Siapa dah bosan asyik bukak blog ni ja dengar bunyi cengkerik? *sendiriangkattangan*
Kan I bagitau I busy minggu lepas. It doesn't stop there. Sambung pulak busy dengan team building. Hadoih. Jadi committee of four ni memenatkan rupanya. Takpa nanti I cerita pasal team building pulak ok. Bila I free. Tolong jangan kecam I.
Ok hari ni I dah ready nak cerita my Bangkok Trip. Part 1. Banyak part ni uols. I divide kan mengikut hari. Senang sikit nak cari gambar. Tapi sebenarnya pun, I dah lupa sikit-sikit pasal apa jadi kat Bangkok. Hahahha. Faktor umur.
Kami bertolak hari Khamis lepas Hubs balik kerja. Dalam pukul 8.30pm camtu gerak keluar dari Penang. Kan we all drive ke Hat Yai. Dari Hat Yai nanti baru fly ke Bangkok. Sangat saving ya kawan-kawan. Kalau you beli direct PEN - BKK, RM6++. Kalau HDY - BKK, RM3++ ja. And drive dari Penang ke Hat Yai pun around RM100 tak sampai. Mula plan nak lepak ja kat Hat Yai sampai esok pagi time nak fly tu. Tapi lepas fikir punya fikir, tak boleh jadi ni. Kang orang ingat Hubs bapak ayam dan tentu-tentu aku ni ayam. Hahah. So kami buat decision untuk ambil ja bilik kat mana-mana hotel just to sleep. Hotel cikai ja uols. So takdak gambar. Aku pun seram tengok. Kakakaka.
Lepas dah pi ushar airport kat mana, terus masuk pekan Hat Yai. Nak bawak Hubs try all the food yang I pernah try. Kat situ ja I tau pun. Hahah. Kat depan Lee Gardens. Thank you to Suraya & Ati sebab bawak hari tu. Thank you to Waze jugak sebab kami dengan eksyen nya sampai.
Orang makan mangga ni dengan pulut. I masa ni nak period. Perut bloated sangat. So tak berani nak makan pulut. Makan dia saja pun dah sodapppp.
Namanya char koay. Ini ok-ok ja la. Pak tongko kita sedap lagi.
Ini ayam goreng manyak terbaik. Buktinya? Dah tinggal tulang baru teringat nak amik gambar.
Koay teow sup. I tak rasa yang ini. Tengok pada keadaannya, memang sedap la kalau sampai kuah tinggal banyak tu ja. Oh ya, ini Hubs punya jugak.
Ini I punya. Sedap. Hahahah.
Jangan risau semua makanan ni halal. Kedai yang kami makan ni orang yang jual ni ala-ala tabligh sikit. Konfiden.
The legendary tut tut.
Oh ini 2 orang polis airport sangat friendly. Kami kan pi usha airport. Pastu tanya depa kat mana ada hotel & kat mana nak makan semua. Siap escort naik motor lagi ok.
Flight kami hari tu dari Hat Yai dalam pukul 7am lebih. I tak ingat dah details. Hahahah. Kami park kat airport Hat Yai sehari RM10 ja. 3 hari RM30. Murah kan? Kalau Penang? Sehari dah RM30 kot. Sampai ja Bangkok kami ambil taxi. Taxi kat airport memang dah sedia ada. Macam kat KLIA la. Uols tak boleh ambil taxi dari luar. Kena beratur kat kaunter taxi pastu depa akan guide you to your taxi & driver. Perjalanan dari Don Mueang Airport ke hotel kami iaitu The Inn, Saladaeng mengambil masa dalam 25 mins. Harga taxi pun tak mahal. Around 250 baht. RM25 la. Kalau nak dibandingkan dengan harga taxi kat Penang ni, memang murah la tu.
Ala pictures banyak dalam iPad Hubs. Sebab fon I boleh pulak takdak battery. Kisah battery ni I nak pesan kat semua orang, sila la bawak international adapter. Tak kira la ampa pi Indon ka Thailand ka Singapore ka yang most likely still guna plug point macam kita. Nan hado. Kat Hat Yai pun dah guna international adapter. I pun dah lupa hari tu pi Hat Yai charge fon camna. Hubs dengan konfiden nya kata takyah bawak. Last-last, menangisi lah kau disitu. Huhuhu. But we bought a new one lah. I pun dengan bangangnya tanya dalam flight boleh charge fon tak? Hahaha naik AirAsia ja tapi dok feeling naik MAS. Hahaha.

Akhirnya sampai jugak ke hotel setelah mengharungi language barrier yang agak mencabar dengan taxi driver tu. Lepak-lepak sat kat hotel. Kami ambil hotel ni hotel yang sederhana ja. Bukan lah 5 star. Boleh la untuk tidur & rehat. Tapi hotel ni cute interior dia. Siap dekat bawah ada coffee & tea facilities dengan bermacam-macam jenis biskut. Kami kat sana kan, makanan memang susah sangat rasa. Pi kedai mana pun ada ba alip ba ya. Dok hadap roti & tuna sandwich ja sepanjang kat sana. Ada la sekali dua ja dapat nasi. Terseksa mak. So biskut-biskut ni la jadi penyelamat. Bawak naik banyak-banyak pastu cicah dengan hot chocolate. Sodap ja *ayat sedapkan hati*
1st day sampai boleh pulak "kawan baik" pun nak ikut jugak. Haih laaaa. Nasib baik la tak sakit sangat. Kami plan 1st day tu nak jalan-jalan visit kedai-kedai beskel yang ada. Bagi Hubs happy sikit baru senang esok tu aku nak berjimba kat Chatuchak. Hehhehe. Hubs study punya study map, dia kata kedai tu tak jauh sangat dari hotel. Jom kita jalan saja. I was like "Hooiii. Aku 1st day period ni. Agak-agak la". Tapi ku turutkan jua sebab isteri solehah kan. Huhuhu. Setelah berjalan hampir 1.5km, baru sadar bahawasanya macam dah salah jalan. Huuuuwwwwwwwaaaaaaaaaaaaa T______T
In the end, tahan taxi pastu tengok taxi tu buat U-turn. Syabas beteh. Salah jalan rupanya all those while. T____T

Nampak tak all the buildings? Kitorang macam "Whoooaa. Hebat jugak Bangkok ni". Ok I tau Bangkok is a city but I never imagined the buildings hebat-hebat lagu tu.
Walaupun sesat, sakit perut dan kehausan, aku tetap memberikan pose yang teristimewa.
Ada 2 kedai beskel yang kami pi. Semua on foot ok? Hebat terasa diri ini. Tapi ni ja yang mampu I snap. Gua tak larat dah babe.
Lepas dia dah happy-happy tengok beskel, JALAN KAKI lagi sampai Siam Paragon. Sabau je lah. Kalau kat Penang, hang suruh aku jalan dari Gurney Plaza pi Gurney Paragon pun aku bebai kecil-kecilan dalam hati.
Ni semua kat Siam Ocean World, Siam Paragon. Terletak di tingkat yang paling bawah.Ticket dalam 1+++ baht saja kot. Kami macam tak cukup masa hari tu. Sebab nak pi cari barang-barang Oakley Hubs. Ingat strategi kita? Biar Hubs happy siap-siap. Senang dikemudian hari. Heheh. Plan nak mai balik sini hari ahad. Macam tu lah ahad sambung lagi shopping kat MBK Mall & Asiatique. Yang ni I cerita dalam next next entry ya.
I memang totally out hari tu. Perut pun dah start membuat hal. Balik hotel, I bantai tido sampai malam. Hahaha. I taktau la Hubs dok dalam bilik ka dia keluar merayap. I tak peduli lah. Tawakal ja. Hahahha. Lepas bangun tu ada rasa ok sikit la. So ajak Hubs pi makan. Cerita pasal makan ni pulak. Mulanya plan nak pi makan kat Asiatique. Naik river cruise uols. Tapi taxi driver takmau pi that area sebab jam teruk katanya. Normal for friday. So kami mintak suggestion dia nak makan kedai yang halal. Dia pun bawak la pi kedai seafood ni. Ok fine, seafood confirm la takdak babi kan. Sampai ja kat situ I dah rasa lain macam. Sebab kedai tu macam kosong. Dalam aquarium pun kosong. Ikan semua terdampar atas ais di luar aquarium. Sekali bukak menu, mak datok mahal nak mams. Tapi dah duduk takkan nak chow kan. Lagipun we're not familiar with that area. Ececehh macam area lain familiar ja. Kahakahahah. Teruskan la jugak order. Habis makan mintak bil, nah sila bayar 1380baht untuk makan dua orang. RM138! Tensi iols tau. Takpalah, perut pun dah kenyang. So lain kali beringat saja lah.
Taxi driver tu pun ada bagitau atas skit dari seafood tu ada macam tempat jual-jual barang. I dengar ni, terus bersemangat la. Walaupun tak berapa sihat, ku gagahkan jua berjalan. Tapi too bad kedai banyak yang dah nak tutup. Walaupun begitu, tetap lah dapat jugak sambaq beberapa barang. Kalau balik tangan kosong, tak Nooraida la.
That night was quiet. Yeah I was still not feeling very comfortable dengan perut ni. So we decided to just head home. Tapi poyo-poyo jap kat bawah baca novel & minum hot chocolate katanya. Lepas tu??? Tumpah secawan hot chocolate atas I. Syabas mere bete. I kalau period memang tangan ni cemerkap. Kesian Hubs kena bersihkan tempat tu. Well, takdak orang suruh pun. Tapi dia kan terlebih baik hati. I naik atas basuh baju & of course mandi lagi skali.
That's the end of day 1. Fuhhh lega. Nak habiskan day 1 ni punya la susah. I rasa kat seminggu kot dok tertangguh. I busy yang teramat busy since last week. Uols bayangkan 27 Jan I ke KL untuk Council meeting preparation. 28 Jan Council meeting day. 29 Jan I dah start cuti. 30 Jan bertolak ke Hat Yai - Bangkok - Malaysia. Cuti lagi sampai 4 Feb. 5 Feb start keja dah kalut prepare untuk team building pulak. 6 Feb tokcik I meninggal. 7 Feb half day saja kat ofis pastu keluar beli barang untuk team building. 8-9 Feb team building weekend. 10 Feb masuk keja dah masuk meeting untuk event on 17 Feb pulak. 11 Feb mak MC terus. Hahaha. 12 Feb semalam meeting after meeting untuk event next week tu. Haaaa sampai la hari ni, curi masa jugak-jugak untuk habiskan entry ni.
Ok tak explanation yang panjang lebar expecting everyone to understand which actually no one really cares.
Ngeeeeeee.
No comments:
Post a Comment