy nya yang ada oat crumbs tuuuu. Tu habis paling awal sekali.

 Perbincangan sedang berlangsung. Bincang apa pun taktau la depa ni.

 Dan iniii. Rambang mata dan tekak nak memilih.

 Hahaha Wati dipaksa pakai crown tu. Dia punya malu. Ada hakak kesah? Pakai jugak!

Pilih kek macam pilih jans. Hahah.

Us yang dapat attend malam tu. Yana tak dapat pi sebab kerja ka sebab anak dia takdak orang jaga. Camtu lah tak ingat but one of the reason tu lah. The rest kat KL of course la tak dapat attend.

 Ni Picasso kalau tengok ni menangis keluaq darah kot hidung. Hubs lukeh.

Ececehhh...Now dah kena tukar jadi "Post bride & groom". Hehehe.

The entrance to the dining room. Takdak la ngeri sangat actually. I saja edit bagi nampak dramatic skit. Kekeke.

 The ornaments dalam dining room tu. Nice touch.

The deco inside the dining room. Very artistic.

 Go like them on FB, go follow them on Twitter IG please.

The venue.

 The awww aww awwwwhhh.

Muka excited dapat jemputan katanya. Eh aku dengan Nidar yang terpaling excited nampak gayanya.

Eeee tepung gomak lagi.

Happily married couple now.

Mak Jah & Qaleeda kekwat.

 Happily married for 3 years now. Weewiitt. Tapi I pelik la. I tak pakai foundation pun hari tu. And bedak I pun I purposely amik yang paling gelap. Tetap lah jugak muka lagi putih dari leher. Benci tau. Dah edit usaha nak bagi gelap sikit muka tapi kesian pulak muka Hubs tergelap banyak. Eh taktau nak gelak ka nak rasa bersalah. Hehehe.

Ok itew jew kitew nak tunjuk. Pang sedas kat muka kitew.

Thursday 27 February 2014

Hmmmm...

Assalamualaikum.

Hai semua orang.

Hari ni I ada soalan serious sikit nak tanya & luah. You all pernah wonder tak kenapa Allah turunkan dugaan yang amat hebat untuk you all? Ok maybe ada antara you yang tak pernah rasa. I take me as for instant lah.

I selalu wonder kenapa Allah uji I sampai macam ni? I tahu memang tak baik untuk I mempersoalkan Allah. Tapi I rasa macam beratnya I nak tanggung ni semua. I tahu jugak Allah hanya akan uji setakat yang kita mampu saja. I rasa dah cukup berat ujian Allah kat I. I tahu jugak itu maknanya I am strong and He knows it. Alhamdulillah I bersyukur Allah kurniakan I kekuatan mental macam ni kat I. I pernah terfikir if orang lain, orang lain boleh tahan tak dengan dugaan macam ni. Semua benda nak datang serentak. SERENTAK.

Ya Allah...I pun pelik dari mana I dapat kekuatan yang macam ni. Kekuatan where I can still smile & laugh like nothing had ever bothered me. Itu luaran ja babe. Dalam hati & fikiran ni, memang yes Allah SWT sahaja yang tahu. Even orang yang paling rapat dengan I, yakni Hubs sekalipun takkan pernah tahu apa yang ada dalam hati I sekarang. Betapa I rasa nak tercabut otak I ni dok fikir siang dan malam. Yes I memang ada share sedikit sebanyak dengan orang yang close dengan I. Tapi ketahuilah, itu bukan semuanya. Ada lagi yang menghurung benak fikiran I. I taktau where to even start.

Mungkin ini semua balasan kepada dosa-dosa lampau I. I sedar tu. I dah cuba mungkin bukan yang terbaik tapi yang termampu untuk berubah. Untuk lebih diredhai. I sedar dosa I yang lalu tak mungkin boleh terhapus dengan sedikit kebaikan yang I baru korbankan. 

Tapi kenapa orang yang lebih menganiaya orang lain lebih sempurna kehidupannya? Kenapa they seems to get what they want?

I taktau la hukum apa yang jatuh kat I lepas I luahkan apa yang I rasa ni. Yang I tau, I memang tak patut mempersoalkan qada' & qadar dari Allah. Tapi I hanya nak meluahkan apa yang terpendam dan terbuku dalam hati I ni. Benar lah kata pepatah, dah terhantuk baru nak ternadah. I understand what that means now.

Ya Allah, led me to the correct path. Show me the correct decision. Guide me to your eternal blessings.

Amin

For a thousand reasons for me to cry, there will always be thousand more for me to smile :)

Thursday 20 February 2014

Bangkok - Day 4

I usulkan kat diri I untuk habiskan episod Bangkok ni hari ni jugak. Maka dengan itu, I pun setuju lah dengan cadangan tu. Sebab esok I cuti. Satgi Isnin baru boleh sambung. Ampa pun dah naik meluat dah kan asyik bukak takdak update. Hehehhe.

And so, hari Isnin dah siap-siap pagi tu terus check out. Flight out to Hat Yai was at 2pm. Tapi kami takmau rushing nanti. So takpalah keluar awal. Awal pun tak awal la pukul 11 lebih jugak.

 At first kami bawak bag Quiksilver yang tengah terlentang tu satu ja. Bawak balik 3 bag. Ngeeeeeeeeeeeee *grins*

Taxi fare back to the airport was around the same price as when we came. Lepas dah check in luggage segala, terus cari kedai makan. Tapi alangkah sedih rasa dihati, kedai semua ada babi lagi. Haihh last-last duduk kat satu kedai tu makan sandwich ja. Sedih gila noks. Roti roti roti tak abis-abis. I tak makan pun sandwich tu. Minum air ja. Memang I target sampai Hat Yai ja nanti I nak terjah makan kat sana. I know 1 kedai. Hamid Restaurant. Depa kata kedai tu selalu tourist ja pi makan. I don't care lah. Sebab tu ja nama yang I tau yang I boleh set dekat Waze. Hahahah.

That's my King! Stail baq ang loket ni. Bought in MBK Mall. It's for Hubs.

Till then Bangkok. It was great to be there. Another side of Thailand to be experienced. Kapunkaaaa...

Dalam flight tak boleh nak tidoq pulak dah. Maybe I was very relaxed kot. Tak penat tak apa. I think this is the most relaxing holiday I've had lah. Banyak time spent jalan-jalan tapi tak rushing. By rushing I mean bangun pagi-pagi. Heheheh.

Sesampai nya di Hat Yai, terus pi makan. Melahap gila makan. 4 hari takdak proper food. Boleh sawan berbuih mulut wooo. Dah settle makan, we did some "little" shopping dekat Hat Yai Big Market. Mesti nakkk jugak membeli kan. Lagipun mak & kakak I ada order dried mata kucing & longan lah. Kacang lah. I suka ja. Hehehe.

All in all, it was a very satisfying trip for me & my husband. Been a very good quality time together. Despite all the chaos dengan depa punya political havoc, everything else was just perfect. Luckily jugak kami pi awal ni. Kalau p sekarang, memang gerun jugak lah sebab I tengok keadaan semakin runcing kat sana. With this, I end my Bangkok trip journal. Walaupun tak banyak info yang uols boleh dapat dari entry-entry bongok I ni, walaupun banyak merepek ja sebenarnya, terima kasih la jugak sebab you had spent your time to read the experiences in my life.

Thank you all.

Tata.



Bangkok - Day 3

Hari ni pagi-pagi dah bukak nak update blog. I merajuk dengan sorang colleague. So mogok takmau buat keja! -____-

Jom kita sembang pasal my 3rd day in Bangkok. 3rd day pun sama bangun lewat jugak. Bangun makan breakfast seperti jugak dinner. Biskut cicah hot chocolate. Hahahah. Dah siap-siap sikit terus berjalan pergi mengurut lagi. Ahhh indahnya hidup. Bangun tido lewat-lewat tak payah basuh baju, tak payah dusting, vacuum rumah, tak payah fikir nak masak apa pastu terus pi mengurut pulak tu. Balik-balik dari shopping tengok bilik kemas ja. Bliss. Tapi sat ja la pun. Balik rumah ja, nah kauuuu. Basuh baju 2 bakul.

Tapi this time lepas mengurut kami tak patah balik bilik untuk salin baju. Pakai siap-siap then keluar merayap terus. Sebab minyak yang depa guna wangi and tak melekit. Eh tak licin. Eh takk..errmmm..ampa paham la kot kan.

Mari kita memulakan perjalanan. Jumper suit ni beli kat sana. 350baht sahaja. 

Kami terus headed to MBK Mall. Hari sebelum tu plan nak pi Platinum Mall. Tapi ingat tak mat salleh yang kami sembang-sembang kat Chatuchak tu? Dia kata MBK Mall lagi best. Tapi hmmm...agak menghampakan MBK Mall tu bagi I. I nak ajak Hubs pi Platinum Mall dah takut dah masa tu. Sebab dia dok kerling kat I kata I membeli apa lagi tak habis-habis. -____-

Masa kat MBK Mall tu pergghhh wa cakap lu the crowd kat luaq gila punya ramai orang. Macam Sure Heboh. Eh lagi ramai dari Sure Heboh. Pasal kempen-kempen depa tu la. Memang hari tu ialah hari mengundi. Kami sempat sembang-sembang dengan locals sat and depa kata depa tak pi mengundi. Depa gather kat situ sebab nak tunjuk support yang depa takmau pemerintah sekarang. Depa tau kalau depa pi cast their vote, undi tu akan dikira legit. Somehow someway,pemerintah sekarang akan menang jugak. So better still depa tak pi. Siap buat camp lagi kat situ. 

Dalam skytrain nak ke next destination. Asiatique. 

Sampai kat station Asiatique tu mula-mula skali dah amazed sebab the BTS station betul-betul tengah highway. I mean BTS tengah-tengah pastu kiri kanan highway. Eee paham dok ni? Macam gambaq kat bawah ni.

Eh kata MBK Mall agak menghampakan? Macam bag plastik besar ja tu? Hahahahha. Oh hye, I'm Aida!

Kami quite looking forward nak pi Asiatique ni sebab.....kena cruise along Chao Praya River! Kami tak ambil macam cruise tour apa bagai tu. Just nak get the feeling of cruising along the river ja. And the timing was so cun. Dah nak dekat sunset masa tu. Thorrbaeeekk.

 Selain dari MRT, BTS, taxi, bus & motor ride (oh diorang ada service ni. Boleh bertenggek ja kat mana-mana motor yang driver dia pakai vest pastu depa hantaq la you pi mana you nak pi), you can also travel by boats! Jadual macam kat atas ni. So ada separate jetty untuk boat yang macam ni or shuttle boat yang kami naik. Yes it's free.
  
This is our jetty. Kat jetty kami jugak boat-boat dari hotel pick up their guests. Banyak hotel-hotel kat tepi-tepi sungai ni. I dah lupa nama. But two of it are Ibis Hotel & Chatrium.

Ini kat jetty yang ala-ala taxi boat tu.
 Awwww sempat lagi fefeeling.

Susah gila nak amik picture ni sebab Hubs kan tinggi, I kena angkat tangan tinggi-tinggi tapi at the same time, I nak cover tiak-tiak kiter. Hahaha.


 Yeayy boat dah sampai!

Nice!

I would go back for this too!

 Sorry la gua agak sexy untuk sesetengah orang. I don't think I need to explain myself. Kalau tak boleh terima,I'm sorry for you.

 Awwwww. Selfie dari tuan tanah kedaung harus mesti pasti perlu ada. 

Yeayyy dah sampai. Perjalanan amik masa dalam 15 minit macam tu ja. This place was originally a pier. Depa kekalkan segala architecture & structure of the building. Cuma buat renovation sikit-sikit ja kat mana perlu. Just being there pun dah boleh buat kita bayangkan how the pier looked & felt like dulu-dulu. Digunakan untuk perdagangan tak salah I. Masa hari tu I terer. I baca  habis sejarah tempat ni. Sekarang I dah lupa. Haihhh camna nak further study ni?

Kat dalam ni banyak kedai-kedai jual barang. Layout dia lebih kurang macam JPO tapi takdak la branded stuff macam JPO nuh. Ada la show-show depa akan buat. Hari yang kami pi ni ada orchestra dari sekolah. Happening tempat ni. Ramai gila orang. Locals pun mai sini jugak.

Cute ja budak-budak ni. Then you can donate la berapa yang you nak. We all sedekah senyuman ja. Ok la jugak kan? Teeehee.

Kamaruzaman being him.

Pusing-pusing pastu nampak benda ni. Nak try la since tak pernah try 4d ni. Hehehe. Tengok cerita hantu. Gila aku jerit macam bodo. Hahaha. Cerita hantu tu dekat fun fair. Selalunya fun fair ka pesta ka ada apa? Ada clown! Hare betoi. Gegel takuit sangat. 

Kami ada 2 choices lepas tengok wayang clown bodo bagi aku terkejut sampai keriau nak terkeluaq anak tekak ni. Kami either boleh naik eyes of Mekong or tengok Muay Thai show. Semua ada dekat Asiatique ni jugak. We were thinking macam nak dinner kat bawah ferris wheel tu pastu baru naik. Awwww lomentiknya. Tapi tengok-tengok menu ada babi pulak dah. Potong stim betoi. Memang mostly kedai depa semua ada babi. Dah la lapaq time tu. 

 Cantek kan?

Fuhhhh punya lah susah nak dapat gambar berdua camni selain selfie. Paksa budak jaga counter tu tolong ambikkan gambar ni. Heheh. Nampak bag biru tepi tu? Itu hasil tangkapan pada hari ini. Beg tu beli RM29. Barbis betul. Kalau kat Mydin baru RM6!

At last we decided to go watch Muay Thai Show! Ok la ikut la kehendak Hubs. Sekali sekala bagi dia seronok. Asyik dia ja dok layan bagi aku seronok macam-macam. Moh kita beli tiket. Sorang RM70 kot. I tak berapa nak ingat dah. Show tu bukan macam yang kat Stadium Lumpini tu. Ni macam very theatrical style. You will be seated around the stage. Ada lakonan, of course Muay Thai techniques and all. Dia cerita how this art was found. And then how it helps zaman sekarang ni. Too bad kat dalam tu tak boleh nak ambil gambar. 

Jalan naik ke dalam theater tu. Sangat gah ok. Rasa macam VIP pulak. Kekeke. Tapi spoil budak yang kami mintak dia ambil gambar tu bagi gegaq2 gambar. Masa dah habis show,kat luar tu ada tempat ambil-ambil gambar dengan backdrop Muay Thai pastu diorang akan print gambar tu & letak la dalam booklet frame for you to buy at RM20 if you want to. Kami beli gak walaupun I stress I nampak gila gemok kot. Lengan I besar daripada Hubs. I is tensi tau. Walau bagaimanapun, memang show tu ialah yang terbaik. Aksi-aksi stunt memang real sebab everything is before your own eyes. Me being myself, sampai menangis lah tengok kisah-kisah cinta dalam tu. Awwww.

Oh ya sebelum start show ni, kami lapar sangat so we decided to lepak dekat Chess Cafe & Restaurant. Order French Fries ja selamat sikit. Cantik tempat tu. Rasa macam nak tido situ ja. Hahah over.

From the decoration pun dah nampak wow.

Dah habis show, we decided to head back la kot. Perut dah lapar sangat. Ingat nak pi cari kedai makan halal. Tapi tu la susah sangat rasanya. So kami nak just stop kat mana-mana 7eleven & beli maggi ka apa.

 While waiting for our ride.

Subhanallah! The sky line of Bangkok. I just couldn't get enough of it. :')

Ambil BTS balik ke Saladaeng Station. Senang kot. Depan main road hotel kami tu ada MRT & BTS station. Hah pilih nak mane ser. Sedih gila time ni. I kan lapar gila. Sekali pi 7e maggi semua ada babi. Babi betoi. Huwwwaa aku lapar niiiii. Terus jalan lagi tengok ada bakery. Masuk jugak & cari jugak roti-roti yang tak diragui la. Macam cheese bun takkan ada babi kot kan. Tawakal ja la. Darurat dah ni rasanya. Memang I tau ada kedai halal. But to get there....adoiiii. Takpalah, balik hotel nanti cicah lagi biskut dengan hot chocolate. Hehehe.

So that was our 3rd & final day in Bangkok. Esok dah nak berangkat puleng. I cerita esok in the next entry ok. Hahah balik pun nak ada entry gak ka? 

Sukahatiailah.