Thursday, 27 February 2014

Hmmmm...

Assalamualaikum.

Hai semua orang.

Hari ni I ada soalan serious sikit nak tanya & luah. You all pernah wonder tak kenapa Allah turunkan dugaan yang amat hebat untuk you all? Ok maybe ada antara you yang tak pernah rasa. I take me as for instant lah.

I selalu wonder kenapa Allah uji I sampai macam ni? I tahu memang tak baik untuk I mempersoalkan Allah. Tapi I rasa macam beratnya I nak tanggung ni semua. I tahu jugak Allah hanya akan uji setakat yang kita mampu saja. I rasa dah cukup berat ujian Allah kat I. I tahu jugak itu maknanya I am strong and He knows it. Alhamdulillah I bersyukur Allah kurniakan I kekuatan mental macam ni kat I. I pernah terfikir if orang lain, orang lain boleh tahan tak dengan dugaan macam ni. Semua benda nak datang serentak. SERENTAK.

Ya Allah...I pun pelik dari mana I dapat kekuatan yang macam ni. Kekuatan where I can still smile & laugh like nothing had ever bothered me. Itu luaran ja babe. Dalam hati & fikiran ni, memang yes Allah SWT sahaja yang tahu. Even orang yang paling rapat dengan I, yakni Hubs sekalipun takkan pernah tahu apa yang ada dalam hati I sekarang. Betapa I rasa nak tercabut otak I ni dok fikir siang dan malam. Yes I memang ada share sedikit sebanyak dengan orang yang close dengan I. Tapi ketahuilah, itu bukan semuanya. Ada lagi yang menghurung benak fikiran I. I taktau where to even start.

Mungkin ini semua balasan kepada dosa-dosa lampau I. I sedar tu. I dah cuba mungkin bukan yang terbaik tapi yang termampu untuk berubah. Untuk lebih diredhai. I sedar dosa I yang lalu tak mungkin boleh terhapus dengan sedikit kebaikan yang I baru korbankan. 

Tapi kenapa orang yang lebih menganiaya orang lain lebih sempurna kehidupannya? Kenapa they seems to get what they want?

I taktau la hukum apa yang jatuh kat I lepas I luahkan apa yang I rasa ni. Yang I tau, I memang tak patut mempersoalkan qada' & qadar dari Allah. Tapi I hanya nak meluahkan apa yang terpendam dan terbuku dalam hati I ni. Benar lah kata pepatah, dah terhantuk baru nak ternadah. I understand what that means now.

Ya Allah, led me to the correct path. Show me the correct decision. Guide me to your eternal blessings.

Amin

For a thousand reasons for me to cry, there will always be thousand more for me to smile :)

1 comment:

  1. aku pun slalu bertanyakan soklan yang sama...aku pun slalu diduga dengan dugaan-dugaan yang boleh tahan berat jugak untuk ditanggung...but sometimes aku rasa aku tak mampu nak harungi..but i manage to get thru....dugaan hidup ni kadang2 kita rasa mcm tak adil...tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui...

    ReplyDelete