Hari ni pagi-pagi dah bukak nak update blog. I merajuk dengan sorang colleague. So mogok takmau buat keja! -____-
Jom kita sembang pasal my 3rd day in Bangkok. 3rd day pun sama bangun lewat jugak. Bangun makan breakfast seperti jugak dinner. Biskut cicah hot chocolate. Hahahah. Dah siap-siap sikit terus berjalan pergi mengurut lagi. Ahhh indahnya hidup. Bangun tido lewat-lewat tak payah basuh baju, tak payah dusting, vacuum rumah, tak payah fikir nak masak apa pastu terus pi mengurut pulak tu. Balik-balik dari shopping tengok bilik kemas ja. Bliss. Tapi sat ja la pun. Balik rumah ja, nah kauuuu. Basuh baju 2 bakul.
Tapi this time lepas mengurut kami tak patah balik bilik untuk salin baju. Pakai siap-siap then keluar merayap terus. Sebab minyak yang depa guna wangi and tak melekit. Eh tak licin. Eh takk..errmmm..ampa paham la kot kan.
Mari kita memulakan perjalanan. Jumper suit ni beli kat sana. 350baht sahaja.
Kami terus headed to MBK Mall. Hari sebelum tu plan nak pi Platinum Mall. Tapi ingat tak mat salleh yang kami sembang-sembang kat Chatuchak tu? Dia kata MBK Mall lagi best. Tapi hmmm...agak menghampakan MBK Mall tu bagi I. I nak ajak Hubs pi Platinum Mall dah takut dah masa tu. Sebab dia dok kerling kat I kata I membeli apa lagi tak habis-habis. -____-
Masa kat MBK Mall tu pergghhh wa cakap lu the crowd kat luaq gila punya ramai orang. Macam Sure Heboh. Eh lagi ramai dari Sure Heboh. Pasal kempen-kempen depa tu la. Memang hari tu ialah hari mengundi. Kami sempat sembang-sembang dengan locals sat and depa kata depa tak pi mengundi. Depa gather kat situ sebab nak tunjuk support yang depa takmau pemerintah sekarang. Depa tau kalau depa pi cast their vote, undi tu akan dikira legit. Somehow someway,pemerintah sekarang akan menang jugak. So better still depa tak pi. Siap buat camp lagi kat situ.
Dalam skytrain nak ke next destination. Asiatique.
Sampai kat station Asiatique tu mula-mula skali dah amazed sebab the BTS station betul-betul tengah highway. I mean BTS tengah-tengah pastu kiri kanan highway. Eee paham dok ni? Macam gambaq kat bawah ni.
Eh kata MBK Mall agak menghampakan? Macam bag plastik besar ja tu? Hahahahha. Oh hye, I'm Aida!
Kami quite looking forward nak pi Asiatique ni sebab.....kena cruise along Chao Praya River! Kami tak ambil macam cruise tour apa bagai tu. Just nak get the feeling of cruising along the river ja. And the timing was so cun. Dah nak dekat sunset masa tu. Thorrbaeeekk.
Selain dari MRT, BTS, taxi, bus & motor ride (oh diorang ada service ni. Boleh bertenggek ja kat mana-mana motor yang driver dia pakai vest pastu depa hantaq la you pi mana you nak pi), you can also travel by boats! Jadual macam kat atas ni. So ada separate jetty untuk boat yang macam ni or shuttle boat yang kami naik. Yes it's free.
This is our jetty. Kat jetty kami jugak boat-boat dari hotel pick up their guests. Banyak hotel-hotel kat tepi-tepi sungai ni. I dah lupa nama. But two of it are Ibis Hotel & Chatrium.
Ini kat jetty yang ala-ala taxi boat tu.
Awwww sempat lagi fefeeling.
Susah gila nak amik picture ni sebab Hubs kan tinggi, I kena angkat tangan tinggi-tinggi tapi at the same time, I nak cover tiak-tiak kiter. Hahaha.
Yeayy boat dah sampai!
Nice!
I would go back for this too!
Sorry la gua agak sexy untuk sesetengah orang. I don't think I need to explain myself. Kalau tak boleh terima,I'm sorry for you.
Awwwww. Selfie dari tuan tanah kedaung harus mesti pasti perlu ada.
Yeayyy dah sampai. Perjalanan amik masa dalam 15 minit macam tu ja. This place was originally a pier. Depa kekalkan segala architecture & structure of the building. Cuma buat renovation sikit-sikit ja kat mana perlu. Just being there pun dah boleh buat kita bayangkan how the pier looked & felt like dulu-dulu. Digunakan untuk perdagangan tak salah I. Masa hari tu I terer. I baca habis sejarah tempat ni. Sekarang I dah lupa. Haihhh camna nak further study ni?
Kat dalam ni banyak kedai-kedai jual barang. Layout dia lebih kurang macam JPO tapi takdak la branded stuff macam JPO nuh. Ada la show-show depa akan buat. Hari yang kami pi ni ada orchestra dari sekolah. Happening tempat ni. Ramai gila orang. Locals pun mai sini jugak.
Cute ja budak-budak ni. Then you can donate la berapa yang you nak. We all sedekah senyuman ja. Ok la jugak kan? Teeehee.
Kamaruzaman being him.
Pusing-pusing pastu nampak benda ni. Nak try la since tak pernah try 4d ni. Hehehe. Tengok cerita hantu. Gila aku jerit macam bodo. Hahaha. Cerita hantu tu dekat fun fair. Selalunya fun fair ka pesta ka ada apa? Ada clown! Hare betoi. Gegel takuit sangat.
Kami ada 2 choices lepas tengok wayang clown bodo bagi aku terkejut sampai keriau nak terkeluaq anak tekak ni. Kami either boleh naik eyes of Mekong or tengok Muay Thai show. Semua ada dekat Asiatique ni jugak. We were thinking macam nak dinner kat bawah ferris wheel tu pastu baru naik. Awwww lomentiknya. Tapi tengok-tengok menu ada babi pulak dah. Potong stim betoi. Memang mostly kedai depa semua ada babi. Dah la lapaq time tu.
Cantek kan?
Fuhhhh punya lah susah nak dapat gambar berdua camni selain selfie. Paksa budak jaga counter tu tolong ambikkan gambar ni. Heheh. Nampak bag biru tepi tu? Itu hasil tangkapan pada hari ini. Beg tu beli RM29. Barbis betul. Kalau kat Mydin baru RM6!
At last we decided to go watch Muay Thai Show! Ok la ikut la kehendak Hubs. Sekali sekala bagi dia seronok. Asyik dia ja dok layan bagi aku seronok macam-macam. Moh kita beli tiket. Sorang RM70 kot. I tak berapa nak ingat dah. Show tu bukan macam yang kat Stadium Lumpini tu. Ni macam very theatrical style. You will be seated around the stage. Ada lakonan, of course Muay Thai techniques and all. Dia cerita how this art was found. And then how it helps zaman sekarang ni. Too bad kat dalam tu tak boleh nak ambil gambar.
Jalan naik ke dalam theater tu. Sangat gah ok. Rasa macam VIP pulak. Kekeke. Tapi spoil budak yang kami mintak dia ambil gambar tu bagi gegaq2 gambar. Masa dah habis show,kat luar tu ada tempat ambil-ambil gambar dengan backdrop Muay Thai pastu diorang akan print gambar tu & letak la dalam booklet frame for you to buy at RM20 if you want to. Kami beli gak walaupun I stress I nampak gila gemok kot. Lengan I besar daripada Hubs. I is tensi tau. Walau bagaimanapun, memang show tu ialah yang terbaik. Aksi-aksi stunt memang real sebab everything is before your own eyes. Me being myself, sampai menangis lah tengok kisah-kisah cinta dalam tu. Awwww.
Oh ya sebelum start show ni, kami lapar sangat so we decided to lepak dekat Chess Cafe & Restaurant. Order French Fries ja selamat sikit. Cantik tempat tu. Rasa macam nak tido situ ja. Hahah over.
From the decoration pun dah nampak wow.
Dah habis show, we decided to head back la kot. Perut dah lapar sangat. Ingat nak pi cari kedai makan halal. Tapi tu la susah sangat rasanya. So kami nak just stop kat mana-mana 7eleven & beli maggi ka apa.
While waiting for our ride.
Subhanallah! The sky line of Bangkok. I just couldn't get enough of it. :')
Ambil BTS balik ke Saladaeng Station. Senang kot. Depan main road hotel kami tu ada MRT & BTS station. Hah pilih nak mane ser. Sedih gila time ni. I kan lapar gila. Sekali pi 7e maggi semua ada babi. Babi betoi. Huwwwaa aku lapar niiiii. Terus jalan lagi tengok ada bakery. Masuk jugak & cari jugak roti-roti yang tak diragui la. Macam cheese bun takkan ada babi kot kan. Tawakal ja la. Darurat dah ni rasanya. Memang I tau ada kedai halal. But to get there....adoiiii. Takpalah, balik hotel nanti cicah lagi biskut dengan hot chocolate. Hehehe.
So that was our 3rd & final day in Bangkok. Esok dah nak berangkat puleng. I cerita esok in the next entry ok. Hahah balik pun nak ada entry gak ka?
Sukahatiailah.
No comments:
Post a Comment